Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

Similar documents
DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRATEGI PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN BENCANA BANJIR BESAR DI KELANTAN FARISAH BINTI IBRAHIM

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI


Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Bencana Alam dan Impak Banjir Besar 2014 Terhadap Komuniti Tempatan di Hulu Dungun, Terengganu: Satu Perspektif Sosiologi Bencana

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Survey on Perak and Selangor 3 messages

LAPORAN TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI BANTUAN BANJIR (4 Januari 2015)

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

Sistem Bakeri Interaktif

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat.

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software For evaluation only.

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

IMPAK AKTIVITI PEMBANGUNAN TERHADAP TREND KEKERAPAN DAN MAGNITUD BANJIR DI LEMBANGAN SUNGAI MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

PENGURANGAN RISIKO BENCANA BERBASIS KOMUNITI:

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

Transcription:

JOURNAL OF TECHNO SOCIAL VOL. 10 NO. 1 (2018) 2600-7940 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher s Office JTS http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jts Journal of Techno Social Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia Yazid Saleh 1*, Hanifah Mahat 2, Mohmadisa Hashim 3, Nasir Nayan 4, Koh Liew See 5 1 2 3 4 5 * Corresponding Author : yazid@fsk.upsi.edu.my Abstract: Implementation of the knowledge transfer programme on rescue procedures during flood and recovery methods is one of the initiative steps of Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kuala Krai District and Land Office, and Ministry of Higher Education to raise the knowledge and awareness of the community in applying rescue procedures during flood and able to recover their lives after flooding events. The knowledge regarding rescue procedures was gradually transferred from the academics to the Graduate Intern (GI), village heads and team members of ResQ UPSI and subsequently the knowledge transfer from the GI to the village community was conducted with the help of rescue procedure module as a guide for the community preparation in dealing with flooding events and management module as well as the construction of instant shelters/houses. The effectiveness of this programme was evaluated based on the knowledge acquired by the community before and after the implementation of the programme. The results of the survey showed an increase in the number of community that has mastered rescue procedure knowledge (81 percent), knowledge on the use of first aid kit for emergency aid (83 percent) and knowledge of shelter construction (57 percent) after taking part in the knowledge transfer programme. In conclusion, this programme has benefitted the Kuala Krai community in enhancing the knowledge and awareness regarding rescue procedures, emergency aid and shelter construction to mitigate the impact of floods. Keywords: Knowledge Transfer, Jajahan Kuala Krai, Rescue Procedure, Construction of Shelter *Corresponding author 2018 UTHM Publisher. All right reserved. penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jts 34

JOURNAL OF TECHNO SOCIAL VOL. 10 NO. 1 (2018) 2600-7940 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher s Office JTS Journal of Techno Social http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jts 1. Pendahuluan Kejadian banjir sememangnya mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada manusia terutama dalam kemusnahan harta benda, melumpuhkan ekonomi dan ancaman nyawa manusia. Banjir merupakan bencana alam dan komponen penting dalam kitaran semula jadi yang sering berlaku dalam pelbagai cara dan mampu menenggelamkan kawasankawasan rendah yang didiami penduduk (Mmom & Aifesehi, 2013). Banjir boleh terjadi apabila air sungai lebihan melimpah dari tebing sungai dan limpahan ini berlaku akibat hujan lebat tanpa berhenti untuk tempoh beberapa hari di lokasi-lokasi tertentu (Tuan Pah Rokiah, Abd Rahim, & Hamidi, 2014).Secara umumnya, banjir adalah bencana semula jadi yang sering melanda kebanyakan negara seperti Bangladesh, India, Thailand, Myanmar dan termasuk Malaysia akibat faktor iklim dan aktiviti manusia. Menurut Stanley (2000), kejadian banjir berlaku secara berperingkat di mana peringkat pertama adalah satu ancaman dan amaran kepada masyarakat bahaya yang akan datang, peringkat kedua adalah kecemasan atau krisis apabila masyarakat berkongsi kesan dan penderitaan, peringkat ketiga adalah sama ada kelegaan atau kemerosotan dan peringkat keempat adalah pemulihan atau kemusnahan. Walau bagaimanapun, peringkat pertama merupakan fasa paling penting dalam membuat persediaan menghadapi bencana banjir dan bertindak dalam misi menyelamat mangsa-mangsa banjir yang mendiami kawasan mudah ditenggelami banjir. Hal ini kerana masyarakat sepatutnya berwaspada pada amaran bencana banjir yang bakal berlaku bagi tujuan mengurangkan kesan bencana terhadap manusia dan mengurangkan kemusnahan harta benda pada ketika itu. Begitu juga pada peringkat ketiga yang merupakan fasa pemulihan semula kehidupan mangsa banjir yang terjejas banjir. Namun begitu, kesedaran komuniti terhadap langkah-langkah persediaan untuk menghadapi bencana banjir seperti penggunaan alatan keselamatan dan kemahiran menyelamat sangatlah rendah lebih-lebih lagi jika berlaku banjir yang berskala besar kerana banjir sedemikian mampu meningkatkan kerosakan harta benda dan tempat perlindungan serta mengancam nyawa manusia. Seperti mana dinyatakan oleh M. Shah (2008) dan Rahman, Haque, Khan, Salehin dan Bala (2005), kejadian bencana banjir ekstrem yang berlaku secara berpanjangan mampu menyebabkan kerosakan yang lebih tinggi berlaku. Oleh itu, program pemindahan ilmu tatacara menyelamat sewaktu banjir dan kaedah pemulihan dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang tatacara menyelamat ketika banjir berskala besar berlaku dan memulihkan semula kehidupan komuniti yang terjejas teruk. Dengan pelaksanaan program ini, tatacara menyelamatkan mangsa ketika banjir dan kaedah pemulihan boleh diterapkan dalam kalangan komuniti terutama yang mendiami kawasan yang berisiko menghadapi banjir setiap tahun. Hal ini kerana program pemindahan ilmu merupakan salah satu langkah untuk membentuk masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran menerusi medium pendidikan yang perlu diperluaskan kepada komuniti. Dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pencapaian program pemindahan ilmu tatacara menyelamat dan kaedah pemulihan dalam kalangan komuniti Kuala Krai, Kelantan terutamanya Kampung Manjor, Laloh dan Sungai Rek. 2. Latar Belakang Program Pemindahan Ilmu Di Malaysia, negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang sering dilanda banjir kerana Kelantan antara negeri yang terdedah kepada hujan monsun timur laut pada setiap tahun. Dengan keadaan negeri Kelantan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah menyebabkan beberapa kawasan di Kelantan dilanda banjir terutamanya Kuala Krai akibat daripada penerimaan hujan yang lebat ketika monsun timur laut pada bulan November hingga Mac (Rajah 1a). Berdasarkan kejadian banjir terkini di Kuala Krai, banjir paling besar melanda Kuala Krai adalah pada tahun 2014 yang dikenali sebagai Bah Kuning (Wan Nur Tasnim, Nor Hidayati, & Mohammad Nazir, 2015; Kamarul Aryffin et al., 2015). Pada tahun tersebut, Kuala Krai merupakan jajahan yang paling teruk terjejas jika dibandingkan dengan kawasan lain. Ketinggian air banjir pada ketika itu mencecah 5 hingga 10 meter yang mampu menenggelamkan bangunan tingkat 3 dan 4 (Nor Eliza, Hazim, Wan, & Zulkifli, 2016). Rajah 1b menunjukkan liputan kawasan banjir di Jajahan Kuala Krai pada tahun 2014. Kejadian tersebut telah menyebabkan 202,000 orang mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan akibat daripada kenaikan paras air Sungai Kelantan (Kamarul Aryffin et al., 2015). Keadaan ini berisiko mengancam nyawa manusia dan membawa kepada kemudahan harta benda dan tempat berlindung. *Corresponding author 2018 UTHM Publisher. All right reserved. penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jts 35

Yazid Saleh 1 et al., Journal of Techno Social, Vol. 10 No. 1 (2018) p. 34-40 Rajah 1 (a) Kawasan terdedah kepada hujan monsun timur laut pada bulan November hingga Mac dan (b) Liputan kawasan banjir pada tahun 2014 di Jajahan Kuala Krai Fenomena banjir yang kerap melanda ini menyebabkan komuniti Kuala Krai perlu membuat persediaan awal terhadap misi menyelamat ketika banjir berlaku sebagai langkah berjaga-jaga jika kejadian bencana berulang dan berlaku tanpa diduga. Ekoran daripada kejadian banjir berskala besar pada tahun 2014 di Jajahan Kuala Krai telah membawa kepada pelaksanaan program pemindahan ilmu tatacara menyelamat dan kaedah pemulihan terutama kepada komuniti yang tinggal di kawasan berisiko terkesan banjir Kampung Manjor, Laloh dan Sungai Rek. Pemindahan ilmu adalah satu fokus utama dalam meningkatkan amalan pendidikan (Huberman, 1990; Love, 1985; Willmott, 1994). Program ini telah mula dilaksanakan pada bulan Disember 2015 hingga Disember 2017 bagi menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada Graduate Intern (GI), staf Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai (PTJKK) dan komuniti Kuala Krai. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang tatacara menyelamat ketika banjir. Oleh itu, menerusi program ini dapat mendidik komuniti dan memberi pendedahan langsung mengenai langkah-langkah persediaan menghadapi bencana banjir agar komuniti mahir dan berilmu tentang pentingnya pengambilan langkah keselamatan ketika proses menyelamat. 3.0 Metodologi Metod yang digunakan dalam melaksanakan program ini adalah kaedah lapangan iaitu pengedaran soal selidik. Program ini telah dilaksanakan di Kuala Krai terutamanya Kampung Manjor, Laloh dan Sungai Rek (Rajah 2). Hal ini kerana Kuala Krai merupakan antara jajahan di Kelantan yang sering dilanda banjir setiap tahun pada musim tengkujuh. Kawasan yang sering terdedah kepada banjir adalah Bandar Kuala Krai, Pahi, Manek Urai, Lela Jasa dan Dabong kerana kawasan ini merupakan kawasan rendah yang terletak di sepanjang sungai iaitu Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Kelantan. Kejadian banjir yang berlaku dipengaruhi oleh faktor hujan lebat pada musim tengkujuh dan menyebabkan berlaku limpahan air sungai. Pengedaran borang soal selidik telah dilakukan untuk menilai pencapaian program pemindahan ilmu tatacara menyelamat dan kaedah pemulihan yang telah dilaksanakan berdasarkan pengukuran perubahan pengetahuan komuniti. Menurut Argote dan Ingram (2000), pencapaian sesebuah program pemindahan ilmu boleh diukur berdasarkan perubahan pengetahuan atau perubahan prestasi. Item soal selidik terdiri daripada latar belakang responden, pengetahuan tatacara menyelamat, penggunaan peti ubat dan pembinaan shelter. Seramai 100 orang responden telah terlibat dalam kajian tinjaun ini yang merupakan peserta yang menyertai program pemindahan ilmu tatacara menyelamat dan kaedah pemulihan terutama daripada Kampung Manjor (14 orang), Kampung Laloh (20 orang), Kampung Sungai Rek (44 orang) dan lain-lain kampong (22 orang). 36

Yazid Saleh 1 et al., Journal of Techno Social Vol. 10 No. 1 (2018) p. 34-40 Rajah 2 : Kawasan pelaksanaan program Pelaksanaan program pemindahan ilmu dilaksanakan secara berperingkat melibatkan teori dan latihan praktikal di sungai dan daratan. Pada fasa permulaan, ilmu telah dipindahkan daripada ahli akademik kepada GI, ketua-ketua kampung dan ahli kumpulan ResQ UPSI. Kemudian diikuti pemindahan ilmu daripada GI kepada komuniti kampung dengan bantuan modul latihan tatacara menyelamat (Rajah 3a) dan modul pengurusan dan pembinaan shelter/rumah segera (Rajah 3b). Pengagihan modul tersebut adalah untuk memberi panduan kepada masyarakat untuk menerapkan tatacara menyelamat dan mengurangkan kesan banjir apabila banjir berskala besar melanda dan meningkatkan kemahiran asas dalam pengurusan rumah segera. Ilmu tatacara menyelamat yang dipindahkan meliputi asas keselamatan arus deras, teknik asas menyelamat, asas pertolongan cemas dan kemahiran asas penyelamat. Sebanyak 100 komuniti telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada Kampung Manjor, Laloh, Sungai Rek, Manek Urai, Karangan dan lain-lain kampung berdekatan kawasan pelaksanaan program. (a) (b) Rajah 3 (a) Modul tatacara menyelamat yang digunakan semasa pemindahan ilmu dan (b) Modul pengurusan dan pembinaan shelter/rumah segera 37

Yazid Saleh 1 et al., Journal of Techno Social, Vol. 10 No. 1 (2018) p. 34-40 4.0 Dapatan dan Perbincangan Berdasarkan profil komuniti yang terlibat dalam program ini menunjukkan majoriti komuniti yang terlibat dalam program pemindahan ilmu adalah daripada Kampung Laloh sebanyak 44 peratus, diikuti lain-lain kampung sebanyak 22 peratus, Kampung Sungai Rek sebanyak 20 peratus dan Kampung Manjor sebanyak 14 peratus. Responden terdiri daripada 81 peratus lelaki dan 19 peratus perempuan. Hasil tinjauan turut mendapati 98 peratus daripada komuniti yang terlibat dalam program adalah komuniti yang tinggal di kawasan dilanda banjir dan 2 peratus komuniti tidak tinggal di kawasan dilanda banjir iaitu Kampung Manjor dan Laloh. Namun begitu, hanya sebanyak 44 peratus sahaja berpengalaman dalam pengurusan banjir, selebihnya 56 peratus tiada pengalaman dalam pengurusan banjir. Tambahan, sebanyak 97 peratus komuniti merupakan mangsa banjir yang dipindahkan ketika banjir melanda. Oleh itu, program pemindahan ilmu adalah releven dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam tatacara menyelamat sewaktu banjir dan kaedah pemulihan setelah banjir. Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan perubahan bilangan komuniti dalam penguasaan ilmu menyelamat, penggunaan peti ubat dan pembinaan shelter. Hasil tinjauan sebelum pelaksanaan program, hanya seramai 19 orang sahaja komuniti yang menguasai ilmu tatacara menyelamat. Namun begitu, nilai tersebut telah meningkat kepada 100 orang selepas pelaksanaan program secara teori dan praktikal sebanyak tiga siri. Keadaan ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 81 peratus komuniti telah menguasai ilmu tatacara menyelamat. Jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan program pemindahan ilmu ini telah meningkatkan kesedaran komuniti tentang tatacara menyelamat ketika banjir terutama dalam penguasaan ilmu asas keselamatan arus deras, teknik asas menyelamat dan kemahiran asas menyelamat. Dalam aspek penguasaan ilmu penggunaan peti ubat pula mendapati hanya seramai 17 orang sahaja komuniti yang mempunyai ilmu penggunaan peti ubat sebelum program dilaksanakan. Nilai ini telah meningkat kepada 100 orang selepas melibatkan diri dalam program pemindahan ilmu iaitu bengkel pertolongan cemas. Keadaan ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 83 peratus komuniti telah menguasai ilmu penggunaan peti ubat semasa pertolongan cemas ketika banjir. Peningkatan peratusan ini telah membuktikan bahawa pelaksanaan program pemindahan ilmu memberi kesan terhadap pertambahan ilmu penggunaan peti ubat terutama ketika melakukan pertolongan cemas bagi membantu menyelamatkan nyawa mangsa, mengelakkan mangsa daripada mengalami kecederaan yang lebih teruk dan membantu mengurangkan kesakitan mangsa. Dalam perubahan bilangan komuniti dalam penguasaan ilmu pembinaan shelter pula hanya mencatat seramai 18 orang komuniti menguasai ilmu pembinaan shelter sebelum pelaksanaan program. Namun, nilai ini telah meningkat kepada 75 orang setelah komuniti mengikuti program ini. Keadaan ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 57 peratus komuniti menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini dalam menguasai ilmu pembinaan shelter. Jelas menunjukkan bahawa peningkatan peratusan telah meningkatkan ilmu dan kesedaran komuniti dalam pentingnya kaedah pemulihan selepas banjir supaya dapat membina semula kehidupan selepas bencana banjir besar melanda.. Jadual 3 : Perubahan bilangan komuniti dalam penguasaan ilmu menyelamat, penggunaan peti ubat dan pembinaan shelter Ilmu yang dipindahkan Sebelum program (orang) Selepas program Peratus perubahan (orang) Tatacara menyelamat 19 100 81 % Penggunaan peti ubat 17 100 83 % Pembinaan shelter 18 75 57 % Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pemindahan ilmu tatacara menyelamat, penggunaan peti ubat dan pembinaan shelter mengalami perubahan peratusan yang besar iaitu melebihi 50 peratus selepas menyertai bengkel dan simulasi yang dilaksanakan melalui program pemindahan ilmu. Perubahan ini jelas menggambarkan bahawa pencapaian program sedemikian adalah sangat baik dan berkesan meningkatkan pengetahuan mangsa banjir dalam penguasaan ilmu tatacara menyelamat, penggunaan peti ubat dan pembinaan shelter melalui penyampaian ilmu secara teori dan latihan praktikal di sungai. Jelas Zhang dan He (2015) di mana peningkatan kesedaran dapat membantu dalam 38

Yazid Saleh 1 et al., Journal of Techno Social Vol. 10 No. 1 (2018) p. 34-40 mencapai pemindahan pengetahuan yang berkesan dalam sesuatu projek. Oleh itu, pemindahan ilmu adalah satu fokus utama dalam meningkatkan amalan pendidikan (Huberman, 1990; Love, 1985; Willmott, 1994). Jelas Becheikh et al. (2010) juga, pemindahan ilmu juga adalah inisiatif untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Secara tidak langsung, ilmu yang dipindahkan kepada komuniti Kuala Krai dapat dimanfaatkan apabila berlaku banjir ketika musim tengkujuh bagi mengurangkan kesan kejadian banjir terutama dalam aspek keterancaman nyawa dan kehilangan tempat berlindung. Dengan pelaksanaan program sedemikian mampu membawa kepada melahirkan masyarakat yang berdaya tahan apabila dilanda banjir besar dan menyumbang kepada wujudnya masyarakat yang lestari. 5.0 Kesimpulan Secara rumusannya, program pemindahan ilmu tatacara menyelamat dan kaedah pemulihan telah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti Kuala Krai. Situasi ini dapat dibuktikan dengan peningkatan peratusan komuniti dalam penguasaan ilmu yang dipindahkan pada sebelum dan selepas pelaksanaan program di mana ilmu tatacara menyelamat sebanyak 81 peratus, penggunaan peti ubat sebanyak 83 peratus dan pembinaan shelter sebanyak 57 peratus. Dengan itu, pelaksanaan program pemindahan ilmu secara berperingkat ini sangat berkesan dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti Kuala Krai terutama ilmu menyelamat dan pertolongan cemas sewaktu banjir dengan bantuan modul latihan tatacara menyelamat sebagai panduan komuniti melakukan persediaan menghadapi banjir. Begitu juga dengan pemindahan ilmu pembinaan shelter dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai pengurusan shelter dengan bantuan modul pengurusan dan pembinaan shelter/rumah shelter. Penguasaan ilmu ini secara tidak langsung boleh mengurangkan ancaman nyawa manusia semasa bencana banjir melanda dan mengembalikan semula kehidupan mangsa banjir selepas banjir. Penghargaan Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Tinggi dalam menyediakan dana program pemindahan ilmu (Kod projek: 057007-2015-005-01) bagi menjalankan program pemindahan ilmu tatacara menyelamat ketika banjir dan kaedah pemulihan. Rujukan Argote, L., & Ingram, P. (2000). Knowledge transfer: A basis for competitive advantage in firms. Organizational behavior and human decision processes, 82(1), 150-169. Becheikh, N., Zaim, S., Idrissi, O., Castonguay, Y., & Landry, R. (2010). How to improve knowledge transfer strategies and practices in education? Answers from a systematic literature review. Research in Higher Education Journal, 7(1), 1-21. Huberman, M. (1990). Linkage between researchers and practitioners: A qualitative study. American Educational Research Journal, 27(2), 363 391. Kamarul Aryffin, B., Shaik Farid, A. W., Nik Hisamuddin, N. A. R., Nik Arif, N. M., Tuan Hairulnizam, T. K., Abu Yazid, M. N., & Mohd Roslani, A. M. (2015). The record-setting flood of 2014 in Kelantan: Challenges and recommendations from an emergency medicine perspective and why the medical campus stood dry. Malaysia Journal of Medical Sciences, 22(2), 1 7. Love, J. M. (1985). Knowledge transfer and utilization in education. Review of Research in Education, 12(1), 337 386. M. Shah, A. K. (2008). Disaster preparedness for sustainable development in Bangladesh. Disaster Prevention and Management: An International Journal, 17(5), 662 671. Mmom, P. C., & Aifesehi, P. E. (2013). Impact of the 2012 flood on water quality and rural livelihood in the Orashi Province of the Niger Delta, Nigeria. Journal of Geography and Geology, 5(3), 216 225. Nor Eliza, A., Hazim, M., Wan, Y. C., & Zulkifli, Y. (2016). Rainfall analysis of the Kelantan Big Yellow Flood 2014. Jurnal Teknologi, 78(9-4), 83 90. Rahman, M. R., Haque, A., Khan, M. S. A., Salehin, M., & Bala, S. K. (2005). Investigation of hydrological characteristics of flood 2004 with special emphasis on Dhaka City, Institute of Water and Flood Management, Bangladesh University of Engineering and Technology, Dhaka. 39

Yazid Saleh 1 et al., Journal of Techno Social, Vol. 10 No. 1 (2018) p. 34-40 Stanley, G. J. K. (2000). Disaster management and social development. Internatinal Journal of Sociology and Social Policy, 20(7), 66 81. Tuan Pah Rokiah, S. H., Abd Rahim, M. N., & Hamidi, I. (2014). The level of satisfaction towards flood management system in Kelantan, Malaysia. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 22(1), 257 269. Wan Nur Tasnim, W. H., Nor Hidayati, Z., & Mohammad Nazir, A. (2015). Knowledge sharing and lesson learned from flood disaster: A case in Kelantan. Journal of Information Systems Research and Innovation, 9(2), 1 10. Willmott, H. (1994). Management education: Provocations to a debate. Management Learning, 25(1), 105 136. Zhang, L., & He, J. (2015). Critical factors affecting tacit-knowledge sharing within the integrated project team. Journal of Management in Engineering, 32(2), Article number 04015045 (in Press). 40