UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) JUN 2016
PENGAKUAN Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa segala kerja-kerja yang dilakukan dalam Penulisan Ilmiah ini telah dihasilkan tertakluk kepada peraturan Universiti Teknologi MARA. Ia merupakan karya yang asli dan telah dihasilkan oleh saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya sertakan sumber rujukannya. Penulisan Ilmiah ini belum pernah dihantar atau diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau institusi bukan akademik untuk tujuan pengijazahan atau lain-lain penganugerahan. Sekiranya Penulisan Ilmiah ini telah terbukti melanggar perkara yang telah disebutkan di atas, saya dengan suka relanya akan mengenepikan atau tidak menuntut sebarang hak untuk penganugerahan ijazah saya. Saya juga bersetuju supaya dikenakan tindakan disiplin berdasarkan peraturan yang telah termaktub oleh Universiti Teknologi MARA. Nama : Faiz Syahmi Bin Mohd No. Pelajar : 2013651088 Program : Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional Fakulti : Akademi Pengajian Bahasa Tajuk : Elemen Semiotik dalam Seni Persembahan Rodat Terengganu Tandatangan : Tarikh : ii
PENGHARGAAN Bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya dapat saya menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini dengan jayanya. Setinggi penghargaan buat penyelia saya iaitu Dr. Norhazlina Binti Husin yang membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi menyiapkan kajian ilmiah ini. Sekalung budi juga buat sebilangan pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Bahasa yang begitu sabar membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama menjalankan kajian ini. Jadi, jutaan terima kasih atas pengorbanan dan kongsi memberikan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk hasilkan tesis ini. Selain itu, buat insan-insan tersayang seperti bonda dan ayahanda saya serta seluruh ahli keluarga yang berkorban segala-galanya. Terima kasih yang tidak terhingga atas nasihat, dorongan serta doa restu daripada mereka yang tidak putus-putus memberiku semangat dan inspirasi untuk meneruskan usaha hingga terhasilnya kajian ilmiah ini. Rasa bangga dan penuh hormat saya dambakan buat informan-informan sama ada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang memberikan kerjasama yang baik semasa kajian ini dijalankan. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan kepada mereka kerana telah banyak membantu dan memberikan pandangan berkaitan dengan kajian ini. Segala kebaikan mereka tidak dapat saya lupakan. Akhir sekali terima kasih juga ditujukan kepada buat teman-teman seperjuangan khasnya Taz irah Nailah Binti Abd. Hadi, Amir Imran Bin Jamil dan ramai lagi yang telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya menyempurnakan kajian ini. Budi kalian tidak dapat dilupakan. 1246-K, TAMAN PERMINT PERMAI, KAMPUNG BUKIT, 21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. iii
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat elemen-elemen semiotik yang terdapat pada seni persembahan Rodat Terengganu lama dan baru. Semiotik merupakan tanda, simbol atau perlambangan. Elemen semiotik ini dilihat berdasarkan kepada kerangka konsep daripada Saussure (1974) yang menjelaskan tanda dipecahkan kepada dua komponen iaitu signifier dan signified. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menghuraikan secara deskriptif dapatan yang diperolehi. Pemerhatian, temu bual dan rakaman pula digunakan sebagai kaedah kajian untuk mendapatkan dapatan. Hasil daripada dapatan kajian mendapati perbezaan dalam seni persembahan Rodat Terengganu lama dan baru. Elemen-elemen semiotik yang terdapat dalam Rodat Terengganu lama dan baru dilihat memberikan perspektif baru terhadap seni persembahan tersebut. iv
ABSTRACT This research is done aiming to examine the semiotic elements that are found in the older and the modern art performances of the Rodat Terengganu. Semiotics are referred as signs, symbols or act as a symbolic representation. Semiotics elements are viewed based on the Saussure (1974) conceptual framework which explains the division of the sign divided into two which are the signifier and signified. This research uses a qualitative approach that elaborates the findings descriptively. Observations, interviewing and recordings are tools used as the methodology to obtain information. As a result of our research, we did find that there is a older and the modern Rodat Terengganu. The semiotics elements found in the olden and the modern Rodat Terengganu provides a whole new perspective mainly towards their art performances. v