PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Similar documents
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Earthwork Activities in Private Housing Industry

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Sistem Bakeri Interaktif

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

FITUR LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

RQK 259 Cost and Value Management 1 (Pengurusan Kos dan Nilai 1)

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

Faculty of Engineering

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Transcription:

PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursu secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini adalah kursus asas pendidikan yang ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda di bawah Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan asas-asas kepada komponen teknologi maklumat yang boleh digunakan dalam pendidikan. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Jam Pembelajaran Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 3 OBJEKTIF KURSUS Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberi pegetahuan dan kemahiran serta membina sikap positif kepada graduan tentang teknologi maklumat dan penggunaanya. Pelajar akan didedahkan kepada perkembangan teknologi maklumat dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga akan dibekalkan pengetahuan dan kemahiran dalam pemprosesan perkataan, persembahan elektronik dan hamparan elektronik. Pelajar juga didedahkan kepada pengurusan sistem operasi berasaskan perisian operasi Microsoft Windows XP, penggunaan Internet dan penggunaan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran. Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan perkembangan, mengenal pasti dan menjelaskan fungsi komponen-komponen utama bahagian komputer; 2. Menggunakan arahan-arahan asas sistem pengoperasian Windows XP; 3. Menggunakan aplikasi perisian dalam pemproses perkataan, persembahan elektronik dan hamparan elektronik; 4. Menyenaraikan kelebihan Internet untuk mencari dan menggunakan maklumat; dan 5. Menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

PANDUAN KURSUS xiii SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memperkenalkan pelajar kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pelejar juga akan belajar tentang implikasi penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan dan Koridor Raya Multimedia [MSC]. Pelajar juga akan didedahkan kepada konsep sistem komputer dan keselamatan data. Topik 2 memperkenalkan pelajar kepada pemprosesan perkataan dengan penekanan kepada asas-asas seperti reka letak, jidar, tipografi dan pelbagai jenis formatan. Topik 3 merupakan lanjutan kepada pemprosesan perkataan dan pelajar akan didedahkan kepada cantuman mel, penerbitan atas meja dan penggunaan forms. Topik 4 memperkenalkan ciri-ciri asas persembahan eletronik dengan penekanan kepada pembinaan slaid dan kerangka untuk persembahan multimedia. Topik 5 memperkenalkan ciri-ciri asas hamparan elektronik seperti formal sel, jenis data dan operasi matematik. Pelajar diajak menggunakan hamparan elektronik bagi membina jadual dan carta serta membina ujian mudah. Topik 6 membimbing pelajar melaksanakan penyenggaraan perisian dan penyenggaraan makmal komputer. Turut diperkenalkan adalah konsep rangkaian dan perkongsian maklumat menerusi rangkaian. Topik 7 memperkenalkan pelajar kepada konsep asas Internet termasuk seni bina, protokol dan perkhidmatan melalui Internet. Pelajar turut didedahkan kepada penggunaan Internet untuk muat turun dan penyampaian maklumat. Topik 8 meperkenalkan pelajar kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) dan memperjelaskan jenis-jenis PPBK termasuk tutorial, tunjuk cara, simulasi, permainan, latih tubi dan ujian. Topik 9 mededahkan pelajar kepada kriteria pemilihan dan penilaian perisianperisian PPBK. Topik 10 membantu guru meneroka potensi penggunaan TMK dan membuat keputusan berkaitan keperluan penggunaan TMK dari aspek jenis dan cara

xiv PANDUAN KURSUS menggunakan TMK dalam pengajaran mereka. Penekanan diberikan kepada peranan guru dan mod penggunaan TMK dalam pengajaran pembelajaran. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

PANDUAN KURSUS xv Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. RUJUKAN Alessi, S.M. & Trollip, S.R. (1991). Computer base instructional: Methods and development. (2nd ed.). New Jersey: Prentice Hall, Inc. Florence, D. (1989). LAN Local Area Networks. New York: John Wiley and Sons. Heinich et al. (1997). Instructional media and technologies for learning. Englewood: Prentice Hall. Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2001). Menguasai Perisian Pemproses Perkataan Microsoft Word XP. Kuala Lumpur: Venton Publishing, Leask, M. & Pachler, N. (1999). Learning to teach using ICT in the secondary school. London: Routledge. Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. (1992). Pengajaran Berbantukan Komputer. Wawasan September. Noralila Mat et. al. (2004). Aplikasi Komputer. Kuala Lumpur: Prentice Hall. OÊLeary, T.J. (2002). Microsoft Windows XP. New York: McGraw-Hill.

xvi PANDUAN KURSUS O.S. Goh (1993). Kursus Lengkap MS-Dos & Microsoft Windows. Kota Bharu: Pustaka Reka. Roblyer, M. & Edwards, J. (2000). Integrating Educational technology into teaching. (2nd ed.). Columbus, Ohio: Prentice Hall. Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. Wyatt, R. (2002). Desktop Publishing. Oxford: Heinemann Educational Publishers. Young, M.L. (2002). Internet: The Complete Reference. (2nd ed.). New York: McGraw-Hill. Zorani Wati Abas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini