irtv HJniormi Jurrial Peradaban Informasi Dan llmu Tema: Sentuhan Intelektual Membaca Karya-karya Besar

Similar documents
Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM


Survey on Perak and Selangor 3 messages

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Earthwork Activities in Private Housing Industry

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

Sistem Bakeri Interaktif

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Written by Administrator Thursday, 28 November :37 - Last Updated Wednesday, 17 May :23

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) SEBAGAI PEMANGKIN PEMBINAAN NILAI-NILAI PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF DAN CEMERLANG KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

LATAR BELAKANG BACKGROUND. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

THE SCENARIO OF TRAINING OFFERED BY PUBLIC TRAINING INSTITUTIONS IN 2016

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

Transcription:

irtv HJniormi Jurrial Peradaban Informasi Dan llmu Tema: Sentuhan Intelektual Membaca Karya-karya Besar

Informika Jilid 2,2013 Penerbit Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA Sidang Editor Shaharom TM Sulaiman (Ketua) Wan Ab. Kadir Wan Dollah (Timbalan Ketua Editor) Editor Pelaksana Mohamad Noorman Masrek Siti Arpah Noordin Mohd Jailani Paiman Husain Hashim Hasnah Hashim Mohd Sazili Shahibi Editor Prof. Dr. Adnan Jamaludin - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Hj. Laili Hj. Hashim - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Fuziah Mohd Nadzar - Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Dr. Rusnah Johare - Universiti Teknologi MARA Prof. Dr. Sohaimi Zakaria - Universiti Teknologi MARA Prof. Dato' Dr. Raja Abdullah Yaacob - Universiti Teknologi MARA Editor Perunding Prof. Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar - Universiti Brunei Darussalam Prof. Dr. Ding Choo Ming - Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah - Universiti Malaysia Kelantan Dr. Roosfa Hashim - Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Wan Ali Wan Mamat - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Alamat Penerbit Kampus Puncak Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. (Tel.: 03-79622020 Faks.: 03-79622007) Harga : RM 20 (Malaysia) : USD 20 (Luar Negara)

INFORMIKA JILID 2. 2013 ISSN 2231-7104 Kandungan Bil M/S 1 Sentuhan Intelektual Membaca Karya-Karya Agung Melayu Ding Choo Ming 2 Perpustakaan Pembina Tamadun Muhammad Hj. Salleh 21-24 3 Penerbitan Popular dan Penerbitan llmiah: Sejauh Mana Membentuk Minat Membaca Masyarakat Zulkarnain Zakaria 25-36 4 llmu dan llmu Pengetahuan dari Perspektif Islam Norasiah Haji Harun 37-42 5 Peranan Perpustakaan-perpustakaan Luar Bandar dalam Pembentukan Modal Insan yang Bernilai Tinggi Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya 43-54 6 Kajian Etnografi Tingkah Laku Maklumat Pesalah Juvana Lelaki di Malaysia Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi, Abrizah Abdullah dan Nur Khairunnisha Zainal 55-68 7 Memaksimumkan Pengguna Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sebagai Agen Kecemerlangan Akademik Zailani Shafie, Nor Ezan Omar dan Nor Diana Abd Rahman 69-78 8 Pengabstrakan dan Pengindeksan di Malaysia: Satu Tinjauan Abd RashidAbd Rahman, Fuziah Mohd Nadzar dan Rosnita Sahrani 79-94 9 Persepsi Terhadap Kredibiliti Maklumat di Internet dari Kalangan Generasi Muda Melayu (Pelajar UiTM) Mohd Sazili Shahibi, MazwaniAyu Mazlan, Hamka Mohd Noor dan Muhammad Saufi Mohd Hanafiah 95-101 1-20 ULASAN BUKU 1 2 Tokoh- tokoh Negara dari Kacamata Pustakawan Shaharom TM Sulaiman Perpustakaan Digital: Isu dan Cabaran Shaharom TM Sulaiman I 103-104 105-106

Suggested Cataloguing-in-Publication Data Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu Vol. 2(2013)- Shah Alam: Fakulti Pengurusan Maklumat ISSN 2231-7104 1. Library science - Periodicals. 2. Library Science - Malaysia - Periodicals 3. Library science - Developing countries - Periodicals. I. FPM II.Z671 2013 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Pendapat dalam makalah yang disiarkan tidak semestinya mewakili pendapat Editor jurnal ini atau pengurusan pihak Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

Informika, Jilid 2, 2013 :43-54 PERANAN PERPUSTAKAAN-PERPUSTAKAAN LUAR BANDAR DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG BERNILAI TINGGI Norehan Ahmad Emel: norehan_ahmad@hotmail.com Haliza Yahaya Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Perdana, 40150 ShahAlam. Emel: haliz862@salam.uitm.edu.my ABSTRAK : Satu elemen yang penting dalam pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara adalah pembangunan modal insan yang mempunyai penguasaan ilmu pengetahuan. Dalam artikel ini pengarang memfokuskan kepada peranan perpustakaan luar bandar atau desa dalam menghasilkan modal insan yang sesuai dengan keperluan proses pembangunan di Malaysia. Pada masa ini perkhidmatan perpustakaan luar bandar di seluruh Malaysia dikendalikan dan diseliakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia serta Perbadanan - Perbadanan Perpustakaan Awam di setiap negeri. Sebelum ini Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar telah banyak membantu dalam menubuhkan perpustakaanperpustakaan luar bandar yang diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian KEMAS (Kemajuan Masyarakat). Perpustakaan luar bandar memainkan peranan yang penting dalam pembentukan satu masyarakat yang berpengetahuan dengan membekalkan dan menyediakan bahan bacaan yang sesuai dalam bentuk bercetak atau elektronik kepada masyarakat. Modal insan yang terlatih dan berpengetahuan akan menjadi penggerak kepada peningkatan daya saing Negara. Modal insan yang mempunyai pengetahuan khusus sudah tentu akan mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi di Negara ini. Kata kunci: Perpustakaan desa; Modal insan PENGENALAN Kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap budaya membaca di kalangan rakyat terutama di kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat bandar dan pedalaman. Penekanan terhadap budaya membaca juga bertujuan memastikan merekatidaktersisih atau terpinggir dalam mengecapi kejayaan. Perpustakaan diwujudkan di kawasan luar Bandar dalam usaha tersebut sejak Negara mula mencapai kemerdekaan. Perpustakaan luar bandar ataupun perpustakaan desa adalah perpustakaan yang boleh didapati di kawasan- kawasan pendalaman seperti di kampung dan desa. Perkhidmatan perpustakaan ini ditawarkan kepada berbagai golongan pengguna yang tinggal di sekitar kawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai kategori pengguna seperti pelajar, petani, nelayan, para profesional dan sebagainya. Secara amnya, bila disebut luar bandar umum biasanya akan membayangkan satu golongan masyarakat yang ketinggalan dari segi sosial dan juga ekonomi. Kebanyakkan masyarakatnya berpendapatan rendah dan berada dalam tahap kemiskinan; berpendidikan rendah; kebanyakkan terdiri dari golongan 43

Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya tua; ekonomi yang tidak stabil dan tidak mempunyai kemudahan dan perkhidmatan. Begitu juga dari segi sikap, nilai diri serta kepercayaan yang dipercayai amat berbeza dari mereka di bandar. Menurut RK. Willits, R.C. Bealer dan D.M. Crider, secara keseluruhannya, penduduk di luar bandar lebih tradisional dari segi nilai moral dan diri dan lebih ortodok dalam kepercayaan atau agama mereka dan lebih menolak sebarang perubahan. (Willits & Willits, 1991, p. 26). Nilai tradisional ini dapat mempengaruhi apa maklumat yang boleh diterima dan digunakan oleh golongan luar bandar ini. Perpustakaan luar bandar dapat memain peranan dalam mengikis tanggapan ini. Mereka boleh memain peranan dalam membantu membasmi buta huruf, yang biasanya menjadi punca mereka di luar bandar mempunyai segala ciri yang negatif itu. Jika penduduk ini tidak lagi buta huruf, mereka boleh memperolehi maklumat yang terkini dari bahan-bahan bacaan dan rujukan dari perpustakaan ini. Bahan-bahan rujukan biasanya banyak didapati di perpustakaan-perpustakaan sekolah. Selain dari perpustakaan sekolah, agensi-agensi kerajaan juga boleh menyalurkan penulisan dan penerbitan mereka ke satu lagi tempat sebagai bahan rujukan, iaitu perpustakaan-perpustakaan luar bandar, dan sama-sama menyumbang dalam usaha membasmi masalah buta huruf serta dapat meningkatkan tahap kehidupan masyarakat di situ. Kerajaan tidak hanya melihat usaha membasmi kemiskinan sebagai agenda utama merapatkan jurang di antara masyarakat bandar dan luar bandar tetapi juga berusaha membasmi kedaifan ilmu pengetahuan. Komitmen kerajaan untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat negara ini jelas dengan pelaksanaan pelbagai program termasuk peruntukan yang tinggi bagi tujuan membangun dan mengurus perpustakaanperpustakaan di kawasan luar bandar. Usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat telah diperhebatkan dengan pengubahsuaian beberapa unit bangunan di seluruh Negara untuk dijadikan perpustakaan di kawasan luar Bandar. Usaha ini adalah bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca serta menangani jurang ilmu dalam kalangan pelajar dan masyarakat luar Bandar. Perdana Menteri, Datuk Seri pernah berkata bahawa pembangunan kampung harus diperkasakan hingga ke tahap terbilang dan tidak tercicir atau dipinggir dari arus kemajuan negara. Beliau berkata, langkah memperkasakan kampung membolehkan usaha seperti membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif dapat dicapai, selain memastikan usaha membangunkan modal insan tidak keciciran hingga mampu menghasilkan golongan profesional dan meningkatkan pendapatan penduduk. Beliau menegaskan bahawa usaha memperkasakan kampung itu memerlukan langkah yang berterusan serta berpandangan jauh dan mencetuskan idea baru. Pemimpin di kampung perlulah mempunyai maklumat dan data yang tepat mengenai perkembangan dan aktiviti penduduk bagi merancang pembangunan kampung dengan lebih baik dan menggunakan segala peruntukan dan kemudahan yang diberikan secara berkesan. Semua ini boleh dimain peranannya oleh perpustakaan yang terdapat di kawasan luar bandar. Dalam artikel ini penulis akan membincangkan tentang perpustakaan luar bandar iaitu lebih kepada perpustakaan desa dan peranan yang boleh dimain oleh perpustakaan ini dalam melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang,, sebagaimana yang diimpikan oleh kerajaan. Masalah yang biasa dihadapi oleh perpustakaan desa dalam memberikan perkhidmatan mereka dikemukakan.beberapa cadangan diberi bagi mengatasi masalah ini supaya perpustakaan desa dapat memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin dan seterusnya dapat bersama-sama membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi, sosial dan pendidikan penduduk luar bandar. 44

Peranan Perpustakaan-Perpustakaan Luar Bandar Dalam Pembentukan Modal Insan Yang Bernilai Tinggi SEJARAH PERPUSTAKAAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA Pembangunan perpustakaan luar bandar di Malaysia, pada awalnya adalah menjadi tanggungjawab utama Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Seterusnya, perbadanan awam setiap negeri telah turut bekerjasama dalam pembangunan perpustakaan luar bandar ini. Dalam tahun 1961, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah diberikan tanggungjawab untuk memberikan nafas baru kepada keadaan kehidupan di kawasan luar bandar. Penduduk luar bandar telah digalakkan untuk menyertai dalam pelbagai program pembangunan bagi membolehkan tahap kehidupan mereka di pertingkatkan dengan mengubah sikap mereka ke arah inovasi dan juga bagi membasmi buta huruf yang dilihat menyumbang kepada kemiskinan. Bahagian yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk perkhidmatan perpustakaan luar bandar ini adalah Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). (Norehan Ahmad, 1980 p.26) KEMAS DAN PERPUSTAKAAN-PERPUSTAKAAN LUAR BANDAR Perkhidmatan perpustakaan luar bandar yang dikendalikan oleh bahagian ini bermula pada tahun 1971. Projek ini berkembang dari penekanan yang berubah dari pendidikan dewasa kepada program pembangunan masyarakat. Dalam tahun 1970an, perpustakaanperpustakaan luar bandar telah ditubuhkan oleh Kementerian untuk: memberikan bahanbahan bacaan susulan bagi mengatasi orang dewasa yang baru celik huruf serta lepasan sekolah dari kembali semula menjadi buta huruf membina sumber rujukan tambahan bagi pelajar sekolah menyediakan maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian penduduk luar bandar seperti pertanian, kesihatan, ekonomi dan Iain-Iain lagi. menanam dan memupuk tabiat membaca di kalangan belia. (Norehan Ahmad, 1980 P-31) Perpustakaan telah diwujudkan di kawasan luar bandar yang strategik dengan tujuan untuk membantu dalam pembangunan komuniti dan juga memberikan program pendidikan di kalangan orang dewasa pada masa itu. Buat masa ini, matlamat perpustakaan luar bandar masih lagi tidak banyak berubah, namun ianya haruslah disesuaikan dengan keadaan sekarang.kini, Kementerian yang telah diberikan tanggungjawab untuk pengurusan perpustakaan luar bandar adalah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan sebelum kementerian ini, tanggungjawab tersebut dipikul oleh Kementerian Pendidikan. Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana perpustakaan luar bandar boleh berperanan membantu melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan akan bermanafaat kepada negara dari segi sumbangan mereka dalam pembangunan negara ini. FAKTOR MODAL INSAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA Falsafah pembangunan telah menekankan aspek sosioekonomi yang lebih menyeluruh mulai awal dekad 1990an. Satu elemen penting pembangunan adalah pembangunan modal insan atau sumber manusia. Manusia telah dianggap sebagai modal insan yang merencanakan sosial, politik dan kebudayaan dan bukan lagi hanya dianggap sebagai makhluk ekonomi. Pada tahun 1998, ahli ekonomi dan penerima Anugerah Nobel untuk 45

Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya tahun itu, Amartya Sen telah berpendapat bahawa pembangunan modal insan perlulah diambil kira dalam pembangunan yang berpusat, agar keupayaan produktiviti manusia dapat digilap. Pembangunan modal insan inilah yang akan dapat menentukan pertumbuhan ekonomi yang mapan. Agenda utama program pembangunan Negara pada masa akan datang akan sentiasa menekankan akan faktor pembangunan modal insan selaras dengan usaha membentuk individu berketerampilan dan berkualiti dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antaranya akan meliputi usaha membangunkan modal insan yang berpengetahauan, berkemahiran, inovatif, memiliki nilai jati diri, beretika, mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan sewajarnya. Bagi masyarakat pertanian, tanah merupakan sumber utama dan bagi ekonomi industri pulayang penting adalah aset-aset fizikal seperti besi, kilang-kilang, pengangkutan seperti landasan keretapi, dll. iaitu faktor-faktor utama dalam produksi. Era yang kita berada sekarang meletakkan keutamaan kepada maklumat dan pengetahuan. (Norshidah & Husnayati 2003). Mengikut Drucker (2001) pula masyarakat masa depan akan menjadi masyarakat yang berpengetahuan di mana maklumat adalah sumber utama dan pekerjapekerja yang berpengetahuan akan menjadi kumpular\ yang berpengaruh di tempat kerja. Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh, telah menyatakan bahawa pembangunan modal insan ini bukan sahaja penting kepada pertumbuhan masyarakat, tetapi ianya juga memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi. Dengan memperkukuhkan modal insan itu sendiri, ia akan menggalakkan peningkatan produktiviti Negara, dan ini sekaligus akan menjana pendapatan lebih baik disamping mengwujudkan peluang pekerjaan. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) baru-baru ini, kita telah dapat melihat bahawa rancangan ini adalah berlandaskan lima teras utama Misi Nasional, yang berpaut pada falsafah pembangunan modal insan sebagai elemen ekonomi yang amat penting. Untuk memahami konsep ini, kita akan melihat sedikit kepada kandungan RMK-9. KANDUNGAN RMK-9 Matlamat utama (RMK-9) ialah mencapai perpaduan nasional dengan berlandaskan perkara berikut :- Mengukuhkan asas ekonomi untuk fasa kedua Wawasan 2020 Misi Nasional dengan lima teras utama : - Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi - Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama - Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif - Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup - Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan negara, menubuhkan mekanisme perlaksanaan dan pemantauan yang lebih cekap 46

Peranan Perpustakaan-Perpustakaan Luar Bandar Dalam Pembentukan Modal Insan Yang Bernilai Tinggi RMK-9 juga memperkenalkan enam strategi ekonomi makro dan diantaranya ialah 'menggalakkan pembangunan sumber pertumbuhan baharu dalam sektor pertanian, dan perkhidmatan serta meluaskan ekonomi berasaskan pengetahuan'. PERANAN PERPUSTAKAAN DESA DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN Perpustakaan luar bandar patut juga memberi perhatian kepada memperkembangkan dan meningkatkan koleksi dan perkhidmatan mereka bagi menghasilkan masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Perpustakaan luar bandar ini boleh memain peranan utama dengan maklumat mereka dan menyesuaikannya mengikut keperluan masyarakat setempat. Kejayaan dalam memberikan perkhidmatan yang bersesuaian bergantung kepada polisi dan proses pembinaan koleksi yang digunakan oleh perpustakaan luar bandar tersebut, koleksi perpustakaan itu dan cara penyebaran maklumatnya. Perpustakaan perlu mempunyai pakar yang dapat mengubahsuaikan maklumat yang diterbit dalam buku dan jurnal. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan itu, jika ianya dapat dipromosikan dengan baik akan membolehkan penduduk luar bandar untuk sama-sama menyumbang dalam pembangunan Negara dan taraf kehidupan mereka juga akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya ini akan membuka jalan ke arah pembangunan sosio-ekonomi. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh perpustakaan luar bandar dalam memastikan mereka dapat memainkan peranan yang penting ini. Antaranya adalah:- 1. Menyediakan buku serta sumber rujukan yang lain kepada semua yang memerlukan maklumat bagi tujuan pendidikan dan rekreasi yang seterusnya akan membantu dalam pembangunan diri seseorang ataupun pembangunan sosial sesebuah Negara. 2. Menyediakan kakitangan yang terlatih dalam memberikan perkhidmatan kepada berbagai golongan yang terdapat di kawasan luar bandar. 3. Menempatkan perpustakaan di satu tempat yang memudahkan dan menggalakkan penggunaannya dan yang seterusnya akan menggambarkan nilainya kepada masyarakat. Tolero dan Gaudette (1996) telah menyatakan bahawa melalui perkhidmatan maklumat yang baik, masyarakat luar bandar yang miskin dan di pendalaman boleh diintegrasikan dalam aliran ekonomi kehidupan, yang seterusnya ini akan meningkatkan pendapatan mereka. Mereka menyatakan bahawa rangkaian satelit, komunikasi tanpa wayar, telefon awam, dan pusat maklumat komuniti adalah merupakan saluran maklumat yang berkesan. Dengan bantuan teknologi mklumat, kampung yang jauh di pendalaman boleh mendapatkan maklumat dengan lebih murah dan cepat. Perpustakaan luar bandar memain peranan yang penting dalam menggalakkan pembacaan di kalangan penduduk tempatan dan ini akan membantu dalam menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam menguruskan kehidupan harian. Shahar Banun (1999) telah menekankan dalam kertas kerjanya bahawa sumber dan perkhidmatan maklumat perlu diperluaskan di kawasan luar Bandar dengan mengadakan kemudahan ICTseperti stesen kerja CD-ROM, kemudahan video dengan program pendidikan dan perkhidmatan maklumat multimedia atau hipermedia. Berbagai usaha telah pun diambil oleh perpustakaanperpustakaan awam di Malaysia dalam membekalkan maklumat elektronik untuk penduduk-penduduk desa atau luar bandar. Contohnya di Sabah perkhimatan Desa@Net 47

Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Sabah sungguh bermanfaat kepada penduduk luar bandar. PERANAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA MEMBANGUN PERPUSTAKAAN DESA Menjelang alaf baru, Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu di kalangan masyarakat dalam memupuk budaya membaca. Oleh yang demikian, Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab untuk menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di seluruh Negara. Ini bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan. Ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu:- "menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh Negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya." Ini ditekan lagi dalam peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(i) iaitu:- "mengalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya." Pada tahun 2000 terdapat sebanyak 921 sudut perkhidmatan perpustakaan awam di seluruh Malaysia. Jumlah ini termasuk perpustakaan negeri, perpustakaan-perpustakaan cawangan, metropolitan, bandar dan luar bandar, masjid, kompleks membeli-belah, dan perpustakaan bergerak. Pada tahun 1999 jumlah perpustakaan luar bandar adalah 493 dan ianya telah bertambah kepada 53 buah lagi pada tahun 2000. (Zawiyah Baba 2002). Melalui Belanjawan Pembangunan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-8, sebanyak RM72,485,000.00 telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri termasuk Perpustakaan Negeri Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini bertujuan mempertingkatkan pembangunan prasarana perpustakaan dan memperkukuhkan infrastruktur perpustakaan, juga meliputi penyediaan perkhidmatan maklumat yang menyeluruh di seluruh Negara agar dapat memberikan keselesaan dan dapat menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan. Antara projek-projek pembangunan Perpustakaan Awam Negeri yang telah dan sedang dilaksanakan melalui bantuan peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikuta) Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Programme) Kementerian Tenaga Komunikasi dan Multimedia telah memulakan program ini pada tahun 2002. Objektif program ini adalah bagi merapatkan jurang digital dan minda antara golongan masyarakat kawasan bandar dan luar bandar. Dalam Fasa Pertamanya, Kementerian telah melengkapkan 220 sekolah di Malaysia Timur, iaitu 110 di Sabah dan 110 di Sarawak dengan infrastruktur komunikasi termasuk pengaksesan kepada Internet. Pada Fasa Keduanya pula (2003-2004), Kementerian telah melaksanakan program ini di 174 perpustakaan-perpustakaan luar Bandar dan 50 buah klinik kesihatan luar Bandar. Perpustakaan Negara Malaysia menyelaras program ini dengan sentiasa berhubung dengan semua Perpustakaan Awam Negeri dalam mengenalpasti dan menyelia perkembangan program tersebut. 48

Peranan Perpustakaan-Perpustakaan Luar Bandar Dalam Pembentukan Modal Insan Yang Bernilai Tinggi b) Perpustakaan Desa Siber llmu (PDSI) Hasrat kerajaan bagi merapatkan jurang digital di antara masyarakat luar bandar dan bandar dengan menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat dilaksanakan melalui penubuhan Perpustakaan Desa Siber llmu ini. Di bawah projek ini, terdapat dua projek yang dilaksanakan iaitu dengan membina bangunan baru dan dengan melengkapkan prasarana ICT serta menaik taraf perpustakaan yang sedia ada. Perpustakaan Desa Siber llmu ini didirikan di kawasan luar bandar khususnya di perkampungan yang terletak jauh dari perkhidmatan perpustakaan pusat, dengan harapan ia dapat menjadi daya tarikan kepada masyarakat untuk membudayakan ilmu dan sekaligus ini akan dapat meningkatkan literasi di kalangan masyarakat luar Bandar. Sebanyak enam puluh (60) unit Perpustakaan Desa Siber llmu telah dibina dalam RMKe-8 di seluruh Negara dan sebanyak 41 unit Perpustakaan Desa Siber llmu telah didirikan sehingga 30 April 2004. c) Perpustakaan Bergerak Multimedia (e-pustaka) Satu lagi perkhidmatan perpustakaan untuk masyarakat luar bandar adalah perkhidmatan Perpustakaan Bergerak. Semua perpustakaan bergerak yang dibina dalam RMKe-8, telah dilengkapkan dengan kemudahan komputer dan internet dan telah dinamakan Perpustakaan Bergerak Multimedia, e-pustaka. Sebanyak lima (5) unit e-pustaka telah dibina dan diagihkan kepada lima (5) buah negeri iaitu Kedah, Melaka, Pahang, Selangor dan Sarawak pada tahun 2001. Pada tahun 2004 pula, sebanyak tujuh (7) unit e-pustaka telah dibina untuk enam (6) buah negeri, iaitu Kedah (1 unit), Perak (1 unit), Perlis (1 unit), Sabah (2 unit) dan Sarawak (1 unit). Pada keseluruhannya, sebanyak dua belas (12) unit bas bergerak multimedia (e-pustaka) telah dibina dalam RMKe-8. d) Latihan Perpustakaan Negara Malaysia juga memberikan pendedahan dalam pengesanan maklumat melalui komputer dalam latihan penggunaan modul pendidikan pengguna e-pustaka, kepada pengguna dan kakitangan perpustakaan desa dengan adanya kemudahan ICT di kawasan desa. Modul ini adalah program pendidikan pengguna dalam talian mengenai kaedah mengesan maklumat melalui Internet, yang dibangunkan oleh Perpustakaan Negara dengan bantuan UNESCO. Latihan asas mengenai ICT juga diberikan kepada kakitangan perpustakaan bergerak multimedia supaya mereka dapat membimbing pengguna-pengguna perpustakaan itu. MASALAH Beberapa masalah yang dihadapi oleh perpustakaan luar bandar telah dikenalpasti dan di antaranya adalah sebagaimana yang dibincangkan di bawah:- a) Koleksi tidak digunakan dengan sepenuhnya. Judul-judul dalam koleksi juga adalah tidak mencukupi dan kebanyakkan daripada koleksi adalah tidak terkini. Tajuktajuk yang disediakan tidak lengkap untuk menjadikan bahan untuk menambahkan 49

Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya pengetahuan dalam sesuatu bidang yang khusus seperti bidang teknikal, perundangan, perniagaan dan Iain-Iain lagi. b) Perkhidmatan perpustakaan seperti pinjaman buku dan bahan audiovisual, program pendidikan yang ditawarkan pada masa ini adalah dikhususkan kepada pelajar sekolah dan ianya selalunya terhad. c) Staf yang ditempatkan di perpustakaan merupakan staf sokongan dan bukan seorang pustakawan atau staf yang boleh membantu dalam pengendalian soalan atau temubual rujukan (reference interview) d) Peruntukan kewangan atau pembiayaan bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan atau koleksi dan program-program seperti kempen membaca, kursus motivasi, kerohanian dan kemahiran maklumat masih tidak mencukupi dan perlu bantuan. Perpustakaan luar bandar tidak mampu memberi perkhidmatan perpustakaan sehebat seperti perpustakaan di bandar kerana ia nya akan menglibatkan kos yang tinggi. e) Kemudahan ICT yang dibekalkan di kawasan luar bandar tidak seimbang. Ada beberapa kawasan pedalaman yang masih belum dilengkapkan dengan kemudahan ICT seperti kemudahan internet, telekomunikasi, dan lain-lairi lagi. f) Masalah perhubungan di kawasan terpencil juga perlu ditangani seperti pengangkutan untukkakitangan perpustakaan, perpustakaan bergerakdan perkhidmatan penghantaran. CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN LUAR BANDAR Bagi mengatasi masalah di atas dan bagi memastikan agar perpustakaan luar bandar ini dapat memainkan peranan dalam melahirkan modal insan yang diperlukan oleh Negara, adalah dicadangkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya adalah seperti di bawah:- a) Memastikan bahawa maklumat yang disediakan mestilah yang dapat memenuhi keperluan maklumat masyarakat tempatan supaya mereka tidak ketinggalan kalau dibandingkan dengan mereka di kawasan bandar. Oleh yang demikian pustakawan di sesebuah perpustakaan desa itu perlulah mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai masyarakat setempat. Kajian pengguna perlulah dibuat. Data yang diperolehi misalannya maklumat peribadi pengguna, tujuan mereka ke perpustakaan dan juga penilaian tentang perkhidmatan yang ditawarkan boleh memberikan maklumat yang amat berguna untuk memahami pengguna dan kehendak mereka dan ini akan membantu pustakawan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. b) Perpustakaan luar bandar perlu juga mewujudkan polisi pembangunan koleksi (collection development policy) khas untuk perpustakaan desa dengan memberi tumpuan atau prioriti kepada bidang bidang yang popular dan sering dirujuk oleh pengguna-pengguna tempatan. Polisi tersebut juga akan memberi garis panduan atau kriteria- kriteria untuk memilih bahan-bahan perpustakaan yang relevan bagi memastikan tiada pembaziran dan pertindihan bahan- bahan yang dibeli dan yang boleh mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan pengguna- pengguna dalam sesuatu bidang tertentu. 50

Peranan Perpustakaan-Perpustakaan Luar Bandar Dalam Pembentukan Modal Insan Yang Bernitai Tinggi c) Saluran komunikasi, seperti media, pakar maklumat, buku, jurnal serta Iain-Iain lagi yang digunakan mestilah lebih efektif bagi memastikan pengguna boleh mendapat manafaat daripadanya. Radio, misalannya boleh digunakan sebagai satu lagi saluran komunikasi. Beberapa cara boleh digunakan, misalannya membuat temubual dengan pustakawan dari perpustakaan desa, juga pengumuman tentang acara atau program yang akan dianjurkan oleh perpustakaan tersebut. Ruangan atau kolum dalam suratkhabar tempatan juga boleh digunakan bagi sentiasa mengingatkan masyarakat tentang kewujudan perpustakaan desa ini. d) Perkhidmatan rujukan yang ditawarkan perlulah dibuat analisa dahulu tentang, misalannya mengenai jenis maklumat yang diperlukan oleh masyarakat setempat dan Iain-Iain lagi. Antara kategori maklumat yang sesuai disediakan adalah seperti berikut: i) peluang kerjaya ii) kursus-kursus untuk pelajar lepasan sekolah/ kolej/ universiti iii) perancangan keluarga iv) informasi mengenai pengendalian kesihatan v) informasi mengenai pertanian, perniagaan, perubatan, perikanan dan Iain-Iain lagi vi) maklumat teknikal vii) informasi keagamaan seperti Islam dan Iain-Iain lagi viii) hal-hal perundangan dan pengguna ix) perancangan perumahan x) maklumat pelancongan dan rekreasi xi) aktiviti untuk remaja e) Melatih kakitangan perpustakaan yang tidak mempunyai kemahiran maklumat untuk mengurus perpustakaan secara profesional. Perpustakaan Negara Malaysia boleh memain peranan penting dalam hal ini. f) Menambahbaik infrastruktyr atau kelengkapan ICT, seperti membekalkan kemudahan internet, sumber-sumber elektronik seperti perisian yang terkini atau pangkalan data dalam talian, bahan-bahan audiovisual serta peralatan dan Iain-Iain lagi. g) Meningkatkan taraf jalanraya di kawasan pedalaman yang sebelum ini agak daif bagi memastikan semua penduduk boleh pergi ke perpustakaan dengan mudah dan cepat. Disamping itu mempertingkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam yang sedia ada untuk melicinkankan dan mempercepatkan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan bergerak dan penghantaran supaya berfungsi dengan lebih efisien dan efektif. h) Memberi latihan 'kemahiran maklumat', menggunakan sumber-sumber perpustakaan samada yang bercetak atau elektronik dari masa kesemasa kepada penggunapengguna seperti, pelajar sekolah, kolej dan universiti, guru, pensyarah, kakitangan kerajaan, penggubal undang-undang dan Iain-Iain lagi di peringkat daerah. i) Membina pusat ilmu selaras dengan strategi kerajaan untuk memperkenalkan pembangunan modal insan sebagai satu elemen ekonomi. Perpustakaan perlu dilengkapkan dengan koleksi rujukan dan bahan-bahan yang boleh diakses dan diperolehi dengan mudah oleh pengguna. 51

Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya KESIMPULAN Sudah jelas dapat diterima bahawa melalui pembacaan, pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat dapat dicapai. Pengetahuan adalah modal utama dalam kemajuan ekonomi yang didorong oleh penguasaan dan penjanaan ilmu. Keupayaan rakyat sesebuah Negara untuk mempelajari dan menerapkan ilmu pengetahuan akan menentukan kekukuhan sesebuah negara. Peranan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting sebagai alat untuk menyimpan, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kemajuan pesat ICT telah meresap dalam hampir semua bidang. Jadi jelaslah bahawa penting bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai tahap literasi yang baik khasnya literasi maklumat dan literasi digital. Malaysia telahpun mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang. Jadi perlulah kita memberikan tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk melengkapi pencapaian pembangunan fizikal. Kita perlulah mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlulah menghayati nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang ada sekarang. Melalui pendekatan Islam Hadhari, rakyat Malaysia perlulah terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif. Semangat pembelajaran sepanjang hayat perlulah sentiasa disemarakkan, senantiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan melaksanakan kerja yang terbaik dan berkualiti. Perpustakaan luar bandar dapat sama memain peranan bagi menjadikan Negara kita sebuah Negara yang maju dan kaya dengan nilai-nilai murni jika sekiranya pihak yang bertanggungjawab memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh perpustakaan ini dan samasama berusaha mengatasinya bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada penggunanya. Masa depan perpustakaan luar Bandar ini dan juga peranan penting yang boleh dimainkan mereka dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar,samada dari segi ekonomi, sosial dan keperluan teknikal semuanya adalah bergantung kepada daya kreativiti, visi serta kepimpinan mereka yang terlibat dalam pengurusan perpustakaan tersebut. RUJUKAN Abdul Rahman Embong. Cabaran membina minda kelas pertama. Dewan Masyarakat, Julai : 24-26. Abdullah Haji Ahmad Badawi, Dato' Seri. (2006 September, 30). Membangunkan modal insan. Retrieved February 2, 2006 from Berita Harian Online. Drucker, P. (2001). The new workforce. Economist. Retrieved January 10 from http:// economistcom/surveys/displaystory/cfm?storid=770847 Fauziah Arof & Zaini Raban. (2006 November 25). Jangan pinggirkan desa. Retrieved February 2, 2006 from Utusan Online. Halim Shafie (2003). Towards a knowledge-based society-policy perspectives: Keynote address.in Mohd. Zain Abd.Rahman (Ed.), Building a knowledge society: Value creation through people, knowledge and ICT: Collected papers of the National Conference in Information and Communication Technology, 21 22 October 2003 (pp. 315-326). Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia (MUM). 52

Peranan Perpustakaan-Perpustakaan Luar Bandar Dalam Pembentukan Modal Insan Yang Bernilai Tinggi Johnson, L. (2000). The rural library: programs, services, and community coalitions and networks. Rural Libraries, 20(2), 38-62. Retrieved January 7, 2007, from the H. W. Wilson database. Library services in rural areas (1979). Journal of Branch and Mobile Libraries Group, 17: 28-34. Luchs, M. (2001). The education of the rural librarian: Advantages and obstacles. Rural Libraries. 21 (1), 51-64. Retrieved January 14, 2007, from http://library.clarion.edu/rural RuralLibraryPrograms.pdf Malaysia. Perpustakaan Negara. (2007). Portal. Retrieved February 2, 2007 from http://ibaca.pnm.my Menjelang RMK-9: Modal insan agenda utama kerajaan. (2006 March, 30). Retrieved February 2, 2007 from http://www.perdana.net.my Norehan Ahmad (1980). Rural libraries in West Malaysia with recommendations. Unpublished master's dissertation, Loughborough University, United Kingdom. Norehan Ahmad, Dang Merduwati, & Saidatul Akmar (2003). Role of home libraries in rural districts of Malaysia in creating a knowledge society. In Mohd Zain Abd.Rahman (Ed.), Building a knowledge society: Value creation through people, knowledge and ICT: collected papers of the National Conferencein information and Communication Technology, 21-22 October 2003 (pp. 327-338). Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia (MUM). Norraesah Mohamad (2006). RMK-9 : Peranan, Peluang, dan CabaranWanita (Bahagian 1). Dewan Masyarakat, Julai : 11-14. Norsidah Mohamed & Husnayati Hussin (2003). ICT-enabled transformation and knowledge society: a look in the Malaysian public sector. In Mohd Zain Abd. Rahman (Ed.), Building a knowledge society: Value creation through people, knowledge and ICT: Collected papers of the National Conference in Information and Communication Technology, 21-22 October 2003 (pp. 315-326). Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia (MUM). Shahar Banun Jaafar (1999). The digital age: Challenges to librarians in Malaysia. In The 1st Regional Workshop on S & T Information Activities in Southeast Asia: Towards the Development of Information Infrastructure for R&D. Kuala Lumpur. Retrieved July 13, 2003 from http://www.jst.org.my/jst/lspecialect.htm Talero, E. & Gaudette, P. (1996). Harnessing information for development: A proposal for a World Bank Group Strategy. (World Bank Discussion Papers. No. 313) Washington, ] D.C.: World Bank Vavrek, B. (1995). Rural libraries & community development. Wilson Library Bulletin, 69 :42-4 Willits, H.W., & Willits, F.K. (1991). Rural reading behavior and library usage : Findings from a Pennsylvania survey. Rural Libraries, 11 (1): 25-42. 53

Norehan Ahmad dan Haliza Yahaya Zawiyah Baba. (2002). Malaysia: Annual Report to CDNL 2001-2002 Proceedings of the Conference of Directors of National Libraries, Edinburgh. Retrieved July 13, 2003 from http://www.nla.gov.au/initiatives/meetings/cdnl/malaysia.pdf 54

Tokoh-Tokoh Negara dari Kacamata Pustakawan Judul Buku Penulis Penerbit Tahun Muka surat Pengulas : Lensa Kacamata : Zahidi Dato'Zainol Rashid : Persatuan Sejarah Malaysia (Cawangan Kedah) :2012 : 556 halaman : Shaharom TM Sulaiman Dalam tradisi kepustakawanan di Malaysia, amat jarang golongan pustakawan yang menceburi dalam dunia penulisan. Dr. Zahidi Zainol Rashid merupakan antara segelintir pustakawan yang menceburi bidang tersebut. Di tangannya, pernah lahir buku Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Mahathir di Mata Umum, dan Che Det dan Pekan Rabu. Minatnya yang mendalam dalam bidang sejarah khususnya sejarah tokoh menyebabkan beliau memberi tumpuan kepada penulisan bercorak biografi. Dalam buku Lensa Kacamata, Zahidi telah mencatat sisi-sisi menarik tokoh-tokoh Negara seperti Tunku Abd. Rahman (Perdana Menteri Pertama) berdasarkan sejarah lisan yang tidak ditemui dalam buku-buku sejarah biografi Tunku. Tokoh-tokoh lain yang turut diliputinya ialah ialah seniman Omar Rojik, kisah tragis Tan Sri Abd. Rahman Hashim (mantan Ketua Polis Negara ketiga), Tun Mohamed Zahir Ismail (bekas Yang Di Pertua Dewan Rakyat yang juga seorang sasterawan), Tun Syed Ahmad Syed Mahmood Shahabuddin (Mantan Yang DiPertua Negeri Melaka) kisah cinta penyanyi tahun 1950an Allahyarham R. Azmi. Zahidi juga menelusuri tokoh-tokoh yang namanya jarang dikenali tetapi memberi sumbangan dalam bidang tertentu dan mencipta nama di peringkat antarabangsa seperti A.B. Ibrahim (Pelukis kelahiran Kedah), Allahyarham Dr. Katni Kamsono Kibat (Ahli akademik terulung dalam bidang kepustakawanan dan pengajian maklumat di Malaysia), 103

Abd. Halim 'R' (Pejuang sastera tradisi), Haji Mat Lala (Ulama yang seangkatan dengan Tok Kenali). Dalam buku ini, Zahidi telah memperkasa kisah tokoh-tokoh besar Negara dan dalam masa yang sama memperkenalkan tokoh-tokoh 'kecil' yang banyak berjasa. Antara yang 'besar' dan 'kecil' sebenarnya tiada perbezaan, yang pentingnya perlu banyak kajian dan penulisan tentang tokoh-tokoh tersebut agar masyarakat Malaysia mengenalinya dan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan. Bak kata Almarhum Sukarno (Mantan Presiden Indonesia), "Bangsa yang tidak mengenal pemikir (termasuk tokoh-tokoh) bangsanya adalah bangsa yang kerdil". Melalui tokoh-tokoh ini, Zahidi tidak hanya menulis hal-hal 'rasmi' sahaja teapi turut memuatkan sisi-sisi menarik kemanusiaan dalam kehidupan tokoh-tokoh tersebut. Dalam buku ini, Zahidi turut melakarkan pengetahuannya yang meluas dalam bidang sains, sejarah, dan kepustakawanan melalui pelbagai tulisan yang menyentuh tersebut. Berdasarkan sejarah tradisi kepustakawan silam khususnya dalam peradaban Islam, para pustakawan adalah seorang ilmuwan kerana terdedah secara langsung dengan dunia ilmu dan perbukuan. Kerana itulah mereka mampu memahami banyak hal berkaitan pelbagai ilmu pengetahuan kerana minat budaya membacanya yang mendalam. Namun yang menarik dalam buku ini, beliau menceritakan pengalaman kembaranya mengunjungi kampung-kampung buku di Eropah iaitu Hay on-wye (Wales), Redu (Belgium) dan Breedevort (Belanda). Pengalaman 'memburu ' buku di kampung buku tentu sekali pengalaman yang unik dan istimewa berbanding pengalaman 'memburu' barang-barang di shopping mall atau kompleks-kompleks membeli belah mega. Buku ini sewajarnya dimiliki oleh perpustakaan-perpustakaan di Malaysia kerana ianya di tulis oleh seorang pustakawan yang memberi sumbangan bermakna dalam bidang penulisan. 104

Perpustakaan Digital: Isu dan Cabaran DIGITAL LIBRARIES Issues and Challenges Wan Ab Kadir Wan Dollah Mustaffa Haji Darimi Mohd Zaihan Hussin Gopi Ghantan Mylvganam Judul Buku : Digital Libraries: Issues and Challenges Penyelenggara : Wan Ab. Kadir Wan Dollah, Mustaffa Darimi, Mohd. Zaihan Hussin, Gopi Ghantan Mylvganam Penerbit : UiTM Publication Centre Tahun : 2011 Muka surat : 105 halaman Pengulas : Shaharom TM Sulaiman Banyak nama telah diberikan kepada perpustakaan dalam Abad ke 21. Antaranya; perpustakaan elektronik, perpustakaan maya, perpustakaan digital dan perpustakaan 'tanpa dinding'. Walau apa pun nama yang diberikan, sedikit sebanyak ada perbezaannya tetapi begitu kecil sehingga penggunaan mana-mana istilah sekalipun boleh membayangkan perkara yang sama. Namun, yang jelasnya perpustakaan-perpustakaan tersebut amat diwarnai oleh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih. Koleksi perpustakaannya tentu sekali berorientasikan digital, dan organisasi maklumatnya menggabungkan penggunaan alat-alat elektronik, sumber-sumber maya, pangkalan data dalam talian dan perkhidmatan perpustakaan juga semakin canggih, mudah dan segera. Pokoknya, perpustakaan telah memberi keselesaan kepada penggunanya. Dari segi konsepnya, hampir semua perpustakaan di Malaysia telah pun menuju ke arah digital bergantung pada tahap perlaksanaannya sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Kehadiran internet telah menyemarakkan lagi fungsi perpustakaan digital. 105

Di Malaysia, tidak banyak penulisan tentang perpustakaan digital, maya, elektronik dan semacamnya diabadikan dalam bentuk penerbitan buku. Kehadiran buku ini telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada pemahaman perlaksanaan, cabaran dan isu-isu yang berkaitan perpustakaan digital di Malaysia. Tulisan-tulisan ini bukan bersifat teori dan konsepsual semata tetapi turut memuatkan kajian-kajian yang telah dibuat di beberapa perpustakaan di Malaysia. Bagi para pengurus maklumat, pustakawan dan pekerja-pekerja 'maklumat', buku ini perlu dimiliki dan menjadi bahan bacaan yang amat berguna dalam bidang kerjaya yang diceburinya. 106