PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Similar documents
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Sistem Bakeri Interaktif

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Faculty of Engineering

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

FITUR LANJUTAN MEMPROSES PERKATAAN

Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Perspektif Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Terhadap Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) Topik Khusus Ism Al- Adad Wa Al-Ma dud

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Transcription:

PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursu secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBQE3103 Tarannum Al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Al-Quran dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus Aktiviti Jam Membaca modul dan menyiapkan latihan 70 Menghadiri lima sesi tutorial pada kadar 2 jam setiap sesi 10 Perbincangan atas talian 6 Menyiapkan tugasan 24 Ulang kaji 10 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan konsep-konsep asas berkaitan tarannum; 2. menghuraikan sejarah perkembangan tarannum; 3. menjelaskan pembahagian dan jenis-jenis tarannum serta maksud, sifat dan peranan setiap jenis lagu yang dipelajari; dan 4. mentatbiqkan setiap jenis tarannum yang dipelajari ke dalam ayat-ayat suci al-quran. SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan secara teori beberapa perkara penting yang berkaitan dengan tarannum. Ia juga menghuraikan secara ringkas sejarah perkembangan tarannum dari zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat hingga kini, di samping memperkenalkan tokoh-tokoh tarannum al-quran yang terkenal di masa tersebut. Falsafah dan peranan tarannum serta jenis-jenis tarannum juga diperkenalkan secara teori. Teori tersebut akan ditatbiqkan secara amali, contohnya talaqqi-musyafahah melalui interaksi dengan guru agar para pelajar dapat menguasainya. Untuk membolehkan anda mencapai 5 objektif kursus di atas, kursus ini dibahagikan kepada 10 topik seperti berikut: Topik 1 membawa perbahasan mengenai ilmu atau kaedah tarannum al-quran. Ianya lebih fokus kepada konsep bacaan al-quran, istilah-istilah yang berkaitan dengan ilmu tarannum, peranannya serta huraian mengenai hukum tarannum al-quran bersandarkan dalil-dalilnya.

PANDUAN KURSUS xiii Topik 2 menceritakan tentang ilmu atau kaedah Tahsin al-sout. Fokus utama yang dibincangkan adalah definisi, kepentingan dan peranan seni Tahsin al-sout dalam membaca al-quran. Topik 3 mendedahkan perbincangan dan perkembangan berkisar skop sejarah, falsafah, peranan dan pembahagian tarannum al-quran. Perbahasan ini juga menceritakan tentang kaedah bacaan yang diamalkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, melalui peninggalan Baginda, iaitu al-sunnah al- Nabawiyyah. Topik 4 membincangkan mengenai pengenalan latar belakang tarannum Bayyati. Fokus utamanya adalah perbincangan berkenaan pengertian Bayyati dan sejarah perkembangannya. Peranan dan sifat-sifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Disamping itu, kaedah praktikal juga akan diberikan dengan menerapkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Bayyati. Topik 5 menerangkan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Nahawand dan sejarah perkembangannya. Di samping itu, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Nahawand. Topik 6 menerangkan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Rast dan sejarah perkembangannya. Di samping itu, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Rast. Topik 7 menerangkan tentang pengenalan atau latar belakang tarannum Soba. Fokus utamanya adalah berkenaan pengertian Soba dan sejarah perkembangannya. Peranan dan sifat-sifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Di samping itu, kaedah praktikal akan ditampilkan dengan menerapkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Soba. Topik 8 memfokuskan kepada perbincangan berkenaan kepentingan sejarah perkembangan dan latar belakang tarannum Hijaz. Fokus utamanya adalah berkenaan pengertian Hijaz dan sejarah perkembangannya. Peranan dan sifatsifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Selain itu, kaedah praktikal juga akan dibahaskan dengan menerapkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Hijaz.

xiv PANDUAN KURSUS Topik 9 membincangkan tentang definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Sikah dan sejarah perkembangannya. Di samping itu, kaedah praktikal akan dinyatakan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Sikah. Topik 10 membincangkan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Jiharkah dan sejarah perkembangannya. Selain itu, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-quran yang dilagukan dengan tarannum Jiharkah. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencanakan pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula

PANDUAN KURSUS xv keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus ini kerana ia adalah kursus berstatus Teras Pengkhususan MQA. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. RUJUKAN Beberapa buku rujukan telah dikenalpasti untuk kursus ini: Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa nata addabu ma a al-mushaf. Qahirah: Dar al-i tisam. Manna Khalil al-qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu Qur an (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa. Mahdi Muhammad al-hirazi. (2001). Bughyah al-murid min ahkam al-tajwid. Beirut: Dar al-basyair al-islamiyyah.

xvi PANDUAN KURSUS Muhammad Abdul Azim al-zalqani. (2001). Manahil al-irfan fi ulum al-quran. Beirut: Al-Maktabah al-asriyyah. Manna Khalil Qatan (1998). Mabahis fi ulum al-quran. Beirut: Muassassah al- Risalah. Muhammad Khazar al-mujali. (2003). Al-Wajiz fi ulum al-kitab al- Aziz. Kuala Lumpur: University Malaya. Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah Abd al-fattah al-khalidi. (1994). Mafatih li al-ta amul ma a al-quran. Dimashq: Dar al-qalam. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.