KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

Similar documents
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin


APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Earthwork Activities in Private Housing Industry

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Sistem Bakeri Interaktif

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Faculty of Engineering

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Transcription:

PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN Kursus HDPS3203 Bahasa, Literasi dan Komunikasi adalah kursus Open Universiti Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 hingga 15 minggu. Pendidikan awal untuk kanak-kanak adalah bentuk pengajaran yang berlainan daripada pendidikan aliran perdana; ia memerlukan kemahiran yang khusus, dan yang paling utama adalah pengetahuan yang khusus. Kursus ini bertujuan memimpin pelajar ke arah lebih menghampiri bentuk pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan awal kanak-kanak KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN? Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanakkanak. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya jelas dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, keperluan kursus dan bagaimana kursus ini dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

x PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Jam Pembelajaran 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang Kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 Jumlah Masa Pembelajaran 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan asas pembelajaran bahasa; 2. Menerangkan kurikulum pengajaran bahasa; 3. Menyatakan pendekatan dan teknik pengajaran bahasa; 4. Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa; dan 5. Melaksanakan dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. SINOPSIS KURSUS Untuk membolehkan anda mencapai lima objektif di atas, kursus ini dibahagikan kepada 10 topik, iaitu seperti berikut: Topik 1 bermula dengan mengenal pasti perbezaan keupayaan individu dari segi perkembangan fizikal, sosial dan emosi, dan kognitif. Selain itu, anda dapat mengetahui perkembangan bahasa kanak-kanak dari peringkat bayi, kanakkanak berjalan bertatih-tatih, taska sehinggalah ke prasekolah. Perbincangan juga adalah meliputi perkembangan kanak-kanak terhadap persekitaran iaitu rakan sebaya, keluarga, komuniti dan budaya. Topik 2 menerangkan sistem bahasa yang meliputi fonetik, sintaksis, semantik dan morfologi. Kajian linguistik dapat dibahagi kepada tiga bidang besar iaitu ilmu fonetik dan fonologi, ilmu morfologi dan sintaksis, dan juga ilmu semantik.

PANDUAN KURSUS xi Selain itu, anda dapat mengetahui kemahiran berbahasa mengikut kemampuan dan perbezaan individu. Pendedahan terhadap kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat dipelajari melalui topik ini. Topik 3 membincangkan bahasa dalam kurikulum prasekolah. Selain itu, komponen bahasa dan hasil pembelajaran/objektif juga dipelajari. Sesuatu bahasa dan komponen dari segi keselaran dan hubungkaitnya juga dihuraikan dan diterangkan dengan lebih lanjut supaya mudah difahami dan diamalkan. Topik 4 bermula dengan perbincangan tentang definisi mendengar, membaca dan menulis. Selain itu, beberapa perkara melalui pengalaman mendengar, persepsi deria dengar dan kemahiran fonologikal juga dipelajari. Di samping itu, penting untuk mempelajari berkenaan kaedah membaca, faktor yang memupuk membaca dan aktiviti membaca secara ringkas. Secara keseluruhannya, topik ini cuba menghuraikan perkembangan penulisan, bermain dan menulis serta bahan dan persekitaran menulis. Topik 5 memaparkan pelbagai jenis buku kanak-kanak seperti buku cerita hikayat, sejarah, luar negara, patriotik, kisah masyarakat, budaya, cerita moden dan sebagainya. Selain itu, beberapa konsep dan informatif sesuatu buku sebagai sumber rujukan yang berguna dan sesuai dapat dikenal pasti untuk peringkat awal kanak-kanak. Pemilihan buku yang berkualiti dan sesuai sama ada melalui jenisnya, penerbitan, penulis buku dan kandungannya adalah sangat penting di samping menjalankan aktiviti-aktiviti membaca yang baik dan berkesan turut dibincangkan. Topik 6 bermula dengan mengenal pasti kepelbagaian bahan-bahan, jenis-jenis cerita, dan kaedah bahasa yang digunakan dalam aktiviti bercerita yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Dalam bercerita, beberapa teknik penyampaian yang sesuai ketika bercerita dapat dipelajari. Selain itu, adalah sangat penting merancang aktiviti bercerita yang sesuai mengikut tempat, masa, ruang dan bahan-bahan sedia ada. Topik 7 memperkenalkan jenis-jenis boneka dan pentas yang sesuai digunakan di peringkat prasekolah. Pemilihan dan penyediaan bahan-bahan untuk membuat boneka juga disenaraikan. Langkah-langkah membuat boneka dijelaskan dalam bentuk gambarajah untuk memudahkan guru prasekolah dalam pengajaran pembuatan boneka. Selain itu, susun atur persembahan boneka dan perancangan aktiviti pementasan boneka juga dicadangkan dalam topik ini untuk pelaksanaan aktiviti boneka dalam perkembangan bahasa kanakkanak prasekolah.

xii PANDUAN KURSUS Topik 8 memperkenalkan jenis drama dan juga cerita drama untuk kanak-kanak prasekolah. Peranan guru dan kanak-kanak dalam perancangan drama adalah penting. Dalam aktiviti drama dan dramatika kreatif guru dan kanak-kanak bekerjasama dalam menjayakan persembahan drama dan dramatika kreatif. Penyediaan bahan dan peralatan untuk persembahan drama dan dramatika kreatif juga disyorkan kepada guru-guru prasekolah dalam proses perancangan. Topik 9 bermula dengan pembicaraan tentang unsur-unsur puisi yang bersesuaian dengan awal kanak-kanak. Beberapa aspek mengenai keupayaan dalam mempersembahkan sesuatu aktiviti puisi telah dibincangkan. Adalah penting untuk mempelajari bagaimana mencipta puisi dan kefungsian terhadap perkembangan kanak-kanak. Topik 10 memberikan penerangan tentang perancangan dalam pengajaran kurikulum melalui bahan dan kandungannya yang sesuai mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Selain itu, kepelbagaian penyampaian dan hubungkaitnya dengan pengajaran telah dikenal pasti dan dibincangkan. Paling penting dan perlu diketahui dalam topik ini adalah mengenai persekitaran yang kondusif dan sesuai bagi setiap peringkat perkembangan ketika bayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih, di taska dan di prasekolah. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda

PANDUAN KURSUS xiii menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. BAHAN BACAAN Wajib Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging literacy (7th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning. Sowers, J. (2000). Language arts in early education. New York: Thomson/Delmar Learning.

xiv PANDUAN KURSUS Tambahan Bustam Kamri. (1990). Alat bantu mengajar penggunaan boneka Jurnal Dewan Bahasa, 34(2). Bustam Kamri & Kamariah. (1992). Persembahan boneka aktiviti bahasa, 7. Kamarudin Husin., & Siti Abdul Aziz. (1998). Drama dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kay Hiatt. (2005). Drama play: Bringing books to life through drama for 4-7 yearolds. Great Britain: David Fulton Publishers. Lim, B. W. (1984). Boneka untuk kanak-kanak. Eastern Universities (M) Sdn Bhd. MacCaslin, N. (1984). Creative drama in the classroom (4th ed.). New York: Longman. Mayesky, M. (2004). Creative art & activities: Puppets. Australia: Thomson Delmar Learning. Nelsen, M. R. & Nelsen-Parish, J. (2002). Peak with books: An early childhood resoursce for balanced literacy (3rd ed.). New York: Thomson/Delmar Learning. Rohani, A. (2001). Penilaian kanak-kanak secara portfolio. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature (4th ed.). New York: Thomson/Delmar Learning. Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children. New York: Paul Chapman Educational Publishing. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.