KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Earthwork Activities in Private Housing Industry

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Survey on Perak and Selangor 3 messages

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faculty of Engineering

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

MADYA HERAWATI BTE AHMAD. Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF BERDASARKAN MODEL WAKAF SEETEE AISAH MOHD SAIFUL BIN ABDULLAH

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Transcription:

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018

2 Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Pelajar : NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI Tarikh : Penyelia : PUAN SHARIFAH MERYAM BINTI SHAREH MUSA

3 DEDIKASI Teristimewa buat Yang memberi bimbingan, Puan Sharifah Meryam Binti Shareh Musa Yang tidak pernah jemu-jemu memberi nasihat Semoga menjadi panduan yang berguna untuk diriku pada masa hadapan. Insan tersayang, Ayah dan Ibu Senapi Bin Saad dan Ramlah Binti Saad Terima kasih di atas dorongan dan sokongan sepanjang hayat hidupku Dari segi masa, tenaga kewangan dan pelbagai nasihat dan kata-kata semangat yang sangat berguna dan membantu diriku untuk terus maju. Adik-beradik tercinta, Terima kasih di atas segala sokongan dan dorongan. Yang paling dikasihi, Rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada di saat diriku susah dan senang Terima kasih di atas kata-kata semangat yang diberikan kepada diriku agar sentiasa bersabar dan terus berusaha. Buat insan yang disayangi Terima kasih di atas segala nasihat dan kata-kata semangat untuk diriku.

4 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnia-nya dan nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dan dengan izin-nya maka saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menyempurnakan projek sarjana muda pada waktu yang telah ditetapkan yang bertajuk Kajian Terhadap Pembinaan Landskap. Kajian Kes: Taman Rekreasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Disini saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Puan Sharifah Meryam Binti Shareh Musa kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga kajian ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran daripada penyelia yang memberi tunjuk ajar amat saya hargai dan ilmu serta nasihat yang dikongsikan akan saya ingati dan jadikan sebagai panduan pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada Dr. Rozlin dan Dr. Sulzakimin yang merupakan panel saya sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Tidak dilupakan kepada keduadua ibu bapa dan ahli keluarga saya kerana telah banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk meneruskan kajian ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, serta kawan-kawan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama kajian ini dijalankan. Akhir kata, saya ingin memohon keampunan jika ada melakukan sebarang kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja kepada mana-mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu adalah datang dari Allah S.W.T dan buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

5 ABSTRAK Pembinaan landskap di taman rekreasi merupakan salah satu kemudahan fasiliti yang perlu disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada komuniti sesebuah bandar. Pembinaan landskap taman rekreasi di negara ini masih lagi tidak mencapai tahap kepuasan yang dikehendaki oleh pengguna dan pengunjung. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji pembinaan landskap, kajian kes di taman rekreasi Tasik Darulaman, Jitra. Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa isu berkaitan penyataan masalah iaitu kos operasi dan penyelenggaraan kemudahan dan perkhidmatan taman rekreasi yang tinggi, tahap pengurusan dan penyelenggaraan landskap kurang memuaskan, serta faktor kekurangan pengunjung yang mengunjungi kawasan tasik turut menjadi masalah dan orang ramai hanya berkunjung pada hari minggu sahaja. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan pembinaan landskap kepada pengguna, dan mengkaji persepsi pengguna terhadap pembinaan landskap di taman rekreasi Tasik Darulaman. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif yang terdiri daripada kaedah data primer yang merangkumi kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik, dan data sekunder yang terdiri daripada bahan bercetak dan media elektronik. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah kaedah perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kajian ini melibatkan sebanyak 80 orang responden yang terdiri daripada pengguna/pengunjung yang berkunjung ke Tasik Darulaman serta temubual bersama pihak pengurusan Tasik Darulaman (BDB Land Sdn. Bhd). Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju dengan pembinaan landskap di taman rekreasi kerana ia membawa kepentingan kepada pengguna/pengunjung, dan persepsi pengguna di taman rekreasi Tasik Darulaman dari segi pengurusan dan penyediaan elemen landskap. Kesimpulannya, landskap dapat menyediakan infrastruktur hijau dan mampan sebagai teras penghijauan bandar serta untuk membangunkan akses-akses taman termasuk dari segi penyelenggaraan dan pengekalan kawasan hijau.

6 ABSTRACT Landscape construction in the recreational park is one of the facilities that the Local Authority (PBT) has to provide to the community of a city. Construction of recreational park landscapes in the country still does not reach the level of satisfaction desired by consumers and visitors. Therefore, this study was conducted to study landscape construction, case studies at Darulaman Lake Recreational Park, Jitra. In this study, there are some issues related to the problem statement, namely the cost of operation and the maintenance of high recreation facilities and services, the level of management and maintenance of the landscape is less satisfactory, and the lack of visitor visiting the lake area is a problem and people only visit the day week only. The objective of this study is to identify the importance of landscape building to consumers, and to study consumer perceptions on the construction of landscapes in Darulaman Lake recreational park. The methodology of the study was qualitative and quantitative methods consisting of primary data methods which included observation, interviews, questionnaires, and secondary data comprising printed materials and electronic media. The quantitative method used is the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software.this study involved 80 respondents from users who visited Darulaman Lake and interviewed with the management of Darulaman Lake (BDB Land Sdn Bhd). The findings show that respondents agree with the construction of landscapes in recreational parks as it brings importance to consumers/ consumers, and consumer perceptions in Darulaman Lake recreational park in terms of management and preparation of landscape elements. In conclusion, landscapes can provide green and sustainable infrastructure as the core of urban reforestation and to develop garden access, in terms of maintaining and maintaining green areas.

7 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN TAJUK DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN/SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi xii xiii xv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Penyataan Masalah 3 1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Skop Kajian 5 1.7 Kepentingan Kajian 7 1.8 Kesimpulan 8

8 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 9 2.2 Latarbelakang landskap 10 2.3 Definisi 11 2.3.1 Konsep Pembinaan 11 2.3.2 Konsep Rekreasi dan Taman Rekreasi 11 2.3.3 Konsep Landskap 12 2.3.4 Konsep Reka bentuk Landskap 13 2.4 Jenis-jenis Landskap 14 2.5 Elemen-Elemen Utama dalam Pembinaan Landskap 14 2.6 Faktor Pemilihan Tumbuhan Landskap 15 2.7 Kepentingan Landskap di Dalam Pembinaan 17 2.8 Tujuan dan Objektif Mewujudkan Taman Rekreasi Awam 18 2.9 Penyelenggaraan Landskap 19 2.9.1 Perancangan Penyelenggaraan 20 2.9.2 Pengurusan Penyelenggaraan Kawasan dan Landskap 21 2.9.3 Membentuk Objektif Penyelenggaraan 21 2.9.4 Jenis Kerja Penyelenggaraan 22 2.9.5 Penyelenggaraan Landskap dan Kemudahan Rekreasi 23 2.10 Garis Panduan Perancangan Landskap 24 2.10.1 Kawasan Tanah Lapang dan Taman Rekreasi 25 2.10.2 Jenis Penanaman 26 2.10.3 Garis Panduan Penyediaan Landskap Kawasan Lapang dan Rekreasi 27 2.11 Kepentingan Pembinaan Landskap Kepada Pengguna di Taman Rekreasi Tasik Darulaman 28

9 2.11.1 Dapat Merehatkan Tubuh Badan dan Menyegarkan Minda. 29 2.11.2 Landskap Tumbuh-Tumbuhan Memberikan Agen Penyejuk Di Kawasan Sekitar Kepada Pengguna. 29 2.11.3 Mengurangkan Tekanan Kepada Manusia 31 2.11.4 Dapat Memberi Ketenangan 30 2.11.5 Elemen Landskap Dapat Menggalakkan Rasa Kesejahteraan 31 2.11.6 Tumbuh-Tumbuhan Menawarkan Keselesaan Psikologi 31 2.11.7 Menyediakan Pelbagai Aktiviti dan Kemudahan Landskap Kejur Untuk Beriadah 32 2.12 Persepsi Pengguna Terhadap Pembinaan Landskap Di Taman Rekreasi Tasik Darulaman. 32 2.12.1 Menyediakan Pelbagai Kemudahan Landskap Untuk Beriadah. 32 2.12.2 Terdapat Pelbagai Aktiviti Beriadah 33 2.12.3 Program dan Pertandingan Dijalankan Di Sekitar Kawasan Tasik 33 2.12.4 Reka bentuk Landskap Yang Pelbagai 34 2.12.5 Sistem Pengurusan dan Penyelenggaraan Kemudahan Landskap 34 2.12.6 Tahap Kebersihan Kawasan Taman Rekreasi 35 2.13 Contoh Elemen Landskap Lembut dan Landskap Kejur Yang Terdapat Di Taman Rekreasi Tasik Darulaman 36 2.13.1 Elemen Landskap Lembut 36

10 2.13.2 Elemen Landskap Kejur 37 2.13.3 Antara Aktiviti-Aktiviti dan Kemudahan Yang Disediakan. 38 2.14 Kesimpulan 40 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 41 3.2 Kajian Kes: Tasik Darulaman, Jitra, Kedah 42 3.3 KerangkaKajian 45 3.4 Rekabentuk Kajian 45 3.5 Kaedah Pengumpulan Data 49 3.5.1 Data Primer 49 3.5.1.1 Instrumen Kajian 50 3.5.2 Data Sekunder 53 3.6 Pensampelan 53 3.6.1 Responden Kajian 54 3.6.2 Populasi 54 3.7 Analisis Data 56 3.8 Alat Pengukuran Ordinal 56 3.9 Jangkaan Hasil Kajian 57 3.10 Rumusan 58 BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 59 4.2 Pengumpulan Data Soal Selidik 60 4.3 Analisis Data 61 4.4 Maklumat Latar Belakang Responden 63 4.4.1 Analisis Kepentingan Pembinaan Landskap Kepada Pengguna di Taman Rekreasi Tasik

11 Darulaman. 66 4.4.2 Analisis Persepsi Pengguna Terhadap Pembinaan Landskap di Taman Rekreasi Tasik Darulaman. 69 4.4.3 Analisis Pengurusan Kemudahan Elemen Landskap 72 4.4.4 Analisis Penyediaan Kemudahan Elemen Landskap 77 4.5 Kesimpulan 81 BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 82 5.2 Perbincangan dan Kesimpulan Kajian 82 5.2.1 Objektif 1: Mengenalpasti Kepentingan Pembinaan Landskap Kepada Pengguna di Taman Rekreasi Tasik Darulaman 83 5.2.2 Objektif 2: Mengkaji Persepsi Pengguna Terhadap Pembinaan Landskap di Taman Rekreasi Tasik Darulaman 84 5.3 Limitasi Kajian 87 5.3.1 Kaedah Kajian 87 5.3.2 Sampel Kajian 88 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 88 5.4.1 Reka Bentuk Kajian 89 5.4.2 Kawasan Kajian 89 5.4.3 Responden 90 5.5 Cadangan Kepada Pihak Industri 90 5.6 Kesimpulan 91 RUJUKAN 93

12 LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D VITA

13 SENARAI JADUAL PERKARA HALAMAN 2.1 Garis Panduan Penyediaan Landskap 27 3.1 Bahagian di dalam borang temubual 51 3.2 Bahagian di dalam borang soal selidik 52 3.3 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) 55 3.4 Skala likert 56 4.1 Peratusan Maklumbalas Responden yang Terlibat (Krejcie & Morgan, 1970) 61 4.2 Skala Likert (Majid & McCaffer, 1997) 62 4.3 Tahap Pengelasan Min (Majid & McCaffer, 1997) 62 4.4 Ringkasan Analisis Maklumat Latar Belakang Responden 63 4.5 Analisis Skor Min Kepentingan Pembinaan Landskap Kepada Pengguna Di Taman Rekreasi Tasik Darulaman 66 4.6 Analisis Skor Min Persepsi Pengguna Terhadap Pembinaan Landskap di Taman Rekreasi Tasik Darulaman. 69 4.7 Analisis Skor Min Pengurusan Kemudahan Elemen Landskap 72 4.8 Analisis Skor Min Penyediaan Kemudahan Elemen Landskap 77

14 SENARAI RAJAH PERKARA HALAMAN 2.1 Contoh-contoh rekabentuk landskap 13 2.2 Pokok bunga puding dan pokok bunga raya 16 2.3 Bentuk semulajadi pokok 16 2.4 Contoh aktiviti menanam pokok bunga dan mencabut rumput bagi penyelenggaraan landskap lembut 23 2.5 Contoh aktiviti membaiki lampu dan kemudahan taman permainan bagi penyelenggaraan landskap kejur 24 2.6 Pokok bunga yang ditanam di sekitar taman rekreasi 36 2.7 Pokok renek yang ditanam di sekitar taman rekreasi 36 2.8 Tasik dan air pancut yang terdapat di Tasik Darulaman 37 2.9 Tong sampah dan bangku 37 2.10 Lampu dan persiaran pejalan kaki (jogging track) 38 2.11 Sukan air kayak dan paddle boat 39 2.12 Kemudahan taman permainan dan medan selera (food court) 39 3.1 Lokasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah 43 3.2 Pemandangan kawasan taman rekreasi Tasik Darulaman 43 3.3 Zon bagi setiap kawasan 44 3.4 Kawasan pintu masuk dan papan tanda di Tasik Darulaman 44 3.5 Tasik dan sekitar kawasan Tasik Darulaman 45

15 3.6 Carta Aliran Metodologi Kajian 48 4.1 Tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar Tasik Darulaman 68 4.2 Buggy ride dan pertandingan memancing di Tasik Darulaman 71 4.3 Peralatan bersenam (outdoor gym) dan tandas yang disediakan di Tasik Darulaman 75 4.4 Penambahbaikan tempat letak kenderaan (parking) yang dilakukan oleh pihak pengurusan 81

16 SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH BR - Bilangan Responden BDB - BDB Land Sdn. Bhd DGCC - Darulaman Golf & Country Club DRSB - Darulaman Realty Sdn. Bhd JKR - Jabatan Kerja Raya JLN - Jabatan Landskap Negara JPBD - Jabatan Perancang Bandar & Desa PBT - Pihak Berkuasa Tempatan SPSS - Statistical Package for the Social Science % - Peratus

17 SENARAI LAMPIRAN Lampiran A - A1 Lampiran B - B1 Lampiran C - C1 Lampiran D - D1

18 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Taman rekreasi merupakan salah satu kemudahan fasiliti yang perlu disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada komuniti sesebuah bandar. Taman rekreasi diadakan bertujuan bagi menyediakan kemudahan berekreasi berdasarkan kepada suasana semulajadi bagi sesuatu kawasan atau yang mempunyai ciri-ciri tertentu bagi memenuhi keperluan fizikal dan psikologikal masyarakat serta sebagai tempat untuk memupuk integrasi di antara kaum di dalam sesebuah bandar. Taman rekreasi juga merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan perumahan. Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi merupakan satu langkah bijak kerajaan. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul. Taman rekreasi berfungsi untuk mengindahkan dan mewujudkan kawasan hijau di setiap kawasan perumahan mampu menarik perhatian masyarakat yang cintakan alam sekitar. Taman rekreasi menyediakan faedah daripada aspek psikologi, sosial, fizikal, emosi, dan rohani kepada manusia dengan mempunyai landskap yang tersendiri seperti tumbuh-tumbuhan hijau, bunga, dan elemen-

19 elemen air. Pemandangan landskap dengan pokok-pokok yang ditanam di sekitar taman rekreasi juga mampu melahirkan suasana yang aman dan damai (Nur Fateha, 2015). Menurut Hurbbard dan Kimball (pustakawan) landskap mendefinisikan sebagai seni mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup manusia menjadi selesa, sihat dan mudah. (Manusia dan Alam Sekitar) dalam Landscape Design, Introduction of landcape design (1917). F.L. Omlsted (Bapa Arkitek Landskap) pada tahun 1860-1870 pula mendefinisikan landskap adalah seni dan sains hubungkait diantara insan dan alam semulajadi. Selain itu, perancangan landskap itu adalah mengenai mengenalpasti, merancang, menyusun atur guna tanah dengan sebaik mungkin. Landskap juga merupakan pemandangan luar atau permukaan bumi, terhasil daripada keadaan semulajadi ataupun binaan manusia. Landskap juga disebut sebagai senihias taman sebenarnya membolehkan perancangan ruang kehidupan dibuat untuk meningkatkan kualiti hidup manusia. Seni bina landskap merupakan profesion yang mementingkan nilai budaya dan agama masyarakat setempat (Intan Khasumarlina, 2014). Seterusnya, menurut laporan Utusan Online (2016) telah menyatakan bahawa landskap adalah komponen penting dalam meningkatkan kesejahteraan bandar kerana ia menyediakan infrastruktur hijau dan mampan sebagai teras penghijauan bandar. Jabatan Landskap Negara (JLN) mempunyai dua matlamat iaitu membangunkan akses-akses taman termasuk dari segi penyelenggaraan dan pengekalan kawasan hijau. Penyediaan infrastruktur hijau menjadi akses kepada masyarakat untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus mampu meningkatkan kesihatan masyarakat ke arah kehidupan berkualiti dan menyeluruh di kawalan perbandaran. Jika kita lihat dari sudut sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi, statistik yang diperoleh menyatakan kewujudan taman rekreasi memberi impak yang positif kepada kebanyakan penduduk taman perumahan atau masyarakat di Malaysia umumnya usaha kerajaan mewujudkan taman rekreasi yang indah dan menarik dengan landskap yang pelbagai (Utusan Online, 2016).

20 1.2 Latar Belakang Kajian Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (2002), landskap di perkampungan orang Melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya. Mengekalkan keadaan semulajadi, landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi. Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Di mana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunanbangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana. Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, Taman Botani, Pulau Pinang, dan Taman Tasik Taiping, Perak (Utusan Online, 2016). Kini landskap menjadi cara hidup masyarakat Malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap. Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA), penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995). Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman pada tahun 2005. Oleh itu, landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Landskap Negara (1 Januari 1996), (Jabatan Landskap Negara, 2003).

21 1.3 Penyataan Masalah Perkembangan landskap kini telah menghasilkan beberapa perubahan alam semulajadi. Namun begitu masih terdapat kelemahan di dalam pembinaan landskap. Di antara masalah yang dikenalpasti ialah kos operasi dan penyelenggaraan kemudahan dan perkhidmatan taman rekreasi yang tinggi. Isu yang sering timbul ini adalah masalah peruntukan yang tinggi diperlukan bagi menyediakan kemudahan dimana ia merangkumi aspek pembinaan taman rekreasi serta kos penyelenggaraan yang ditanggung selama hayat taman ini. Keadaan ini membebankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menyediakan keperluan masyarakat dengan keselesaan. Disamping itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan dana yang besar bagi kos penyelenggaraan taman rekreasi awam seluruh negara ekoran sikap tidak bertanggungjawab rakyat Malaysia sendiri (Intan Khasumarlina, 2014). Sementara itu, tahap pengurusan dan penyelenggaraan landskap kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan tahap penyelenggaraan masih rendah dengan elemen landskap seperti pokok-pokok, peralatan permainan telah rosak dan terbiar kerana kurang penyelenggaraan akan mencemarkan imej taman rekreasi. Hal ini demikian kerana, pengurusan yang kurang berkesan dan tidak teratur dimana kakitangan adalah tidak terlatih dan tidak berpengalaman di dalam pengurusan taman rekreasi. Oleh itu, ia tidak mampu mengurus dan merancang dengan lebih jauh dan berdaya maju (Utusan Online, 2016). Disamping itu, faktor kekurangan pengunjung yang mengunjungi kawasan tasik turut menjadi masalah dan orang ramai hanya berkunjung pada hari minggu sahaja iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Selain itu, pengunjung yang ramai berkunjung adalah hanya dalam kalangan penduduk berdekatan sahaja. Pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak pengurusan agar pengguna dan pengunjung dapat mengubah persepsi yang negatif berkenaan dengan landskap yang disediakan dan sentiasa menyemai persepsi yang positif terhadap keindahan landskap yang dilakukan tersebut. Walaupun pihak pengurusan cuba menarik pengunjung datang berkunjung iaitu dengan sentiasa menjaga keindahan landskap tetapi jumlah pengunjung yang datang tidak menggalakkan (Rosnani, 2012).

22 Berdasarkan penyataan masalah ini, jelaslah bahawa isu-isu yang dikenalpasti bagi membolehkan kajian ini diketengahkan dengan melihat pembinaan landskap di taman rekreasi dengan mengenalpasti kepentingan pembinaan landskap taman rekreasi kepada pengguna dan pengunjung. Disamping itu, untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap pembinaan landskap taman rekreasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Kajian ini juga dilakukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya dapat menjaga kemudahan landskap yang diberikan. 1.4 Persoalan Kajian Bagi memastikan hasil kajian ini lebih berkesan dan berjalan dengan lancar, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti. Kajian ini boleh menjadi petunjuk atau panduan bagi melengkapkan kajian yang telah dibuat dan pencapaian objektif kajian. Antara persoalan yang dikenalpasti bagi melaksanakan kajian ini ialah: a) Apakah kepentingan pembinaan landskap kepada pengguna di taman rekreasi Tasik Darulaman? b) Bagaimanakah persepsi pengguna terhadap pembinaan landskap di taman rekreasi Tasik Darulaman? 1.5 Objektif Kajian Matlamat utama kajian adalah untuk mengkaji pembinaan landskap di taman rekreasi Tasik Darulaman. Bagi mencapai matlamat utama kajian ini, objektif telah dibentuk seperti berikut: a) Mengenalpasti kepentingan pembinaan landskap kepada pengguna di taman rekreasi Tasik Darulaman. b) Mengkaji persepsi pengguna terhadap pembinaan landskap di taman rekreasi Tasik Darulaman.

23 1.6 Skop Kajian Skop kajian ialah tumpuan kepada pembinaan taman rekreasi di negeri Kedah. Skop kajian terdiri daripada lokasi iaitu taman rekreasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Pemilihan tapak kajian berdasarkan kepada faktor pusat tumpuan warga kota. Berdasarkan hasil temubual bersama En. Muhammad Hizwan (Maintenance Junior Executive) menyatakan bahawa lokasi kajian iaitu Tasik Darulaman terletak di Jitra, Daerah Kubang Pasu. Tasik Darulaman terletak berhampiran sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, Jitra, Kedah. Ia merupakan salah satu tarikan di Daerah Kubang Pasu. Tasik ini juga dikenali sebagai Darulaman Park merupakan salah satu mercu tanda terkenal di Jitra. Tasik Darulaman terletak kira-kira 1-kilometer dari bandar Darulaman, Jitra. Seterusnya, Tasik Darulaman ini terletak berhampiran dengan pejabat Darulaman Golf and Country Club. Faktor-faktor memilih Tasik Darulaman sebagai kawasan kajian adalah kerana Tasik Darulaman meliputi kawasan tanah seluas 84 ekar dan tasik yang bersaiz seluas 36 ekar. Selain itu, berdasarkan hasil temubual bersama Nur Musalli (Landscape Junior Executive) menyatakan bahawa Tasik Darulaman menjadi tumpuan orang ramai kerana ia terkenal dengan pelbagai aktiviti-aktiviti riadah, terdapatnya pancutan air tasik serta lokasinya yang strategik iaitu terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan, yang dapat memudahkan orang ramai untuk singgah beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap pembinaan landskap taman rekreasi dalam mencapai objektif dalam aspek kepentingan dan persepsi pengguna/pengunjung terhadap pembinaan landskap di taman rekreasi. Ia menjadi tanggungjawab pihak pengurusan bagi memastikan landskap di taman rekreasi berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Kajian ini akan menumpukan kepada soal selidik berkaitan maklum balas daripada pengguna, pengunjung, pihak pengurusan yang terlibat secara langsung terhadap persepsi mereka mengenai pembinaan landskap, kemudahan serta aktiviti yang terdapat di taman rekreasi.

24 1.7 Kepentingan Kajian Kajian pembinaan landskap di kawasan taman rekreasi adalah untuk meningkatkan keindahan landskap di kawasan tersebut bagi menjamin kelestarian alam. Landskap dapat meningkatkan kesejahteraan bandar kerana ia menyediakan infrastruktur hijau dan mampan sebagai teras penghijauan bandar. Kajian ini penting untuk mendapatkan pemahaman terhadap pembinaan landskap di kawasan taman rekreasi. Kajian ini juga dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada (Kamalludin, 2004): a) Pihak pengurusan fasiliti. Pihak pengurus fasiliti akan mendapat pendedahan baru di dalam bidang yang selama ini terabai dan kurang diberikan perhatian di mana potensi yang besar memerlukan sokongan dari pengurusan fasiliti yang lebih profesional. b) Pengurusan taman rekreasi. Mendapat panduan kerja yang lebih teratur serta lengkap bagi menjamin kepentingan mereka di dalam memberikan sumbangan kepada pihak pengurusan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). c) Hasil kajian ini dapat dilakukan dengan lebih terperinci oleh pihak pengurusan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk meningkatkan mutu kualiti landskap di sesuatu kawasan, disamping dapat memperbaiki taraf kualiti perkhidmatan dan penyelenggaraan. d) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkaji semula sistem organisasi pentadbiran dan pengurusan supaya dapat menyelaras dan mengurus landskap dengan sistematik. e) Pengguna atau pelanggan (pembayar cukai). Pengguna dan pembayar cukai yang merupakan warga daerah Kubang Pasu akan mendapat kemudahan yang lebih baik dan memuaskan, meningkatkan kualiti hidup mereka serta dapat menjimatkan kos.

25 1.7 Kesimpulan Kesimpulannya, bab satu memberikan satu gambaran secara ringkas dan keseluruhan tentang kajian yang dijalankan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan pembinaan landskap taman rekreasi kepada pengguna/pengunjung. Seterusnya, untuk mengkaji persepsi pengguna/pengunjung terhadap pembinaan landskap taman rekreasi di Tasik Darulaman. Taman rekreasi berfungsi untuk mengindahkan dan mewujudkan kawasan hijau di sesuatu kawasan mampu menarik perhatian masyarakat yang cintakan alam sekitar. Dalam bab ini juga turut menerangkan secara ringkas mengenai perkara-perkara yang dijalankan dalam kajian ini untuk memberikan pemahaman awal. Keterangan adalah merangkumi pengenalan, latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, dan kepentingan kajian ini.