PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Similar documents
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018


POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Earthwork Activities in Private Housing Industry

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

Sistem Bakeri Interaktif

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Think City Grants Programme Application Guide / Program Geran Think City Panduan dan Borang Permohonan

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat.

TERMS AND CONDITIONS

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Transcription:

PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursu secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBHE3103 Gaya Hidup Sihat adalah kursus yang ditawarkan oleh Open University Malaysia (OUM) di bawah kelolaan Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan di jalankan dalam masa 5 hingga 8 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Kesihatan dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan seseorang pelajar itu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, kursus ini yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa adalah seperti dalam Jadual 1.

xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Jam Pembelajaran 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentafsir falsafah, konsep dan matlamat gaya hidup sihat; 2. Mengaplikasikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian; dan 3. Menjelaskan teori-teori dan kepentingan gaya hidup sihat dalam Pendidikan Kesihatan. SINOPSIS KURSUS Mata pelajaran ini meliputi pengenalan, konsep, definisi dan matlamat gaya hidup sihat. Untuk itu teori-teori dan kepentingan gaya hidup sihat perlu diberi penekanan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan merealisasikan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. Ilmu ini akan dilengkapkan dengan aplikasi dalam kehidupan harian. Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti berikut: Topik 1 membincangkan tentang falsafah, konsep dan definisi gaya hidup sihat secara menyeluruh. Topik ini juga menyentuh kepentingan gaya hidup sihat kepada individu, kerajaan dan negara. Kaedah mempromosikan gaya hidup sihat kepada kumpulan sasaran juga dibincangkan di sini.

PANDUAN KURSUS xiii Topik 2 membincangkan jenis, sumber dan fungsi nutrien kepada tubuh badan. Topik ini juga memperjelaskan fungsi Piramid Makanan dan kaitannya dengan jenis serta kumpulan makanan yang pelbagai. Perbincangan terperinci tentang kepentingan mengambil makanan seimbang juga dijelaskan di sini. Topik 3 mendedahkan anda kepada status pemakanan mengikut kumpulan bayi, kanak-kanak dan remaja. Di dalam setiap kumpulan ini akan diterangkan tentang keperluan dan ketidakseimbangan kalori dan nutrien, pengambilan nutrien dan malnutrisi serta masalah pemakanan bagi setiap peringkat kumpulan. Topik 4 menyentuh tentang konsep dan definisi kalori dalam gaya hidup sihat. Topik ini juga akan membincangkan keseimbangan pengambilan kalori dan kaitannya dengan pengawalan berat badan. Topik 5 menyentuh tentang definisi dan konsep senaman serta kaitannya dengan gaya hidup sihat. Topik ini juga akan membincangkan cara bersenam mengikut prinsip dan sistem yang disyorkan oleh pakar kecergasan. Pada akhir topik ini, keperluan dan kesan senaman dihuraikan dengan mengaitkannya dengan gaya hidup sihat. Topik 6 menyentuh tentang definisi, konsep dan prinsip rekreasi. Topik ini juga akan membincangkan perbezaan di antara rekreasi aktif dan pasif dengan membandingkan ciri-ciri, aktiviti-aktiviti dan sumbangannya kepada gaya hidup sihat. Topik 7 menyentuh tentang definisi, konsep, jenis serta peringkat rehat, istirehat, tidur dan kesenggangan. Topik ini juga akan membincangkan kepentingan rehat, istirehat, tidur dan kesenggangan kepada individu, kerjaya dan persekitaran. Topik 8 menyentuh tentang definisi, jenis dan punca stres. Pada bahagian kedua topik ini pula dibincangkan tentang cara mengawal konflik dan stres. Cara untuk meminimumkan risiko stres pula dibincangkan di bahagian akhir topik ini. Topik 9 menyentuh tentang definisi dan kategori ubat, racun dan dadah. Topik ini juga akan memperjelaskan definisi, jenis dan kesan dadah serta alkohol kepada perubahan fisiologi tubuh badan kita. Topik 10 mendedahkan anda kepada peranan dan tanggungjawab komuniti dalam menghadapi masalah HIV/AIDS. Topik ini juga akan membincangkan bagaimana melindungi diri kita daripada di jangkiti HIV/AIDS. Kesan HIV/AIDS kepada tubuh badan juga diperjelaskan secara terperinci di dalam topik ini.

xiv PANDUAN KURSUS PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di

PANDUAN KURSUS xv dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini. Namun begitu, pengetahuan dan pengalaman tentang ilmu pendidikan akan membantu anda memahami pelajaran ini dengan lebih mudah. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.