PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Similar documents
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Earthwork Activities in Private Housing Industry

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA


Sistem Bakeri Interaktif

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Survey on Perak and Selangor 3 messages

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Faculty of Engineering

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

RQK 259 Cost and Value Management 1 (Pengurusan Kos dan Nilai 1)

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Transcription:

PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN Kursus HBLS4103 Pengurusan Landskap adalah kursus Open Universiti Malaysia (OUM) yang dikelolakan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai tiga jam kredit dan mengambil masa 8 hingga 15 minggu untuk dilalui. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Kemahiran Hidup dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

x PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Jam Pembelajaran Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 3 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti elemen utama dalam landskap; 2. Merekabentuk sebuah landskap kejur dan lembut; 3. Membina sebuah projek landskap mini; dan 4. Melaksanakan penyelenggaraan selepas pembinaan. SINOPSIS KURSUS Mata pelajaran ini meliputi aspek reka bentuk landskap yang melibatkan: (i) elemen landskap; (ii) pemilihan tumbuhan; (iii) bahan binaan; dan (iv) grafik landskap. Manakala aspek pelaksanaannya meliputi pembinaan landskap lembut dan kejur. Aspek penyelenggaraan selepas pembinaan juga dimasukkan bagi melengkapkan mata pelajaran ini yang berbentuk teori dan amali. Untuk membolehkan anda mencapai 4 objektif kursus di atas, kursus ini dibahagikan kepada 10 topik seperti berikut:

PANDUAN KURSUS xi Topik 1 menerangkan definisi perkataan landskap dan bagaimana industri landskap berkembang di negara kita. Tumpuan diberikan kepada jenis-jenis landskap yang terdapat di seluruh negara (bersama contoh) bagi setiap jenis landskap yang dibincangkan. Topik 2 membincangkan mengenai elemen atau unsur yang selalu digunapakai dalam kerja-kerja rekabentuk dan melaksanakan pembangunan sesuatu landskap. Perbincangan tertumpu kepada elemen semula jadi yang terdapat di persekitaran dan juga elemen buatan manusia, serta bagaimana elemen tersebut diolah untuk mendapatkan hasil pelandskapan yang baik. Topik 3 menerangkan tentang landskap lembut yang merupakan salah satu elemen landskap semula jadi merangkumi semua jenis tumbuhan yang digunakan di dalam merekabentuk landskap termasuk pokok, pokok renek, pokok lendair, dan penutup bumi. Tumbuhan tersebut merupakan elemen landskap yang kompleks dalam penggunaannya oleh kerananya ia hidup, tumbuh dan berkembang sehingga tumbuhan tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza-beza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Oleh yang demikian dalam pemilihan tumbuhan landskap perlu memerhatikan ciri- ciri tumbuhan seperti: (a) rupabentuk (b) saiz tumbuhan dewasa (c) kepadatan daun dan dahan (d) kadar tumbuhan (e) warna dan tekstur daun (f) warna dan bauan bunga. Malahan dengan adanya proses pembangunan yang pesat akan mempengaruhi terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, penggunaan tanaman tidak hanya ditumpukan pada kualiti estetik dan keindahan sahaja tetapi kegunaan kejuruteraan dan pengawalan iklim lebih ditekankan untuk mencegah kesan daripada perubahan iklim tersebut. Oleh sebab itu, fungsi tumbuhan dalam landskap dapat dilihat dari aspek kejuruteraan, mengawal iklim, aspek senibina, dan kegunaan estetika. Topik 4 akan menjelaskan mengenai landskap kejur. Lanskap kejur menterjemahkan salah satu daripada aspek besar persekitaran landskap yang perlu diketahui oleh pereka bentuk dan pembina yang terlibat di dalam bidang ini. Aspek landskap kejur adalah melibatkan elemen atau bahan yang mungkin berbentuk asli (natural) atau dibina atau dibentuk dengan bahan-bahan yang ada dipersekitaran kita seperti batu, besi dan juga kayu. Elemen dan bahan yang dipilih akan menterjemahkan maksud rekabentuk yang dibuat. Dari aspek lain, landskap kejur kerap lebih bertahan lama jika dibina secara lebih baik dan berkualiti jika dibandingkan dengan landskap lembut. Untuk menampilkan karektor landskap yang tersendiri di dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan beberapa teknik pembinaan yang menggunakan kayu, bata, konkrit simen fero dan juga gentian kaca (fibreglass). Gabungan teknik dan bahan ini akan membolehkan anda memahami aplikasi landskap kejur.

xii PANDUAN KURSUS Topik 5 menerangkan prinsip di dalam rekabentuk yang merupakan konsep asas untuk komposisi rekabentuk. Prinsip reka bentuk tidak hanya terhad digunakan di dalam rekabentuk landskap sahaja, malah ia sering diaplikasikan di dalam pelbagai hasil seni untuk mencapai satu reka bentuk yang berestetika dan menarik. Bahan yang digunapakai serta cara aplikasinya sahaja yang membezakan di antara setiap hasil seni tersebut. Prinsip ini amat berguna untuk mereka yang baru di dalam bidang rekabentuk kerana ia menolong di dalam membuat keputusan dalam pemilihan komposisi rekabentuk, terutamanya dari segi bentuk dan bahan. Terdapat banyak prinsip yang boleh digunapakai, namun yang umum dan sering diaplikasikan termasuklah, keringkasan, keseimbangan, keanekaan, skala, ulangan, kontras, ritma dan tumpuan. Penggunaan prinsipprinsip ini boleh memastikan agar satu rekabentuk itu lebih menarik pada pandangan dan memenuhi kehendak. Mengabaikannya, mungkin menghasilkan satu rekabentuk yang kurang nilai estetik, terutamanya dari segi visual. Topik 6 membincangkan mengenai grafik landskap yang merupakan satu kaedah komunikasi visual yang berkesan untuk mempersembahkan idea rekabentuk landskap. Ini kerana sangat sukar untuk melakar objek sebenar atau hampir serupa di atas pelan landskap. Oleh yang demikian, teknik pewakilan simbolsimbol yang seragam dan persembahan lukisan perspektif digunakan. Prinsip lakaran berkesan mengandungi tiga perkara penting iaitu garisan, komposisi dan warna. Pelan landskap yang lengkap perlu melalui proses rekabentuk dan melalui proses ini terhasil 4 pelan iaitu pelan tapak, inventori, konsep dan induk. Setiap pelan ini berbeza dari segi cara penyediaan dan fungsinya. Kemajuan dalam teknologi ICT telah merubah sedikit sebanyak cara penyediaan pelan landskap daripada kaedah tradisional ke kaedah sistematik. Topik 7 menjelaskan mengenai merekabentuk landskap. Proses rekabentuk merupakan perkara yang sangat penting kerana ianya membantu kita menyusun maklumat serta menyediakan jalan penyelesaian mengikut keperluan unik sesuatu kawasan dan kehendak pelanggan. Ianya merangkumi pelbagai proses yang sistematik dan tersusun dalam merealisasikan idea yang dikemukakan, contohnya seperti inventori tapak, analisis tapak, analisa keperluan pelanggan, pembentukan konsep, penghasilan pelan induk serta perincian pelan landskap lembut dan landskap kejur. Walaupun proses ini kadangkala memakan masa yang panjang, namun dengan adanya proses rekabentuk ini matlamat sesuatu rekabentuk itu boleh dicapai. Walau bagaimanapun, hasil rekabentuk yang baik sentiasa bergantung kepada daya kreativiti masing masing dalam menilai sesuatu potensi tapak. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai proses rekabentuk agar setiap rekabentuk yang dihasilkan sentiasa menepati kehendak pelanggan, menyelesaikan segala permasalahan tapak serta mempunyai nilai-nilai estetik yang tersendiri.

PANDUAN KURSUS xiii Topik 8 menerangkan mengenai perancangan projek landskap yang juga merupakan bahagian penting di dalam mencapai maksud rekabentuk landskap. Aspek ini akan membolehkan rekabentuk landskap diimplementasikan dengan jayanya di tapak projek setelah dipertimbangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti menyediakan pelan berkaitan, menyediakan anggaran perbelanjaan, menyediakan jadual pelaksanaan dan juga menyediakan bahan binaan, peralatan dan tenaga kerja. Setelah dikenalpasti perkara yang dinyatakan itu dijangkakan projek akan dapat berjalan dengan lancarnya di tapak projek. Perancangan mestilah diaturkan dengan sempurna tidak boleh ada sebarang kekurangan; jika ada, perlulah dielakkan atau dikurangkan risikonya. Namun begitu, perancangan tidak juga akan tercapai kejayaannya jika mereka yang berada di tapak projek tidak melaksanakan apa yang telah dirancangkan sebelum itu. Dalam hal ini, diri anda adalah faktor yang amat penting. Topik 9 merupakan peringkat terakhir di dalam menterjemahkan apa yang tersurat di dalam idea rekabentuk landskap. Samada idea reka bentuk itu berjaya atau gagal akan dapat diperlihatkan ketika pelaksanaan projek dilakukan di tapak projek. Pelaksanaan akan melibatkan penyediaan tapak dan kemudiannya ia akan dibina. Aktiviti tersebut sebenarnya adalah amat rumit dan memakan masa yang panjang dengan melibatkan bahan binaan, mesin dan peralatan serta tenaga kerja, semuanya mesti diaturkan dengan baik dan sempurna bagi membolehkan ia berjalan dengan lancar di tapak projek. Di samping itu, keperluan terhadap laporan projek dan rekod perlu diadakan, sama ada ketika projek sedang berjalan atau sesudah siap dilaksanakan di tapak. Ini bagi memastikan kerja di tapak seiring dengan rekod yang perlu ada bertujuan untuk menterjemahkan kemajuan pembinaannya, sama ada ia perlahan, mengikut waktu atau untuk mengesan keberkesanannya. Semua ini akan membantu anda menjadi pembina yang berkemampuan dan cekap. Topik 10 membincangkan mengenai penyelenggaraan landskap. Penyelenggaraan landskap ialah menjaga dan menyelenggara kawasan landskap selepas ianya dibina. Ianya adalah merupakan satu aktiviti yang penting bagi memastikan landskap yang dibina matang dan mencapai tahap yang dihendaki. Kerja-kerja penyelenggaraan yang biasa dilakukan bagi sesebuah kawasan landskap adalah seperti penyiraman, sungkupan dan naungan, pengawalan rumpai, pembajaan, pengawasan perosak dan penyakit, pemangkasan, penyelenggaraan landskap kejur, serta pelandskapan semula. Untuk menyelenggara kawasan landskap memerlukan kemahiran. Tujuan dan teknik penyelenggaraan perlu diketahui sebelum sesuatu kerja penyelenggaraan dijalankan. Ini akan dapat menghasilkan keadaan persekitaran kehidupan yang selamat, berguna dan menyeronokkan kepada para pengguna serta akan menjadi aset kepada empunya kawasan tersebut.

xiv PANDUAN KURSUS PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topic, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di

PANDUAN KURSUS xv akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Contoh: KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. RUJUKAN Booth, N.K. (1983). Basic Elements of Landscape Architecture. New York: Elsevier. David, A.L., Stephen, P. (2004). Design Basics (5th ed.). Belmont, CA: Wadsworth Publishing. Harris, R.W., Clark J.R., & Matheny N.P. (2004). Arboriculture Integrated Management of Landscape Trees, Shrubs and Vines (4th.ed.). New Jersey: Prentice Hall. Jabatan Landskap Negara (2008). Garis Panduan Landskap Negara (2nd ed.). Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lisa, G. (2005). Basics of Design (2nd ed.). New York: Thomson Delmar Learning. Mohd. Shariff, M.K. (2002). Hortikultur Hiasan dan Landskap. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

xvi PANDUAN KURSUS Motloch, J.L. (1991). Introduction to Landscape Design. New York: Van Nostrand Reinhold, USA. Walker, D.T. (1991). Planting Design. New York: Van Nostrand Reinhold, USA. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.