SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Sistem Bakeri Interaktif

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Earthwork Activities in Private Housing Industry

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility


UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Faculty of Engineering

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

TERMS AND CONDITIONS FOR

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

SMART INCUBATOR AZLINA BINTI BASHARUDIN. Faculty of Electronic and Computer Engineering. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Transcription:

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER, 2004

ii

iii DEDIKASI Buat ayahanda, bonda dan ahli keluarga tercinta: Zainal Abidin Bin Ahmad Fauzilah Hanam Binti Mohd. Desa Ahmad Zafiruddin Bin Zainal Abidin Zuraidah Binti Zainal Abidin Isma Khalil Bin Zainal Abidin Zarina Binti Zainal Abidin Azman Bin Zainal Abidin Azlan Bin Zainal Abidin Terima kasih di atas dorongan dan semangat yang kalian berikan. Tidak lupa juga buat Fatin, Farah dan juga Syikin yang disayangi dan dirindui selalu serta ahli keluarga yang lain.terima kasih di atas segala-galanya.

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inaiyahnya serta kekuatan yang diberikannya, dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Penyelia saya iaitu Puan Rozilawati Bt. Dollah @ Md Zain yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat serta kerjasama yang baik kepada saya sepanjang projek ini dijalankan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Noorhanita Binti Mohamad selaku Pengurus Pejabat Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Encik Khalimi selaku Pegawai Eksekutif dan Encik Norazman yang memberi kerjasama yang baik semasa sesi temuramah dilakukan di Pejabat Tempatan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar, Perak. Tidak dilupakan juga buat ayahanda dan bonda serta keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan dan restu serta semangat kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan, jasa kalian tetap akan dikenang. Diharapkan projek ini akan dapat memberi manfaat kepada semua dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.

v ABSTRAK Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO secara atas talian atau SMPPMP adalah merupakan sistem yang dibangunkan bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran majikan yang melibatkan majikan dan juga kakitangan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. Jika sebelum ini segala pendaftaran majikan dilakukan secara manual menggunakan borang dan penyimpanan maklumat masih tidak menggunakan pangkalan data, diharapkan SMPPMP akan dapat mengatasi masalah dan meringankan tanggungjawab pengguna sistem. Kepentingan sistem ini adalah bagi membantu fungsi 3 pihak utama yang menggunakan sistem iaitu majikan, kerani bahagian penguatkuasaan dan juga pegawai eksekutif PERKESO. Metodologi yang dipilih dalam pembangunan sistem adalah menggunakan pendekatan prototaip evolusi kerana sesuai dengan SMPPMP yang dibangunkan secara atas talian. Selain itu, projek ini juga menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 untuk antaramuka pengguna, MySQL untuk pangkalan data dan Hypertext Proccessor (PHP). Projek ini juga dibangunkan berasaskan web. Selain itu, konsep pelayan pelangan digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan SMPPMP. SMPPMP yang dibangunkan diharapkan dapat memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dan dapat seterusnya meningkatkan prestasi sistem semasa.

vi ABSTRACT The online Employer Registration Information Management System (ERIMS) of PERKESO is designed for the benefits of the employer as well as the staff at PERKESO office, Kuala Kangsar branch. Previously, all the transactions especially regarding registration were done manually. By having this system, it possibly can help reducing problem and burden to the target users. The system will bring so much benefit to three main users that are; the employer, enforcement clerk and PERKESO executive officers. Methodology that has been selected is prototype evolution because it is the most suitable method for online system. Besides, this project also using Macromedia Dreamweaver MX 2004 to create user interface, My SQL for database and Hypertext Processor (PHP). This is a website based system. In fact, client server concept is used to implement the online ERIMS. Hopefully, the system can benefit to all related parties and improve the quality of the current system.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xiii xiv xv xvi BAB1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan Projek 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Skop Projek 6

viii 1.6 Kepentingan Sistem 7 1.7 Ringkasan 8 BABII KAJIAN LITERATUR 9 2.1 Pengenalan 9 2.2 Organisasi Kajian 10 2.2.1 Latar Belakang Organisasi 10 2.2.2 Misi/ Matlamat PERKESO 11 2.2.3 Objektif Korporat 12 2.3 Unit-Unit Dalam PERKESO 12 2.3.1 Bahagian Pentadbiran 13 2.3.2 Bahagian Pembayaran 13 2.3.3 Bahagian Penguatkuasaan 14 2.3.3.1 Mengemaskini Master record 14 2.3.3.2 Fail Majikan 15 2.3.3.3 Majikan 15 2.3.3.4 Sistem Fail Majikan 16 2.3.3.5 Pekerja 17 2.3.3.4 Caruman 18 2.3.4 Bahagian Faedah 20 2.3.5 Kaunter Urusan 21 2.3.5 Pegawai Eksekutf 21 2.4 Kajian Sistem semasa 22 2.5 Teknologi Internet 23 2.5.1 Internet 24 2.5.2 Web 25 2.6 Sistem Maklumat Pengurusan 27 2.6.1 Definisi Sistem Maklumat Pengurusan 27 2.6.2 Ciri-Ciri Sistem Maklumat Pengurusan 28

ix 2.7 Teknologi Pelayan Pelanggan 29 2.8 Kajian Perdagangan Elektronik 30 2.8.1 Electronic File Transfer (EFT) 31 2.9 Ringkasan 31 BAB III PERANCANGAN KERJA 32 3.1 Pengenalan 32 3.2 Metodologi Projek 33 3.2.1 Model Prototaip 33 3.2.2 Prototaip Evolusi 34 3.2.2.1 Fasa Perancangan 35 3.2.2.2 Fasa Analisa 36 3.2.2.3 Fasa Rekabentuk 37 3.2.2.4 Fasa pembangunan Prototaip 37 3.2.2.5 Fasa Pengujian Dan Penilaian Prototaip 38 3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 38 3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian 39 3.4.1 Perkakasan 39 3.4.1.1 Spesifikasi Perkakasan 40 3.4.1.2 Justifikasi Perkakasan 41 3.4.2 Perisian 41 3.4.2.1 Spesifikasi Perisian 42 3.4.2.2 Justifikasi Perisian 42 3.5 Metodologi Projek Dan Perancangan Kerja 46 3.5.1 Perlaksanaan Projek I 46 3.5.2 Perlaksanaan Projek II 47 3.6 Ringkasan 48

x BAB IV ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 49 4.1 Pengenalan 49 4.2 Rekabentuk Awal 50 4.2.1 Rekabentuk Pangkalan Data 50 4.2.2 Rekabentuk Sistem 51 4.2.2.1 Hirarki Antaramuka Sistem 52 4.3 Analisa Sistem 54 4.3.1 Rajah Aliran Data 54 4.3.2 Rajah Konteks 55 4.3.3 Rajah Aliran Data Peringkat Sifar 55 4.3.4 Rajah Aliran Data Peringkat Satu 55 4.4 Rajah Entiti Hubungan 56 4.5 Rekabentuk Antaramuka 56 4.5.1 Modul Pendaftaran 57 4.5.2 Modul Komen/Cadangan 57 4.5.3 Modul Pentadbir 58 4.5.4 Modul Bayaran Caruman 58 4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 59 4.7 Senibina Sistem 60 4.8 Spesifikasi Input 61 4.9 Spesifikasi Output 62 4.10 Ringkasan 63 BAB V PERLAKSANAAN SISTEM 64 5.1 Pengenalan 64 5.2 Persekitaran pembangunan 65 5.2.1 Keperluan Perkakasan 65 5.2.2 Pemasangan Perisian 65

xi 5.2.2.1 Macromedia Dreamweaver MX 2004 66 5.2.2.2 Apache Web server 67 5.3 Pembangunan Pangkalan Data Fizikal 67 5.4 Pembangunan Antaramuka Sistem 68 5.5 Penulisan Dan Pengekodan Aturcara 69 5.6 Pembangunan Modul Sistem 69 5.6.1 Modul Pendaftaran 70 5.6.2 Modul Pembayaran 70 5.6.3 Modul Komen/ Cadangan 71 5.6.4 Modul Pentadbir 71 5.7 Pengintegrasian Sistem 72 5.8 Implementasi 73 5.9 Ringkasan 74 BAB VI PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM 75 6.1 Pengenalan 75 6.2 Pengujian Unit 76 6.3 Pengujian Integrasi 77 6.4 Pengujian Sistem 78 6.5 Ujian Penerimaan 78 6.6 Kes Ujian 78 6.7 Kesimpulan 81 BAB VII PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 82 7.1 Pengenalan 82 7.2 Kelebihan Sistem 83 7.3 Kelemahan Sistem 85

xii 7.4 Kekangan Sistem 85 7.5 Andaian 86 7.6 Cadangan 86 7.7 Kesimpulan 87 RUJUKAN 88 LAMPIRAN 90-164

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Jumlah caruman yang perlu dibayar 19 oleh majikan 3.1 Perkakasan, Spesifikasi dan Justifikasi untuk untuk komputer peribadi 40 3.2 Spesifikasi minima bagi Keperluan Perisian 42 4.1 Senarai Rekabentuk Pangkalan Data 51 6.1 Kes Ujian Bagi Fungsi Membuat Pendaftaran 79 6.2 Kes Ujian Bagi Fungsi Menyemak 79 Maklumat Majikan 6.3 Kes Ujian Bagi Fungsi Menghapus/ 79 Mengemaskini Maklumat Pendaftaran Baru 6.4 Kes Ujian bagi Carian 80 6.5 Kes Ujian bagi Fungsi Jana Laporan 80

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 SPT dan SMP 29 3.1 Langkah Kerja Prototaip Evolusi 35 5.1 Keratan Aturcara untuk menghubungkan Antaramuka dengan pangkalan data 67

xv SENARAI SINGKATAN ASP DFD ERD HTML PERKESO PC RAD SDLC SMPPMP TCP/IP URL www EFT PHP SMP SPT RAM Active Server Pages Data Flow Diagrams Entity Relationship Diagram HyperText Markup Language Pertubuhan Keselamaatn Sosial Personal Computer Rapid Application Development System Development Life Cycle Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Transmission Control Protocol / Internetworking Protocol uniform resource locator world wide web Electronic File Transfer Hypertext Processor Sistem Maklumat Pengurusan Sistem Pemprosesan Transaksi Random Access Memory

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Carta Gantt 90 Projek I 91 Projek II 92 B Maklumat PERKESO 94 Soalan Temubual 95 Borang Daftar Majikan 97 Borang Daftar pekerja 98 C Rajah Hirarki Skrin 106 D Rekabentuk Sistem 108 Rajah Konteks 109 E Rajah Aliran Data (DFD) 110 F Rajah Hubungan Entiti (ERD) 121 G Rekabentuk Pangkalan Data 123 H Rajah Senibina Sistem 128 I Panduan Pengguna 130

BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Kecanggihan teknologi pada masa kini secara tidak langsung telah menggalakkan penggunaan aplikasi dalam bidang teknologi. Salah satu daripada teknologi tersebut adalah teknologi internet. Internet adalah merupakan satu rangkaian global yang menghubungkan beribu-ribu sistem komputer di merata tempat dengan menggunakan bahasa yang sama dan membenarkan orang ramai mencapai maklumat dan perkhidmatannya. Dengan adanya teknologi internet, semua urusan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh kerana teknologi yang semakin berkembang, kebanyakan organisasi juga tidak ketinggalan menggunakan aplikasi tersebut dalam urusan syarikat. Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar secara atas talian (SMPPMP) dibangunkan bertujuan untuk membantu penggunapengguna iaitu kakitangan PERKESO bahagian penguatkuasaan untuk menguruskan maklumat berkaitan majikan yang mencarum di PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. Berbanding sebelum ini semua maklumat majikan disimpan dan diuruskan secara manual di dalam fail majikan. Ini merumitkan kerani untuk

2 menyemak dan membuat carian maklumat majikan yang dikehendaki apabila diperlukan. Justeru itu, peranan utama sistem ini adalah untuk membantu pegawai dan kerani khususnya bahagian penguatkuasaan di dalam menguruskan data dan maklumat majikan yang mencarum dengan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. 1.2 Latar Belakang Masalah Organisasi kajian yang dipilih bagi perlaksanaan projek ini adalah Pejabat Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sistem fail majikan yang sedia ada di PERKESO Cawangan Kuala Kangsar adalah dilakukan secara manual. Majikan yang ingin membuat pendaftaran pekerja dan pendaftaran syarikat dengan PERKESO perlu datang ke Pejabat PERKESO Kuala Kangsar serta mengisi borang pendaftaran majikan dan kemudian menghantar semua borang pendaftaran majikan atau pekerja secepat mungkin atau selewat-lewatnya 30 hari selepas borang diserahkan. Ini menyukarkan majikan untuk berulang alik dari pejabat mereka ke Pejabat PERKESO. Terdapat banyak kelemahan tentang sistem pengurusan maklumat majikan yang dilaksanakan pada masa kini. Masalah pengurusan maklumat majikan yang mencarum dengan PERKESO bukan sahaja melibatkan kerani bahagian penguatkuasaan sahaja malahan turut membabitkan bahagian pengurusan kerana semua data majikan dan pekerja perlu disemak dengan cara manual. Daripada analisa awalan dan kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa kelemahan yang diperolehi. Sistem manual yang digunakan sekarang menyimpan semua maklumat majikan di dalam fail kertas. Kelemahan utama pada kaedah penyimpanan fail

3 tersebut adalah sistem penyimpanan maklumat majikan masih dilakukan secara manual. Ini membolehkan sesiapa sahaja untuk mencapai fail maklumat majikan tersebut tanpa sebarang masalah dan ini boleh menimbulkan masalah misalnya masalah kerosakan, kehilangan atau pertukaran data dan kebocoran rahsia yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Di antara masalah utama yang timbul dengan penggunaan sistem semasa ini adalah masalah kelewatan proses pengurusan fail-fail majikan yang menyukarkan kerani kerana apabila sesebuah fail diperlukan, kerani tersebut terpaksa mencari fail tersebut satu persatu di dalam bilik fail. Selain itu, pengumpulan fail-fail tersebut adalah tidak setempat yang mana terdapat fail yang terletak di dalam bilik fail dan ada juga yang berada dengan pegawai atau pengurus untuk tujuan tertentu seperti lawatan pemeriksaan dan semakan oleh pegawai dan pengesahan oleh pengurus. Masalah lain yang timbul adalah aliran fail yang tidak diketahui oleh kerani. Terdapat fail yang tidak diketahui kedudukannya contohnya terdapat fail yang berada di bilik fail, bilik pegawai, pegurus dan juga terdapat juga fail yang berada pada kerani. Selain itu, masalah kehilangan fail juga sering berlaku. Ini kerana sesiapa sahaja boleh mengambil fail majikan tersebut kerana tiada kawalan daripada sesiapa atau pihak tertentu. Pada masa ini, majikan yang ingin membuat pendaftaran dengan PERKESO perlu datang ke mana-mana cawangan pejabat PERKESO untuk membuat pendaftaran majikan. Ini menimbulkan masalah kepada majikan kerana masa yang terhad untuk berurusan. Selain daripada itu, majikan mempunyai perusahaan yang terletak jauh daripada pejabat PERKESO terpaksa berulang alik untuk mendaftar dengan PERKESO. Ini kerana setiap majikan yang ingin mendaftar perlu mengisi borang pendaftaran majikan dan melengkapkan borang tersebut sebelum borang tersebut dihantar semula ke pejabat PERKESO. Sistem manual ini mengambil masa yang lama untuk memproses borang pendaftaran majikan baru kerana proses yang dilakukan secara manual. Di antaranya ialah menghantar maklumat majikan ke ibu pejabat yang terletak di Kuala

4 Lumpur, kemudian pihak ibu pejabat akan menghantar pengesahan majikan serta memberi nombor kod majikan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan. Di samping itu juga, terdapat masalah kelewatan penerimaan maklumat oleh majikan seperti borang caruman bulanan, borang pendaftaran pekerja dan lain-lain borang yang diperlukan oleh majikan. Terdapat juga majikan yang terpaksa datang ke pejabat semata-mata untuk mendapatkan borang-borang berkaitan dan ini secara tidak langsung membazirkan masa dan tenaga mereka. Berdasarkan masalah yang terdapat di dalam sistem manual yang sedia ada, Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar secara atas talian (SMPPMP) yang akan dibangunkan diharapkan dapat mengatasi masalah sistem semasa yang wujud. 1.3 Pernyataan Masalah Merujuk kepada beberapa masalah yang telah dibincangkan di dalam seksyen 1.2, persoalan utama yang wujud ialah Bolehkah SMPPMP ini dibangunkan secara atas talian serta dapat mengatasi masalah sistem semasa yang wujud? Selain daripada persoalan utama, terdapat beberapa persoalan lain yang perlu dititikberatkan. Di antara persoalan tersebut : i. Adakah dengan wujudnya sistem ini segala maklumat majikan akan dapat disimpan dengan selamat dan tidak timbul masalah kehilangan data?

5 ii. Sejauhmanakah sistem ini dapat membantu kerani bahagian penguatkuasaan membuat semakan dan penyimpanan maklumat majikan? iii. Adakah sistem ini dapat memudahkan majikan untuk mendaftar maklumat majikan dan pekerja secara atas talian? iv. Sejauh manakah tahap penerimaan pengguna sistem terhadap sistem yang dibangunkan? v. Bolehkan sistem yang dibangunkan dapat mengurangkan proses-proses yang melibatkan majikan dan serta memudahkan tugas kerani penguatkuasaan? vi. Bolehkah sistem ini diuruskan dengan cekap dan berkesan? 1.4 Objektif Projek Objektif pembangunan SMPPMP adalah seperti berikut :- i. Membantu majikan baru untuk mendaftar dengan PERKESO secara atas talian. ii. Membantu pegawai dan kerani bahagian penguatkuasaan menguruskan maklumat berkaitan majikan dengan lebih cekap dan sistematik. iii. Mewujudkan sistem pengurusan fail majikan yang lebih bersistematik, cekap dan mudah untuk diselenggara.

6 iv. Memudahkan kerani dan pegawai bahagian penguatkuasaan PERKESO menyemak maklumat majikan atau yang mendaftar dengan PERKESO. v. Menyediakan satu sistem yang boleh menjana laporan rekod pendaftaran majikan bagi sesuatu jangkamasa yang tertentu. 1.5 Skop Projek Bagi memudahkan pemahaman, pengendalian projek serta bagi memastikan objektif-objektif yang dinyatakan dapat dicapai, beberapa skop telah dikenalpasti. Antara skop projek adalah seperti berikut : i. Sistem ini melibatkan 3 pihak pengguna iaitu majikan yang ingin mencarum dengan PERKESO, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan di PERKESO. ii. Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan web. iii. Kajian organisasi bagi pembangunan sistem ini ialah Pejabat Tempatan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. iv. Sistem ini hanya boleh digunakan oleh pihak PERKESO untuk menguruskan data pekerja dan majikan untuk mendaftar dengan PERKESO.

7 1.6 Kepentingan Sistem SMPPMP yang akan dibangunkan ini diharapkan dapat memudahkan pihak yang terlibat iaitu majikan yang ingin mencarum dengan PERKESO, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan di PERKESO. Ini bermakna dengan adanya sistem ini, ia dapat membantu mengurangkan masalah pengurusan pendaftaran maklumat majikan dan pekerja yang mendaftar dengan PERKESO yang dilakukan secara manual juga masalah penyimpanan maklumat pendafttaran yang dihadapi dengan hanya menggunakan fail kertas dan cara manual. Dengan ini, prestasi kerja dapat dipertingkatkan dan sistem ini memainkan peranan yang penting kepada pihak majikan untuk melaksanakan urusan pendaftaran majikan dengan PERKESO. Selain itu, sistem ini juga dijangka mampu untuk kemudahan pendaftaran secara atas talian kepada pengguna sistem iaitu majikan yang mencarum dengan PERKESO. Sistem ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada tiga pihak pengguna iaitu majikan, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan. Sistem ini akan dapat memudahkan majikan untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan PERKESO dan membuat pendaftaran maklumat pekerja yang mencarum dengan PERKESO. Selain itu, pegawai yang bertindak untuk membuat pemeriksaan terhadap syarikat yang mendaftar akan dapat membuat semakan terhadap maklumat majikan dengan lebih cepat dan tepat. Sistem ini juga akan dapat memudahkan kerani bahagian penguatkuasaan mendapatkan maklumat majikan untuk tujuan semakan dan arahanarahan yang perlu dilaksanakan terhadap sesuatu premis atau perniagaan.

8 1.7 Ringkasan Amnya, Bab I menerangkan tentang pengenalan kepada projek dan kajian permasalahan yang ada pada sistem semasa. Di samping itu, skop dan objektif projek turut dinyatakan dengan terperinci supaya dapat gambaran yang jelas tentang sistem yang akan dibangunkan. Kepentingan sistem juga turut diterangkan di dalam bab 1 ini. Secara keseluruhanya sistem yang dibangunkan ini memudahkan komunikasi antara majikan yang mencarum dengan PERKESO, kerani bahagian penguatkuasaan dan juga Pegawai Eksekutif PERKESO. Selain daripada itu juga sistem ini berkeupayaan dalam menangani masalah sistem semasa yang wujud menggunakan kaedah manual. Kecanggihan teknologi yang boleh menjadikan maklumat dan komunikasi dapat saling berhubung dan tiada wujud sempadan diantaranya, membolehkan teknologi diaplikasikan di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar (SMPPMP) agar oraganisasi ini dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan efektif.