PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Earthwork Activities in Private Housing Industry

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

Sistem Bakeri Interaktif

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

KAJIAN SIFAT TANAH AKIBAT ALIH FUNGSI LAHAN TEMBAKAU DELIMENJADILAHANPERKEBUNANTEBUDIPTPNllKEBUN TANDEM HULU KABUPATEN DELI SERDANG SKRIPSI OLEH:

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERBANDINGAN PENGUJARAN KATA-KATA DUA SUBDIALEK TERENGGANU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Faculty of Engineering

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Perspektif Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Terhadap Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) Topik Khusus Ism Al- Adad Wa Al-Ma dud

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

Survey on Perak and Selangor 3 messages

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

Transcription:

i PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iv Dedikasi Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Istimewa buat... Ayanhanda yang dihormati, Shapiai Bin Mohd Ramly Bonda yang dikasihi, Hasnah Binti Hj. Omar Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah kalian curahkan Doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku Akan ku laksanakan harapan kalian untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak... Kepada abang-abangku, Khairul Ariffin, Mohd Saiful dan Mohd Faiz... Serta adik-adikku, Afif dan Fathin... Dorongan, Keikhlasan dan Pengertian kalian akan ku kenang, tidak mampu ku lahirkan dengan kata-kata Buat sahabat-sahabat, Kalian merupakan pembakar semangatku... Terima kasih untuk segalanya...

v Penghargaan Assalamualaikum Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya telah memberikan kesempatan kepada saya untuk menyudahkan setiap urusan saya di dunia, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Dr. Ismail Bin Kailani atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang projek ini dijalankan. Ribuan terima kasih diucapkan juga kepada semua tenaga pengajar di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai atas segala bantuan yang telah diberikan. Kepada semua pihak yang terbabit, rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dan memberikan dorongan serta tunjuk ajar sepanjang penyiapan projek ini terutama saudara Faisal Bin Mohamed yang telah banyak memberikan galakan. Kerjasama yang diberi amat saya hargai. Semoga segala curahan kebaikan yang telah diberikan oleh anda akan dikurniakan keberkatan. Insyaallah akan tetap saya kenang hingga ke akhir hayat.

vi ABSTRAK Salah satu daripada objektif kurikulum sains KBSM ialah menghargai kepentingan dan keindahan sains. Untuk mencapai matlamat tersebut, unsur sejarah perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Kajian ini dibuat untuk mendedahkan unsur sejarah dalam pembelajaran sains. Perbincangan ditumpukan kepada topik optik iaitu Cahaya, Warna dan Penglihatan dalam sains KBSM disamping sejarah penemuan dan perkembangan penggunaannya yang digunakan dalam topik ini. Perbincangan lebih ditumpukan kepada kepelbagaian kaedah penemuan kamera lubang pin dalam optik yang telah digunakan oleh Ibnu al-haitham, Leonardo da Vinci, Giovanni Battista della Porta, Jan Vermeer dan Louis Dagueree. Ada di antara penemuan yang dibincangkan boleh digunakan sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan kini namun terdapat juga penemuan yang tidak sesuai dan lebih berfungsi untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan pemikiran tokoh-tokoh sains terdahulu.

vii ABSTRACT One of the KBSM science curriculum objectives is the appreciation of the importance and beauty of the subject. To achieve the objective, the historical elements should be introduced to the students. This research has been carried out in accordance to the afforementioned objective that is to expose historical elements in the learning and teaching of science. This study concentrates on optic topic which is Light, Colour and Sight in science KBSM, a brief history about discovery and development to used it in optic. The study mainly focus on the various methods in basic pin-hole camera in optics employed and discovered by Ibnu al-haitham, Leonardo da Vinci, Giovanni Battista della Porta, Jan Vermeer and Louis Dagueree. Of all the methods discussed, some of them can be used as an alternative to the method used in the present day. There are however, unsuitable ones and these serve only to provide exposure to students on the development of thoughts of science of the past.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL AKUAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI GAMBARAJAH i ii iii iv v vi vii viii xi xii 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Persoalan Kajian 4 1.6 Kepentingan Kajian 4 1.7 Batasan Kajian 5 1.8 Penutup 5

ix 2 SOROTAN KAJIAN 7 2.1 Pendahuluan 7 2.2 Sejarah dalam sains 8 2.3 Kepentingan pendekatan penyerapan unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran sains 10 2.3.1 Sikap, minat dan motivasi pelajar terhadap sejarah sains 12 2.3.2 Pembelajaran sains yang lebih bermakna 15 2.3.3 Pelajar menghargai dan menghayati keindahan sains 16 2.3.4 Dedikasi guru dalam mengajar ilmu sains kepada pelajar 17 2.4 Penutup 18 3 METADOLOGI 20 3.1 Pendahuluan 20 3.2 Penyelidikan Sejarah 20 3.3 Analisis Data 22 3.4 Penutup 23 4 DAPATAN KAJIAN: PERKEMBANGAN SEJARAH KAMERA OBSCURA DAN PENDEDAHAN BAHAN SEJARAH BAGI TOPIK OPTIK DALAM SAINS KBSM 24 4.1 Pendahuluan 24 4.2 Kamera Obscura 24 4.2.1 Ibnu al-haitham (Alhazen) 25 4.2.2 Leonardo da Vinci (1452-1519) 28

x 4.2.3 Giovanni Battista della Porta (1538-1615) 29 4.2.4 Jan Vermeer (1632-1675) 29 4.2.5 Louis Dagueree (1787-1851) 31 4.3 Cadangan Bagi Pendedahan Unsur Sejarah Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Topik Optik Dalam Matapelajaran Sains KBSM 33 4.4 Perbandingan Di antara Kaedah Moden dan Lama Bagi Kamera Lubang Pin 39 4.5 Penutup 41 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 42 5.1 Pendahuluan 42 5.2 Rumusan 43 5.3 Kesimpulan 44 5.4 Cadangan Lain 45 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 46 5.6 Penutup 46 BIBLIOGRAFI 48

xi SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 5.1 Tokoh-tokoh Sejarah Kamera Lubang Pin Beserta Penemuannya 38 5.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi imej dalam kamera lubang pin 40 5.3 Perbandingan di antara Kaedah Masa Dahulu dengan Kaedah Masa Kini 42

xii SENARAI GAMBARAJAH NO GAMBARAJAH TAJUK HALAMAN 4.1 Jenis kamera obscura berkotak, 1855 25 4.2 Pemerhatian Alhazen bagi sifat cahaya menerusi lubang pin 27 4.3 Kamera Obscura Berkhemah Mudahalih 28 4.4 Empat jenis ciri bagi kamera obscura 30

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Sains di atas, menunjukkan bahawa setiap rakyat di negara ini adalah digalakkan untuk mendalami bidang sains sejak dari bangku sekolah lagi. Ini kerana sains merupakan suatu bidang keilmuan, hasil daripada usaha manusia untuk mencari penerangan yang rasional tentang fenomena alam semulajadi terutama yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Di negara kita, matapelajaran sains telah diterapkan kepada pelajar seawal mereka berusia sepuluh tahun atau darjah empat diperingkat rendah. Pendidikan sains ini berterusan sehingga mereka berada di tingkatan lima pada peringkat menengah. Dalam matapelajaran sains yang diambil mereka ini terdapat topik mengenai Cahaya, Warna dan Penglihatan iaitu ketika mereka berada di tingkatan empat.

2 Topik ini menyentuh tentang optik geometri, atau optik sinaran yang menerangkan cahaya merambat sebagai "sinaran". Sinaran dibengkokkan di antara muka dua medium yang berbeza, dan boleh dibengkokkan dalam medium yang indeks pembiasan merupakan gungsi posisi. Optik yang diterapkan dalam Kurikulum Sains KBSM ini yang akan dibincangkan dalam kajian ini. Dalam sejarah optik mencatatkan bahawa Abu Ali Hasan al-haitham yang dikenali sebagai al-haitham atau Alhazen di Barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Di samping itu juga terdapat tokoh-tokoh lain dalam bidang optik ini seperti Leonardo da Vinci, Giovanni Battista della Porta, Jan Vermeer, dan lain-lain lagi. Melalui tokoh-tokoh inilah bidang optik semakin berkembang dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Dengan melalui maklumat sejarah dan pengenalan tokoh ini, dapat dijelaskan lagi sesuatu topik itu dengan lebih mudah, jelas dan terperinci terutama daripada penemuan sesuatu konsep sains itu sendiri. Ini lebih memudahkan lagi para pelajar untuk mempelajari matapelajaran sains dengan lebih berkesan jika unsur-unsur pensejarahan dapat diterapkan dalam topik ini. 1.2 Latar Belakang Masalah Kebanyakan pelajar menganggap matapelajaran sains itu adalah suatu matapelajaran yang sukar kerana terdapat teori-teori dan fakta-fakta yang perlu mereka ketahui dan kuasai. Masalah pembelajaran sains berlaku bukan disebabkan mereka tidak tahu tentang sains, sebaliknya disebabkan mereka sudah pun tahu serba sedikit tentang sains (Blosser, 1987). Ini menjadikan pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran sains terutama bagi topik optik ini. Mereka hanya serius mempelajari topik ini hanya untuk menjawab peperiksaan semata-mata.

3 Ini kerana dalam topik optik ini terdapat banyak teori-teori dan fakta-fakta yang perlu diketahui oleh pelajar menjadikan mereka perlu menghafal teori-teori dan faktafakta tersebut. Ini menyebabkan pelajar cepat berasa bosan kerana sukar untuk menguasai topik optik ini terutama dalam bahagian kanta cembung, kanta cekung, jenisjenis alatan optik serta warna. Pengajaran guru yang membosankan dan tidak menarik juga menjadikan pelajar tidak berminat untuk mempelajari topik ini. Ini kerana guru terlalu bergantung kepada isi kandungan daripada buku teks yang hanya menekankan fakta semata-mata tanpa mengaitkannya dengan bagaimana permulaan optik ini diterokai, diperkembangkan dan juga kegunaan optik dalam kehidupan seharian. 1.3 Pernyataan Masalah Sejarah sains membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Oleh kerana itu dengan penyerapan unsur sejarah dalam matapelajaran sains ini akan menjadikan suatu topik itu lebih mudah difahami, memberikan motivasi serta dapat menimbulkan minat dalam diri pelajar. Ini kerana strategi pengajaran dan pembelajaran yang jelas dan menarik merupakan sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan, apatah lagi ia melibatkan pemahaman pelajar secara tidak langsung. Ini akan mendatangkan beberapa masalah kepada guru mahupun pelajar dalam melaksanakannya serta memahaminya jika strategi atau pendekatan yang digunakan tidak memberi kesan kepada mereka. Kebanyakan pelajar juga tidak berminat untuk mempelajari matapelajaran sains ini kerana ia mungkin agak sukar bagi mereka untuk mengetahui dan memahami teori-teori atau hukum-hukum sains yang agak banyak terutama bagi mereka yang suka menghafal untuk tujuan peperiksaan semata-mata. Ini kerana guru mahupun pelajar berkemungkinan tidak mengetahui siapakah tokoh yang mula-mula menerokai teori-teori atau hukum-hukum yang terdapat dalam matapelajaran sains ini. Di samping itu juga, buku teks juga tidak menyatakan apakah sumbangan tokoh-tokoh yang menerokai teori-teori atau hukum-hukum tersebut dalam

4 matapelajaran sains terutama bagi topik optik ini. Dengan penerapan unsur sejarah ini pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh terdahulu dan juga dapat mengembangkan sifat positif serta menggalakkan penghargaan tentang alam semulajadi dan peranan sains dalam diri pelajar. 1.4 Objektif Kajian Objektif kepada kajian ini adalah untuk: 1. Mendapatkan beberapa jenis kaedah atau penemuan dari tokoh-tokoh terdahulu mengenai unsur optik. 2. Menghasilkan cadangan bagi bahan pengajaran yang menerapkan unsur sejarah bagi topik optik. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini cuba mencari jawapan terhadap soalan-soalan berikut: 1. Apakah jenis-jenis kaedah atau penemuan dari tokoh-tokoh terdahulu mengenai unsur optik? 2. Apakah terdapat bahan pengajaran yang boleh diperolehi daripada sumber bahan sejarah bagi menerapkan unsur sejarah dalam topik optik?