Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat.

Similar documents
EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI


IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Earthwork Activities in Private Housing Industry

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS INFLUENCING THE SUCCESS OF ICT TELECENTRE PROJECTS IN RURAL COMMUNITIES IN MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Sistem Bakeri Interaktif

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

Transcription:

FAEDAH PENYERTAAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KEPADA WARGA EMAS: KAJIAN TERHADAP PESERTA UNIVERSITY OF THE THIRD AGE (U3A) DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT Abstrak Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat E-mel:salmiah@kkhl.edu.my Penyertaan program PSH bagi golongan warga emas di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) amat menggalakkan - terdapat peningkatan penyertaan setiap tahun. Menyedari peningkatan penyertaan golongan ini, KKHL telah berkolaborasi dengan empat buah persatuan warga emas pada tahun 2014. Antara persatuan yang terlibat iaitu Persatuan University of The Third Age (U3A), Persatuan Warga Emas Kajang, Persatuan Warga Emas Hulu Langat. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti faedah penyertaan program PSH yang telah diperolehi oleh warga emas dari kalangan peserta University of The Third Age (U3A). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap faedah yang diperolehi merentas jantina. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item soalan dibina dan diambil dari kajian terdahulu, untuk mengukur perhubungan tersebut. Kajian ini dijalankan sebagai batu loncatan bagi membantu meningkatkan peratus penglibatan golongan warga emas menghadiri program PSH daripada kebaikan dan manfaat yang akan diperolehi. Kata Kunci: Warga emas, program PSH

1. Pendahuluan Kolej Komuniti telah sinonim dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sejak penubuhannya pada tahun 2001. Bagi merealisasikan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, kolej komuniti telah menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada pelbagai golongan masyarakat, jantina, agama dan pendidikan.had usia penyertaan adalah dari 15 tahun dan ke atas. Ini bermakna, golongan emas juga boleh menyertai program PSH di kolej komuniti. Proses pembelajaran tidak berhenti selepas alam persekolahan dan pekerjaan, malah sehingga ke liang lahad. Maka tidak hairanlah penyertaanprogram PSH bagi golongan warga emas di KKHLpada setiap tahun amat mengalakkan. Menyedari peningkatan penyertaan golongan ini, KKHL telah berkolaborasi dengan 3 buah persatuan warga emas pada tahun 2014. Antara persatuan yang terlibat iaitu Persatuan University of The Third Age (U3A), Persatuan Kebajikan Warga Emas Kajang dan Persatuan Warga Emas Hulu Langat. Kolaborasi ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan warga emas dalam program PSH dengan memberikan tawaran harga yang berpatutan, program yang terancangdan bersesuaian dengan minat warga emas. Manakala dari pihak persatuan pula, boleh menawarkan khidmat tenaga pengajar dalam bentuk kesukarelawan kepada KKHL di bawah program Teach Community @ CC. Sejak berkolaborasi, Persatuan U3A adalah persatuan yang paling kerap melaksanakan program PSH di KKHL dengan kaedah 2 kali semester setiap tahun bermula tahun 2014. Persatuan ini melibatkan KKHL sebagai salah sebuah pusat latihan untuk program PSH selain daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Kolej Komuniti Shah Alam (KKSA). 1.1 Organisasi U3A di Malaysia U3A Malaysia dibentuk oleh Institut Gerontologi, UPM pada 2007 berdasarkan gabungan model Perancis dan United Kingdom. Keahliannya terbuka kepada semua warga emas berumur 50 tahun atau 55 tahun ke atas dengan membayar yuran-yuran yang tertentu. Pada 25 Oktober 2010, U3A telah didaftar dengan ROS sebagai NGO Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas (U3A) Kuala Lumpur dan Selangor. Sejak itu U3A menawarkan kepada ahli-ahli Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan mengenakan yuran yang minimum pada setiap semester. Hampir 50 kursus dari berbagai kategori atau bidang di tawarkan di dalam satu semester(buku Program Majlis Penyampaian Sijil 2015). 1.2 U3A di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL)

Bermula tahun 2014 pelbagai kursus PSH yang telah dilaksanakan bersama warga emas dari U3A dengan kerjasama Institut Gerantologi (IG), Universiti Putra Malaysia (UPM). Perlaksanaan program dilaksanakan secara terancang pada setiap semester dan penawaran kursus adalah mengikut bidang kemahiran sedia ada di KKHL. Penggunaan kemahiran serta fasiliti sedia ada di KKHL membolehkan yuran kursus yang minima dikenakan kepada peserta warga emas U3A.Program PSH yang dilaksanakan secara kerjasama dengan U3A ini unik kerana warga emas bukanlah hanya peserta semata-mata tetapi turut menjadi pengurus dan ketua kelas mengikut program yang telah ditetapkan pada sesuatu semester bagi memastikan perlaksanaan program ini lebih efektif. 2. Penyataan Masalah Kolej Komuniti Hulu Langat telah banyak menganjurkan kursus pendek kepada peserta di kalangan warga emas. Terdapat beberapa persatuan warga emas di sekitar Selangor yang merupakan peserta tetap setiap tahun yang mengikuti kursus pendek anjuran KKHL. Sepanjang perlaksanaan kursus pendek bersama persatuan warga emas ini terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang telah diperolehi oleh peserta. Namun begitu, masih ramai warga emas dalam kalangan komuniti setempat tidak menyertai kursus PSH yang ditawarkan di KKHL. Merujuk kepada statistik penyertaan kursus PSH dalam kalangan warga emas daripada komuniti setempat, hanya seramai 422 orang iaitu 5% daripada 7724 orang peserta yang menyertai kursus pendek di KKHL pada tahun 2015 (Data Epsh online, 2015). Data ini menunjukkan masih terdapat segelintir golongan warga emas yang tidak mempunyai pendedahan tentang kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti. Golongan ini perlu diberi kesedaran tentang manfaat dan faedah yang akan diperolehi setelah menyertai kursus PSH di Kolej Komuniti. Justeru itu, kajian ini perlu dilaksanakan bagi mengetahui kepelbagaian faedah yang telah diperolehi oleh setiap peserta kerana faedah yang diperolehi oleh setiap individu pastinya berbeza dan seterusnya, menarik minat lebih banyak penyertaan warga emas dalam kursus PSH di Kolej Komuniti. Hasil kajian juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pembekal latihan dan kursus PSH untuk mengenalpasti latar belakang serta bidang kursus yang sesuai serta paling mendapat tempat di hati warga emas. Rajah 1 :Penyertaan Warga Emas dalam Kursus PSH di Kolej Komuniti Hulu Langat

PENYERTAAN WARGA EMAS DALAM PROGRAM PSH DI KOLEJ KOMUNITI 5% Warga Emas Bukan Warga Emas 95% (Sumber : Laporan EPSH Online, 2015) 3. Objektif Kajian i. Mengetahui latar belakang warga emas U3A yang menyertai program PSH di Kolej Komuniti Hulu Langat. ii. Mengkaji kecenderungan pilihan warga emas U3A terhadap program PSH yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat. iii. Mengetahui faedahyang diperolehi oleh warga emas U3A daripada penyertaan program PSH. 4. Kerangka Konseptual Rajah 2: Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ini dibangunkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan kepada perancangan program PSH yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan U3A dan KKHL. Kerangka menunjukkan sebelum perlaksanaan dilaksanakan, perancangan yang teliti telah dibuat antara KKHL dan U3A seperti penentuan program, yuran program dan lokasi perlaksanaan program. Pengisian program PSH juga menjurus kepada menghasilkan pengetahuan, peningkatan kemahiran, pemantapan kemahiran dan keusahawanan menyumbang kepada faedah yang bakal diperolehi oleh warga emas U3A. 5. Kajian Literatur 5.1 Warga Emas Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negaranegara ASEAN. Mengikut unjuran PBB (2009), Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk. Ini bermakna Malaysia akan menjadi negara tua menjelang Rancangan Malaysia ke-14 (Dasar Warga Emas Negara, 1995). Dasar ini mengiktiraf warga emas sebagai warganegara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara. 5.2 Program Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menurut Pelan Induk PSH Peringkat Nasonal, (2010-2020), Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan tonggak ke 3 selepas pendidikan peringkat sekolah dan peringkat tertiary (Ia memberikan peluang kedua kepada penduduk bekerja dan mereka yang dahulunya terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. PSH memberikan pilihan hidup yang lebih luas justeru meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi, PSH membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran. PSH mampu mengembeleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat. 5.2.1 Jenis Pembelajaran Sepanjang Hayat i. Formal Merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh masa bagi orang dewasa yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi pengalaman yang luas dan mendalam dalam sesuatu bidang untuk mengikuti program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana ataupun Kedoktoran. ii. Tidak Formal Merangkumi kursus kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional yang tidak melebihi tempoh enam bulan secara sepenuh masa. Kursus ini adalah bertujuan untuk peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Kursus tersebut boleh membawa kredit pembelajaran dan dapat dikumpulkan untuk pengiktirafan kelak seperti Kursus Modular di Kolej Komuniti. iii. Informal Kursus kemahiran atau hands-on yang pendek, pada kebiasaannya dalam tempoh lingkungan dua hari sehingga dua minggu untuk sesuatu bidang atau kerjaya, khusus bagi orang awam yang ingin pembelajaran secara praktikal dan memenuhi keperluannya dari aspek masa dan bidang kemahiran yang diperlukan. 5.2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)

Rajah 3 : Lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (Sumber :Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025) Lonjakan ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) mensasarkan PSH akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan ditingkatkan supaya menjadi lebih berkualiti, samada formal mahupun tidak formal, dalam pelbagai bidang dan laluan untuk pembangunan profesional dan individu. Pelajar PSH merangkumi warga setiap organisasi dan satu mekanisme formal akan dibentuk bagi mengiktiraf pengalaman dan pendidikan terdahulu. Setiap individu akan mendapat akses tanpa mengira tahap pendapatan ataupun latar belakang. Untuk mencapai keberhasilan ini, maka Kementerian akan meningkatkan kesedaran awam tentang manfaat PSH, menambah baik kualiti program sedia ada dan memperkenalkan lebih banyak program inovatif untuk menjadikan PSH lebih menarik. Inisiatif utama dalam Lonjakan ini. 5.3 Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Menurut kertas penyelidikan Cabaran Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat Ke Arah Memperkasakan Kolej Komuniti: Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti Ledang (2013), Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja bagi memenuhi keperluan individu dan guna tenaga disamping mewujudkan masyarakat yang aktif dan saksamaan sosial. Merujuk kepada Zainab (2012) dalam Buku Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015, Kolej Komuniti (KK) telah ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah

Menteri pada 5 Julai 2000. 12 buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasi pada tahun 2001. Pada tahun 2004, Kabinet telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat. 5.4 Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Kalangan Warga Emas Warga emas merupakan aset negara yang boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara (Dasar Warga Emas Negara, 1995). Justeru itu, pelbagai latihan dan kemahiran diberikan kepada warga emas bagi tujuan pembangunan keupayaan (capacity building). PSH memberi peluang kepada warga emas untuk melengkapkan dan meningkatkan potensi diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk hidup secara aktif dan produktif dalam keluarga dan masyarakat. PSH memfokuskan kepada pelaburan modal insan yang memberi tumpuan kepada persediaan awal dan tindakan pencegahan serta usaha untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan masyarakat bagi meningkatkan kesejahteraan warga emas masa kini dan masa hadapan. Semua program yang berkaitan dengan pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat perlu menekankan kepada penerapan nilai murni, keseimbangan ekonomi, kesihatan, sosial, persekitaran fizikal dan kerohanian. Selain itu, ruang dan peluang bagi warga emas untuk menyumbang dalam program pembelajaran dan pengajaran, perkongsian pengalaman dan penyampaian ilmu serta kemahiran perlu diutamakan supaya peranan dan status mereka dapat dikekalkan dalam masyarakat. 5.4.1 Universiti Era Ketiga (U3A) Universiti Era Ketiga (U3A) adalah pergerakan antarabangsa yang bertujuan memberi pendidikan dan pendedahan kepada ahli terutamanya komuniti pesara iaitu golongan yang sedang melalui fasa umur ketiga dalam kehidupan. Konsep asas U3A bermula di Perancis pada tahun 1973. Pada 1990-an, konsep itu diperluaskan kepada University of All Ages (UTA) and University of Free Time (UTL). Pada awal tahun 1980, konsep ini diubahsuai dengan ketara di United Kingdom kepada organisasi tidak berasaskan keuntungan. Kebanyakan golongan pesara mengiktiraf U3A sebagai platform untuk menyumbang peranan dan perkongsian pengetahuan. Kebanyakan negara seperti Australia, Cyprus, Dominica, New Zealand dan Afrika Selatan telah mengikuti konsep U3A di United Kingdom, manakala negara-negara Eropah kebanyakannya mengikuti model konsep asas U3A Perancis. U3A British pula menyatakan keahlian U3A tidak berkaitan dengan usia tertentu sebaliknya, merujuk kepada tempoh dalam kehidupan seseorang (umur ketiga) selepas melalui fasa pekerjaan sepenuh masa dan tanggungjawab kepada ibu bapa (umur kedua).pada 1 Januari 2009, Virtual University of the Third Age (vu3a) telah dilancarkan

dengan tujuan untuk menawarkan hubungan sosial, sokongan dan pembelajaran secara atas talian. Dengan mengenakan sedikit yuran penyertaan, vu3a terbuka kepada sesiapa sahaja, khususnya yang tinggal di kawasan terpencil, mempunyai masalah kesihatan atau tidak dapat menyertai U3A. Walaupun tujuan asal U3A khusus kepada golongan pesara, kebanyakan U3A telah membuka keahlian mereka kepada mana-mana golongan tidak bekerja sepenuh masa, sekali gus menjadikannya lebih inklusif dan meluaskan lingkungan umur keahlian.kursus yang biasa ditawarkan U3A adalah Seni, Pengajian Klasik, Komputer, Kraf, Debat, Sejarah, Bahasa, Sastera, Muzik, Sains, Sains Sosial, dan Falsafah. Terdapat juga aktiviti yang tidak terlalu berasaskan akademik, termasuk games, sukan dan rekreasi, teater, melancong dan tarian. 5.4.2 Universiti Era Ketiga (U3A) di Malaysia Seperti U3A lain di seluruh dunia, U3A Malaysia dipandu pada falsafah pembelajaran untuk masa lapang. Ia adalah satu program di bawah PSH untuk warga emas. Projek yang diasaskan oleh Profefor Dr. tengku Aizan Hamid; Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) Universiti Putra Malaysia (UPM) ini disokong oleh kerajaan Malaysia dan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) (Program Negara Kitaran (2008-2012)). Program ini bermula pada tahun 2007, dengan kumpulan perintis yang dikenali sebagai Inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga Tua (LLIFE). Sambutan program yang memeberangsangkan telah mendorong kepada penubuhan U3A Malaysia. U3A Malaysia merupakan gabungan model U3A British dan Perancis. Aktiviti U3A Malaysia berpusat di UPM, tetapi ditabdir bersama oleh IPPM dan ahli U3A dalam proses penyediaan input, perancangan dan struktur program. Pada tahun 2009, U3A Malaysia telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Metodologi Kajian 5.1 Skop Kajian Responden warga emas ditetapkan dari kalangan ahli University of Third Age (U3A) yang pernah menghadiri kursus pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti Hulu Langat. 5.2 Sampel Kajian

Populasi di dalam kajian ini ialah peserta Program PSH dari kalangan warga emas U3A yang telah mengikuti kursus pendek di KKHL mulai tahun 2014 sehingga 2015. Jumlah sampel adalah sebanyak 344 responden bagi mendapatkan data untuk objektifkajian yang pertama dan kedua. Manakala seramai 15 responden dipilih bagi mendapatkan data untuk objektif kajian yang ketiga. 5.3 Instrumen Kajian Dua instrumen digunakan iaitu soal selidik dan temubual: i. Kaedah soal selidik Borang soal selidik daripada borang daftar peserta digunakan bagi mendapatkan data jantina, keturunan dan bilangan peserta. ii. Kaedah temubual Menggunakan kaedah temu bual secara tidak berstruktur iaitu soalan terbuka kepada peserta.dalam soalan terbuka ini, responden bebas untuk menentukan jawapan dalam ruangan yang disediakan. Responden menjawab dengan jawapan sendiri tanpa panduan dan dorongan dari penyelidik. Melalui soalan begini penyelidik akan mendapat jawapan yang jelas daripada peserta kerana peserta bebas untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang difahaminya. 6. Analisis Dapatan Kajian Kajian ini adalah berdasarkan pengalaman peserta yang pernah menyertai sekurang-kurangnya sekali kursus pembelajaran sepanjang hayat di KKHL pada tahun 2014 hingga tahun 2015. Ini supaya maklumat yang diperolehi adalah daripada tempoh yang sesuai bagi mengetahui manfaat seperti dari sudut kesihatan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Penganalisaan dibuat menggunakan kaedah analisis statistik dan dipaparkan dalam bentuk peratusan. 6.1 Dapatan Kajian 6.11 Objektif kajian 1: Latar belakang warga emas U3A yang menyertai program PSH di Kolej Komuniti Hulu Langat. Respondenkajian ini terdiri daripada 384 orang peserta. Berdasarkan Jadual 1, sebanyak 64.84% jantina responden terdiri daripada peserta perempuan dan 35.15% dari responden lelaki. Data menunjukkan penyertaan peserta wanita adalah dua kali ganda daripada penyertaan peserta lelaki.

Jadual 1: Peratusan Responden Mengikut Jantina Bil Jantina Frekuensi Peratusan 1 Lelaki 296 35.15% 2 Perempuan 546 64.84% Peratusan responden mengikut umur menunjukkan terdapat segelintir peserta yang menyertai program PSH anjuran U3A dan KKHL adalah merupakan golongan di bawah umur warga emas dengan peratusan 33.84%. Ini adalah kerana persatuan U3A membuka keahliannya kepada komuniti yang berumur 50 tahun ke atas bagi menggalakkan golongan pesara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jadual 2: Peratusan Responden Mengikut Umur Bil Umur Frekuensi Peratusan 1 60 dan ke atas 557 66.15% 2 < 60 Tahun 285 33.84% Jadual 3 menunjukkan kebanyakan peserta warga emas U3A yang menyertai program PSH adalah dari keturunan Melayu dengan 50.47%. Manakala keturunan Cina merupakan keturunan kedua tertinggi sebanyak 44.53 % diikuti keturunan India sebanyak 4.87% dan akhir sekali adalah dari keturunan yang lain-lain sebanyak 0.11%. Ini mungkin disebabkan oleh bilangan peserta yang berdaftar pada persatuan U3A, kebanyakannya datang dari 2 keturunan yang memperolehi peratus tertinggi ini. Jadual 3: Peratusan Responden Mengikut Keturunan Bil Keturunan Frekuensi Peratusan 1 Melayu 425 50.47% 2 Cina 375 44.53% 3 India 41 4.87% 4 Lain-lain 1 0.11% 6.12 Objektif kajian 2: Kecenderungan pilihan warga emas U3A terhadap program PSH yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat. Sebanyak 32 kursus yang telah dilaksanakan bersama ahli U3A bagi tahun 2014 dan 2015. Sebanyak 21 kursus pada tahun 2014 dan sebanyak 12 kursus pada tahun 2015. Jadual 5 menunjukkan peningkatan

sebanyak 62.5%permintaan kursus dari kluster Kulinari dan Pastri pada tahun 2015. Penurunan permintaan kursus bagi kluster Kejuruteraan & PPU sebanyak 72.72% dan kluster Teknologi Maklumat sebanyak 50%.Manakalan tiada permintaan untuk kursus dari Kluster Bahasa dan Seni Kreatif bagi tahun 2015. Jadual 4: Tahun 2014 Bil Kluster Nama Kursus Bil Kluster Nama Kursus 1 Kemahiran Insaniah Tajwid Asas 2 Kulinari dan Pastri Pizza And Cake 3 Kejuruteraan dan PPU Home Improvement 4 Jahitan dan Pakaian Sulaman Manik Dan Labuci 1 5 Jahitan dan Pakaian Sulaman Manik Dan Labuci 2 6 Kejuruteraan dan PPU Car Maintenance 1 7 Kejuruteraan dan PPU Car Maintenance 2 8 Kejuruteraan dan PPU Car Maintenance 3 9 Kejuruteraan dan PPU Car Maintenance 4 10 Bahasa Bahasa Arab Asas 11 Kulinari dan Pastri Ukiran Buah 12 Seni Kreatif Fridge Magnet & Felt Craft 13 Teknologi Maklumat Blogging And Social Network 14 Teknologi Maklumat Asas Blog 15 Kejuruteraan dan PPU Airconditioning System 1 16 Kejuruteraan dan PPU Airconditioning System 2 17 Kejuruteraan dan PPU Airconditioning System 3 18 Kejuruteraan dan PPU Airconditioning System 4 19 Kejuruteraan dan PPU Perpaipan Kuprum 1 20 Kejuruteraan dan PPU Perpaipan Kuprum 2 21 Kulinari dan Pastri Bun Wholemeal Bread Senarai Kursus Jadual 5: Senarai Kursus Tahun 2015

1 Kejuruteraan dan PPU Diy Home Improvement 2 Kejuruteraan dan PPU Diy Home Improvement 3 Kulinari dan Pastri Cupcake & Decoration 4 Kulinari dan Pastri Cookies Dan Pie 5 Kulinari dan Pastri Pau Dan Donut 6 Kulinari dan Pastri Butter Dan Marble Cake 7 Kulinari dan Pastri Creampuff & Choc Moist 8 Kulinari dan Pastri Penyediaan Tempe Dan Fucuk 9 Kulinari dan Pastri Live Movie Maker 10 Kejuruteraan dan PPU Penyelenggaraan Asas Kereta 11 Kulinari dan Pastri Fishball And Meatball 12 Teknologi Maklumat Asas Blog 6.13 Objektif kajian 3: Mengetahui faedah yang diperolehi oleh warga emas U3A daripada penyertaan program PSH. Hasil kajian menunjukkan semua responden memperoleh faedah yang berbeza daripada penyertaan program PSH di KKHL. Antara faedah yang disenaraikan oleh responden adalah dari segi: i. Hubungan Sosial Warga emas yang sudah bersara kebanyakantinggal sendirian di rumah kerana anak-anak sudah dewasa atau tinggal ditempat yang berlainan. Situasi ini boleh mendatangkan kesan yang negatif sepertikesunyian, kemurungan, rasa tidak berdaya dan putus asa.program PSH dilihat oleh warga emas U3A sebagai platform untuk bersosial dan berkenalan dengan rakan-rakan yang baru. Jadual 6 menunjukkan faedah dari segi hubungan sosial yang diperolehi oleh 7orang responden. Jadual 6 : Faedah Dari Segi Hubungan Sosial

BIL RESPONDEN KOMEN 1. Responden 2 Dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan berkenalan mesra 2. Responden 6 Bergaul dengan warga KKHL yang sangat supportive dan baik 3. Responden 8 Bergaul & bermesra bersama rakan-rakan seangkatan. 4. Responden 9 Dapat bertukar fikiran. 5. Responden 11 Menyemai sikap sentiasa mesra, tolong menolong dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain yang sealiran. 6. Responden 14 Mengenali budaya bangsa lain 7. Responden 13 Boleh aktif menjalankan aktiviti bersama-sama rakan. Sangat mesra antara satu sama lain. Komen dari hubungan sosial adalah yang paling banyak diterima berbanding faedah yang lain. Melalui kajian Thoits (1984), Hubungan antara warga tua dengan kawan dan jiran tetangganya menjadi bertambah penting sekiranya warga tua itu sedang menghadapi masalah tertentu, seperti tekanan emosi akibat suatu peristiwa. Dalam konteks ini ikatan dan hubungan sosial adalah penting untuk menghadapi kesan negatif sesuatu peristiwa. Berkman dan Syme (1979) melalui kajian mereka di Alameda pula, mendapati penduduk yang kurang atau tidak mempunyai sokongan sosial mempunyai kadar kematian satu kali ganda lebih tinggi daripada penduduk yang menerima sokongan sosial. ii. Peningkatan Kemahiran Penglibatan peserta dengan program PSH secara berkala pada setiap minggu sepanjang semester telah memberi pengetahuan yang baru kepada warga emas. Jadual 7 menunjukkan faedah yang diperolehi dari segi peningkatan kemahiran. Jadual 7 : Faedah Dari Segi Peningkatan Kemahiran Bil Responden Komen 1. Responden 2 Memperoleh pengetahuan baru 2. Responden 6 Mempelajari sesuatu yang baru seperti kursus aircond dan servis kenderaan 3. Responden 15 Belajar ilmu baru dan sangat berguna iii. Kurang Kebergantungan

Sebanyak 5 responden berpendapat melalui program PSH yang disertai, mereka boleh berdikari dalam melakukan kerja-kerja kemahiran walaupun sudah berstatus warga emas. Jadual 8 menunjukkan faedah yang diperolehi dari segi kurang kebergantungan. Jadual 8 : Faedah Dari Segi Kurang Kebergantungan Bil Responden Komen 1. Responden 1 Masalah penyelenggaraan seperti plumbing dan aircond dirumah dapat diatasi 2. Responden 4 Boleh dilakukan sendiri di rumah seperti kemahiran dari kursus masakan 3. Responden 5 Pengetahuan yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup harian 4. Responden 7 Menggunakan pengetahuan yang ada bagi penggunaan alat-alat dirumah dan memperbaiki alat-alat kegunaan seharian 5. Responden 10 Boleh membuat sendiri hasil dari kursus yang dipelajari iv. Kesihatan Mental dan Fizikal Jadual 9 menunjukkan sebanyak 5 responden yangberpendapat kesihatan mental dan fizikal mereka bertambah baik selepas menyertai program PSH di KKHL. Jadual 9 : Faedah Dari Segi Kesihatan Mental dan Fizikal Bil Responden Komen 1. Responden 1 Merasa sihat selepas menyertai kursus 2. Responden 6 Menyihatkan mental dan fizikal 3. Responden 7 Bertambah sihat, lebih mesra dan berfikiran terbuka 4. Responden 10 Sihat tubuh badan 5. Responden 12 Kesihatan saya lebih baik, lebih bersemangat dan banyak memperoleh kawan baru 6. Responden 3 Minat belajar, menjana stimulation mental &physical v. Keagamaan dan Kerohanian Program PSH yang dirancang juga boleh dipelbagaikan mengikut permintaan peserta. Apabila usia meningkat, warga emas lebih menumpukan kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian sebagai

persediaan. Jadual 10 menunjukkan terdapat 2 responden yang berpendapat terdapat kemajuan dari segi kerohanian selepas mengikuti program PSH di KKHL. Jadual 10 : Faedah Dari Segi Keagamaaan Dan Kerohanian Bil Responden Komen 1. Responden 8 Saya mendapati banyak faedah daripada pembelajaran yang saya ambil seperti tajwid. Saya dapat membaca al-quran dengan lebih baik dan teratur 2. Responden 3 Ilmu tajwid yang saya perolehi boleh digunakan sehingga kini. vi. Ekonomi Daripada 15 responden U3A yang diberikan soalan terbuka, hanya satu responden yang mengatakan memperoleh faedah dari segi ekonomi. Minat untuk berniaga ini hanya pada segelintir peserta sahaja. Disokong oleh kenyataan dari Puan Nora Kami belajar untuk have fun sahaja, nak jumpa kawan-kawan bukan untuk berniaga Jadual 11: Faedah Dari Segi Ekonomi Bil Responden Komen 1. Responden 15 Saya boleh berniaga produk makanan setelah mengikuti kursus 7. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, Program PSHanjuran KKHL dan Persatuan U3A dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bilangan kursus dikurangkan pada tahun 2015 setelah membuat tinjauan pada tahun 2014 didapati kebanyakan peserta warga emas lebih meminati program dari Kluster Kejuruteraan dan PPU dan Kluster Kulinari dan Pastri. Tidak ketinggalan peserta dari jantina perempuan juga sama-sama menyertai program kemahiran yang ditawarkan oleh Kluster Kejuruteraan dan PPU. Dari maklumbalas yang diberikan oleh peserta didapati Program PSH ini juga amat berfaedah. Antara faedah yang dikenalpasti adalah dari segi hubungan sosial, peningkatan kemahiran, berdikari, kesihatan mental dan fizikal, keagamaan dan kerohanian serta ekonomi. Walaubagaimanapun faedah yang diperolehi adalah berbeza mengikut individu dan program PSH yang disertai. Pendayaupayaan warga emas U3A dari aspek pembelajaran dan kemahiran penyelenggaraan dalam kehidupan seharian dilihat

telah dapat menghasilkan warga emas yang berdikari dan berkeyakinan diri. Disamping itu, program ini telah meningkatkan nilai warga emas agar mereka boleh bersaing dan menyumbang dalam K-ekonomi. Program PSH ini telah membantu meluaskan jaringan sosial antara warga emas dan masyarakat. Secara tidak langsung juga telah memberi pulangan kepada KKHL dari aspek jaringan dan kerjasama dengan komuniti. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam, KKHL mempunyai tanggungjawab untuk mengembangkan dan membudayakan aktiviti-aktiviti ilmiah yang boleh dicapai oleh komuniti setempat. Program secara terancang bersama golongan sasaran iaitu warga emas seperti dari persatuan U3A ini wajar diteruskan oleh institusi pengajian tinggi awam yang lain. Ini bagi menyokong Dasar Warga Emas Negara, iaitu menggunakan pendekatan perkembangan sepanjang hayat untuk membantu warga emas hidup sejahtera.dasar Warga Emas Negara juga menekankan semua program yang berkaitan dengan pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat perlu menekankan kepada penerapan nilai murni, keseimbangan ekonomi, kesihatan, sosial, persekitaran fizikal dan kerohanian. Selain itu, beberapa peserta dari kalangan warga emas U3A telah membantu KKHL dengan menjadi tenaga pengajar program PSH di bawah program Teach Community @ CC.Ruang dan peluang perlu diberikan kepada warga emas untuk menyumbang dalam program pembelajaran dan pengajaran, perkongsian pengalaman dan penyampaian ilmu serta kemahiran supaya peranan dan status mereka dapat dikekalkan dalam masyarakat.tidak dapat dinafikan bahawa kesejahteraan hidup dan pembangunan yang dinikmatioleh kita semua pada masa kini adalah hasil titik peluh generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas di Negara ini. Secara keseluruhannya, penyertaan warga emas dalam program PSH di KKHL berupaya meningkatkan kapasiti bakat di samping menyumbang kepada kesejahteraan warga emas itu sendiri. Kemahiran yang diperolehi dalam penyertaan kursus dapat membantu dari segi menambah punca pendapatan serta mengurangkan kebergantungan. Hubungan sosial yang berterusan dengan komuniti ini menjadikan warga emas merasai bahawa diri mereka masih mempunyai peranan dalam masyarakat dan mereka masih dihargai ataupun tidak dibiarkan tersisih (Wan Ibrahim et. al., 2009). 8. Cadangan Kajian ini hanya menjurus kepada faedah yang diperolehi oleh peserta Program PSH di KKHL. Maka faedah yang diperolehi hanya dari pengalaman peserta berdasarkan kursus yang disertai di KKHL sahaja. Bagaimanapun faedah yang diperolehi oleh warga emas yang mengikuti program di tempat lain pastinya

akan berbeza-beza berdasarkan program yang ditawarkan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kajian faedah penyertaan program PSH ini boleh dilaksanakan oleh institusi lain kerana program yang ditawarkan pasti berbeza-beza. Kajian faedah penyertaan ini juga boleh dikukuhkan lagi dengan mengkaji elemen yang boleh menghasilkan faedah dari program PSH yang disertai. Antara elemen tersebut seperti dari tenaga pengajar, pengajaran dan pembelajaran, kursus atau program, ahli kumpulan, diri sendiri dan lain-lain lagi. 9. Rujukan Cusack, S. A. (1995). Developing A Lifelong Learning Program: Empowering Seniors As Leaders In Lifelong Learning. Educational Gerontology: An International Quarterly, 21(4), 305-320. Dasar Warga Emas Negara (5 Januari 2011). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Firdaus et. al., 2014. Kajian Terhadap Keberkesanan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Formosa, M. (2010). Lifelong learning in later life: The Universities of the Third Age. Lifelong Learning Institute Review, 12, 1-12. "International Association of Universities of the Third Age". Akses pada 19 Januari 2016. Mohamed, M. F., Ibrahim, B., & Shaari, N. (2014). Tinjauan terhadap keberkesanan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Induk Pembudayaan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional 2011-2020. Portal Rasmi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kementerian Pendidikan Tinggi. Portal Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kementerian Pendidikan Tinggi. Atas talian : www.mohe.gov.my/portalpsh Razzatul Iza Zurita binti Rasalli, Norazila binti Aniah dan Amier Hafizun bin Ab Rashid (2013).Cabaran Pengurusan Pembelajaran Sepanjang

Hayat Ke Arah Memperkasakan Kolej Komuniti: Satu Tinjauan Di Kolej Komuniti Ledang. Repetto, M., & Trentin, G. (2009). ICT and lifelong learning for senior citizens. Journal of e-learning and Knowledge Society-English Version, 4(1). Sharol Lail Sujak. 2002. Era Sistem Penjagaan Kesihatan Maya. Jurnal Masyarakat Malaysia, (1)1:03. Tengku Aizan Hamid. 2003. Nasib Warga Tua pada Alaf Baru. 31(1): 187-220. Atas talian:http://www.<warga tua><older people-malaysia><aging-malaysia> [5 Januari 2009]. Tengku Aizan Hamid. 2007. Experience of Lifelong Learning among Participantas of LLIFE Programme. Wan Ibrahim, Wan Ahmad. (1999). Hubungan sosial, sokongan dan kesejahteraan warga tua: Satu kajian di pedesaan Kelantan. (Tesis Ph. D, Fakulti Ekologi). Universiti Putra Malaysia, Serdang. Wan Ibrahim, Wan Ahmad, Ma arof Redzuan, Zahid Emby, & Abdul Halin Hamid. (2009). Kesejahteraan material warga tua desa: Data mikro daripada Limbongan, Kelantan. International Journal of Management Studies. Ward, R.A. Berkman, L.S., & Syme, S. L. (1979). Social networks, host resistance, and mortality: A nine year follow- up study of alamada country residents. American Journal of Epidemology, 109(2), 186-204. Thoits, P. (1982). Conceptual, methodological, and theoretical problemsin studying social support as a buffer against life stress. Journal ofhealth and Social Behavior, 23, 145-159.