PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Similar documents
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Earthwork Activities in Private Housing Industry

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Sistem Bakeri Interaktif

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

PENTERJEMAHAN GAYA BAHASA DARIPADA BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MELAYU DALAM BARIS KEPALA IKLAN

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

2 / BUKU PANDUAN SISWAZAH

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Transcription:

PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponenkomponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Bahasa Melayu dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

x PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran AKTIVITI PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal JAM PEMBELAJARAN 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu; 2. Mengeja dan menulis tulisan jawi; 3. Menerangkan sistem perkamusan bahasa Melayu; dan 4. Menjelaskan prinsip-prinsip penterjemahan bahasa Melayu SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 akan memerihalkan imbasan kembali sejarah awal perkembangan bahasa Melayu secara ringkas dan pengenalan kepada perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, cabaran yang dihadapi, perancangan bahasa, kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah penterjemahan.

PANDUAN KURSUS xi Topik 2 akan mendedahkan pelajar kepada perkembangan bahasa telah melalui tiga periodisasi, iaitu zaman purba, zaman kuno, dan zaman klasik. Setiap zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk bahasa Melayu. Topik ini juga akan membicarakan pengaruh luar terhadap bahasa Melayu khususnya pengaruh bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan perkembangan agama Islam yang tersebar luas di alam Melayu melalui perdagangan saudagar dari Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan kesan yang penting terhadap bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkukuhkan oleh faktor tersebut. Topik 3 akan menjelaskan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka, dan menghuraikan kemajuan bahasa Melayu selepas merdeka serta membincangkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Tajuk ini juga memberikan gambaran yang jelas tentang keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan menelusuri perkembangan bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Topik 4 memerihalkan tentang pemodenan dan perancangan bahasa Melayu. Bahagian ini menghuraikan konsep asas dalam perancangan bahasa. Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya ialah perancangan bahasa (language planning), perekayasaan bahasa (language engineering), politik bahasa (glottopolitics and glossopolitics), pengurusan bahasa (language management), pemupukan bahasa (language cultivation), perawatan bahasa (language treatment), dan pembinaan bahasa (language development). Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan. Topik 5 akan menumpukan kepada persoalan cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu, iaitu mewujudkan masyarakat yang dwibahasa, bahasa Melayu

xii PANDUAN KURSUS dan dasar pendidikan negara, bahasa Melayu dalam teknologi maklumat dan komunikasi, dan akhirnya bahasa Melayu dalam era globalisasi. Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli. Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang luar, badan-badan atau negara-negara luar. Teknologi Maklumat atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Persoalan globalisasi sering membawa debat tentang kemungkinan globalisasi menyebabkan kehomogenan atau keheterogenan budaya atau diversifikasi yang lebih besar khususnya bagi bahasa. Topik 6 akan menelusuri perkembangan sistem tulisan Jawi bahasa Melayu dan menghuraikan peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu. Tulisan ialah sejenis tanda atau isyarat sama seperti bahasa itu sendiri. Perkataan Jawi ini bermaksud Âorang JawaÊ atau Âberasal dari tanah JawaÊ. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batuttah dalam bukunya al-rehlah menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf kitab suci al-quran. Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. Topik 7 akan menjelaskan latar belakang perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu, menghuraikan pedoman umum ejaan bahasa Melayu, dan membincangkan pedoman umum ejaan kata pinjaman bahasa Melayu. Menurut Amat Juhari Moan (1992: 1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah kedatangan orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. Pada tahun 1901 Van Ophuijsen ditugaskan oleh pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam Bahasa Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang bernama Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda. Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun 1904. Ejaan ini dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay Spelling. Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan

PANDUAN KURSUS xiii yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan perkembangan Bahasa Melayu. Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya pada masa depan. Topik 8 akan menghuraikan sejarah perkembangan perkamusan bahasa Melayu, menjelaskan konsep dan definisi kamus, membincangkan teori dan prinsip asas perkamusan, dan mengaplikasi kaedah dan pedoman yang perlu bagi penyusunan sebuah kamus. Leksikografi dan leksikologi mempunyai kaitan yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Ini kerana perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus. Tugas ahli leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara perkara yang ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah. Tegasnya fungsi asas sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item leksikal. Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa dalam konteks perkembangan sejarah di Eropah. Kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O. Blagden dalam karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words and Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511(?), dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Dalam Topik 9, anda akan diperkenalkan tentang sejarah penterjemahan di Malaysia dan perkembangannya sehingga kini. Anda juga akan mendapat penjelasan ringkas tentang konsep, definisi, teori, dan pendekatan dalam penterjemahan. Pada awal tajuk ini anda akan diperkenalkan perkembangan penterjemahan di Malaysia, mengetahui dan mentakrif konsep penterjemahan, penghuraian tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan; dan aplikasi teori penterjemahan bahasa Melayu. Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa. Dalam Topik 10 anda akan mempelajari pula apa yang dikatakan sebagai proses menterjemah dan kaedah yang digunakan. Pemahaman tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan akan membantu anda menterjemah dengan baik. Seseorang penterjemah pada kebiasaannya akan mula menterjemah dengan pendekatan lama dan kemudian beransur-ansur ke arah pendekatan baharu bergantung kepada jenis teks yang akan diterjemahkan. Namun demikian, faktor yang paling penting ialah penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran

xiv PANDUAN KURSUS perlulah baik bagi seorang penterjemah. Keupayaan memahami teks asal dan kemahiran menulis semula dalam bahasa sasaran menuntut iltizam yang tinggi daripada seorang penterjemah. Seterusnya dalam tajuk ini anda mengetahui tentang kaedah penterjemahan, menghuraikan proses terjemahan, membincangkan penterjemahan deskriptif dan kreatif, dan mengaplikasikan kaedah dalam terjemahan amali. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap

PAN DUAN KURSUS xv pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Contoh: KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire. RUJUKAN WAJIB Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1995). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

xvi PANDUAN KURSUS Ab. Rahman Ab. Rashid & Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu: Bahasa dalam komunikasi dan proses komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. RUJUKAN TAMBAHAN Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Hashim Musa. (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan pengajaran. Petaling Jaya Fajar Bakti Sdn.Bhd. Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar penterjemahan Bahasa Melayu. Puchong: Scholar Press Sdn. Bhd. Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1987). Kajian bahasa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.dbp.gov.my PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.