APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Similar documents
RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Earthwork Activities in Private Housing Industry

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

APLIKASI SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN DALAM MENENTUKAN KESESUAIAN PERLETAKAN GUNA TANAH INDUSTRI KAMARUDDIN BIN SHAMSUDDIN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

Transcription:

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH NUR FAEZA SUHAIMI NOORAZEAN MOHD ALI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Proses pembelajaran tidak ketinggalan mengalami perubahan dengan era di mana teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang. Inovasi kaedah pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam makmal ataupun kelas tetapi juga di luar lingkungan dewan kuliah. Oleh itu, pensyarah juga harus lebih kreatif dengan menggunakan teknologi untuk mencipta sesuatu yang boleh membantu menambah minat pelajar terhadap sesuatu kursus. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah alat yang boleh membantu pensyarah mencipta kuiz dengan lebih mudah sekali gus membolehkan kuiz tersebut dijawab oleh pelajar menggunakan telefon pintar mereka. Aplikasi Penjana Kuiz Mudah Alih adalah sebuah aplikasi berasaskan web yang dibangunkan khas buat pensyarah supaya mereka tidak perlu menghabiskan banyak masa mempelajari bahasa pengaturcaraan mahupun mengeluarkan kos yang banyak untuk mengupah orang membangunkan aplikasi kuiz. Hasil daripada aplikasi tersebut adalah kuiz yang boleh dijawab oleh pelajar menggunakan aplikasi android pada telefon pintar mereka. Selain daripada itu, pensyarah boleh melihat markah pelajar bagi kuiz yang dijawab secara atas talian. Aplikasi Penjana Kuiz Mudah Alih ini dibangunkan menggunakan Model Air Terjun yang bersesuaian dengan ciri projek kajian ini. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian seperti Hypertext PreProcessor (PHP) dan teks editor Sublime. Selain daripada itu, perisian WAMPServer digunakan sebagai pelayan web yang menyokong MySQL sebagai pangkalan data. 1 PENGENALAN Perkembangan teknologi masa kini membolehkan para pendidik dan pelajar mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran daripada segenap pelusuk dunia hanya dengan melayari laman sesawang. Antara kebaikan yang didapati daripada pemodenan ini adalah pembelajaran juga boleh berlaku secara mudah alih. Pembelajaran mudah alih adalah apa jua kaedah pembelajaran yang boleh membantu pelajar untuk belajar tidak mengira masa dan tempat. Peralatan elektronik seperti komputer riba, tablet, telefon pintar adalah antara peralatan yang membolehkan pembelajaran mudah alih ini berlangsung. Maslin, Amirah Syahmi dan Suzaitul Akmawani (2016) telah mentakrifkan pembelajaran mudah alih seperti berikut: Mobile Learning is obviously not merely a combination of mobile' and learning. Mobile Learning or m-learning can be simply defined as the subset of e-learning while elearning is the subset of distance learning.

Aplikasi berasaskan pembelajaran (e-learning application) adalah satu medium yang amat berguna bagi pelajar untuk mencapai bahan pembelajaran di hujung jari. Para pendidik di seluruh dunia kini banyak menggunakan aplikasi mudah alih sebagai satu pendekatan untuk menambahkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar. Selain itu, kemudahan bagi pelajar untuk memperoleh sumber tidak mengira masa dan tempat mampu menaikkan motivasi dan minat mereka terhadap pembelajaran. 2 PENYATAAN MASALAH Pada masa kini semakin ramai pelajar yang memiliki telefon pintar. Bagi memanfaatkan keadaan ini semestinya aplikasi mudah alih seperti aplikasi kuiz dapat mendorong agar pembelajaran dapat berlaku di mana-mana pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, membina sebuah aplikasi kuiz mudah alih memerlukan kemahiran pengaturcaraan tertentu, melibatkan kos masa, serta akan menambah beban tugas pensyarah. Bagi pensyarah yang tidak mempunyai kemahiran atau masa bagi membina sendiri aplikasi kuiz mudah alih pula, mereka perlu mendapatkan khidmat orang lain yang akan melibatkan kos upah. 3 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujan membina sebuah aplikasi penjana kuiz yang membolehkan pensyarah menghasilkan aplikasi kuiz mudah alih, serta sebuah aplikasi adroid khas yang membolehkan pelajar mencapai dan menjawab kuiz yang dihasilkan oleh penjana kuiz. 4 METOD KAJIAN Kajian ini dibangunkan menggunakan Model Air Terjun yang mudah untuk difahami dan digunakan. Dengan menggunakan kaedah ini, setiap fasa harus dilengkapkan sebelum fasa seterusnya dimulakan. Di penghujung setiap fasa, penilaian dibuat bagi memastikan projek berjalan seperti yang dirancang. 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan pengenalpastian dan perincian penyataan masalah, objektif dan juga skop kajian. Kajian kesusasteraan juga dilaksanakan bagi mendapatkan idea dan inspirasi bagi merancang projek. Contoh perkara yang dikaji adalah algoritma dan keistimewaan sesuatu

sistem penjana kuiz yang terdapat di pasaran. Segala maklumat dikumpul dan disusun supaya membantu proses menganalisis dengan kritis dan kreatif pada fasa yang berikutnya. 4.2 Fasa Analisis Dalam fasa ini, segala keperluan bagi aplikasi yang akan dibangunkan dianalisa. Keperluan ini merangkumi spesifikasi pengguna dan spesifikasi aplikasi. Spesifikasi pengguna adalah dokumen keperluan fungsian pengguna yang disusun dan diperincikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pembangun aplikasi. Pengguna utama aplikasi yang disasarkan adalah pensyarah dan pelajar. Spesifikasi yang harus diperincikan adalah fungsi-fungsi utama yang mahu dicapai oleh pensyarah dan pelajar, seperti pensyarah boleh mendaftarkan pelajar, memasukkan nota ringkas dan mencipta kuiz bagi setiap topik bagi sesuatu kursus, manakala pelajar boleh menjawab kuiz dan melihat markah pencapaian mereka. Spesifikasi fungsian aplikasi pula diperincikan mengikut dua bahagian iaitu keperluan fungsian dan keperluan bukan fungsian. Antara keperluan fungsian bagi aplikasi penjana kuiz ini ialah harus membolehkan pensyarah untuk mencipta kuiz dengan pelbagai jenis bentuk soalan. Manakala bagi keperluan bukan fungsian, aplikasi penjana kuiz ini harus mempunyai tahap pengawasan (security) seperti menentukan pengguna tertentu sahaja yang boleh melihat maklumat tertentu. Keperluan spesifikasi pengguna dan aplikasi ini juga boleh digambarkan dengan menggunakan rajah kes guna (use case diagram). 4.3 Fasa Reka Bentuk Segala analisis spesifikasi keperluan yang berlaku dalam fasa sebelum ini akan diterjemahkan dalam konteks reka bentuk. Terdapat 4 jenis reka bentuk yang terlibat iaitu, reka bentuk seni bina aplikasi, reka bentuk antara muka dan reka bentuk pangkalan data dan reka bentuk algoritma. Reka bentuk seni bina adalah untuk menggambarkan hubungan antara spesofikasi dan kesemua proses reka bentuk. Reka bentuk antara muka adalah reka bentuk fizikal aplikasi yang dimanifestasi dalam bentuk lakaran yang ringkas. Lakaran ini serba sedikit dapat memberi gambaran berkenaan proses aliran antara sub-sistem dari sudut pengguna. Antara muka yang dihasilkan haruslah dapat memenuhi spesifikasi keperluan pengguna dan aplikasi yang dibincangkan dalam fasa sebelum ini. Reka bentuk pangkalan data akan menerangkan hubung kait antara setiap kelas (class) yang dihasilkan dalam pangkalan data. Setiap kelas akan mempunyai sifat (attributes) dan nilai (value) sebagai contoh, bagi kelas Pensyarah, antara sifat yang perlu disenaraikan adalah nama, nama kursus, senarai pelajar dan senarai

kuiz manakala senarai kuiz dalam senarai pensyarah pula akan mempunyai hubungan kait dengan kelas Kuiz. 4.4 Fasa Perlaksanaan Pada fasa ini, segala perancangan dalam fasa-fasa sebelumnya akan diterjemahkan dalam bentuk aturcara. Walaubagaimanapun, aplikasi haruslah dibangunkan dalam program kecil yang dipanggil unit. Setiap unit akan dibangunkan dan kemudian diuji akan keberfungsiannya. 4.4 Fasa Pengujian Fasa ini dijalankan bertujuan untuk melaksanakan ujian fungsian terhadap aplikasi yang dibangunkan bagi menguji sama ada aplikasi tersebut dapat memenuhi keperluan teknikal dengan komponen dan sub-sistem yang telah digabungkan. Aplikasi Penjana Kuiz Mudah Alih akan diuji menggunakan web browser, manakala aplikasi adroid khas yang berfungsi mencapai kuiz mudah alih yang dihasilkan diuji di telefon pintar berplatform android. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan perancangan dan reka bentuk. Aplikasi penjana kuiz ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan Javascript. Bahasa pengaturcaraan ini dipilih kerana bahasa ini boleh berinteraksi dengan pelbagai pangkalan data termasuklah MySQL. Pangkalan data yang digunakan adalah MySQL menerusi sambungan perisian pelayan WAMPServer. Kedua-dua PHP dan MySQL juga serasi digunakan bersama WAMPServer membolehkan PHP dan MySQL berjalan dengan efektif di bahagian pelayan. Fail-fail PHP yang mengandungi teks, HTML, CSS, Javascript dan kod PHP disimpan di dalam folder yang terletak di dalam pelayan. Folder ini boleh diakses tanpa menggunakan internet menerusi localhost yang merujuk kepada komputer tempatan di mana sesuatu program itu sedang berjalan. Segmen pengaturcaraan yang kritikal untuk diimplementasi adalah algoritma terhadap bagaimana aplikasi dapat memegang ID bagi sesuatu unit untuk membolehkan ia menyimpan maklumat ke dalam pangkalan data dan untuk mendapatkan maklumat daripada pangkalan data dengan menghantar atau memanggil ID yang dipegang oleh unit tersebut. Pengaturcaraan ini lebih kritikal untuk dilaksanakan kerana sekiranya ID yang dipegang itu

tidak boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan, ini bermakna terdapat kesilapan pengaturcaraan pada bahagian memanggil atau menghantar ID tersebut. Sekiranya ID dapat dihantar dan diterima dengan baik maka proses peralihan daripada satu modul kepada modul yang lain menggunakan pengaturcaraan PHP akan lebih mudah untuk dilaksanakan. Rajah 1 Algoritma dan Pengaturcaraan Bagi Mengenalpasti ID Rajah 1 menunjukkan algoritma dan pengaturcaraan bagi mengenalpasti sekiranya ID sudah diterima ataupun tidak. Fungsi SESSION seperti yang dilihat dalam Rajah 1 digunakan bagi menyimpan maklumat dalam bentuk pemboleh ubah unik (unique variable) untuk digunakan pada berbilang halaman. Sebelum dapat menyimpan maklumat dalam pemboleh ubah SESSION, fungsi session_start() harus dipanggil terlebih dahulu bagi membolehkan SESSION baru dicipta dan membolehkan pemboleh ubah unik dirujuk kepada SESSION tersebut. Semua data session haruslah disimpan dalam bentuk nilai kunci berpasangan (key-value pairs) di dalam $_SESSION[ nama_pembolehubah ] seperti yang terdapat pada baris 7 kod pengaturcaraan dalam Rajah 1. SESSION juga boleh digunakan untuk melupuskan data session pada sesuatu halaman. Fungsi yang lebih sesuai bagi tujuan itu adalah menggunakan unset($_session[ nama_pembolehubah ]) seperti dalam baris 5 Rajah 2.

Rajah 2 Fungsi unset() bagi melupuskan data session pada satu-satu halaman (A) (B)

Rajah 3 Antara muka senarai kursus (A), senarai topik (B) dan senarai soalan (C) Rajah 3 memaparkan antara muka dimana yang mewakili setiap modul iaitu modul kursus, modul topik dan modul soalan. $_SESSION berfungsi untuk membawa ID daripada satu halaman kepada satu lagi halaman lain. Selain itu, penggunaan ID membolehkan halaman memaparkan maklumat yang dipanggil daripada pelayan. (A)

(B) Rajah 4 Antara muka bagi mencipta soalan baru (A) dan mencipta topik baru (B) $_SESSION juga digunakan untuk memegang ID bagi dimasukkan ke dalam pangkalan data bagi mewakili satu barisan query. Sekiranya soalan berjaya dicipta, antara muka akan memaparkan kembali antara muka halaman senarai soalan. Begitu juga untuk modul topik dan kursus. Rajah 5 Senarai topik berkurang setelah satu topik berjaya dihapuskan Sekiranya sebuah topik dihapuskan, maka kesemua soalan di bawah ID topik tersebut akan turut dihapuskan. Ini supaya dapat mengurangkan kepadatan maklumat yang tidak diperlukan di dalam pangkalan data. Perkara yang sama akan berlaku sekiranya sebuah kursus dihapuskan di mana kesemua topik dan soalan yang berkaitan dengan ID topik tersebut akan turut sama dihapuskan.

(A) Rajah 6 Antara muka utama (A) dan halaman kuiz (B) bagi aplikasi kuiz di telefon pintar (B) Pelajar boleh memuat turun file.apk bagi aplikasi kuiz ke telefon pintar dan mendaftar kursus berdasarkan ID unik yang diberikan oleh pensyarah. Rajah 6 di atas menunjukkan antara muka utama dan antara muka menjawab kuiz bagi aplikasi adroid bagi pelajar. 6 KESIMPULAN Hasil projek ini mampu mendorong agar pembelajaran dapat berlaku di mana-mana pada bila-bila masa. Aplikasi penjaan kuiz mudah alih yang dihasilkan bagi para pensyarah akan membolehkan mereka membina aplikasi kuiz mudah alih dengan cepat, mudah dan tanpa memerlukan sebarang kos upah ataupun kemahiran pengaturcaraan. Bagi pelajar pula, aplikasi adroid yang dibina bagi mencapai kuiz mudah alih yang dihasilkan membolehkan mereka belajar dengan cara yang menarik minat mereka di luar dewan kuliah pada bila-bila masa. 7 RUJUKAN Choudhury. A. 2011. Waterfall Model. Diperoleh pada 10 Oktober 2016 daripada (http://www.sdlc.ws/waterfall-model/)

Levitin, A. 2012. Introduction to the Design & Analysis of Algorithms. Third Edition. Boston: Pearson Education Limited. Nor Hisyam Mansor. 2016. Sistem Kuiz Pintar Matematik Mudah Menggunakan Kaedah Pembelajaran Mudah Suai. Tesis Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ostrand. T. 2002. White-Box Testing. Encyclopedia of Software Engineering. Diperoleh pada 14 Mac 2017 daripada (http://doi.wiley.com/10.1002/0471028959.sof378) Programming-Mistake Detector (PMD). 2016. Version 5.3.7. Info Ether Inc. Rouse. A. 2007. Use Case. Diperoleh pada 2 April 2017 daripada (http://searchsoftwarequality.techtarget.com/definition/use-case)