MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK


EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA GSA DALAM SISTEM PENTADBIRAN TANAH NEGARA DAN BAGI TANAH FELDA MOHD YASSIN BIN MOHD YUSUF

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF BERDASARKAN MODEL WAKAF SEETEE AISAH MOHD SAIFUL BIN ABDULLAH

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Survey on Perak and Selangor 3 messages

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Sistem Bakeri Interaktif

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

Transcription:

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2012

ii

iii DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan Teristimewa Buat: Keluarga Tercinta Jasa, pengorbanan dan berkat doa dari seluruh ahli keluarga, akan cubaku balas segala jasa dan segala pengorbanan kalian di atas kejayaan yang ku kecapi selama ini Pensyarah dan Guru Berkat bimbingan dan doa sekelian akan ku tingkatkan lagi keperibadian diri demi menjadi insan yang cemerlang Sahabatku yang diingati Perjuangan di dalam menuntut ilmu bersama kalian tidak akan ku lupakan sehingga ke akhir hayat.

iv PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah, kerana dengan keizinanya dapat saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini sebagai latihan ilmiah dengan jayanya. Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek sarjana muda saya iaitu Dr. Amirmudin Bin Udin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, nasihat dan motivasi yang diberikan sepanjang menjalani dan menulis laporan penyelidikan ini. Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti perjuangan menuntut ilmu ini, saya berdoa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir hayat. Akhir sekali penghargaan ini ditujukan juga buat semua rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam perbincangan untuk menyediakan laporan projek ini.

v ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti permasalahan gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan iaitu Daerah Jempol. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif deskriptif dan responden kajian ini adalah seramai 5 orang ketua pegawai badan kerajaan yang terpilih sebagai sampel. Soalan temubual digunakan sebagai instrumen kajian. Soalan tembual yang diedar mengandungi 8 item, namun penyelidik hanya lebih memfokuskan kepada jenis-jenis masalah gejala sosial remaja, golongan remaja yang sering melakukan masalah gejala sosial, faktor-faktor berlakunya masalah gejala sosial dan cara-cara yang perlu diambil oleh setiap badan kerajaan yang telibat dalam menangani masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Data yang diperolehi di analisa secara manual menerusi analisis interpritasi kod (Open Coding) dan ditafsir dengan cara tafsiran kod. Terdapat juga beberapa statistik daripada dokumen asal di analisis secara manual. Dapatan kajian ini telah mengenalpasti beberapa aspek penting mengenai masalah gejala sosial dikalangan remaja di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Hasil statistik yang dikeluarkan menjadi penyokong bagi dapatan yang telah diperolehi dan mempunyai beberapa persamaan daripada jawapan persoalan kajian temubual yang dijalankan. Ini menunjukkan hasil keseluruhan aspek-apsek yang dikaji membuktikan masalah gejala sosial di kalangan remaja di Daerah Jempol Negeri Sembilan berada pada tahap yang serius.

vi ABSTRACT The purpose of this study was to identify all the problems of social ills among teenagers abused in Negeri Sembilan Jempol District. This study is a descriptive qualitative and the respondent of this study was about 5 of the chief elected officers of the governmental body selected as samples. The questionnaire has been used as survey instruments. Interview questions were distributed contains 8 items, but researchers only focus on the types of youth social problems, of youths who often social problems, the factors of social problems and ways to be taken by any governmental body involved in addressing social problems in the District of Negeri Sembilan Jempol. The data had been analyzed manually through analysis and interpretation of the code may be interpreted by the way of interpretation of the code. There are also some data from the original document which manually by analyzed. The finding of this study has identified several important aspects of social problems among youth in the District of Negeri Sembilan Jempol. Revenue statistics released has some similarity of answers the statement question interview study conducted. This shows that overall results of the analysis demonstrate social problems among youth in the District of Negeri Sembilan Jempol be at a serious level.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiv xv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang 2 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6

viii 1.7 Skop Kajian 7 1.8 Batasan Kajian 7 1.9 Definisi Terminologi 8 1.9.1 Masalah 8 1.9.2 Gejala Sosial 9 1.9.3 Remaja 9 1.9.4 Pelajar 10 1.9.5 Daerah Jempol 10 1.9.6 Polis Diraja Malaysia 10 1.9.7 Jabatan Kebajikan Masyarakat 11 1.9.8 Hospital 12 1.9.9 Sekolah 12 1.9.10 Jabatan Pelajaran Negeri 12 1.9.11 Jabatan Agama Islam 13 1.9.12 Jenis 13 1.9.13 Faktor 13 1.9.14 Cara-cara 14 1.10 Kesimpulan 14 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Masalah Gejala Sosial 15 2.3 Jenis-jenis Masalah Gejala Sosial Remaja 17 2.3.1 Jenayah 17 2.3.2 Penyalahgunaan Dadah 22 2.3.3 Masalah Disiplin Murid 23 2.4 Teori Masalah Sosial 25 2.4.1 Teori Pathalogi 26 2.4.2 Teori Label 26 2.4.3 Teori Pembelajaran Sosial 26 2.5 Faktor-Faktor yan Mempengaruhi Masalah 27 Gejala Sosial Remaja 2.5.1 Faktor Ibu Bapa 28

ix 2.5.2 Faktor Sikap Remaja 29 2.5.3 Faktor Persekitaran 30 2.5.4 Faktor Rakan Sebaya 31 2.5.5 Faktor Guru 31 2.6 Cara-Cara Bagi Menangani Masalah Gejala 32 Sosial Remaja 2.7 Kajian-Kajian Lepas 34 2.8 Kesimpulan 37 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 38 3.2 Rekabentuk Kajian 38 3.2.1 Temubual 39 3.2.2 Pendokumentasian 39 3.3 Tempat Kajian 40 3.4 Persampelan Kajian 40 3.5 Instrumen Kajian 41 3.6 Prosedur Kajian 42 3.7 Kajian Rintis 45 3.8 Analisis Data 45 3.9 Kesimpulan 48 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 49 4.2 Analisis Persoalan Kajian 50 4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 50 4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 54 4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 55 4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 57 4.3 Analisis Dokumen 60 4.3.1 Statistik Kelahiran Luar Nikah 61 4.3.2 Statistik Jenayah 62

x 4.3.3 Statistik Tingkah Laku Murid-Murid 65 Sekolah Menengah 4.3.4 Statistik Pemasalahan Psikososial 67 4.4 Kesimpulan 68 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 69 5.2 Rumusan Kajian 70 5.3 Perbincangan 72 5.3.1 Jenis-Jenis Masalah Gejala Sosial 73 5.3.2 Golongan Remaja yang Terlibat 76 dengan Masalah Gejala Sosial 5.3.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi 77 Masalah Gejala Sosial 5.3.4 Cara-Cara Mengatasi Masalah Gejala 82 Sosial Remaja 5.4 Cadangan 83 5.4.1 Cadangan Penambahbaikan 84 5.4.2 Cadangan Lanjutan 86 5.5 Penutup 87 BIBLIOGRAFI 89 LAMPIRAN LAMPIRAN A 96 LAMPIRAN B 98 LAMPIRAN C 140 LAMPIRAN D 142 LAMPIRAN E 146

xi SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kes Jenayah Remaja Januari Hingga 19 September 2010 2.2 Statistik Tangkapan Jenayah Syariah Negeri 20 Sembilan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 2.3 Perbandingan Penagih Mengikut Golongan 23 Bagi Bulan Januari Hingga Ogos 2010 dan 2009 2.4 Garis Panduan Baru Jadual Peraturan-Peraturan 24 Pendidikan: Disiplin Murid 1998 4.1 Jawapan Temubual Bagi Jenis-Jenis Masalah 51 Gejala Sosial Remaja 4.2 Taburan Kekerapan Bagi Jenis-Jenis 53 Masalah Gejala Sosial Remaja 4.3 Jawapan Temubual Bagi Golongan Remaja 54 Bermasalah 4.4 Taburan Kekerapan Bagi Golongan Remaja 55 Bermasalah 4.5 Jawapan Temubual Bagi Faktor-Faktor Masalah 56 Masalah Gejala Sosial 4.6 Taburan Kekerapan Bagi Faktor-Faktor Masalah 57

xii Gejala Sosial 4.7 Jawapan Temubual Bagi Cara-Cara Menangani 58 Masalah Gejala Sosial 4.8 Taburan Kekerapan Bagi Cara-Cara Menangani 59 Masalah Gejala Sosial 4.9 Data Kelahiran Luar Nikah Dikalangan 61 Remaja Daerah Jempol Negeri Sembilan Bagi Tahun 2008 Hingga 2011 4.10 Analisis Tangkapan Belia dan Remaja Felda 62 di Daerah Jempol Negeri Sembilan Daripada Tahun 2008 hingga 2011 Mengikut Jenis Seksyen Kesalahan Penyalahgunaan Dadah 4.11 Statistik Jenayah Indeks yang Berjaya 63 Diselesaikan Daripada Tahun 2008 hingga 2009 di Daerah Jempol Negeri Sembilan 4.12 Tangkapan Jenayah Syariah Keseluruhan dan 64 di Kalangan Remaja Negeri Sembilan Mengikut Setiap Daerah 4.13 Analisis Salah Laku Murid-Murid Daerah 65 Jempol Negeri Sembilan Darul Kursus Bagi Tahun 2007 Hingga 2011 4.14 Analisis Salah Laku Murid-Murid 66 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih Jempol Negeri Sembilan 4.15 Statistik Kes Kanak-Kanak Lingkungan 18 67 Tahun Ke Bawah Yang Bermasalah Daripada Tahun 2008 Hingga 2011 Mengikut Jantina

xiii SENARAI RAJAH NO CARTA TAJUK MUKA SURAT 3.1 Prosedur Kajian 44 3.2 Penganalisan Data 47

xiv SENARAI SINGKATAN IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam PDRM Polis DiRaja Malaysia RESPONDEN A Pihak Polis Daerah Jempol Negeri Sembilan RESPONDEN B Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat RESPONDEN C Pihak Jabatan Penguatkuasa Agama Seremban Negeri Sembilan RESPONDEN D Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan RESPONDEN E Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih ADB Akta Dadah Berbahaya APD Akta Penagih Dadah LLPK Langkah-Langkah Pencegahan Khas

xv SENARAI LAMPIRAN BIL LAMPIRAN MUKA SURAT A Soalan Temubual 96 B Transkrip 98 C Kajian Rintis 140 D Surat Pengesahan Maklumat 142 E Keratan Akhbar 146

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Remaja merupakan golongan yang amat penting dalam perkembangan sesebuah negara. Harapan yang begitu tinggi ini diletakkan kepada golongan remaja kerana remaja adalah bakal menjadi pemimpin negara di masa akan datang dan penyumbang utama dalam pembentukan kesejahteraan negara. Namun ramai golongan remaja yang sering melakukan masalah gejala sosial ini. Masalah gejala sosial ini kebanyakannya di kalangan remaja kerana pada tahap ini mereka mengalami perubahan-perubahan fizikal, intelek dan emosi. Selain itu juga mereka menghadapi berbagai-bagai konflik di dalam dirinya dan juga konflik dalam masyarakat (Hall, 1904). Mereka dikategorikan delinkuen iaitu yang sering dilabelkan sebagai semseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Devian pula adalah tingkah laku seksual yang dianggap sebagai sesuatu yang ganjil dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima. Tingkah laku devian boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira usia atau jantina seperti ponteng sekolah, melawan guru sehinggalah kepada salah laku yang lebih seruis

2 seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang akhirnya mewujudkan pelbagai gejala sosial seperti bersekedudukan, lari dari rumah, pelacuran bawah umur dan akhirnya membawa kepada perlakuan penguguran dan pembuang bayi. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dianggap tingkah laku devian seperti kes pecah masuk rumah, penyalahgunaan dadah, mencuri, minum minuman keras, menyerang fizikal, vandalism dan sebagainya (Regoli dan Hewitt, 1991). Oleh itu Ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat perlulah mengikuti perkembangan remaja dengan membantu remaja mengelakan diri daripada terjerumus dengan kegiatan yang negatif. Sekiranya remaja tidak dibimbing dan masalah ini tidak dibendung daripada peringkat awal, maka masalah ini pasti akan menjadi barah seterusnya sukar untuk dikawal. Penyelidikan juga harus dijalankan bagi mengenalpasti masalah gejala sosial di kalangan remaja agar ianya dapat terus dikurangkan angka atau jumlah kes yang timbul terutamanya golongan belia di Malaysia serta membantu masyarakat daripada terbelenggu dengan pemasalahan ini. 1.2 Latar Belakang Masalah Seperti kita lihat sekarang ini, ramai golongan remaja terjebak dengan masalah gejala sosial dalam kehidupan mereka. Keadaan masalah ini semakin hari semakin runcing dan masih berleluasa seterusnya mendatangkan kebimbingan pelbagai pihak. Pelbagai-bagai kes mengenai gejala sosial remaja dipaparkan didadadada akhbar dan media massa. Contohnya kes terkini yang paling hangat disiarkan didada-dada akhabar dan dikaca-kaca televisyen adalah mengenai kes pembuangan bayi. Walaupun kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahan ini menjadi semakin parah. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran

3 Negara, Alwi Ibrahim (2010) telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di Jabatan Pendaftarn Negara (JPN) manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. (Berita harian, 21hb Mac 2010). Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk dikalangan remaja Melayu. Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua. Selain itu Ahmad Nasarudin (2011) juga turut melaporkan dalam keratan artikelnya di dalam sebuah majalah berkenaan dengan kes jenayah remaja yang diperolehi dari PDRM Bukit Aman yang merekodkan seramai 135,121 remaja melakukan kes jenayah. Masalah gejala sosial jenayah seperti ini merupakan satu perkara yang paling kerap berlaku di kalangan remaja pada masa kini. Jenayah ini secara umumnya dianggap sebarang perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang sesebuah masyarakat atau negara yang mana pada konsepnya bukannya lumrah kepada perbuatan tersebut tetapi hanya akan dianggap pembuatan jenayah sekiranya masyarakat itu melihat ataupun mengetahui (Shatar Sabran, 2003). Masyarakat keseluruhannya sedar dan mengetahui bahaya serta kesan yang bakal timbul apabila jenayah seperti rompakan, penagihan dadah, pembunuhan, penderaan dan penculikan itu berlaku kerana masalah sosial ini adalah jelas dan ianya bersifat objektif (Robert, 1938).

4 Setiap negara mempunyai masalah sosial yang tersendiri. Begitu juga di negara Malaysia yang mempunyai banyak negeri dan dalam setiap negerinya mempunyai beberapa daerah. Setiap daerah dalam negeri itu mempunyai tahaptahap masalah sosial yang berbeza-beza. Ini kerana masalah sosial itu bersifat subjektif dan ianya boleh berubah-ubah mengikut keadaan, tempat dan masa (Shatar Sabran, 2003). Oleh itu penyelidik telah mengecilkan skop kajian dengan menjalankan penyelidikan di salah sebuah Daerah Negeri Sembilan iaitu Dearah Jempol Negeri Sembilan. Melalui media massa terdapat kes yang pernah disiarkan yang melibatkan masalah gejala sosial remaja di kawasan Daerah Jempol. Harian Metro (21 Oktober 2009) menyiarkan berita mengenai seorang pelajar cemerlang tetak ibu dan adik tanpa diketahui sebab. Kejadian ini berlaku di Felda Palong 4 Gemas, Jempol Negeri Sembilan. Remaja lelaki terbabit dipercayai tidak dapat mengawal diri dan mengamuk menggunakan sebilah parang menyebabkan jari manis adik lelakinya hampir putus dan menyerang ibunya dibahagian tangan dan kepala. Daripada laporan yang dibuat ini merupakan satu kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh remaja terbabit. Kemudian terdapat juga kes jenayah yang berat pernah dilakukan oleh remaja Daerah Jempol. Ini berikut kes jenayah bunuh seorang warga emas peneroka Felda Palong 2 yang dilaporkan oleh Utusan (15 Januari 2011) awal tahun lalu yang melibatkan empat remaja. Selain itu pasangan warga emas ini turut mengalami kecedaraan. Dikatakan salah seorang remaja terbabit merupakan cucu kepada warga emas berkenaan. Ini jelas memperlihatkan terdapatnya masalah sosial di kalangan remaja di Daerah Jempol.

5 1.3 Penyataan Masalah Daripada latar belakang yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan bahawa masih terdapat banyak masalah sosial yang melibatkan remaja di sekitar Daerah Jempol pada hari ini. Memandangkan masalah ini seperti kes-kes seperti jenayah dan hamil luar nikah dan pembuangan bayi sering berlaku dan melibatkan remaja pada masa kini. Ianya menjadi isu hangat oleh media massa serta masyarakat di luar sana. Disebabkan ini, satu kajian dilakukan untuk melihat masalah gejala sosial dari segi sudut aspek jenis-jenis masalah gejala sosial remaja, jenis golongan remaja yang terlibat, faktor-faktor berlakunya masalah ini dan cara-cara bagi menangani masalah gejala sosial ini. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai masalah gejala sosial di kalangan remaja Daerah Jempol. Berikut merupakan objektif yang telah ditetapkan dalam menjalankan kajian ini. i. Mengenalpasti jenis-jenis masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan. ii. Mengenalpasti golongan remaja yang sering terlibat dalam masalah gejala sosial di Daerah Jempol. iii. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan.

6 iv. Mengenalpasti cara-cara yang diambil bagi menangani masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan 1.5 Persoalan Kajian Persoalan-persoalan kajian yang dijalankan adalah seperti dibawah: i. Apakah jenis-jenis masalah sosial yang biasa melibatkan remaja di sekitar Daerah Jempol? ii. Golongan remaja manakah yang sering melakukan masalah gejala sosial di Daerah Jempol? iii. iv. Apakah faktor-faktor berlakunya masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan? Apakah cara-cara yang diambil dalam menangani masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan? 1.6 Kepentingan Kajian Hasil dari kajian ini, penyelidik akan dapat melihat sejauhmana perkembangan masalah gejala sosial di kalangan remaja Daerah Jempol yang akan dikaji. Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat:

7 i. Mengetahui statistik terperinci mengenai masalah gejala sosial yang diperolehi melalui badan-badan kerajaan yang terlibat. ii. Menentukan faktor utama yang menyebabkan masalah gejala sosial di kalangan remaja di Daerah Jempol Negeri Sembilan. iii. Menentukan cara bagi menangani masalah gejala sosial yang semakin serius berlaku di kalangan remaja. iv. Membuka mata masyarakat luar terutamanya ibu bapa dalam mendidik anakanak mereka berakhlak mulia di peringkat awal. 1.7 Skop Kajian Skop kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan masalah gejala sosial di kalangan remaja Daerah Jempol Negeri Sembilan. Perkara yang akan dibincangkan mengenai segala aspek jenis-jenis masalah sosial yang biasa dilakukan di kalangan ramaja, jenis golongan remaja yang seing terlibat dengan gejala sosial, faktor-faktor masalah ini berlaku dan cara-cara bagi mengatasi pemasalahan ini serta data-data mengenai masalah gejala sosial yang telah direkod oleh setiap badan kerajaan yang telah dipilih. 1.8 Batasan Kajian Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan batasan kajian. Kajian ini hanya dilaksanakan di sekitar beberapa buah badan kerajaan di Daerah Jempol Negeri