PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Similar documents
RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM


MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Sistem Bakeri Interaktif

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT346 Natural Language Processing [Pemprosesan Bahasa Tabii]

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

KAJIAN SIFAT TANAH AKIBAT ALIH FUNGSI LAHAN TEMBAKAU DELIMENJADILAHANPERKEBUNANTEBUDIPTPNllKEBUN TANDEM HULU KABUPATEN DELI SERDANG SKRIPSI OLEH:

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

Publikasi Prosiding Seminar Internasional. Dr. I Wayan Mustika Universitas Gadjah Mada

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

Transcription:

PENULISAN ILMIAH Pengenalan 1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001). 2. Merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik. 3. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah. Kerta Kerja Konsep/ Kajian (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas. Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak: 1. Kertas dan Saiz - Simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4. Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 1

2. Jidar/ Margins- 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan. 3. Huruf/ Fonts - Times New Roman bersaiz 12pt, Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt (pilih mana-mana satu-selaraskan) 4. Jarak Antara Baris - satu setengah langkau (1.5 spacing). 5. Muka surat -Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya. Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran. Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah kertas kajian untuk pembentangan dalam seminar atau untuk dimuatkan sebagai artikel jurnal. Halaman Halaman Judul i Isi kandungan ii Abstrak (Ada kalanya versi Bahasa Inggeris turut disertakan pada mukasurat berikutnya) iii Teks (body) 1.0 Pengenalan/ Latarbelakang Kajian 1 2.0 Definisi Konsep/ Operasional 2 3.0 Kajian / Tinjauan Literature 5 4.0 Matlamat Kajian 6 5.0 Objektif Kajian 7 6.0 Persoalan Kajian (jika ada) 8 7.0 Hipotesis Kajian (jika ada/ jika statistik Inferensi digunakan) 10 8.0 Kepentingan Kajian 12 9.0 Skop dan Kekangan Kajian (jika ada) 13 10.0 Kaedah/ Methodologi Kajian 14 11.0 Analisis Data Kajian 16 Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 2

12.0 Dapatan Kajian dan Rumusan 20 13.0 Cadangan 25 14.0 Penutup 27 Rujukan 16 Lampiran 17 Penggunaan Bahasa Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan. Paragraf Paragraf biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan : 6.1 Paragraf Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka Pengantar Penarik minat dan perhatian pembaca Penyiapan pikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan 6.2 Paragraf Penghubung Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan. Analisa masalah Antara paragraf dengan paragraf harus berhubungan secara logis 6.3 Paragraf Penutup Mengakhiri sebuah karangan/wacana Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung Ringkas, padat dan pendek Topik dan Tajuk Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 3

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut : 1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas 2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis 3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis 4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik. Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label untuk suatu karangan. Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul: a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain b. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan c. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan d. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat e. Tidak mengandungi singkatan atau akronim. Kerangka Penulisan Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topiktopik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 4

hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat Format Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti: (a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) (b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA) (c) Sistem Nombor (Nota Kaki) Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard): (i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk, contohnya: Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti (ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya: Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993). (iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya: Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995). (iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti: Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti. (v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya: Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 5

Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa. Bibliografi/ Rujukan Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut. Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya: (a) Buku Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP. (b) Artikel dalam buku Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Management. Boston: Allyn & Bacon. 73-91. (c) Artikel dalam jurnal Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247. (d) Tesis Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 6

Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan. (e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan. Cadangan Selepas kursus ini, Guru-guru Kanan Tingkatan Enam akan menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu guru dan pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti. 12.0 Rumusan/ Kesimpulan Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak. Rujukan American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American Psychological Association. 5th ed.washington, D.C.: Author. Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines. Washington DC: Gallaudet University. Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi. Jakarta: LIPI. Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 7

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor: Penerbitan UTM. Disediakan oleh:kelab Penyelidikan SMKRMM Page 8