Yang Berbahagia Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan; Dekan dekan, Pengarah pengarah dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


TATACARA PERMOHONAN Application procedure

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

e-buletin UTMSPACE EDISI 33 / 2015

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Wahid Omar 9 Sept Zulqaedah 1434 H Bertemu mesra, berkongsi rasa, mencambah minda #

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

TEKS UCAPAN YBHG. DR. MOHD GAZALI ABAS PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) PERHIMPUNAN BULANAN (OKTOBER 2017) ANJURAN

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Survey on Perak and Selangor 3 messages

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

World Day for Safety and Health at Work

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) JABATAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

3 bulan / 3 months 6 bulan / 6 months 9 bulan / 9 months 12 bulan / 12 months

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Warkah Pengarah... Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KAJIAN SIFAT TANAH AKIBAT ALIH FUNGSI LAHAN TEMBAKAU DELIMENJADILAHANPERKEBUNANTEBUDIPTPNllKEBUN TANDEM HULU KABUPATEN DELI SERDANG SKRIPSI OLEH:

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISTIADAT PELARI OBOR UNISEL 2.0 UNISEL INGIN LAHIRKAN ATLET BERTARAF OLIMPIK BULETIN KONVOKESYEN DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERSAMA

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

LAPORAN TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI BANTUAN BANJIR (4 Januari 2015)

Written by Administrator Thursday, 28 November :37 - Last Updated Wednesday, 17 May :23

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Publikasi Prosiding Seminar Internasional. Dr. I Wayan Mustika Universitas Gadjah Mada

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

As long as you love me:

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)? GAP PUBLIC GOLD NI SANGAT BERMANFAAT BAGI SIAPA YANG:

Menteri Mentor YB Datuk Johari bersama pelajarpelajar baharu dan pemimpin Pelajar

TERMS AND CONDITIONS FOR

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

Transcription:

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DI MAJLIS MINUM PETANG ALUMNI BERSAMA NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE 3 SIDANG KEDUA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PADA HARI JUMAAT, 23 JANUARI 2009 DI HOTEL VISTANA, KUANTAN SALUTASI Yang Berusaha Pengacara Majlis, Saudara Mohd Adam bin Salam; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohd Rosli Bin Yunus, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi; Yang Berbahagia Profesor Dr. Abdul Jalil bin Borham, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni; Yang Berusaha Saudara Syed Mohd. Hamzah al Junid, Presiden Persatuan Alumni UMP; Yang Berbahagia Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan; Dekan dekan, Pengarah pengarah dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab; Saudara Mohd. Sufi bin Kamari, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar; Yang Diraikan warga alumni UMP; Tuan tuan dan puan puan yang dihormati sekalian; Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 1

KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin Nya, maka saya telah berpeluang untuk bertemu dan bermesra dengan warga alumni UMP dalam majlis pada petang ini. 2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Abdul Jalil bin Borham kerana telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada warga alumni UMP pada petang ini. 3. Dalam kesibukan mengelolakan Majlis Konvokesyen Ketiga Sidang Kedua dan menghadapi beberapa acara besar lain yang bakal berlangsung di UMP tidak lama lagi, Alhamdulillah, Majlis Minum Petang Alumni pada petang ini dapat juga dilaksanakan. Syabas diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Persatuan Alumni UMP kerana telah dapat menganjurkan majlis pada petang ini. UCAPAN TAHNIAH KEPADA BAKAL BAKAL GRADUAN 4. Tuan tuan dan puan puan sekalian, 2

Warga Alumni yang berada dalam majlis pada petang ini adalah sebahagian daripada 310 orang graduan daripada pelbagai fakulti yang akan menerima ijazah dan diploma masing masing dalam Majlis Konvokesyen Ketiga Sidang Kedua pada hari esok. Pastinya, detik Majlis Konvokesyen adalah sesuatu yang amat dinanti nantikan sebagai kemuncak kepada pencapaian akademik warga alumni sekalian sepanjang tempoh pengajian di Universiti ini. 5. Majlis Konvokesyen yang bakal ditempuhi pada esok hari bukanlah untuk diraikan oleh para graduan semata mata. Konvokesyen adalah suatu bentuk penghormatan dan pengiktirafan; ia juga adalah detik kejayaan, sekaligus menuntut sejuta kesyukuran daripada para graduan. Perlu diingat, memori indah dan sejarah yang bakal dilakar dalam Majlis Konvokesyen esok hari bukanlah milik kita semata mata. Kenangkanlah juga insan insan penting yang selama ini menyokong anda sekalian dari belakang, menyaksikan jatuh bangun kita sepanjang pengajian sehingga kini anda bakal bergelar siswazah pada esok hari. 6. Justeru, detik detik kejayaan pada esok hari perlulah dikongsikan bersama ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan anggota keluarga serta para pensyarah dan staf yang telah membimbing dan mendidik anda sekalian selama ini. Pada kesempatan ini, saya dan seluruh warga UMP 3

mengucapkan tahniah atas kejayaan bakal bakal graduan sekalian dan berdoa agar saudara dan saudari sekalian terus mengekalkan tradisi kecemerlangan graduan UMP dalam alam kerjaya pula. PERANAN BESAR GRADUAN SETELAH PINDAAN AUKU 7. Warga Alumni sekalian, Mulai 1 Februari 2009 ini, pindaan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 akan berkuatkuasa. Setelah sekian lama diperdebatkan dan dipolemikkan, baik oleh ahli ahli akademik, aktivis mahasiswa mahupun ahli ahli politik, AUKU yang telah berusia 38 tahun dan pernah tiga kali dipinda secara minor sebelum ini mengalami perubahan besar. Saya secara peribadi berpandangan, pindaan terkini terhadap AUKU ini membuka ruang liberalisasi yang lebih luas sektor pengajian tinggi negara, sekaligus membolehkan Insitusi institusi Pengajian Tinggi Awam, termasuklah UMP bergerak dalam kerangka yang lebih dinamik dan lebih kompetitif. Universiti universiti menikmati autonomi dalam perkara perkara tertentu dan pendemokrasian governan IPTA bakal menyuburkan lagi kebebasan akademik dan suara pelajar. 8. Hakikat inilah yang perlu disedari oleh bukan sahaja warga UMP, tetapi juga para alumni sekalian. Alumni diberikan tempat yang istimewa dalam 4

pindaan AUKU yang terkini ini. Satu kerusi telah diperuntukkan kepada wakil alumni untuk menjadi salah seorang ahli Lembaga Pengarah Universiti atau LPU iaitu badan eksekutif tertinggi yang mengawasi secara am pengurusan dan pentadbiran UMP. 9. Perkembangan ini adalah suatu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan warga alumni dalam membangunkan Universiti ini. Menjadi sebahagian daripada alumni UMP adalah lebih daripada sekadar bertemu dan berupacara secara bermusim sahaja. Pindaan terkini terhadap AUKU yang meletakkan wakil alumni dalam LPU ini adalah suatu cabaran kepada Persatuan Alumni UMP khasnya dan warga alumni UMP amnya untuk membuktikan komitmen mereka dalam membantu Universiti ini merealisasikan visi dan misinya. 10. Dalam hubungan ini, Persatuan Alumni UMP yang kini dipimpin oleh Saudara Syed Mohd. Hamzah al Junid perlulah berani untuk tampil dengan cadangan cadangan dan pandangan pandangan membina bagi manfaat kemajuan dan perkembangan Universiti ini. Pihak pengurusan Universiti sentiasa terbuka dan bersedia memberi ruang dan peluang kepada Persatuan Alumni UMP untuk bersumbangsaran dan bertukartukar fikiran tanpa sebarang jurang. UMP adalah alma mater anda semua dan para juniors anda yang kini sedang menjalani pengajian juga akan menjadi alumni seperti anda suatu hari nanti. So, the homecoming culture 5

and good example have to be set by our alumnus bagi menjadikannya suatu tradisi yang berkekalan dan berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi alumni. PERANAN SIGNIFIKAN ALUMNI 11. Warga alumni sekalian, William Scott, seorang alumni Columbia University di Amerika Syarikat pernah menyatakan dalam satu tulisannya bahawa The one thing you've got to say about Columbia is that it has courses that are famous. It has alumni who come back and say it was the best thing they ever did. 12. Baru baru ini, kurang seminggu yang lepas, saya dan beberapa orang pegawai UMP telah berpeluang menyertai World Universities Forum 2009 di Mumbai India dan telah dihoskan oleh Indian Institute of Technology Bombay atau IITB. Saya juga telah berkesempatan melawat kampus IITB dan berdialog dengan Pengarah dan profesor profesor IITB bagi meninjau rahsia kejayaan dan kecemerlangan IITB yang merupakan salah satu Universiti terbaik di dunia. 13. Penjanaan dana atau fundraising dan memiliki jaringan global yang teguh atau strong international linkagesdalah cabaran cabaran lazim bagi 6

universiti universiti dan institusi institusi pengajian serata dunia. Dalam menangani cabaran ini, Pengarah IITB, Profesor Devang Khakhar menyatakan bahawa keteguhan kewangan dan jaringan global serta kualiti tenaga akademik IITB terletak pada kekuatan peranan yang telah dimainkan oleh alumni Institut tersebut di seluruh dunia. 14. Mendapatkan tempat untuk ke IIT yang dianggap institusi elit di India bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat peperiksaan kemasukan dikenali sebagai Indian Institute of Technology Joint Entrance Examination yang perlu diambil. Daripada 311,258 calon yang menduduki peperiksaan kemasukan tersebut pada 13 April 2008, hanya 8,652 orang sahaja diterima masuk sebagai pelajar untuk ditempatkan dalam salah satu daripada 15 kampus IIT di seluruh India. 15. Tingginya standard kemasukan yang diletakkan serta prestij yang ada pada IIT adalah faktor utama yang mendorong pelajar dan alumni institusi tersebut mempunyai sense of belonging yang tinggi terhadap alma mater mereka. Atas kesedaran itu, maka tidak hairanlah para alumni IIT bermotivasi tinggi untuk kembali membantu alma mater mereka dalam pelbagai cara bagi mengekalkan prestij dan kualiti tinggi instutusi tersebut. 16. Sikap inilah yang perlu ada pada alumni UMP. Walaupun UMP baharu mempunyai tiga generasi alumni jika dibandingkan dengan IITB yang 7

telah mempunyai 47 generasi alumni, namun tradisi dan budaya alumni kembali ke kampus dan membantu Universiti ini perlulah dimulakan. Alumni UMP kini bekerjaya di pelbagai lapangan, sektor dan industri termasuk syarikat syarikat multinasional, dan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi alumni alumni ini Insya Allah akan menjadi nama nama besar dalam bidang dan kerjaya yang mereka ceburi. Pada saat itulah kelak, tanggungjawab dan peranan anda terhadap Universiti ini akan menjadi lenih penting. 17. Justeru, Persatuan Alumni UMP perlulah berupaya menggembleng komitmen warga alumni UMP untuk mewujudkan jaringan atau networking yang kukuh di kalangan para alumni bagi manfaat juniors anda dan juga Universiti ini. Persatuan Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar perlu membina kerjasama dan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan para alumni dan juniors yang akan menatijahkan kemesraan hubungan dan kesinambungan tradisi yang boleh dibanggakan. 18. Saya percaya, inisiatif Persatuan Alumni UMP untuk mewujudkan Tabung Alumni Prihatin yang bakal dilancarkan sebentar lagi adalah langkah awal bagi merealisasikan hasrat yang dinyatakan tadi. Usaha ini adalah sesuatu yang amat mulia dan saya berharap dana yang dikumpulkan 8

untuk tabung ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik baiknya bagi membantu para alumni Universiti ini. KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN 19. Mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Persatuan Alumni UMP kerana telah sudi menjemput saya ke majlis pada petang ini. Saya berharap, kedua dua pihak ini akan lebih proaktif lagi menganjurkan programprogram berkualiti lain bagi manfaat para alumni dan warga Universiti ini. 20. Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmnirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Minum Petang Alumni Bersama Naib Canselor dan melancarkan Tabung Alumni Prihatin Universiti Malaysia Pahang. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 9