PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Earthwork Activities in Private Housing Industry

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

KAJIAN REPRESENTASI IMEJ PELANCONGAN DIRAJA DI KUALA KANGSAR, PERAK

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

Faculty of Engineering

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF BERDASARKAN MODEL WAKAF SEETEE AISAH MOHD SAIFUL BIN ABDULLAH

Transcription:

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK. FADHLUNISA BINTI MOHAMAD Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2014

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK. FADHLUNISA BINTI MOHAMAD (30115) Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2014

PENGESAHAN Projek bertajuk PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK ini telah disediakan oleh FADHLUNISA BINTI MOHAMAD dan diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh: (Dr. NORIA ANAK TUGANG ) Tarikh:

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir (PTA) yang bertajuk PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ada sesetengah maklumat yang telah saya petik dalam buku rujukan mahupun petikan maklumat dan sumber lain seperti internet. Saya telah mengolah maklumat tersebut dan saya juga telah nyatakan sumbernya. (FADHLUNISA BINTI MOHAMAD)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick ( ) Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day 23 of..2014. JUN Student s Declaration: FADHLUNISA BINTI MOHAMAD, 30115, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS ARTS I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN - hereby declare that the work entitled -------------------------------------------------------------------------------------- DANA MUKAH, SARAWAK --------------------------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. 23 JUN 2014 FADHLUNISA MOHAMAD (30115) Date submitted Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: Dr. NORIA ANAK TUGANG I ------------------------------------------------------------ (SUPERVISOR S NAME) hereby certifies that PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN the work entitled ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK ---------------------------------------------------- was prepared by the above named student, and was submitted BACHELOR OF APPLIED to the FACULTY as a * partial/full fulfillment for the conferment of ------------------------------------------ ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT) --------------------------------------------------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Received for examination by:_dr NORIA TUGANG Date: 23 JUN 2014 i

Dr. Noria Tugang I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: ( 23 JUN 2014 ) ( 23 JUN 2014 ) Current Address: LOT 1147 JALAN 2A KAMPUNG LUAK, 98000, MIRI SARAWAK. Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction ii

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur Alhamdullilah dengan izin Yang Maha Esa, akhirnya Penyelidikan Tahun Akhir Pengurusan Seni telah disiapkan dengan jayanya. Sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak telah menjadi pembakar semangat saya untuk menyiapkan penyelidikan ini. Di sini saya juga dengan begitu berbesar hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr Noria Tugang selaku penyelia untuk penyelidikan saya ini. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar yang mencukupi dan pengalaman yang dikongsi kepada saya dalam persiapan melaksanakan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah-pensyarah program Pengurusan Seni ynag lain kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar secara tidak langsung sepanjang menjayakan proses penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga kepada Syahrul Balkis Khairudin serta rakanrakan seperjuangan yang turut sama membantu dalam menjana idea yang bernas dan memberi sokongan yang padu demi menghasilkan penulisan kertas cadangan sehinggalah ke penulisan laporan kajian yang baik serta sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Mukah dan pihak Lamin Dana yang telah bertindak sebagai responden/informan atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi. iii

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga saya yang memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada saya untuk menjalankan kajian penyelidikan ini daripada permulaan lagi. Selembar penghargaan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Besar harapan saya supaya saya dapat mempraktikkan dengan cemerlangnya kaedah penyelidikan yang telah dipelajari ini di peringkat yang lebih tinggi nanti. Sekian, terima kasih. Wassalam. iv

JADUAL KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TAJUK PENYELIDIKAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN JADUAL KANDUNGAN SENARAI GAMBAR SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH ABSTRAK ABSTRACT iii v vii ix x xii xiii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Hipotesis Kajian 2 1.3 Latar Belakang Kajian 2 1.4 Penyataan Masalah 9 1.5 Objektif Kajian 10 1.6 Rasional Kajian 11 v

1.7 Soalan Kajian 12 1.8 Skop Kajian 13 1.9 Definisi Pemboleh Ubah Kajian 16 1.10 Limitasi Sebelum Kajian 19 1.11 Rumusan 21 BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pendahuluan 22 2.2 Tinjauan Am 25 2.3 Kerangka Teori ( Theoritical Framework) 27 2.4 Tinjauan Relevan dengan Tajuk Penyelidikan 37 2.5 Rumusan 50 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 51 3.2 Reka Bentuk Kajian 52 3.3 Kaedah Perpustakaan 54 3.4 Kaedah Kajian Lapangan 55 3.5 Instrumen Kajian 56 3.6 Persampelan Kajian 68 vi

3.7 Kesahan Kajian 71 3.8 Kebolehpercayaan Kajian 72 3.9 Prosedur Pengumpulan Data 73 3.10 Pemprosesan (Interpretasi) dan Analisis Data 75 BAB 4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 76 4.2 Implementasi Analisa Data 77 4.3 Dapatan Kajian Borang Soal Selidik 88 4.4 Analisa dan Temubual Informan 110 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN 5.1 Kesimpulan Kajian 120 5.2 Cadangan Kajian 127 BIBLIOGRAFI 129 LAMPIRAN 132 vii

SENARAI GAMBAR Gambar 1 Peta Negeri Sarawak 5 Gambar 2 Lamin Dana 6 Gambar 3 Peta Mukah 15 Gambar 4 Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana 18 Gambar 5 Petikan Gambar Bella Hopes Youtube 78 Gambar 6 Petikan Gambar Jurnal BERNAMA Youtube 79 Gambar 7 Petikan Gambar Laman Blog Rasmi Lamin Dana 80 Gambar 8 Pengalaman Proses Sago 84 Gambar 9 Persembahan Kebudayaan 85 Gambar 10 Pengembaraan Hutan Paya Bakau 86 Gambar 11 Aktiviti di Lamin Dana 87 viii

SENARAI JADUAL Jadual 1 Jumlah Pendapatan Program Homestay Seluruh Negara 25 Jadual 2 Protokol Soalan 67 Jadual 3 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Jantina 88 Jadual 4 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Bangsa 90 Jadual 5 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Asal 92 Jadual 6 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Tahap Pendidikan 94 Jadual 7 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Kategori Responden 97 ix

SENARAI RAJAH Rajah 1 Carta Aliran Tinjauan Literatur 23 Rajah 2 Reka Bentuk Kajian 52 Rajah 3 Skala Interval 61 Rajah 4 Populasi dan Sampel Kajian 70 Rajah 5 Pembinaan Alat Kajian 71 Rajah 6 Kebolehpercayaan Kajian 72 Rajah 7 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Jantina 89 Rajah 8 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Bangsa 91 Rajah 9 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Asal 93 x

Rajah 10 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Tahap Pendidikan 95 Rajah 11 Analisis Taburan Masyarakat Tempatan Mengikut Kategori Responden 98 Rajah 12 Analisis Tahap Pengenalan dan Pengetahuan Mengenai Lamin Dana 100 Rajah 13 Analisis Sumber Pengetahuan 102 Rajah 14 Analisis Persepsi Mengenai Penubuhan Lamin Dana 103 Rajah 15 Analisis Majoriti Sangat Setuju (Punca-punca) 105 Rajah 16 Analisis Majoriti Sangat Setuju (Punca-punca) 106 Rajah 17 Analisis Majoriti Punca Utama 107 Rajah 18 Analisis Majoriti Sangat Setuju (Langkah-langkah) 108 xi

Persepsi Masyarakat Terhadap Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana Mukah, Sarawak. Fadhlunisa Binti Mohamad Penyelia: Dr Noria Anak Tugang Kajian ini mengenai pusat kebudayaan dan warisan kraftangan Lamin Dana, di Mukah. Lamin Dana melambangkan keunikan budaya masyarakat Melanau. Fokus kajian ini ialah mengkaji tahap persepsi masyarakat, masalah utama dan langkah penyelesaian yang melibatkan pemilik Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana. Hasil kajian ini penting kerana dapat merintis jalan kepada pemilik Lamin Dana serta masyarakat ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan pusat kebudayaan pada masa yang akan datang. Hasil kajian ini dapat memberi penambahan kepada himpunan ilmu pengetahuan tentang strategi dalam memartabatkan warisan kesenian dan kebudayaan etnik Melanau. xii

The Communities Perception toward the Centre of Cultural and Craft Heritage, Lamin Dana Mukah. Fadhlunisa Binti Mohamad Supervisor: Dr Noria Anak Tugang This research is about the cultural center and craft heritage of Lamin Dana in Mukah. Lamin Dana represent the uniqueness of the Melanau communities. The focus of this study is to examine the perception of the community, the main problems as well as the relevance solutions which involve the possessor of the Center of Culture and Heritage of Lamin Dana. The outcome of this research is important because it can create the opportunities to the possessor of Lamin Dana as well as the society towards conservation and preservation of the cultural centers in the upcoming future. It also can give additional knowledge about the strategies in order to be a symbol of cultural and heritage of the Melanau ethnic. xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bab ini menerangkan secara keseluruhan tentang kajian yang dilaksanakan dan dihuraikan dalam beberapa bahagian subtopik kecil iaitu perbincangan mengenai latar belakang, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian. Selain daripada itu kepentingan, skop serta definisi pembolehubah kajian juga turut dibincangkan. Latar belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kajian yang dilaksanakan bagi mengupas tentang kajian ini. Pernyataan masalah pula menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong kajian ini dilaksanakan hasil daripada masalahmasalah yang timbul ketika kajian yang dijalankan sebelumnya. Selain daripada itu, objektif dan persoalan kajian juga turut dibincangkan yang mana menyingkap tentang persoalan yang ingin dicapai dan diketahui melalui kajian ini. Seterusnya di dalam bab ini juga membincangkan kepentingan kajian iaitu sasaran hasil kajian yang diharapkan dapat memenuhi tuntutan kumpulan tertentu di samping skop kajian yang menerangkan tentang perkara yang dinilai dan ingin dicapai dalam kajian ini. Selain daripada itu bab ini juga akan membincangkan secara terperinci tentang pembolehubah yang terlibat bagi diselaraskan di dalam penghasilan jawapan kepada objektif yang ingin dicapai dan persoalan yang ingin dijawab. 1

1.2 Hipotesis Kajian Kajian ini memberi ramalan awal bahawa Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana akan mencapai tahap persepsi yang memberangsangkan dan menerima persepsi yang positif daripada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini. Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana ini juga akan berpotensi menjadi sebuah pusat kebudayaan yang terkenal jika jalan penyelesaian yang relevan diberikan dalam usaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. 1.3 Latar Belakang Kajian Malaysia amat terkenal dengan gelaran Malaysia Truly Asia kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan kebudayaan masyarakat yang terdiri daripada monumen, bangunan, artifak termasuklah warisan kebudayaan masyarakat seperti cara hidup dan kesenian tradisi masingmasing. Warisan sejarah boleh diklasifikasikan dalam dua bentuk iaitu bentuk warisan yang nyata atau tidak nyata. Contoh warisan sejarah yang nyata adalah bangunan, monumen dan tapak bersejarah. Manakala warisan sejarah yang tidak nyata pula adalah intepretasi budaya hidup masyarakat yang pelbagai seperti adat istiadat sesuatu upacara, kesenian seperti lagu-lagu rakyat, seni muzik, tarian, permainan tradisional dan kostum tradisional setiap suku kaum masing-masing. Terdapat pelbagai lokasi menempatkan produk warisan sejarah ini atau tapak bersejarah yang memiliki unsur-unsur kesenian dan kebudayaan tinggalan 2

nenek moyang terdahulu. Salah satu daripadanya yang terkenal adalah di Kota Bersejarah iaitu negeri Melaka. Negeri Melaka terkenal dengan sebuah lokasi yang mempunyai kronologi sejarah yang berkaitan dengan ketamadunan bangsa dan perkembangan negara. Secara tidak langsung, dengan adanya tapak bersejarah ini, negeri Melaka telah maju dalam sektor pelancongan dan namanya telah dijulang naik dalam bidang penyelidikan antropologi dunia. Selain negeri Melaka yang terkenal dengan gelaran Kota Bersejarah, Malaysia juga sangat bertuah kerana memiliki negeri Sarawak yang kaya dengan kehidupan biodiversiti yang mampan dan pelbagai. Bukan sahaja memiliki kepelbagaian biodiversiti, malah Sarawak juga memiliki rangkaian etnik yang cukup unik. Melalui rangkaian etnik inilah, wujudnya sebuah variasi yang mantap hasil daripada warisan kesenian dan kebudayaan masing-masing. Menerusi warisan kesenian dan kebudayaan juga, Sarawak mampu berdiri sama tinggi dengan bandar-bandar kesenian yang lain seperti Kota Cornwalis di Pulau Pinang, Kota Ngah Ibrahim di Taiping, Perak dan tapak warisan Candi Batu Pahat di Merbuk, Kedah. Sarawak Bumi Kenyalang, gelaran yang cukup gah untuk membuktikan Sarawak sebuah negeri yang harus diterokai dari segi kehidupan biodiversiti hutan dara tropikanya, warisan sejarahnya serta kesenian dan kebudayaan yang unik. Kepelbagaian etnik di Sarawak telah mengangkat nama Bumi Kenyalang dalam memperkenalkan eko-pelancongan yang terbaik di Asia. 3

Sarawak mempunyai majoriti etnik sebanyak 27 etnik. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan kapasiti penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah. Antara etnik yang terdapat di Sarawak ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum dan Longkiput. Masyarakat Melanau adalah masyarakat terawal di Sarawak yang telah menetap di kawasan Mukah. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu, masyarakat Melanau merupakan salah satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Penyelidikan ini berfokuskan kepada etnik Melanau yang memiliki profil kesenian dan kebudayaan yang tinggi dari segi nilai-nilai warisan sejarah tinggalan nenek moyang yang lampau. Kebanyakan penduduk suku etnik Melanau mendiami kawasan di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya dan Bintulu. 4

Gambar 1: Peta Sarawak Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Daerah, Mukah Berdasarkan peta di atas merujuk kepada kedudukan bahagian Mukah di Sarawak. Sarawak dipisahkan sejauh 600 kilometer dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di Timur Laut, negara Brunei Darussalam di bahagian Utara dan Kalimatan, Indonesia pula berada di sebelah timur. Mukah pula berada di kedudukan koordinat geografi 2 54' 0" Utara, 112 6' 0" Timur dengan keluasan 2,536 km 2. Bandar Mukah pula mempunyai variasi keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, kebudayaan, kesenian dan kepercayaan. Bandar Mukah telah menjadi pusat kebudayaan suku etnik Melanau dan Pesta Kaul merupakan salah satu acara tahunan yang diraikan pada bulan April seperti yang tertakluk dalam takwim pelancongan Sarawak. Bandar Mukah telah diberi tanggungjawab 5

yang besar oleh Ketua Menteri Sarawak, iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, iaitu menjadikan Mukah sebagai pusat kebudayaan yang berfungsi untuk mempertahankan warisan kesenian dan kebudayaan suku etnik Melanau yang unik ini. Oleh itu, Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Lamin Dana telah diberi tanggungjawab untuk menjadikan Bandar Mukah sebagai pusat pelancongan berdasarkan kepelbagaian seni dan budaya yang diwarisi zaman-berzaman oleh nenek moyang suku etnik Melanau. R Gambar 2: Lamin Dana Sumber: Laman Web Rasmi Lamin Dana 6

Perkembangan kajian adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam isu Dasar Kreatif Negara yang dibangkitkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia iaitu Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim terhadap situasi industri kreatif negara tidak memberangsangkan berikutan dengan kadar kemasukan pelancongan saban tahun dari segi kesenian dan kebudayaan tidak menjanjikan pulangan kestabilan ekonomi. Kebimbangan beliau itu amat berasas kerana industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Untuk itu, pihak kerajaan telah menyedari bahawa negara Malaysia mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapatan tinggi. (Sumber: Perutusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jurnal Dasar Industri Kreatif) Penglibatan dalam kajian ini akan memupuk amalan pemikiran reflektif secara kritis dan seterusnya membina himpunan pengetahuan mengenai budaya dan warisan negara yang amat berguna. Perbincangan intelektual yang dibuat pada tahap awal adalah untuk mengenal pasti masalah, merancang strategi kajian, melaksanakan strategi, pengumpulan dan analisis data serta refleksi pula akan dapat menghasilkan sumber dan penemuan baru yang pasti dapat memperkaya pengetahuan seiring dengan memartabatkan seni budaya dan warisan negara yang unik dan pelbagai. 7