PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Faculty of Engineering

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018


PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

Earthwork Activities in Private Housing Industry

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

SMART INCUBATOR AZLINA BINTI BASHARUDIN. Faculty of Electronic and Computer Engineering. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH LENBAGA KEBUDAYAAN SABAH (LKS) DALAM MEMPROMOSIKAN DAN MEMPERKEMBANGKAN TARIAN TRADISIONAL SUMAZAU DI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Sistem Bakeri Interaktif

3 bulan / 3 months 6 bulan / 6 months 9 bulan / 9 months 12 bulan / 12 months

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

KAJIAN SENI KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU RAJA NORAHAFIZA BINTI RAJA MOHSIN

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Transcription:

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG Mohd Fadzli Bin Zakaria Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG MOHD FADZLI BIN ZAKARIA Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2012 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: Peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan dalam Mempromosikan Alat Muzik Caklempong. SESI PENGAJIAN : 2011/2012 Saya MOHD FADZLI BIN ZAKARIA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disediakan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Qts Balai Polis Beluran WDT No 12 90107 Sandakan Sabah Tarikh : Tarikh : Catatan: *tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis ini sulit atau Terhad, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ii

Projek bertajuk Peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan dalam Mempromosikan Alat Muzik Caklempong telah disediakan oleh MOHD FADZLI BIN ZAKARIA dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima Untuk diperiksa oleh: DR. ANNA DURIN Penyelia Program Pengurusan Seni Tarikh: iii

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir (PTA) ini dapat disiapkan tepat pada masa yang telah ditentukan. Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni) bagi keperluan untuk bergraduat. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya, Dr. Anna Durin yang telah banyak membantu, memantau dan menyelia PTA saya bermula dari proses cetusan idea perbincangan tajuk sehingga kepada bab terakhir dalam PTA ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah pensyarah Pengurusan Seni iaitu Dr Indra Utama, Dr Noriah Tugang dan Cik Karen Audrey Samy yang banyak memberi teguran, nasihat dan tunjuk ajar di dalam proses menyiapkan PTA ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Sembilan terutamanya Puan Zaimah binti Abd Gani dan Encik Ruswan bin Abd Latib yang banyak membantu dari segi sumber maklumat dan kerjasama yang baik semasa proses Temu bual. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mohd Saad bin Harun, Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung Gagu yang sudi meluangkan masa dan bekerjasama untuk memberi maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta terutamanya ibu saya Sarbia binti Sitam dan bapa saya Zakaria bin Ahmad Kahar yang yang banyak bekorban dari segi wang ringgit iv

membesarkan, mendidik dan menjaga saya sehingga saya dapat melangkah dan menuntut di menara gading. Terima kasih juga kerana sentiasakan mendoakan saya agar berjaya dalam kehidupan saya dan mencapai cita cita saya selama ini. Begitu juga kepada sahabat sahabat saya yang telah membantu dan memberi nasihat kepada saya semasa menyiapkan PTA ini. Tidak dilupakan juga kawan kawan sekelas saya terutamanya pelajar tahun 3 Pengurusan Seni yang banyak membantu di dalam proses pembinaan idea, bantuan fizikal dan mentel serta kata kata semangat. Kenangan bersama kalian di UNIMAS merupakan pengalaman yang paling manis dan akan dikenang selamanya. Semoga kita semua akan berjaya di dalam hidup ini terutamanya pengajian kita di UNIMAS. Wassalam v

ISI KANDUNGAN Halaman Tajuk Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan Tandatangan Penyelia Penghargaan Isi kandungan Abstrak Abstract i ii iii iv vi xi xii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Hipotesis Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Matlamat Kajian 1.7 Skop Kajian 1.8 Lokasi Kajian 1.9 Kekangan Kajian 1.10 Sestematika Kajian 1.11 Perancangan Kajian 1.12 Rumusan 1 4 5 6 7 8 9 10 12 13 15 17 vi

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pendahuluan 2.2 Alat Muzik Caklempong 2.3 Promosi 2.4 Golongan Belia 2.5 Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan 2.6 Konsep Kerangka Kerja Kajian 2.7 Rumusan 18 19 22 26 28 32 35 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 3.2 Kaedah Perpustakaan 3.2.1 Buku 3.2 2 Laman Web Atau Internet 3.3 Kaedah Kualitatif 3.3.1 Pemerhatian 3.3.2 Temubual 3.3.3 Catatan atau Dokumentasi 3.4 Kaedah Kuantitatif 3.5 Rumusan 36 37 38 39 39 40 41 42 44 47 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 4.2 Dapatan Pemerhatian 4.3 Profile Informan 48 49 50 vii

4.4 Dapatan Temubual 4.4.1 Rumusan Temubual 4.5 Dapatan Borang Soal Selidik 53 61 60 4.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Respondent 4.5.1.1 Analisa Responden Mengikut Umur 4.5.1.2 Analisa Responden Mengikut Bangsa 61 63 4.5.2 Bahagian B: Alat Muzik Caklempong Dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan 4.5.2.1 Analisa Bilangan Responden Yang Mengetahui Tentang Caklempong 65 4.5.2.2 Analisa Cara Responden Mengetahui Tentang Caklempong 4.5.2.3 Analisa Reponden Pernah Bermaian Caklempong 67 69 4.5.2.4 Analisa Responden tahu Tentang Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan 70 4.5.2.5 Analisa Responden menyatakan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan Sebagai Pihak bertanggungjawab Mempromosikan Caklempong 72 viii

4.5.2.6 Analisa Responden Tentang Cara Jabatan Kebudayaa Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan Sebagai Mempromosikan Caklempong 74 4.5.3 Bahagian C: Strategik Promosi 4.5.3.1 Analisa Pandangan Responden Tentang Pengiklanan Dan Promosi Kepada Caklempong 76 4.5.3.2 Analisa Pandangan Responden Tentang Kepentingan Media Cetak Dan Elektronik Kepada Caklempong 78 4.5.3.3 Analisa Pandangan Responden Tentang Media Promosi Yang Bersesuaian 80 4.5.3.4 Analisa Responden Tentang Elimen Pengiklanan Yang Sesuai 82 4.6 Rumusan 84 Bab 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 5.2 Kesimpulan 5.3 Cadangan 5.4 Cadangan untuk Pengkaji akan Datang 5.5 Penutup 85 86 93 97 98 ix

Bibliografi Senarai Informan 100 102 Lampiran Set Lengkap Alat Muzik Caklempong Alat Muzik Caklempong Tradisional Aktiviti yang Dilakukan oleh JKKNNS Soalan Temubual Borang Soal Selidik 104 105 106 108 110 x

ABSTRAK Penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membawa bersama kebudayaan dan kesenian mereka. Salah satu kesenian yang masih wujud adalah alat muzik caklempong. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep alat muzik caklempong dan peranannya kepada masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan terutamanya golongan belia. Kajian ini juga akan mengenalpasti aktiviti yang telah dilakukan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) dalam mempromosikan alat Muzik Caklempong kepada masyarakat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa alat muzik caklempong kurang dikenali dan hanya dijadikan sebagai hiburan sahaja. xi

ABSTRACT Migration societies Minangkabau to Tanah Melayu at one time have brought along their cultural and the art. One of the surviving art is a traditional musical instrument caklempong. Objective of this study was to examine the concept of musical instrument caklempong and the role to community Minangkabau in Negeri Sembilan especially the young. This study will also identify activities that were undertaken by the department Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) in promoting the musical instrument caklempong to community. The findings show that musical instrument caklempong less know and was used as entertainment only. xii

BAB SATU PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG 1.1 Pendahuluan Caklempong tergolong di dalam golongan idiophone iaitu ketegori alat muzik yang di perbuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan secara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang tergolong di dalam caklempong adalah gong, saron, bonang, kenong, angklung, gambang dan kertuk. Caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau turut mengelar caklempong sebagai telempong (sumber : Abd Samad Idris, 1970). Pada zaman dahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur, caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minangkabau seperti menyatupadukan penduduk setempat dan dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Pada hari ini, caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat dan tarian. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab 1

melaksanakan aktiviti aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Kewujudan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) adalah hasil daripada inisiatif pihak kerajaan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kebudayaan. Pada peringkat permulaan jabatan ini ditubuhkan sebagai Pusat Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Negeri Sembilan pada 20 Mei 1987. Pada 1 Mac 1993, pejabat ini dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Malaysia dan beroperasi di tingkat 5, Wisma Persekutuan (1995) sebelum berpindah ke tingkat 3 Bangunan Wisma Arab Malaysian pada tahun 1998. Pada tahun 2005, jabatan ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang dikenali sebagai Taman Budaya Negeri Sembilan di Jalan Sungai Ujong, Seremban sehingga kini. Promosi atau dikenali sebagai komunikasi pasaran ialah proses untuk mempengaruhi seseorang dengan berkongsi idea, maklumat dan perasaan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pemasar untuk berkomunikasi dengan sasaran pengguna dikenali sebagai promosi. Strategik Promosi merupakan elemen yang penting bagi sesebuah organisasi dalam memperknalkan barangan atau perkhidmatannya. JKKNNS merupakan organisasi yang bukan berfaktorkan keuntungan, maka pelbagai kaedah promosi boleh digunakan dalam mempromosikan alat muzik caklempong. JKKNNS turut menjadi orang tengah dalam mempromosikan alat muzik caklempong kepada masyarakat terutamanaya golongan belia. 2

Konklusi yang dapat dibuat disini adalah alat muzik caklempong masih terus digunapakai oleh masyarakat Minangkabau pada masa kini terutamnyaa di kawasan kampung kampung pada majlis keramaian yang tertentu sahaja. Penggunaanya adalah bermula dari istana iaitu semasa pertabalan sultan sehinggalah menular dan berkembang ke rakyat jelata dan menjadi sebahagian dari peralatan untuk persiapan majlis majlis dan upacara keramain dalam kalangan rakyat. Caklempong turut menjadi alat di dalam menyatupadukan masyarakat. 3

1.2 Permasalahan Kajian Caklempong merupakan alat muzik tradisional masyarakat Minangkabau yang sangat popular suatu ketiga dahulu di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) untuk mempromosikan alat muzik caklempong kepada masyarakat setempat. Namun masih terdapat masyarakat terutamnya golongan muda yang tidak mengetahui tentang kewujudan alat muzik tersebut. Selain itu, ada diantara masyarakat setempat yang tidak menyedari tentang kewujudan serta di mana letaknya JKKNNS. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai alat muzik caklempong sekaligus menyebabkan caklempong mula dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya generasi muda. 4

1.3 Hipotesis Kajian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) memainkan peranan penting di dalam usaha mempromosikan alat muzik caklempong kepada masyarakat setempat terutamnya golongan belia. Peranan yang dimainkan oleh JKKNNS mampu meneruskan usaha usaha pengekalan dan mengembangkan alat muzik caklempong yang menjadi warisan negara terutamnya masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Selain itu, JKKNNS dapat menjadi agen dalam usaha menanam rasa cinta terhadap seni warisan bangsa yang menjadi lambang jati diri terutamanya masyarakat Minangkabau. 5

1.4 Objektif Kajian Di dalam objektif kajian ini, beberapa matlamat telah ditetapkan di dalam kajian yang dilakukan agar tidak menyimpang dari tujuan asal kajian. Melalui objektif, hasil promosi yang dilakukan oleh JKKNNS berhasil atau sebaliknya. Objektif dalam kajian penyelidikan ini adalah :- i. Mengenalpasti konsep alat muzik caklempong kepada masyarakat Minangkabau terutamnya golongan belia. ii. Mengkaji aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh JKKNNS dalam mempromosikan alat muzik caklempong iii. Menganalisis data berkaitan kaedah yang efektif dalam mempromosikan alat muzik caklempong kepada masyarakat setempat. 6

1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini penting dilakukan kerana untuk membuktikan bahawa pekara yang dikaji belum pernah dilakukan oleh pengkaji lepas dan merupakan ruang kosong yang telah ditinggalkan. selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh manakah perkembangan warisan Negeri Sembilan khususnya alat muzik caklempong di dalam kelompok masyarakat Minangkabau terutamnya golongan muda. kajian ini dapat melihat kepekaan generasi masa kini terhadap warisan alat muzik caklempong sama ada dikekalkan atau sebaliknya. Kajian ini turut mengkaji badan organisasi yang bertanggungjawab di dalam mempromosikan alat muzik caklempong kepada masyarakat. Menganalisis usaha usaha promosi yang dijalankan oleh badan tersebut bagi memperkenalkan caklempong sama ada berjaya atau sebaliknya. Selain itu, kepentingan kajian ini adalah untuk mencari kaedah promosi yang berkesan bagi mempromosikan alat muzik caklempong di mata masyarakat Malaysia terutamnya di Negeri Sembilan. 7

1.6 Matlamat Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang alat muzik caklempong. Alat muzik caklempong merupakan warisan rakyat Malaysia terutamanaya kaum Minangkabau yang sangat ternilai dan warisan ini hendaklah diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, matlamat kajian ini adalah untuk membukukan kajian ini bagi tujuan bahan rujukan kepada masyarakat yang ingin mengetahui atau mencari maklumat tentang alat muzik caklempong. Hasil kajian ini dapat menjadi salah satu bahan bacaan dan rujukan serta memberi manfaat kepada generasi yang akan datang. 8

1.7 Skop Kajian Kajian Peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) dalam Mempromosikan Alat Muzik Caklempong memerlukan beberapa skop kajian. Skop kajian ini penting bagi memudahkan kajian dijalankan. selain itu skop kajian digunakan adalah untuk menjadi panduan semasa menjalankan kajian lapangan agar tidak tersasar dari tujuan asal kajian. Skop kajian pertama yang dibuat ialah di Jabatan Kebudayaan Dan Keseniaan Negara Negeri Sembilan (JKKNNS). Organisasi ini dipilih adalah untuk melihat sejauh mana peranan JKKNNS dalam mempromosikan alat muzik caklempong kepada masyarakat. Melihat sendiri usaha usaha yang dijalankan oleh organisasi ini untuk mempromosikan alat muzik caklempong. Selain itu, analisis dapat dilakukan sama ada organisasi ini berjaya atau sebaliknya dalam memperkenalkan alat muzik caklempong kepada masyarakat Negeri Sembilan terutamnya golongan muda. Skop seterusnya adalah objek kajian iaitu alat muzik caklempong. Skop ini dipilih adalah untuk mencari konsep sebenar caklempong dan dari mana seta bagaimana warisan ini boleh wujud di Negeri Sembilan. Selain itu, skop ini dipilih adalah untuk melihat peranan alat muzik ini kepada masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan dan bila ianya dimainkan atau dipersembahkan. 9

Skop yang terakhir ialah mencari teknik promosi yang berkesan dalam mempromosikan alat muzik caklempong. Tujuannya adalah untuk mengesan pengunaan promosi yang sesuai bagi mempromosikan caklempong kepada masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Kajian ini menghuraikan adakah teknik promosi yang efektif ini memberi kesan posotif atau negetif di dalam mempromosikan alat muzik caklempong. 1.8 Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dipilih adalah bersesuaian bagi memudahkan pengumpulkan data mengenai alat muzik caklempong. Hal ini juga, membolehkan temubual dilaksanakan dengan informan dan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Lokasi yang pertama adalah di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS). Organisasi ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti - aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Organisasi ini terletak di Taman Budaya Negeri Sembilan di Jalan Sungai Ujong, Seremban. Lokasi ini dipilih kerana terdapat informan yang pakar mengenai Promosi alat muzik caklempong. Hal ini memudahkan temubual dilakukan dan mengumpulkan maklumat tentang caklempong dan cara mempromosikannya. Selain itu, permerhatian dapat dilakukan untuk melihat bagaimana organisasi ini melakukan aktiviti bagi mempromosikan caklempong kepada msyarakat setempat. 10

Kampung Gagu jaraknya 8 kilometer (KM) dari Pekan Kuala Klawang, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Pemandangan kawasan kampung diapit oleh bukit bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun. Kampung Gagu di dipilih kerana kampung ini masih mengekalkan warisan alat muzik caklempong di dalam kehidupan mereka. Di kampung ini juga terdapatnya generasi emas yang pakar mengenai caklempong dan membolehkan kajian lapangan dilaksanakan untuk mengumpulkan data mengenai alat muzik caklempong. Selain itu temubual dapat dilakukan bagi mengumpulkan data mengenai konsep caklempong. Borang soal selidik turut diedarkan di lokasi kajian ini. Lokasi Seterunya adalah Bandar Seremban. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Cara hidup masyarakatnya lebih moden berbanding cara hidup masyarakat Negeri Sembilan di kawasan lain. Faktor ini menyebabkan kawasan ini dipilih di dalm kajian ini bagi memudahkan pengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan JKKNNS dalam mempromosikan caklempong kepada masyarakat setempat. Tujuan pengedaran borang soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk Bandar Seremban terutamnya golongan belia sama ada mengetahui tentang kewujudan alat muzik caklempong atau pun sebaliknya. Selain itu, lokasi ini dipilih adalah kerana JKKNNS terletak di Seremban dan memudahkan proses mengumpulkan data mengenai alat muzik caklempong. 11