Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Earthwork Activities in Private Housing Industry

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

KAJIAN SENI KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU RAJA NORAHAFIZA BINTI RAJA MOHSIN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Faculty of Engineering

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Sistem Bakeri Interaktif

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

MADYA HERAWATI BTE AHMAD. Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Transcription:

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif CABARAN DALAM PROSES PERKEMBANGAN INDUSTRI KRAFTANGAN DI NEGERI SABAH Noor Faeza Binti Nurazam Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan seni ) 2014

TAJUK CABARAN DALAM PROSES PERKEMBANGAN INDUSTRI KRAFTANGAN DI NEGERI SABAH NAMA NOOR FAEZA BINTI NURAZAM Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (2014) i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick ( ) Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day 18 of..2014. June Student s Declaration: I -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- NOOR FAEZA BINTI NURAZAM, 31658, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ----- (PLEASE INDICATE STUDENT S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled --------------------------------------------------------------------------------------------------------- CABARAN DALAM PROSES PERKEMBANGAN INDUNSTRI ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KRAFTANGAN DI NEGERI SABAH -------------------- is my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. 18 June 2014 Date submitted NOOR FAEZA BINTI NURAZAM (31658) Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: I ---------------------------------------------------------- Dr. Qistina Donna Lee Abdullah (SUPERVISOR S NAME) hereby certifies that the CABARAN DALAM PROSES PERKEMBANGAN INDUSTRI KRAFTANGAN work entitled---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- DI NEGERI SABAH ------------- was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/fulfillment for the conferment of --------------------------------------------------------------------------------- BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS ------------------------------------------------ (ARTS MANAGEMENT) (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Received for examination by: Dr. Qistina Donna Lee Abdullah Date: 18 June 2014 ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: (18 June 2014) (18 June 2014) Current Address: KAMPUNG SIKUATI P.O.BOX 305, 89058 KUDAT SABAH. Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services] iii

PENGAKUAN Projek bertajuk Cabaran Dalam Proses Perkembangan Industri Kraftangan Di Negeri Sabah telah disediakan oleh NOOR FAEZA BINTI NURAZAM dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh... Dr. Qistina Donna Lee Abdullah Pensyarah iv Tarikh:... 18 Jun 2014

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertasi ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi lain.... NOOR FAEZA BINTI NURAZAM No. Matrik: 31658 v

PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya bersyukur kehadrat Ilahi, kerana berkat dan limpahnya yang diberikan sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tanpa kurnianya saya tidak akan mungkin dapat melaksanakan penyelidikan ini dengan sempurna. Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Nurazam Bin Juddah dan Puan Ribut Binti Dukimin atas sokongan yang telah mereka berikan dan doa yang mereka panjatkan kepada Ilahi sepanjang penyelidikan dan pengajian saya di UNIMAS. Kepada adik-beradik saya serta ahli keluarga terutama Encik Ismail Tukimin dan Puan Nurazlin Abdullah sekeluarga, dan tidak lupa juga kepada para sahabat sekalung penghargaan buat kalian di atas sokongan kalian. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya Dr. Qistina Donna Lee Abdullah atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sangat berharga buat saya dan tidak akan dilupakan. Seterusnya, setinggi penghargaan juga ingin saya kalungkan kepada setiap responden yang terlibat terutamanya Encik Jaini Lakat dan Puan Jusiliah Suti. Tanpa kerjasama daripada semua saya tidak akan dapat memperolehi sumber maklumat yang berguna untuk menyiapkan penyelidikan ini. Sekian, terima kasih. vi

ABSTRAK Di Sabah, industri kraftangan kian membangun seiring dengan Dasar Hala Tuju Negeri. Industri kraftangan bukan saja berpotensi menjana pendapatan negeri tetapi berupaya meningkatkan ekonomi masyarakat. Tren terkini adalah seperti kemasukan barangan luar negara serta sikap pembeli memberi ancaman kepada industri tersebut. Metodologi kajian ialah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Di akhir penyelidikan cadangan dan kaedah dapat dikemukakan untuk mengatasi kemasukkan barangan kraftangan luar negara dan membantu perkembangan industri melalui pemantapan sokongan masyarakat dalam memupuk sikap membeli barangan kraftangan tempatan. vii

ABSTRACT In Sabah, the handicraft industry has been increasingly developed in conjunction with the policy of the State. Handicraft industry is not only a high potential state s income generator, but it enables able the community to generate their source of income as well. Currently, the latest trend is the entry of foreign products to Malaysia and the attitude of buyers that become a threat to the industry. The research methodology is by quantitative and qualitative methods. At the end of the research, there are recommendations and suggested methods that may help to overcome the incoming of the foreign handicrafts. Hence, this will help the development of the industry through effective strategies that promotes the local community to buy and support our own local handicrafts. viii

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN TAJUK BORANG PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT i ii iv vi vii viii ix BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan atau latar belakang kajian 1 1.1 Definisi Istilah 2 1.2 Objektif Kajian 4 1.3 Skop Kajian 4 1.4 Permasalahan Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 7 1.6 Batasan Kajian 8 1.7 Sorotan Kesusasteraan 8 1.8 Metodologi Kajian 9 1.9 Kesimpulan 10 ix

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.0 Pengenalan 11 2.1 Kandungan Kajian 11 2.2 Industri Kraftangan 2..1 Pengurusan Strategik 12 2.2.2 Pemasaran 13 2.2.3 Promosi 15 2.2.4 Cabaran Industri 16 2.2.5 Permintaan 17 2.2.6 Pembekal 18 2.2.7 Industri Budaya dan Kreatif 19 2.3 Masyarakat 2.3.1 Pembeli 20 2.3.2 Tabiat Pembeli 21 2.3.3 Faktor Pembelian 21 2.3.4 Barangan Buatan Tempatan 22 2.4 Pengurusan risiko 22 2.5 Perkembangan Ekonomi 2.5.1 Perkembangan industri 23 2.6 Kesimpulan 25 x

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 26 3.1 Lokasi Kajian 27 3.2 Sumber Data 28 3.3 Data Primer 30 3.3.1 Kuantitatif 30 3.3.2 Kualitatif 31 3.4 Data Sekunder 32 3.5 Populasi 32 3.6 Persampelan 33 3.7 Instrumen Kajian 34 3.8 Limitasi Kajian 35 3.9 Kesimpulan 36 BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 37 4.1 Analisa temuramah 37 4.1.1 Analisa temuramah bersama responden 37 4.3 Analisa soal selidik 42 4.4 Kesimpulan 64 xi

BAB 5 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 66 5.1 Perbincangan 66 5.1.1 faktor kemasukan barangan kraftangan luar 66 5.1.2 langkah mengatasi lambakan kraftangan luar 69 5.1.3 sokongan masyarakat 70 5.2 Rumusan 75 5.3 Cadangan 76 5.4 Kesimpulan 82 RUJUKAN 83 LAMPIRAN 85 xii

SENARAI RAJAH RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 4.1 Peratus berdasarkan jantina responden 44 Rajah 4.2 Responden berdasarkan bangsa 45 Rajah 4.3 Jumlah kekerap membeli produk kraftangan dalam 46 setahun Rajah 4.4 Faktor yang mempengaruhi tabiat pembelian ketika 47 responden membeli produk kraftangan Rajah 4.5 Pengetahuan mengenai isu kemasukan lambakan 48 barangan kraftangan dari negara luar Rajah 4.6 Medium penyebaran maklumat 49 Rajah 4.7 Pandangan mengenai isu kemasukan barangan produk 50 kraftangan luar ke dalam industri kraftangan tempatan Rajah 4.8 Kemasukan kraftangan dari negara luar memberikan 51 kesan negatif kepada industri kraftangan tempatan Rajah 4.9 Pembelian produk kraftangan luar menyokong 52 kemasukan produk kraftangan dari negara luar ke dalam industri tempatan Rajah 4.10 Ciri-ciri produk kraftangan tempatan mudah dibezakan 54 dengan produk tiruan yang dibawa masuk daripada negara luar Rajah 4.11 Produk kraftangan tempatan lebih berkualiti berbanding 55 dengan produk kraftangan dari luar Rajah 4.12 Masyarakat seharusnya membeli produk kraftangan 56 tempatan walaupun dijual dengan harga yang tinggi dengan nilai kualiti yang tinggi Rajah 4.13 Masyarakat lebih gemar membeli produk kraftangan 58 dari negara luar xiii

Rajah 4.14 Faktor harga yang lebih murah penyebab pembeli 59 memilih untuk membeli produk kraftangan luar Rajah 4.15 Usaha-usaha yang lebih ketat harus diambil bagi 60 memghalang kemasukkan produk kraftangan tiruan dari negara luar Rajah 4.16 Keberhasilan dalam memupuk sikap membeli barangan 61 buatan tempatan di kalangan masyarakat tempatan Rajah 4.17 Cadangan bagi langkah mengatasi cabaran dalam industri 62 kraftangan di negeri Sabah xiv

SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 1.1 Permasalahan kajian, persoalan kajian dan 14 objektif kajian Jadual 4.1 Peratus berdasarkan jantina responden 44 Jadual 4.2 Responden berdasarkan bangsa 45 Jadual 4.3 Jumlah kekerap membeli produk kraftangan dalam 46 setahun Jadual 4.4 Faktor yang mempengaruhi tabiat pembelian ketika 47 responden membeli produk kraftangan Jadual 4.5 Pengetahuan mengenai isu kemasukan lambakan 48 barangan kraftangan dari negara luar Jadual 4.6 Medium penyebaran maklumat 49 Jadual 4.7 Pandangan mengenai isu kemasukan barangan produk 50 kraftangan luar ke dalam industri kraftangan tempatan Jadual 4.8 Kemasukan kraftangan dari negara luar memberikan 51 kesan negatif kepada industri kraftangan tempatan Jadual 4.9 Pembelian produk kraftangan luar menyokong 52 kemasukan produk kraftangan dari negara luar ke dalam industri tempatan Jadual 4.10 Ciri-ciri produk kraftangan tempatan mudah dibezakan 54 dengan produk tiruan yang dibawa masuk daripada negara luar Jadual 4.11 Produk kraftangan tempatan lebih berkualiti berbanding 55 dengan produk kraftangan dari luar Jadual 4.12 Masyarakat seharusnya membeli produk kraftangan 56 tempatan walaupun dijual dengan harga yang tinggi dengan nilai kualiti yang tinggi xv

Jadual 4.13 Masyarakat lebih gemar membeli produk kraftangan 58 dari negara luar Jadual 4.14 Faktor harga yang lebih murah penyebab pembeli 59 memilih untuk membeli produk kraftangan luar Jadual 4.15 Usaha-usaha yang lebih ketat harus diambil bagi 60 memghalang kemasukkan produk kraftangan tiruan dari negara luar Jadual 4.16 Keberhasilan dalam memupuk sikap membeli barangan 61 buatan tempatan di kalangan masyarakat tempatan Jadual 4.17 Cadangan bagi langkah mengatasi cabaran dalam industri 62 kraftangan di negeri Sabah xvi

SENARAI SIMBOL SIMBOL MAKSUD % Peratus KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar PPF Frontier Kemungkinan Pengeluaran SPSS Statistical Package for the Social Sciences ASEAN Association of Southeast Asian Nations PBT Pihak Berkuasa Tempatan PKKM Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia xvii

BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN ATAU LATAR BELAKANG KAJIAN Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam Malaysia yang terletak di utara Kepulauan Borneo dan mendapat gelaran Negeri di bawah bayu. Sabah memiliki kelebihan dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Negeri ini tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi malah kaya dengan kebudayaan dan kesenian masyarakatnya. Kewujudan masyarakat majmuk membolehkan kita menikmati keunikan dan keindahan yang terdapat di Sabah. Walaupun Sabah kaya dengan kesenian dan kebudayaan terdapat juga perbezaan yang ketara antara satu sama lain. Kewujudan pelbagai masyarakat majmuk tersebut membolehkan Sabah menjadi salah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian kraftangan. Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan. Fungsi kraftangan yang di miliki masyarakat asli di sabah asalnya bertujuan untuk melindungi atau berteduh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik. Mereka menghasilkan pelbagai jenis barangan tetapi lebih menumpukan kepada fungsi barang tersebut tidak kepada perhiasan. Benda-benda yang di hasilkan meliputi kelengkapan rumah, alat buruan, alat pertanian dan upacara ritual atau keagamaan. Penghasilan kraf tangan mereka bergantung kepada sumber alam semulajadi dan keperluan dari budaya mereka. Kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya mempunyai jenis-jenis yang luas dan pelbagai. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat utilitarian tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain. 1

Keadaan bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan. Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah (termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan. Labu pahit yang terdapat di tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan suku kaum dusun, walaupun ia juga ada dihasilkan di tempattempat lain. Antara bahan kraftangan yang sering digunakan adalah rotan. Rotan merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Selain itu, bahan untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nenas, pisang atau kelapa. Di Sabah industri kraftangan kian membangunkan seiring dengan Dasar Hala tuju Negeri yang memfokuskan sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan. Industri kraftangan bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan negeri tetapi juga berupaya meningkatkan ekonomi rakyat. Kepelbagaian produk kraftangan mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang berkunjung ke negeri Sabah. Namun di dalam proses perkembangan tersebut terdapat pelbagai cabaran yang wujud dan mampu untuk menggugat kejayaan industri tersebut. Kemasukan barangan kraftangan dari negara luar menjadi salah satu cabaran utama bagi indutri ini. Persaingan yang wujud diantara produk-produk ini serba sedikit menjejaskan prestasi penjualan produk kraftangan tempatan. Selain itu sikap masyarakat, pembeli dan penjual juga menjadi faktor isu ini semakin membimbangkan. 1.1 DEFINISI ISTILAH PERMASALAHAN, PROSES, PERKEMBANGAN, INDUSTRI, KRAFTANGAN. 1.1.1 Permasalahan Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi Ketiga, masalah merupakan sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Permasalahan pula membawa maksud sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah dan persoalan. 2

1.1.2 Proses Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi Ketiga proses merupakan perubahanperubahan atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perkembangan atau perjalanan sesuatu. 1.1.3 Perkembangan Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi Ketiga perkembangan merupakan sesuatu perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas dan sebagainya), pertumbuhan dan kemajuan. 1.1.4 Industri Menurut penulisan Padhi P. K. di dalam buku Buruh Dan Undang-Undang Perindustrian (2012), bahagian pertama industri definisi merujuk kepada lima aktiviti, iaitu, perniagaan, perdagangan, aku janji, pengeluar atau panggilan. Ungkapan perniagaan adalah lebih luas daripada perdagangan. Urus Niaga bermaksud sebagai perusahaan yang merupakan satu pekerjaan yang berbeza daripada kesenangan. Perdagangan dalam konteks ini dalam erti kata utamanya adalah bermakna pertukaran barangan bagi barangan atau barangan untuk wang dan makna sekunder berkenaan mana-mana perniagaan yang dijalankan dengan tujuan untuk membuat keuntungan, sama ada manual, atau bersifat perdagangan, yang dibezakan daripada seni liberal atau profesion pembelajaran. Perkataan akujanji dalam konteks definisi bermaksud mana-mana perniagaan, apaapa kerja atau projek yang mana terlibat di dalam atau percubaan sebagai perusahaan seakan perniagaan atau perdagangan. Panggilan menandakan yang berikut merupakan profesion atau perdagangan. 1.1.5 Kraftangan Menurut perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, kraftangan di definisikan sebagai "Keluaran Kraftangan" yang ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses 3

yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran. Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi Ketiga, perkataan kraf membawa maksud perusahaan (kerja, seni) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan, manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan (kerja, seni) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Setiap kajian yang dijalankan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan ini. Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji faktor lambakan kemasukan barangan kraftangan dari negara luar ke dalam industri pasaran tempatan di negeri Sabah. Ini bertujuan untuk mengetahui faktor utama yang mendorong kemasukkan barangan kraftangan luar tersebut. Objektif yang kedua adalah untuk mengenalpasti langkah bagi mengatasi lambakan barangan kraftangan dari luar yang mengancam perkembangan industri kraftangan tempatan. Apabila faktor yang mencetuskan isu ini dapat dikenalpasti, cadangan bagi langkah membendung isu ini akan dapat diketengahkan. Proses dalam mengenalpasti langkah bagi mengatasi isu ini amat penting untuk dilaksanakan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi cabaran utama yang di hadapai oleh industri kraftangan di negeri ini. Selain itu, kajian ini dijalankan juga bertujuan untuk menganalisis langkah bagi membantu perkembangan industri kraftangan tempatan melalui sokongan masyarakat dalam memupuk sikap membeli barangan buatan tempatan. Ini bertujuan untuk mengkaji langkah bagi menggalakkan masyarakat dan penggemar kraftangan untuk terus menyokong industri kraftangan tempatan dengan mengamalkan sikap membeli produk kraftangan tempatan yang dipasarkan di dalam pasaran tempatan. 1.3 SKOP KAJIAN Berdasarkan objektif kajian, skop kajian ditumpukan kepada tajuk utama kajian iaitu penyelidikan yang berkaitan dengan cabaran dalam proses perkembangan industri kraftangan di negeri Sabah. Terlebih dahulu kajian ini akan meliputi dan tertumpu kepada kajian untuk mengkaji ciri-ciri industri kraftangan tempatan di Sabah yang merangkumi konsep dan imej bagi industri tersebut. 4

Bagi membantu penyelidikan yang dijalankan bersesuaian dengan aspek yang akan dikaji di dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menjalankan kajian di Sabah khasnya. Kajian ini bertujuan bagi mendapatkan pelbagai maklumat sebagai bahan bukti kepada aspek yang dikaji. Lokasi kajian yang telah di ditetapkan oleh pengkaji adalah di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sabah dan Pasar kraftangan Kota Kinabalu Sabah. Pengkaji juga akan membuat pemerhatian kajian secara umunya di lokasi seperti pasar-pasar kraftangan yang terdapat di sekitar negeri Sabah. Kajian dijalankan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sabah bagi mengumpul maklumat mengenai industri kraftangan di Sabah. Pusat ini terletak di Blok A, Lot 1&2, Lorong Buah Salak, Hiong Tiong Industrial Centre, KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu, Sabah yang berfungsi sebagai sebagai agensi peneraju kraf di negeri ini. Pengkaji juga akan menjalankan kajian di Pasar kraftangan Kota Kinabalu yang merupakan pusat utama penjualan hasil kraftangan Sabah. Pasar ini terletak di Jalan Tuan Fuad Stephen di Kota Kinabalu. Kajian dijalankan di lokasi ini bertujuan untuk mengumpul informasi dan maklumat mengenai aktiviti penjualan di dalam industri tersebut. 1.4 PERMASALAHAN KAJIAN Dalam kajian ini, permasalahan yang dikenalpasti di dalam proses perkembangan industri kraftangan di negeri Sabah adalah kemasukan dan lambakan barangan luar serta sikap pembeli yang memberikan ancaman kepada industri kraftangan di Sabah. Menurut Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan menerusi akhbar Utusan Malaysia, kemasukan dan lambakan barangan kraftangan dari negara luar merupakan salah satu faktor yang menjadi pembunuh kepada industri kraftangan di Malaysia. Hal ini kerana, barangan kraftangan yang dibawa dari luar negara seakan sama dengan kraftangan keluaran tempatan. Sebagai contoh, produk dari negara Indonesia adalah salah satu produk yang hampir sama dengan barangan kraftangan keluaran tempatan. Selain daripada itu, saban hari kemasukkan barangan dari negara luar semakin bertambah dan dijual dengan harga yang lebih murah daripada produk asli kraftangan tempatan. Oleh kerana faktor tersebut industri kraftangan tempatan mengalami masalah. Apabila berlaku isu kemasukkan barangan daripada negara luar peniaga kraftangan 5

tempatan juga turut memanipulasikan peluang tersebut dengan mengakui bahawa produk luar tersebut adalah produk buatan asli tempatan dan menjual produk tersebut di dalam pasaran tempatan. Selain daripada itu menurut Datuk Sohaimi Shahadan, sikap masyarakat yang kurang ambil peduli tentang produk buatan tempatan juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh industri kraftangan di negeri ini. Penduduk tempatan lebih cenderung untuk membeli produk kraftangan yang dibawa daripada luar. Hal ini kerana produk kraftangan yang dibawa daripada luar dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan produk kraftangan tempatan. Selain itu ciri-ciri produk yang ditawarkan pada produk kraftangan luar lebih menarik berbanding produk kraftangan tempatan. Jadual 1.1: Permasalahan kajian, persoalan kajian dan objektif kajian BIL Permasalahan Kajian Persoalan Kajian Objektif Kajian 1 Kemasukan dan lambakan barangan luar memberikan ancaman kepada industri kraftangan di Sabah. 1(i) Apakah faktor yang menyebabkan barangan kraftangan luar dapat memasuki pasaran tempatan? 1. (ii) Bagaimanakah langkah mengatasi kemasukkan lambakan barangan kraftangan luar yang mengancam perkembangan industri kraftangan tempatan? 1. (i) Mengkaji faktor kemasukan barangan kraftangan luar ke dalam pasaran tempatan. (ii) Mengenalpasti langkah mengatasi lambakan barangan kraftangan luar yang mengancam perkembangan industri kraftangan tempatan. 2 Sikap masyarakat yang kurang ambil peduli tentang produk buatan tempatan. 2. (i) Mengapakah kurang sokongan daripada penduduk tempatan dalam membeli barangan tempatan? 2. (i) Menganalisis langkah bagi membantu perkembangan industri kraftangan tempatan melalui sokongan masyarakat dalam memupuk sikap membeli barangan buatan tempatan. 6