PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]


PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Sistem Bakeri Interaktif

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Faculty of Engineering

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

Transcription:

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU Mohamad Shahrizal Bin Abd Ghafar Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2015 I

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick ( ) Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day of..2015. Student s Declaration: I --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR, 36985, FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF ---------- (PLEASE INDICATE STUDENT S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled ----------------------------------------------------------------------------------------- PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. ------------------------------------------------------------------------------ KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU is my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. Date submitted MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR (36985) Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: I ---------------------------------------------------------------- DR. NORIA ANAK TUGANG (SUPERVISOR S NAME) hereby certifies that the work entitled ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL ----------------------------------------------------- KUALA TERENGGANU (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/full fulfillment for the conferment of ------------ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (PENGURUSAN SENI) (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Received for examination by: DR. NORIA TUGANG Date: (Name of the supervisor) II

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature (Date) Supervisor signature: (Date) Current Address: NO 213, JALAN PENGKALAN MERBAU SUNGAI TONG SETIU, 21500 BANDAR PERMAISURI TERENGGANU Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services] III

Projek bertajuk PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU telah disediakan oleh MOHAMAD SHAHRIZAL BIN ABD GHAFAR dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh (Dr. Noria Anak Tugang) Penyelia Projek Tahun Akhir Tarikh: IV

PENGHARGAAN Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan kajian ini dengan lancar dan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kajian ini. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Pengurusan Seni, terutama sekali kepada Penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu Dr. Noria Anak Tugang yang telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan semangat sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tanpa ajar daripada beliau mungkin kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pensyarah yang memberi sepenuhnya tanggungjawab dan komitmen dalam membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya. Selain itu, jutaan terima kasih ditujukan kepada keluarga di atas pengorbanan mereka dalam memberi nasihat, semangat, bimbingan dan dorongan serta bantuan kewangan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa berkat dan doa mereka tidak mungkin saya berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada informan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. V

ISI KANDUNGAN PERKARA JUDUL BORANG PENGESAHAN PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA PENGHARGAAN SENARAI GAMBAR ABSTRAK MUKA SURAT i ii iv v x xiii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Skop Kajian 5 1.5 Lokasi Kajian 5 1.6 Batasan Kajian 8 1.7 Kerangka Konseptual 10 1.8 Kepentingan Kajian 17 1.9 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 18 VI

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 20 2.2 Ciri-Ciri Seni Bina 20 2.3 Pengaruh 22 2.4 Simbol 26 2.5 Seni Bina 27 2.6 Motif 29 2.7 Masjid 31 2.8 Ukiran 32 2.9 Rumusan 33 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 34 3.2 Kajian Keperpustakaan 35 3.3 Kaedah Kerja Lapangan 36 3.4 Intrumen Kajian 37 3.5 Rumusan 39 VII

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 40 4.2 Analisis Data 40 4.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian 52 4.4 Rumusan 79 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN 5.1 Kesimpulan 80 5.2 Cadangan 84 Senarai Rujukan 88 Lampiran VIII

SENARAI GAMBAR Gambar 1.1 : Peta Pulau Wan Man Kuala Terengganu 6 Gambar 1.2 : Peta lokasi Pulau Wan Man di dalam negeri Terengganu 7 Gambar 1.3 : Kedudukan Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu 7 Gambar 1.4 : Kerangka Konseptual kajian lapangan di Masjid Kristal 10 Gambar 4.1 : Informan pertama, Ustaz Wan Moha Ridhwan Bin Wan Azam 42 Gambar 4.2 : Informan kedua, Cik Wan Nur Mariam 44 Gambar 4.3 : Motif ukiran Bunga Telipok dari dalam Masjid Kristal 53 Gambar 4.4 : Motif ukiran Bunga Telipok dari belah dalam Masjid Kristal 53 Gambar 4.5 : Motif ukiran Bunga Telipok dari Sebelah Luar 54 Gambar 4.6 : Ruang keluar masuk udara dari dalam Masjid Kristal 55 (Motif ukiran Bunga Tanjung) Gambar 4.7 : Motif ukiran Bunga Tanjung pada Penghadang solat antara 56 wanita dan lelaki Gambar 4.8 : Motif ukiran Bunga Tanjung pada ruang atas pintu keluar 56 masuk Gambar 4.9 : Bentuk motif bunga tanjung pada konsep asalnya 58 Gambar 4.10: Ukiran Bunga Kerawang di bahagian luar dinding Masjid 59 Kristal Gambar 4.11 : Ukiran Bunga Kerawang pada bahagian siling Masjid Kristal 60 dari jarak jauh Gambar 4.12 : Ukiran Bunga Kerawang dari jarak dekat pada siling Masjid 61 Kristal. IX

Gambar 4.13 : Ukiran Bunga Kerawang pada pemegang pintu utama 62 Masjid Kristal Gambar 4.14 : Ukiran Bunga Kerawang pada cermin di sekeliling Masjid 63 Kristal Gambar 4.15 : Ukiran Jejari Buaya pada mimbar Masjid Kristal 64 Gambar 4.16 : Ukiran Jejari Buaya pada bahagian Atas bumbung mimbar 64 Masjid Kristal Gambar 4.17 : jenis pasak dan saiznya 65 Gambar 4.18 : pasak setelah di lekatkan pada bahagian Mimbar Masjid 65 Kristal Gambar 4.19 : Seni Ukiran Kaligrafi ( Ali Imran - 189,190,191)pada 66 bahagian bawah kubah Masjid Kristal dari jarak jauh Gambar 4.20 : Seni Ukiran Kaligrafi ( Ali Imran - 189,190,191) pada 66 bahagian bawah kubah Masjid Kristal dari jarak dekat Gambar 4.21 : Seni ukiran kaligrafi ( Al Ankabut - 56) pada 67 bahagian pintu utama Masjid Kristal Gambar 4.22 : Seni ukiran Kaligrafi ( Al Bayyinah - 5) pada bahagian 67 Mehrab Masjid Kristal Gambar 4.23 : Bentuk simbol bulan pada menara Masjid Kristal 68 Gambar 4.24 : Mimbar Masjid Kristal, dipuncak mimbar tersebut mempunyai 69 simbol bulan sabit Gambar 4.25 : Kubah Masjid Kristal (di tengah merupakan kubah utama 70 Masjid Kristal) Gambar 4.26 : Struktur kubah dari dalam Masjid Kristal 72 X

Gambar 4.27 : Ruang besar berhadapan dengan ruang mihrab (utama) 73 Gambar 4.28 : Ruang kawasan mihrab (utama) 74 Gambar 4.29 : Ruang besar di bahagian tengah 75 Gambar 4.30 : Bahagian ruang solat wanita dari jarak jauh 75 Gambar 4.31 : Ruang sudut maklumat dibahagian penjuru sebelah kanan 76 Gambar 4.32 : Ruang solat wanita (penghadang antara lelaki dan perempuan) 77 Gambar 4.33 : Ruang berwuduk 78 XI

ABSTRAK Simbolisme pada Masjid Kristal merupakan unsur seni yang terdapat padanya iaitu seperti simbol, motif ukiran dan konsep ruang yang digunakan terhadap masjid tersebut. Tajuk ini dikaji bertujuan untuk merungkai sejauh mana kita mengenali seni-seni ini yang kian dilupakan oleh golongan muda sekarang. Pengaruh simbolisme seni bina ini dikaji untuk mengetahui sejauh mana pengaruh tempatan digunakan pada Masjid Kristal dan konsep yang digunakan sama atau tidak dengan konsep masjid yang lain seperti konsep tradisional ataupun moden. XII

ABSTRACT Crystal Mosque symbolism in the art that there are elements on it that like symbols, motifs and carving space concepts used against the mosque. This title is also aimed to dismantling examined the extent to which we recognize the arts are increasingly forgotten by the younger generation now. The influence of Architecture symbolism is examined to determine the extent of the local use on the Crystal Mosque and concepts used together or not with the concepts such as the concept of the mosque traditional or modern. XIII

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam pengenalan ini pengkaji akan mengolahkan tentang latar belakang tajuk yang akan dikaji dan menerangkan tentang pilihan tajuk yang telah dipilih secara lebih terperinci lagi. Dari segi sudut pandang khusus ini adalah sangat penting kepada pengkajipengkaji yang ingin membuat kajian dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu benda yang akan dikaji. Dalam tajuk Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid kajian kes Masjid Kristal Kuala Terengganu ia telah dibuat mengikut kaedah dan turutan yang telah dirancang. Selain itu, pengkaji juga akan mengkaji dengan lebih terperinci lagi tentang tajuk-tajuk kajian yang lepas untuk menghasilkan penemuan kajian yang baru dalam penyelidikan tentang tajuk yang telah dipilih. Di samping itu, dengan adanya penyelidikan seperti ini ia akan memudahkan lagi para pengkaji mengkaji tentang tajuk kajian dengan lebih mendalam serta mencari punca dan masalah yang ingin dikaji oleh pegkaji. Justeru itu, dengan adanya perancangan yang telah dibuat akan lebih memudahkan lagi pengkaji dalam membuat kajian mengikut bab yang telah disusun. Taman Tamadun Islam bukti keunggulan seni bina Islam. Sekarang, kita tidak perlu bersusah lagi untuk ke luar negara bagi melihat keindahan kesenian seni bina masjid kerana kesemuanya lengkap ada di Malaysia atau lebih tepat lagi di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam yang telah dibina menelan perbelanjaan sebanyak RM 249.3 juta yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri 1

kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, menjanjikan keindahan, keunikan, dan kehalusan kesenian seni bina yang berasaskan Islam. Keunikan Taman Tamadun Islam sudah semestinya dengan wujudnya sebuah masjid dinamakan Masjid Kristal yang terapung serta 23 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, termasuk Al-Hambra (Sepanyol), Masjid Sultan Omar Ali saifuddin (Brunei Darussalam), Masjid Kubah Al-Sakhra, Baitulmaqdis (Palestin). Antara monumen-monumen ini yang paling tersengang indah adalah Masjid Kristal yang dijadikan ikon Taman Tamadun Islam dengan ciri dan reka bentuk keseluruhannya yang menarik dan indah. Terletak di muara sungai Terengganu, Lokasi Taman Tamadun Islam strategik dan mudah dihubungi dengan destinasi pelancongan lain seperti Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Heritage Trail (Bukit Puteri, Kedai Payang dan kampung Cina). Pulau Wan Man berhampiran Kampung Losong, Kuala Terengganu pada asalnya hanyalah Sebuah Pulau yang langsung tidak berpenghuni, hanya dipenuhi dengan hutan nipah dan dianggap "berhantu" oleh penduduk setempat. Namun kini, pulau yang dianggap sepi dan "berhantu" menjadi tumpuan ribuan pengunjung selepas mercu tanda baru Taman Tamadun Islam yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan kesenian seni bina Islam dari seluruh pelusuk dunia, bakal mengubah wajah pulau itu dengan sekelip mata. 2

1.2 Permasalahan kajian Seperti yang kita sedia maklum, tempat beribadat bagi umat Islam dan juga dikenali sebagai rumah Allah adalah masjid dan penghulu kepada semua hari ialah hari jumaat. Bagi setiap hari jumaat kaum lelaki perlulah ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk mengadakan himpunan dan tempat pertemuan umat Islam di kawasan itu. Masjid Kristal telahpun menjadi ikon kepada Terengganu sebagai tempat destinasi lawatan yang amat berguna kepada penggemarpenggemar keindahan ciptaan seni bina akan menggunakan konsep yang sama iaitu sebagai tempat ilmuan berkumpul. Sebuah masjid yang dibina haruslah mempunyai identiti dan jati diri yang terdapat pada seni bina dan struktur bentuk masjid. Sebagai contoh masjid-masjid yang terdapat di seluruh pelusuk dunia ini. Permasalahan yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah sukar untuk mengenalpasti bentuk-bentuk motif ukiran pada Masjid Kristal. Hal ini demikian kerana, setiap motif ukiran yang digunakan pada dinding masjid begitu susah untuk ditafsirkan. Selain itu, permasalah yang seterusnya ialah, simbol yang digunakan pada Masjid Kristal berbeza dengan masjid yang lain. Hal ini demikian kerana, simbol yang digunakan pada Masjid Kristal tidak begitu jelas dan menjadi pertanyaan kepada para pelawat yang datang ke masjid tersebut. 3

Permasalahan yang ke tiga ialah, konsep ruang yang digunakan pada Masjid Kristal mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana, semasa pengkaji membuat kajian lapangan di tempat kajian, pengkaji mendapati, beberapa acara sedang dijalankan di dalam masjid tersebut. Setiap ruang yang ada di dalam masjid, terdapat berlainan acara majlis yang dilakukan. Hal ini menyebabkan pengkaji ingin menganalisa konsep ruang yang digunakan pada masjid tersebut. 1.3 Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif yang mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid Kristal. Antara Objektif Kajian ialah:- i. Mengenalpasti bentuk motif ukiran yang digunakan terhadap Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. ii. iii. Mengkaji bentuk simbol pada Seni Bina Masjid Kristal. Menganalisa konsep ruang yang terdapat di dalam Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. 4

1.4 Skop Kajian Skop kajian ini memfokuskan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu sebagai tempat kajian kes pengkaji. Selain itu simbolisme seni bina pada Masjid Kristal menjadi aspek utama dalam kajian ini. Tambahan pula skop kajian ini hanya tertumpu kepada simbol yang terdapat pada Masjid Kristal sahaja. Pengkaji menfokuskan simbolisme yang terdapat pada masjid seperti motif ukiran, simbol dan konsep ruang yang digunakan terhadap Masjid Kristal. Pengkaji hanya mengunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini seperti kajian perpustakaan, kaedah kajian turut serta dan kaedah temubual. 1.5 Lokasi Kajian Lokasi kajian yang telah dijalankan adalah di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Lokasi kajian ini lebih tertumpu kepada kawasan di sekitar Pulau Wan Man. Masjid Kristal telah dibina di atas pulau yang dinamakan Pulau Wan Man iaitu yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Manakala satu-satunya jalan yang menghubungkan ke kawasan Pulau Wan Man adalah Kampung Losong yang terletak berhampiran pulau tersebut. Kawasan ini begitu pesat dengan pengunjung yang hadir kerana kawasan tersebut begitu hampir dengan Muzium Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Muzium Losong. Pulau ini pada dahulunya tidak berpenghuni dan ia hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara bagi nelayan untuk berehat dan membetulkan pukat yang tersimpul. Sesetengah mengatakan pulau ini tidak berpenghuni kerana kawasannya yang keras dan mistik menyebabkan tiada sesiapa yang berani tinggal di sana. Hal ini menyebabkan kawasan ini terbiar dan dipenuhi dengan semak samun. 5

Kerajaan Terengganu mengambil inisiatif dengan memperlihatkan kawasan tersebut boleh dikomersialkan dan dijadikan tempat destinasi lawatan para pelancong asing mahupun tempatan dengan membina Taman Tamadun Islam di atas pulau tersebut. Manakala Masjid Kristal pula dijadikan mercu tanda di Taman Tamadun Islam. Gambar 1.1 : Peta Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Sumber : Internet (http://musafirhomestaygongbadak.blogspot.com) 6

Gambar 1.2 : Peta lokasi Pulau Wan Man di dalam negeri Terengganu Sumber : Internet (http://www.wonderfulmalaysia.com) Gambar 1.3 : kedudukan Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Sumber : Internet (http://homestaylosongsiakap.blogspot.com) 7

1.6 Batasan Kajian Dalam menjalankan kajian mengenai Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid. Kajian Kes Masjid Kristal Kuala Terengganu, pengkaji mengalami beberapa perkara yang menjadi batasan kepada pengkaji. Pengkaji telah memfokuskan kepada beberapa batasan iaitu:- (i) Informasi Pengkaji mengalami kesukaran untuk mencari informasi yang sesuai bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan seni bina Masjid Kristal. Hal ini demikian kerana, semasa menjalankan kajian pengkaji tidak dapat berjumpa dengan pihak pengurusan Taman Tamadun Islam yang menjaga bahagian Masjid Kristal. Kebanyakan mereka yang menjaga tidak dapat menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan pengaruh seni bina masjid tersebut kerana mereka bukanlah pakar dalam bidang tersebut. (ii) Bahan Rujukan Pengkaji mengalami masalah untuk mencari bahan rujukan berkaitan dengan pengaruh simbolisme seni bina. Perpustakaan awam di sekitar Kuala Terengganu amat terhad dan pengkaji terpaksa bertanya dengan penduduk sekitar tetapi malangnya penduduk sekitar tidak dapat memberikan informasi yang jelas tentang pengaruh simbolisme terhadap seni bina Masjid Kristal kerana, ramai pakar-pakar ukir tradisional telahpun meninggal dan hanya segelintir sahaja yang ada, malangnya tidak mengusahakan lagi. 8

(iii) Faktor Geografi Faktor geografi juga menjadi salah satu faktor dalam batasan kajian pengkaji. Hal ini kerana, jarak diantara rumah dan tempat kajian pengkaji amat jauh. Pengkaji tinggal di luar bandar (Daerah Setiu) manakala tempat kajian pengkaji berada di kawasan bandar (Daerah Kuala Terengganu). Selain itu, keadaan jalan raya yang berliku-liku dan tidak rata menyebabkan pengkaji terbatas untuk sampai ke tempat kajian. (iv) Faktor Kewangan Faktor kewangan turut menjadi batasan kajian pada pengkaji. Hal ini kerana, pengkaji merupakan pelajar di Universiti dan tiada sumber pendapatan yang tetap untuk pengkaji menggunakan dana kewangan dalam melakukan kajian. 9

1.7 Kerangka Konseptual Gambar 1.4 : Kerangka Konseptual kajian lapangan di Masjid Kristal. Sumber : Data Kuantitatif: Pengaruh Simbolisme Seni Bina Pada Masjid, Kajian Kes Masjid Kristal Kuala Terengganu. Sumber Informan : Ustaz Wan Mohd Ridhuan Iman Manaf Bin Muda Cik Wan Nur Mariam Cik farhana 10