AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI


PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Survey on Perak and Selangor 3 messages

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Sistem Bakeri Interaktif

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERBANDINGAN PENGUJARAN KATA-KATA DUA SUBDIALEK TERENGGANU

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Transcription:

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama penulis : MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN Tarikh : 30 APRIL 2009

iii DEDIKASI Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang Dengan keizinannya jua, Ku bersyukur atas segala rahmatnya, Dengan keizinannya jua maka dapatlah ku siapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Dedikasi dan istimewa kajian ini ku abadikan buat... Untuk Bondaku yang tersayang dan kusanjungi Pn. Zainon Binti Ibrahim Doronganmu sumber inspirasiku dan pengorbananmu adalah kurniaan yang paling berharga dalam hidupku Kepada Allahyarham Ayahandaku Abd Rahman Bin Abdullah (walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu) Kepada adik-beradikku, Abangku (Kamaruzaman Bin Abd Rahman), Kakakku (Zulina Binti Abd Rahman dan Zaini Binti Abd Rahman) Juga kepada Ayah Long dan Mak Long yang banyak membantu kami sekeluarga Terima kasih atas segala pengorbanan kalian Sesungguhnya kalianlah yang mengajar dan mendidikku mengenal erti kehidupan dan sentiasa mendoakan kejayaanku Buat ahli keluargaku, Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah dan rahmat serta HidayahNYA kepada kalian Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian. KepadaMu jua Ya Allah (S.W.T) ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar termakbul segala cita-cita...

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdullillah pertamanya panjat kesyukuran kehadrat Ilahi Allah s.w.t yang maha Esa dan maha bijaksana mengatur peraturan alam ini kerana berkat Hidayah dan InayahNYA dapat juga saya menyiapkan kajian bagi Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam juga kepada junjungan penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. Sekalung budi penghargaan kepada pensyarah pembimbing kajian saya DR.M.AL-MUZZAMMIL BIN YASIN yang telah banyak meluangkan masa membimbing, tunjuk ajar dan cadangan dalam menyiapkan projek kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada guru besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM kerana sudi memberikan sepenuh kerjasama semasa kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan serta individuindividu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perundingan berprinsip dalam kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM Skudai. Sejumlah 73 orang responden dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 20 item, yang dibina berdasarkan prinsip perundingan yang dibangunkan dan disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen yang dihasilkan ialah 0.9199. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi semua dimensi yang dikaji adalah 0.7865 (Memisahkan Pelaku Daripada Masalah), 0.7978 (Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan), 0.8542 (Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama) dan 0.6275 (Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan prinsip Memisahkan Pelaku daripada Masalah adalah pada tahap yang paling tinggi (nilai min: 4.46), diikuti oleh prinsip Menekankan Penggunaan Kriteria Objektif (nilai min: 4.29), prinsip Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama (nilai min: 4.22) dan prinsip Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (nilai min: 4.21). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip berdasarkan faktor umur responden. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip responden berdasarkan faktor jantina dan faktor pengalaman. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.

vi ABSTRACT The purpose of this study was to identify the levels of principle negotiation practices among headmasters in the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) at UTM, Skudai. A total of 73 respondents were involved in answering a 20 item questionnaire which was constructed based on Fisher, Ury and Patton (1991) conception of principled negotiation. The Alpha Cronbach coefficient value for the instrument was 0.9199. The Alpha Cronbach coefficient values for all dimension studied were 0.7865 (Separate the People from the Problem), 0.7978 (Focus on Interest Not Position), 0.8542 (Invent Option for Mutual Gain), and 0.6275 (Insist On Using Objective Criteria). The results from this study showed that the Separate the People from the Problem principle was practiced at the highest level (mean values: 4.46), followed by Insist on Using Objective Criteria principle (mean value: 4.29), Invent Option for Mutual Gain principle (mean value: 4.22) and Focus on Interest Not Position principled (mean value: 4.21). The result showed that there was a significant difference between the practice of principle negotiation based on respondent s age factor. The results also showed that there were no significant differences in respondents practices of principle negotiation based on their gender and experiences factor. It is hoped that futures researchers will be able to conduct extended research to improvise the questionnaire.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xiii xv xvi

viii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Hipotesis 9 1.7 Kepentingan Kajian 10 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Definisi Istilah 11 1.10 Penutup 12 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Peranan Guru Besar dan Kaitan Dalam Perundingan 14 2.3 Matlamat Perundingan 16 2.4 Perundingan Berprinsip 17 2.4.1 Prinsip 1: 18 Memisahkan Pelaku Daripada Masalah (Separate The People From The Problem).

ix 2.4.2 Prinsip 2: 19 Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (Focus On Interest Not Position) 2.4.3 Prinsip 3: 19 Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama (Invent Option For Mutual Gain). 2.4.4 Prinsip 4: 20 Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif (Insist On Using Objective Criteria). 2.5 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan 20 2.6 Penutup 22 BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan 23 3.1 Rekabentuk Kajian 24 3.2 Lokasi kajian 24 3.3 Populasi dan Persampelan kajian 24 3.4 Instrumen kajian 26 3.5 Prosedur Kajian 29 3.6 Kajian Rintis 30 3.6 Analisis Data 33 3.6.1 Ujian-t 34 3.6.2 Anova 34 3.7 Penutup 35 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 36 4.2 Maklum Balas Soal Selidik 37

x 4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 37 4.4 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 38 4.4.1 Jantina 38 4.4.2 Umur 39 4.4.3 Pengalaman Memegang Jawatan Guru Besar 40 4.5 Maklumat Bahagian B Soal Selidik 40 4.5.1 Tahap Amalan Prinsip Memisahkan Pelaku 41 Daripada Masalah (Separate The People From The Problem) Dalam Kalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding 4.5.2 Tahap Amalan Prinsip Memfokuskan Kepada 43 Kepentingan, Bukan Kedudukan (Focus On Interest Not Position) Dalam Kalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding. 4.5.3 Tahap Amalan Prinsip Mencipta Pilihan Untuk 45 Faedah Bersama (Invent Option For Mutual Gain) DalamKalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding. 4.5.4 Tahap Amalan Prinsip Menekankan Kepada 47 Penggunaan Kriteria Objektif (Insist On Using Objective Criteria) Dalam Kalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding. 4.5.5 Perbezaan Antara Tahap Amalan Perundingan 49 Berprinsip Dengan Faktor Jantina Dalam Kalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding. 4.5.6 Perbezaan Antara Tahap Amalan Perundingan 50 Berprinsip Dengan Faktor Umur Dalam Kalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding. 4.5.7 Perbezaan Antara Tahap Amalan Perundingan 51 Berprinsip Dengan Faktor Pengalaman Dalam Kalangan Guru Besar PKPGB UTM Semasa Berunding. 4.6 Rumusan 52 4.7 Penutup 54

xi BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 55 5.2 Rumusan Kajian 56 5.3 Perbincangan 57 5.3.1 Apakah tahap amalan Prinsip Memisahkan 57 Pelaku Daripada Masalah (Separate The People From The Problem) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 5.3.2 Apakah tahap amalan Prinsip Memfokuskan 59 Kepada Kepentingan Bukan Kedudukan (Focus On Interest Not Position) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 5.3.3 Apakah tahap amalan Prinsip Mencipta Pilihan 60 Untuk Faedah Bersama (Invent Option For Mutual Gain) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 5.3.4 Apakah tahap amalan Prinsip Menekankan 62 Kepada Penggunaan Kriteria Objektif (Insist On Using Objective Criteria) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 5.3.5 Adakah terdapat perbezaan antara tahap amalan 64 Perundingan berprinsip dengan faktor-faktor demografi (jantina, umur dan pengalaman) dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 5.4 Cadangan 65 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66 5.6 Penutup 68

xii RUJUKAN 69 SENARAI LAMPIRAN 73

xiii SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.0 Jadual Krejcie dan Morgan (1970) 25 3.1 Skala Likert. 28 3.2 Pecahan Item Soal Selidik 28 3.3 Jadual Prosedur Kajian 29 3.4 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha Cronbach (kajian rintis) 31 3.5 Jadual Pembetulan Item Soal Selidik 32 3.6 Jadual Pemeringkatan Min 33 3.7 Pengukuran Persoalan Kajian 35 4.0 Nilai Alpha Cronbach Keseluruhan 37 4.1 Nilai Alpha Cronbach Bagi Setiap Prinsip 38 4.2 Taburan Jantina Responden 39 4.3 Taburan Umur Responden 39 4.4 Taburan Pengalaman Responden 40 4.5 Taburan Tahap Amalan Prinsip Memisahkan 41 Pelaku Daripada Masalah (Separate The People From The Problem) Dalam Kalangan PKPGB UTM Semasa Berunding (Prinsip 1) 4.6 Taburan Tahap Amalan Prinsip Memfokuskan 43 Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (Focus On Interest Not Position) Dalam Kalangan PKPGB UTM Semasa Berunding (prinsip 2) 4.7 Taburan Tahap Amalan Prinsip Mencipta Pilihan 45 Untuk Faedah Bersama (Invent Option For Mutual Gain) Dalam Kalangan PKPGB UTM Semasa Berunding (prinsip3)

xiv 4.8 Taburan Tahap Amalan Prinsip Menekankan 47 Kepada Penggunaan Kriteria Objektif (Insist OnUsing Objective Criteria) Dalam Kalangan PKPGB UTM Semasa Berunding (prinsip 4) 4.9 Keputusan Ujian-T Berhubung Tahap 49 Amalan Perundingan Berprinsip Dengan Faktor Jantina. 4.10 Keputusan Ujian Anova Berhubung Tahap 50 Amalan Perundingan Berprinsip Dengan Faktor Umur. 4.11 Keputusan Ujian Anova Berhubung Tahap 51 Amalan Perundingan Berprinsip Dengan Faktor Pengalaman. 4.12 Tahap Amalan Perundingan Berprinsip 52 4.13 Keputusan Perbezaan Perundingan Berprinsip 53 Berdasarkan Faktor Demografi

xv SENARAI SINGKATAN PKPGB - Program Khas Pensiswazahan Guru Besar SPSS - Statistical Package for Social Sciences IAB - Institut Aminudin Baki UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 73 B Keputusan 1. Kajian Rintis 75 2. Kajian Sebenar 81 3. Ujian-T 92 4. Anova One Way 93

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perundingan merupakan proses di mana kita mengejar sesuatu perkara untuk mendapatkan apa yang kita mahukan daripada orang lain yang juga mahukan sesuatu daripada kita (Kennedy dan Gavin, 1992). Menurut Kennedy dan Gavin (1992) lagi, perundingan juga boleh dihuraikan sebagai satu proses untuk penyelesaian konflik antara dua atau lebih pihak di mana kedua-dua atau keseluruhannya mengubahsuai tuntutan-tuntutan untuk mencapai satu kompromi yang saling diterima. Wilmot dan Hocker (2007) pula berpendapat, perundingan adalah satu mekanisma bagi penyelesaian permasalahan secara bersama dan rundingan membenarkan sesuatu pihak untuk menyelesaikan konflik secara aman dengan mengiktiraf kepentingan, agar semua pihak berjaya dalam menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah. Menurut Johnson (1993) pula, perundingan ialah satu proses individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat dengan melakukan perjanjian bersama. Pelbagai takrifan yang diberikan terhadap istilah berunding atau perundingan, tetapi pada hakikatnya kesemua pendapat yang diberikan oleh penulis-penulis buku dari barat adalah bertujuan memberi maksud yang sama terhadap perundingan iaitu perundingan ini merupakan satu proses di antara dua pihak atau lebih, berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2 Setiap individu akan melihat dunia ini dengan cara yang berbeza dan memiliki kepentingan, kemampuan dan tujuan yang berbeza. Berunding adalah berdasarkan kesepakatan dapat membantu individu untuk memahami perbezaanperbezaan serta menerima dan memanfaatkannya ke arah yang positif untuk kepentingan mereka dan masyarakat. Dalam hal ini, suatu hubungan dapat diperkuat dan kepercayaan dapat diwujudkan. Tuhan menciptakan manusia berbilang bangsa, berjenis-jenis, berbagai personaliti dengan kecerdasan dan ketajaman fikiran yang berbeza. Sebahagian manusia sangat cerdas, berdisiplin, jujur, sabar, dan bertanggungjawab, namun sebahagian lagi ada yang kurang cerdas, emosional atau cepat marah, suka berbohong, tidak berdisiplin dan tidak bertanggungjawab. Maka segala penyelesaian atas permasalahan yang berlaku perlulah dilakukan secara berbincang atau berunding. Perundingan bukanlah satu proses paksaan tetapi ia dilakukan antara dua pihak atau lebih dengan cara sukarela. Dalam beberapa proses berunding, pihakpihak yang berselisih ada kalanya menjadi begitu beremosi dan berkeras terhadap perbezaan-perbezaan mereka. Menurut Lewicki et. al (2003) proses dan hasil rundingan akan mencetuskan perasaan positif dan negatif. Lazimnya emosi yang positif akan memberi kesan yang positif kepada perundingan dan emosi yang negatif akan memberi kesan yang negatif kepada perundingan. Perundingan juga dikaitkan dengan aktiviti tawar menawar dalam kehidupan seharian. Ada kalanya tanpa disedari apabila kita membeli barangan dari sesebuah kedai sebagai contoh, secara kebiasaannya kita akan melakukan proses berunding iaitu dengan cara tawar-menawar harga barang tersebut. Inilah yang dikatakan apa yang dimaksudkan dengan perundingan. Menurut Fisher, Ury dan Patton (1991) perundingan boleh berlaku dalam penyelesaian mengenai kontrak, pertelingkahan rumah tangga, pendamaian secara aman dalam negara dan sebagainya di mana manusia kebiasaannya melakukan perbincangan atau perundingan dengan cara tawarmenawar.

3 Kata kunci lainnya dalam proses berunding adalah kesepakatan. Kesepakatan bukan bererti bahawa setiap individu akan mendapat apa yang mereka inginkan, bukan bererti pula bahawa suatu kesepakatan akan diputuskan dengan suara bulat, dan bukan bererti juga bahawa pengambilan keputusan dilakukan melalui pemungutan suara majoriti. Kesepakatan bererti bahawa setiap orang akan merasakan kepentingan mereka telah diberi perhatian dan mereka dapat menerima kesepakatan yang dibuat. Mereka mungkin ingin memperoleh sesuatu yang lebih atau sesuatu yang minimum, tetapi mereka bersetuju untuk menerima keputusan yang dilakukan melalui berunding antara satu sama lain. Perundingan berprinsip pula merupakan perundingan yang semata-mata untuk kebaikan semua pihak dan melalui kaedah ini perundingan adalah melibatkan pemikiran kreatif bagi menghasilkan banyak pilihan yang munasabah serta akan memuaskan hati semua pihak yang berunding. Ini kerana matlamat utama dalam perundingan berprinsip adalah untuk mencari penyelesaian melalui perbincangan yang dapat memberi manfaat bersama, inilah yang dipanggil win-win situation atau kaedah menang-menang. Keadaan ini berbeza dengan berunding dengan cara keadah menang kalah atau zero sum di mana satu pihak yang akan menang dan satu pihak lagi akan kalah. Dalam keadaan yang biasa, perundingan yang dilakukan tanpa prinsip atau perundingan secara menang kalah mungkin akan mengundang kepada keputusan yang tidak dapat memuaskan semua pihak, penindasan, perkara berbangkit kemudian dan lain-lain lagi. Menurut Johnson (1993) perundingan berprinsip dapat mengurangkan impak kepada pertelingkahan dan kuasa emosi dengan cara membawa perundingan ke arah yang lebih baik. Perundingan berprinsip adalah penyelesaian masalah kaedah menang-menang dalam berunding yang dibangunkan atau disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991).

4 Johnson (1993) menggariskan beberapa kelebihan berkaitan perundingan berprinsip iaitu (1) berunding menggunakan pendekatan ini, seseorang itu tidak perlu bergantung kepada kekuatan atau kelebihan personaliti semasa berunding, (2) perundingan berprinsip adalah berfokus kepada penyelesaian masalah, ke arah kepentingan bersama, manfaat bersama dan bermatlamat. Ianya sesuai untuk mencari penyelesaian yang munasabah dan bermanfaat kepada banyak permasalahan yang berlaku, (3) perundingan berprinsip merupakan kaedah terbaik kepada pihak yang lemah untuk berhadapan dengan pihak yang berkuasa dan, (4) perundingan berprinsip digunakan adalah untuk pencapaian positif bersama. 1.2 Latar Belakang Masalah Kadangkala timbul perselisihan faham antara guru-guru dalam proses pendidikan di sekolah dan kadangkala bukan hal yang berkaitan akademik sahaja bahkan hal peribadi juga turut menjadi isu di sekolah. Berjaya atau terkawalnya sesebuah sekolah tersebut adalah bergantung kepada bagaimana guru besar menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku di sekolah. Sering berlaku percanggahan pendapat dalam proses guru besar menjalankan aktiviti pengawalan atau pengurusan di sekolah. Kadangkala perkara ini menjadi rumit dan mengakibatkan pertelingkahan yang berlanjutan. Cara guru besar menyelesaikan masalah perlulah dilakukan dengan sebaik mungkin melalui perbincangan, diskusi, mesyuarat dan sebagainya agar semua jalan penyelesaian dapat memuaskan hati semua pihak. Namun kadangkala keputusan yang diambil tidak dapat memuaskan semua pihak ekoran dari keputusan yang dilakukan tanpa berunding atau berbincang terlebih dahulu. Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Tinah (2007) mendapati bahawa pengetua kadang-kadang bertindak tanpa berunding dahulu dengan guru. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Yos Fatimah (2008) di mana dapatan melalui kajian beliau mendapati bahawa, aspek penyelesaian konflik merupakan aspek yang paling rendah dalam kemahiran pengurusan pengurus pertengahan sekolah rendah.

5 Tetapi berbeza pula dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Normala (2008) di mana kajian beliau mendapati bahawa guru-guru kurang bersetuju dengan pernyataan guru besar membuat satu-satu tindakan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan guru-guru. Melalui pernyataan di atas menggambarkan bahawa pentingnya guru besar menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di sekolah yang dapat memuaskan hati semua pihak melalui perundingan. Ini bagi memastikan setiap permasalahan selesai disamping menjaga perhubungan yang baik di antara semua pihak khususnya pihak yang terlibat dalam perundingan. Jadi dalam memastikan hasil rundingan ini dapat memuaskan hati semua pihak, Fisher, Ury dan Patton (1991) telah membangunkan dan menyarankan perundingan secara berprinsip. Perundingan secara berprinsip ini akan melahirkan perundingan yang bermatlamatkan win-win situation di mana semua pihak yang terlibat dalam perundingan merasakan mereka menang dan berpuas hati atas keputusan yang diambil. Bagi amalan perundingan berprinsip, masih tidak terdapat kajian yang dilakukan untuk mengkaji dan meneliti bagaimana perundingan berprinsip ini diamalkan. Walaupun kebanyakan penulis buku dari barat yang menjadikan prinsip perundingan yang disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991) ini sebagai rujukan dalam berunding, namun sesetengah kajian banyak tertumpu kepada pengurusan konfllik, komunikasi interpersonal, komunikasi semasa berunding serta lain-lain dan tidak menumpukan kepada prinsip-prinsip yang diamalkan dalam perundingan. Contohnya kajian dari barat oleh Moore et. al. (1999) dalam kajian mereka yang bertajuk Long and Short Routes to Success in Electronically-Mediated Negotiations: Group Affiliations and Good Vibrations. Kajian ini tertumpu kepada komunikasi perundingan melalui e-mail. Manakala bagi kajian yang dilakukan oleh Muli Mispar (2008) dalam kajiannya yang bertajuk Cara Pengurusan Konflik Peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia lebih menumpukan kepada gaya pengurusan konflik yang sering digunakan oleh guru besar.

6 Kajian terhadap amalan perundingan berprinsip adalah dirasakan perlu bagi mengetahui amalan prinsip yang manakah sering digunakan dalam perundingan. Adakah prinsip yang disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991) ini adalah semata-mata untuk rujukan sahaja bagi sesetengah individu dalam berunding atau ia benar-benar diamalkan dalam perundingan agar setiap perbincangan terhadap keputusan akhirnya memberi manfaat bersama. Tambahan pula tujuan sebenar kajian ini adalah untuk melihat bagaimana golongan pengurus atau pentadbir pendidikan yang dikenali sebagai guru besar melakukan proses perundingan. Ini kerana masih tidak terdapat kajian yang dilakukan untuk mengkaji golongan guru besar atau golongan pentadbir pendidikan melakukan proses perundingan berprinsip. 1.3 Pernyataan Masalah Di sekolah, guru besar merupakan individu yang paling banyak melakukan proses perundingan. Berunding secara berprinsip pula dilihat sebagai langkah yang penting dalam memastikan perundingan dapat dilakukan dengan jayanya tanpa ada sebarang ketidakpuashatian dari mana-mana pihak yang terlibat di dalam perundingan. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara tidak formal mendapati guru besar telah didedahkan dengan cara bagaimana untuk berunding dengan sesuatu pihak. Ini kerana guru besar boleh dianggap tergolong dalam kategori pengurus dalam sesebuah organisasi. Melalui kurikulum yang dipelajari oleh guru besar sebagai persediaan untuk pengawalan dan pengorganisasian di sekolah menunjukkan bahawa guru besar telah mempelajari pelbagai kaedah penyelesaian masalah secara perundingan. Menurut sumber yang diperolehi dari Pejabat Fakulti Pendidikan UTM menunjukkan bahawa PKPGB UTM sememangnya didedahkan dengan subjek kemahiran berunding dalam kurikulum pengajian mereka iaitu menerusi kursus SPP3333 (Kemahiran Berunding).

7 Oleh kerana kurangnya pihak-pihak yang mengkaji tentang amalan perundingan berprinsip, maka dirasakan bahawa kajian ini wajar dilakukan. Dari kajian-kajian lepas berkaitan perundingan lebih cenderung untuk melihat perundingan secara menyeluruh, walhal prinsip-prinsip asas perundingan seharusnya diketahui terlebih dahulu sebelum melihat situasi perundingan tersebut. Oleh itu penekanan kajian ini adalah ke atas prinsip perundingan yang diamalkan oleh guru besar sebagai pentadbir, ketua dan pemimpin di sekolah dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Adakah perundingan yang dijalankan oleh guru besar tidak mengambil kira prinsip-prinsip perundingan? Adakah guru besar tidak mengendahkan tentang perasaan atau kepentingan pihak yang terlibat dalam perundingan dengan mereka? 1.4 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat tahap amalan perundingan berprinsip yang paling tinggi digunakan oleh guru besar semasa berunding. Di antara objektif kajian yang dilakukan oleh penyelidik ialah: 1. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memisahkan pelaku daripada masalah (Separate The People From The Problem) guru besar PKPGB UTM semasa berunding. 2. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memfokuskan kepada kepentingan, bukan kedudukan (Focus On Interest Not Position) guru besar PKPGB UTM semasa berunding. 3. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip mencipta pilihan untuk faedah bersama (Invent Option For Mutual Gain) guru besar PKPGB UTM semasa berunding.

8 4. Mengenalpasti tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip menekankan kepada penggunaan kriteria objektif (Insist On Using Objective Criteria) guru besar PKPGB UTM semasa berunding. 5. Mengkaji hubungan antara faktor demografi (jantina, umur, dan pengalaman) dengan tahap amalan perundingan berprinsip (keseluruhan) guru besar PKPGB UTM. 1.5 Persoalan Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan kajian berikut: 1. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memisahkan pelaku daripada masalah (Separate The People From The Problem) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 2. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip memfokuskan kepada kepentingan, bukan kedudukan (Focus On Interest Not Position) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 3. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip mencipta pilihan untuk faedah bersama (Invent Option For Mutual Gain) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 4. Apakah tahap amalan perundingan berprinsip, prinsip menekankan kepada penggunaan kriteria objektif (Insist On Using Objective Criteria) guru besar PKPGB UTM semasa berunding? 5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip (keseluruhan) dengan faktor-faktor demografi (jantina, umur dan pengalaman) dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding?

9 1.6 Hipotesis Hipotesis yang dibina berdasarkan persoalan kajian kelima: 1.6.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip dengan faktor jantina dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding? Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip dengan faktor jantina dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding. 1.6.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip dengan faktor umur dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding? Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip dengan faktor umur dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding. 1.6.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip dengan faktor pengalaman dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding? Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip dengan faktor pengalaman dalam kalangan guru besar PKPGB UTM semasa berunding.