FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Earthwork Activities in Private Housing Industry

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM


MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

KAJIAN SENI KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU RAJA NORAHAFIZA BINTI RAJA MOHSIN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Sistem Bakeri Interaktif

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Faculty of Engineering

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Survey on Perak and Selangor 3 messages

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

KEGIATAN PERUSAHAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI TERENGGANU

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Transcription:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF TAJUK : KAJIAN TERHADAP MOTIF SONGKET TERENGGANU FATIN AMIRAH BINTI ZAMERI (30180) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni ) 2014

KAJIAN TERHADAP MOTIF SONGKET TERENGGANU FATIN AMIRAH BINTI ZAMERI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Program Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2014 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick ( ) Final Year Project Report Masters PhD DECLARATION OF ORIGINAL WORK This declaration is made on the..day of..2014. Student s Declaration: I ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- FATIN AMIRAH ZAMERI ZAMERI, 30180, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS --------- ----- (PLEASE INDICATE STUDENT S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare KAJIAN TERHADAP MOTIF SONGKET TERENGGANU that the work entitled --------------------------------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. Date submitted FATIN AMIRAH (30180) Name of the student (Matric No.) Supervisor s Declaration: Dr Noria Ak Tugang I -------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR S NAME) hereby certifies that the work entitled ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kajian Terhadap Motif Songket Terengganu ----------------------------------- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY as a * partial/full fulfillment for the conferment of --------------------------------------- BACHELOR OF APPLIED ------------------------------------------------------------------------------------------ ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT) (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student s work. Received for examination by: Dr Noria Ak Tugang Date: (Name of the supervisor) ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick ( )): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where Research was done)* OPEN ACCESS Validation of Project/Thesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows: This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature Supervisor signature: (2014) (2014) Current Address: Kuching, Sarawak Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services] iii

Projek bertajuk Kajian Terhadap Motif Songket Terengganu telah disediakan oleh Fatin Amirah Binti Zameri dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Diterima untuk diperiksa oleh :... DR NORIA TUGANG Penyelia Tarikh :... iv

PENGAKUAN Projek yang bertajuk Kajian Terhadap Motif Songket Terengganu telah disediakan oleh Fatin Amirah Binti Zameri dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Disediakan oleh: (FATIN AMIRAH ZAMERI) Tarikh: v

PENGHARGAAN Sejuta penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada Dr Noria Tugang selaku penyelia yang telah banyak meluangkan masa untuk membimbing dan melontarkan idea serta pandangan yang jelas mengenai kajian yang telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah Program Pengurusan Seni yang telah banyak memberikan pendapat serta komen yang berguna kepada pengkaji sepanjang Projek Tahun Akhir ini dilakukan. Jutaan terima kasih juga di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang kajian ini dijalankan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Encik Wan Manang, Puan Sharifah Nazirah, Puan Hajjah Habibah dan Puan Hajjah Zainab yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada pengkaji dalam mendapatkan data kajian. Tanpa bantuan dan kerjasama daripada mereka sudah pasti kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibunda tercinta Rohaya Binti Harun @ Abd. Rahman dan ayahanda tercinta Zameri Bin Ismail serta keluarga yang sentiasa memberi semangat dan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Seterusnya, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu iaitu Ridhzwan Yahya, Diyana Azhari, Zulfah Atikah, Nor Amirah dan Aimi Raihana. Penghargaan ini juga pengkaji tujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. vi

ABSTRAK Kajian ini menumpukan kepada pembuatan kain tenunan songket Terengganu. Fokus kajian ini kepada faktor utama dan faktor sampingan yang mempengaruhi pemilihan motif dalam proses pembuatan songket di Terengganu. Selain itu, pengkaji juga akan menganalisa maksud motif songket dan warna motif yang digunakan itu. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Maklumat ini amat penting untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kain tenunan songket Terengganu. vii

ABSTRACT This study focuses on the manufacture of Terengganu songket. This study focuses on the key factors and ancillary factors that influence the choice of manufacturing embroidered motifs on a songket in Terengganu. In addition, researchers will also analyze the purpose of the songket motifs and colors of the motifs used. Researchers have used qualitative and quantitative methods. This information is very important to understand more about Terengganu songket. viii

ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN TAJUK BORANG PENGESAHAN PENGAKUAN MUKA SURAT i ii iv PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN vi vii ix 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Hipotesis Kajian 7 1.5 Kepentingan Kajian 8 1.6 Skop Kajian 9 1.7 Lokasi Kajian 10 1.8 Limitasi Kajian 11 1.9 Rumusan 12 ix

2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Ulasan Karya Lepas 14 2.2.1 Songket 14 2.2.2 Motif atau corak 16 2.2.3 Warna 19 2.2.4 Kualiti dan harga 20 2.2.5 Penggunaan kain tenunan songket 22 2.2.6 Pembuatan songket 23 2.3 Rumusan 23 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 24 3.2 Sumber data 3.2.1 Data Sekunder 25 3.2.2 Data Primer 26 3.3 Kaedah Kajian 27 3.3.1 Kaedah Kualitatif 28 3.3.2 Kaedah Kuantitatif 30 3.4 Populasi Kajian 32 3.5 Sampel Kajian 32 3.6 Instrumen Kajian 33 3.7 Rumusan 34 x

4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 35 4.2 Pengenalan kepada kain tenunan songket 37 4.2.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Pemilihan Motif 39 A. Alam Semula Jadi dan Ilmu Pengetahuan 39 B. Ilmu Pengetahuan 40 4.2.2 Faktor Lain Yang Turut Mempengaruhi Pemilihan Motif 41 A. Citarasa Pelanggan 41 B. Minat 41 C. Motif 42 4.2.3 Maksud Motif di dalam Kain Tenunan Songket Terengganu 43 4.2.4 Warna yang digunakan Semasa Menghasilkan Motif 44 4.2.5 Proses pembuatan kain tenunan songket Terengganu 46 4.3 Data Borang Soal Selidik 48 4.4 Dapatan Kajian 83 4.5 Rumusan 94 xi

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 95 5.2 Cadangan 96 5.3 Cadangan untuk kajian akan datang 97 SENARAI RUJUKAN 99 LAMPIRAN 102 xii

BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Umumnya, ramai yang mengetahui bahawa Negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang cantik dan mempunyai banyak catatan sejarah di Malaysia. Lokasinya yang strategik di mana ia menghadap Laut China Selatan, telah menjadikan negeri ini sebagai sebuah bandar pelabuhan dan pusat tumpuan para pedagang dari seluruh dunia untuk menjalankan aktiviti perniagaan pada suatu ketika dahulu. Kebanyakan Masyarakat Terengganu membina penempatan mereka di sepanjang Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Masyarakat Terengganu dikenali sebagai masyarakat Maritim kerana masyarakatnya terlibat dengan aktiviti perdagangan, perikanan serta pelayaran. Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini masih terdapat aktiviti rutin yang dijalankan oleh masyarakat Terengganu misalnya, menjalankan aktiviti perusahaan membuat kulit bot dan kapal, pembuatan barangan logam, perusahaan keropok lekor, dan aktiviti pelancongan. Selain itu, pada masa lapang penduduk di Terengganu juga menjalankan aktiviti mencetak batik dan menenun kain songket yang diwarisi sejak zaman berzaman dan ini telah menjadikan Terengganu kaya dengan hasil kraftangan (Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan, 2003). Penduduk Terengganu berjumlah hampir satu juta orang, yang terdiri daripada 90% kaum Melayu dan selebihnya terdiri daripada kaum Cina dan kaum India. Aktiviti ekonomi utama penduduk Terengganu ialah menangkap ikan. Rakyat Terengganu menjalani kehidupan yang sederhana dan aman damai yang mana agama, tradisi dan budaya masih menjadi asas terhadap aktiviti seharian (Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia 1

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan, 2003). Kegiatan mencarigali minyak di luar pantai Terengganu pula telah membantu Terengganu menjadi sebuah bandar yang berkembang pesat. Songket melambangkan kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak berzaman lagi. Perkataan songket membawa maksud, membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas, perak dan sutera. Selain itu, perkataan songket juga dikatakan berasal daripada perkataan nyungkit. Nyungkit atau menyungkit bermaksud, menghasilkan ragam hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut (Siti Zainon, 1986). Kain songket amat sinonim dengan masyarakat Terengganu. Namun asal-usul kain songket di Terengganu sehingga pada masa kini masih kabur. Pada zaman kerajaan Melaka, kain songket sudah pun berada di negeri Terengganu. Dari mana pula orang Terengganu membawa masuk songket, itu masih lagi menjadi tanda tanya. Sesetengah orang menyebut songket berasal dari Timur Tengah dan sesetengahnya pula menyatakan dari kepulauan Melayu seperti Bugis dan Riau (Norwani, 2007). Perusahaan songket mula berkembang sejak kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu dan hasil tenunan songket Terengganu telah mendapat pujian daripada orang-orang barat sejak zaman dahulu sehingga kini. Songket ibarat ratu segala jenis kain kerana keindahannya membuatkan songket menjadi sejenis fabrik yang tidak ternilai. Semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur, aktiviti pembuatan songket amat terkenal dan sangat pesat. Sehingga kini, pembuatan songket telah menjadi sumber ekonomi penduduk Terengganu. Pada masa dahulu, menenun merupakan satu pekerjaan yang amat penting untuk dipelajari terutamanya bagi kaum wanita (Norwani, 2007). Ini disebabkan mereka sendiri 2

perlu membuat pakaian mereka sendiri. Selain daripada kegunaan untuk diri sendiri mereka juga akan menenun songket untuk memperolehi pendapatan sambilan. Kebiasaannya mereka hanya menyiapkan beberapa helai songket dalam masa sebulan. Namun begitu, pada hari ini tanpa kita sedari songket telah memberi pengaruh yang besar kepada pengusaha dan penenun kain songket terutamanya dari segi pendapatan yang diperolehi mereka. Hal ini telah menyebabkan mereka memperoleh pendapatan yang lumayan, seterusnya membolehkan mereka untuk memiliki rumah dan kereta yang besar. Rekaan corak atau motif merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni terutama songket. Biasanya tanpa rekaan corak mahupun motif hasil seni sama ada tradisional atau moden tidak akan terhasil dengan baik. Setiap motif songket biasanya mempunyai nama-nama yang tertentu. Motif memainkan peranan utama dalam menentukan kain songket yang dihasilkan cantik atau pun tidak. Terdapat lebih daripada 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung dan lepas atau dikenali juga sebagai selendang (Norwani, 2007). Secara tradisinya, kerabat Diraja Melayu dan golongan bangsawan akan memakai songket yang ditenun dengan menggunakan benang sutera yang halus dan benang emas manakala bagi golongan rakyat biasa pula mereka biasanya akan memakai songket yang ditenun dengan menggunakan benang kapas sahaja. Pembuatan kain songket di Terengganu mestilah menjalani lapan proses umum yang perlu digunakan oleh penenun kain. Lapan proses ini akan diwarisi secara turun temurun secara rahsia dari satu generasi kepada generasi yang lain. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui tenunannya berdasarkan corak atau motif yang menarik. Kita dapat lihat daripada kain-kain songket lama yang mempunyai latar belakang teknik ikat bercorak halus yang dipanggil bunga cuai tetapi pada hari ini corak tersebut sukar untuk ditemui. Selain itu, kelebihan seorang penenun yang mahir ialah mereka tidak 3

akan melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dijalankan. Sebaliknya, ia lahir daripada daya kreativiti dan imaginasi mereka sendiri dan akan terus melakukan proses menenun kain tenunan songket. Kini, penggunaan kain songket telah digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Kain songket biasanya akan dipakai sebagai pakaian rasmi, pakaian pengantin, pakaian penari tradisional, dan hiasan pada jubah Konvokesyen. Selain itu, kain songket juga dihasilkan sebagai kain ela kemudiannya dipelbagaikan penggunaannya sebagai produk yang lebih kreatif untuk dipasarkan. Sebagai contoh kain songket diilhamkan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen eksklusif dan cenderamata. Di negeri Terengganu, antara tempat pembuatan kain tenunan songket yang paling terkenal adalah di daerah Kuala Terengganu, terutamanya di kawasan Kampung Gong Pak Maseh, Kampung Gong Tok Nasek, Kampung Bukit Depu, Kampung Pasir Panjang, Kampung Losong, dan Kampung Wakaf Mempelam. Pembuatan kain tenunan songket kebanyakkannya diusahakan oleh golongan wanita dan juga golongan lelaki tanpa mengira usia. Penenun kain songket ini kebiasaanya akan mengusahakan pembuatan kain tenunan songket ini di rumah sekiranya terdapat masa terluang dan mereka juga akan mengambil upah daripada pengusaha-pengusaha songket yang membekalkan bahan mentah seperti benang, loseng, kei dan lain-lain lagi. Kemudian kain songket yang telah siap di tenun akan dijual kepada pemborong-pemborong songket. Kebanyakkan pemborong songket telah membuka kedai mereka di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Harga kain songket yang dipasarkan boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Hal ini disebabkan oleh mutu kain songket yang dihasilkan para penenun sangatlah tinggi. Kehalusan tenunan oleh para penenun kain merupakan salah satu faktor yang menyebabkan nilai harga songket itu tinggi. Selain itu, untuk menghasilkan kain yang sangat bermutu penenun songket perlulah mempunyai sifat yang sabar dan ketelitian yang 4

tinggi. Produk songket juga bukan hanya dipasarkan di dalam negara sahaja malah juga dipasarkan ke beberapa negara di benua Eropah seperti Perancis dan negara lain seperti Amerika dan Jepun. 1.2 Permasalahan Kajian Permasalahan kajian merupakan perkara utama yang mendorong kepada berlakunya kajian ke atas sesuatu masalah yang ingin dikaji. Kain tenunan songket Terengganu terkenal dengan motifnya yang tersendiri. Motif dapat membezakan songket Terengganu dengan songket dari negeri lain. Pada hari ini, penenun telah menghasilkan pelbagai jenis motif yang menarik untuk ditenun di atas sehelai kain tenunan songket. Namun, sehingga hari ini kita masih tidak mengetahui faktor utama yang menyebabkan penenun dan pereka corak menghasilkan dan menenun motif- motif tersebut. Selain itu, motif juga digunakan sebagai perhiasan di atas kain tenunan songket. Pemilihan motif yang menarik akan menghasilkan sehelai kain tenunan yang cantik dan ia biasanya dilakukan oleh penenun dan pereka corak itu sendiri. Pereka corak atau penenun akan menjalankan pemilihan motif dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang berkualiti tetapi seperti yang kita ketahui faktor-faktor lain mengenai pemilihan motif kain tenunan songket Terengganu juga masih tidak diketahui sehingga kini. Setiap motif dan warna kain tenunan songket mempunyai maksud dan peranannya yang tersendiri. Namun kebanyakkan masyarakat pada hari ini tidak mengetahui maksud dan peranan bagi motif dan juga penggunaan warna yang digunakan di atas kain tenunan songket tersebut. Hal ini menyebabkan mereka menganggap kain tenunan songket tersebut hanya sekadar pakaian yang menghiasi tubuh mereka tanpa mengetahui maksud yang tersirat disebalik kain yang dipakai oleh mereka. 5

1.3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menetapkan matlamat kajian yang akan dilakukan mengenai pemilihan motif dalam proses pembuatan kain tenunan songket Terengganu. Melalui objektif ini juga, pengkaji akan dapat mengetahui hasil penyelidikan sama ada bertepatan dengan objektif kajian ataupun bertentangan dengan apa yang difokuskan dalam kajian ini. I. Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi pemilihan motif dalam proses pembuatan songket di Terengganu. II. Mengkaji faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan motif dalam proses pembuatan songket di Terengganu. III. Menganalisis maksud dan warna motif yang digunakan dalam proses pembuatan kain songket Terengganu. 6

1.4 Hipotesis Kajian Hipotesis merujuk kepada sesuatu yang betul untuk tujuan pengkajian. Hipotesis ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat bukti yang kukuh dan membolehkan kesimpulan tepat dibuat. Selain itu, hipotesis dapat membantu membuat keputusan tentang keadaan sebenar sampel yang dikaji. Hipotesis pengkaji terhadap kajian yang dijalankan adalah ilmu dan alam semula jadi yang mempengaruhi pemilihan sesuatu motif semasa proses pembuatan kain songket Terengganu. Hal ini kerana tanpa ilmu pengetahuan yang mendalam untuk menghasilkan sesebuah motif, seseorang itu tidak akan berjaya untuk menghasilkan motif-motif songket yang menarik. Ilmu perlulah dituntut oleh golongan yang lebih mahir dan pakar dalam bidang pembuatan kain tenunan songket. Selain itu, alam semula jadi juga merupakan faktor penting dalam proses tenunan kain songket kerana masyarakat pada zaman dahulu sangat dekat dengan alam semula jadi. Kehidupan mereka pada zaman dahulu lebih terdedah kepada alam semula jadi seperti flora dan fauna. 7

1.5 Kepentingan Kajian Seperti mana yang telah diketahui secara umumnya, ramai penenun kain songket pada masa ini hanya pandai menenun songket yang bercorak asas atau yang biasa sahaja. Hal ini kerana, untuk menghasilkan kain songket yang bermotifkan corak yang unik dan menarik adalah sangat susah dan hanya penenun yang mahir sahaja mampu untuk membuatnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji dengan lebih terperinci faktor utama yang mempengaruhi pemilihan motif dalam proses pembuatan songket di Terengganu. Berdasarkan masalah yang terdapat daripada penilaian faktor yang mempengaruhi pemilihan motif dalam proses pembuatan songket Terengganu, pengkaji menganggap bahawa pemahaman terhadap faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi pemilihan motif dalam proses pembuatan kain songket telah dapat dikenalpasti sebagai maklumat tambahan. Selain daripada mengkaji faktor-faktor, pengkaji turut menganalisis maksud motif dan peranan warna yang digunakan dalam pembuatan kain songket. Oleh itu, harapan pengkaji terhadap hasil kajian adalah supaya maklumat yang diperolehi dan dikumpul dapat dijadikan sebagai rujukan sampingan bagi kajian akan datang dalam skop yang sama. 8

1.6 Skop Kajian Skop kajian merupakan ruang lingkup yang telah ditetapkan untuk sesuatu kajian. Skop kajian ini telah dibahagikan mengikut keperluan dan kehendak kajian. Pemilihan skop kajian ini haruslah bersesuaian dan mempunyai kaitan dengan tajuk utama kajian. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa skop kajian telah dibahagikan mengikut kesesuaian perkara dan bidang kajian yang telah pun dikenalpasti. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Melalui skop kajian ini, lebih memudahkan pengkaji memproses data kajian dengan lebih terperinci. Fokus utama kajian ini adalah faktor utama dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan motif semasa proses pembuatan kain songket Terengganu dan juga maksud motif dan warna kain tenunan songket yang telah digunakan semasa proses pembuatan kain tenunan songket dilakukan. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada penenun dan pengusaha kain tenenun songket di kawasan Kuala Terengganu. Aspek lain yang turut diberi perhatian adalah proses pembuatan kain tenunan songket Terengganu. Hal ini dilakukan kerana pengkaji ingin mengetahui dengan lebih mendalam proses-proses yang digunakan untuk menghasilkan sehelai kain tenunan songket. 9

1.7 Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan ke atas penenun songket di kawasan Kampung Gong Pak Maseh, Kampung Bukit Depu, Pasir Panjang, dan Losong Haji Mat Shafie. Keempatempat buah kampung ini merupakan kawasan penghasilan kain songket dan terdapat penenun kain yang mahir dan berpengalaman. Selain itu, pengkaji juga telah menjalankan kajian ke Muzium Negeri Terengganu, Perpustakaan Awam Terengganu, Pusat Perkhidmatan Maklumat Akademik di Unimas, dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu. 10