PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Faculty of Engineering

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ


RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Earthwork Activities in Private Housing Industry

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

SMART INCUBATOR AZLINA BINTI BASHARUDIN. Faculty of Electronic and Computer Engineering. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS INFLUENCING THE SUCCESS OF ICT TELECENTRE PROJECTS IN RURAL COMMUNITIES IN MALAYSIA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KERJAYA DALAM BIDANG OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA

TEKUN NASIONAL Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. KERTAS RANCANGAN PERNIAGAAN ( KRP ) ( Diisi dan dilengkapkan oleh pemohon )

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

FACTOR INFLUENCING AFTER HOURS ATTENDANCES IN THE MOSQUE ROAD POLYLCLINIC AND EMERGENCY DEPARTMENT, SARAWAK GENERAL HOSPITAL, KUCHING

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF MANAGEMENT PERSONNEL ON THE INTRODUCTION OF HOME OFFICE SYSTEM IN THEIR ORGANISATIONS GUNA SEELAN RETHINAM

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Transcription:

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16(Pind. 1/97) JUDUL : BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 11, JALAN RIA 7, DR. YUSOF BIN BOON TAMAN RIA BARU, SERI LALANG, 86000 KLUANG, JOHOR. Tarikh: 27 APRIL 2009 Tarikh: 27 APRIL 2009 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ). Tandatangan :... Nama Penyelia : DR. YUSOF BIN BOON Tarikh 27 APRIL 2008 :...

i PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

ii PENGAKUAN Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM Tarikh :... 27 APRIL 2008

iii DEDIKASI KHAS BUAT Ayahanda dan Bonda Mohd Naim Bin Ithnain Siti Zaleha Bte Boon Adik Beradik Tercinta Mohd Syaiful Azuan Bin Mohd Naim Nurfatihah Bte Mohd Naim Muhammad Syaiful Bahri Bin Mohd Naim Pensyarah Penyelia PSM Dr. Yusof Bin Boon Pensyarah-pensyarah Keluarga Sahabat-sahabat Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita Terima kasih. Amin

iv PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Yusof Bin Boon yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, pihak Akademi Binaan Malaysia Johor dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak ABM Johor sama ada dari pihak pengurusan, pensyarah dan pelatih-pelatih yang terlibat dalam kajian ini amat memuaskan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka. Amin

v ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus yang diikuti. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 100 responden terlibat dalam kajian ini, iaitu terdiri daripada pelatih yang mengikuti enam jenis kursus kemahiran iaitu memasang wayar pada bangunan, pembuatan lanskap, cat bangunan, pemasangan penghawa dingin, menerap batu-bata dan pelepaan. Kaedah persampelan yang digunakan ialah rawak kelompok. Tahap kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.904. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) versi 11.5 untuk Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil daripada kajian ini mendapati pelatih ABM Johor mempunyai tahap min yang tinggi terhadap latihan yang diikuti dan peluang kerjaya setelah menamatkan latihan. Pelatih-pelatih mempunyai keyakinan bahawa dengan latihan yang diikuti mereka akan dapat mengaplikasi kemahiran yang diperolehi untuk digunakan apabila bekerja nanti. Selain itu, latihan yang diperolehi dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan yang lebih luas. Namun begitu, terdapat juga masalah-masalah yang dikenalpasti seperti kekurangan peralatan dan peralatan tidak sesuai untuk kegunaan masa kini daripada kursus ini. Justeru itu, kelemahan ini masih boleh diperbaiki pada masa akan datang.

vi ABSTRACT The purpose of this research is to identify the perception of Akademi Binaan Malaysia Johor trainees toward their training program. Questionnaire was utilized as a research instrument and it has distributed among the respondents to obtain feedback. 100 participants from six courses in ABM Johor were chosen as a respondent for the research. The six courses are; building wiring installation, landscape construction, building decorative painting, air-conditioning & mechanical ventilation, bricklaying and plastering. Cluster sampling method is using to select the respondents. The reliability level of (Alpha Cronbach) from initial research is 0.904. Data collected was analyzed by using Statistical Package for the Social version 11.5 (SPSS) to obtain values of frequencies, percentage and mean. From the analysis, it was found that ABM trainees achieve a high skill from their training program and the opportunity to involved in career are also shows a great outcome. Trainees also assure that all the skill from ABM training can be used in their future career. However, there are several problems found from the ABM training program such as lack of equipment and tools are not suitable at this time. Hopefully, this research will help ABM Johor to improve the weakness in future.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9 1.8 Definisi kajian 10 1.8.1 Latihan 10 1.8.2 Kerjaya 11

viii 1.8.3 Vokasional 11 1.8.4 Kemahiran 11 1.9 Penutup 12 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Latihan Berasaskan Ketrampilan 16 2.3 Pendidikan Teknik dan Vokasional 18 2.4 Kemahiran 20 2.5 Pemilihan Kerjaya 21 2.6 Masalah Dalam Pembangunan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional 23 2.7 Kajian-kajian Lepas 28 2.8 Penutup 30 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 31 3.2 Rekabentuk Kajian 31 3.3 Lokasi Kajian 32 3.4 Populasi Dan Pensampelan 32 3.5 Instrumen Kajian 33 3.6 Kajian Rintis 35 3.7 Prosedur 36 3.8 Kaedah Penganalisisan Data 36 3.9 Penutup 37 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 39

ix 4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 39 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 40 4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 40 4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 41 4.2.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah 41 4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Di ABM Johor 42 4.3 Bahagian B Analisis Deskriptif 43 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti 44 4.3.2 Persoalan Kajian 2: Pendapat pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan di ABM 46 4.3.3 Persoalan Kajian 3: Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelatih dalam mengikuti kursus kemahiran yang diikuti di ABM Johor 49 4.4 Penutup 51 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 53 5.2 Rumusan 53 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 55 5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1: Apakah Pendapat Pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti? 55 5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2: Apakah Pendapat Pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan? 56 5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3: Apakah masalahmasalah yang dihadapi daripada kursus yang diikuti di ABM ini? 58 5.4 Cadangan 59

x 5.4.1 Cadangan Untuk ABM Johor 60 5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 61 5.4.2.1 Kajian Lanjutan Keseluruhan ABM di Malaysia 61 5.4.2.2 Kajian Lanjutan Institut Kemahiran Lain 62 5.4.2.3 Kajian Lanjutan Terhadap Pihak Industri 62 5.5 Penutup 62 RUJUKAN 64 LAMPIRAN 68

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 2.1 Bilangan pelatih institusi latihan kemahiran yang Menamatkan latihan berkaitan aktiviti pembinaan bagi tahun 2001 dan 2002 14 3.1 Skala Likert dan nilai skor 34 3.2 Pembahagian item bahagian B dalam borang soal selidik 34 3.3 Skala nilai min 37 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 40 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 40 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 41 4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah 42 4.5 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti di ABM Johor 42 4.6 Taburan responden mengikut pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti 45 4.7 Taburan responden mengikut pendapat pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan 47 4.8 Taburan responden mengikut masalah-masalah yang dihadapi pelatih dalam mengikuti kursus kemahiran yang diikuti di Akademi Binaan Malaysia Johor 50

xii SENARAI SINGKATAN ABM - Akademi Binaan Malaysia CIDB - Construction Industry Development Board Malaysia atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIMP - Construction Industry Master Plan for Malaysia atau Pelan Induk Industri Pembinaan Negara GDP - Keluaran Domestik Kasar IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara ICT - Information and Communication Technology IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara IKM - Institut Kemahiran MARA ILKA - Institut Latihan Kemahiran Awam ILP - Institut Latihan Perindustrian JKML - Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan NOSS - National Occupational Skills Standard PGM - Pusat Giat Mara S - Setuju SKK - Standard Kemahiran Kebangsaan SKM - Sijil Kemahiran Malaysia SMT - Sekolah Menengah Teknik SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPSS - Statisical Package for The Social Science SS - Sangat Setuju STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STS - Sangat Tidak Setuju TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Surat Pengesahan 68 B Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 70 C Set Soal Selidik 71 D Kalendar Pengambilan Pelatih Tahun 2009 Program Latihan Kemahiran Belia ABM Wilayah Selatan (Johor) 76

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi membangunkan sumber manusia yang kompeten, kerajaan telah pun berusaha melaksanakan beberapa program dalam pelbagai peringkat melalui program pendidikan dan latihan kemahiran teknik dan vokasional. Sehingga kini, pendidikan teknik dan vokasional berubah mengikut peredaran masa dan zaman yang direalisasikan untuk menghasilkan sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan negara di dalam menuju hasrat Wawasan 2020. Institusi-institusi teknikal dan kemahiran yang terlibat adalah seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Giat Mara dan sebagainya. Selain daripada itu, agensi yang turut menyumbangkan ke arah pembangunan sumber manusia ialah Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang merupakan sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan (CIDB). Di Malaysia terdapat 6 buah Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang beroperasi untuk melatih para belia di dalam beberapa kursus kemahiran dalam binaan yang ditawarkan. i. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Tengah) Kuala Lumpur ii. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) Johor Bahru, Johor iii. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara) Jitra, Kedah iv. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Sabah) Kota Kinabalu, Sabah v. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur) Kuala Berang, Terengganu vi. Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Sarawak) Kuching, Sarawak

2 Akademi Binaan Malaysia (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan (CIDB) yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan. Terdapat lebih 30 kursus yang boleh diikuti di Akademi Binaan Malaysia (wilayah Selatan) seperti penerapan bata, pelepaan dan penjubinan, pertukangan kayu, operasi kren bergerak, pemasangan dry wall (Plasterboard), pemasangan perancah (Scaffolding), kimpalan dan beberapa kursus lain. Berikut adalah matlamat ABM yang dipetik dari portal rasmi CIDB iaitu : i. Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir dan separuh mahir supaya dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga pekerja asing. ii. Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf; dijalankan oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman luas dan terlatih. iii. Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah. iv. Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa. v. Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih. vi. Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara. vii. Menjalankan program akredasi kemahiran. 1.2 Latar Belakang Masalah Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keperluan sumber tenaga manusia adalah amat diperlukan bagi menjayakan wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Sehubungan dengan itu, Malaysia yang merupakan

3 sebuah negara yang sedang membangun telah menyediakan beberapa buah institusi kemahiran bagi memenuhi permintaan sumber tenaga manusia yang dikehendaki. Menurut Irshad (1970), pendidikan teknikal berkaitan dengan praktikal, teori dan persediaan umum terhadap pelajar ke arah pekerjaan yang spesifik dalam pelbagai bidang pembuatan dan perkhidmatan yang menekankan kepada usaha membentuk pekerja mahir dan separuh mahir untuk membolehkan mereka memasuki pasaran tenaga kerja. Latihan yang dibekalkan di institusi-institusi kemahiran diharapkan dapat membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran supaya dapat survival dalam pasaran tenaga kerja yang lebih mencabar akibat perubahan teknik dan teknologi yang lebih canggih. Sebagai penyumbang kepada sumber tenaga pekerja kepada negara, segala bentuk program latihan kemahiran yang diberikan haruslah memenuhi pengharapan dalam kalangan para pelatih terhadap pekerjaan yang akan diceburi. Hal ini adalah kerana latihan yang diikuti adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan para pelatih bagi menjamin masa depan yang lebih cerah serta mendapat pekerjaan yang sesuai. Dengan ini, latihan kemahiran yang telah diikuti oleh pelatih tidak akan menjadi sia-sia dan peluang-peluang pekerjaan bagi pelatih-pelatih di Akademi Binaan Malaysia ini lebih luas berbanding dengan mereka yang tidak mendapat latihan kemahiran. Menurut Sufean (2004), pendidikan vokasional yang komprehensif merangkumi berbagai-bagai kemahiran yang membolehkan individu bersifat versatil, berdikari dan mempunyai mobiliti vokasion bagi menyara hidupnya dengan lebih produktif. Di samping dapat menyediakan para belia untuk mendapatkan kursus dan latihan kemahiran bagi memudahkan mereka memasuki bidang pekerjaan tertentu, ia juga dapat menggalakkan perkembangan serta pertumbuhan industri kecil dan sederhana. Situasi ini menjadikan peluang-peluang pekerjaan bagi pelatih-pelatih di institusi kemahiran ini lebih luas berbanding dengan beliabelia tanpa latihan kemahiran. Kemajuan dalam pendidikan berhubung rapat dengan pembangunan sesebuah negara untuk menghasilkan profesional berkemahiran tinggi dan bertauliah untuk menangani kepesatan perubahan pembangunan dan industri

4 pembinaan, serta keperluan pelanggan. Menurut Prof. Ghazali (2002), pendidikan menjadi faktor utama dalam pertumbuhan ekonomi dan sosial. Banyak negara sedang membangun melabur wang yang banyak dalam bidang pembangunan pendidikan dengan kepercayaan bahawa ia merupakan pelaburan sumber manusia yang sangat penting untuk kemajuan negara. Pembangunan pendidikan mempunyai pertalian yang rapat dengan pembangunan sesebuah negara. Kerjasama daripada pelbagai pihak seperti pusat-pusat latihan dan industri perlu untuk merancang tenaga kerja bagi keperluan negara sama ada sektor awam atau swasta. Menurut Ismail (1987), perancangan tenaga pekerja memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Pusat latihan perlu bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas masing-masing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja, sama ada mahir atau separuh mahir bagi mencapai hasrat perancangan negara. Biro Statistik Malaysia juga telah menunjukkan bahawa industri pembinaan menyediakan sekitar 800,000 peluang pekerjaan dan menyumbang sebanyak tiga peratus kepada Keluaran Domestik Kasar (GDP), tidak termasuk lain-lain industri yang berkaitan. Dalam mempertingkatkan program latihan dan kemahiran, kerajaan akan mempertingkatkan penggunaan tabung Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam bajet 2008 untuk menampung kekurangan pekerja mahir dalam sektor pembinaan. Untuk tujuan ini, CIDB akan melaksanakan Program Latihan Masterskills yang meliputi kemahiran dalam pengurusan dan pembinaan fizikal. Bagi tahun 2008, seramai 50 ribu pekerja dalam sektor pembinaan dilatih dalam program ini dengan kos berjumlah seratus juta ringgit yang dipetik daripada Ucapan bajet 2008 oleh Perdana Menteri. Menurut Datuk Seri Najib Razak (New Straits Times, 29 Ogos 2007), Kerajaan akan melaksanakan Pelan Induk Industri Pembinaan Negara (CIMP) bagi menambah daya saing sektor itu serta meningkatkan produktiviti, tahan lasak, dinamik dan bertaraf dunia, sekali gus menjana kekayaan negara. Pelan induk tujuh teras itu antara lain memberi penekanan kepada penggunaan teknologi termaju dan kaedah terkini mempertingkatkan kemampuan syarikat serta kemahiran pekerja supaya industri pembinaan negara mampu menyediakan penyelesaian bertaraf dunia, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat

5 Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan dan Kemudahan Infrastruktur yang turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Hamzah Hasan. Institusi teknikal dan vokasional pula akan terus diperkasa melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran dan Latihan. Enrolmen pelajar dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan ditingkatkan menerusi penggunaan kapasiti sedia ada, pembiayaan pelajar di institusi latihan swasta, serta peruntukan tambahan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (Ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010). Dengan adanya pelbagai pusat latihan kemahiran di negara ini, adalah diharapkan dapat melatih para belia bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Usaha ini bukan sahaja dapat memberi peluang yang baik kepada para pelatih, malah dapat meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja dan seterusnya membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara untuk membolehkan mereka memasuki pasaran tenaga kerja yang lebih mencabar akibat perubahan teknik dan teknologi yang lebih canggih dan bersaing dengan pekerja asing. Bagi mencapai hasrat Wawasan 2020, sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi dihasilkan bagi memenuhi permintaan negara. Pembangunan sumber tenaga manusia ialah proses mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan tenaga manusia untuk membolehkan tenaga manusia itu menjadi satu daripada sumber pembangunan dalam berbagai-bagai sektor sama ada ekonomi, sosial ataupun politik. Tenaga manusia yang berkemahiran, terlatih dan mempunyai sikap dan nilai positif adalah peserta yang baik dalam melaksanakan program pembangunan dengan cekap dan berkesan. Myers (1964), Smith (1970) dan Harbison (1973) berpendapat bahawa tenaga manusia ialah sumber penting bagi pembangunan ekonomi dan terdapat pertalian rapat di antara pendapatan perkapita dengan peringkat pembangunan sumber tenaga manusia.

6 Tambahan pula, Construction Industry Master Plan for Malaysia (CIMP) (2005-2015) mendapati kekurangan sumber latihan-latihan vokasional yang tidak mencukupi serta industri pembinaan itu sendiri yang dikaitkan dengan imej 3D iaitu Dirty (kotor), Difficult (sukar) dan Dangerous (berbahaya). Hal ini menyebabkan belia-belia menjauhi bidang pembinaan sebagai pilihan kerjaya. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, selain bidang yang bidang yang perlu dikuasai, seseorang pelatih itu perlu mengikuti latihan soft skill seperti ICT, komunikasi dan Bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan peluang pelatih untuk memperolehi pekerjaan pada masa hadapan. Seiring dengan perkembangan kemajuan negara dan peningkatan cabaran dalam pasaran kerjaya, persoalan timbul sama ada bakal-bakal tenaga mahir dan separuh mahir tempatan dalam industri pembinaan yang sedang mengikuti kursus latihan kemahiran telah bersedia untuk menceburi bidang kerjaya mampu menjadi tenaga buruh yang kompeten. Menurut Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia, usaha-usaha dirangka bagi meningkatkan imej dan suasana kerja dalam industri binaan. Ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan harus difikirkan serta laluan kerjaya yang meyakinkan dengan faedah dan upah yang tinggi, meningkatkan prosidur keselamatan di tempat kerja, kenaikan pangkat yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki serta menyuntik perasaan bangga dengan penglibatan kerja dalam industri binaan. Dalam konteks sekarang, pekerjaan merupakan sesuatu keperluan bagi setiap individu untuk menyara kehidupan terutamanya kepada pelatih lepasan institusi kemahiran bahawa menjadikan latihan yang diperolehi semasa di pusat latihan dapat memberikan faedah kepada kehidupan mereka. Kurikulum pelajaran Vokasional telah dirancang dan dirangka diawal tahun 70an semasa RMK ke-2. Menurut Ismail (1987), kurikulum pelajaran vokasional tersebut dapat mengurangkan pengangguran terutamanya kepada pelajar-pelajar yang kurang dan lemah dalam akademiknya. Pelajar ini akan mendalami bidang yang mereka minat bagi membentuk kearah kerjayanya. Sehubungan dengan itu, para pelatih di institusi kemahiran seharusnya telah mempunyai pilihan kerjaya yang akan diceburi bersesuaian dengan latihan yang diikuti dan matlamat latihan yang disediakan. Walau bagaimanapun, keperluan tenaga pekerja negara yang dirancang dan bilangan lepasan pelajar yang menganggur adalah menjadi satu masalah kepada

7 negara. Terdapat para pelatih yang tidak mendapat pekerjaan atau tidak memasuki bidang pekerjaan mengikut kemahiran yang telah dijalani semasa mereka menjalankan latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia. Keadaan ini menjadikan satu masalah bukan sahaja kepada negara yang telah banyak melabur ke atas latihan kemahiran yang telah dijalani oleh para pelatih ini, tetapi ia juga menjadi masalah kepada keluarga serta pelatih itu sendiri. 1.3 Penyataan Masalah Dengan wujudnya pelbagai pusat latihan kemahiran di negara ini, diharapkan dapat melatih para belia bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia dipelbagai sektor seperti pembinaan. Justeru itu, kajian dijalankan bagi mengenalpasti pendapat pelatih terhadap kursus kemahiran yang diikuti di Akademi Binaan Malaysia Johor ini. Usaha ini bukan sahaja dapat memberi peluang yang baik kepada para pelatih, malah dapat meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja dan seterusnya membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara. Kajian juga perlu dijalankan untuk mengenalpasti pendapat pelatih terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan. Bagi melahirkan tenaga pekerja yang akan menyumbangkan kemahiran kepada negara, segala bentuk program dan latihan kemahiran yang diberikan mestilah memenuhi kehendak industri serta peluang pekerjaan dikalangan para pelatih. Hal ini adalah kerana latihan yang diikuti adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan para pelatih bagi menjamin masa depan mereka dalam bidang kerjaya yang sesuai. Dengan ini, latihan kemahiran yang telah diikuti oleh pelatih tidak akan menjadi sia-sia dan dapat digunakan dalam kerjaya pelatih setelah tamat latihannya. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi daripada kursus kemahiran yang ditawarkan kepada para pelatih perlu dikenal pasti supaya mutu kemahiran dapat dipertingkatkan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti pendapat pelatih terhadap latihan yang diikuti. Hal ini bagi

8 mengungkap apakah masalah yang dihadapi oleh pelatih sepanjang menjalani kursus di ABM Johor. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pendapat pelatih terhadap kursus yang ditawarkan di Akademi Binaan Malaysia Johor bagi menceburi bidang kerjaya setelah menamatkan latihan dari segi kursus itu sendiri, peluang kerjaya dan masalah-masalah yang dihadapi. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: i. Mengenalpasti pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti di ABM. ii. Mengenalpasti pendapat pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan di ABM. iii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelatih dalam mengikuti kursus kemahiran yang diikuti di ABM Johor. 1.5 Persoalan Kajian Dalam kajian ini menyatakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai. Berikut adalah persoalan kajian iaitu: i. Apakah pendapat pelatih ABM Johor terhadap kursus kemahiran yang diikuti? ii. Apakah pendapat pelatih ABM Johor terhadap peluang kerjaya setelah menamatkan latihan di ABM? iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelatih dalam mengikuti kursus kemahiran yang diikuti di ABM Johor?