PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NOR AZALINA YUSNITA BINTI ABDUL RAHMAN Universiti Teknologi Malaysia
PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NORAZALINA YUSNITA BINTI ABDUL RAHMAN Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah) Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010
iii DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Segala Puji-Pujian Hanyalah Bagi Allah S.W.T Tuhan Sekalian Alam dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Untuk Ayahanda dan Bonda tersayang... Abdul Rahman Bin Bidin Melur Binti Bahari Ketabahan dan doamu mengiringi kejayaan Untuk suami dikasihi... Shahrol Amin Bin Shahidan Dorongan dan kesetiaan menguatkan semangatku Untuk anak-anak disayangi... Muhammad Aiman Fikri Muhammad Aiman Hakim Muhammad Alif Adha Cahaya mata yang menceriakan hidupku Terima kasih atas segala pengorbanan, inspirasi dan segalanya. Kejayaanku untuk semua.
iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan limpah kurnia-nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana ini dalam masa yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan khas buat Dr Khadijah Binti Husin selaku penyelia projek sarjana yang telah memberi tunjuk ajar, pandangan, panduan, komen serta cadangan-cadangan membina. Tanpa sokongan dan komitmen berterusan dari beliau, kajian ini tidak akan dapat dijayakan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyelidikan yang dijalankan. Sumbangan buah fikiran dan bahan-bahan rujukan amat membantu di dalam menghasilkan satu penyelidikan yang baik dan sempurna. Ribuan terima kasih tidak terhingga juga kepada kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Unit-Unit Pesuruhjaya Bangunan Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dalam memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana ini. Akhir sekali tidak dilupa ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung di samping memberi semangat, kerjasama dan galakan sehingga kejayaan dicapai. Terima kasih. Alhamdulillah...
v ABSTRAK Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) mula berkuatkuasa pada 12 April 2007 akta ini telah mewajibkan semua kepada pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ke atas pembangunan bertingkat sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Pengwujudan akta ini adalah untuk menyelesaikan masalah penyenggaraan dan pengurusan bangunan bertingkat yang mula mendapat perhatian dari orang ramai terutamanya dikalangan penghuni perumahan tersebut. Bagi mencapai matlamat ini Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melantik Pesuruhjaya Bangunan atau Commisioner Of Building (COB) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ianya bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan masalah berhubung pengurusan bangunan bertingkat tetapi sebagai pemudahcara iaitu pihak yang memberi tunjuk ajar serta memantau dari peringkat awal iaitu kelulusan Certificate Of Fitness For Occupancy (CFO) atau Certificate Of Completion And Compliance (CCC), notis panggilan serta mesyuarat agung pertama, lantikan Joint Management Comitee (JMC) seterusnya penubuhan JMB. Pemantauan akan berterusan sehingga JMC dibubarkan setelah penduduk memperolehi hakmilik strata dan boleh menubuhkan Perbadanan Pengurusan [Management Corporation (MC)]. Kajian ini adalah untuk melihat perlaksanaan Akta 663 di Negeri Selangor, bentuk pengurusan di setiap jabatan berkaitan iaitu di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan. Tumpuan juga diberikan kelebihan dan kekurangan struktur sediada dan seterusnya cadangan pembaikkan.
vi ABSTRACT The Building and Common Property (Maintenance and Building Management) Act 2007 (Act 663) came into force on 12 April 2007. This act requires developers to set up a Joint Management Body (JMB) with regards to multy storey buildings as stipulated under Strata Title Act. The establishment of this act is to solve the maintenance and management of multy storey buildings that have been came into limelight from publics, especially the dwellers themselves. For this to happen, the Ministry Of Housing And Local Goverment has appointed Commisioner Of Building(s) in every local authority. It is not intended to solve problems relating to management of multy storey building but to facilitate the process of guiding and monitoring the early stage approval of Certificate Of Fitness For Accupancy (CFO) or Certificate Of Completion And Compliance (CCC), summoning notices and holding first meeting, appointing (Joint Management Commitee JMC) and subsequently the JMB. Monitoring is in continuation until JMC is dissolved after residents obtained and set up Managemant Corporation (MC). This study is to examine the implementation of Act 663 in Selangor, the management of departments related to the state level and local authorities. Focus is also given to advantages and disadvantages in existing structures, and sugesstion for improvement.