PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak


RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Earthwork Activities in Private Housing Industry

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

Sistem Bakeri Interaktif

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Survey on Perak and Selangor 3 messages

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Perspektif Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Terhadap Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) Topik Khusus Ism Al- Adad Wa Al-Ma dud

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Transcription:

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN Mustapha Kamal Ahmad Kassim Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur mustapha.kamal@ipik.edu.my Zahiah Haris @ Harith, PhD Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur zahiah@ipik.edu.my Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap masalah dan cadangan bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK). Justeru itu kajian ini melibatkan temubual seramai enam orang pelajar yang terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang perempuan. Mereka merupakan pelajar semester satu, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2014. Data dianalisis secara kualitatif. Dua aspek yang ditemubual dalam kajian ini ialah masalah dalam pelaksanaan (P&P) TITAS dan cadangan untuk meningkatkan kualiti dalam pelaksanaan (P&P) TITAS. Dapatan kajian ini mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam pelaksanaan (P&P) TITAS antaranya kekangan masa dan pembentangan tugasan dengan menggunakan power point oleh pelajar menjadikan pelaksanaan P&P membosankan dan pelajar cepat mengantuk. Manakala aspek kedua pula ialah cadangan untuk meningkatkan kualiti (P&P) TITAS ialah memberi tugasan berkenaan sesuatu topik sebelum P&P dilaksanakan, membuat aktiviti, cara pengajaran yang berbeza dan latihan kuiz. Kata Kunci: Pengajaran dan pembelajaran, TITAS, IPG dan PISMP PENGENALAN Latar belakang Kajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus teras yang wajib dipelajari oleh semua guru pelatih dalam semester satu, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kursus ini dipelajari dalam tempoh masa 30 jam bersamaan 2 kredit. Kursus ini menfokuskan pengenalan ilmu ketamadunan, konsep asas tamadun Islam, interaksi antara pelbagai tamadun, Islam dalam tamadun Melayu, tokoh-tokoh tamadun Islam dan Asia, interaksi tamadun Asia dan relevansinya di Malaysia dan di dunia, Isu-isu kontemporari tamadun Islam dan tamadun barat, Islam Hadhari dan proses pembangunan negara. Antara hasil pembelajaran kursus ini ialah (1) menjelaskan tentang latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun bangsabangsa di dunia seperti Tamadun China, India, Jepun dan Islam;(2) Mewujudkan hubungan mesra dan persefahaman sejagat di kalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup

secara harmoni, saling memahami, saling menghormati dan bekerjasama antara satu dengan yang lain;(3) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka memahami serta menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global semasa;(4) Mengamalkan prinsip-prinsip Islam Hadhari dalam memantapkan proses pembangunan negara dan mampu menghadapi perkembangan global; (5) Mempamerkan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan (6) Mempamerkan keupayaan refleksi kendiri dengan menjadikan kejayaan tamadun serta tokoh-tokoh utama yang silam sebagai role-model (Bahagian Pendidikan Guru, 2005). Pernyataan Masalah Kursus ini mula diperkenalkan mulai tahun 2005 iaitu bermulanya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi kohort yang pertama. Ini bererti sudah hampir sepuluh tahun kursus ini diajar kepada guru pelatih di semua IPG seluruh Malaysia. Kursus ini diajar oleh pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Penilaian bagi kursus ini ialah melalui kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah kepada guru pelatih dalam tempoh yang ditentukan dan Ujian Akhir Kursus (UAK) di akhir semester satu. Berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam proforma TITAS jelas menunjukkan kursus ini amat bermanfaat kerana ianya memberi ilmu pengetahuan mengenai Tamadun Islam dan Tamadun Asia agar kejayaan tamadun lalu boleh dijadikan panduan bagi generasi sekarang dan akan datang. Hasil pembelajaran kursus ini hendaklah dicapai oleh guru pelatih setelah mempelajarinya. Untuk memastikan hasil pembelajaran yang telah digariskan dapat dicapai, menjadi kewajipan kepada penyelidik untuk meneliti masalah yang wujud dalam pelaksanaan P&P TITAS berdasarkan persepsi guru pelatih juga penting bagi memperbaiki kelemahan agar ianya tidak menjadi penghalang kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus ini. Kajian ini juga berusaha untuk memperolehi cadangan yang bernas untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P TITAS di IPG KIK khususnya. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian ini agar dapat memperolehi cadangan yang bernas untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P TITAS di IPG KIK. Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk : Soalan Kajian i. Mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas. ii. Menganalisis cadangan guru pelatih untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas. Soalan kajian ini ialah : i. Apakah persepsi pelajar terhadap masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas. ii. Apakah cadangan guru pelatih untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas. Kepentingan Kajian Antara kepentingan kajian ini ialah : i.para pensyarah yang terlibat secara langsung mengajar kursus ini dapat memperbaiki pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas. ii. Tindakan penambahbaikan berdasarkan masalah yang telah dinyatakan oleh guru pelatih yang terlibat secara khusus hendaklah dilakukan dengan segera oleh pihak berkenaan iaitu

pensyarah kursus ini, pihak pentadbir di IPG Kampus Ilmu Khas, pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Batasan Kajian iii. Cadangan yang diberikan oleh guru pelatih hendaklah diteliti secara terperinci agar pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas dapat ditingkatkan kualitinya. Kajian ini terbatas mengkaji kursus Tamadun islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas sahaja. Temu bual yang dijalankan melibatkan 6 orang guru pelatih Pogram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2014 yang mempelajari kursus TITAS dalam semester satu 2014. Tujuan kajian yang dikaji hanya menumpukan kepada masalah dalam pelaksanaan P&P TITAS dan cadangan meningkatkan kualiti pelaksanaan TITAS di IPG KIK sahaja berdasarkan persepsi guru pelatih sahaja. Oleh itu dapatan kajiannya tidak boleh digeneralisasikan kepada IPG kampus yang lain. KAJIAN LITERATUR Terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan kursus TITAS iaitu kajian yang dilaksanakan oleh Siti Hajar & Ratna Roshida, 2012) yang melihat sejauh manakah pengisian, pengaruh, dan kerelevanan tamadun Cina dalam genre sastera dapat dimanfaatkan dalam usaha menjana pembinaan tamadun Malaysia. Kajian lain pula yang dilakukan oleh Mohamad Azhari Abu Bakar et.al (2012) yang bertujuan untuk mengutarakan cadangan penambahbaikan kursus yang sedia ada. Contohnya dialog antara agama oleh wakil-wakil agama dan pembentangan isu ketamadunan dalam kolokium oleh para pelajar bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran TITAS. METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian Kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian kes ialah sejenis kajian untuk mengkaji dan menjelaskan satu kelompok yang kecil secara mendalam. Ia melibatkan pengumpulan maklumat yang ektensif untuk memahamkan sesuatu entity yang dikaji. Maklumat yang dikumpulkan mungkin mengenai seseorang individu, organisasi, situasi. Contohnya kajian kes klinikal ataupun sekumpulan manusia yang mempunyai cirri-ciri yang sama ataupun mengenai sesuatu situasi di mana tingkah laku yang tidak dijangka atau tidak jelas dijadikan sebagi focus kajian (Sabitha Marican, 2009). Kajian kes juga merupakan strategi reka bentuk kajian yang paling berkesan kerana memiliki ciri-ciri kesahan yang tinggi (Creswell, 2003). Kajian kes juga bertujuan memahami hal-hal yang sebenar, realiti-realiti social dan persepsi guru yang wujud, tanpa diganggu oleh pengukuran formal atau soalan-soalan yang ditentukan terlebih awal (Guba & Lincoln, 1981). Kajian kes juga memiliki kekuatan berbanding metodologi kajian lain kerana berasaskan realiti sebenar (Burns R.B., 2000). Pemilihan kajian kes ini adalah disebabkan ianya bersesuaian dengan persoalan kajian dan untuk mendapatkan kefahaman mendalam mengenai sesuatu situasi yang terlibat melalui pandangan pengkaji (Meriam,S.B.1998). Sampel Kajian Sampel kajian ini adalah sampel bertujuan (purposive sampling) yang melibatkan 6 orang guru pelatih iaitu 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas. Mereka adalah pelajar semester satu, ambilan Januari 2014, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang wajib mengambil kursus ini. Hal ini kerana TITAS merupakan kursus teras yang wajib dipelajari dalam semester 1 dalam tempoh pengajian selama empat tahun. Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini menggunakan protokol temubual separa berstruktur berasaskan kepada tujuan kajian ini. Satu set protokol telah disediakan untuk mendapatkan maklumat. Prosedur Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data kajian ini ialah dengan menemubual 6 orang guru pelatih tersebut. Temubual ini akan dirakamkan dan ditranskripsi semula. Pengkaji akan menganalisis hasil temubual untuk mendapatkan tema-tema berkaitan dengan kajian ini. Analisis Data Data telah dianalisis secara kualitatif untuk mengenalpasti tema-tema yang muncul daripada soalan-soalan kajian yang dikemukakan. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian di bawah ini akan dibincangkan satu persatu berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatankan sebelum ini. Persepsi pelajar terhadap masalah dalam pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas Jadual 1 Persepsi pelajar terhadap masalah dalam pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas Subjek kajian Pernyataan 1 Pada pendapat saya, antara masalah yang dihadapi ialah setiap topik yang dipelajari tidak dibincangkan dengan mendalam kerana kekangan masa yang terhad. Ini mengakibatkan beberapa topik tidak dapat difahami dengan baik. 2 Masalah yang saya hadapi ialah terlalu bosan dengan perbincangan sesuatu topik melalui power point. 3 Pada pendapat saya, semasa P&P dijalankan tiada masalah yang timbul. P&P dijalankan dengan lancar dan baik. 4 Pada persepsi saya, tidak sebarang masalah yang berlaku sepanjang P&P TITAS pada semester lalu disebabkan kerjasama antara pelajar dan pensyarah yang baik. 5 Antara masalah yang terdapat dalam P&P TITAS semester lepas ialah teknik P&P yang kurang menarik kerana segala perbincangan hanya menggunakan power point sahaja. 6 Masalah yang saya alami semasa P&P TITAS adalah saya cepat mengantuk kerana selalu menggunakan slide show power point tetapi saya sangat suka selepas mendapat perkongsian dari rakan-rakan dan ustazah.. Hasil kajian berdasarkan temubual dengan subjek kajian mengenai masalah dalam pelaksanaan P&P TITAS di IPG Kampus Ilmu Khas ialah wujudnya kekangan masa yang terhad menjadikan topik yang dipelajari tidak dapat dibincangkan secara mendalam. Ini jelas melalui kata-kata subjek kajian 1 iaitu: " Pada pendapat saya, antara masalah yang dihadapi ialah setiap topik yang dipelajari tidak dibincangkan dengan mendalam kerana kekangan masa yang terhad. Ini mengakibatkan beberapa topik tidak dapat difahami dengan baik. " (SK1) Masalah seterusnya ialah terdapat guru pelatih yang bosan dan mengantuk dengan perbincangan yang menggunakan power point. Ini jelas dinyatakan oleh subjek kajian 2,5 dan 6 seperti berikut:

" Masalah yang saya hadapi ialah terlalu bosan dengan perbincangan sesuatu topik melalui power point." (SK2) " Antara masalah yang terdapat dalam P&P TITAS semester lepas ialah teknik P&P yang kurang menarik kerana segala perbincangan hanya menggunakan power point sahaja." (SK5) " Masalah yang saya alami semasa P&P TITAS adalah saya cepat mengantuk kerana selalu menggunakan slide show power point tetapi saya sangat suka selepas mendapat perkongsian dari rakan-rakan dan ustazah.." (SK6) Terdapat juga subjek kajian yang menyatakan tidak ada masalah dalam pelaksanaan P&P TITAS melalui katakata subjek kajian 3 dan 4 : Pada pendapat saya, semasa P&P dijalankan tiada masalah yang timbul. P&P dijalankan dengan lancer dan baik." (SK3) Pada persepsi saya, tidak sebarang masalah yang berlaku sepanjang P&P TITAS pada semester lalu disebabkan kerjasama antara pelajar dan pensyarah yang baik." (SK4) Secara keseluruhannya, dapatankajian bagi soalan kajian ini menunjukkan bahawa masalah yang wujud dalam pelaksanaan P&P TITAS ialah kekangan masa menyebabkan perbincangan topik tidak dapat dilakukan dengan mendalam. Masalah kedua ialah pembentangan tugasan dengan menggunakan power point oleh pelajar menjadikan pelaksanaan P&P membosankan dan pelajar cepat mengantuk. Cadangan guru pelatih untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas Jadual 2 Cadangan guru pelatih untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di IPG Kampus Ilmu Khas Subjek Pernyataan kajian 1 Bagi meningkatkan pelaksanaan ini, para pensyarah mungkin boleh memberi sedikit tugasan berkenaan topik pembelajaran dan perbincangan akan datang bukan hanya membincangkan perkara asas topik sahaja malah lebih mendalam. 2 Cadangan saya supaya proses P&P dilaksanakan dengan membuat sesuatu aktiviti untuk memberi contoh yang lebih jelas dan menggunakan cara pengajaran yang berbeza (tidak tertumpu dengan power point sahaja). 3 Cara untuk meningkatkan kualiti P&P setiap tajuk yang dibentang harus diberi latihan kuiz bagi pelajar untuk lebih ingat. 4 Pada persepsi saya, cadangan untuk meningkatkan prestasi P&P TITAS ialah beri soalan KBAT dan P&P di luar bilik darjah agar memberi pendedahan kepada pelajar untuk meneroka. 5 Antara cadangan yang dapat saya sarankan teknik pembelajaran perlulah bersifat menyeluruh, seperti perdebatan mengenai topik-topik sejarah. Kuiz yang bersifat verbal, dan mencipta satu permainan dan memasukkan unsur-unsur sejarah dalam permainan tersebut. 6 Membuat kuiz dan memberi mata supaya mendapat kepuasan..membawa ke tempat lain supaya merasa situasikelas yang berbeza.

Dapatan kajian mendapati guru pelatih banyak menyenaraikan cadangan untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan P&P TITAS iaitu memberi tugasan berkenaan sesuatu topik sebelum P&P dilaksanakan, membuat aktiviti, cara pengajaran yang berbeza dan latihan kuiz. Bagi subjek kajian 1 mencadangkan agar pensyarah memberi sedikit tugasan sebelum P&P dilaksanakan dalam kelas dengan bertujuan supaya topik yang dibincangkan dapat diulas dengan lebih mendalam. Antara kata-kata tersebut ialah: " Bagi meningkatkan pelaksanaan ini, para pensyarah mungkin boleh memberi sedikit tugasan berkenaan topik pembelajaran dan perbincangan akan datang bukan hanya membincangkan perkara asas topik sahaja malah lebih mendalam." (SK1) Manakala cadangan seterusnya subjek kajian 2 mengharapkan agar membuat aktiviti dan cara pengajaran yang berbeza seperti kata-kata berikut: " Cadangan saya supaya proses P&P dilaksanakan dengan membuat sesuatu aktiviti untuk memberi contoh yang lebih jelas dan menggunakan cara pengajaran yang berbeza (tidak tertumpu dengan power point sahaja)." (SK2) Terdapat juga subjek kajian 3, 5 dan 6 yang mencadangkan agar selepas P&P, pensyarah dapat memberikan kuiz kepada guru pelatih. Tujuan kuiz diberikan agar pelajar dapat mengingat fakta yang dipelajari, bersifat permainan dan memberi markah supaya pelajar merasa kepuasan seperti kata-kata berikut: " Cara untuk meningkatkan kualiti P&P setiap tajuk yang dibentang harus diberi latihan kuiz bagi pelajar untuk lebih ingat." (SK3) " Antara cadangan yang dapat saya sarankan teknik pembelajaran perlulah bersifat menyeluruh, seperti perdebatan mengenai topik-topik sejarah. Kuiz yang bersifat verbal, dan mencipta satu permainan dan memasukkan unsur-unsur sejarah dalam permainan tersebut." (SK5) " Membuat kuiz dan memberi mata supaya mendapat kepuasan..membawa ke tempat lain supaya merasa situasi kelas yang berbeza." (SK6) Dapatan kajian ini secara keseluruhan berdasarkan dua tujuan kajian ini menunjukkan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam pelaksanaan P&P TITAS ialah kekangan masa dan pengajaran lebih tertumpu kepada power point sahaja. Manakala cadangan untuk meningkatkan kualiti P&P TITAS ialah memberi tugasan berkenaan sesuatu topik sebelum P&P dilaksanakan, membuat aktiviti, cara pengajaran yang berbeza dan latihan kuiz. KESIMPULAN DAN CADANGAN Kesimpulan Secara keseluruhannya, rumusan kajian ini ialah kursus TITAS hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya dalam aspek kaedah PdP kerana ianya memberi kesan kepada pencapaian hasil pembelajaran. Masalah-masalah yang dikemukakan oleh guru pelatih hendaklah diberi perhatian agar kelemahan itu diatasi secepat mungkin. Begitu juga cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti PdP TITAS di IPG KIK dan IPG seluruh Malaysia khususnya dan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) amnya.

Implikasi dan Cadangan Kajian Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa implikasi dan cadangan kajian iaitu: Pihak IPG induk hendaklah menyediakan kursus khas kepada semua pensyarah TITAS agar mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah PdP yang terkini agar ilmu pengetahuan dan maklumat terkini dapat diperolehi dengan mudah dan pantas. Hal ini kerana pendedahan kaedah PdP terkini agak terhad dalam kalangan pensyarah yang lebih senior. Pihak pentadbir di semua IPG hendaklah memberi perhatian kepada infrastruktur seperti kemudahan internet, bahan bacaan terkini di pusat sumber, komputer dan LCD di dalam semua kelas PdP. Hal ini bertujuan memastikan proses PdP dapat dilakukan secara mudah dan berkesan. Para pensyarah TITAS hendaklah sentiasa melakukan penilaian tentang keberkesanan kursus ini dengan mendapatkan pandangan dari guru pelatih tentang masalah dan cadangan agar kursus ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa secara berterusan. RUJUKAN Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Proforma Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Kementerian Pelajaran Malaysia. Burns R.B. (2000). Introduction to research method. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Longman. Creswell J.W.(2003). Research design: Qualtative, quantitative and mixed methods approach. Thousands Oaks, CA: Sage Publication. Guba, E.G. & lincoln, Y.S. (1981). Effective Evaluation. San Francisco: Jossey-Bass. Mohamad Azhari Abu Bakar et. al. (2012). Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Kajian Tinjauan Persepsi Pelajar. Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI2012), Kuala Lumpur. Meriam,S.B.(1998). Qualitative research and case study: Application in educations, revised and expended from case study research in education. San Francisco: Jossey-Bass. Sabitha Marican. (2009). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Malaysia: Pearson Malaysia, Sdn Bhd. Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak. (2012). "Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina", Jurnal Sosiohumanika, h. 49-64. Bandung: Secretariat of ASPENSI, Komp. Vijaya Kusuma.