KAJIAN HIDROLOGI DI KAWASAN KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Earthwork Activities in Private Housing Industry

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA


TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

IMPAK AKTIVITI PEMBANGUNAN TERHADAP TREND KEKERAPAN DAN MAGNITUD BANJIR DI LEMBANGAN SUNGAI MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software For evaluation only.

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Condition Appraisal Technical Report

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

MEMORANDUM MENGHENTIKAN PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI BUKIT LARUT

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

MADYA HERAWATI BTE AHMAD. Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2014 AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

LAPORAN KAJIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN - SATU PERINGATAN KEPADA MALAYSIA

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

Ir WAN SENG PENGARAH JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Transcription:

KAJIAN HIDROLOGI DI KAWASAN KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH NASIR NAYAN MOHMADISA HASHIM MOHD FARIS DZIAUDDIN KOD PENYELIDIKAN: 2010-0047-108-01 PENYELIDIKAN UNIVERSITI (TOPDOWN) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

PENGAKUAN Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Nasir Nayan, Mohmadisa Hashira dan Mohd Faris Dziauddin kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. 25.07.2010 (Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah) Laporan penyelidikan ini telah dibentangkan kepada: Majlis Pengurusan Eksekutif Universiti (MPE) pada 25 Mei 2010 Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada 14 Jun 2010 JKR Projek Pembinaan UPSI CPPT Tanjong Malim, wakil kontraktor Kamalbina Sdn. Bhd., DNP Consult Sdn. Bhd., Wholistic Landscape Architecture Sdn. Bhd. dan Zainal dan Rakan-Rakan yang terbabit dalam kerja kerja kawalan hakisan pada 14 Julai 2010.

ii PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada UPSI khususnya Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob selaku Naib Canselor yang meluluskan geran penyelidikan menerusi Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) bagi menjayakan penyelidikan ini. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan topdown (arahan LPU). Ucapan terima kasih kepada Jabatan Pengurusan, Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) yang menyediakan data dan pelan pembangunan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS). Terimakasih kepada Jabatan Pendaftar yang menyediakan maklumat berkaitan dengan kawasalan hakisan. Penghargaan juga ditujukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang membenarkan penggunaan data-data hujan bagi kajian ini. Penghargaan khas kepada Profesor Dr. Zainudin Othman (Hidrosedimentologi) yang meneliti laporan penyelidikan ini dan mengesahkan penggunaan terma-terma hidrologi yang berkaitan. Terima kasih juga kepada Jabatan Geografi, FSK yang membenarkan kami menggunakan kemudahan makmal, peralatan GIS dan kemudahan percetakan bagi menyempurnakan penyelidikan ini, Pusat Ko-Kurikulum yang menyediakan kemudahan kenderaan bagi kajian lapangan dan juga Juruteknik dan staf sokongan FSK yang membantu di lapangan. Sekian. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Ph.D (Hidrologi Lembangan) Nasir Nayan (GIS/Biodiversiti) Mohmadisa Hashim (Hidro-geomorfologi) Mohd Faris Dziauddin, Ph.D (GIS/Hartanah) Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900, Tanjong Malim, PERAK.

iii ABSTRAK Kajian ciri-ciri hidrologi amat perlu apabila sesuatu kawasan di dalam lembangan sungai dibangunkan kerana ia berkait dengan ketersediaan dan keberterusan sumber dan bekalan air. Apabila kawasan baharu dibangunkan, tumpuan seharusnya diberikan kepada aspek saiz sungai, kapasiti sungai, dan penyediaan longkang-longkang dan parit untuk mengatasi masalah lebihan air atau air ribut ekoran peningkatan air larian di kawasan tadahan. Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) berada dalam kawasan sublembangan Sungai Keroh (31.6 km 2 ) di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai sistem saliran pada peringkat orde 1 hingga orde 3. Kawasan ini merupakan kawasan punca air bagi sistem sungai di bahagian bawah sub-lembangan termasuk Sungai Behrang. Dalam proses pembangunan tanah tahun 1994, banyak alur-alur atau anak-anak sungai kecil telah ditimbus. Kejadian hakisan dan pemendapan berlaku dengan aktif dalain sistem saliran sekitarnya. Pemendapan yang berterusan telah menghadkan kapasiti air dalam sistem saliran. KSAS menerima hujan tahunan yang sangat tinggi (melebihi 2400 mm) dan boleh menyumbang kepada pengekalan sumber air dalam sistem saliran menerusi penuaian air hujan. Intensiti hujan yang tinggi juga turut menyumbang kepada kejadian hakisan permukaan yang serius dalam KSAS sebelum ini. Tindakan hakisan telah membentuk banyak galur dan galir selain menghilangkan kesuburan tanah. Langkah-langkah pengekalan saliran semulajadi dan penambaikan terhadap saliran baharu dapat membantu mengawal hakisan dan mengekalkan kapasiti air dalam KSAS. Perancangan pembangunan bersepadu dan kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memastikan KSAS dipelihara dan dipulihara dari aspek kesejahteraan persekitaran.

iii ABSTRAK Kajian ciri-ciri hidrologi amat perlu apabila sesuatu kawasan di dalam lembangan sungai dibangunkan kerana ia berkait dengan ketersediaan dan keberterusan sumber dan bekalan air. Apabila kawasan baharu dibangunkan, tumpuan seharusnya diberikan kepada aspek saiz sungai, kapasiti sungai, dan penyediaan longkang-longkang dan parit untuk mengatasi masalah lebihan air atau air ribut ekoran peningkatan air larian di kawasan tadahan. Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) berada dalam kawasan sublembangan Sungai Keroh (31.6 km 2 ) di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai sistem saliran pada peringkat orde 1 hingga orde 3. Kawasan ini merupakan kawasan punca air bagi sistem sungai di bahagian bawah sub-lembangan termasuk Sungai Behrang. Dalam proses pembangunan tanah tabun 1994, banyak alur-alur atau anak-anak sungai kecil telah ditimbus. Kejadian hakisan dan pemendapan berlaku dengan aktif dalam sistem saliran sekitarnya. Pemendapan yang berterusan telah menghadkan kapasiti air dalam sistem saliran. KSAS menerima hujan tahunan yang sangat tinggi (melebihi 2400 mm) dan boleh menyumbang kepada pengekalan sumber air dalam sistem saliran menerusi penuaian air hujan. Intensiti hujan yang tinggi juga turut menyumbang kepada kejadian hakisan permukaan yang serius dalam KSAS sebelum ini. Tindakan hakisan telah membentuk banyak galur dan galir selain menghilangkan kesuburan tanah. Langkah-langkah pengekalan saliran semulajadi dan penambaikan terhadap saliran baharu dapat membantu mengawal hakisan dan mengekalkan kapasiti air dalam KSAS. Perancangan pembangunan bersepadu dan kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memastikan KSAS dipelihara dan dipulihara dari aspek kesejahteraan persekitaran.

iv ABSTRACT A study of hydrological characteristics is necessary when an area within the river catchment is subjected to land development as it relates to the availability and continuity of water sources and water supply. When new areas are developed, attention should be given to the size of the river, the river capacity, and provision of drains and ditches to avoid excess water or increase in storm water runoff within catchment area. Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) are in the sub-catchment of Keroh River (6.31 km 2 ) at the foot of Main Range, has a drainage system at the order 1 to order 3. This area is the source of water for the river system at the lower part of the catchment including Behrang River. In the process of land development in 1994, there are many river networks were covered. Erosion and deposition occurred actively in the surrounding drainage system. Continuous sedimentation has limited the capacity of water in the drainage system. KSAS annual rainfall is very high (above 2400 mm) and can contribute to the preservation of water resources in the drainage system through rainwater harvesting. High intensity rainfall also contributed to the occurrence of serious surface erosion in KSAS before. The erosion activities have created lot of gullies and diminished the topsoil. Therefore, several measures such as maintaining the natural drainage system and improvement of new drainage can help in order to minimize erosion and maintain water capacity in KSAS. Integrated development planning and cooperation of all parties are expected to ensure KSAS protected and conserved in terms of well-being of the environment.

RINGKASAN EKSEKUTIF Pengenalan Kajian Hidrologi KSAS dilakukan bagi menyediakan makluraat asas tentang sistem saliran asal sebelum tapak dibangunkan dan menjelaskan sistem saliran semasa dan baharu terbentuk ekoran keterdedahan permukaan tanah kepada tindakan hakisan ekoran curahan hujan yang tinggi di KSAS. Sistem Morfometri Saliran KSAS KSAS berada di bahagian hulu lembangan Sungai Keroh (sub-lembangan Sungai Behrang) di Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari kawasan tadahan Lembangan Sungai Bernam yang memiliki banyak saliran orde 1 hingga orde 3 yang sensitif kepada pembangunan. Pembangunan tanah yang berlaku seawal pembukaan tapak Proton City telah menimbus saliran asal order 1 dan ratusan alur kecil dalam KSAS sepanjang 7.7 km dan membentuk 2 km jaringan alur baru ekoran tindakan hakisan permukaan yang serius. Tindakan hakisan ini telah meningkatkan kadar pemendapan dalam sistem saliran dalam sub-lembangan sungai ini disamping ineninggalkan banyak lurah (alur) dan rekahan dalam KSAS. Rekahan atau alur baharu yang wujud adalah mengikut aliran asal sungai dahulu dan perlu dikekalkan dalam projek kawalan hakisan yang sedang dijalankan. Tindakan Hujan dan Hakisan Hujan telah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi masalah hakisan tanih di KSAS. Kedudukan kawasan kajian yang terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan lebat dengan jumlah hujan yang tinggi dari jenis hujan bukit dan hujan perolakan. Berdasarkan rekod hujan 61 tahun, kawasan KSAS dan sekitar mencatatkan hujan yang sangat tinggi dengan purata 2899 mm melebihi purata hujan tahunan di Semenanjung Malaysia iaitu 2400 mm. Jumlah hujan tertinggi direkodkan pada bulan November, April dan September di mana hujan bulanannya melebihi 380 mm. Keamatan hujan adalah tinggi dan mampu meningkatkan kadar kejadian hakisan terhadap permukaan tanah yang telah terdedah sekian lama tanpa litupan bumi, Cadangan-cadangan 1. Bagi kawasan yang belum dibangunkan dan sedang tertakluk kepada projek pengawalan hakisan, dicadangkan agar 3 aliran galur yang besar yang datang dari kawasan tanah tinggi berhadapan Malim Prima dikekalkan dalam bentuk longkang yang lurus terus menuju ke tasik buatan dan menutup 1 galur besar dan beberapa galir yang kecil disekitamya. Kebanyakan galur ini adalah mengikut arah aliran asal dan merupakan lurah asas yang telah tertimbus semasa kerja awal pembukaan tanah dahulu.

vi 2. Sekiranya tanah asal yang belum terhakis digunakan untuk menutup galur dan galir, pihak pemaju perlu memastikan tidak dilakukan pada bulan-bulan keamatan hujannya tinggj (Mac, April, September, Oktober dan November) dan memastikan kawasan tersebut distabilkan semula agar tidak terdedah kepada potensi hakisan baru. Kerja-kerja baru pemotongan bukit atau tanah untuk fasa seterusnya juga perlu dielak dalam bulan-bulan ini atau mengambil langkah pencegahan dan pengawalan hakisan yang sistematik. 3. Peneresan atau pemotongan tanah tinggi di kawasan ini perlu dibuat dengan teliti (mempunyai kontur, kecerunan yang sesuai, mempunyai longkang pengaliran serta ditanam tutup bumi) agar kelajuan air ketika hujan tidak menghakis permukaan tanah dengan kuat yang boleh menyebabkan berlaku peningkatan dari segi siltasi dan sedimentasi dalam tasik buatan. 4. Sementara itu, bagi kawasan cerun yang curam berhadapan dengan persimpangan jalan masuk ke Malim Prima (yang telah dibangunkan sebelum ini oleh PCDC), struktumya perlu diperkukuh bagi mengelakkan pengaliran air dari kawasan tanah tinggi ke Sungai Salak meruntuhkan cerun tersebut. Ini kerana aliran sungai asal di kawasan tanah tinggi ini telah dikambus semasa kerja-kerja pembukaan tapak. 5. Di samping itu intensiti hujan sebenar di Tanjung Malim (1948-2008) perlu diambil-kira semasa mereka-bentuk sistem perparitan dalam tapak kampus bagi mengurangkan risiko terkurang jangkaan (under estimation). 6. Pengekalan ekologi tasik tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kawasan tadahan yang kecil (31.6 km 2 ) kerana ciri semulajadi telah dan akan diganggu. Justeru, potensi utama sumber air adalah dari hujan dengan cara mengalir dan menakung di dalam tasik tersebut. Dicadangkan agar tasik buatan pertama dipisahkan kepada dua (2) agar turunan hujan dari kawan tanah tinggi di sebelah Malim Prima dapat ditakung (bertindak sebagai empangan - kedudukan lebih tinggi) bagi mengekalkan aliran air di tasik-tasik di bawahnya. Takungan ini juga untuk masa ini boleh bertindak sebagai tasik takungan sedimentasi dan takungan banjir, sementara tasik di bawahnya dapat diairi dengan aliran air dari Sungai Salak yang lebih jernih. Dengan cara pemisahan ini, kapasiti air tasik dapat dikekalkan terutama sewaktu musim kering dan apabila kawasan di luar kampus dibangunkan kelak. Sekiranya kebergantungan kepada hujan tidak diutamakan, kemungkinan paras air tasik tidak dapat dikekalkan. 7. Perancangan pembangunan akan datang perlu memasukkan kemudahan takungan air hujan bagi tujuan kegunaan domestik luaran seperti mengepam tandas, menyiram pokok dan basuhan luaran kerana jumlah penerimaan hujan di KSAS adalah tinggi.

vi Kesimpulan Dalam proses pembukaan tanah seawal tahun 1994, banyak alur-alur atau anak-anak sungai kecil telah tertimbus dan menggalakkan kejadian hakisan dan pemendapan dalam sistem saliran sekitarnya. Pemendapan yang berterusan akan menghadkan kapasiti air dalam sistem saliran. Intensiti hujan yang tinggi juga turut menyumbang kepada kejadian hakisan permukaan yang serius dalam KSAS sebelum ini. Pihak JKR telah membuat kajian dan mengambil langkah perlu dengan melantik kontraktor bagi kerja-kerja kawalan hakisan untuk mengelakkan kerosakan berterusan kepada tapak Fasa 2 KSAS. Langkah-langkah pengekalan saliran semulajadi dan penambaikan terhadap saliran sedia ada dan baharu dapat membantu mengawal hakisan dan mengekalkan kapasiti air dalam KSAS. Perancangan pembangunan bersepadu dan kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memastikan KSAS dipelihara dan dipulihara dari aspek kesejahteraan persekitaran.

viii KANDUNGAN Muka surat Pengakuan Penghargaan Abstrak Abstract Ringkasan Eksekutif Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Foto Senarai Kependekan i ii iii iv v vii x xi xii xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Skop dan Objektif Kajian 4 1.3 Metodologi 5 1.4 Impak Kajian 5 1.5 Kos Penyelidikan 6 1.6 Jadual Perancangan Kerja 6 1.7 Struktur Laporan 7 BAB 2 SISTEM MORFOMETRI SALIRAN LEMBANGAN 8 SUNGAI KEROH DAN KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH (KSAS) 2.1 Pengenalan 8 2.2 Latar Belakang Lembangan Sungai Keroh (LSK) 8 2.3 Latar Belakang Fizikal Kampus Sultan Azlan Shah 14 2.4 Penutup 44 BAB 3 TREN HUJAN KAWASAN KAJIAN 46 3.1 Pengenalan 46 3.2 Hujan dan Pengaruh Monsun 47 3.3 Tren Hujan Tahunan 48 3.4 Variasi Hujan Tahunan 52 3.5 Senario Semasa Hakisan Tanih di KSAS 55 3.6 Perkaitan Hujan dan Kejadian Hakisan di Kawasan Kajian 68

ix 3.7 Penutup 75 BAB 4 CADANGAN-CADANGAN DAN KESIMPULAN 76 4.1 Pengenalan 76 4.2 Cadangan-cadangan 76 4.2.1 Perubahan atau Pengekalan Terhadap Sistem Saliran - Semulajadi dan Buatan 76 4.2.2 Pengekalan Ekologi Tasik Buatan 87 4.2.3 Potensi Penggunaan Air Hujan 89 4.2.4 Langkah Pengawalan Hakisan 90 4.2.5 Perancangan Pembangunan Kampus Fasa Berikutnya 97 4.2.6 Pengawalan Pembangunan Di luar Kawasan Kampus 99 4.3 Kesimpulan 100 Rujukan 107

X SENARAI RAJAH Rajah tnuka surat 1.1 Pandangan Udara Kawasan Kajian Di Tapak Kampus Baharu 3 Proton City 2.1 Kawasan Kajian Lembangan Sungai Keroh (Lsk) 9 2.2 Gunatanah Sekitar Lsk 12 2.3 Ketinggian LSK 13 2.4 Sub-Lembangan Sungai Keroh 15 2.5 Jenis Pembangunan Sedia Ada Dalam KSAS 16 2.6 BentukMukaBumiKSAS 19 2.7 Sistem Saliran Asal Dalam KSAS 20 2.8 Sistem Saliran Sedia Ada Di KSAS 22 2.9 Keadaan Dan Cadangan Sistem Saliran Di KSAS 24 2.10 Sistem Saliran - Tasik Di KSAS 30 2.11 Sistem Perparitan KSAS 35 2.12 Segmen Arah Aliran Keluaran Air 40 3.1 Jumlah Hujan Tahunan Di Stesen Tanjong Malim, 1948-2008 50 3.2 Jumlah Hujan Tahunan Di Stesen Ladang Ketoyong, 1948-51 2008 3.3 Jumlah Hujan Tahunan Di Stesen Ladang Sungai Behrang, 51 1948-2008 3.4 Jumlah Hujan Tahunan Di Stesen Ladang Bedford, 1948-2008 52 3.5 Jumlah Hujan Purata Tahunan Kawasan Kajian, 1948-2008 52 3.6 Hujan Kumulatif Berdasarkan Stesen Hujan Dan Hujan 54 Kawasan 1948-2008 3.7 Tren Hujan Tahun 1951-1979 55 3.8 Tren Hujan Tahunan 1980-2008 55 3.9 Jumlah Hujan Dan Hari Hujan Bulanan Di Stesen Ladang 71 Ketoyong 2008 3.10 Jumlah Maksimum Direkodkan Pada Setiap Bulan Di Stesen 73 Ladang Ketoyong, 2008 4.1 Sistem Saliran KSAS 78 4.2 Pembangunan Fasa 1 Dan 2 KSAS 98

xi SENARAI JADUAL Jadual muka surat 2.1 Keluasan Lembangan Kawasan Kajian 10 2.2 Morfometri LSK 10 2.3 Panjang Dan Orde Sungai LSK 17 2.4 Morfometri Dalam KSAS 20 2.5 Perubahan Morfometri Dalam KSAS 22 2.6 Keluasan Arah Aliran Air KSAS 32 2.7 Jumlah Keluaran Air Bagi Setiap Segmen 38 3.1 Ujian Mann-Kendall Bagi Tren Hujan Di Tanjong Malim, 44 1948-2008 3.2 Ciri Hujan Di Stesen Hujan Kawasan Kajian, 1947-2008 48 3.3 Kedudukan Bulan Berkaitan Dengan Risiko Hakisan Tanih 67 Berdasarkan Purata Hujan Di Stesen Ladang Ketoyong Tahun 1998-2008 3.4 Rekod Jumlah Hujan Harian Maksimum Di Stesen Hujan 69 Ladang Ketoyong, 1996-2008

xii SENARAIFOTO Foto muka surat 2.1 Pembinaan Bangunan Dalam KSAS 17 2.2 Pembinaan Menara Bangunan Dalam KSAS - Pintu Masuk 17 Utama 2.3 Kerja Perataan Tanah Dalam KSAS Bagi Projek Kawalan 18 Hakisan 2.4 Sungai Salak Sedia Ada Menghala Masuk KSAS 21 2.5 Alur Sungai Baru Menghala Ke Tasik 25 2.6 Alur Baru Menghala Ke Sungai Sedia Ada 26 2.7 Keadaan Alur Baru Disebabkan Oleh Hakisan Yang Tinggi 27 2.8 Sungai Salak (Dalam KSAS) Mengalir Keluar Ke Proton City 28 2.9 Sungai Sedia Ada Menghala Ke Tasik 29 2.10 Takungan/Tasik Sedia Ada - Sempadan Taman Malim Prima 31 2.11 Takungan/Tasik Sedia Ada - Dalam Kampus 31 2.12 Kolam Takungan Sementara Untuk Memerangkap Sedimen 32 2.13 Tasik Buatan - Tapisan Air Menggunakan Struktur 'Gabion' 33 2.14 Longkang Yang Menghubungkan Sistem 1 KSAS Dengan 36 Sungai Keroh 2.15 Longkang Di Sistem 1 Berhampiran Asrama Pelajar Sedia Ada 37 2.16 Sistem Longkang Berhampiran Asrama Pelajar Sedia Ada 38 2.17 Longkang Sistem 2 - Bersebelahan Pencawang Masuk Utama 39 TNB 2.18 Sistem Perparitan Baru Menghala Ke Sungai Keroh 42 2.19 Sistem Perparitan Baru Sepanjang Jalan Dalam Kampus 43 Menghala Ke Sungai Keroh 2.20 Sistem Perparitan Baru Menghala Ke Sungai Salak 44 3.1 Hakisan Permukaan 60 3.2 Permukaan Tanih Yang Berwarna Cerah Kesan Daripada 61 Proses Hakisan Permukaan 3.3 Hakisan Galir 62 3.4 Hakisan Galur 63 3.5 Jaringan Rekahan Membentuk 'Anak Sungai' - Dicadangkan 65 Dikekalkan Alirannya 3.6 Kedalaman Dan Kelebaran Rekahan (Berhampiran 'Outlet' 65 Tasik) 3.7 Rekahan Dan Robohan Yang Aktif (Berhampiran Outlet 66 Tasik) 3.8 Kesan Aliran Permukaan Dari Kawasan Tanah Tinggi 66 Bersempadan Dengan Malim Prima 3.9 Pemendapan Di Tasik Sedia Ada (Pandangan Dari Pintu 67 Masuk Keempat Berhampiran Malim Prima) 3.10 Proses Hakisan Dan Pemendapan Di Sungai Salak 68 3.11 Proses Pemendapan Di Kawasan Tasik Dan Pembentukan 69 Kipas Lanar 4.1 "Outlet" Air Dari KSAS Ke Sungai Keroh Berhadapan 79

xiii Asrama Pelajar Sedia Ada 4.2 Longkang Besar Dibina Daripada Asas Sungai Untuk 79 Mengalirkan Air Dari KSAS Ke Sungai Keroh 4.3 "Outlet" Air Dari KSAS Melalui Sungai Salak Ke Kawasan 80 Industri Proton City - Berhadapan Sungai Salak 4.4 Runtuhan Konkrit Saluran Air Longkang Dari KSAS Ke 81 Sungai Keroh - Berhadapan Asrama Pelajar Sedia Ada 4.5 Longkang Sedia Ada Berhadapan Asrama Pelajar Arali 82 KSAS- Dijangka Mampu Menampung Dan Mengalirkan Air Dari Kawasan Desa Siswa Yang Sedang Dibangunkan 4.6 Aliran Sungai Sedia Ada Di Tengah KSAS Menghala Ke 84 Tasik - Dicadangkan Untuk Dikekalkan Dalam Bentuk Longkang 4.7 Hakisan Membawa Sedimen Ke Dalam Sungai Sedia Ada 85 Dalam KSAS 4.8 Alur Baru Terbentuk Daripada Hakisan Permukaan Dalam 86 KSAS 4.9 Proses Perataan Tanah Bagi Projek Kawalan Hakisan 87 Dijalankan Di Pintu Masuk Ke-Empat KSAS (Berhadapan Taman Malim Prima) 4.10 Pemandangan Kawasan Tasik Dari Bangunan Dewan Besar 89 4.11 Rum put Vertiver 91 4.12 Rumput Vertiver Yang Ditanam Di Kawasan Permukaan 92 Tanah Yang Terdedah Bagi Mengelakkan Proses Hakisan 4.13 Pemotongan Untuk Menstabilkan Salah Satu Bukit Dalam 94 KSAS Di Bawah Projek Kawalan Hakisan 4.14 Pokok Senduduk Sedia Ada Dalam KSAS 95 4.15 Pokok Acacia Mangium Sedia Ada Dalam KSAS 95 4.16 Bekas Tapak Kaki Bagi Menunjukkan Ketebalan Sedimen 96 Atas Permukaan Tanah 4.17 Alur Sungai Datang Daripada Bukit Yang Menghadap Taman 97 Malim Prima Dalam KSAS 4.18 Kedudukan Geografi KSAS Di Kaki Banjaran Titiwangsa 100

xiv SENARAI KEPENDEKAN Kependekan GIS Ha JKR JPS KM KM KPT KSAS LAP LPU LSK m m 2 m 3 PCDC RM RMC UPSI Geographical Information System (Sistem maklumat geografi) Hektar Jabatan Kerja Raya Jabatan Pengairan dan Saliran Kilometer Kilometer persegi Kementerian Pengajian Tinggi Kampus Sultan Azlan Shah Lembaga Air Perak Lembaga Pengarah Universiti Lembangan Sungai Keroh Meter Meter persegi Meter padu Proton City Development Corporation Ringgit Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Center) Universiti Pendidikan Sultan Idris

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Laporan penyelidikan ini disediakan untuk memaklurakan hasil kajian bagi memenuhi permintaan LPU Universiti menerusi surat Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor bertarikh 22 April 2010 supaya satu Kajian Hidrologi Di Kawasan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) dilakukan secara terperinci. Kajian dilakukan oleh penyelidik dari UPSI (Jabatan Geografi) bagi mendapatkan gambaran sebenar sistem hidrologi di dalam sublembangan Sungai Bernam di mana kampus baharu ini berada dan dapat menyediakan maklumat dari perspektif UPSI kepada pemaju di tapak kampus bagi memastikan perancangan dan pembangunan tanah dan infrastruktur dilaksanakan dengan mampan (mengambil aspek kesejahteraan dan persekitaran). Permintaan ini wujud disebabkan oleh tapak kampus baharu (Rajah 1.1) berdepan dengan masalah hakisan permukaan yang serius sejak permulaan kerja-kerja infrastruktur awal pada tahun 2004 sehingga memaksa JKR menerusi peruntukan tambahan dari KPT melantik kontraktor bagi melakukan kerja-kerja kawalan hakisan tanah dan pembaikan kesan hakisan dengan anggaran kos RM 21 juta bermula 23 Mac 2010 untuk tempoh setahun. Atas faktor kelemahan meramal potensi kesan persekitaran semasa proses awal pembukaan tanah Proton City seawal 1994 dahulu, di samping kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997-2002, kawasan Proton City termasuk tapak kampus telah 'terbiar' dan terdedah kepada fenomena cuaca dan iklim yang memudaratkan kualiti

2 persekitaran. Peruntukan kewangan bagi pengawalan hakisan sebenarnya merugikan tetapi harus dibelanjakan bagi memastikan perancangan pembangunan dapat diteruskan dan impak hakisan sedia ada terhadap persekitaran dapat dikurangkan. Pengajaran dan iktibar harus diambil bagi mengelakkan kerugian kepada universiti dan negara apabila membangunkan fasa-fasa berikutnya. Kajian semula secara menyeluruh (walaupun Penilaian Impak Alam Sekitar telah dilakukan pada tahun 1994) terhadap aspek persekitaran di Proton City perlu dilakukan kerana banyak perubahan telah berlaku terhadap guna tanah semenjak ia kembali 'dibangunkan' pada awal tahun 2000 bagi mengurangkan permasalahan persekitaran semasa dan jangkaan masa hadapan. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan sebagai mana diarahkan yang bermula dari 26 April 2010-25 Mei 2010 dengan peruntukan Universiti. Kumpulan penyelidik yang melaksanakan kajian ini terdiri daripada pensyarah Jabatan Geografi, Fakulti Sains Kemanusiaan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (Hidrologi Lembangan) serta dianggotai oleh Dr. Mohd Faris Dziauddin (GIS/Hartanah), En. Nasir Nayan (GIS/Biodiversiti) dan En. Mohmadisa Hashim (Hidrogeomorfologi).

4 1.2 Skop dan Objektif Kajian Kajian ini dilakukan atas permintaan Lembaga Pengarah Universiti menerusi Mesyuarat Kali Ke-68 Bi. 2/2010 untuk mengenalpasti sumber-sumber dan laluan air sekitar kawasan bukit dan lembah di Kampus Sultan Azlan Shah dalam tempoh satu bulan. Untuk memenuhi keperluan segera ini, tumpuan akan diberikan kepada penelitian aspekaspek hidromorfometri sahaja. Secara lebih terperinci, objektif kajian adalah: i- Menyediakan base-map jaringan sistem sungai asal di dalam dan luar kawasan tapak kampus berdasarkan peta topografi 1992 (skalal :50,000) sebelum tapak dibangunkan. ii- iii- iv- Mengenalpasti sistem morfometri sungai (river catchment - area, stream order, slope, drainage density dan catchment shape) yang mengairi kawasan tapak kampus dan kawasan sekitar. Mengenal pasti bilangan orde sungai (terutama orde 1) yang telah ditimbus ekoran pembukaan tapak kampus. Mengenalpasti taburan dan intensiti hujan (sumber utama bekalan air) di kawasan tapak kampus berdasarkan data-data historikal tahun 1948-2008. v- Meramal potensi intensiti air larian permukaan (surface runoff) dan laluan di kawasan lembangan sungai di mana tapak kampus berada serta kaitan dengan pengekalan ekologi tasik buatan. vi- Membuat analisis perkaitan antara maklumat hidromoformetri dengan masalah hakisan tanah yang berlaku di tapak kampus. Aspek kesan lanjutan hakisan kepada ekologi persekitaran, kadar dan intensiti pemendapan, kesesuaian tumbuhan untuk mengawal hakisan permukaan, perubahan guna tanah sekitar lembangan sungai berhampiran, kualiti air dan pengurusan bersepadu alam sekitar kampus akan diteliti dengan lebih terperinci menerusi peruntukan geran di bawah RMC yang akan melibatkan gabungan tenaga pakar dari Jabatan Geografi, Kimia dan

5 Biologi. Kertas cadangan penyelidikan akan dikemukakan secara berasingan setelah kajian ini selesai. 1.3 Metodologi Kajian ini berbentuk kuantitatif berdasarkan analisis perhubungan data-data sekunder yang diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta melibatkan aplikasi pemetaan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Data sekunder terdiri dari pengumpulan data hujan yang dianalisis dari aspek variasi dan tren menggunakan Ujian Statistik Mann-Kendall, serta melihat kekuatan pengaruh hujan terhadap kejadian hakisan di tapak kampus, keupayaan kapasiti air dalam sistem saliran kampus, dan data topografi dari peta-peta serta imej berkaitan yang akan diterbitkan semula mengikut keperluan kajian dalam bentuk peta-peta jaringan sungai. Tinjauan lapangan juga dilakukan bagi tujuan pengesahan (ground-truthing) pemetaan dan catatan berkaitan aspek saliran semulajadi dan buatan dalam kawasan tapak kampus, kejadian dan potensi hakisan serta guna tanah sekitar. 1.4 Impak Kajian Hasil ini diharap dapat membantu menyediakan maklumat asas tentang aspek hidrologi (hidromorfometri) kawasan tapak kampus kepada pihak UPSI dalam usaha memantau pembangunan yang sedang dan akan dijalankan. Ini bagi mengelak dari berlakunya kejadian hakisan, pemendapan serta masalah-masalah alam sekitar berkaitan dan memberi kerugian dari segi kos (RM) untuk membangun/memulih semula tapak ekoran dari perancangan pembangunan yang tidak bertepatan dengan sensitiviti persekitaran dan ekologi tapak kampus yang berada di kaki Banjaran Titiwangsa. Hasil kajian juga akan dapat memberikan gambaran tentang keupayaan tampungan (carrying capacity) kawasan

6 tadahan lembangan Sungai Keroh khususnya untuk mengairi kawasan kampus. Selain itu, ia dapat mengekalkan kelestarian badan air yang dibina (tasik) serta pengekalan ekologi sungai untuk hidupan akuatik dan aktiviti manusia yang lain di bahagian bawah kawasan tadahan (downstream). 1.5 Kos Penyelidikan Bagi menjayakan penyelidikan ini, pihak Universiti menerusi surat Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor pada 22 April 2010 telah meluluskan peruntukan penyelidikan sebanyak RM10,000.00. Untuk kajian ini, kos yang digunakan melibatkan bayaran pembantu penyelidik, penyediaan peta topografi, perjalanan mendapatkan data, kajian lapangan dan proses penyediaan laporan. 1.6 Jadual Perancangan Kerja Secara umum, proses menyiapkan kajian ini melibatkan 9 langkah kerja berikut yang mengambil masa selama 1 bulan.

8 BAB DUA SISTEM MORFOMETRI SALIRAN LEMBANGAN SUNGAI KEROH DAN KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH (KSAS) 2.1 Pengenalan Bab ini menjelaskan sistem morfometri saliran yang ada dalam Lembangan Sungai Keroh (LSK). Morfometrinya penting untuk difahami kerana KSAS berada dalam lembangan sungai ini dan ia menjadi punca utama kepada pengekalan sistem saliran dalam kawasan KSAS. Antara aspek morfometri yang akan dijelaskan ialah orde sungai, kepadatan sungai, panjang dan keluasan lembangan dan sub-lembangan serta bentuk lembangan. Aspek-aspek ini berkait rapat dengan pengekalan sungai dan bekalan air dalam sistem saliran LSK dan KSAS. Gangguan terhadap saliran asal serta pembentukan saliran baharu turut dibincangkan yang berkait rapat dengan aspek hakisan dan pemendapan. 2.2 Latar Belakang Lembangan Sungai Keroh (LSK) Morfometri Morfometri sistem saliran LSK diketengahkan dalam kajian ini disebabkan oleh keterlibatan sungai terbabit dengan kawasan KSAS (Rajah 2.1). Sistem sungai yang terlibat dengan pembinaan KSAS semuanya menuju ke Sungai Behrang sebelum masuk ke Sungai Bernam. LSK merupakan salah satu sub-lembangan kepada lembangan sungai