PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Earthwork Activities in Private Housing Industry

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI


Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Sistem Bakeri Interaktif

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Survey on Perak and Selangor 3 messages

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

TECHNICAL AND SCALE EFFICIENCY OF DISTRICT HOSPITALS IN PERAK USING DATA ENVELOPMENT ANALYSIS

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), 2018

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS: SATU KAJIAN DI KEM BATALION 9 PGA KUALA TERENGGANU

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TECHNICAL EFFICIENCY AND ITS DETERMINANTS IN THE GAMBIA SECONDARY HEALTH CARE SERVICE DELIVERY

1.0 Kecederaan Kepala Tertutup ( Closed Head Injuries )

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Transcription:

Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT ABSTRAK Kolej Universiti Islam Melaka Secara umumnya kajian ini menjelaskan tentang aspek perkembangan fizikal dalam kalangan kanak-kanak dari lahir hingga mencapai usia prasekolah. Kajian ini berfokuskan dari sudut pandangan barat. Kajian ini mengupas tentang aspek perbezaan perkembangan fizikal di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Secara umumnya dapat dilihat bahawa pada peringkat kanak-kanak terdapat perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan. Perkembangan fizikal dalam kalangan kanak-kanak lelaki adalah lebih cepat daripada perempuan ini berdasarkan kepada skala ketinggian, berat badan dan BMI yang diperolehi daripada National Center for Health Statistics, USA (NCHS) dan WHO Child Growth Standard (2006) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Kata Kunci: Perkembangan Fizikal, Kanak-Kanak Lelaki Dan Perempuan, Perspektif Barat. 137

Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 PHYSICAL ASPECTS OF THE DIFFERENCES IN DEVELOPMENT AMONG THE BOYS AND GIRLS ACCORDING TO WESTERN PERSPECTIVE ABSTRACT In general, this study describes the aspects of physical development among children from birth to preschool age. This study focused on the western point of view. This study explores the aspects of the physical development of boys and girls. Generally it is seen that in childhood there are significant differences between boys and girls. in which girls progress faster by 2 years compared to boys. This is also supported by the scale of height, weight and BMI (Body Mass Index) obtained from the National Center for Health Statistics, USA (NCHS) and WHO Child Growth Standard (2006) through the Ministry of Health Malaysia. Keywords: Physical Development, Girls And Boys, Western Perspective. Bottom of Form PENGENALAN Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, (KKM) 2003), perkembangan fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Proses mendidik dan mengasuh kanak-kanak awal, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian (Charlesworth, 2014). Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan tentang amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut. 138

Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat Terdapat banyak perbezaan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan, khususnya dari aspek perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Ianya terjadi seawal proses persenyawaan itu berlaku. Apabila melihat kepada aspek pertumbuhan fizikal terdiri daripada perubahan berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan:kaki, kandungan lemak dalam badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang. Kajian ini cuba untuk melihat sejauhmana perbezaan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki dan perempuan bermula dari proses persenyawaan hingga kanak-kanak akhir dari aspek fizikal. Hal ini demikian kerana terdapat perbezaan pembentukan struktur otak pada peringkat awal kanakkanak, oleh itu perkembangan mereka turut berbeza. Secara realitinya kajian tentang perbezaan lelaki dan perempuan dari aspek fizikal adalah terlalu sedikit dan hampir sukar untuk diperolehi. Walau bagaimanapun, memikirkan akan kepentingan untuk mengkaji isu ini maka kajian seperti ini harus diperbanyakkan. PERBEZAAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN DARI SEGI BERAT BADAN Berat purata bayi lahir sihat adalah 3kg (6.5paun). Bayi kembar baru lahir adalah kurang berat berbanding dengan bayi baru lahir secara tunggal. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap penyakit kencing manis pula secara umumnya lebih berat daripada biasa. Selepas beberapa kelahiran, bayi akan kehilangan 5% hingga 10% berat ketika lahir kerana kehilangan cecair dari tubuhnya dan juga penyesuaian kepada persekitaran barunya(who, 2006). Walau bagaimanapun, berat badannya beransur-ansur meningkat kembali sepuluh hari kemudiannya (KKM, 2008). Berat badan bertambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Kebanyakan bayi bertambah berat badan sebanyak 1kg pada akhir bulan pertama. Kadar pertumbuhan pada tempoh ini dianggap paling cepat. Selepas peringkat ini, kadar pertumbuhan beransur perlahan. Jika kadar pertumbuhan untuk enam bulan pertama dikekalkan, minimum berat bagi seseorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun adalah kira-kira 240 000 tons (NCHS, 2008). Ketika berumur lima bulan, berat bayi adalah dua kali ganda berat ketika lahir. Pada umur 1 tahun, berat meningkat sebanyak tiga kali ganda berat ketika lahir (KKM, 2008). Setelah mencapai umur dua tahun, berat bayi meningkat lagi sebanyak empat kali ganda berat ketika lahir. Dalam enam bulan pertama perkembangan fizikal bertumpu kepada otot. Seterusnya, di antara umur 6 bulan hingga 12 bulan, perkembangan fizikal tertumpu kepada pergerakan. Dari umur 2 tahun hingga baligh, berat akan meningkat sebanyak paun 2.5kg (% paun) setiap tahun (NCHS, 2008). Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak- 139

Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 kanak berumur antara dua hingga tiga tahun dan seterusnya meningkatkan beransur-ansur sebelum mencapai remaja. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat daripada lelaki pada usia yang sama. Berikut adalah carta berat badan normal bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 0 hingga 12 bulan (1 tahun): Jadual 1: Perbezaan Berat Badan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan (Lahir 12 bulan) Umur (bulan) Lelaki (kg) Perempuan (kg) Lahir 2 4.4 1.8 4.2 1 3 5.4 2.6 5.2 2 3.6 6.4 3.2 6.2 3 4.2 7.4 3.8 7 4 4.8 8.2 4.4 7.8 5 5.4 9 4.8 8.6 6 5.8 9.8 5.2 9.2 7 6.4 10.4 5.6 9.8 8 6.8 11 6 10.4 9 7.2 11.4 6.4 10.8 10 7.6 11.8 6.6 11.2 11 7.8 12.2 7 11.6 12 8 12.4 7.2 11.8 Sumber: National Center for Health Statistics, USA (NCHS) Jadual 2: Jadual Perbezaan Purata Berat Badan Lelaki dan Perempuan (0 hingga 5 tahun) Berat Badan (kg) Umur Lelaki Perempuan Baru lahir 3.41 3.36 3 bulan 5.73 5.64 6 bulan 7.57 7.27 9 bulan 9.09 8.73 1 tahun 10.09 9.77 2 tahun 12.59 12.32 3 tahun 14.64 14.45 4 tahun 16.55 16.45 5 tahun 18.41 18.41 Sumber: National Center for Health Statistics, USA (NCHS) 140

Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat PERBEZAAN KETINGGIAN BADAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Perubahan ketinggian bayi juga berubah dengan cepat. Pertumbuhan panjang yang paling ketara adalah semasa bulan ke-4 dan bulan ke-5 dalam kandungan atau pralahir. Ketika itu janin dalam kandungaan bertambah sebanyak 1.5 milimeter sehari. Ketika dilahirkan, bayi biasanya berukuran kira-kira 50 sentimeter (20 inci) panjang, iaitu kurang 1/3 daripada ketinggian dewasa. Ketinggian bayi akan bertambah sebanyak 30% daripada ketinggian lahir pada umur lima bulan. Seterusnya, ketinggian meningkat sebanyak 25 sentimeter (10 inci), iaitu lima puluh peratus daripada ketinggian badan ketika lahir apabila mencapai umur 1 tahun (Santrock, 2008). Pada tahun ke dua kadar penambahan ketinggian semakin berkurangan, iaitu antara 11 hingga 12.5 sentimeter (4.5 hingga 5 inci) atau 24% daripada ketinggian badan ketika lahir. Setelah mencapai usia 2 tahun, ketinggian bayi meningkat sebanyak 75% daripada ketinggian badan ketika lahir. Pada usia 2 tahun, kebanyakkan kanak-kanak telah mempunyai kira-kira separuh daripada ketinggian sebenar yang akan dimiliki apabila dewasa kelak. Seterusnya pertambahan sebanyak 5 hingga 7.5 cm (2 3inci) ketinggian badan setiap tahun. Menurut Santrock (2008), kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia 11 tahun. Setelah mencecah usia 12 atau 13 tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki. Sekitar lingkungan usia 14 tahun, ketinggian kanak-kanak lelaki meningkat kembali dan menjadi lebih tinggi daripada kanakkanak perempuan (Rohani, 2003). Perkembangan saiz badan yang seimbang biasanya dilihat secara membandingkan berat badan dengan ketinggian yang dicapai mengikut umur. Purata berat badan dan ketinggian bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki dari lahir hingga usia 5 tahun adalah seperti berikut: 141

Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 Jadual 3: Jadual Perbezaan Purata Ketinggian Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Ketinggian (cm) Umur Lelaki Perempuan Baru lahir 49.75 49.50 3 bulan 59.50 58.50 6 bulan 65.25 64.25 9 bulan 70.00 69.00 1 tahun 74.00 73.00 2 tahun 86.00 85.25 3 tahun 94.75 92.75 4 tahun 101.75 101.5 5 tahun 107.00 107.25 Sumber: National Center for Health Statistics, USA (NCHS) PERBEZAAN LILITAN KEPALA DI KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Kadar pertumbuhan fizikal individu serta taraf perkembangan di kesan melalui lilitan kepala dan lengan. Lilitan kepala bayi, iaitu ketika lahir jisim otak mencapai nisbah 2/3 saiz kepala orang dewasa. Sempadan pada kepala bayi adalah keutamaan indeks bagi pertumbuhan yang normal di kalangan bayi.berdasarkan Rohani (2003), semasa kelahiran ukur lilitan kepala adalah 30 38 cm (12 15 inci). Usia 6 bulan, lilitan kepala bayi berukuran 42.5 cm (17 inci) akan mencapai 45 cm (18 inci) apabila berusia 1 tahun atau ¼ daripada panjang tubuhnya. Lilitan kepala bayi berusia 2 tahun adalah 48 cm(19 inci). Peningkatan lilitan kepala berlaku 2 hingga 6 bulan selepas lahir seiring dengan perkembangan otak. Kepala bayi yang baru lahir lebih besar berbanding badannya. Keadaan ini adalah disebabkan oleh perkembangan otak yang amat pesat sedang berlaku semasa prakelahiran ketika sel otak (neuron) yang ada pada bayi telah terbentuk semasa ia berumur enam bulan dalam kandungan. Lilitan kepala yang tidak membesar mungkin disebabkan oleh pertumbuhan otak yang tidak memuaskan, walau bagaimanapun, bayi perlu dibawa berjumpa doktor atau pegawai kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. 142

Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat Jadual 4: Peringkat perubahan lilitan kepala mengikut perubahan umur Umur Lilitan Kepala 0 2 tahun Peningkatan lilitan kepala kerana perkembangan otak. 2 tahun Nisbah ukuran kepala 1: 5 daripada panjang tubuh. 3 tahun Apabila kanak-kanak mencapai 50% daripada ketinggian remaja, pertumbuhan kepalanya juga mencapai 50% daripada saiz dewasanya. Remaja Ukuran kepalanya 1 : 10 daripada panjang tubuhnya. Sumber: Rohani Abdullah (2003), Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio Jadual 5: Perbezaan lilitan kepala di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan Bulan Lilitan Kepala (cm) Lelaki Perempuan 0 32.6 37.6 32.6 37.8 3 38 42.4 37.8 42.4 6 40.6 44.8 40.4 37.8 9 41.8 46.2 42.1 42.4 12 42.8 47.4 42.9 47.2 15 43.8 48 43.6 48 18 44.4 48.8 44.4 48.6 21 44.8 49.2 45.2 49.2 24 45 49.7 45.4 49.7 27 45.4 50.2 45.6 50 30 45.6 50.5 45.78 50.4 33 45.9 50.8 45.9 50.8 36 46 51 46 51 Sumber: National Center for Health Statistics, USA (NCHS) PERBEZAAN LILITAN LENGAN DI ANTARA KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada tahun 2008, pengukuran lilitan lengan hanya ditumpukan kepada bahagian pertengahan lengan atas ukuran tersebut dilakukan dengan alat pita ukur jenis kain atau plastik. Kadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesat pada awal kelahiran bayi di mana lilitan purata berukuran 11 cm dan bertambah kepada 16 cm. Lilitan ini kekal antara 16 cm atau 17 cm walaupun umur meningkat dari setahun hingga 5 tahun. Ianya bergantung kepada pemakanan bayi. Jika ukuran lilitan lengan ketika berusia 5 tahun adalah 12.5 cm hingga 13.5 cm menandakan taraf kekurangan zat 143

Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 makanan yang sederhana, manakala nilai kurang 80% jangkaan normal iaitu 12.5 ke bawah menunjukkan taraf kekurangan zat makanan yang teruk. Kajian mendapati bahawa saiz lilitan lengan adalah hampir sama dan jarak perbezaan terlalu kecil. Jadual 6: Lilitan Lengan di Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Umur Lilitan Lengan Lelaki Perempuan 1 tahun 11.05 12.05 11.02-11.87 2 tahun 12.30 13.45 12.25 12.35 3 tahun 13.50 14.50 13.45 14.45 4 tahun 15.55 16.00 15.05 15.89 5 tahun 16.05 17.05 16.00 17.00 Sumber: WHO Child Growth Standard, 2006 PERBEZAAN BMI (BODY MASS INDEX) LELAKI DAN PEREMPUAN Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada tahun 2008, purata BMI (Body Mass Index) kanak-kanak normal dalam kalangan lelaki dan perempuan adalah seperti jadual di bawah. Jadual menunjukkan purata BMI (Body Mass Index), kanak-kanak lelaki dan perempuan di antara umur dua tahun sehingga lima tahun. Skala purata BMI (Body Mass Index), dinilai dalam selang umur dua bulan. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai BMI (Body Mass Index), yang lebih tinggi berbanding perempuan. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan fizikal dalam kalangan kanak-kanak lelaki adalah lebih pesat berbanding kanak-kanak perempuan. Perbezaan aspek fizikal di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sukar untuk diperolehi. Walau bagaimanapun, perkembangan dan pertumbuhan manusia adalah bergantung kepada perkembangan struktur otak. Di mana otak merupakan pusat atau center yang mengawal segala produktiviti badan. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan yang ketara dari segi purata BMI (Body Mass Index) dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan (KKM, 2008). 144

Umur Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat Jadual 7: BMI Lelaki dan Perempuan (2 tahun 5 tahun) BMI Lelaki (kg/m 2 ) Perempuan (kg/m 2 ) 2 tahun 13.80 18.80 13.60 18.30 2 tahun 2 bulan 13.70 18.45 13.7 18.35 2 tahun 4 bulan 13.60 18.65 13.5 18.45 2 tahun 6 bulan 13.55 18.55 13.55 18.50 2 tahun 8 bulan 13.50 18.50 13.45 18.45 2 tahun 10 bulan 13.40 18.40 13.30 18.30 3 tahun 13.35 18.35 13.27 18.30 3 tahun 2 bulan 13.30 18.30 13.26 18.30 3 tahun 4 bulan 13.25 18.25 13.20 18.20 3 tahun 6 bulan 13.20 18.20 13.16 18.20 3 tahun 8 bulan 13.15 18.20 13.12 18.20 3 tahun 10 bulan 13.10 18.20 13.10 18.20 4 tahun 13.05 18.20 13.03 18.15 4 tahun 2 bulan 13.00 18.20 12.98 18.13 4 tahun 4 bulan 13.00 18.20 12.90 18.10 4 tahun 6 bulan 12.95 18.20 12.85 18.10 4 tahun 8 bulan 12.90 18.25 12.80 18.10 4 tahun 10 bulan 12.90 18.25 12.83 18.08 5 tahun 12.90 18.30 12.80 18.25 Sumber: WHO Child Growth Standard, 2006 AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Kajian yang telah dijalankan di Michael Gurian (2005), mendapati bahawa terdapat perbezaan di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan dari aspek struktur otak. Bahagian amygdala adalah termasuk dalam sistem limbik di mana ianya terlibat di dalam proses emosi manusia. Bahagian Lebih besar dan aktif menggerakan darah ke brain stem untuk pergerakan fizikal dan agresif (lawan atau lari). Tiada fungsi untuk mendengar dan berfikir panjang. Oleh sebab itu, kanak-kanak lelaki cenderung untuk bersifat panas baran. Oleh yang demikian, kanak-kanak lelaki cenderung lebih agresif daripada kanak-kanak perempuan. Menurut Rohani (2005),Kanak-kanak lelaki lebih cenderung terhadap aktiviti fizikal yang aktif dan lasak serta bersifat ekstrem seperti melompat, berlari, memanjat dan sebagainya. Ini perlu kerana kanak-kanak lelaki perlu untuk memanfaatkan tenaga yang ada dalam badan mereka agar boleh berasa 145

Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of Communication Jilid 1 2016: 137-148 tenang dan berada dalam keadaan rehat. Kanak-kanak lebih lebih agresif kerana kandungan hormon testosteron adalah sepuluh hingga dua puluh kali ganda berbanding perempuan (Michael Gurian, 2005). Kanak-kanak lelaki cenderung untuk membentuk otot-otot fizikal yang kental dan sekaligus mampu untuk melakukan aktiviti fizikal yang mencabar dan lasak. Aktiviti yang sesuai dilakukan oleh lelaki adalah seperti mendaki gunung, bermain skate board, memburu binatang, paintball dan sebagainya. Manakala perempuan bahagian hippocampus adalah lebih besar dan sangat aktif untuk mengingat perkara interaktif dan peristiwa dengan lebih terperinci. Perempuan mempunyai kandungan hormon serotonin, oxytosin, progesteron dan estrogen yang tinggi berbanding lelaki (Michael Gurian, 2005),. Oleh sebab itu, perempuan mempunyai keupayaan untuk menenangkan dirinya. Ianya memberi kelebihan kepada perempuan agar sabar dan tabah mendidik dan menjaga anakanak serta pandai menjaga ikatan silaturahim. Perempuan kurang agresif berbanding lelaki. Oleh yang demikian aktiviti fizikal yang sesuai di kalangan kanak-kanak perempuan adalah seperti bermain masak-masak, menari, bermain galah panjang dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan oleh perempuan biasanya tidak ekstrem seperti mana yang dilakukan oleh lelaki (Rohani, et. all, 2007). KESIMPULAN Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan perkembangan fizikal kanak-kanak lelaki lebih cepat pertumbuhannya berbanding kanak-kanak perempuan. Perbezaan dari aspek faktor biologi di mana saiz komponen otak yang berbeza menyebabkan terdapat perbezaan yang ketara dari segi pertumbuhan fizikal dalam kalangan kanak-kanak (Gurian, 2001). Walau bagaimanapun, perbezaan fizikal tidak membataskan kanak-kanak sama ada lelaki mahupun perempuan untuk melakukan aktiviti yang mencabar atau ekstrem. Ianya bergantung kepada keinginan dan minat masing-masing. Oleh yang demikian, kanak-kanak lelaki lebih gemar melakukan aktiviti motor kasar seperti memanjat, berlari, merangkak, melompat dan sebagainya dan mereka lebih gemar melakukan aktiviti out door games (Simon, 2014). Kajian tentang perbezaan di antara lelaki dan perempuan ini seharusnya diperbanyakkan lagi, hal ini kerana di Malaysia kajian seumpama ini masih tidak diterokai secara mendalam. Di harapkan dengan kajian yang dijalankan ini mampu memberi sumbangan kepada semua pihak khusunya ibu bapa, guru-guru dan pihak kementerian pendidikan agar dasar yang dilaksanakan harusnya melihat kepada potensi kanak-kanak tersebut. Ini penting bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing seiring dengan hasrat kerajaan Malaysia (Nor Hashimah, et. all, 2007). 146

Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat BIODATA PENULIS, berkelulusan B. A. (Hons) Psychology (Child and Family) dan merupakan pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) 147

Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat RUJUKAN Brown, B., (2014), 100 Panduan untuk mengajar Perkembangan Kemahiran fizikal, (Edisi-1), Karisma Production Sdn. Bhd. Charlesworth, R., (2014), Understanding Child Development, (9 nd Ed.), Wadsworth Cangage Learning. Gurian, M., Henley, P., (2001), Boys and Girls Learn Differently: A Guide for Teachers and Parents, (1 st Ed.),, Jossey-Bass A Wiley Company, san Francisco. Huffman, K., (8 nd Ed.), Psychology in Action, (2007), John Wiley & Sons, Inc. United States of America. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah, (2007), Panduan Pendidikan Prasekolah, (Edisi-5), PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak, Kementerian Kesihatan Malaysia: Inovasi Penambahbaikan oleh: Unit Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Perak (Oktober 2008). Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Mohd. Shahrani Ahmad, (2007), Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rohani Abdullah., (Edisi 2), Bayi Cerdik, (2005), PTS Publication Sdn. Bhd. Rohani Abdullah., (Edisi 2), Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio, (2003), Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Santrock, J.H. 2008. Life-Span Development. Ed ke-11. New York: McGraw-Hill Companies, Inc. Sax, L., (1 st Ed.), Why Gender Matters: What Parents and Teachers Need to Know about the Emerging Science of Sex Differences, (2005), Broadway Books, New York. 148