GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) SEBAGAI PEMANGKIN PEMBINAAN NILAI-NILAI PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF DAN CEMERLANG KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI


Survey on Perak and Selangor 3 messages

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

Earthwork Activities in Private Housing Industry

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

Sistem Bakeri Interaktif

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

Kepimpinan transformasi dalam kalangan kepimpinan JKKK Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LATAR BELAKANG BACKGROUND. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat.

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

LAPORAN TAHUNAN. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN CUSTOMARY LAND DEVELOPMENT IN NEGERI SEMBILAN: ITS WAY FORWARD AND CHALLENGES.

1) URUSAN PERMIT PEMBINAAN: CABARAN DAN HARAPAN. oleh: Puan Mahani Mohd Yassin

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFIL SYARIKAT. Profil Syarikat. ILHAM Management Consultants Sdn Bhd ( U) Perkhidmatan:

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Tekanan Pembangunan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang: Satu Analisis Terhadap Peluang dan Cabaran Kepada Masyarakat Tempatan

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

Transcription:

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) SEBAGAI PEMANGKIN PEMBINAAN NILAI-NILAI PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF DAN CEMERLANG KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA Mohd Koharuddin bin Mohd Balwi, Prof. Madya Dr. Taib bin Hj Dora, Fadhilah Zaini, Hamdan Abd Kadir, Hamidah bt. Abd Rahman, dan Aminah bt Mohd Khalid Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. ABSTRAK Kertas kerja ini melihat sejauhmanakah nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang telah berjaya ditanamkan ke dalam komuniti luar bandar di Malaysia sejak Gerakan Desa Wawasan dilancarkan pada 4 hb Julai 1996. Matlamat Gerakan Desa Wawasan antara lain adalah untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan nilai, paradigma, sikap, amalan dan aspirasi di kalangan komuniti di luar bandar yang juga selari dengan matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan 2020. Lantaran itu Gerakan Daya Wawasan merupakan satu mekanisme penting bagi menyediakan komuniti luar bandar ke arah pencapaian Wawasan 2020 bagi membentuk komuniti luar bandar yang memiliki nilai-nilai proaktif, berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin. Objektif Gerakan Daya Wawasan ialah bagi meningkatkan nilai berdikari di kalangan komuniti luar bandar dengan mengikis mentaliti subsidi, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti, meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar untuk maju dan mampu menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Menyedari betapa pentingnya Gerakan Desa Wawasan ini dalam pembangunan insan bagi membina komuniti luar bandar yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaan telah bersetuju menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan bagi mempertegaskan usaha anjakan paradigma dan nilai di kalangan komuniti luar bandar. Kata kunci: nilai-nilai pro aktif, inovatif, kreatif, Gerakan Desa Wawasan, Transformasi Kedua Luar Bandar, komuniti luar bandar Pendahuluan Pada masa kini dasar pembangunan Malaysia telah pun melangkaui beberapa peringkat; dari Dasar Pembangunan Selepas Merdeka, Dasar Ekonomi Baru dan sekarang ini kita berada dalam Dasar Pembangunan Nasional yang dilaksanakan selaras dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bermula tahun 1991. Penggubalan RRJP2 berasaskan Dasar Pembangunan Nasional dan ia adalah titik permulaan satu era baru ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 1 Melalui Dasar Pembangunan Nasional ini pembangunan luar bandar semakin digiatkan lagi. Walau 1 Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, 1997, m.s. 229 1

bagaimanapun di dalam DPN ini, pembangunan luar bandar lebih dikenali sebagai Transformasi Kedua Luar Bandar. Segala perancangan bagi pembangunan luar bandar ini telah diletakkan di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kementerian ini memainkan peranan penting dalam memastikan ekonomi masyarakat desa berkembang maju. Transformasi Kedua Luar Bandar ini telah melancarkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir pada tahun 1994 yang membawa Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar. Transformasi Kedua ini merupakan suatu anjakan paradigma pemikiran dan pendekatan sebagai pelengkap kepada falsafah yang mendasari Transformasi Pertama Pembangunan Luar Bandar yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abd. Razak, Menteri Pembangunan Luar Bandar pertama merangkap Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran Tunku Abd. Rahman 1957-1970 2. Transformasi Pertama memaparkan program raksasa kerajaan yang baru merdeka ketika itu untuk segera membangunkan prasarana fizikal dan membekalkan dengan meluaskan kemudahan asas kepada rakyat sebagai strategi paling berkesan untuk membina negara. Manakala Transformasi Kedua pula mengukuhkan lagi strategi awal tersebut dengan penumpuan yang lebih menjurus ke arah membangunkan sumber daya insaniah terutamanya pembangunan insan bagi masyarakat atau komuniti desa atau luar bandar. Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 1996 merupakan satu program konkrit yang dikemukakan di bawah kerangka perlaksanaan transformasi ini 3. Latar Belakang Gerakan Desa @ Daya Wawasan (GDW) Gerakan Desa Wawasan telah dilancarkan oleh mantan YAB Perdana Menteri di Kampung FELCRA Seberang Perak, Daerah Hilir Perak pada 4 Julai 1996. Gerakan Desa Wawasan (GDW) merupakan program di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar bertujuan untuk memajukan kampung atau kawasan pinggir bandar dan luar bandar dengan projek-projek sosioekonomi untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing penduduk. Gerakan Desa Wawasan ialah proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk dan komuniti desa ke arah transformasi luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan program pembangunan ke arah menjadikan desa lebih maju, menarik dan menguntungkan. Gerakan Desa Wawasan adalah usaha yang tersusun yang dibuat secara berterusan untuk menukar sikap penduduk desa dan budaya pertanian tradisional kepada amalan nilai hidup pertanian komersial serta perindustrian. 4 Matlamat Gerakan Desa Wawasan (GDW) ini adalah mewujudkan komuniti desa yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk melaksanakan pemodenan desa. Melalui GDW ini juga perancangan dibuat untuk mempertingkatkan keupayaan penduduk dan komuniti desa untuk membentuk senario desa 2020. Pelbagai program dilaksanakan dalam GDW ini antaranya, Program Bina Insan dan Kesedaran, Ilham Desa, Program Keluarga Angkat, Program Pengindahan Persekitaran dan 2 Laporan Konvensyen Gerakan Desa Wawasan Zon Sabah, Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tawau, Sabah, 2001, Oktober, 7-9. 3 Ibid 4 Gerakan Desa Wawasan : Ke Arah Transformasi Kedua Luar Bandar, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar bandar. 2

lain-lain. Matlamat utama GDW ialah untuk membentuk komuniti desa yang berinisiatif, berdikari, berdaya tahan, berilmu dan berdisiplin. Lantaran itu, objektif GDW ialah : 1. Meningkatkan semangat berdikari dengan mengikis mentaliti subsidi. 2. Meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan desa. 3. Memudahkan sikap untuk memudahkan proses pencantuman tanah. 4. Meningkatkan keupayaan masyarakat untuk maju. 5. Membentuk empowerment. 6. Meningkatkan kemahiran untuk pelaksanaan Pelan Induk Desa (PID). Bagi mencapai objektif sebagai desa wawasan yang berjaya terdapat 12 kriteria yang perlu dibangunkan oleh sesebuah komuniti kampung bagi menjadi sebuah kampung atau komuniti desa wawasan yang berjaya. 12 kriteria itu ialah: 1. Kebersihan dan keceriaan. 2. Keagamaan dan kerohanian. 3. Pendidikan dan kemahiran. 4. Ekonomi berasaskan pertanian. 5. Kepimpinan atau pentadbiran. 6. Sosial. 7. Keselamatan. 8. Infrastruktur. 9. Kesihatan. 10. Pembangunan IT. 11. Pembangunan manusia. 12. Ekonomi bukan pertanian. Melalui program GDW ini komuniti desa yang terlibat diharap akan dapat mencapai tujuh teras inisitif pembangunan luar bandar iaitu : 1. Pembangunan manusia yang cemerlang. 2. Pengukuhan institusi keluarga yang stabil dan sejahtera. 3. Pembangunan masyarakat yang berindentiti dan berdaya tahan. 4. Penyediaan infrastruktur yang berkualiti. 5. Pembangunan ekonomi yang mampan. 6. Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. 7. Pengwujudan rangka kerja institusi yang responsif kepada perubahan. Komuniti desa perlu diberi latihan dan pendedahan tentang cara untuk memajukan komuniti mereka supaya mampu untuk membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai projek sosioekonomi. Justeru Program latihan yang dijalan menyediakan cara, kaedah dan saranan-saranan untuk memajukan kampung dengan pelbagai aktiviti yang dicetuskan secara kreatif daripada penduduk dalam komuniti itu sendiri. Kesemua peserta GDW yang terpilih akan dihantar untuk menjalani latihan di bawah kelolaan INFRA. Pembangunan Insan Perubahan Paradigma Matlamat utama GDW ialah membawa perubahan paradigma di kalangan komuniti desa supaya tidak lagi bergantung semata-mata kepada kerajaan apabila hendak membangunkan komuniti dan kampung mereka sendiri. Sebaliknya mereka sendiri yang akan mengetuai usaha perubahan pembangunan di kawasan setempat. 3

Perubahan paradigma ini merupakan perkara kritikal bagi memajukan penduduk kampung kerana sifat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaanlah (subsidi) yang menjadikan mereka ini lemah, tidak bermotivasi dan gagal membangunkan kampung mereka sendiri. Sikap terlalu bergantung inilah yang cuba dikikis secara perlahan-lahan untuk menjadikan komuniti desa menjadi lebih berani, kreatif dan inovatif. Lantaran itu penduduk kampung melalui GDW ini akan dibentuk menjadi manusia yang mampu berusaha membangunkan kampung sendiri melalui kesepakatan, Kerjasama, disiplin yang tinggi, mampu mengendalikan organisasi desa menjadi cekapdan tersusun serta lebih penting lagi kebolehan memikirkan idea-idea baru yang praktikal dan menguntungkan. Pimpinan desalah yang menjadi penggerak utama untuk menjadi agen perubahan masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu Kementerian Pembangunan Masyarakat melalui INFRA atau Institute For Rural Advancement atau Institut Kemajuan Desa. Sejak penubuhannya, INFRA telah melaksanakan siri-siri program latihan yang bertujuan menghasilkan anjakan paradigma yang positif di kalangan masyarakat desa. fokus INFRA ialah melatih pemimpin pada peringkat akar umbi, dimana antara lain INFRA perlu melatih ahli JKKK/R yang jumlah keseluruhan kumpulan sasar ini sahaja tidak kurang 200,000 orang dari 21,000 buah kampung yang memiliki struktur JKKK/R di seluruh negara. Antara kursus atau latihan yang telah dijalankan untuk mencapai matlamat GDW ini ialah : 1. Kursus GDW Kepada Penggerak 2. Kursus Ketrampilan Penggerak 3. Kursus Brain Teknologi 4. Kursus Penyelarasan Homestay 5. Kursus Pelan Tindakan Pembangunan kampung 6. Kurusu Asas GDW Kepada JKKK 7. Konvensyen Gerakan Desa Wawasan 8. Latihan Ilham Desa 9. Seminar Pengukuhan Gerakan Desa Wawasan 10. Kursus Pengurusan Institusi Komuniti 11. Kursus Pengemasan Pengurusan Organisasi JKKK 12. Kursus Pembangunan Institusi Komuniti : Fokus Kepada Generasi Pelapis Desa 13. Kursus Keterampilan JKKK 14. Kursus Literasi Komputer 15. Kursus Literasi Desa Medan Info Desa 16. Kursus Latihan Untuk Jurulatih Medan Info Desa 17. Kursus Internet/laman Web. 5 Salah satu kursus penting yang membimbing pimpinan desa menjadi agen perubahan pembangunan desa ialah Kursus Asas GDW. Antara objektif utamanya ialah memberi kefahaman mengenai Falsafah Baru Pembangunan Luar bandar dan GDW, memberi penerangan dan kefahaman mengenai program dan pelaksanaan projek Kementerian Pembangunan Luar bandar dan memberi kefahaman dan kemahiran selok-belok perancangan pembangunan kampung (Blue Print pembangunan kampung). Matlamat akhirnya membentuk pimpinan kampung yang memahami matlamat pembangunan luar bandar di Malaysia, mampu merancang pembangunan dengan baik dan menguruskan program pembangunan dengan cekap agar mendatangkan hasil yang positif dan menguntungkan untuk seluruh penduduk kampung. 5 INFRA : Kalender Aktiviti Latihan Tahunan 2002, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia, m.s.13 4

Harapannya ialah pimpinan kampung yang telah mendapat latihan ini mampu melakukan anjakan paradigma bagi pembangunan kampung lantas membawa perubahan paradigma kepada masyarakat dibawah pimpinan mereka di desa.melalui kebolehan masyarakat kampung membuat perancangan dengan Blue Print kampung yang sistematik memudahkan mereka mengenalpasti kedudukan ekonomi, sosial dan pendidikan seluruh kampung. Ini memudahkan mereka mengenalpasti bidang-bidang yang perlu dimajukan dan memudahkan pihak luar sama ada kerajaan atau swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu. Satu kajian penilaian keberkesanan Latihan GDW terutamanya melibatkan Kursus Asas ini telah dijalankan oleh penulis. Kajian ini membuat penilaian kepada beberapa aspek penting bagi menilai keberkesanan program latihan yang telah dijalani peserta GDW yang diberikan oleh INFRA. Rumusan Hasil kajian adalah seperti berikut : 1. Hasil kajian terhadap peserta Kursus Asas GDW mendapati dari segi pekerjaan majoriti mereka bekerja sendiri, 45% dari mereka hanya mendapat pendidikan hingga tahap sekolah rendah, dan menengah (89%) sahaja 2. Hasil kajian menunjukkan 87.6% responden jelas dan faham tentang matlamat baru pembangunan luar bandar dan kesedaran untuk memainkan peranan lebih aktif untuk memajukan kampung di samping tidak terlalu bergantung kepada pihak kerajaan. 3. 65% peserta kursus menyatakan mereka mampu menyediakan blue print dan profil kampung masing-masing. Bagaimanapun terdapat 31.3% lagi yang menyatakan mereka gagal untuk berbuat demikian. Terdapat 65% peserta yang masih belum mampu melibatkan diri dalam proses merancang, melaksana dan menilai proram pembangunan di kawasan masing-msaing. 4. Majoriti responden (80%) menyatakan kandungan kursus menepati objektif kursus 5. Bagaimanapun peserta kursus masih tidak puashati dari sudut kemudahan semasa berkursus apabila 75% menyatakan kemudahan peralatan tidak memuaskan, di samping masa kursus yang singkat (67%) dan dibuat pada masa yang tidak sesuai (85%). 6. Bagaimana pun secara keseluruhannya peserta kursus berpuashati terhadap perjalanan kursus. Program Ilham Desa Sesuatu yang amat menarik tentang GDW ialah galakan untuk masyarakat desa membangunkan kampung melalui cetusan ilham idea dari penduduk kampung itu sendiri. Penduduk kampung akan memikirkan idea pembangunan secara bersepadu iaitu dari peringkat awal dari pemikiran idea hinggalah kepada merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Program ini dinamakan Ilham Desa. Antara beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dalam program ini ialah tentang maklumat projek yang telah dirancangkan dan bagaimana ia perlu dilaksanakan. Antara perkara-perkara utama ialah : 5

MAKLUMAT PROJEK Nama Projek : Pencetus Ide : Rasional Projek : Masalah Utama : (sama ada kegiatan ekonomi atau sosial), (orang yang memberikan ilham atau cadangan awal sesuatu projek yang hendak dilaksanakan) (memberikan beberapa rasional atau sebab mengapa projek itu dipilih) (peserta perlu mengenalpasti masalah-masalah besar yang timbul dari projek yang boleh menjadi penghalang kepada kejayaan projek itu sendiri) Penyelesaian Masalah : (peserta melalui semangat muafakat dan kerjasama serta sikap disiplin tinggi bersama-sama mencari alternatif penyelesaian kepada sebarang masalah atau konflik yang timbul. Termasuklah usaha mendapatkan kerjasama dari agensi kerajaan yang berkaitan perlu dimulakan dari inisiatif penduduk atau peserta sendiri). Kaedah Perlaksanaan Projek : (peserta perlu memiliki pengetahuan yang betul dan tepat termasuklah pendekatan saintifik bagi melaksanakan projek yang dirancangkan itu) Faedah Perlaksanaan Projek : (keuntungan yang diperolehi seperti penambahan pendapatan peserta atau keuntungan kepada semua ahli komuniti setempat apabila projek dilaksanakan). Terdapat beberapa projek yang telah berjaya dalam membangunkan penduduk desa melalui Projek ilham Desa ini antaranya ialah ;- Ilham Desa : Industri pertanian desa. Terdapat komuniti desa yang berjaya membangunkan kampung atau petempatan dengan industri pertanian di samping kegiatan pertanian dijalankan secara moden serta diuruskan secara komersil dan tanam-tanaman komoditi diuruskan secara estet. Penanam-penanam kecil mengendalikan sawah dan kebun-kebun secara kolektif / estet yang diuruskan oleh koperasi, pertubuhan peladang kawasa atau swasta. Mengikut laporan Konvensyen Gerakan Desa Wawasan : Pertandingan Ilham Desa 6, kampong yang berjaya mencapai senario ini ialah Kg. Tanjung Sepat, Kuala Langat Selangor (Johan Zon 2 (Tengah). Pencapaian kampung : a) Industri kecil sederhana perusahaan membuat kerepek dan kuih yang dijalankan oleh beberapa penduduk kampung yang telah menerima tempahan dan pasaran yang menggalakkan sepanjang tahun. b) Projek pertanian berkelompok. tanah yang diusahakan seluas 100 ekar telah mengeluarkan hasil sepanjang tahun c) Kilang memproses kopi dijalankan oleh seorang penduduk kampung yang sumber bahannya dibeli dari pengusaha kebun kopi tempatan d) Memborong dan mengedar makanan ringan di usahakan oleh seorang pengusaha tempatan yang telah berjaya meluaskan pasarannya ke beberapa buah daerah. Penglibatan dalam perniagaan berasaskan runcit, restoran, perkhidmatan kontraktor am, binaan, lanskap, kejuruteraan dan pembekalan kepada pihak kerajaan dan swasta. komoditi tradisi. Misalnya melalui projek tanaman salak di Kampung Pak Rahmat, Kota Bharu Kelantan (Johan Ilham Desa Zon 3 Timur / Selatan). Kampung ini menarik untuk 6 Konvensyen Gerakan Desa Wawasan : Pertandingan Ilham Desa, 2001, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 6

diperhatikan kerana keupayaan penduduk kampung untuk beralih dari hasil penanaman pertanian tradisi iaitu padi. Hasil utama penduduk ialah padi dengan hasil padi 2 musim setahun yang merupakan pendapatan utama penduduk kampung. Walaupun begitu keluasan Ilham Desa : pertanian moden. (Pengenalan komoditi baru yang menguntungkan) Program pembangunan ekonomi ini amatlah meluas tidak sahaja usaha untuk meningkatkan pendapatan petani melalui penghasilan yang moden tetapi usaha pembaharuan petani itu sendiri dalam meningkatkan pendapatan dengan tidak bergantung kepada hasil tanah pemilik sawah yang terhad dan bersaiz kecil iaitu kurang dari 2 hektar. Dengan bertambahnya bilangan ahli keluarga dan perbelanjaan harian yang meningkat, penduduk terpaksa mencari beberapa sumber alternatif untuk menambah pendapatan. Idea untuk menanam salak timbul apabila salah seorang penduduk kampung telah berjaya menanam salak secara percubaan dalam dusun sekitar rumahnya. Ilham ini kemudiannya dibincangkan dalam mesyuarat JKKK dan dirancang untuk dilaksanakan secara komersil dan menyeluruh. Hasilnya dengan pengurusan yang cekap pendapatan penduduk yang terlibat telah meningkat : Faedah Pendapatan Sebelum projek - Selepas projek Hasil Jualan Buah : RM 14,400 Benih: RM 16,000 Jumlah RM 30,000 RM 4,800 (hasil padi dan dusun) Peningkatan pendapatan : 633.3% pendapatan setahun. 7 Bagi Kampung Tanjung Baru, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu pula mereka mengusahakan tanaman Limau Langkat/Madu berkelompok. Pengeluaran limau Kg Tanjung Baru dipasarkan saban musim di bandar Kuala Berang dapat memenuhi 20% - 30 % pasaran limau daerah. Hasil projek limau Kg Tanjung Baru juga dipasarkan ke daerah lain di negeri Terengganu sama ada oleh pemborong persendirian atau oleh Fama (Pasar Tani). Peserta projek mendapat faedah paling lumayan iaitu peningkatan pendapatan semusim sehingga RM 15,000. Ilham Desa : Pemulihan Tanah Terbiar atau pembanngunan sumber semulajadi secara optimum Pembangunan ekonomi bermakna menggunakan segala sumber aset semulajadi yang sedia ada secara optimum. Di antara kejayaan pengoptimuman aset semulajadi ini ialah projek pemulihan tanah terbiar di kampung Jelutong, Sik, Kedah (Johan Zon 1 (Utara). Usaha kampung ini boleh dicontohi oleh orang Melayu bagaimana untuk mengoptimakan sumber atau aset yang telah sedia ada iaitu tanah untuk mendatangkan hasil yang lumayan. Kemampuan kampung ini bergerak banyak didorong oleh wujudnya organisasi kampung yang cekap dan tersusun serta kreatif. Kumpulan penggerak kampung ini dikenali sebagai 7 Ibid., m.s. 186. 7

kumpulan Syumul yang lengkap dengan struktur organisasi, objektif kumpulan dan etika kumpulan. Projek pemulihan tanah terbiar ini mendapat bantuan dari jabatan kerajaan seperti Pejabat Pertanian, Risda, Keda, Jabatan Haiwan, Jabatan Kesihatan dan Pejabat Daerah. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Projek Berkelompok dan Projek-projek Perseorangan. Projek Berkelompok melibatkan pertanian Durian dan Rambutan. Manakala projek perseorangan melibatkan pengusahaan kolam ikan, sayur-sayuran, tanaman kopi, limau madu, tanaman bermusim (Kacang Pai, Ubi Kemili, Kacang Tanah, Jagung Madu dan ulaman kampung). Secara purata pendapatan peserta bagi setiap 3 bulan ialah : Tahun 1997 RM 690, Tahun 1998 RM 1000, Tahun 1999 RM 1,060, Tahun 2000 RM 1500 dan Tahun 2001 RM 1,312. Melalui projek ini pendapatan penduduk kampung telah meningkat sekali ganda dari awal pelaksanaan pada tahun 1997 daripada RM 600 kepada lebih RM 1000 hanya selepas setahun dijalankan. Ilham Desa : Industri Asas Tani - perikanan. Di antara pembangunan ekonomi industri perikanan moden ialah Projek Ternakan Udang Harimau. Usaha ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Felcra Berhad Kg. Juru, Bukit Kecil, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang. Projek ini telah dicetuskan oleh salah seorang penduduk kampung iaitu Tn. Hj. Sidek bin Hj. Othman. Projek ini melibatkan penglibatan seluruh penduduk kampung. Projek ini dimulakan dengan 2 kolam seluas 5 ekar pada tahun 1995. Sehingga kini terdapat 7 buah kolam dengan keluasan 13 ekar. Penduduk yang menjadi peserta akan mejadi ahli Koperasi MERIT iaitu lebih kurang 200 ahli. Keuntungan projek adalah seperti berikut : 1997 : RM 14,412, 1998 : RM 28,045, 1999: RM 82,454, 2000: RM 30,683 Ilham Desa : Industri Komersil Moden Usaha pembangunan kampung melalui idea baru dengan mengusahakan industri moden seperti projek pengeluaran dan pemasaran Ais Krim yang telah berjaya diusahakan oleh Kampong Padang Stang, Grik, Perak. Projek ini amat berpotensi untuk maju, memberi pulangan yang menguntungkan dan kos operasi yang rendah. Projek ini telah dilaksanakan sejak 1 Ogos 1996. Walau pun pada awalnya projek ini mendapat beberapa halangan seperti kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah, tiadanya kemahiran, ketiadaan mesin dan kekurangan modal. Melalui daya ikhtiar masalah ini dapat diselesaikan dengan menjalinkan hubungan dengan agensi yang terlibat bagi memudahkan mendapat bahan mentah. Kekurangan kemahiran diatasi dengan menghantar peserta mengikuti kursus serta melaksanakan kursus motivasi untuk mempertingkatkan keyakinan diri. Modal diperolehi daripada bantuan ahli-ahli dan pinjaman. Pendapatan bersih : Tahun 1997 (RM) Hasil Jualan Pendapatan bersih 46,800 5,700 1998 (RM) 93,600 18,666 1999 (RM) 140,400 37,694 2000 (RM) 234,000 81,231 2001 (RM) 117,000 40,765 Pendapatan yang dihasilkan telah meningkat begitu besar. Pasaran utamanya ialah meliputi Daerah Hulu Perak, Lenggong dan Pengkalan Hulu. Menariknya ialah projek ini tidak bergantung kepada institusi pinjaman melainkan pinjaman koperasi. Bagi perancangan masa depan ia akan mengadakan MOU dengan pihak swasta di Kuala Lumpur untuk meluaskan pasaran. 8

Ilham Desa : E- Komuniti. Manakala di Kampung Jerangau, Bukit Besi, Terengganu pula mereka telah menjalankan suatu projek E-Komuniti iaitu ke arah masyarakat celik IT. Jawatankuasa kampung cuba untuk mengurangkan budaya lepak, penagihan dadah, bohsia di kalangan remaja. Mereka juga tidak mahu penduduk kampung tersebut ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat, malah mereka mahukan penduduk sentiasa diberi pendedahan tentang penggunaan IT dan ICT. Walaubagaimana pun, terdapat juga masalah pada awal pembukaan projek tersebut iaitu tiada tenaga mahir, kesukaran penduduk untuk menerima sesuatu yang baru, takut untuk mencuba, kawasan yang didirikan kelas komputer terlalu sempit dan kekurangan komputer. 25 Masalah ini dapat di atasi dengan kerjasama antara jawatankuasa kampung iaitu memberi motivasi secara teratur dan baik, menggalakkan penggunaan komputer secara berterusan, mengupah guru yang mahir, memperbanyakkan kursus komputer terutama penggunaan Internet, memohon tapak bangunan dengan pihak berkuasa dan memberikan kursus percuma kepada warga tua yang ingin tahu tentang komputer. Hasilnya penduduk memberi galakkan yang baik terhadap program ini, masyarakat di kawasan sekitar Kampung Jerangau menjadikan kampung ini model dalam membangunkan teknologi maklumat, menjimatkan masa pelajar dan penduduk setempat kerana mereka tidak perlu ke bandar untuk mendapatkan kemudahan komputer dan memudahkan pengutusan surat kepada rakan-rakan dengan menggunakan e-mail tanpa setem dan pos. Cabaran dan harapan. Cabaran yang paling besar sekali ialah mengubah paradigma subsidi yang telah mengakar dalam pemikiran komuniti luar bandar. Pemikiran mereka selama ini ialah jika sesuatu pembangunan hendak dilaksanakan di kawasan mereka, tentu pembangunan itu akan dibawa oleh kerajaan atau dilaksanakan oleh pihak kerajaan bermula dari peringkat perancangannya hinggalah kepada pelaksanaannya. (Pembangunan yang bersifat TOP- DOWN). Sebaliknya pembangunan GDW lebih bersifat BOTTOM-UP) iaitu pembangunan itu datangnya dari cetusan idea komuniti di kampung itu sendiri dan merekalah yang akan melaksanakannya hingga berjaya. Tentunya idea ini merupakan sesuatu yang amat radikal bagi sesetengah komuniti yang tinggal di luar bandar. Lantaran dari kesukaran komuniti luar bandar berubah daripada paradigma lama ke paradigma baru ini menyebabkan sejak GDW diperkenalkan pada tahun 1996, hampir separuh daripada 3300 kampung yang menyertai program itu gagal memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti sosial dan ekonomi seperti ditetapkan. Berdasarkan perangkaan, hanya 406 kampung GDW (12.3%) daripada 3300 kampung mencapai gred A, manakala 1436 kampung (43.5%) mendapat gred B dan bakinya diletakkan di dalam gred C. Kejayaan sesebuah kampung GDW tidak hanya dinilai berdasarkan pencapaian penduduk kampung mencantikkan kampung semata-mata sebaliknya ia juga perlu melibatkan pembangunan projek prasarana dan projek yang membawa nilai ekonomi kepada kampung tersebut. 25 Laporan Konvensyen Gerakan Desa Wawasan Peringkat Zon Timur/Selatan, Terengganu, Institut Kemajuan Desa (INFRA), 2001, D.R 7-9 September. 9

Dari itu banyak usaha perlu digiatkan oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pimpinan kampung (JKKK) untuk melakukan anjakan paradigma pembangunan ini. Di samping itu pertindihan fungsi agensi pelaksana juga perlu dihindari atau dielakkan supaya tidak mengganggu agenda pelaksanaan kesemua projek GDW yang telah disusun. Melalui GDW ini diharapkan komuniti luar bandar menjadi sebuah komuniti yang proaktif dan kreatif pada alaf baru ini. Bagi mencapai hasrat besar ini komuniti luar bandar mesti berubah sikap dari mentaliti subsidi kepada individu yang mempunyai daya saing dan daya maju dan tidak semata-mata menunggu bantuan dari kerajaan. 10

Bibliografi Abdul Rahman Embong (ed.). 2000. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke arah 2020, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia Craig, G.J.1996. Human Development, 7 th Edition. New Jersey: Prentice Hall Ibrahin Ngah. 2003. Pelan Tindakan Desa. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia INFRA : Kalender Aktiviti Latihan Tahunan 2002, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia Ilham Desa : Konvensyen Gerakan Desa Wawasan Peringkat Kebangsaan 2001 : Menjana Ide Bernas, Infra, Kementerian Pembangunan Luar bandar. Konvensyen Gerakan Desa Wawasan : Pertandingan Ilham Desa, 2001, Kementerian Pembanguna Luar Bandar. Laporan Konvensyen Gerakan Desa Wawasan Zon Sabah, Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tawau, Sabah, 2001, Oktober, 7-9. Gerakan Desa Wawasan : Ke Arah Transformasi Kedua Luar Bandar, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar bandar John Naisbitt. 1997. Megatrends Asia : Lapan Megatrend Asia Yang Sedang Membentuk Semula Dunia Kita. Petaling Jaya : Prentice Hall Malaysia Just Faaland. Jack Parkinson dan Rais Seniman. 2002. Dasar Ekonomi Baru : Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ohmae. K. 1985. Triad Power: The Coming Shape Global Competion. New York : The Free Press. Ohmae. K. 1995. The End of The Nation-State : The Rise of Regional Economies. New York : The Free Press Transformasi Kedua Luar Bandar, Bangi : Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tofler, Alvin. 1991. Third Wav., New York : Mass Market Paperback. Zaini Mahbar dan Mohaini Tajuddin (eds.). 1996. Industrialisasi dan Pembangunan Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 11