KUALITI AIR DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

KUALITI AIR SUNGAI MIRI, MIRI SARAWAK ( ) BERDASARKAN INDEKS KUALITI AIR MOHO JOHAN BIN JUSOH

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

STATUS KUALITI AIR SUNGAI DI BEBERAPA KAWASAN LUAR BANDAR, DI NEGERI JOHOR DAN KESANNYA KEPADA KEHIDUPAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOMUNITI FAUNA lkan DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKUJLI, SARAWAK

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Sistem Bakeri Interaktif

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PERBANDINGAN KOMPOSISI SPESIES IKAN DI KAWASAN AIR KERUB (BROWN WATER) DAN AIR IIITAM (BLACKWATER) DI BATANG O RANG, BALAI RINGIN, SERIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

LAPORAN KAJIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN - SATU PERINGATAN KEPADA MALAYSIA

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

Condition Appraisal Technical Report

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

IMPAK AKTIVITI PEMBANGUNAN TERHADAP TREND KEKERAPAN DAN MAGNITUD BANJIR DI LEMBANGAN SUNGAI MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH

Muhd Fadhlullah Bin Rashid Kolej Komuniti Pasir Mas

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software For evaluation only.

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMORANDUM MENGHENTIKAN PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI BUKIT LARUT

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

Transcription:

KUALITI AIR DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK Hasanaliza Binti Bujang Abdillah TD 370 Sarjana Muda Sains dengan Kepujian 8344 (Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik) 2005 2005

VERSm MALAYSIA SARAWA 94300 Koca sam... KUALITI AIR DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UIlIMAS 1111111111111111111111111 1000128300 HASANALIZA BINTI BUJANG ABDILLAH Projek ini diusulkan dalam menunaikan sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Program Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik) Fakulti Sains dan Tekoologi Sumber UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK 2005

PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Illahi atas segala limpah dan kurnia-nya saya dapat menyempurnakan Projek Tahun Akhir dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya Dr. Lee Nyanti atas tunjuk ajar, nasihat dan sokongan yang telah diberikan sepanjang pengolahan dan penulisan Projek Tahun Akhir saya. Tidak lupa juga buat En. Khairul Adha A. Rahim selaku Ketua Program Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik atas bantuan dan sokongan yang diberikan oleh beliau. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan buat para pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Shabdin Md. Long, Dr. Norhadi Ismail, Dr. Othman Bojo, Dr. Ruhana Hassan dan Dr. Siti Akmar Khadijah atas keprihatinan, tunjuk ajar dan sokongan sepanjang pengajian saya di UNIMAS. Penghargaan ini juga saya tujukan buat pembantu makmal UNIMAS iaitu En. Zaidi Ibrahim, En Zulkifli Ahmad dan En. Harris Nonnan atas bantuan sepanjang pengendalian kajian ini. Selain itu, jutaan terima kasih saya ucapkan buat keluarga saya Bujang Abdillah Hj. Matnor (bapa), Hadiah Latip (ibu) dan Zulkernain Bujang (abang) saya atas sokongan dan bantuan dari segi moral dan kewangan sepanjang penulisan Projek Tahun Akhir saya ini. Terima kasih juga saya ucapkan khas buat rakan kumpulan kajian iaitu Fiffy Hanisdah, Juilif Sipin dan Ahmad Helmi dan tidak lupa juga buat rakan-rakan sekelas terutamanya Syamsuria Abdul Latip, Rita Sudaryani, Loh Phik Fong, Liliana Masri dan Lucy Nawah atas kerjasama yang telah diberikan dalam perbincangan sarna ada berkenaan dengan analisis makmal mahupun penulisan Projek Tahun Akhir saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan untuk semua.

SENARAIKANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT ABSTRAK 1.0 PENGENALAN 2.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN 2.1 Status Kualiti Air Sungai di Sarawak 2.2 Pengkelasan Sungai 2.3 Parameter-parameter Kualiti Air 2.3.1 Ciri-ciri Fizikal 2.3.1.1 Suhu 2.3.1.2 Konduktiviti 2.3.1.3 lumlah Pepejal Terampai (TSS) 2.3.1.4 Pengaliran Air Sungai 2.3.2 Ciri-ciri Kimia 2.3.2.1 Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) 2.3.2.2 Permintaan Oksigen Kimia (COD) 2.3.2.3 ph 2.3.2.4 Nutrien 2.3.2.4.1 Fosforus Reaktif 2.3.2.4.2 Nitrat-Nitrogen 2.3.2.4.3 Ammonia-Nitrogen 2.3.2.5 Redoks 3.0 PERNYATAAN MASALAH 3 3 4 4 4 4 5 5 6 6 6 7 7 7 7 8 8 8 9

4.0 OBJEKTIF 9 5.0 BAHAN DAN KAEDAH 10 5.1 LOKASI KAJIAN 10 5.2 PENILAIAN KUALITI AIR 10 5.2.1 Pengukuran Secara In-Situ 10 5.2.1.1 Pengukuran Parameter 10 5.2.1.2 Kejemihan Air 12 5.2.1.3 Pengaliran Air Sungai 12 5.2.2 Analisis Makmal 13 5.2.2.1 Nutrien 13 5.2.2.2 Permintaan Oksigen Kimia (COD) 15 5.2.2.3 Permintaan Oksigen Biokimia (BODs) 15 5.2.2.4 lumlah Pepejal Terampai (TSS) 16 5.2.2.5 Analisis Saiz Partikel 16 6.0 KEPUTUSAN 6.1 Pengaliran Air Sungai 19 6.2 Analisis Saiz Partikel (PSA) 22 6.2.1 Pasir (> 50 11m) 22 6.2.2 Lanar Kasar (20 11m) 23 6.2.3 Lanar Halus (5 11m) 23 6.2.4 Tanah Liat (211m) 24 6.3 Parameter-parameter Kualiti Air 25 6.3.1 lumlah Pepejal Terampai (TSS) 25 6.3.2 Suhu 26

6.3.3 Oksigen Terlarut (DO) 27 6.3.4 ph 27 6.3.5 Konduktiviti 28 6.3.6 Redoks 29 6.3.7 Kejemihan Air 30 6.3.8 Permintaan Oksigen Biokimia (BODs) 30 6.3.9 Permintaan Oksigen Kimia (COD) 31 6.3.10 Fosforus Reaktif ( P04 3-) 32 6.3.11 Nitrat-Nitrogen (N03-- N) 32 6.3.12 Ammonia-Nitrogen ( NH3-N ) 33 6.4 Indeks Kualiti Air (WQI) 34 6.5 Pengkelasan Sungai (INWQS) 34 7.0 PERBINCANGAN 36 8.0 KESIMPULAN 45 9.0 RUJUKAN 46 10.0 LAMPlRAN 49

Kualiti Air Oi Sungai Kesit, Batang Lemanak, Engkilili, Sarawak Hasanaliza Binti Bujang Abdillah Program Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak ABSTRAK Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan kualiti air di Sungai Kesit dan mengkelaskan Sungai Kesit berasaskan ' Interim National Water Quality Standard of Malaysia' (INWQS). Sungai Kesit adalah anak sungai Batang Lemanak dan merupakan satu-satunya anak sungai yang masih belum tercemar akibat daripada kegiatan pembajakkan. Lima stesen telah dipilih di sepanjang Sungai Kesit dan satu stesen di Lubok Subong, Batang Lemanak. Persampelan dilakukan sebanyak dua kali iaitu sekali semasa musim panas dan sekali semasa musim hujan. Enam parameter telah dipilih iaitu oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD 5 ), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), ammonia-nitrogen dan ph. Beberapa parameter lain juga diukur iaitu suhu, kejemihan air, konduktiviti, redoks, pengaliran air sungai analisis saiz partikel (PSA), fosforus reaktif dan nitrat-nitrogen. Indeks Kualiti Air (WQI) bagi kedua.dua Sungai Kesit dan Batang Lemanak masing-masing adalah 95.51 dan 99.69 semasa musim panas manakala 98.80 dan 93.36 semasa musim hujan dimana ia dikategorikan sebagai bersih. Walau bagaimanapun, berdasarkan INWQS, Sungai Kesit berada dalam Kelas I bagi semua parameter kecuali BOD 5 manakala Batang Lemanak berada dalam Kelas I bagi parameter seperti COD, DO, ph dan ammonianitrogen. Sungai Kesit didapati masih bersih dan boleh dikategorikan dalam Kelas I berdasarkan INWQS. Kata Kunci : Kualiti air, Indeks Kualiti Air (WQI), pengkelasan sungai (INWQS) ABSTRACT The main objectives of this study are to record and determine the water quality at Sungai Kesit and to classify Sungai Kesit based on Interim National Water Quality Standard ofmalaysia (INWQS). Sungai Kesit is one ofthe tributaries ofbatang Lemanak and the only tributary that is still not polluted due to the logging activities. Water samplings were conducted twice, once during dry season and once during rainy season. Five stations were chosen along Sungai Kesit and one station at Lubok Subong, Batang Lemanak. Six parameters chosen are dissolved oxygen (DO), biochemical oxygen demand (BOD 5 ), chemical oxygen demand (COD), total suspended solid (TSS), ammonia-nitrogen and ph. Several other parameters that were measured are temperature, water transparency, conductivity, redox. river discharge, particles size analysis (PSA), reactive phosphorus and nitrate-nitrogen. The Water Quality Index (WQI) for Sungai Kesit and Batang Lemanak are 95.51 and 99.69 respectively during dry season while 98.80 and 93.36 respectively during rainy season which can be categorised as clean. Based on the INWQS, Sungai Kesit is in Class I for all parameters except BODs while Batang Lemanak is in Class I only for parameter such as COD. DO. ph and ammonia-nitrogen. Sungai Kesit is still clean and it can be categorize in Class I based on INWQS. Key Word: Water quality, Water Quality Index (WQI), river classification (INWQS)

1.0 PENGENALAN Air adalah salah satu elemen yang penting dalam kehidupan, sarna ada kepada organisma akuatik mahupun bukan akuatik. Sumber ini digunakan secara langsung oleh organisma yang paling ringkas sehingga kepada organisma yang kompleks seperti manusia. Sumber ini merangkumi 70 peratus daripada permukaan bumi. Walau bagaimanapun, hanya 3 peratus daripada jumlah ini merupakan air tawar dan selebihnya adalah air masin iaitu (meliputi 97 peratus). Daripada nilai 3 peratus ini, hanya 0.7 peratus air tawar wujud sebagai air sungai dan tasik (Tebbutt, 1992). lumlah bahagian kecil sumber air tawar ini memainkan peranan penting dalam ekosistem dan juga sebagai keperluan asas kepada manusia yang dikongsi bersama dengan organisma lain di bumi. Secara umurnnya, Malaysia yang terletak di kawasan tropika menerima taburan hujan yang banyak dan menjadi penyumbang kepada bekalan air tawar yang mencukupi sepanjang tahun. Walaupun bekalan sumber air tawar ini mencukupi tetapi kepentingan sumber ini masih kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Kegunaan sumber ini didalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian, perlancongan, domestik dan sebagainya mendatangkan kesan negatif yang berterusan. Bekalan air bersih sarna ada dari segi kuantiti mahupun kualiti semakin menurun dan kurang memuaskan. Sarawak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak sungai. Menurut Murtedza dan Ali (1999), air merupakan aset pembangunan yang utama di Sarawak dan dianggap sebagai sumber yang banyak serta dikawal untuk kegunaan khas tanpa perlu pengurusan. Sumber air yang banyak ini mengelirukan kerana terdapat bukti yang menunjukkan usaha yang semakin meningkat untuk menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi untuk pelbagai kegunaan. 1

Sungai Kesit merupakan salah satu cabang anak sungai yang terdapat di Batang Lemanak, Engkilili, Sri Arnan. Kedudukan Sungai Kesit adalah berhampiran dengan penempatan komuniti Kaum Iban. Terdapat tujuh penempatan (Rumah Panjang) Kaum Iban di sepanjang Sungai Kesit iaitu Rumah Lait Sekunyit, Nanga Tiga, Rumah Panjang Lepong Mawang Ulu, Rumah Rampin Serembai, Rumah Limping Nanga Lepong Mawang, Rumah Baba Nanga Kapu dan Nanga Nusa Skandis. Kerja penebangan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian yang merupakan aktiviti ekonomi yang utama bagi penduduk tempatan khususnya di tebing sungai secara tidak langsung mempengaruhi kualiti air di sungai yang berhampiran iaitu Sungai Kesit. Selain daripada itu, kedudukan penempatan rumah panjang yang juga terletak di tebing sungai turut menyumbang kepada input nutrien ke dalam sungai. Menurut Meyback et al. (1996), kualiti air didefinisikan sebagai kesesuaian air tersebut untuk menampung pelbagai kegunaan atau proses. Beberapa parameter fizikal dan kimia yang asas untuk menilai kualiti air diukur untuk setiap lima stesen yang dipilih di sepanjang Sungai Kesit dan satu stesen di Lubok Subong yang terletak di Batang Lemanak. Indeks Kualiti Air (WQI) telah digunakan sebagai as as untuk menentukan kualiti air (DOE, 1994). Manakala pengelasan kualiti air sungai adalah berdasarkan 'Interim National Water Quality Standard of Malaysia' (INWQS) yang telah diadaptasikan oleh labatan Alam Sekitar Malaysia (DOE, 1994). 2

2.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN 2.1 Status Kualiti Air Sungai di Sarawak Sarawak yang juga dikenali sebagai 'land ofrivers' merupakan salah sebuah negeri yang kaya dengan sumber air tawar (Syed Madhi, 2000). Sesuai dengan bent uk muka buminya yang bergunung ganang, Sarawak mempunyai jumlah kawasan hutan yang besar. Walau bagaimanapun, eksploitasi terhadap sumber ini membawa kesan negatif terutama terhadap kualiti air di sungai-sungai yang berhampiran. Dengan kemunculan era perindustrian dan peningkatan jumlah populasi, julat keperluan air semakin meningkat seiring dengan permintaan yang tinggi terhadap kualiti air (Meybeck et ai., 1996 ). Menurut Syed Madhi (2000), program pemantauan kualiti air sungai di Sarawak telah dijalankan oleh labatan Alam Sekitar bermula sejak tahun 1983. Pada tahun 2002, terdapat 104 stesen pengawasan kualiti air sungai di 22 batang sungai di Sarawak. Indeks Kualiti Air (WQI) pada tahun 2002 untuk sungai-sungai di Sarawak menunjukkan 11 batang sungai diklasifikasikan sebagai bersih dan 11 batang sungai lagi diklasifikasikan sederhana tercemar (DOE, 2003). HasH daripada pemantauan kualiti air sungai di Sarawak ini menunjukkan 52 pemtus daripada 22 batang sungai tercemar dengan pepejal terampai (TSS), 18 peratus sederhana tercemar dan 30 peratus bersih daripada pepejal terampai (TSS) yang berpunca daripada kerja pembersihan tanah seperti penebangan pokok untuk tujuan pembalakan, perumahan, rekreasi dan sebagainya. Sebanyak 4 peratus sungai tercemar oleh ammonianitrogen (NH3-N) yang berpunca daripada aktiviti penternakan dan sisa buangan domestik, 27 peratus sederhana tercemar dan 69 peratus lagi bersih daripada ammonia-nitrogen (NH3-N). Terdapat 5 peratus sungai-sungai terce mar dengan permintaan oksigen biokimia ( Os), 33 peratus sederhana tercemar dan 62 peratus lagi bersih daripada pencemarari. 3

pennintaan oksigen biokimia (BOD5) hasil daripada sisa buangan pertanian dan industri (DOE, 2003). 2.2 Pengkelasan Sungai Penilaian kualiti air adalah berasaskan Indeks Kualiti Air (WQI) yang melibatkan kombinasi parameter-parameter seperti oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD5), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), ammonia-nitrogen (NH3-N) dan ph (DOE, 1994). Nilai Indeks Kualiti Air (WQI) ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bersih (81-100), sederhana tercemar (60-80) dan tercemar (0-59) (DOE, 2003). Kualiti air sungai dibahagikan kepada lima kelas berasaskan 'Interim National Water Quality Standard of Malaysia' INWQS (DOE, 1994) seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 2. 2.3 Parameter-parameter Kualiti Air 2.3.1 Ciri-ciri Fizikal 2.3.1.1 Suhu Suhu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi komposisi bahan-bahan tertentu di dalam air sungai. Suhu di permukaan air sungai boleh dipengauhi oleh latitut dan altitut kawasan tersebut, musim, masa, aliran angin, penyelerakkan awan di suatu kawasan dan pengaliran serta kedalaman air tersebut (Chapman dan Kimstach, 1996). Suhu banyak mempengaruhi keadaan fizikal dan tindakbalas kimia dan biologi dalam sistem lotik (Walling dan Web, 1996). Bagi organisma akuatik, secara asasnya evolusi, titiuran dan ekologinya bergantung kepada suhu sungai tersebut (Rose, 1967). Menurut 4

Chapman dan Kimtach (1996), kadar metabolisme organisma akuatik meningkat didalam air yang bersuhu panas disebabkan oleh peningkatan kadar respirasi menyebabkan permintaan terhadap oksigen meningkat dan penguraian bahan organik juga turut meningkat. 2.3.1.2 Konduktiviti Menurut Chapman dan Kimstach (1996), konduktiviti adalah sukatan kebolehan air terse but untuk menghasilkan arus elektrik. Larutan yang mempunyai bahan bukan organik yang tinggi merupakan konduktur yang baik. Manakala, molekul bahan organik yang tidak berkaitan di dalam larutan akueus menghasilkan arus elektrik yang sedikit (APHA, 1998). Unit yang digunakan adalah IlS cm- 1 (microsiemens per centimetre). Konduktiviti bagi suatu kawasan disukat untuk mengenalpasti zon pencemaran terutamanya di kawasan yang menerima kuantiti larian tanah (land run-off) yang tinggi (Chapman dan Kimstach, 1996). 2.3.1.3 Jumlah Pepejal Terampai (TSS) Menurut Murtedza dan Ali (1999), jumlah pepejal terampai (TSS) diukur untuk mengesan hakisan di kawasan terse but. Semua bahan organik dan bukan organik yang dapat diasingkan dengan penurasan menggunakan kertas turas adalah pepejal terampai (Cheremisinoff, 1993). Nilai TSS yang tinggi menunjukkan kawasan tersebut mengalami hakisan tanah yang tinggi. Kerja penebangan vegetasi kawasan di tebing sungai secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada hakisan tanah. Selain itu, perubahan wama air banyak dipengaruhi oleh pepejal terampai. Nilai TSS yang tinggi akan menyebabkan wama air tersebut berubah menjadi kecoklatan dan keruh. 5

2.3.1.4 Pengaliran Air Sungai Pengaliran air sungai merupakan faktor yang penting dalam menentukan jumlah bahan terampai dan terlarut di dalam air sungai. Menurut Chapman dan Kimstach (1996), bahan semulajadi seperti bahan terampai hasil daripada hakisan akan meningkatkan kepekatannya secara eksponen dengan peningkatan kadar pen gal iran air sungai. Kelajuan arus dan luas keratan rentas sungai terse but memainkan peranan penting dalam mengukur pengaliran air sungai tersebut. Kelajuan arus mempengaruhi kadar penyerapan dan pengangkutan bahan pencemar dan Ia juga bergantung kepada pengaruh hydrometeorological dan keadaan semulajadi kawasan tadahan tersebut (Chapman dan Kimstach, 1996). 2.3.2 Ciri-ciri Kimia 2.3.2.1 Permintaan Oksigen Biokimia (BODs) Pennintaan oksigen biokimia (BOD5) didefinisikan sebagai jumlah oksigen yang diperlukan oleh bakteria untuk menguraikan bahan organik untuk jangka masa tertentu (biasanya 5 hari) di dalam keadaan aerobik (Tebbutt, 1992). Permintaan oksigen biokimia (BODs) diukur untuk mengesan pencemaran bahan organik (Murtedza dan Ali, 1999). Proses ini bergantung kepada pelbagai bahan organik yang terdapat di dalam air, mikroorganisma, keadaan kimia air tersebut, kehadiran bahan toksik dan adaptasi mikrooganisma terhadap bahan organik (Starck, 1992). Nilai BOD5 yang tinggi menunjukkan kualiti air bagi air sungai tersebut adalah rendah. BOD5 adalah kaedah biasa yang digunakan dan merupakan kaedah untuk mengukur jumlah oksigen yang digunakan oleh mikrooganisma (bakteria) untuk menguraikan bahan organik di dalam sampel air se a 5 hari pada suhu tetap 25 C dan unit yang digunakan adalah mg L- 1 6

2.3.2.2 Permintaan Oksigen Kimia (COD) Permintaan oksigen kimia adalah anal isis ringkas yang digunakan untuk mengukur jumlah oksigen yang digunakan untuk menguraikan bahan organik oleh agen pengoksidaan yang kuat. Pennintaan oksigen kimia (COD) diukur adalah untuk mengesan kehadiran bahan kimia dan pencemaran bahan bukan organik untuk sampel air yang diambil (Murtedza dan Ali, 1999). 2.3.2.3 ph ph diukur untuk mengesan kehadiran pencemaran asid atau alkali (Murtedza dan Ali, 1999). Peningkatan dan penurunan nilai ph diluar julat nonnal air boleh mengakibatkan kehilangan species tertentu bergantung kepada tahap sensitif species tersebut (NREB, 2001). Pengukuran ph dapat memberitahu keadaan semulajadi air tersebut dan juga kesan pencemaran terhadap air. 2.3.2.4 Nutrien 2.3.2.4.1 Fosforus Reaktif Input fosforus di dalam air biasanya berpunca daripada baja dan detergen. Kandungan fosforus reaktif yang tinggi boleh mengakibatkan pennasalahan kepada air sungai kerana pertumbuhan alga dikawal oleh nutrien ini dan pertambahan dalam kandungan fosforus reaktif boleh menggalakkan pertumbuhan alga dan peningkatan proses eutrofikasi (Ballance, 1996). 7

2.3.2.4.2 Nitrat-Nitrogen Nitrat-nitrogen adalah salah satu nutrien yang penting untuk tumbuhan akuatik dan ianya banyak mempengaruhi kualiti air sungai. Biasanya di kawasan pedalaman, penggunaan baja nitrat bukan organik merupakan sumber utama kepada input nitratnitrogen ke dalam sungai. Bagi sungai yang tidak tercemar, kandungan nitrat adalah rendah. Menurut Ballance (1996), di dalam air permukaan, nitrat-nitrogen adalah salah satu nutrien yang diambil oleh tumbuhan dan ditukar kepada sel protein. Pertumbuhan tumbuhan yang menggalakkan (terutamanya alga), boleh mendatangkan masalah kepada kualiti air di sungai terse but hasil daripada proses eutrofikasi. 2.3.2.4.3 Ammonia-Nitrogen Apabila bahan organik bemitrogen diuraikan oleh aktiviti mikrobiologi, ammonia akan terhasil. Nilai ammonia-nitrogen yang tinggi boleh diperolehi daripada air yang tercemar dengan bahan buangan, baja, bahan buangan pertanian atau sisa-sisa industri yang mengandungi nitrogen organik, ammonia bebas atau garam ammonium (Ballance, 1996). Ammonia-nitrogen (NH3-N) diukur bagi mengesan pencemaran sisa-sisa bahan buangan (Murtedza dan Ali, 1999). Bahan bemitrogen bertindak sebagai nutrien kepada organisma akuatik terutamanya alga yang boleh menyebabkan eutrofikasi berlaku di sungai tersebut. Ammonia boleh didapati melalui proses semulajadi penurunan dalam keadaan anaerobik. 2.3.2.S Redoks Redoks melibatkan ciri-ciri pengoksidaan dan penurunan bagi air semulajadi. Air permukaan dan air tanah mengandungi oksigen terlarut yang biasanya mempunyai julat 8

redoks diantara 100 m V - 500 m V (Chapman dan Kimstach, 1996). Parameter ini diukur secara in-situ dan unit yang digunakan adalah m V. 3.0 PERNYAT AAN MASALAH Sungai Kesit merupakan salah satu sungai yang penting bagi penduduk disekitamya sebagai sumber ekonomi, pengangkutan dan keperluan domestik. Kekurangan maklumat berkenaan dengan kualiti air di kawasan tersebut merupakan tujuan utama kawasan ini difokuskan untuk projek ini. Selain itu, data kualiti air yang diperolehi direkodkan sebagai data asas yang mungkin akan digunakan bagi kajian yang akan datang di kawasan tersebut. 4.0 OBJEKTIF Tujuan projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk (i) merekod dan menentukan kualiti air di Sungai Kesit dan (ii) mengkelaskan Sungai Kesit berasaskan 'Interim National Water Quality Standard ofmalaysia' (INWQS) (DOE, 1994). 9

5.0 BAHAN DAN KAEDAH 5.1 LOKASI KAJIAN Sungai Kesit merupakan anak sungai Batang Lemanak yang terletak di daerah Engkilili, Sri Aman, Sarawak. Persampelan pertama telah dijalankan pada 9 hingga 12 Ogos 2004 dan persampelan kedua pada 24 hingga 29 November 2004. Enam stesen telah dipilih untuk kaj ian kualiti air ini. Lima stesen dipilih di sepanjang Sungai Kesit, iaitu tiga stesen di sungai utama dan dua stesen di anak-anak sungai iaitu Sungai Ulu Kapu dan Sungai Serembai. Manakala satu stesen terletak di Lubok Subong, Batang Lemanak. Lokasi setiap stesen persampelan untuk kajian ini adalah seperti yang ditujukkan dalam Rajah 1. Bacaan Global Positioning System (model GPS 12CX 12 Channel) bagi setiap lokasi stesen adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. 5.2 PENILAIAN KUALITI AIR S.2.1 Pengukuran Seeara In-situ Diantara parameter-parameter yang diukur secara in-situ adalah seperti ph, suhu, oksigen terlarut (DO). konduktiviti, redoks, kejernihan air dan kelajuan arus air. 5.2.1.1 Pengukuran Parameter Hydrolab (model Surveyor 3 Display Logger) digunakan untuk mendapatkan nilai bagi ph, suhu, konduktiviti, redoks dan oksigen terlarut (DO). Manakala, DO meter (model Cyberscan 3001310) juga digunakan untuk menentukan suhu dan oksigen terlarut. ph meter (model Cyberscan 100) digunakan untuk menentukan nilai ph. 10

Rajah 1: Peta lokasi persampelan di setiap stesen Sungai Kesit. 11

ladual 1: Bacaan GPS bagi setiap stesen persampelan. Stesen Bacaan GPS stesen NOlO 14' 12.5" E 111 49' 32.9" 2 NOlo 14' 19.2" E 111 49' 12.4" 3 NOlo 14' 29.6" E 111 48' 57.5" 4 NOlo 14' 26.0" E 111 48' 38.7" 5 NOlo 14' 06.5" E 111 48' 26.1" 6 NOlo 13' 51.5" E 111 46' 56.3" 5.2.1.2 Kejernihan Air Kejemiban air sungai diukur dengan menggunakan Cakera Secchi (KAHLSICO No. 281WAlOO). Untuk mengukur kejemihan air, cakera secchi ini dimasukkan ke dalam sungai sehingga bahagian hitam dan putih pada cakera tersebut tidak kelihatan. Kemudian tali yang berada di paras permukaan air sungai terse but ditandakan dan cakera tersebut dinaikkan semula secara perlahan-iahan. Panjang tali yang ditandakan diukur dan direkodkan. 5.2.1.3 Pengaliran Air Sungai Keratan rentas dan kelajuan arus Sungai Kesit juga diukur bagi setiap stesen. Kelajuan arus diukur menggunakan 'Current Meter' (Model 2000 Portable). Formula ldltuk mengukur pengaliran air sungai tersebut adalah seperti di berikut : Pengaliran air sungai (m3/s) = Keratan rentas sungai (m 2 ) x Kelajuan arus (rn/s) 12

5.1.2 Analisis Makmal Sampel air disimpan di dalam botol 2 L untuk analisis jumlah pepejal terampai (TSS). Untuk analisis nutrien, botol 500 ml direndam dengan menggunakan asid hidroklorik 0.01 M selama 24 jam dan dicuci dengan air suling sebelum digunakan untuk mengambil sampel air. Kemudian sampel air untuk analisis nutrien disimpan di dalam kotak yang telah diisi dengan ketul-ketul ais. Sekiranya sampel air ini tidak dianalisis dalam masa 48 jam, ia perlu disimpan di dalam peti sejuk pada suhu -20 DC bagi mengelakkan kandungan nutrien dalam sampel terjejas. Untuk menganalisa sampel air tersebut, botol sampel air perlu dikeluarkan terlebih dahulu bagi menaikkan suhu sampel pada suhu bilik..2.2.1 Nutrien Analisis kimia seperti ammonia-nitrogen, nitrat-nitrogen dan fosforus reaktif diukur dengan menggunakan Hach Kit (Model DR 2010). Nitrat-nitrogen dianalisa dengan menggunakan Kaedah Piawai 8192 bedasarkan 'Cadmium Reduction Method '. Jarak lombang bagi analisis ini adalah 351-507 nm pada Hach. Setelah jarak gelombang ini ditetapkan, 30 ml sampel air dimasukkan dalam balang khas dan dicampurkan dengan lira Yer 6 dan digoncangkan selama 3 minit. Selepas 3 minit, biarkan balang terse but IeIama 2 minit untuk proses pemendapan cadmium pada campuran sampel. Kemudian IIIMIalckaD IbeDdapan sampel air ini ke dalam sel 25 ml dengan berhati-hati supaya tidak ada cadmium termasuk di dalam 'sel sampel' tersebut kerana ia boleh mempengaruhi bacaan. Campurkan Nitra Ver 3 dalam campuran tersebut dan putarkan pi bahan tersebut larut dan biarkan selama 10 minit. Sediakan satu sel 25 ml dengan..._ air sungai itu sahaja yang bertindak sebagai 'sel blank'. Selepas 10 minit, ambil 13

bacaan untuk sel blank terlebih dahulu dan tekan butang ZERO untuk mempiawaikan bacaan. Kemudian masukkan sel sam pel dan tekan butang READ untuk mendapatkan bacaan nitrat. Ammonia-nitrogen pula dianalisa menggunakan Kaedah Piawai 8038 berdasarkan kaedah 'Nessler Method' (Hach Kit, 2000). Jarak gelombang yang digunakan adalah 380 425 run. Salah satu sei (25 ml) diisikan dengan sampel air sungai (sel sampel) dan satu sel Iagi dengan air suling (sel blank). Kemudian kedua-dua sel 25 ml ini dimasukkan dengan 3 titik mineral stabilizer dan digoncangkan. Setelah larut, 3 titik polyvinyl alcohol dimasukkan ke dalam kedua-dua sel terse but dan digoncangkan sehingga larut. ] ml essler Reagen) dimasukkan ke dalam kedua-dua sel ini dan digoncangkan sehingga Iarut. Kemudian biarkan selama I minit. Selepas satu minit, sel blank dimasukkan terlebih dahulu untuk mempiawaikan bacaan (tekan butang ZERO), selepas itu sel sampel dimasukkan (tekan butang READ) dan bacaan untuk ammonia-nitrogen diambil. Fosforus reaktif dianalisa menggunakan Kaedah Piawai 8048 bedasarkan 'Powder PIllow Method' (Hach Kit, 2000). Jarak gelombang yang digunakan adalah 490-890 Offi. II riser' dimasukkan ke dalam Hach untuk meninggikan sel 10 ml bagi memudahkan mbang melalui sel terse but. 10 ml sam pel air sungai dimasukkan ke dalam salah satu 10 ml sebagai sel sampel dan dicampurkan dengan Phos Ver 3. Campuran larutan ini lifit»ocang sehingga serbuk terse but larut dan dibiarkan selama 2 minit. Kemudian, satu sello mi diisi dengan sampel air sungai sebagai sel blank. Selepas 2 minit, sel blank!lbaasuikklm ke dalam Hach (tekan butang ZERO) bagi mempiawaikan bacaan dan barulah sampel dimasukkan (tekan butang READ) dan bacaan untuk fosforus reaktif diambil. 14

.2.2.2 Permintaan Oksigen Kimia (COD) Analisis pennintaan oksigen kimia (COD) diukur dengan Kaedah Piawai 8000 bedasarkan 'Reactor Digestion Method' Hach Kit (Model DR 2010). Sebelum analisis dijalankan 'COD Reactor ' (model C 9800 Reactor) dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 C. Dalam analisis ini 'COD Digestion Reagent' (Low Range) digunakan. 2 ml sampel air sungai dipipetkan dan dimasukkan ke dalam tiup reagen terse but serta digoncangkan untuk sel sampel. Manakala, 2 ml air su1ing dipipetkan dan dimasukkan ke dalam tiup reagen yang lain serta digoncangkan sebagai sel blank. Panaskan tiup sel sampel dan sel blank ini di dalam 'COD Reactor' pada suhu 105 C selama 2 jam. Selepas 2 jam, biarkan lama 20 minit dan goncangkan. Biarkan tiup ini sejuk sehingga pada suhu bilik sebelum Jarak gelombang untuk analisis ini adalah 430-420 nm. Pemegang sel khas untuk aaalisis ini dimasukkan dan sebelum bacaan diambil, pennukaan luar sel perlu dilapkan ciengan kain bersih. Bacaan untuk sel blank diambil terlebih dahulu (tekan butang ZERO) kemudian sel sampel (tekan butang READ). ~..., Permintaan Oksigen Biokimia (BODs) Pennintaan oksigen biokimia ditentukur berdasarkan Kaedah Piawai APHA (1998) botol permintaan oksigen biokimia (BOD) 300mL digunakan. Sampel air dimasukkan _lam botol (BOD) dan nilai oksigen terlarut (DO) diambil dan direkodkan. Botol hendaklah dibalut dengan kertas aluminium dan disimpan pada suhu yang tetap 2S C. Selepas lima hari, nilai akhir oksigen terlarut (DO) bagi sampel air terse but dan direkodkan. Formula untuk menentukan nilai permintaan oksigen terlarut 15

BODs (mg/l) = D J - Ds / P DJ = Nilai awal (DO) (mg) Ds = Nilai akhir (DO) (mg) P = Isipadu sampel air (L) 5.2.2.4 Jumlah pepejal Terampai (TSS) Jumlah pepejal terampai (TSS) ditentukur berdasarkan Kaedah Piawai APHA (1998). Kertas turas yang akan digunakan untuk menuras sam pel air akan dikeringkan terlebih dahulu di dalam ketuhar pada suhu 103 DC hingga 105 DC dan berat kertas turas ini ditimbang dan nilainya direkodkan serta diletakkan di dalam piring petri yang telah ciinomborkan. Kemudian sampel air dituras dengan menggunakan kertas turas tersebut dan diletakkan kembali ke dalam piring petri yang telah dinomborkan mengikut urutan dan dimasukkan ke dalam oven selama 2 jam. Selepas itu kertas turas ini ditimbang semula dan berat akhir kertas turas ini dicatatkan. Formula untuk mengira kandungan TSS adalah TSS (mg/l) = B - A / C A = Jisim awal kertas turas (mg) B =Jisim akhir kertas turas (mg) C = Sampel air yang dituras (L) Sampel sedimen diambil untuk sedimen yang paling halus berdasarkan pemerhatian sungai bagi setiap stesen dengan menggunakan tiup plastik yang telah ditandakan 16

S em dari hujung tiup. Sampel sedimen diambil untuk sampel permukaan dasar sungai sabaja. Sampel akan dituras dengan menggunakan penuras yang mempunyai saiz 2 mm. Kemudian sampel ini akan ditimbang untuk lag dan dimasukkan ke dalam kelalang kon ckmgan meneampurkan 100 ml air suling. Permukaan kelalang terse but akan ditutup dengan parafilm dan dibiarkan selama 18 jam di atas pemutar. Selepas 18 jam, sampel tcrsebut akan dituras dengan menggunakan penuras yang mempunyai jaringan bersaiz 50 pm. Hasil penurasan ini akan diambil dengan menggunakan bikar. Kemudian sampel but akan dimasukkan ke dalam silinder penyukat 1000 ml. Sampel pada penuras akan dibilas dengan air suling sehingga air yang keluar daripada penuras itu menjadi jemih. lepas itu, air suling akan ditambah ke dalam silinder penyukat sehingga meneapai takat 1000 ml. Partikel yang masih tertinggal pada penuras akan dituras kedalam piring petri. DB piring petri akan ditimbang terlebih dahulu sebelum bahagian sampel tersebut,'dilletakjam di atas piring itu. Piring petri kemudiannya dimasukkan ke dalam ketuhar untuk 'an pertama untuk sampel tersebut (bahagian pasir). Bahagian sampel tersebut akan ditimbang sebagai baeaan awal dan direkodkan. Manakala untuk bahagian lanar kasar (coarse silt), lanar halus (jine silt) dan tanah (clay). sampel tersebut akan dipipetkan dengan menggunakan pipet 25 ml. Untuk lanar (coarse silt) (20 /lm) hujung tip dimasukkan sehingga 10 em didalam eampuran mengambil sampel. Untuk mengarnbil sarnpel bagi bahagian lanar (silt) (5 /lm) dan tanah liat (clay) (2 hujung tip dimasukkan hanya 6.7 em ke dalam eampuran. Sampel terse but akan di atas piring petri sebelum ia dimasukkan ke dalam ketuhar semalaman pada 17