KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Faculty of Engineering

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]


DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Sistem Bakeri Interaktif

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

SMART INCUBATOR AZLINA BINTI BASHARUDIN. Faculty of Electronic and Computer Engineering. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Survey on Perak and Selangor 3 messages

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2011 DECLARATION OF NON-SMOKING AREA 2011

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Transcription:

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI Martina Anak Gani SaIjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ('Thknologi Senireka) 2007

t»usar Killdmat It'ilik.lUlUltt ~Kauemik UNlVERSm MALAYSIA SARAWAK KAJIAN STRATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI MARTINA ANAK GANI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Senireka) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2007

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN JUDUL: Kajian Strategi Pengiklanan Bandar Raya Peranginan Miri SESI PENGAJlAN 2006/2007 Saya MARTINA ANAK GANI mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: I. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/lap,9ran ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakanlsll D SULIT D TERHAD [JJ TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSlA 1972) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) Tandatangan Penulis Disahkan ~. Tandatangan Penyeha Tarikh: IV-It /{)OOI Tarikh: l'f (r( Ot Alamat Tetap: 870A Taman YTD, 97000, Bintulu, Sarawak. Mudb lin Lamat c.. J...I'~~.'- wtl...,..ul Gunaao Preatif UNJVERSITI MALAYSIA SARAWAK Catatan: * Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda *Jika Tesisl Laporan SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Projek bertajuk Kajian Strategi Pengiklanan Bandar Raya Peranginan Miri telah disediakan oleh Martina Anak Gani dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ProgramTeknologi Seni Reka Grafik. Diterima untuk diperiksa oleh: Mutib Bin Lamat Pensyarah Fakulti Seni Gunaan ~kh: UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 11

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak kerana memberi peluang untuk menyiapkan tesis ini dajam tempoh masa yang telah ditentukan. Saya berasa amat bertuah kerana dapat membuat iklan untuk mempromosikan Miri sebagai sebuah bandar raya peranginan dengan kerjasama, didikan dan dorongan para pensyarah di Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sehinggalah tamatnya kajian saya ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada penyelia utama, Encik Mastika Bin Hj. Lamat yang tidak pemah jemu memberikan teguran, kritikan, sokongan dan bimbingan kepada saya sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Tidak ketinggalan juga, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pensyarah-pensyarah Teknologi Seni Reka Grafik yang lain, iaitu Prof. Madya Ahmad Khiri Mohd. Zain, Encik Ringah Ak Kanyan (penyelia kedua), Cik Salmiah Binti Abdul Hamid, Encik Sylverter Wielding Jussem, Puan Siti Shukhaila Bt. Shaharuddin dan Encik Ahmad Azaini Abdul Manaf. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Gustian Bin Durani yang merupakan Pemangku Penolong Setiausaha Kanan MajIis Bandar Raya Miri kerana telah membantu memberi maklumat untuk menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga kerana telah banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat supaya terus berjaya dan jangan sesekali mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu kerja. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah ban yak membantu dan bersusah payah menolong saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. iii

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat secara langsung atau pun tidak sepanjang kajian ini dijalankan. IV

t»usat Khidmat MakJumat Akademik UNlVEASm MALAYSIA. SARAWAJ( JADUAL KANDUNGAN Kaodungan Borang Pengesahan Status Laporan Peogesahan Dan Tandatangan Penyelia Penghargaan Jadual Kandungan Abstract! Abstrak Halaman ii iii v viii BAB1 ENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1.1 Permasalahan Kajian 1.1.1 Promosi yang kurang pelbagai 1.1.2 Identiti Bandar raya peranginan kurang menonjol 1.1.3 Promosi dan pengiklanan yang dijalankan berbentuk bermusim dan Setempat 3 4 5 1.2 Objektif Kaj ian 1.2.1 Menganalisa masalah promosi bandar raya peranginan Miri 1.2.2 Mengenalpasti kenapa identiti bandar raya peranginan Miri tidak menonjol 1.2.3 Mewujudkan kempen bagi Bandar raya peranginan Miri 1.3 Skop Kaj ian 1.4 Definisi 1.4.1 Bandar raya 1.4.2 Pusat peranginan 1.4.3 Promosi 1.4.4 Pengiklanan 1.4.4 Media pengiklanan 6 6 6 7 7 8 8 8 9 v

BAB 2 METODOLOGI 2.0 Metodologi 2.1 Kaedah Kualitatif 2.2 Kaedah Kuantitatif 10 10 11 2.3 Tinjauan Karya (Buku) 2.3.1 Corporate Identity 11 2.3.2 Advertising Principles and Practices 11 2.4 Sumber Pengumpulan Data 2.4.1 Temuramah 12 2.4.2 Pemerhatian dan Fotografi 12 2.4.3 Soal Selidik 12 2.5 Limitasi Kajian 13 BAB 3 ANALISIS DATA 3.0 Analisis Data 14 3.0.1 Bahagian A 14 3.0.2 Bahagian B 14 3.0.3 Bahagian C 15 3.0.4 Hasil Dapatan 16 3. 1 Kesimpulan 41 3.2 Analisa media promosi 3.2.1 Analisa poster 42 BAB4CADANGAN 4.0 Pendahuluan 4.1 Kesimpulan 45 54 vi

BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan 5.0.1 Lokasi media 5.0.2 Mencipta kempen 5.0.3 Mengadakan promosi 55 55 56 56 BAB 6 PROJEK AKHIR RUJUKAN 6.0 Pendahuluan 57 58 LAMPlRAN LAMPlRAN A: Miri 60 LAMPlRAN B: Temuramah dan Kaji selidik 62 LAMPlRAN C: Cadangan 65 VB

ABSTRACT The research is done on the campaign and promotional strategy to promote Miri Resort City. Hence, creating a campaign to promote Miri resort City locally and internationally. The used of creative graphic elements with real photo could helps to boost the image and identity of Miri as a resort City. viii

ABSTRAK Penyelidikan ini mengkaji tentang kampen dan strategi promosi bagi mempromosikan bandar raya peranginan Miri. Selain daripada itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengadakan kempen bagi mempromosikan bandar raya peranginan Miri ke dalam dan luar negara. Penggunaan elemen grafik yang kreatif dengan menggunakan gambar sebenar membantu perbentukan gambaran dan identiti bagi bandar raya peranginan Miri. IX

BAB 1 PENGENALAN 1.0 PeDdahuluan Pada masa dahulu, bandar Miri adalah sebuah perkampungan nelayan yang terpeneil dengan lokasi kependudukan yang tertumpu di sepanjang tebingan sungai Miri. "Penemuan telaga minyak pertama yang dikenali sebagai Grand Old Lady di puncak Bukit Kanada pada 1910, telah menjadikan bandar Miri sebagai bandar minyak Negara yang pertama. " (Utusan Sarawak, 2004). Keadaan ini menyebabkan bandar Miri telah menjadi semakin pesat membangun. Min mendapat namanya adalah daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk jati Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini. (Wikipedia) Bandar raya Miri terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut Cina Selatan di bahagian Timur dan bersempadani oleh gunung-ganang di bahagian baratnya serta berjiran dengan negara Brunei Darussalam. Keluasan bandar raya Miri ialah 977.43 km persegi. (Wikiped ia). Ia mempunyai kira-kira 250,000 orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, diikuti oleh Melayu, Iban, dan Melanau. Selain daripada itu sebilangan keeil penduduk Miri terdiri daripada orang India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh, Kedayan, dan lain-lain. Bandar raya Miri yang terletak di Miri, Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mefldapat tara! bandar raya Miri. Miri mendapat tara! ini pada 20 Mei 2005 yang membawa ge/aran "Bandar Raya Peranginan". (Wikipedia)

Setelah diiktiraf sebagai bandar raya, ban dar Miri semakin pesat membangun dan sekarang lebih dikenali sebagai bandar raya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Menurut, Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud, "Pengisytiharan bandar Miri sebagai bandar raya lcedua di Sarawak selepas bandar raya Kuching "membuktikan betapa cepat dan pantas Sarawak membangun sejak penubuhan Malaysiapada tahun 1963." (Utusan Sarawak, 2005) Sebelum ini Ice semua bandar yang dinaikkan tara! Ice bandar raya adalah ibu negera ataupun ibu negeri dengan yang pertamanya ialah Kuala Lumpur pada 1972 yang merupakan ibu Negara dan akhirnya Alor Setar, ibu negeri Kedah pada 2003. Kenaikan tara! itu menempatan Miri sebagai bandar raya 1ce-10 selepas Kuala Lumpur, Jpoh, Kuching Utara, Kuching Seialan, lohor Baharu, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka dan Alor Setar. Selain daripada bandar raya bukan ibu negeri yang pertama, Miri menyaksikan pencapaian unik keduanya di Negara apabila ia turut melakarkan jenama tersendirinya melalui identiti tersendiri iailu "Miri Resort City. " (Utusan Sarawak, 2005) Menurut, Dr.Chan, "Titik permulaan permodenan dan perkembangan bandar Miri adalah dari penemuan hasil minyak pada tahun 1882. Sejak kebelakangan ini sektor pembalakan, perladangan, perindustrian, dan perlancongan telah banyak menyumbang ke arah kepesatan pembandar Miri. Oleh demikian, kini Miri mempunyai rangkaian infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi dan moden. " (Utusan Sarawak, 2005) Namun setelah beradad berlalu dan melihat potensi yang ada Miri mula meneroka pembangunan baru deng{ln menjadikan industri pelancongan dan pendidikan sebagai asset pembangunan terpenling bagi memastikan bandar Miri terus menjadi tumpuan masyarakat da/am dan luar Negara pada masa akan datang. Ekoran itu, tercetuslah visi Miri ke arah 2

sebuah bandar raya peranginan menjelang 2005 yang diaspirasikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri DatukAmar Dr. George Chan Hong Nam pada 1991, (Utusan Sarawak, 2004). Bandar raya Miri adalah salah satu destinasi pelancongan yang mampu menarik para pelancongan serta mempunyai daya tarikan dan keistimewaan tersendiri seperti pusat-pusat membeli helah, padang golf bertaraf antarabangsa, Pusat Khazanah Miri, Taman Kipas, Taman Awam kolam lumpur panas di Bukit peninjau, koleksi pantai yang cantik, tempattempat bersejarah seperti Sri Tanjong, Makam Dato' Permaisuri yang terletak di Pujut Tanjung Batu dan banyak lagi. Berdasarkan petikan dari Utusan Sarawak yang bertarikh 19 Mei 2005 menyatakan, "Miri merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Mulu yang menyimpan khazanah dunia iaitu gua tertbesar dunia, Taman Negara Niah dan Taman Negara Lambir selain Taman Negara Logan Bunut ". (Sejarah Terpahat 12 malam ini, Utusan Sarawak, 19 Mei 2005) Dengan segal a tarikan ini, memang tidak mustahil jika Miri boleh menjadi destinasi pelancongan terbaik di Borneo. 1.1 Permasalaban Kajian 1.1.1 Promosi yang kurang pelbagai Melalui pemerhatian saya, Majlis Bandar raya Miri (MBM) tidak mengadakan promosi yang pelbagai dalam memperkenalkan Miri sebagai Bandar raya Peranginan kepada para pelancong. Majlis Bandar raya Miri (MBM) hanya menggunakan media cetak dalam mempromosikan Bandar raya Miri iaitu melalui risalah dan iklan surat khabar. 3

Rajah 1.1.1a: Risalah Rajah 1.1.1 b: Iklan Surat Khabar Selain itu, Majlis Bandar raya Miri juga menggunakan media luaran seperti papan iklan dan banner yang di gantung di sepanjang jalan raya dalam mempromosikan Miri. Rajah 1.1.1c: Papan Iklan Rajah 1.1.1d: Kain Rentang 1.1.2 Identiti Bandar raya peranginan kurang menonjol Identiti untuk menjadikan Miri sebagai sebuah pusat perangman kurang menonjol. Ini amat penting untuk menarik minat para pelancong tempatan mahupun luar negara datang ke Miri. Melalui pemerhatian dan kajian yang telah penyelidik buat, bandar raya Miri hanya dikenali sebagai bandar minyak kerana sebelum ini minyak 4

f'usat Khidmat MakJuma1 Akademik VNlVERSm MALAYSIA SARAWAK ditemui dengan ban yak di perut bumi bandar MirL Menurut, John Peck yang berbangsa melanau berasal dari Kuching iaitu Pengurus Besar di Petronas, "Bercakap tentang Miri, industri minyak dan gas seluruh dunia tahu mengenainya. " (Utusan Sarawak, 2005) 1.1.3 Promosi dan pengiklanan yang dijalankan berbentuk bermusim dan Setempat Selalunya Majlis Banda ray a Miri akan mengadakan promosi pengiklanan berbentuk setempat iaitu promosi Bandar raya peranginan Miri hanya diiklankan di Sarawak dan tempat-tempat yang tertentu sahaja. Manakala bentuk bermusim yang dimaksudkan disini ialah promosi hanya dijalankan sempena sambutan perayaan, aktiviti sukan mahupun musim cuti sekolah. Sebagai contoh cabaran Kapal Layar Borneo (BIYC) bertepatan dengan sambutan Tahun Antarabangsa Miri pada tahun 2007. Ini dapat kita lihat pada keretan akhbar Utusan Sarawak yang disiarkan pada selasa, 15 ogos 2006. 10~TEMPATAN ~... 'I l~lbaran K:lpa\ Layar Borneo diiadikan acar.l hen:araf ant.:irj.bangsa Promosikan Miri IlW ~ 1T' i. Tuu l- RI (" ":-~ H.. i 11. " m.1".a n C!... h ;'lu l hau", -.. 1':1.:1. tumlai puk. '1'iI r... (!o 'ai" li. l I1ft1P'1M.... i. S,....w IlMAJ.,n"..~ lt '''! fll.. Rajah 1.1.3a: Keratan Akhbar 5

1.2 Objektif Kajiao 1.2.1 Meogaoalisa masalah promosi baodar raya peraoginan Miri Oi sini, pengkaji akan menganalisa masalah promosi yang dihadapi oleh bandar raya peranginan Miri pada masa sekarang. Keadaan ini bagi menyelesaikan masalah penggunaan media yang tidak perbagai dalam memperkenalkan ban dar raya peranginan Miri kepada orang tempatan mahupun luar negara. 1.2.2 Meogeoalpasti kenapa ideotiti bandar raya peraogioan Miri tidak Meooojol Kajian ini juga untuk mengenalpasti identiti bandar raya peranginan Miri yang tidak menonjol. Ini disebabkan kurangnya publisiti iaitu satu penyampaian maklumat atau pendedahan kepada para pelancong untuk mengingatkan mereka dengan satu identiti iaitu simbol atau lambang supaya setelah melawat Miri mereka masih mengingati keunikan yang ada pada bandar raya peranginan Miri dengan Bandar raya yang lain. Maka satu identiti baru akan di bentuk bagi menonjolkan ban dar raya peranginan Miri. 1.2.3 Mewujudkao kempeo bagi Bandar raya peranginan Miri Untuk merealisasikan matlamat dan objektif Miri sebagai sebuah pusat peranginan ialah mewujudkan satu kempen untuk menyedarkan pelancong tentang kewujudan bandar raya peranginan Miri. Melalui kemp en tersebut bandar raya Miri mendapat sambutan sebagai satu destinasi pilihan pelancong sarna ada dalam ataupun luar negara. 6

1.3 Skop Kajian Penyelidikan yang dilakukan ini adalah mengkaji promosi yang digunakan untuk memperkenalkan Miri sebagai pusat peranginan dari segi penggunan media. Kajian ini dijalankan di Majlis Perbandaran Miri. Selain itu maklumat penyelidikan didapati di beberapa buah kawasan yang berkaitan dengan kajian iaitu Visitor's Information Centre Miri, Kampung Budaya, perpustakaan UNIMAS, laman web dan tempat yang menjadi tumpuan pelancongan di sekitar bandar raya Miri. 1.4 Definisi 1.4.1 Bandar raya "Terdapat tiga definisi utama bandar, pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur dan kadangkala ia juga dilihat hanya dari segi penghuninya saja. Sebagai contonya mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (Demographic Yearbook) 1968-1969 menyatakan bahawa di Malaysia sesuatu kawasan boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah 10,000 orang atau lebih", Melvin G.Marcus & Thomas R.Detwyler 1985, (Joseph klanbu, 2006. Kajian strategi Jenama Dan Identiti Bandar Raya Kuching. Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Unimas). Kelayakan untuk mencapai status bandar raya didokongi oleh kriteria-kriteria utama seperti bilangan penduduknya sekitar 300,000 lebih, keluaran dalam negeri /casar RM4 billion serta kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, hospital, sekolah, 7

perpuslakaan disusuli dengan pengwujudan institusi pengajian tinggi. (Utusan Sarawak 2005) Selain itu Bandar raya juga berfungsi sebagai pusat pemiagaan dan perdagangan, pusat pengumpulan hasil pertanian, pusat pentadbiran, pusat pengangkutan dan perhubungan, pusat kebudayaan, pusat perindustrian, pusat pelancongan, pusat pendidikan dan pusat pemprosesan sumber mineral. Maka dari sini wujudlah sebuah bandar raya. 1.4.2 Pusat peranginan Dalam Dewan Bahasa dan Pusaka 1999 pula, mentakrifkan pusat peranginan sebagai tempat beristirahat atau berangin-angin atau tempat untuk beristirahat yang biasanya agak jauh dari bandar seperti di tepi pantai, di puncak bukit dan sebagainya. 1.4.3 Promosi Radzuan bin lohari mentakrifkan media pengiklanan dalam buku Perdagangan: Satu cara memperkenalkan, memujuk dan menyedarkan pelanggan lenlang kewujudan keluarannya dan faedah menggunakannya. 1.4.4 Pengiklanan Pengiklanan adalah bertujuan untuk menyalurkan maklumat, penerangan serta pemujukan untuk mempengaruhi dan menarik perhatian pengguna dalam sesuatu barangan dan perkhidmatan. Menurut jumaj yang ditulis oleh Wen-Ling Liu 8

menyatakan bahawa"advertising is seen as the most culturebound element in the marketing management mix. Schutte and Oarlante (J 998) point out:... it because advertising messageconsists oflanguage and other communication instruments that are themselves very deeply rooted in a given culture ofa society. Even within the same language, word connotations can vary extensively from culture to culture. 1.4.5 Media pengiklanan Radzuan bin lohari mentakrifkan media pengiklanan dalam buku Perdagangan: "Media merupakan cara-cara yang digunakan dalam pengiklanan untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu keluaran. " 9

BAB2 METODOLOGI 2.0 Metodologi Metodologi adalah cara atau kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa maklumat atau data yang dikumpul. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan isu-isu falsafah dan bagaimana penyelidikan perlu atau harus dijalankan dan bagaimana teori perlu dibina atau diuji. Dari segi bahan-bah an yang digunakan, penyelidikan dibahagikan kepada dua, iaitu penyelidikan utama (primary research) dan penyelidikan sampingan (secondary research). Penyelidikan utama menggunakan bahan-bahan pertama, iaitu data yang tulen serta asas. Data utama yang dikumpul adalah seperti penyelidikan kaj ian, pemerhatian dan fotografi, soal selidik dan temuramah. Penyelidikan sampingan menggunakan bahanbahan kedua, iaitu data yang telah dikumpulkan orang lain atau data lain seperti buku, jurnal, risalah, maklumat daripada internet, majalah dan keratan akhbar. 2.1 Kaedah Kualitatif Kualitatif bermaksud yang berkenaan dengan kualiti dan mutu. Kualitatif melibatkan cara atau teknik yang digunakan dalam pengumpujan dan menganalisis data. Berg 1989 mendefinisikan kualitatif sebagai: "Focuses on "quality", a term reffering to the essence or ambience ofsomething" 10

2.2 Kaedah Kuantitatif Kuantitatif pula berkenaan dengan jumlah. Kaedah kuantitatif ini dijalankan melalui pengedaran borang kaji selidik. SeJepas mendapat data daripada pandangan dan pendapat maka data tersebut akan dianalisis untuk mengetahui peratusan keputusan borang kaji selidik tersebut. 2.3 Tinjauan Karya (Buku) 2.3.1 Corporate Identity Menurut Paul Rand dalam bukunya Corporate Identity menyatakan bahawa; "a trandmark is the signature ofa company as opposed to the signature ofan individual, ' Rand wrote in 1950. 'It should as closely as possible embody in the simplest form the essential characteristics of product or institution being advertises." Identiti adalah amat penting untuk menunjukkan sesuatu kewujudan sesebuah organisasi. Disini menyatakan bahawa identiti penting untuk menguatkan imej Miri supaya pelancong dapat terus membezakan keunikan bandar raya Miri dengan bandar raya yang lain dengan hanya menggunakan satu simbol. 2.3.2 Advertising Principles and Practices Menurut Christoper Gilson and Harold W. Berkman dalam buku Advertising Principles and Practices pula menyatakan bahawa, "Persuasive media communication designed to respond to, and help achieve marketing objectives". Ini bermaksud komunikasi media yang bersifat memujuk dan direka untuk bertindak balas dan membantu mencapai objektif promosi. Pemilihan media yang sesuai amat penting 11

untuk memudahkan mesej dapat disampaikan kepada khalayak secara terus dalam mempromosikan Miri tanpa mengelirukan khalayak tersebut. 2.4 Sumber Pengumpulan Data 2.4.1 Temuramah Dalam kaedah ini, penyelidik telah menemuramah Encik Gustian Bin Durani yang merupakan Pemangku Penolong Setiausaha Kanan Majlis Bandar Raya Miri pada 28 Julai 2005 dan juga penduduk yang berasal dari Miri sendiri serta pelancong yang datang ke Miri untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam mencapai objektif kajian ini. 2.4.2 Pemerhatian dan Fotografi Sepanjang kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian terhadap bandar raya Miri dengan mengambil foto yang berkaitan serta dapat membantu dalam menjalankan penyelidikan ini. Melalui pemerhatian ini, penyelidik dapat melihat keadaan alam semula jadi, khazanah yang bersejarah, Taman negara, keindahan pantai, pembangunan, pengangkutan, kemudahan inflastruktur serta keunikan Miri yang terpelihara. 2.4.3 Soal Selidik Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah mengedarkan kira-kira 120 helaian borang selidik. HasH dari 120 helaian hanya 100 helaian borang selidik yang diambil kira. Antara kawasan yang menjadi sa saran bagi pengedaran borang selidik adalah di tempat-tempat membeli belah, berdekatan dengan Visitor's Information Centre Miri 12

BAB3 ANALISIS DATA.0 Aoalisis Data Penyelidikan adalah kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam menyelesaikan pennasalahan yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Dalam kajian ini penyeiidik telah menggunakan beberapa kaedah iaitu temuramah, pemerhatian, kajian lepas dan borang selidik. Melalui kajian ini, penyelidik mendapat maklumat mengenai pendapat responden terhadap kajian yang dijalankan. Bahagian ini menerangkan ten tang demografi respondan terhadap kajian yang dijalankan. Demografi memberikan butiran statistik yang penting tentang respondan berdasarkan ciri-ciri resondan mengikut jantina, bangsa, tempat asal dan tujuan datang ke Miri. Ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang respondan untuk membantu dan melancarkan kajian yang dijalankan. Ukuran respondan adalah penting kerana ini menentukan Bahagian ini pula mengenai kefahaman respondan terhadap kajian yang dijalankan. Ini bcrkaitan dengan tempat yang pemah respondan lawati, kawasan atau temp at yang suka melda lawati dan dari mana mereka mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik melalui ini. 14