PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Faculty of Engineering

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Earthwork Activities in Private Housing Industry

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

SMART INCUBATOR AZLINA BINTI BASHARUDIN. Faculty of Electronic and Computer Engineering. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

KAJIAN SENI KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU RAJA NORAHAFIZA BINTI RAJA MOHSIN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH LENBAGA KEBUDAYAAN SABAH (LKS) DALAM MEMPROMOSIKAN DAN MEMPERKEMBANGKAN TARIAN TRADISIONAL SUMAZAU DI MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PERSATUAN EE LAN SHENG HUEN: KAJIAN DARI SEGI PENGURUSAN ORGANISASI KESENlAN

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Sistem Bakeri Interaktif

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN. MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3 bulan / 3 months 6 bulan / 6 months 9 bulan / 9 months 12 bulan / 12 months

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH Noor Fazrina Binti Hamzar (28907) Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

P. KHIDIIAT IIAKLUIIAT AKADEIIIK UNIIIAS 1111111111111111~ 111111 1000273088 PENGURUSAN ACARA PEST A REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH NOOR FAZRINA SINTI HAMZAR (28907) Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2013

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUOUL: PENGURUSAN ACARA PESTA REGAlTA LEPA 01 SEMPORNA SABAH SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya, NOOR FAZRINA BINTI HAMZAR (28907) mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi 5. * sila tandakan 0 1 ~_---JI SULIT L-....JI TERHAO (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) / IT'OAK TERHAO Disahkan oleh (Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia) Alamat tetap: TB6526, Taman Ria 11, Jalan Utara Baru, 91000 Tawau,Sabah. Tarikh : li) (T( ~t; Tarikh: Catatan: *Tesis / laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjan Muda Jika Tesis / laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ii

PENGESAHAN Projek bertajuk Pengurusan Acara Pesta Regatta Lepa Di Sempoma Sabah telah disediakan oleh Noor Fazrina Binti Harnzar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima untuk diperiksa oleh: (DR. INDRA UT AMA) Tarikh: iii

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa bahagian dalam penye1idikan ini hanya digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah dan setiap ringkasan te1ah sayajelaskan sumbemya. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907) iv

PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah diucapkan ke hadrat ALLAH s.w.t kerana limpah kumia-nya Projek Tahun Akhir sesi 2011/2012 telah terlaksana pada masa yang ditetapkan. Berdasarkan kenyataan itu, dengan setulus hati di sampaikan penghargaan kepada pensyarah labatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan masa, memberi bimbingan, panduan dan cadangan yang membina dalarn menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga dikhususkan kepada informan-informan yang terlibat dalam kajian ini, terutarna kepada Pejabat Daerah Sempoma selaku penganjur dan Syarikat F&R Exhibition and Conference selaku pengurus acara. Tanpa mereka kajian ini mungkin tidak dapat disiapkan. Pengkaji juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada bonda luwoh binti Patipai serta adinda Noor Izrinda binti Harnzar yang telah memberi dorongan dan semangat tidak terhingga. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan atas sokongan dan galakkan yang diberikan bagi menyiapkan kajian ini. Terima Kasih Noor Fazrina Binti Harnzar v

ABSTRAK Acara Pesta Regatta Lepa Sempoma, Sabah, dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sempoma dengan kerjasama daripada Syarikat F&R Exhibition And Conference. Acara ini berkonsepkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Bajau. Me1alui usaha ini, Pejabat Daerah Sempoma telah berj aya mengangkat acara ini sebagai "Pesta Air Malaysia." Pelaksanaan acara tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta di sekitar Negeri Sabah. Pesta Regatta Lepa yang didominasikan oleh masyarakat Bajau telah dikekalkan sebagai sebuah pesta warisan yang unggul di Malaysia dan berpotensi ke peringkat Pengajian Tinggi Antarabangsa. Hal demikian kerana pesta ini merupakan lambang kepada identiti budaya masyarakat Bajau. Melalui pesta tersebut, masyarakat Bajau dapat memartabatkan kesenian dan kebudayan kaum yang menj adi kebanggaan mereka. Kajian ini ingin menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan acara Pesta Regatta Lepa oleh pihak Pejabat Daerah Semporna dan kerjasama daripada Syarikat F&R Exhibitions And Conference dari sudut pandang ilmu pengurusan acara kesenian. Kata kunci: Acara Pesta Regatta Lepa di Daerah Sempoma Sabah dan Pengurusan Acara Kesenian. vi

lsi Kandungan Perkara MIS Tajuk Borang Pengesahan Status Tesis Pengesahan Perakuan Penghargaan Abstrak lsi kandungan II III IV V VI Vll BABSATV:PENGENALAN l.l Latar Belakang 1.2 Objektif Kajian 1.3 Hipotesis 1.4 Skop Kajian 1.5 Perrnasalahan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 17 18 19 20 21 BAB DVA: SOROTAN KESVSASTERAAN 2.1 Pengenalan 22 2.2 Bacaan Berkaitan Objek Penyelidikan 2.2.1 Regatta Lepa Pelihara Budaya Baj au 2.2.2 Martabat Warisan Pembuatan Lepa 2.2.3 Pekan Sempoma Kena Serang 23 24 25 vii

2.2.4 Pusat Seni dan Budaya Bakal dibina di Sempoma 2.2.5 Regatta Lepa-Pesta Air Tahunan, Sempoma Sabah 2.2.6 Pejabat F&R Exhibition and Conference 2.2.7 Regatta Lepa Sempoma 2.2.8 Sempoma di Kaki Langit 26 26 28 29 30 2.3 Bacaan Berkaitan Pembangunan Kerangka Teori 2.3.1 Special Events Best Practices in Modem Event Management 2.3.2 Pengurusan 31 33 2.3.3 Event Management For Tourism, Cultural, Business And Sporting Events, Second Edition 2.3.4 Pengurusan Organisasi Perspektif Pemikiran 36 38 BAB TIGA: METODOLOGI KAJlAN 3.l Pengenalan 3.2 Lokasi Kajian 3.3 Data 3.3.2 Data Primer 3.3.1 Data Sekunder 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Rumusan 40 41 41 43 46 48 49 BAB EMPAT: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.l Pengenalan 4.2 Analisis SWOT 50 50 viii

4.3 FungsiPengurusan 4.3.1 Masa 4.3.1.1 Perancangan 4.3.2 Kewangan 4.3.3 Tekno1ogi 4.3.4 Sumber Tenaga (Pengorganisasian) 4.3.4.1 Kepimpinan 4.3.4.2 Pengawa1an 56 57 57 65 71 73 110 112 BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan 5.2 Cadangan kepada Pejabat Daerah Sempoma 5.3 Cadangan Kajian akan Datang 5.4 Kesimpu1an 114 115 116 117 RUJUKAN 118 LAMPIRAN Lampiran A LA. 1 : Takwim Mesyuarat lawatankuasa Regatta Lepa Sempoma Ka1i Ke-20/2013 121 LA.2: Aturcara Penuh Pe1aksanaan Acara-Acara Dan Persembahan Pesta Air Regatta Lepa Ke-20 Sempoma 2013 LA.3: Zon Gerak KeIja Pesta Regatta Lepa 2013 121 126 ix

Lampiran B LB. 1: Rekabentuk (Design) Mempromosikan Acara Pesta Regatta Lepa Risalah Pelancongan Tahun 2012 132 LB. 2: Risalah Pelancongan Tahun 2013 Mengandungi Pelbagai lenis Bahasa 134 Lampiran C Le. I: Senarai Informan 145 SENARAI GAMBAR Gambar I: Pakaian Tradisional Masyarakat Bajau 8 Gambar 2: Masyarakat Bajau Memperagakan Pakaian Tradisional ketika Menari Tarian Igal di atas Perahu Lepa 9 Gambar 3: Sambulayang dan Tipas 16 Gambar 4: Lepa, Sambulayang Dan Panji-Panji Pesta Regatta Lepa 16 Gambar 5: Malam Kemuncak Pesta Regatta Lepa 55 Gambar 6: Pengenalan Lepa 61 Gambar 7: Bunting Acara 66 Gambar 8: Baju Acara Ahli lawatankuasa dan Peserta 67 Gambar 9: Pelan Kedudukan Acara 2012 76 Gambar 10: Kawalan Pihak Polis Menggunakan Anjing Pengesan Sebelum Acara 95 Gambar II : Kawalan Pihak Polis Semasa Acara 95 Gambar 12: Penyampaian Arahan daripada Pengerusi kepada Pasukan Rela 96 Gambar 13: Kawalan Pihak Bomba 96 Gambar 14: Latihan Persembahan daripada PETRAS di Pentas Budaya 98 Gambar 15: Mesyuarat Diketuai oleh Tn. A.M Ibnu Hj. A.K Baba Selaku x

Pengerusi lawatankuasa Pelaksana Regatta Lepa III Gambar 16: Kolokium Budaya Regatta Lepa Sempoma 2012 142 Gambar 17: Backdrop Size 16x8 Tahun 2012 143 Gambar 18: Banner Size 14x3 Tahun 2012 143 Gambar 19: Sijil Penghargaan Tahun 2012 144 SENARAIPETA Peta I: Negeri Sabah Peta 2: Daerah Sempoma 2 Peta 3: Bandar Sempoma 52 SENARAI RAJAH Rajah 1: Logo Regatta Lepa 11 Rajah 2: Tapak Pameran 2012 77 Rajah 3: Carta Organisasi 79 xi

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Negeri Sabah terkenal dengan gelaran 'negeri di bawah bayu'. Selain itu, Negeri Sabah pemah dikenali dengan nama"api-api." Pada asalnya nama Negeri Sabah diambil daripada sejenis pisang yang dipanggil pisang saba'. Panggilan itu menjadi selari dengan ramainya masyarakat pantai Barat Sabah menanam pisang saba' untuk bahan makanan penduduk setempat. 1 Kebanyakkan masyarakat di negeri Sabah bidup berkelompok mengikut suku kaum. Antaranya ialah Kaum Bajau yang merupakan etnik kedua terbesar di Negeri Sabah selepas Kaum Kadazan. _ c-.... '.... DI-ri Cl _... he...i8...1 Peta 1 Negeri Sabah 2 International. 1 Zakiah Hanum. 1989. Asal- usul negeri-negeri di Malaysia. Kuala Lumpur: Times Book 2 https://www.google.com/search?q=peta+negeri+sabah&client=fi refox 1

Pcta Oaerah Scmporna, Sabah P.... I ~PwaIrIII,...,-",-",-",_,,0_. _0"- Peta 2 Daerah Sernporna 3 Merujuk penulisan rnelalui larnan web yang berkaitan dengan rnasyarakat Bajau. United Sabah Bajau Organization (USBO) rnencatatkan bahawa rumpun Bajau Sabah terdiri daripada 12 sub-etnik di Malaysia. Antaranya ialah Irranun, Sarna, S uluk, Binadan (Bannaran), Ubian, Sarna Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Sarnal, Yakan dan lama Masyarakat Bajau Sarna terbahagi kepada beberapa kurnpulan yang tertumpu di sekitar Pantai Barat Sabah dan Pantai Tirnur Sabah. Kumpulan rnasyarakat di Pantai Barat 3 http://www.google.com.my/search?q=peta+daerah+semporn&hi=en&client=firefox 4 Sarinah Abdul Ghani (USM). Isnin 15 November 2010, Bajau Sabah Vs Bajau Filipina, http://penpasksgb.blogspot,com/2010/11/bajau-sabah-vs-bajau-filipina, ht m I 2

Sabah lebih tertumpu kepada suku kaum Bajau Sarna. Masyarakat Bajau Sarna ini terkenal mem1liki kegiatan harian seperti menunggang kuda, petani dan nelayan di Persisiran Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar. Manakala kumpulan masyarakat di Pantai Timur Sabah pula terlibat dengan pekerjaan seperti nelayan dan penyelam mahir yang tertumpu kepada aktiviti laut. Masyarakat Bajau yang berasal dari Daerah Sempoma terkenal dengan gelaran seperti Sea Gypiest, Pang lima Dilaut, Pelaut Dan Pelayar Terunggul. Gelaran tersebut diperolehi kerana kemahiran mereka ketika berada di laut. Pantai Timur yang menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Sempoma dan Tawau. Masyarakat Bajau Pantai Barat dan Pantai Timur memiliki perbezaan dari segi pertuturan, pakaian, pemakanan, adat resam dan budaya hidup seperti mana dapat dilihat di dalam Wikipedia Bahasa Melayu.5 Suku kaum Bajau di Daerah Sempoma merupakan kumpulan Bajau Pala'u (Pel aut) yang terkenal dalam menggunakan perahu lepa. Pada masa dahulu, lepa dijadikan sebagai tempat tinggal masyarakat Bajau. Hal ini bermakna bahawa masyarakat Bajau hidup diatas air menggunakan perahu. Ketika mereka turun ke daratan untuk mendapatkan makanan dan air atau mengebumikan kaum keluarga yang meninggal dunia, maka mereka menggunakan perahu lepa. Kini, cara hidup sebegini tidak lagi diamalkan kerana rarnai masyarakat Bajau telah bermastautin di daratan dan usaha menangkap ikan telah diubah secara perlahan-iahan dengan melakukan aktiviti pertanian. Namun sebahagiannya masih menjalankan aktiviti menangkap ikan. Perubahan masa dan teknologi telah menyebabkan penggunaan lepa semakin berkurang. Keadaan ini telah berganti dengan perahu yang menggunakan enjin bot sehingga tidak lagi bergantung kepada keadaan angin dan layar. Sebelum lebih jauh 5 Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2013)."Bajau". 3

mengkaji kebudayaan tentang kaum Bajau, terlebih dahulu perlu dikenali persekitaran Daerah Semporna sebagai daerah temp at bermukim Kaum Bajau. Daerah Sempoma umumnya dihuni oleh Kaum Bajau. Daerah ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Sempoma dan kawasan pulau-pulau di sekitamya yang dikenali sebagai Pulau Bum-bum, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan lain-lain pulau. Daerah ini terletak berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Indonesia dan Filipina. Kawasan ini mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412 hektar (282 880 ekar). Memandangkan Daerah Sempoma terletak pada lokasi yang strategi di pinggiran laut, maka daerah ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang dikelilingi dengan terumbu karang. Keindahan alam terse but menjadikan daerah Sempoma sebagai daerah yang menarik perhatian pelancong untuk berkunjung di Negeri Sabah. Seperti sedia maklum, daerah Semporna sentiasa merupakan zon industri pelancongan. Terdapat lima buah pulau peranginan yang sentiasa mendapat tarikan pelancong, antaranya ialah Pulau Sipadan, Mataking, Pulau Mabul, Kapalai dan Sibuan. Hal ini merupakan aset terpenting dimana pesta Regatta Lepa dilakukan di kawasan pelancongan. Nama asal Daerah Sempoma ialah "Tong Talun" yang bermaksud "Hujung hutan." Nama tersebut diilhamkan daripada istilah masyarakat Bajau iaitu Panglima Sakti daripada keturunan Bajau Kubang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menamakan Tong Talun. Nama Tong Talun dipilih kerana daerah Sempoma diliputi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Seterusnya, nama Tong Talun ditukar kepada nama Semporna yang membawa pengertian tempat yang aman atau damai sehingga dikekalkan sampai hari ini. 4

Menurut bancian penduduk dan perumahan Malaysia tahun 2000, daerah Sempoma mempunyai bilangan penduduk seramai 114,989 orang. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum terbesar iaitu 63,008 diikuti oleh Suku Kaum Melayu 3 562, eina 1049, Kadazan 604, Murut 43, Bumiputera lain 7237, bukan Bumiputera 2 725 dan lain-lain 35761. Ekonomi daerah Sempoma bergantung kepada tiga sumber utama iaitu pertanian 65%, nelayan 30% dan pemiagaan 5%. Perusahaan pertanian melalui tanaman kelapa sawit merupakan sumber pendapatan yang utama bagi penduduk daerah Sempoma dan sebahagian dari ladang-iadang yang diusahakan dimiliki oleh orang-orang perseorangan dan syarikat-syarikat tertentu. Nelayan dan perniagaan merupakan sumber kedua pendapatan masyarakat Daerah Sempoma di samping pelancongan. Daerah Sempoma mempunyai 11 kawasan mukim dan 117 buah kampung, 115 Badan lawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Dalam Bandar (JKDB). 6 Penyelidikan hanya dilakukan di Daerah Sempoma sesuai dengan tajuk kajian iaitu memfokuskan kepada Acara Pesta Regatta Lepa. Dengan adanya penganjuran Pesta Regatta Lepa di Sempoma maka telah membuka peluang kepada pengkaji untuk membuat kajian akademik terutamanya dari aspek pengurusan. Pengkaji memilih Acara Pesta Regatta Lepa kerana acara ini merupakan salah satu acara terbesar di Negeri Sabah. Selain daripada itu, acara ini hanya disambut oleh masyarakat Bajau di Daerah Sempoma sahaja. Kajian ini dilakukan untuk memartabatkan identiti kaum Bajau melalui penganjuran dan pelaksanaan acara yang dilaksanakan. Pesta Regatta Lepa merupakan perayaan rasmi bagi masyarakat Bajau di daerah Sempoma Sabah. Setiap tahun perayaan ini disambut bagi merealisasikan kebudayaan tanah air hasil daripada budaya turun-temurun agar tidak pupus 6 Temubual dengan Pn. Samsiah Sabdan berusia 41 tahun. Urusetia dalam Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Daerah Semporna, pada 12 April 2013. 5

ditelan zaman. Pendapatan yang lumayan mampu dijana oleh usahawan di daerah ini dengan menyambut kehadiran pengunjung. Selain daripada itu, lokasi ini dipilih kerana pengkaji berminat dengan kebudayaan suku kawn Bajau dan tertarik dengan pengurusan acara yang melibatkan bilangan yang besar serta mampu dikawal dengan baik. Pengurusan acara yang dikaji bermula dari aspek perancangan, pelaksanaan dan cara menyelesaikan acara tersebut. Sebenarnya sehingga kini terdapat pelbagai konsep pengurusan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pengurusan yang saling melengkapkan dan memperkayakan maklwnat mengenai konsep pengurusan. Pengkaji melihat konsep pengurusan seperti yang dijelaskan oleh Saskin dan Morris (1987) lebih tertwnpu kepada pencapaian yang dilakukan terutamnya para pen gurus kerana bertanggungjawab memastikan semua keija dilaksanakan dengan berkesan tanpa melakukan sendiri. Pihak pengurus perlu mengawasi dan menyelaras aktiviti-aktiviti pihak lain. Seterusnya pengurus mencapai hasil kerja melalui orang lain dengan membuat perancangan, pengelolaan, pengarahan, penstafan, penyelarasan, pelaporan dan bajet (PODSCROB).7 Daerah Semporna sememangnya terkenal dengan identiti kawn Bajau. Melalui Acara Pesta Regatta Lepa, identiti kawn Bajau dapat disebarkan kepada masyarakat umwn. Nam1.U1 penyebaran identiti kawn Bajau masih tidak berkesan. Keadaan ini dapat dilihat apabila masih ramai penduduk Malaysia tidak mengetahui akan tradisi kawn Bajau dengan lebih lanjut. Oleh itu, pengkaji mencuba mengambil topik kajian berkait acara Regatta Lepa 1.U1tuk mempromosikan acara ini di Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 7 Md Zuki Bin Hashim, 2008, Mengurus Acara Rasmi Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Halaman 1. 6

Sambutan Acara Pesta Regatta Lepa diraikan oleh beberapa buah kampung di sekitar Daerah Semporna. Penglibatan beberapa buah kampung tersebut mampu memeriahkan acara yang dianjurkan. Pada tahun 1951, Pesta Regatta Lepa dikenal mesra Tamu Besar menjadi Daerah Semporna. Pada masa itu, Y.A.B Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai menjadi peneraju kepada acara ini. Acara Regatta Lepa diadakan untuk menghidupkan warisan dan budaya masyarakat Bajau. Seterusnya pada tahun 1994, nama Tamu Besar ditukarkan kepada Regatta Lepa. S Penggunaan nama Regatta Lepa dikekalkan sehingga kini. Perayaan ini telah menjadi naungan kepada Pejabat Daerah Semporna sejak tahun 1995 dan menjadi acara tahunan. Perayaan ini diadakan semasa cuti umum selama tiga hari berturut-turut pada bulan April dalam takwim kalender Negeri Sabah. Pada asalnya, perayaan ini tidak disambut secara rasmi sebelum campur tangan pihak kerajaan. Pada tahun 2003, perayaan ini hanya direkodkan sebagai 'Pesta Air Malaysia' sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya ialah Acara Laut, Acara Darat dan Pentas Budaya. Acara Laut hanya memfokuskan kepada aktiviti laut yang diadakan di tepi pantai dan persembahan kebudayaan hanya melibatkan pentas budaya. Acara darat yang mendapat sambutan ialah pertunjukan tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik Lepa, promosi makanan tradisional kaum Bajau, pameran barangan kraf tangan dan pelbagai aktiviti tradisional yang dianjurkan bagi mengenali budaya masyarakat Bajau. Semasa acara tersebut, masyarakat Bajau turut menonjolkan pakaian tradisional mereka. (Lihat Gambar 1 dan 2). B Temubual dengan En. Norsih bin Nusuri. Timbalan Pengerusi II dalam Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Oaerah Semporna, pada 12 April 2013. 7

Gambar 1 Pakaian Tradisional Masyarakat 8ajau (Foto Dokumentasi: Noor Fazrina binti Harnzar. 2013) 8

Gambar2 Masyarakat Bajau Memperagakan Pakaian Tradisional ketika Menari Tarian Igal di atas Perahu Lepa (Foto Dokumentasi: Noor Fazrina binti Hamzar. 2013) Pada umumnya, masyarakat Bajau selalu mengayakan pakaian tradisional mereka semasa menyambut majlis keramaian seperti perayaan Regatta Lepa. Pakaian lelaki diperbuat daripada kain satin yang dihias dengan kain renda. Seterusnya pakaian perempuan pula turut diperbuat daripada kain satin yang dilengkapi dengan mandapan, tali pinggang dan perhiasan kuku. Pembuatan perhiasan kuku tersebut adalah diperbuat daripada bahan logam. Pada asalnya, pemilihan warna pakaian tradisional masyarakat Bajau adalah berwarna gelap. Kini, pakaian tradisional ini tidak lagi terikat dengan pemilihan warna. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat penggunaan warna cerah pada kain satin. 9

Logo, lagu dan tema acara Regatta Lepa dicipta bagi memberi imej yang tersendiri terhadap Pesta Regatta Lepa. Penggunaan simbol dan wama pada logo melambangkan maksud tertentu. Wama kuning di belakang logo melambangkan negeri pertama menerima pancaran matahari jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, kuning juga melambangkan kedaulatan negara. Wama biru melambangkan perpaduan kaum Bajau. Seterusnya simbol kocakan air laut merupakan kepayahan yang dilalui oleh kaum Bajau dalam mengharungi laut sebagai sumber pencarian rezeki mereka. Sambulayang merah pada logo pula melambangkan keberanian kaum dalam menempuhi cabaran masa akan datang. Semibulatan berwama kelabu pula bermaksud global iaitu budaya Bajau masih dikekalkan walaupun terdapat pelbagai pengaruh yang mampu menghakis budaya ini. Manakala Lagu 'Lepa Sampulna' diputarkan semasa acara ini berlangsung. Lirik pada lagu perayaan ini dicipta berdasarkan bahasa Bajau yang sememangnya menjadikan Pesta Regatta Lepa sebagai perayaan hari besar etnik ini. (Lihat Rajah 1). 10

Rajah 1 Logo Regatta Lepa 9 9 http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/regatta.html 11

"Lagu Lepa Sampulna" Alami isab REGATIA LEPA Malahat ta malahat Sampulna Hinang tahunan ba aheya Panimpunan banan lepa Aheka rusab ginisan lepa Bulih pinasil maka biasa Sappit itu sab ba aheya Aheka va tarua'na C/O: TIP AS-TIP AS panon panji aheya SAMBULA YANG maka SALINGGURUH Saluvang sangkil ninna' mapangah I yana pakakas lepa Suli ta sab ba nionan lepa Iti bayanan saga manoa Suvaiva ni kallogan heh ta MANJARI PUSAKA BANGSA Lirik: Abd. Garang A wang Lagu: PETRAS/ Jasni Yakub'o Terjemahan Lagu Bahasa Melayu Meriah REGATA LEPA Tempat kita di Sempoma KeIja tahunan besar-besaran Perhimpunan semua perahu Banyak juga jenis perahu Hiasannya cantik menarik Banyak bah saingan Banyak taruhannya atau saingannya Bendera-bendera kecil diikuti bendera besar Bendera hiasan SALINGGURUH Bujak @ tombak, kain disimpan di dalamnya ltulah alatan perahu 10 http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/regatta.html 12