Sorotan Literatur PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Similar documents
RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak


Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Sistem Bakeri Interaktif

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

MSG Quality Control [Kawalan Mutu]

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

EAG 345/3 Analisis Geoteknik

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Modelling Clay dalam Penghasilan Model 3D bagi Pelajar. di Universiti Pendidikan Sultan Idris

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PENGHARGAAN. dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kalungan doa buat para

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KBSM BAGI TOPIK OPTIK ABDUL HADI BIN SHAPIAI

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

Transcription:

Topik 3 Sorotan Literatur HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memberi definisi sorotan literatur; 2. Menjelaskan kepentingan sorotan literatur; 3. Menyenaraikan prosedur yang ideal bagi sorotan literatur; 4. Menerangkan kesilapan yang sering berlaku dalam sorotan literatur; dan 5. Membincangkan penilaian artikel jurnal. PENGENALAN Sorotan literatur tidak begitu difahami oleh ramai pelajar. Pelajar berpendapat bahawa sorotan literatur hanya melibatkan pengumpulan dan kompilasi faktafakta bagi penyelidikan yang dijalankan. Hakikatnya, sorotan literatur memerlukan pemikiran analitis, kebolehan mengkritik dan pendekatan empirikal. Apabila anda memulakan proses penyelidikan, sorotan literatur dapat membantu mewujudkan asas teori dalam bidang yang menarik minat, menjelaskan idea dan membangunkan metodologi. Sorotan literatur juga membantu mengintegrasikan dapatan kajian dengan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kita mesti sedar bahawa salah satu tanggungjawab penting dalam penyelidikan, seperti membandingkan dapatan kajian dengan kajian-kajian yang lain. Oleh yang demikian, sorotan literatur memainkan peranan yang penting dalam proses penyelidikan.

TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR 29 3.1 APA ITU SOROTAN LITERATUR? Tujuan sorotan literatur adalah untuk mengetengahkan apa yang telah dilakukan dalam bidang yang menarik minat, dan bagaimana dapatan kajian anda berkait dengan kajian-kajian terdahulu. Sorotan literatur juga menunjukkan perkara berikut: (a) (b) (c) (d) Pendekatan; Kaedah; Pemboleh ubah yang digunakan; dan Prosedur statistik. Bahagian paling penting dalam sorotan literatur ialah dapatan kajian. Sorotan literatur akan memberi gambaran tentang dapatan kajian-kajian terdahulu. Ia juga mengesan corak umum dapatan dan rumusan yang dibuat. Umumnya, sorotan literatur memberi pemahaman yang terperinci dan penerangan sama ada dapatan kajian anda sama atau berbeza daripada kajian terdahulu. Sebagai contoh, sorotan literatur boleh memberi justifikasi sama ada kajian yang anda lakukan merupakan lanjutan daripada kajian lepas. Ia juga boleh menunjukkan sama ada anda cuba mengulang kajian terdahulu dalam konteks yang berbeza. Sorotan literatur juga mendedahkan teknik dan prosedur statistik yang belum pernah digunakan. Untuk membuat sorotan literatur, anda perlu mencari, membaca dan menilai dokumen kajian, laporan, tesis dan lain-lain bahan akademik. Sorotan literatur yang dilakukan dalam proses penyelidikan mestilah meluas dan terperinci kerana tujuan utamanya adalah untuk menghuraikan topik yang ingin dikaji.

30 TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR AKTIVITI 3.1 Senaraikan halangan-halangan yang mungkin dihadapi oleh pelajar semasa membuat sorotan literatur bagi tesis atau laporan penyelidikan. Bincangkan jawapan anda semasa sesi tutorial. 3.2 KEPENTINGAN SOROTAN LITERATUR Sorotan literatur memakan masa yang lama dan tidak mudah dilakukan. Bagaimanapun, ia sentiasa memberi ganjaran. Sorotan literatur mempunyai beberapa fungsi dalam kaedah penyelidikan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Rajah 3.1: Fungsi-fungsi sorotan literatur

TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR 31 Rajah 3.2 menyenaraikan kepentingan utama sorotan literatur. Rajah 3.2: Kepentingan-kepentingan utama sorotan literatur Berikut ialah penerangan bagi Rajah 3.2. (a) (b) Memurnikan Kaedah Penyelidikan Sorotan literatur membantu anda mengetahui kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji lain, bagi menyelesaikan persoalan kajian yang sama dengan anda. Ia juga akan menerangkan prosedur yang digunakan oleh pengkaji lain, dan kaedah yang sama seperti yang anda cadangkan. Ini akan memberi anda idea sama ada kaedah yang digunakan oleh pengkaji lain berkesan terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Apabila membuat sorotan literatur, anda menjadi lebih peka dengan perangkap, dan masalah yang akan dihadapi. Ini membantu anda merangka strategi bagi memilih kaedah yang paling sesuai dengan kajian anda. Memfokuskan kepada Permasalahan Kajian Sorotan literatur membantu pembentukan permasalahan kajian. Proses sorotan literatur membantu meningkatkan kefahaman tentang bidang kajian. Oleh itu, persoalan kajian dapat dikonseptualisasikan lebih jelas dan tepat. Tambahan pula, ia membantu memahami hubungan antara persoalan kajian dan kerangka ilmu dalam bidang kajian.

32 TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR (c) (d) (e) Memenuhi Asas Pengetahuan dalam Bidang Penyelidikan Salah satu objektif yang utama sorotan literatur adalah untuk memastikan pembacaan meluas bidang subjek yang ingin dikaji. Adalah penting untuk anda mengetahui apa yang dilakukan oleh pengkaji lain dalam bidang yang menarik minat atau topik yang sama dengan anda termasuk teori yang diketengahkan dan jurang yang wujud dalam bidang tersebut. Memberi Konteks kepada Dapatan Kajian Mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian adalah mudah. Kesukaran berlaku apabila anda ingin meneliti dapatan kajian dalam kerangka ilmu yang sedia ada. Bagaimanakah anda menjawab persoalan kajian berbanding dengan rumusan pengkaji lain? Apakah sumbangan ilmu baru daripada penyelidikan anda? Bagaimanakah dapatan kajian anda berbeza dengan pengkaji yang lain? Untuk menjawab soalan-soalan ini, anda perlu kembali kepada sorotan literatur. Adalah penting untuk meletakkan dapatan kajian dalam konteks yang telah diketahui dan difahami dalam bidang kajian anda. Memastikan Keaslian dalam Kajian Apabila anda membuat sorotan literatur, anda tidak menghadapi risiko pembaziran masa untuk mencari semula sesuatu yang telah diketahui dan diterbitkan dalam bidang kajian. Sorotan literatur boleh memastikan keaslian dan sumbangan baru daripada kajian yang dibuat. SEMAK KENDIRI 3.1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan sorotan literatur? 2. Senaraikan tiga sebab mengapa sorotan literatur penting. 3.3 PROSEDUR SOROTAN LITERATUR Mempunyai idea yang spesifik tentang apa yang ingin dikaji sebelum memulakan sorotan literatur adalah penting. Melakukan sorotan literatur tanpa mempunyai idea yang cukup spesifik tentang apa yang hendak dikaji adalah merbahaya. Ia boleh mempengaruhi pemikiran anda tentang kajian dan metodologi yang anda gemari sehingga menyebabkan pemilihan permasalahan kajian dan metodologi yang kurang inovatif. Oleh itu, merangka idea utama sebelum sorotan literatur perlu dilakukan. Umumnya, terdapat empat langkah dalam sorotan literatur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR 33 Rajah 3.3: Empat langkah utama dalam sorotan literatur Mari kita lihat setiap langkah ini dengan lebih terperinci. (a) Langkah 1: Cari Literatur yang Sedia Ada dalam Bidang yang Menarik Minat Apabila anda memilih topik yang menarik minat anda, pastikan ia adalah bidang yang telah dikaji dengan baik agar terdapat banyak literatur untuk dipilih. Kecilkan topik anda agar huraian dapat dibuat dengan mendalam. Topik mestilah cukup kecil dan komprehensif. Apabila kedua-dua kriteria telah dipenuhi, anda boleh memulakan pencarian literatur. Pencarian literatur yang efektif memerlukan idea kasar tentang bidang kajian dan masalah yang ingin dikaji. Tugas pertama melibatkan aktiviti menyusun bibliografi dalam bidang kajian anda. Buku dan jurnal adalah sumber yang baik untuk literatur dalam bidang tertentu. Sumber-sumber lain termasuklah: Indeks jurnal (contoh: ACM, IEEE Transactions dan Elsevier); Abstrak artikel (contoh:, Dissertation Abstract International, Emerald dan IT Knowledge Base); dan Indeks petikan (contoh: ProQuest dan Scopus).

34 TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR (b) Langkah 2: Melakukan Sorotan Literatur Apabila anda telah mengenal pasti beberapa jurnal dan buku, perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah membacanya secara kritikal. Kumpulkan tema dan isu yang berkait rapat dengan topik kajian anda. Baca dan baca! Ini ialah perkara asas apabila membuat sorotan literatur. Sekiranya anda tidak mempunyai kerangka kerja atau tema untuk memulakan kajian, gunakan kertas yang berasingan untuk mengambil isiisi utama daripada artikel jurnal dan buku. Apabila kerangka kerja kasar telah disediakan, anda boleh memasukkan maklumat yang didapati pada tempat yang sesuai. Apabila anda membaca dengan lebih banyak, ulasan kritikal mestilah dilakukan pada aspek-aspek berikut: (iv) Ambil nota mengenai teori-teori yang diketengahkan, kritikan dan kaedah yang digunakan (saiz sampel, data yang digunakan, prosedur pengukuran); Pastikan pengetahuan yang relevan bagi rangka kerja anda telah dibuktikan tanpa ragu-ragu; Cari perbezaan pendapat di kalangan pengkaji dan mencatatkan pendapat anda tentang kesahihannya; dan Teliti jurang dalam ilmu pengetahuan yang sedia ada. (c) Langkah 3: Membangunkan Kerangka Kerja Teoretikal Sorotan literatur ialah tugas yang tidak mungkin selesai. Menetapkan batas dan parameter bagi literatur yang relevan untuk kajian adalah penting kerana anda mempunyai had masa tertentu untuk menyiapkannya. Maklumat yang didapati dari sumber literatur perlu diasingkan mengikut tema dan isu di dalam kerangka kerja. Anda tidak akan dapat memfokuskan pencarian literatur sekiranya anda tidak membuat sorotan literatur menggunakan rangka kerja yang telah dibangunkan. Ini bermakna, kerangka kerja teoretikal menyediakan asas dan memberi panduan untuk pembacaan seterusnya. Amalan terbaik ialah pembangunan rangka kerja terlebih dahulu dan kemudiannya mencari literatur dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, apabila anda membaca dengan lebih banyak tentang bidang kajian anda, kerangka kerja mungkin perlu ditukar. Ini adalah sebahagian daripada proses penyelidikan dan tidak perlu dirisaukan.

TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR 35 (d) Langkah 4: Menulis Sorotan Literatur Tugasan terakhir melibatkan mengumpul dan menulis semua literatur yang telah dibaca dan diulas. Mulakan ulasan anda dengan tema atau isi ingin ditekankan. Susun dan senaraikan semua tema yang ingin dibincangkan dan dikaitkan. Penyusunan adalah amat penting kerana ia memberi struktur kepada pembaca. Semasa menulis, kenal pasti dan terangkan pelbagai teori yang relevan dalam bidang kajian dan tulis jurang kerangka ilmu dengan terperinci dalam bidang tersebut. Teruskan dengan penjelasan tentang penemuan baru dalam bidang yang dikaji termasuklah trend terkini. Dalam penyelidikan, kita menerangkan, membandingkan dan menilai dapatan berdasarkan: (iv) (v) (vi) Andaian penyelidikan; Teori-teori berkaitan dengan bidang kajian; Hipotesis; Reka bentuk kajian yang digunakan; Pemboleh ubah yang dipilih; dan Kajian akan datang yang dijangka oleh pengkaji. Kita akan membincangkan hipotesis dan reka bentuk kajian dengan lebih lanjut dalam topik seterusnya dalam modul ini. Adalah amat penting untuk mengelakkan plagiat dalam penulisan. Beri pengiktirafan atas kerja-kerja pengkaji lain. Petik kajian mereka bagi memperlihatkan sama ada dapatan kajian anda bertentangan, sama atau lebih baik daripada mereka. Langkah ini dilakukan apabila anda mula menulis dapatan kajian setelah menyiapkan analisa data dalam proses penyelidikan. Pengiktirafan sumber rujukan tidak memerlukan sebarang kos. Ia sebenarnya menunjukkan keluasan dan kedalaman sorotan literatur dan ketepatan kajian anda. 3.4 KESILAPAN BIASA DALAM SOROTAN LITERATUR Pada kebiasaannya, individu yang masih baru dalam penyelidikan melakukan kesilapan sebaik sahaja mereka memulakan penulisan sorotan literatur: (a) Ulasan hanyalah penerangan pelbagai bahan tanpa menunjukkan perkaitan antara kajian dan tujuan utama topik kajian.

36 TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR (b) (c) Pelajar cenderung untuk mengambil isi bulat-bulat dan ini tidak digalakkan. Sumber asal kajian perlu dimasukkan dan dipetik dalam rujukan. Jurnal atau laporan yang dimasukkan tidak dinilai secara kritis. Penilaian kritis perlu dibuat pada persoalan kajian, metodologi yang digunakan serta cadangan yang diberikan oleh pengkaji lain. Kadangkala pelajar tidak membaca kajian asal dan hanya meniru bulat-bulat kajian orang lain serta memetik kajian tersebut seolah-olah sumber asal kajian telah dibaca. Keadaan seumpama ini adalah salah. SEMAK KENDIRI 3.2 1. Apakah prosedur yang terlibat dalam sorotan literatur? 2. Apakah kesilapan yang sering terjadi semasa sorotan literatur? 3.5 MENILAI ARTIKEL JURNAL Menulis sorotan literatur adalah penting kerana ia membolehkan anda mentafsir hasil kerja pengkaji lain. Bagaimanakah anda menilai artikel jurnal atau persidangan? Prosedur untuk menilai jurnal atau artikel kajian ditunjukkan di dalam Rajah 3.4.

TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR 37 Rajah 3.4: Lima langkah prosedur menilai artikel jurnal Sekarang kita akan membincangkan langkah-langkah yang dinyatakan dalam Rajah 3.4 dengan lebih terperinci. (a) Langkah 1: Baca dan Fahami Abstrak Kajian tentang apa? Adakah objektif dan sasaran kajian diterangkan dengan jelas? Adakah reka bentuk kajian yang digunakan diterangkan dengan jelas? Apakah sebab-sebab kajian tersebut perlu difahami? (b) Langkah 2: Baca dan Fahami Pengenalan Anda perlu ingat bahawa penulis menganggap pembaca ialah pakar dalam bidang dan mempunyai latar belakang ilmu tersebut. Rujukan mungkin pendek dan singkat kerana beranggapan anda kenal pakar-pakar dalam bidang.

38 TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR Kritik soalan kajian bagi menentukan sama ada ia sesuai dengan tema kajian. (c) Langkah 3: Baca Bahagian Metodologi (iv) Bahagian ini menjelaskan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dan latar belakang subjek. Anda sepatutnya boleh mengkritik sama ada pemilihan subjek adalah sesuai ataupun tidak. Adakah isu kebolehpercayaan dan kesahan dibincangkan? Sekiranya topik berkenaan reka bentuk dan pembangunan, adakah rangka kerja dibincangkan secara terperinci? Adakah terdapat cara lain untuk melakukannya? (d) Langkah 4: Baca Bahagian Dapatan Kajian (iv) Bahagian ini menjelaskan hubungan antara dapatan kajian dengan persoalan kajian atau hipotesis Ia melaporkan dapatan kajian yang berkaitan dengan persoalan kajian dan keputusan statistik yang signifikan. Adakah dapatan kajian dilaporkan dan ditunjukkan dengan jelas? (contoh, penggunaan jadual dan gambar rajah) Adakah dapatan kajian mengesahkan ramalan yang dibuat pada bahagian Pengenalan? (e) Langkah 5: Baca dan Fahami Bahagian Perbincangan (iv) Bahagian ini menerangkan dapatan utama kajian dan mengaitkannya dengan bahagian Pengenalan. Ia juga membuat andaian punca dapatan kajian. Anda perlu mengenal pasti kelemahan dan kekurangan kajian seperti yang diterangkan oleh penulis. Anda perlu menganalisis sama ada kaedah yang digunakan oleh penulis adalah satu-satunya cara mentafsir jangkaan dapatan kajian (penyelidik yang baik akan melihat pada aspek ini untuk memberi justifikasi yang kuat untuk dapatan kajiannya).

TOPIK 3 SOROTAN LITERATUR 39 AKTIVITI 3.2 Pilih tiga artikel jurnal dalam bidang yang menarik minat anda dan kenal pasti sumbangan utama artikel-artikel tersebut. Sorotan literatur mengemukakan apa yang telah dikaji dalam topik kajian dan bagaimana kajian yang ingin dilakukan berkait dengan kajian lepas. Sorotan literatur mengandungi dapatan kajian dan juga andaian serta pendapat pengkaji-pengkaji dalam bidang kajian. Sorotan literatur membatasi kajian, mengaitkannya dengan kaedah yang telah digunakan serta cadangan yang diberikan oleh pengkaji lain. Kajiankajian lepas menjadi asas kepada kajian yang ingin dilakukan. Semua artikel jurnal dan penyelidikan perlu dinilai secara kritis. Sorotan literatur mendedahkan kaedah yang digunakan oleh pengkaji lain bagi menjawab persoalan kajian yang menghadapi masalah yang sama dengan kajian anda. Sorotan literatur juga dapat meningkatkan keyakinan anda pada topik kajian, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat pengkaji lain yang berminat dan menghabiskan masa, tenaga dan sumber untuk mengkajinya. Abstrak artikel Ilmu pengetahuan Indeks jurnal Jurnal penyelidikan Kerangka teoretikal Sorotan literatur Indeks petikan