LAPORAN TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI BANTUAN BANJIR (4 Januari 2015)

Similar documents
POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Sistem Bakeri Interaktif

Earthwork Activities in Private Housing Industry

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

LATAR BELAKANG BACKGROUND. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

Menteri Mentor YB Datuk Johari bersama pelajarpelajar baharu dan pemimpin Pelajar

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

PERMOHONAN PENGGUNAAN RUANG PASCASISWAZAH POSTGRADUATE WORKSPCE APPLICATION FORM. Gambar Pasport / Passport Picture. 2 pcs. Disokong / Recommended

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Survey on Perak and Selangor 3 messages

Warkah Pengarah... Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

STRATEGI PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN BENCANA BANJIR BESAR DI KELANTAN FARISAH BINTI IBRAHIM

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Faculty of Engineering

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

Institusi Perbidanan di Selangor,

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

irtv HJniormi Jurrial Peradaban Informasi Dan llmu Tema: Sentuhan Intelektual Membaca Karya-karya Besar

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF MANAGEMENT PERSONNEL ON THE INTRODUCTION OF HOME OFFICE SYSTEM IN THEIR ORGANISATIONS GUNA SEELAN RETHINAM

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK) SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) BIL. 2/2016 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

PROFIL SYARIKAT. Profil Syarikat. ILHAM Management Consultants Sdn Bhd ( U) Perkhidmatan:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Transcription:

LAPORAN TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI BANTUAN BANJIR (4 Januari 2015) Seperti yang sedia maklum, bencana banjir sedang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada masa ini. Sebagai Pendaulat Amanah Negara, juga atas tanggungjawab sosial (CSR), UKM sangat prihatin dan mengambilberat dengan segala bencana dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara. Justeru, UKM telah menubuhkan Tabung Bencana Banjir dan dalam masa yang sama menubuhkan Jawatankuasa Induk Penyelarasan Bantuan Banjir UKM yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal dan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah. Semua IPTA juga diselaraskan secara berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan IPTA diagihkan mengikut kawasan yang ditentukan. UKM telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan misi bantuan banjir di kawasan Jeli. Namun demikian, oleh kerana UKM mempunyai nilai sentimental di Kampung Pulau Manis, Pekan, Pahang, yang merupakan kampung angkat UKM. Sek Keb. Tumpat di Kelantan, yang juga berjasa kepada UKM daripada segi nilai sentimentalnya, di mana pada awal dahulu telah memberikan sumbangan untuk penubuhan UKM. Justeru, atas nilai dan rakaman sejarah ini, maka pihak UKM telah memohon kepada KPM agar kedua-dua tempat ini boleh diberikan kepada UKM untuk misi bantuan banjir. 1 / 5

UKM menghantar misi bantuan banjir secara berperingkat-peringkat dengan kekuatan misi yang berbeza mengikut peringkat dan destinasi. Pada Fasa pertama, yang juga merupakan res ponse phase, UKM bertindak pantas dengan menghantar pasukan recce, pasukan perubatan, dan menubuhkan tabung bantuan banjir, serta Jawatankuasa Induk Bantuan Banjir UKM. Daripada segi pasukan perubatan, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dengan kerjasama MERCY Malaysia, telah menghantar dua (2) kumpulan perubatan untuk membantu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dalam memberikan kepakaran perubatan kepada pesakit di HUSM. Kumpulan pertama ini telah bertolak ke HUSM pada 28 Disember 2014 yang terdiri dari pakar perubatan kecemasan, pegawai perubatan dan pembantu perubatan seramai tujuh (7) orang. PPUKM juga menghantar pasukan nephrology dan dua (2) mesin reverse osmosis bagi membantu pasukan perubatan di HUSM dalam merawat pesakit buah pinggang yang memerlukan hemodialisis. Pada fasa pertama ini juga, pasukan sukarelawan UKM, pada 31 Disember 2015 telah turun ke Tumpat dan Laloh, Kuala Krai, Kelantan diketuai oleh Timbalan Pengarah, Pejabat Naib Canselor, Tuan Haji Abd Razak Hussin, bagi menyampaikan bantuan barang-barang makanan dan keperluan asas. Pada tarikh yang sama juga, satu pasukan misi UKM bergerak ke Perak untuk bantuan banjir di beberapa kawasan di Kerian, Parit, Bagan Serai, dan Pasir Salak, Perak. Misi ke Perak ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad bin Hussin, Pengetua Kolej Keris Mas, yang mana Kolej Keris Mas menjadi salah sebuah pusat pengumpulan sumbangan barang-barang di UKM. Fakulti Pengajian Islam juga telah menghantar misi bantuan banjir yang meliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu, Kelantan pada 25 Disember 2014. Misi bantuan oleh Fakulti Pengajian Islam ini telah diteruskan ke Kuala Krai dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi pada 29 Disember 2014 dan ke Jerantut serta Temerloh Pahang dengan kerjasama Perantau Pahang pada 31 Disember 2014. Kolej Ungku Omar dengan diketuai oleh Pengetua Kolej, Encik Nik Hairi bin Omar, dengan kerjasama Komuniti Semenyih telah menghantar bantuan ke beberapa kampung di Kuala Krai dan Tumpat, Kelantan pada 1 Januari 2015. Antara kampung yang diberikan bantuan oleh Kolej Ungku Omar adalah Kampung Baru Sungai Kamal, Kampung Karangan, Kampung Budi, dan Kampung Tok Cheda di kawasan Kuala Krai, dan Wakaf Bharu, Palekbang, dan Kampung Laut di kawasan Tumpat. Bagi relief phase (pasca banjir) fasa kedua, UKM telah mengaturkan perancangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Jeli dan Gua Musang. Misi pasca banjir ini akan memberikan fokus kepada kerja-kerja pembersihan dan pemulihan kawasan, terutamanya sekolah-sekolah, bantuan khidmat perubatan dengan mobile clinic dan pendidikan kesihatan, dan khidmat kaunseling serta sokongan moral kepada mangsa banjir. 2 / 5

Bagi fasa ini, UKM akan menggerakkan khidmat sukarelawan warga UKM dari pelbagai peringkat melibatkan pegawai perubatan, kakitangan dan pelajar-pelajar. UKM turut bekerjasama dengan Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) untuk melancarkan perkhidmatan komunikasi Misi Bencana Banjir UKM. Dalam relief phase ini juga, UKM telah menggerakkan misi pada 3 Januari 2015, ke Pulau Manis, Pekan, Pahang dengan kekuatan sukarelawan hampir 36 orang, terdiri daripada pelajar-pelajar UKM yang menganggotai PALAPES, diketuai oleh Lt Kolonel Mohd Sahar Haji Said, Ketua Jurulatih PALAPES UKM. Pasukan berikutnya digerakkan pada 4 Januari 2015 menuju ke Gua Musang dengan kekuatan sukarelawan hampir 120 orang, terdiri daripada pasukan perubatan daripada PPUKM, pasukan Psikologi daripada FSSK, kakitangan dan para pelajar, yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (HEJIM), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah. Di peringkat relief phase ini tiga komponen utama yang perlu diberikan perhatian iaitu, memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih, perlindungan dan keselamatan, dan perlindungan daripada penyakit berjangkit. Bekalan air bersih sangat penting kerana sumber penggunaan air bersih akan dapat mengelakkan penularan penyakit bawaan air seperti typhoid, cholera, leptospirosis dan cirit-birit, dan air yang kotor juga akan mengakibatkan penyakit kulit. Justeru, mangsa banjir perlu diberikan pendidikan tentang penggunaan air bersih, di mana air perlu dimasak, perlu ditapis dan melalui proses sulingan. UKM mempunyai pakar-pakar hidrologi dalam perkara ini yang dapat membantu. Teknologi penurasan nano ( nanofiltration ) yang dibuat oleh pakar UKM akan dapat digunakan untuk merawat air sungai supaya boleh menghasilkan air bersih yang boleh diminum segera. Teknologi ini menggunakan lapisan filem nipis yang dapat mengasingkan bahan-bahan pencemar dari air. Setiap prototaip yang ada boleh digunakan untuk menghasilkan 5000 liter sehari cukup untuk menampung kegunaan air minum bagi satu kampung kecil. Dengan bantuan dana yang diperoleh, UKM merancang untuk mendirikan lima (5) prototaip sistem tapisan secara mobile. Komponen kedua pula adalah Perlindungan dan keselamatan. Komponen ini sangat penting untuk mangsa banjir/komuniti membangunkan semula kehidupan dengan kadar segera selepas melalui keadaan trauma. Hasil daripada laporan pasukan recce, UKM mendapati bahawa kemusnahan tempat tinggal, hilang harta benda dan penderitaaan 3 / 5

yang dilalui memberikan kesan trauma kepada mangsa banjir. Justeru, mereka perlu diberikan bantuan dan sokongan moral secara komprehensif untuk memulakan semula kehidupan. Misi bantuan UKM akan menyediakan khemah-khemah untuk menempatkan mereka sebagai tempat berteduh buat sementara waktu, dengan bekalan keperluan seperti dapur gas, cerek, periuk, dan peralatan asas memasak untuk mereka. Bagi komponen ketiga, iaitu Penjagaan dan perlindungan daripada penyakit berjangkit, UKM akan mengambil langkah dengan, membuka static clinic di kawasan yang dimasuki dengan menyediakan rawatan dan intervensi penyakit di kawasan terlibat, mengadakan kempen bersama komuniti dalam kempen pencegahan penularan penyakit; membasuh tangan, penyediaan makanan secara selamat, mengenalpasti tanda penyakit, dan kebersihan diri. Kumpulan berisiko adalah kanak-kanak dan orang-orang tua, serta orang-orang yang telah mempunyai penyakit dari awal lagi. Dalam melaksanakan hasrat ini, UKM akan berkolaborasi dengan agensi pemberi dana untuk kempen vaksinasi untuk penyakit cholera dan typhoid bagi pengendali makanan termasuk mereka yang menyediakan makanan di khemah dan pusat pemindahan; Prophylaxis untuk penyakit leptospirosis untuk 5000 orang, risalah dan bahan bacaan kesihatan. Di peringkat dalaman UKM, UKM juga telah membuka Bilik Gerakan Banjir dan mengaktifkan inisiatif untuk mengumpulkan semua bentuk sumbangan dari seluruh warga UKM bagi membantu mangsa banjir. Sekretariat pengurusan bantuan Misi Bantuan Banjir UKM adalah di Pejabat UCTC UKM di talian 03-89214274/4655. Terima kasih. Pusat Komunikasi Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia 4 Januari 2015 4 / 5

5 / 5