PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Faculty of Engineering


THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

SMART INCUBATOR AZLINA BINTI BASHARUDIN. Faculty of Electronic and Computer Engineering. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PATIENT SMART SYSTEM (PatiSys) HARYATI BINTI MAT YASIM

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PERISYTIHARAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2011 DECLARATION OF NON-SMOKING AREA 2011

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI. NAFISA BINTI HOSNI

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

ASPEK PERANCANGAN BANDAR YANG MEMPENGARUHI REBRANDING BANDARAYA ALOR SETAR DALAM KONTEKS PELANCONGAN

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

LATAR BELAKANG BACKGROUND. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

KAJIAN REPRESENTASI IMEJ PELANCONGAN DIRAJA DI KUALA KANGSAR, PERAK

Sistem Bakeri Interaktif

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (Lifelong Learning Scheme)

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

APLIKASI SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN DALAM MENENTUKAN KESESUAIAN PERLETAKAN GUNA TANAH INDUSTRI KAMARUDDIN BIN SHAMSUDDIN

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Transcription:

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK Ahmad Hafis Bin Kamis Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012

Nusat Kriülwat Maktosai i-l. adeluiý UNlVEItiTi1 MALAYSIA aarawak PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK AHMAD HAFIS BIN KAMIS (20609) Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk ljazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2012

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TES[S JUDUL : PgMELºr, -^9"P4 g, ýrnaa TA-IPJNe. ýfde4y#, -/ AA-4 A^R wgdnrtftn P^Ar PýtýN4cKýN In NE4-&MI PdýR'ºk. SESI PENGAJIAN : '141 I2 Saya, ýº l+ "1A-A HAP-(, r b r N K^'L' t. n (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ( q ) SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) Iý TERHAD (Mengandungi makiumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan rz" TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TAN TANGAN ANCAr PENULTS) Alamat Tetap: N o /3ý KG 4E4ýNS iiyq. sp4 3YýoP lemarý-oý ýýýý Tarikh Tarikh: _'ý Catatan: " Tesis dimaksudkan sehagai tesis hagi Ijar. ah Doktor I'alsafah. Sarjana dan Sarjana Muda ""Jika lcsis ini SULI I' auni TI: ItI IAI). sila lampirkan surat daripada pihak hcrkuasa/urganisasi herkcnavn dcngan nxmatakan sckali schah dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan schagai SULIT atau TERHAD

Projek bertajuk `Pemeliharaan bandar Taiping sebagai bandar warisan dan pelancongan di negeri Perak' telah disediakan oleh Ahmad Hafis Bin Kamis dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima untuk diperiksa oleh : Dr. Noria Ak Tugang Penyelia Program Pengurusan Seni Tarikh... 2. ý. ý. f ýp. ( `ý..... i

PENGAKUAN Saya mengakui tiada bahagian daripada penyelidikan yang dipamerkan dalam Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sania ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain. Yang Benar, Ahmad Hafis Bin Kamis 20609 Program Pengurusan Seni ii

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-nya Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah dapat disiapkan dengan sepenuhnya. Sejuta penghargaan ikhlas dirakamkan kepada Dr. Noria Ak Tugang selaku penyelia dan Cik Karen Audrey Samy selaku penyelaras Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir. Tidak lupa juga pensyarah-pensyarah program Pengurusan Seni yang telah memberikan komen dan pendapat yang membina dalam proses menyiapkan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Taiping dan Pusat lnformasi Pelancong Taiping atas kerjasama yang telah diberikan dalam mendapatkan maklumat berkaitan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada ibu dan bapa, Kamis bin Abdul Hamid dan Norizan binti Hanafi serta keluarga tercinta yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Juga buat teman istimewa yang selalu membantu, Nor Aine binti Jamil Exman. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini. III

ABSTRAK Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai pemeliharaan bandar Taiping sebagai bandar warisan dan pelancongan di negeri Perak. Pengaruh pembangunan, ekonomi dan teknologi semasa telah memberi cabaran yang hebat terhadap bagaimana bandar Taiping dapat dikekalkan sebagai bandar warisan. Melalui perancangan pembangunan yang menerapkan nilai-nilai pemeliharaan, ianya akan dapat melindungi sumber warisan daripada mengalami kemusnahan dan kepentingan pemeliharaan sumber warisan tersebut dijangka mampu untuk menjana perkenibangan sektor pelancongan tempatan. iv

ABSTRACT This research is a study on the preservation of Taiping as a town of heritage and tourism in the state of Perak. The influence of development, current economic and technological improvement giving lot of challenges on how Taiping can be maintained as a heritage town. Through the development planning which is contain of preservation values, it will be able to protect the heritage resources from any destruction and the importance of heritage preservation is expected to be able to generate the growth of local tourism sector. V

Pusat Khidmat Maklumat Akademik f. TV"'Iffrn I r1la" 5TA SIA RAWAK ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Halaman Tajuk Pengakuan Penghargaan Abstrak Abstract Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual 1 11 111 1V V Vi x x 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Bangunan-Bangunan Dan Kawasan Warisan 1.2.1 Definisi Pemeliharaan 1.2.2 Definisi Kawasan Pemeliharaan 1.2.3 Konsep Pemeliharaan 1.2.4 Konsep Kawasan Pemeliharaan 1.2.5 Matlamat Pemeliharaan 1.2.6 Prinsip Am Pemeliharaan 1.2.7 Isu Pembangunan Dan Pemeliharaan Bandar Taiping 1.3 Permasalahan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Fokus Kajian 1.5.1 Bandar Taiping 1.5.2 Responden 1.5.3 Kaedah Pemeliharaan 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Limitasi Kajian 1 2 6 6 10 11 12 12 14 16 17 18 18 19 19 20 21 21 VI

2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 23 2.2 Pemeliharaan Bandar Warisan 24 2.3 Taiping Sebagai Bandar Warisan 26 2.4 Relevan Pemeliharaan Bandar Warisan Sebagai Tarikan Pelancongan 28 2.5 Rumusan 30 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Sumber Data 3.2.1 Data Primer 3.2.2 Data Sekunder 3.3 Populasi 3.4 Persampelan 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Rumusan 31 32 32 36 37 39 39 40 4 ANALISA & DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 41 4.2 Analisa Data 42 4.3 Majlis Perbandaran Taiping (MPT) 43 4.3.1 Visi Pembangunan Dan Pemuliharaan Semula Bandar Taiping Sebagai Bandar Warisan 44 4.3.2 Objektif Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sebagai Kaedah Pemeliharaan 46 4.3.3 Proses Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Di Bandar Taiping 48 4.3.4 Kedudukan Dan Keluasan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Di Bandar Taiping 49 4.3.5 Zon Pemeliharaan Warisan Di Pusat Bandar Taiping 51 VII

4.3.6 Konsep Pelan Pembangunan Kawasan Warisan Di Bandar Taiping 53 4.3.7 Cadangan Projek Utama Bagi Meningkatkan Imej Taiping Bandar Warisan 54 4.3.8 Kaedah Pemeliharaan Dan Pembangunan Semula Bangunan Warisan 56 4.3.9 Pemeliharaan Dan Pembangunan Kawasan Warisan 60 4.3.10 Cadangan Pemeliharaan Dan Pengindahan Taman Tasik Taiping 61 4.3.11 Cabaran Dan Halangan Terhadap Pemeliharaan Bandar Taiping Sebagai Bandar Warisan 62 4.3.12 Aset Dan Potensi Pelancongan Taiping Sebagai Bandar Warisan 65 4.4 Pusat Informasi Pelancong Taiping (PIPT) 67 4.4.1 Peranan Pusat Informasi Pelancong Taiping (PIPT) Kepada Perkembangan Pelancongan Setempat 67 4.4.2 Faktor Tarikan Dan Daya Keunikan Taiping Bandar Warisan Kepada Pelancong 69 4.4.3 Kerjasama Pusat Informasi Pelancong Taiping (PIPT) Dalam Melestarikan Taiping Sebagai Bandar Warisan Dan Pelancongan 70 4.4.4 Reaksi Penduduk Setempat Dan Sambutan Pelancong Terhadap Taiping Bandar Warisan 72 4.4.5 Kesan Pelancongan Terhadap Sumber Wansan Dan Kawasan Setempat 73 4.5 Respon Masyarakat Setempat Dan Pelancong Terhadap Pemeliharaan Sumber Warisan Di Bandar Taiping Dan Kepentingannya Kepada Sektor Pelancongan Tempatan 76 4.5.1 Jantina 77 4.5.2 Bangsa 78 4.5.3 Status perkahwinan 79 4.5.4 Kewarganegaraan 80 4.5.5 Umur 81 4.5.6 Pekerjaan 82 4.5.7 Mengetahui Tentang Tempat-Tempat Warisan Dan Sejarah Di Taiping 83 4.5.8 Melawat Atau Melancong Ke Tempat Warisan Dan Sejarah Di Taiping 84 4.5.9 Wajar Memelihara Tempat-Tempat Warisan Supaya Bertahan Lama 85 4.5.10 Tempat-Tempat Warisan Dimusnahkan Untuk Pembangunan Bandar Taiping 86 4.5.1 1 Tempat-Tempat Warisan Dimajukan Untuk Tujuan Pelancongan 87 4.5.12 Tempat-Tempat Warisan Yang Dimajukan Mampu Memberi Daya Tarikan Kepada Pelancong 88 4.5.13 Pemeliharaan Tapak Sejarah Dan Bangunan Warisan 89 VIII

4.5.14 Inventori Tempat-Tempat Warisan Di Bandar Taiping 90 4.5.15 Baikpulih Tempat-Tempat Warisan Yang Terbiar 91 4.5.16 Pengekalan Tempat-Tempat Warisan Sebagai Sumber Sejarah 92 4.5.17 Tempat-Tempat Warisan Dimajukan Dan Digunakan Dengan Aktiviti Yang Sesuai 93 4.5.18 Pihak Berkuasa Tempatan Perlu Menguatkuasakan Undang-Undang 94 4.5.19 Tempat-Tempat Warisan Perlu Dipagari Atau Ditanda 95 4.5.20 Keijasama Pihak Swasta Dan Penduduk Tempatan Memelihara Dan Memajukan Tempat-Tempat Warisan Sebagai Kawasan Pelancongan 96 4.5.21 Organisasi Pelancongan Perlu Menyenaraikan Tempat-Tempat Warisan Sebagai Destinasi Yang Harus Dikunjungi 97 4.5.22 Industri Pelancongan Berkembang Pesat Dan Menjana Pendapatan Penduduk Melalui Pemeliharaan Tempat-Tempat Warisan 98 4.6 Pengujian Hipotesis 4.7 Rurnusan 99 100 5 KESIMPULAN & CADANGAN 5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan 5.3 Cadangan Untuk Penyelidikan Masa Hadapan 5.4 Penutup 101 103 105 106 BIBLIOGRAFI 108 LAMPIRAN 110 ix

SENARAI RAJAH RAJAH PERKARA MUKA SURAT 1 Kawasan Warisan meliputi Pusat Bandar Taiping dan Taman Tasik 50 Taiping 1) Zon Pemeliharaan Warisan di Pusat Bandar Taiping 52 3 Cadangan Projek Utarna Bagi Meningkatkan Imej Taiping Bandar Warisan 55 4 Bangunan Rumah Rehat (Rest House) 116 5 Bangunan Galeria Pertarna (The First Galleria) 116 6 Bangunan persendirian No. 31 Jalan Stesen 116 SENARAI JADUAL JADUAL PERKARA MUKA SURAT I Perkara nyata 4 ý Perkara tidak nyata 5 X

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bandar Taiping yang merupakan sebuah bandar yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah sehingga menjadi ibu negeri pertama Perak suatu ketika dahulu. Pada masa kini ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan kecil masyarakat Melayu telah menarik ramai orang asing datang ke bandar ini selepas penemuan bijih timah yang banyak di kawasan sekitarnya. Peristixva penemuan bijih timah ini berlaku berikutan terjumpanya gajah peliharaan Long. laafär yang bernama Larut berlumuran dengan lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu telah dinamakan Larut. Bandar Taiping yang terletak di Negeri Perak ini dahulunya dikenali sebagai Kelian Pauli clan telah ditukar namanya kepada Taiping sempena tarnatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan Cina iaitu "Tai-Peng" yang bermaksud aman selama-lamanya. Setelah termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Taiping telah menjadi sebuah Bandar yang utama di Negeri Perak. Taiping juga turut dijadikan sebagai pusat pentadhiran British pada ketika itu. Keadaan ini telah menjadikan bandar Taiping sehagai salah satu Bandar warisan yang tertua di Malaysia. 1

Pada masa kini, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam perancangan pembangunan dan pemeliharaan sumber-sumber warisan yang terdapat di daerah Larut Matang. Daerah Larut Matang mengandungi 12 mukim iaitu Mukim Assam Kumbang, Mukim Jebong, Mukim Tupai, Bandar Taiping, Mukim Pengkalan Aur, Mukim Simpang, Mukim Sungai Limau, Mukim Bukit Gantang, Mukim Trong, Mukim Sungai Tinggi, Mukim Batu Kurau dan Mukim Kamunting. 1.2 Bangunan-Bangunan Dan Kawasan Warisan Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah darf pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. Ianya diimport darf China dan dipengaruhi pula oleh senibina kolonial yang berkembang pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke-20. Senibina kolonial ini adalah senibina yang dibawa oleh penjajah- penjajah Eropah yang pernah menjajah Malaysia seperti Portogis, Belanda dan Inggeris yang telah diubahsuai mengikut keadaan iklim Malaysia. Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden clan sebagainya. Salah satu keunikan bangunan warisan ini adalah kebanyakan pembinaan bangunan-bangunan konkrit yang terdapat di Larut mendahului tempat-tempat lain di semenanjung Malaysia. 2

Taiping dibangunkan untuk memben perkhidmatan kepada pembangunan aktiviti perlombongan bijih timah dan juga dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Inggeris sebelum Ipoh dan Kuala Lumpur dibangunkan. Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Landasan kereta api yang pertama di Malaysia adalah landasan yang menghubungkan bandar Taiping dengan Port Weld. Perkembangan bandar dititikberatkan oleh kerajaan British memandangkan peranannya yang strategik menjadi ibu negeri pusat pentadbiran British di Perak. Perkembangan ini disokong oleh sistem Perhubungan clan komunikasi paling moden ketika itu. Taiping merupakan satu-satunya bandar yang mempunyai landasan kereta api, lapangan terbang dan pusat telegraf pertama di Tanah Melayu. Bandar Taiping dilengkapi dengan komponen bandar sejak mula dibangunkan di antaranya ialah pusat pentadbiran, pendidikan, rekreasi, keagamaan, perniagaan, keselamatan dan pusat sivik yang dibangunkan sejak tahun 1800-an. Puncak keunikan rupa bandar Taiping adalah pada kawasan taman rekreasi yang mempunyai nilai sejarah selaras dengan pembentukan bandar itu sendiri. Taman Tasik Taiping terkenal serata negara kerana ia mempunyai reputasi sebagai taman rekreasi yang tertua dan tercantik pada suatu ketika dahulu. Pokok-pokok yang terdapat di bahagian-bahagian jalan tertentu melintangi jalan utama dan jalan-jalan yang selari dengannya telah menghasilkan suasana yang redup dan selesa. Segala keunikan yang terdapat di sini adalah berkait secara langsung antara satu sama lain dan membentuk suasana bandar secara menyeluruh. Jika bandar-bandar lain mempunyai kawasan-kawasan tertentu di dalarn bandar yang mempunyai nilai warisan yang unggul, Taiping boleh dikatakan mempunyai kualiti ini secara menyeluruh. 3

Keunikan bandar Taiping sebagai bandar yang pertama di Malaysia adalah berdasarkan kepada 33 perkara pertama yang berlaku di bandar ini. Senarai 33 perkara pertama ini telah dinyatakan oleh Majlis Perbandaran Taiping dalam Rancangan Kawasan Khas : Kawasan Warisan Bandar Taiping. Bilangan Perkara Nyata Tahun 1. Maktab Perguruan 1831 2. Rumah Residen British 1870 3. Gudang Simpan Senjata 1870 4. Kolam Renang 1870 5. Bangunan Mahkamah 1870 6. Bukit Larut / Maxwell Hill 1870 7. Padang Lumba Kuda 1870 8. Masjid Tengku Menteri 1870 9. Rumah Rehat / Rest House 1870 10. Balai Penghulu Matang 1875 11. Pelabuhan Port Weld 1877 12. Central School Kamunting 1878 13. New Club Taiping 1880 14. Hospital Taiping 1880 15. Taman Tasik Taiping 1880 16. Coronation Park 1880 4

i'la54t 1tCitisniat n3: liciuruat A k; Atlenilh UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 17. Muzium Perak 1883 18. Pejabat Kerajaan 1883 19. Penjara Taiping 1883 20. Sekolah King Edward VII 1883 21. Bangunan Pasar Besar 1884 22. Pejabat Telegraf 1884 23. Landasan Keretapi darf Taiping ke Port Weld 1885 24. Treacher Girl School (SMK Treacher Methodist) 1889 25. Menara Jam Besar (Clock Tower) 1890 26. Sekolah Melayu (SR Matang Gelugor) 1894 27. Lapangan Terbang Tekkah 1930 28. Zoo Taiping 1961 Jadual 1 : Perkara nyata Bilangan Perkara Tidak Nyata Tabun 29. Lombong Bijih Tirnah 1844 30. Pasukan Polis Pertama 1879 31. Akhbar Melayu - Seri Perak 1890 32. Akhbar Inggeris - Perak Pioneer 1894 33. Akhbar Tamil - Perak Varthamenan 1894 Jadual 2 : Perkara tidak nyata 5

1.2.1 Definisi Pemeliharaan Pemeliharaan bangunan dan monumen bererti memelihara dan memperbaiki harta dan warisan lama yang rnempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan. Proses im bertujuan untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang harta warisan negara. Konteks bangunan di sini adalah sebarang struktur pembangunan yang telah atau sedang diguna atau didiami oleh penghuni. Penjagaan bangunan lama ini boleh dipraktikkan melalui pelbagai kaedah dan teknik pembaikan dan pemeliharaan. 1.2.2 Definisi Kawasan Pemeliharaan Kawasan pemeliharaan biasanya ditakrifkan dengan seberapa yang hampir kepada pemeliharaan kawasan warisan dalam konteks yang sebenar. Pentakrifan ini mestilah dikaitkan dengan `tempat' dan `karakter' bagi mencapai keberkesanan maksud kawasan pemeliharaan. Kebanyakan maksud kawasan pemeliharaan didefinisikan mengikut sudut perundangan. Berdasarkan Zoning Ordinance 1931 di Amerika Syarikat, kawasan pemeliharaan dikaitkan dengan `daerah' di dalam lingkungan bandar. Ianya mengklasifikasikan kawasan pemeliharaan kepada dua daerah yang lain. 6

i. Daerah Lama Bersejarah Kawasan daerah lama bersejarah membawa maksud kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah yang merangkumi elemen-elemen seperti bangunan-bangunan, monumen-monumen, mercu tanda, rumah ibadat, kota lama dan pokok-pokok. Kebiasaannya kawasan ini lebih teratur dan terancang. ii. Daerah Bandar Lama Kawasan daerah bandar lama membawa maksud kawasan yang mempunyai elemen-elemen fizikal yang mempunyai kepentingan sejarah. Elemen-elemen fizikal ini tidak semestinya bersejarah tetapi mestilah mempunyai usia 100 tahun atau lebih (Chahlakbur Sigh, 1986). Namun begitu, makna kawasan pemeliharaan berdasarkan akta ini masih tidak jelas dan hanya menumpukan kepada elemen-elemen fizikal yang berkepentingan sejarah sahaja. Municipal Planning Act 1975 di Dem-nark, mengaitkan kawasan pemeliharaan dengan sektor bandar. Sektor bandar ini membawa makna kawasan yang mempunyai bangunanbangunan yang mempunyai kepentingan untuk dipelihara. la membahagikan sektor bandar kepada dua kelas. 7

i. Sektor Bandar Kelas A Kawasan yang terdiri dari bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina atau kepentingan budaya atau berkepentingan sejarah. Ketiga-tiga ciri ini mestilah mempunyai nilai yang terbaik. Kawasan ini dikekalkan keseluruhannya. ii. Sektor Bandar Kelas B Kawasan yang terdiri dari bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina, budaya atau sejarah yang tidak tersenarai dari sektor bandar Kelas A. Pemeliharaannya hanyalah ditekankan kepada fabrik bangunan seperti bumbung dan fasad yang menghadap jalan (Rodwell, 1975). Melalui akta ini juga maksud kawasan pemeliharaan tidak dinyatakan dengan mendalani dan hanya terhad kepada bangunan-bangunan sahaja. Namun begitu, terdapat aspek selain daripada seni bina dan sejarah yang diberi penekanan iaitu kepentingan budaya. Di Netherlands, kawasan pemeliharaan dikaitkan dengan villege view dan townscape. Melalui Historic Buildings Act 1961 maksud kawasan pemeliharaan adalah terdiri dari bangunan-bangunan, tall air dan tanaman-tanaman yang boleh bertahan lama yang mempunyai kepentingan sejarah yang tinggi. Elemen-elemen yang tidak mempunyai kepentingan sejarah yang tinggi tetapi menyumbangkan kepada karakter kawasan juga disenaraikan di bawah kawasan pemeliharaan (Whysall, 1982). S

Definisi ini juga tidak mendefinisikan kawasan pemeliharaan secara khusus yang merangkumi pelbagai kepentingan. Namun begitu, terdapat penekanan kepada kepentingan memelihara karakter pada sesuatu tempat. Melalui Civic Amenity Act 1967 di United Kingdom maksud kawasan pemeliharaan telah didefinisikan dengan khusus. la mendefinisikan kawasan pemeliharaan sebagai "kawasan yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan seni bina atau kepentingan sejarah atau keistimewaan karakter atau ciri-ciri yang menonjol untuk dikekalkan dan dipertingkatkan" (Suddard, 1982). Saiz dan keadaan kawasan pemeliharaan berkemungkinan dari kumpulan kecil bangunan sehinggalah kepada keseluruhan pusat bandar. Berdasarkan maksud tersebut kawasan pemeliharaan sebaiknya mempunyai: Keistirnewaan seni bina atau kepentingan sejarah. Karakter atau ciri-ciri yang menonjol. Secara keseluruhannya, kawasan pemeliharaan bermaksud kawasan yang mempunyai karakter dan identiti yang istimewa dan terdapat di dalamnya keistimewaan seni bina, kepentingan sejarah dan kepentingan budaya. la secara khusus mempunyai perkaitan dengan tempat. Karakter dan identiti tempat boleh dibentuk oleh elemen-elemen fizikal (bangunan, monumen, landskap, sungai dan runtuhan kota) dan bukan fizikal (aktiviti, saintifik dan sejarah). Elemen-elemen ini tidak semestinya mempunyai ciri-ciri yang berkepentingan tetapi lebih diutamakan adalah perkaitannya dengan pembentukan sesuatu tempat tersebut. 9

1.2.3 Konsep Pemeliharaan Menurut Charter (1992), pemeliharaan (conservation) adalah satu istilah umum yang membawa maksud segala proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya. tindakannya termasuklah perawatan dan mengikut keadaan tertentu termasuk pengekalan, pemulihan, pembangunan semula, dan penyesuai guna. Pemeliharaan bersejarah merupakan sebahagian besar daripada perancangan bandar dan wilayah (Wayne, 1979). Pemeliharaan bukan sahaja dilihat dan sudut sesebuah atau sekelompok bangunan warisan, tetapi juga kawasan semula jadi, kampung, bandar dan kawasan kejiranan. Skala tindakan pemeliharaan telah diperluaskan dengan mengambil kira kepelbagaian dan kepentingan elemen bandar yang menjadi karakter rupa bandar. Pengurusan dan perancangan segala sumber jaya sama ada sumber jaya semula jadi atau binaan manusia secara wajar untuk memenuhi keperluan masa hadapan bagi memastikan pembekalan sumber jaya semula jadi secara berterusan. Tujuan sebenar pemeliharaan adalah untuk mengekal atau mengembalikan semula kepentingan budaya sesuatu tempat dan kawasan yang meliputi penjagaan yang berterusan pada masa hadapan. Proses pemeliharaan sebenarnya melibatkan beberapa kaedah yang diguna pakai di mana setiap kaedah melibatkan tahap perubahan yang berbeza terhadap fabrik sesuatu tempat kerana ia spesifik kepada jenis-jenis tindakan. 10

1.2.4 Konsep Kawasan Pemeliharaan Konsep kawasan pemeliharaan pada awalnya ditekankan kepada tempat yang berkepentingan sejarah sahaja. Konsep ini menjadi lebih khusus setelah diperkenalkan oleh Duncan Sandys di United Kingdom pada awal tahun 1947 dan kemudian berkembang melalui pembentukan Civic Anrcrrity Act 1967 yang memberi peruntukan khusus kepada penentuan kawasan pemeliharaan. Kawasan pemeliharaan ini diwujudkan bagi mengambil kira `nilai kumpulan' sebagai lebih utama berbanding nilai individu-individu bangunan. Pada asasnya kawasan pemeliharaan bertujuan untuk memelihara karakter kawasan atau tempat yang mempunyai keistimewaan seni bina atau kepentingan sejarah atau kepentingan budaya dan memastikan karakter ini dikekalkan, dikawal dan ditingkatkan. Pembentukan karakter tempat bukan sahaja dari bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina dan kepentingan sejarah tetapi juga bangunan-bangunan yang tidak tersenarai, ruang terbuka, pokok-pokok, bentuk jalan yang unik, kawasan hijau atau tapak arkeologi yang menarik. Kawasan pemeliharaan juga sering dirujuk kepada tempat (place) yang mempunyai kepelbagaian keunikan. Adalah penting bagi mengetahui bagaimana untuk memilih dan menjaga tempat bagi memudahkan pembentukan kawasan pemeliharaan. Secara keseluiuhannya, didapati bahawa konsep kawasan pemeliharaan adalah lebih memberi penekanan kepada sumbangan keseluruhan terhadap karakter tempat. la adalah merupakan penieliharaan secara kawasan bagi memastikan keseluruhan perkaitan yang terdapat di dalarnnya dipelihara. Jika berlaku perubahan kepada perkaitan ini akan juga menjejaskan karakter tenipat tersebut. Karakter setempat yang terjejas sehingga hilang identitinya tidak memberi sebarang makna kepada kawasan pemeliharaan. 11