SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Similar documents
DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TERMS AND CONDITIONS

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

TERMS AND CONDITIONS FOR

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

BORANG TUNTUTAN PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK BAGI PERSONEL INDUSTRI BINAAN YANG BERDAFTAR DENGAN CIDB

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

TERMS AND CONDITIONS

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN PELAKSANAAN NO. PA /2017 (SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2017)

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. PA-24FC /2016 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2018 (SAMAN PEMULA NO.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO /2012 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24FC /2015 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. 22C-2-04/2014 WRIT PELAKSANAAN NO /2015

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2014 SAMAN PEMULA NO.

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

Terms and Conditions

SYARAT-SYARAT JUALAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

Perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian Kewangan Alternatif

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat : U)

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SELARAS SESI DEC 2015 (BELUM MUKTAMAT)

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

Garis Panduan Kemasukan Pelajar. [Type the document subtitle]

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2015

Transcription:

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN-i Plus ) Soalan 1: Apakah SSPN-i Plus? SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Soalan 2: Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah? Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM). Pakej dan Keistimewaan SSPN-i Plus Soalan 3: Apakah pakej yang ditawarkan melalui SSPN-i Plus? SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti Jadual 1: Jadual 1: Pakej Yang Ditawarkan Dalam SSPN-i Plus PAKEJ Intan Delima Topas Zamrud Nilam Berlian Simpanan SSPN-i Sumbangan Takaful Jumlah Komitmen Bulanan RM20 RM40 RM90 RM180 RM270 RM200 RM10 RM10 RM10 RM20 RM30 RM300 RM30 RM50 RM100 RM200 RM300 RM500 1

Soalan 4: Apakah keistimewaan SSPN-i Plus? SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu: i) Patuh syariah. ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000 setahun. iii) Komitmen serendah RM30 sebulan. iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000. v) Tiada pemeriksaan kesihatan. vi) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. vii) Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal. ix) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari. x) Layak memohon pembiayaan PTPTN. xi) Perlindungan 24 jam di seluruh dunia. xii) Simpanan dijamin kerajaan. 2

Soalan 5: Apakah manfaat takaful yang ditawarkan bagi setiap pakej? Manfaat takaful mengikut pakej adalah seperti jadual 2: Jadual 2: Pakej Simpanan Dan Manfaat Takaful SSPN-i Plus PAKEJ INTAN DELIMA TOPAS ZAMRUD NILAM BERLIAN* Simpanan SSPN-i RM20 RM40 RM90 RM180 RM270 RM200 Sumbangan Takaful RM10 RM10 RM10 RM20 RM30 RM300 Jumlah RM30 RM50 RM100 RM200 RM300 RM500 MANFAAT TAKAFUL Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Kemalangan) Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Biasa) Keilatan Kekal & Sebahagian (Biasa dan Kemalangan) 36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan) Elaun Kemasukan Hospital/hari** Khairat Kematian Pendeposit, Pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak RM40,000 RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000 RM20,000 RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada RM100,000 RM10,000 RM10,000 RM10,000 RM20,000 RM30,000 RM100,000 RM20 RM20 RM20 RM40 RM60 RM200 RM2,500 (Pendeposit dan pasangan) RM1,000 (setiap anak maksimum 3 orang anak sahaja) RM18,000 (pendeposit) RM9,000 (pasangan) RM2,000 (setiap anak maksimum 3 orang anak) Nota: * Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000. ** Elaun kemasukan hospital sehingga had maksimum selama 52 minggu. 3

Soalan 6: Apakah perbezaan SSPN-i Plus dengan SSPN-i sedia ada? Perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i adalah seperti Jadual 3: Jadual 3: Perbezaan Antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i Perkara Komitmen Minimum Simpanan Syarat Pembukaan Akaun Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) Sumbangan Takaful Manfaat Takaful Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan SSPN-i Plus Minimum RM30 sebulan berdasarkan pakej. Sebahagian simpanan yang diterima akan diserahkan kepada pengendali takaful mengikut pakej yang dipilih. Mana-mana warganegara Malaysia hanya boleh membuka akaun untuk diri sendiri, anak dan anak jagaan yang sah sahaja. Tiada. Sumbangan mengikut pakej serendah RM10 sebulan. Manfaat takaful (kematian/ ilat kekal/ elaun hospital/ 36 penyakit kritikal) dan khairat kematian mengikut pakej. Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 setahun. Simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa layak sehingga RM6,000 setahun; dan Bayaran sumbangan takaful tahun semasa layak sehingga RM6,000 setahun. SSPN-i Tiada komitmen bulanan. Simpanan yang diterima akan dimasukkan dalam akaun SSPN-i sepenuhnya. Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk mana-mana warganegara Malaysia yang lain (tanpa mengira pertalian keluarga). Ada. Perlindungan takaful secara percuma bagi simpanan RM1,000 dan ke atas. Manfaat takaful atas kematian dan ilat kekal pendeposit sahaja (Ringgit ke Ringgit) dan khairat kematian penerima manfaat bagi baki simpanan RM1,000 dan ke atas. Berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa sehingga RM6,000 setahun sahaja. 4

Pembukaan Akaun Soalan 7: Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus? Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun. Soalan 8: Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun SSPN-i Plus? Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain. Soalan 9: Adakah seseorang itu boleh membuka akaun SSPN-i Plus jika menghidapi sebarang penyakit kritikal? Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat). Soalan 10: Adakah PTPTN akan memberikan apa-apa penentusahan keahlian setelah pembukaan akaun? Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN tetapi pihak pengendali takaful akan menghantar Sijil Takaful (Certificate Schedule) secara pos kepada pendeposit dalam tempoh 30 hari (sebulan) dari tarikh pembukaaan akaun. 5

Soalan 11: Saya telah mempunyai akaun SSPN-i, adakah saya boleh membuka akaun SSPN-i Plus? Jawapan Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i. Soalan 12: Bolehkah seorang pendeposit membuka lebih dari satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan untuk dirinya sendiri? Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000). Soalan 13: Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan? Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja. 6

Simpanan, Pengeluaran dan Penutupan Soalan 14: Apakah saluran simpanan yang disediakan untuk bayaran komitmen bulanan? Kemudahan saluran simpanan yang disediakan adalah seperti Jadual 4: Jadual 4: Saluran Simpanan SSPN-i Plus Saluran Simpanan Kaunter PTPTN Secara tunai/ kad kredit/ kad debit/ kad ATM Potongan gaji Auto Debit (Maybank dan RHB Bank) Perbankan internet (Maybank2u) Caj Tiada Tiada RM0.53 Tiada Soalan 15: Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa? Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan. Soalan 16: Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh bayaran yang ditetapkan? Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta. 7

Soalan 17: Sekiranya penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun, adakah pendeposit boleh meneruskan simpanan? Tidak boleh. Apabila penerima manfaat telah mencapai had umur yang ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik. Penerima manfaat hendaklah membuka akaun untuk diri sendiri sekiranya ingin meneruskan penabungan. Soalan 18: Bagaimana caranya jika pendeposit bercadang untuk bertukar pakej? Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu. Soalan 19: Sekiranya pendeposit telah menutup akaun, adakah perlu menunggu tempoh tertentu untuk pembukaan akaun baharu? Tidak. Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan pendeposit akan menerima Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan yang baharu. Soalan 20: Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah akaun akan ditutup secara automatik? Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit. Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian. Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Soalan 21: SSPN-i Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak/ anak jagaan yang sah. Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM12,000? Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun bagi akaun 8

SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP. Soalan 22: Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat? Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal. 9

Perlindungan Takaful Soalan 23: Apakah 36 penyakit kritikal yang dilindungi takaful? 36 penyakit kritikal adalah seperti yang disenaraikan di bawah: 1. Stroke 19. Major Organ/Bone Marrow Transplant 2. Heart Attack 20. Loss of Speech 3. End Stage Kidney Failure 21. Brain Surgery 4. Cancer 22. Heart Valve Surgery 5. Coronary Artery By-Pass Surgery 23. Terminal Illness 6. Other Serious Coronary Artery Disease 7. Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease 24. Bacterial Meningitis 25. Major Head Trauma 8. End Stage Liver Failure 26. Chronic Aplastic Anaemia 9. Fulminant Viral Hepatitis 27. Motor Neurone Disease 10. Coma 28. Parkinson Disease 11. Benign Brain Tumor 29. Alzheimer s Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders 12. Paralysis/ Paraplegia 30. Muscular Dystrophy 13. Blindess/Total Loss of Sight 31. Surgery to Aorta 14. Deafness/Total Loss of Hearing 32. Multiple Sclerosis 15. Major Burns 33. Primary Pulmonary Arterial Hypertension 16. HIV Due to Blood Tranfusion 34. Medullary Cystic Disease 17. End Stage Lung Disease 35. Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus 18. Encephalitis 36. Eryhematosus with Lupus Nephritis 10

Soalan 24: Adakah manfaat takaful yang ditawarkan boleh dituntut serta merta? Manfaat takaful boleh dituntut mengikut tempoh menunggu seperti Jadual 5: Jadual 5: Tempoh Menunggu Bagi Tuntutan Manfaat Takaful MANFAAT Kematian Akibat Kemalangan (semua pakej) Kematian Biasa (selain Pakej Berlian) Kematian Biasa (Pakej Berlian) Ilat Kekal Menyeluruh (selain Pakej Berlian) Ilat Kekal dan Sebahagian (Pakej Berlian sahaja) Penyakit Kritikal Elaun Kemasukan Hospital Perlindungan serta-merta. TEMPOH MENUNGGU - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada*. - Perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada). 3 bulan bagi sebab-sebab semulajadi (pulangan penuh sumbangan) - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada*. - Perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada). 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada*. 30 hari (selain daripada penyakit sedia ada dan penyakit khusus) 12 bulan (penyakit sedia ada) 120 hari (penyakit khusus) Akibat Kemalangan - serta-merta Akibat Penyakit - 30 hari (selain daripada penyakit khusus) - 120 hari (penyakit khusus) Nota: * Keadaan Sedia Ada bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit, a) wujud atau telah berlaku sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan, atau b) di mana petanda penyakit sudahpun ditunjukkan sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan, atau c) yang mana berasaskan perkembangan patologi normal yang diterima pakai dari segi perubatan bahawa penyakit tersebut sepatutnya telah wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan. 11

Soalan 25: Adakah penyakit mental dilindungi takaful? Tidak dilindungi. Soalan 26: Adakah kematian disebabkan bunuh diri dilindungi takaful? Tidak. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful telah memutuskan agar tiada manfaat dibayar atas sebab bunuh diri. Soalan 27: Adakah kematian disebabkan pengambilan dadah atau alkohol atau bahan-bahan terlarang yang berlebihan dilindungi takaful? Tidak. Soalan 28: Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform? Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak. Tuntutan Manfaat Takaful Soalan 29: Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut? Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful. Soalan 30: Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit? Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja. 12

Soalan 31: Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit? Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut: a) Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 - waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau b) Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas - Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan: Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan). Soalan 32: Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun SSPN-i Plus untuk 5 orang anak, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya diterima sekali sahaja kerana pendeposit yang sama? Ya. Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Contohnya, bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM100,000. Manfaat tersebut akan akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan seperti di Soalan 31. Soalan 33: Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja? Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan. 13