RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

Similar documents
Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS AND CONDITIONS

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

TERMS AND CONDITIONS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

TERMS AND CONDITIONS FOR

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Terms and Conditions

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Transcription:

Terma-terma dan Syarat-syarat 1. Tempoh Kempen 1.1 Kempen dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad ( Bank ) dan bermula pada 2 Januari 2014 dan berakhir pada 30 Jun 2014, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ). Bank merizab hak untuk mengubah tempoh, tarikh permulaan dan atau tarikh akhir Tempoh Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi. 2. Kelayakan 2.1 Kempen terbuka kepada semua individu yang menetap di Malaysia, termasuk warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau mereka yang bukan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, keempunyaan tunggal, perkongsian, organisasi amal / bukan untung, pelanggan korporat dan perdagangan yang membuat pelaburan relevan semasa Tempoh Kempen tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini ( Pelanggan Layak ). Terma-terma dan syarat-syarat bagi Pelanggan CIMB Preferred boleh didapati di www.cimbpreferred.com 2.2 Pekerja Bank, CIMB Bank Berhad dan CIMB Investment Bank Berhad tidak layak menyertai Kempen. 3. Kempen 3.1 Kempen terdiri daripada promosi berikut: 3.1.1 Caj Penjualan Promosi untuk Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan 3.1.2 Caj Penjualan Promosi untuk Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan 3.1.3 Caj Penjualan Promosi for Pelan Pelaburan Tetap melalui Arahan Pembayaran Berkala 3.1.3 Caj Penjualan Promosi untuk Pelaburan dalam Patuh Shariah Skim Persaraan Swasta (PRS) 3.1.4 Caj Penjualan Khas untuk Pelabur Kali Pertama (Hanya untuk Pelanggan CIMB Preferred dan Pelanggan CIMB Prime Banking). 3.1.5 Cenderahati untuk Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan 4. Caj Penjualan Promosi untuk Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan 4.1 Pelanggan Layak yang melabur dalam mana-mana dana unit amanah Patuh Shariah tertentu daripada Syarikat Pengurusan Unit Amanah terpilih yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya ( Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan ) semasa Tempoh Kempen akan, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, berhak menikmati caj penjualan promosi yang relevan ( Caj Penjualan Promosi ) yang dinyatakan dalam jadual di bawah berdasarkan jumlah pelaburan relevan. Caj Penjualan Promosi Peringkat Pelaburan Pelanggan Individu (Am) Pelanggan CIMB Prime Banking Pelanggan CIMB Preferred RM10,000 RM99,999 3.50% 3.50% 3.50% RM100,000 RM499,999 3.00% 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00% 4.2 Agar berhak menikmati Caj Penjualan Promosi, Pelanggan Layak hendaklah melabur jumlah minimum sebanyak RM10,000 dalam satu transaksi dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan. Gabungan jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan yang berbeza dibenarkan dengan syarat pelaburan dibuat dalam satu transaksi semasa Tempoh Kempen bagi tujuan memastikan jumlah pelaburan dan Caj Penjualan Promosi yang akan diguna pakai. 4.3 Agar berhak menikmati Caj Penjualan Promosi untuk Pelanggan CIMB Preferred/CIMB Prime Banking, Pelanggan Layak mestilah pelanggan CIMB Preferred/CIMB Prime Banking pada masa pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan.

4.4 Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan boleh didapati apabila diminta dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang mencukupi. 4.5 Caj Penjualan Promosi tidak diguna pakai bagi Pelanggan Layak yang melabur dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka. Sekiranya sebarang pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan Layak sebahagiannya akan dibayar menggunakan pengeluaran daripada KWSP ( Bahagian KWSP ), Bahagian KWSP akan dikecualikan daripada pengiraan jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan. 5. Caj Penjualan Promosi untuk Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan 5.1 Pelanggan Layak yang melabur dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan semasa Tempoh Kempen berhak menikmati caj penjualan promosi ( Caj Penjualan Promosi KWSP ) yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Caj Penjualan Promosi KWSP RM1,000 dan ke atas 2.88% 5.2 Agar berhak menikmati Caj Penjualan Promosi KWSP, Pelanggan Layak hendaklah melabur jumlah minimum sebanyak RM1,000 melalui Bank dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka. Gabungan jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan yang berbeza dibenarkan dengan syarat pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan adalah daripada salah satu (1) Syarikat Pengurusan Unit Amanah terpilih. 5.3 Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP Patuh Shariah Sertaan boleh didapati apabila diminta dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang mencukupi. 6. Caj Penjualan Promosi untuk Pelan Pelaburan Tetap melalui Arahan Pembayaran Berkala 6.1 Pelanggan Layak yang mendaftar diri untuk mana-mana Arahan Pembayaran Berkala (PPI) yang baru semasa Tempoh Kempen dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan yang dirujuk dalam Klausa 4, dengan jumlah pelaburan bulanan minimum sebanyak RM200 berhak menikmati Caj Penjualan Promosi PPI yang dinyatakan di dalam jadual di bawah berhubung dengan pelaburan bulanan berkala: Arahan Pembayaran Berkala dengan Jumlah Pelaburan Bulanan Minimum Caj Penjualan Promosi PPI RM200 2.00%

7. Caj Penjualan Promosi untuk Pelaburan dalam Patuh Shariah Skim Persaraan Swasta (PRS) 7.1 Pelanggan Layak yang melabur dalam Patuh Shariah Skim Persaraan Swasta ( PRS ) daripada CIMB-Principal Asset Management Berhad ( CIMB-Principal ) semasa Tempoh Kempen berhak menikmati Caj Penjualan Promosi PRS yang relevan ( Caj Penjualan Promosi PRS ) yang dinyatakan dalam jadual di bawah berdasarkan jumlah pelaburan relevan dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini. Pelaburan Tunggal Caj Penjualan Promosi PRS Jumlah pelaburan tunggal kurang daripada RM3,000 1.50% Jumlah pelaburan tunggal lebih daripada atau bersamaan dengan RM3,000 Untuk Pelanggan Layak berumur antara 20-30 tahun dan melabur dengan pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan ke atas 7.2 Gabungan jumlah pelaburan dalam Patuh Shariah dana PRS yang berbeza daripada CPAM dibenarkan dengan syarat pelaburan dibuat dalam satu transaksi semasa Tempoh Kempen bagi tujuan memastikan jumlah pelaburan dan Caj Penjualan Promosi PRS yang akan diguna pakai. 7.3 Pelanggan Layak yang mendaftar diri untuk sebarang Pelaburan Tetap Bulanan yang baru melalui Debit Terus semasa Tempoh Kempen dalam Patuh Shariah PRS daripada CPAM berhak menikmati Caj Penjualan Promosi PRS yang dinyatakan dalam jadual di bawah: 0.00% 0.00% Caj Penjualan Promosi PRS Pelaburan Tetap Bulanan melalui Debit Terus Jumlah pelaburan bulanan kurang daripada RM250 1.50% Jumlah pelaburan bulanan lebih daripada atau bersamaan dengan RM250 0.00% 8. Caj Penjualan Khas untuk Pelabur Kali Pertama 8.1 Pelanggan Layak yang merupakan Pelanggan CIMB Preferred/Pelanggan CIMB Prime Banking pada masa pelaburan dan adalah pelabur unit amanah yang baru dengan Bank iaitu tanpa akaun unit amanah dengan Bank sama ada sebagai pemegang akaun utama atau sekunder, berhak menikmati Caj Penjualan Khas yang dinyatakan dalam jadual di bawah: RM50,000 dan ke atas Dana Sertaan Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Patuh Shariah Sertaan Pelanggan CIMB Preferred Caj Penjualan Khas Pelanggan CIMB Prime Banking 1.38% 1.58% 8.2 Agar berhak menikmati Caj Penjualan Khas, Pelanggan Layak hendaklah melabur jumlah minimum sebanyak RM50,000 dalam satu transaksi dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Patuh Shariah Sertaan. Gabungan jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Patuh Shariah Sertaan yang berbeza dibenarkan. 8.3 Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Patuh Shariah Sertaan akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Patuh Shariah Sertaan boleh didapati apabila diminta dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang mencukupi. 8.4 Setiap Pelanggan CIMB Preferred/Pelanggan CIMB Prime Banking hanya berhak menikmati Caj Penjualan Khas sekali sahaja. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Caj Penjualan Khas tidak akan diguna pakai bagi transaksi seterusnya dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Sertaan semasa Tempoh Kempen.

8.5 Caj Penjualan Khas tidak akan diguna pakai bagi Pelanggan Layak yang melabur menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka. 8.6 Caj Penjualan Khas tidak sah dengan tawaran dan promosi lain (jika ada) yang ditawarkan oleh Bank berhubung dengan pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti dan Sukuk Sertaan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, jumlah pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan CIMB Preferred/Pelanggan CIMB Prime Banking dalam Dana Ekuiti Patuh Shariah Sertaan yang menikmati Caj Penjualan Khas akan dikecualikan daripada pengiraan jumlah pelaburan yang dirujuk dalam Klausa 9 bagi tujuan hak untuk menerima Cenderahati. 9. Cenderahati untuk Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan 9.1 Pelanggan Layak yang melabur dalam Dana Unit Amanah Ekuiti Patuh Shariah Sertaan dengan jumlah pelaburan terkumpul gabungan ( Terkumpul ), yang dinyatakan dalam jadual di bawah dalam setiap tempoh suku tahun kalendar ( Suku Tahun ) berhak mendapat Cenderahati berikut ( Cenderahati ). Terkumpul RM50,000-RM99,999 RM100,000-RM199,999 RM200,000-RM499,999 RM500,000-RM999,999 RM1 juta dan ke atas Cenderahati Suku Tahun Pertama : 2 Januari 31 Mac 2014 PowerBank bernilai RM169/- Patung Kecil Kuda Royal Selangor Zodiac, (Bersadur Emas) bernilai RM250/- Kamera Digital bernilai RM699/- Airfryer bernilai RM1,199 ipad Air Wi-Fi (16GB) 9.2 Tempoh bagi setiap Suku Tahun adalah: 9.2.1 Suku Tahun Pertama : 2 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014 9.2.2 Suku Tahun Kedua : 1 April 2014 hingga 30 Jun 2014 9.3 Cenderahati akan dihantar ke alamat Pelanggan Layak dalam rekod Bank dalam masa 60 hari bekerja dari penghujung setiap Suku Tahun relevan. 9.4 Terkumpul daripada kedua-dua Suku Tahun tidak boleh digabungkan semasa mempertimbangkan Cenderahati. 9.5 Sekiranya sebarang pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan Layak akan dibayar dengan sepenuhnya atau sebahagiannya menggunakan pengeluaran daripada KWSP dan/atau dilabur di bawah Caj Penjualan Khas bagi Pelabur Kali Pertama untuk Pelanggan CIMB Preferred/CIMB Prime Banking, bahagian atau jumlah pelaburan tersebut akan dikecualikan daripada pengiraan Terkumpul dan akan dianggap transaksi yang berasingan. 9.6 Setiap Pelanggan Layak berhak mendapat maksimum satu (1) Cenderahati untuk setiap tempoh Suku Tahun yang dibentangkan dalam Klausa 9.2. Untuk pelaburan bersama, hanya pemegang akaun utama atau pelabur utama berhak mendapat Cenderahati. 9.7 Butir-butir Cenderahati bagi Suku Tahun Kedua yang dirujuk dalam Klausa 9.2.2 akan disediakan dari 31 Mac 2014 atas permintaan daripada kakitangan penjualan Bank. 9.8 Cenderahati akan dihantar ke alamat Pelanggan Layak dalam rekod Bank dalam masa 60 hari bekerja dari penghujung setiap Suku Tahun relevan.

10. Syarat-syarat Lain 10.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini dan bersetuju bahawa sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen. termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan untuk menyertai Kempen, hak untuk menikmati Caj Penjualan Promosi, Caj Penjualan Promosi KWSP, Caj Penjualan Promosi PPI, Caj Penjualan Promosi PRS, Caj Penjualan Khas untuk pelabur kali pertama untuk Pelanggan CIMB Preferred/Pelanggan CIMB Prime Banking, hak mendapat Cenderahati adalah muktamad, mengikat dan konklusif. 10.2 Sekiranya Pelanggan Layak melaksanakan hak bertenang mereka, atau pelaburan ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak atas apa jua sebab, Pelanggan Layak tidak berhak mendapat Cenderahati di bawah Kempen. 10.3 Cenderahati tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau dalam bentuk barang, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. Cenderahati adalah tertakluk kepada terma-terma pembekal, pengeluar dan/atau peniaga Cenderahati yang berkenaan, yang mana terma-terma dan syarat-syaratnya adalah berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat Bank yang mengawal Kempen. 10.4 Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengindorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan mutu, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu berhubung dengan Cenderahati. 10.5 Bank merizab hak untuk menggantikan mana-mana Cenderahati di bawah Kempen dengan barangan lain yang sama nilainya dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi. 10.6 Pelanggan Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen standard yang relevan dan mematuhi semua terma dan syarat berhubung dengan pelaburannya dalam produk relevan di bawah Kempen, yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat ini. 10.7 Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Pelanggan Layak atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pelanggan Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak) yang walau bagaimanapun jua berbangkit kerana Pelanggan Layak menyertai atau tidak menyertai Kempen. 10.8 Bank merizab hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh Bank tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan Layak untuk atau mana-mana orang lain pun jua untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapat sebarang pampasan terhadap Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 10.9 Bank merizab hak dengan memberikan notis yang cukup, untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) ( Pindaan ) mana-mana terma dan syarat di dalam ini. Makluman kepada Pelanggan Layak tentang Pindaan akan dibuat menurut budi bicara mutlak Bank melalui mana-mana satu daripada kaedah komunikasi berikut, iaitu melalui pos biasa ke alamat terakhir Pelanggan Layak yang diketahui atau dengan menampal notis tentang Pindaan di setiap cawangan Bank di mana peruntukan terperinci tentang Pindaan mungkin dibentangkan dalam notis tersebut atau diberikan kepada Pelanggan Layak apabila diminta atau dengan menyiarkan iklan tentang Pindaan dalam satu akhbar pilihan Bank, atau melalui laman web Bank atau melalui mel elektronik atau melalui sebarang cara notis lain yang dipilih oleh Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat terhadap Pelanggan Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang mungkin ditetapkan oleh Bank dalam makluman. 10.10 Terma-terma dan syarat-syarat ini, sepertimana mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 11.9, akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen.

10.11 Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Patuh Shariah bukan obligasi di pihak, deposit dalam, dijamin atau diinsuranskan oleh Bank dan adalah tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian jumlah prinsipal yang dilabur. Pelanggan Layak dinasihatkan agar membaca Prospektus bagi Dana/Bon yang relevan sebelum melabur. Pelanggan Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi Dana/Bon relevan di masa lalu bukan petanda tentang prestasi masa hadapan dan pengagihan pendapatan tidak dijamin. Pelanggan Layak harus bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan Layak yang ragu-ragu tentang tindakan yang patut diambil harus berunding dengan penasihat profesional mereka dengan serta-merta. 10.12 Sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan dengan Kempen, Pelanggan Layak boleh menghubungi Customer Resolution Department (CRU) Bank di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di sebarang alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh Bank dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur; Tel: 1-300-880-900; alamat e-mel: cru@cimb.com. 10.13 Pelanggan Layak tidak dilindungi oleh tabung pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Tabung pampasan tidak melindungi Pelanggan Layak yang telah mengalami kerugian kewangan akibat salah guna atau penyalahgunaan wang atau harta lain dengan memfraud, oleh pengarah, pegawai, pekerja, atau wakil Bank. Jika Pelanggan Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan di atas berkaitan dengan tindakan pekerja Bank, Pelanggan Layak boleh membuat aduan dengan Customer Resolution Unit (CRU) Bank yang dibentangkan dalam klausa 11.12. Pelanggan Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU Bank boleh merujuk kes kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam masa enam (6) bulan selepas menerima keputusan muktamad daripada CRU. Pelanggan Layak harus mengambil maklum bahawa aduannya hanya akan ditangani oleh manamana satu daripada saluran di atas yang dipilih oleh Pelanggan Layak untuk merujuk kesnya. 10.14 Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi termaterma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi akaun unit amanah Pelanggan Layak, maka versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.