PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN

Similar documents
Kajian Indeks Kualiti Air di Lembangan Sungai Paka, Terengganu (Water Quality Index Study in Paka River Basin, Terengganu)

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

Earthwork Activities in Private Housing Industry

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

STATUS KUALITI AIR SUNGAI DI BEBERAPA KAWASAN LUAR BANDAR, DI NEGERI JOHOR DAN KESANNYA KEPADA KEHIDUPAN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Condition Appraisal Technical Report

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.


Sistem Bakeri Interaktif

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Sains Malaysiana 36(2)(2007): LEE YOOK HENG, MANAFERRY MADHAN, PENNY SUMOK & LEE NYANTI CHUKONG

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KUALITI AIR SUNGAI MIRI, MIRI SARAWAK ( ) BERDASARKAN INDEKS KUALITI AIR MOHO JOHAN BIN JUSOH

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

IMPAK AKTIVITI ANTROPOGEN DAN FAKTOR YANG BERKAITAN TERHADAP KUALITI AIR SUNGAI TROPIKA, SUNGAI PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

KEBOLEHTELAPAN TANAH LATERIT TERHADAP PENANAMAN RUMPUT VETIVER

Muhd Fadhlullah Bin Rashid Kolej Komuniti Pasir Mas

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

KUALITI AIR DI SUNGAI KESIT, BATANG LEMANAK, ENGKILILI, SARAWAK

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

3 bulan / 3 months 6 bulan / 6 months 9 bulan / 9 months 12 bulan / 12 months

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

KEPEI,BAGAIAN DAN KELlMPAIIAN SPESlESAMFIBIADI KAWASAN BAm KAPUR BAU, SARAWAK. Camellina Joyce Ak Duyun

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Survey on Perak and Selangor 3 messages

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Faculty of Engineering

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

LAPORAN KAJIAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN - SATU PERINGATAN KEPADA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

PERBANDINGAN KOMPOSISI SPESIES IKAN DI KAWASAN AIR KERUB (BROWN WATER) DAN AIR IIITAM (BLACKWATER) DI BATANG O RANG, BALAI RINGIN, SERIAN

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

Transcription:

PENENTUAN NILAI KUALITI AIR SISA DI PASAR BESAR KUANTAN Siti Salwa binti Mohamad Noor Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (salwa.noor.poli@1govuc.gov.my) Nur Bazilah binti Ishak Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (nurbazilah@polisas.edu.my) Noor Lida binti Jusoh Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (noorlida@polisas.edu.my) ABSTRAK Pasar Besar Kuantan merupakan kemudahan yang disediakan pihak kerajaan tempatan bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan barang keperluan harian. Aktiviti pembersihan, basuhan dan hasil daripada aktiviti penjualan barangan basah dan kering menyumbangkan air sisa dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Hal ini jika tidak diuruskan dengan baik akan mendatangkan masalah pencemaran, bau dan estetik kepada alam sekeliling dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti air sisa dan mengenalpasti cara pengurusan air sisa di Pasar Besar, Kuantan. Sampel diambil dari Pasar Besar Kuantan dan dianalisa di makmal Universiti Malaysia Pahang. Ujikaji dan analisis dijalankan berpandukan tujuh parameter iaitu Oksigen Terlarut (DO), ph, Suhu, Jumlah Pepejal Terampai (TSS), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dan Nitrogen Ammonia. Keputusan yang diperolehi kemudiannya dibandingkan dengan Water Quality Index (WQI). Hasil analisis kajian ini menunjukkan air sisa Pasar Besar Kuantan telah dikategorikan dalam kelas V (28.894). Kelas V merupakan air yang tidak boleh disalurkan ke dalam saliran seperti sungai kerana ia akan mencemarkan alam sekitar. Ini disebabkan oleh Gross Pollutant Trap (GPT) yang terdapat di Pasar Besar Kuantan rosak dan gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu, membina alat penapis air sisa, membaiki serta menaik taraf GPT sedia ada dan mewujudkan sistem penyelenggaraan yang lebih effisien adalah dicadangkan untuk menambahbaikkan pengurusan air sisa di Pasar Besar Kuantan. KATA KUNCI: Water Quality Index, Gross Pollutant Trap 1.0 PENGENALAN Air sisa bermaksud gabungan air sisa cecair atau air yang dihasilkan oleh kediaman, institusiinstitusi, kawasan perindustrian dan perniagaan bersama-sama air permukaan, air bumi atau air ribut (hujan). Air sisa domestik ialah air sisa yang dikeluarkan dari kawasan perumahan, komersil, institusi-institusi dan kemudahan awam yang lain seperti tandas, sinki dan bilik mandi. Biasanya jenis ini mempunyai ciri-ciri yang seragam. Air sisa industri ialah air sisa yang dikeluarkan dari kawasan perindustrian yang mana kebiasaannya air sisa mempunyai ciri-ciri yang berbeza mengikut jenis perindustrian yang dijalankan. Proses pembandaran dan perindustrian yang pesat telah menyebabkan peningkatan kadar pembuangan bahan sisa ke dalam sistem akuatik yang akhirnya menyebabkan kualiti air merosot (Nurain Ma arof & Ang Kean Hua, 2015).

Industri perdagangan komersial yang melibatkan penggunaan bahan mentah dan aktiviti pemprosesan sering kali menghasilkan pelbagai jenis sisa buangan, baik yang telah dirawat mahu pun yang tidak dirawat dan seterusnya dialirkan ke dalam sungai. Salah satu contoh kawasan perdagangan tersebut adalah pasar basah yang menjadi lokasi kajian. Pasar awam dan pasar basah bagi sesebuah kawasan merupakan lokasi penting untuk mendapatkan barang keperluan harian khususnya barangan mentah pada harga yang berpatutan. Kepelbagaian fungsi dan aktiviti pasar menghasilkan air sisa dalam jumlah kuantiti yang banyak dan air sisa ini mendatangkan masalah bau dan aestetik kepada orang ramai. Di dalam masyarakat moden pada masa kini, pengurusan air sisa yang sesuai adalah satu kemestian dan bukan satu pilihan. Sistem pengurusan air sisa direkabentuk untuk mengumpul, merawat dan melupuskan sisa dari manusia dan air sisa. Di Malaysia, sistem pengurusan air sisa dari industri dan perdagangan tidak dibenarkan dialirkan ke dalam sistem rawatan kumbahan perumahan. Kebanyakkan air sisa dari industri dan perdagangan, termasuk dari pasar awam dan pasar basah didapati dialirkan ke dalam sistem air larian permukaan yang berhampiran. 1.1 Penyataan Masalah Secara amnya terdapat beberapa aktiviti di pasar basah atau pasar awam seperti kerja-kerja penyembelihan, pemprosesan dan juga penyediaan bahan mentah untuk dijual kepada para pembeli atau pengguna. Selain dari itu juga terdapat kerja kerja seperti kerja pembersihan kawasan perniagaan, penyimpanan lebihan bahan mentah serta pembuangan sisa pepejal ke kawasan pembuangan sampah. Semasa aktiviti yang dijalankan di pasar akan menyebabkan berlakunya masalah pencemaran secara tidak langsung seperti masalah bau yang tidak menyenangkan serta pelepasan sisa tanpa disedari. Ini seterusnya menyumbang kepada pembiakan serangga, bau busuk, masalah sisa pepejal dan juga masalah air sisa. Air sisa hasil aktiviti-aktiviti di Pasar Besar Kuantan seperti air pengawetan ikan, sisa santan dan bahan mentah serta air basuhan yang dilepaskan memberi kesan kepada kualiti sungai. Melalui pemerhatian terdapat pemandangan yang menjijikkan di dalam takungan sump dan longkang di sekitar kawasan pasar tersebut. Ini bukan sahaja mengganggu keselesaan orang ramai yang berurusan di pasar bahkan ini juga mendatangkan masalah bau dan keselesaankepada pengunjung mahupun pengguna premis yang berdekatan. Selain itu, ia turut menyumbang sebahagian daripada pencemaran air sekiranya sistem saliran air sisa tersebut mengalir terus ke sungai atau sistem air larian permukaan untuk kawasan tersebut. 1.2 Objektif Kajian Antara tujuan atau objektif utama kajian ini adalah: i. Menilai tahap kualiti air sisa di Pasar Besar, Kuantan ii. Mengenal pasti cara pengurusan air sisa di Pasar Besar, Kuantan 1.3 Kepentingan Kajian Di antara kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sistem pengurusan air sisa di Pasar Besar, Kuantan. Selain itu, dapat mencari jalan untuk merawat serta membersihkan air sisa tersebut. Di samping itu, dapat menguji tahap kualiti air sisa tersebut dengan melakukan ujikaji di Makmal Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah.

2.0 SOROTAN KAJIAN Punca utama pencemaran air boleh dikategorikan kepada punca titik (point source) dan punca tidak bertitik (non-point source) (Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2012). Pencemaran punca titik merujuk kepada pelepasan sumber-sumber atau sisa-sisa buangan dari paip atau longkang terus memasuki badan air di lokasi tertentu sementara punca tidak bertitik adalah berkait dengan resapan atau berselerak dan tidak mempunyai pelepasan dari industri, loji rawatan kumbahan dan ladang ternakan (Jadual 1) (Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2012). Dari Jadual 1 jelas menunjukkan Pasar Basah merupakan di antara punca-punca utama pencemaran air di Malaysia. Jadual 1: Komposisi Sumber Pencemaran Air Mengikut Sektor di Malaysia Ranking Jenis Mengikut Punca Bilangan Punca Pencemar Pencemar 1 Loji Rawatan Kumbahan Najis (Sewage Treatment Plant) i. Awam 5800 ii. Persendirian 4083 iii. Tangki Septik 1449383 Persendirian iv. Tangki Septik Komuniti 3631 2 3 4 Institusi Penyedia Khidmat Bekalan Makanan Industri Pembuatan Pasar Basah 192710 4595 865 Sumber : Jabatan Alam Sekitar, 2012 2.1 Sejarah Pasar Besar Kuantan Pasar ini dibina pada tahun 1970 dengan keluasan 100m 100m dengan pelbagai gerai basah dan juga kering. Pasar Besar Kuantan ini telah beroperasi lebih 40 tahun yang lalu. Pada tahun 1972, Pasar Besar Kuantan ini telah dirasmikan oleh Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah. Pasar ini menjadi tumpuan penduduk di Kuantan untuk mencari barang keperluan harian mereka setiap hari. Sehingga hari ini pasar tersebut masih digunakan oleh peniaga-peniaga untuk menjual barangbarang kepada pembeli. Pasar Besar Kuantan ini diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Di antara jenis jenis gerai yang terdapat di Pasar Besar Kuantan ialah 111 buah gerai ikan basah, 112 buah gerai sayuran, 16 buah gerai daging, 3 buah gerai ayam bersih, 42 buah kedai pelbagai, 40 buah gerai khinzir (bangunan luar pasar) dan pelbagai jenis lagi gerai dan kedai yang terdapat di Pasar Besar Kuantan. 2.2 Pengurusan Air Sisa Di Pasar Besar Kuantan Pada tahun 2013, pihak MPK telah membina Gross Pollutant Trap (GPT) di Pasar Besar Kuantan. Tujuannya adalah untuk menyekat sampah-sampah besar daripada terus ke Sungai Galing. Selain itu, perangkap tersebut untuk menyahkan bau busuk di pasar tersebut. Bahan kimia iaitu Biowin digunakan untuk ubat pencegah bau. Semua air disalurkan ke loji kumbahan (GPT) dan ditapis dan seterusnya disalurkan ke Sungai Galing. Kerja-kerja

penyelenggaraan dilakukan tiga bulan sekali oleh pihak berkenaan. Kerja-kerja penyelenggaraan dibahagikan kepada dua iaitu Konkraktor Alam Flora Sdn. Bhd. dan pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Kontraktor Alam Flora Sdn. Bhd. bertanggungjawab membuat penyelenggaraan untuk pembersihan loji dengan menyedut semua sisa-sisa sampah di dalam longkang di sekitar luar pasar tersebut. Rajah 1 menunjukkan pelan lantai dan laluan air sisa di Pasar Besar Kuantan. 2.2.1 Gross Pollutant Trap Rajah 1: Pelan Lantai Pasar Besar Kuantan Pemasangan GPT merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengurangkan masalah pencemaran pada titik (Noor Suraya Romli, 2008). Ini kerana alat ini menghalang bahan buangan seperti sampah dan debris daripada mencemarkan saliran air sungai. Umumnya alat ini akan mengumpulkan sisa buangan seperti daun, botol, plastik beg dan bahan pakai buang. Kebiasaannya lokasi alat ini diletakkan di penghujung sistem saliran air di mana air yang dilepaskan memberi impak dari segi kualiti dan kuantiti air sungai. Namun begitu GPT yang terdapat di loji Pasar Besar itu masih digunakan tetapi tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap GPT tidak dilakukan dengan efektif. GPT yang sedia ada hanya mampu menyekat sampah-sampah besar yang dibuang daripada pasar besar sahaja. Sampah tersebut diambil oleh pihak yang bertugas secara berkala. Kos penyelenggaraan terhadap Gross Pollutant Trap (GPT) memerlukan kos yang amat tinggi untuk menyelenggaranya. Rajah 2 dan 3 menunjukkan keadaan semasa GPT di Pasar Besar Kuantan.

Rajah 2: Keadaan persekitaran GPT di Pasar Besar Kuantan 3.0 METODOLOGI KAJIAN Rajah 3: Keadaan dalam GPT Kajian ini memerlukan peninjauan di kawasan kajian untuk mengenalpasti keadaan sebenar sistem saliran sedia ada di Pasar Besar, Kuantan dan juga pengambilan sampel air sisa untuk menjalankan ujikaji kualiti air sisa. Terdapat tujuh ujikaji untuk menentukan tahap kualiti air sisa di Pasar Besar, Kuantan. Ujikaji yang dijalankan ialah Ujian Oksigen Terlarut (DO), Ujian Nilai ph, Ujian Suhu, Ujian Pepejal Terampai (SS), Ujian Permintaan Oksigen Kimia (COD), Ujian Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dan akhir sekali ialah Ujian Nitrogen Ammonia (NH 3 N). Sampel air diambil sebanyak empat kali pada tarikh yang berbeza iaitu pada 20 Julai 2016 (Rabu), 22 Julai 2016 (Jumaat), 27 Julai 2016 (Rabu) dan akhir sekali pada 29 Julai 2016 (Jumaat) di Pasar Besar, Kuantan. Sampel air sisa diambil pada dua lokasi yang berbeza iaitu pada lokasi sebelum air memasuki tangki GPT (influent) dan selepas tangki GPT (effluent). Sampel air diambil dengan menggunakan kaedah grab sampling atau pengambilan sampel air dengan tangan. Sampel dibawa ke makmal Universiti Malaysia Pahang untuk dianalisis. Analisis yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti kandungan keenam-enam parameter Water Quality Index yang terdapat dalam air sisa. Parameter yang dianalisa di tapak ialah suhu air dan kandungan Oksigen Terlarut (DO) serta Indeks Kealkalian dan Keasidan (ph). Sementara itu analisis yang dilakukan di makmal melibatkan parameter-parameter Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Nitrogen Ammonia (NH 3 N) dan Pepejal Terampai (SS).

4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN Hasil analisis ke atas setiap parameter kualiti air sisa Pasar Besar Kuantan adalah seperti berikut: 4.1 Indeks Kealkalian dan Keasidan Ujikaji nilai ph dilakukan untuk mengukur keasidan dan kealkalian sesuatu larutan. Ujikaji suhu pula untuk menentukan bagaimana komponen, sub-sistem dan sistem lengkap berkelakuan dalam persekitaran teruk. Jadual 2 menunjukkan bacaan ph dan suhu yang diambil di kawasan kajian. Jadual 2: Keputusan nilai ph dan suhu bagi sampel di kawasan kajian TARIKH ph SUHU Influent Effluent Influent Effluent 21/7/16 6.4 6.4 26.9 28.4 22/7/16 6.4 6.3 28.0 27.0 27/7/16 6.6 6.8 27.4 27.1 29/7/16 6.4 6.6 29.2 27.3 Hasil analisis menunjukkan nilai ph tertinggi ialah 6.8 iaitu bacaan pada sampel air yang diambil dalm tangki selepas GPT manakala terendah ialah 6.4. Ini menunjukkan secara keseluruhan purata Indeks Kealkalian (ph) air sisa di Pasar Besar Kuantan menghampiri 7. 4.2 Ujian Nitrogen Ammonia Ammonia adalah sebatian yang biasanya terdiri daripada proses degradasi bahan organik bernitrogen. Ammonia yang tidak terion adalah toksik kepada hidupan akuatik. Apabila larut di dalam air, NH 3 akan bertindak balas dengan air untuk membentuk ion ammonia NH 4 dengan bakinya kekal sebagai NH 3. NH 3 boleh dioksidakan kepada nitrit NO 2 dan kemudiannya kepada nitrat NO 3 oleh bakteria Nitrosomonas dan nitrobacter. Proses pengoksidaan NH 3 kepada NO 3 pula menggunakan oksigen terlarut dalam kuantiti yang banyak. Kandungan NH 3 dalam air diukur berdasarkan jumlah kepekatan ammonia. NH 3 dalam konsentrasi yang sedikit dan juga NO 3 menjadi sumber penting kepada pertumbuhan alga (Nurain Ma arof & Ang Kean Hua, 2015). Rajah 4 menunjukkan keputusan analisis untuk ujikaji Nitrogen Ammonia. Merujuk kepada analisis uijikaji ini nilai Nitrogen Ammonia yang paling tinggi ialah 1.43mg/l iaitu pada aliran influent dan bacaan terendah ialah 0.26mg/l iaitu bacaan pada effluent. Peningkatan yang ketara ditunjukkan pada tarikh 1/8/2016 mungkin kerana berlakunya peningkatan aktiviti pada hari berkenaan berbanding hari-hari lain.

Rajah 4: Graf Ujikaji Nitrogen Ammonia Berlawan Masa 4.3 Ujikaji Oksigen Terlarut (DO) Ujikaji ini adalah untuk menentukan kadar pencemaran dalam sesebuah jasad air. Keadaan oksigen terlarut seringkali dikaitkan dengan suhu air. Rajah 5 dibawah menunjukkan graf ujikaji Oksigen Terlarut (DO). Dari analisis ini didapati kesemua bacaan DO adalah meningkat pada sampel selepas tangki GPT berbanding sampel sebelum memasuki tangki GPT. Rajah 5: Graf ujikaji Oksigen Terlarut melawan masa 4.4 Ujian Permintaan Oksigen Kimia (COD) Parameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) lazimnya digunakan untuk menyukat air yang tercemar oleh bahan kimia hasil daripada aktiviti manusia (Nurain Ma arof & Ang Kean Hua, 2015). Ia juga boleh ditakrifkan sebagai jumlah oksigen yang diperlukan bagi pengoksidaan sesuatu bahan sebatian. Analisis menunjukkan nilai bacaan parameter terendah ialah 221 mg/l dan tertinggi ialah 1147mg/l. Dari analisis jelas menunjukkan terdapat penurunan bacaan pada sampel selepas tangki GPT berbanding sampel yang diambil sebelum aliran air sisa memasuki tangki GPT. Rajah 6 menunjukkan graf COD melawan masa bagi sampel air sisa yang diambil.

Rajah 6: Graf ujikaji COD melawan masa 4.5 Ujian Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) Ujian parameter BOD dijalankan untuk mengetahui kuantiti oksigen yang digunakan semasa tindakbalas penguraian bahan organik yang berlaku secara semulajadi. Keputusan BOD menunjukkan nilai tertinggi ialah 26.2mg/l dan terendah ialah 17.9mg/l. Punca pencemaran datang dari sisa air basuhan, sisa air pengawetan ikan dan sisa kumbahan dari gerai-gerai ayam segar yang terdapat di Pasar Besar Kuantan. Rajah 7: Graf BOD melawan masa 4.6 Ujikaji Jumlah Pepejal Terampai (TSS) Ujikaji ini adalah untuk memberi pengukuran kekeruhan air. Disamping itu ujikaji ini dapat mengenal pasti jumlah pepejal terampai yang ada pada sampel. Secara keseluruhannya terdapat perubahan pada jumlah sisa pepejal terampai bagi sampel air sisa sebelum tangki GPT dan pada sampel selepas tangki GPT. Terdapat penurunan bacaan yang dicatatkan Ini menunjukkan GPT masih lagi dapat berfungsi walaupun bukan pada kadar yang optimum. Rajah 8 menunjukkan graf Pepejal Terampai (SS) melawan masa bagi sampel air yang diambil.

Rajah 8: Graf pepejal terampai (SS) melawan masa Daripada analisis ini nilai purata keseluruhan ujikaji dikira untuk pengiraan dalam persamaan Water Quality Index. Jadual 3 menunjukkan nilai purata ujikaji bagi setiap ujikaji iaitu ujian nilai ph, ujian Suhu, ujian Nitrogen Ammonia, ujian Oksigen Terlarut (DO), ujian Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), ujian Permintaan Oksigen Kimia (COD) dan ujian Jumlah Pepejal Terampai (TSS) Jadual 3: Nilai purata ujikaji bagi setiap ujikaji NO UJIKAJI NILAI PURATA UJIKAJI 1 ph 6.53 2 Suhu 27.5 3 Nitrogen Ammonia 0.74 5 Oksigen Terlarut 8.06 6 Permintaan Oksigen 22.3 Biokimia (BOD) 7 Permintaan Oksigen 445 Kimia (COD) 9 Jumlah Pepejal Terampai (TSS) 7.9 Dari nilai purata ujikaji bagi setiap ujikaji yang dinyatakan digunakan untuk mengira Water Quality Index(WQI): EqI=(0.22 SIDO)+(0.19 SIBOD)+(0.16+SICOD)+(0.15 SIAN)+(0.16 SISS)+(0.12 SIp H) =(0.22 1.449)+0.19 6.311+(0.16 (-17.799))+0.15 31.348+(0.16 86.614)+(0.12 97.200) =0.319+1.199-2.848+4.702+13.858+11.664 =28.894 < 31.0 (class V)

5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa kualiti air sisa di Pasar Besar Kuantan adalah pada tahap tercemar (Kelas V). Parameter-parameter seperti Nitrogen Ammonia, BOD dan COD didapati tinggi manakala ph berada dalam keadaan neutral iaitu tidak berasid dan tidak beralkali. Namun begitu parameter Oksigen Terlarut dan Pepejal terampai berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu sebagai cadangan, membina alat penapis air sisa, membaiki serta menaik taraf GPT sedia ada dan melakukan penyelenggaraan, dan pembersihan tangki air sisa yang lebih tersusun dan berkala adalah perlu untuk menambahbaikkan pengurusan air sisa di Pasar Besar Kuantan. Diharapkan dengan langkah-langkah yang dicadangkan ini dapat memperbaiki kualiti air sisa sebelum dilepaskan masuk ke Sungai Galing. RUJUKAN Noor Suraya Ramli (2008). Evaluation and Performance of Gross Pollutant Traps (GPTs) for Open Channel Flow. Retrieved from http://www.eprints.utm.my/9574/4/noorsurayaromalimfka2008.pdf Nur ain Maarof & Ang Kean Hua (2015). Kualiti Air Sungai UTM: Satu penilaian awal berpandukan Enam Parameter Indeks Kualiti Air. Retrieved from http://www. Ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/18434/5815 JAS (2008). Laporan Kualiti Alam. JAS. Kuala Lumpur BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS Siti Salwa binti Mohamad Noor. Berasal dari Serdang, Kedah. Memperolehi Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (2002). Seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di KUiTTHO (2004). Beliau juga memperolehi Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari UTHM pada 2014. Mula berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Kuching pada tahun 2004 dan kini sedang berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah dari 2007 sehinggalah sekarang. Nur Bazilah binti Ishak berasal dari Taiping, Perak. Memperolehi Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan juga pemegang ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Tun Hussein Onn (2014). Beliau sudah 10 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kejurteraan Awam, Politeknk Sultan Hj. Ahmad Shah Noor Lida binti Jusoh berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.. Berkelulusan Diploma Umur Bahan dan Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1981 sehinggalah sekarang sebagai di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Pahang.