KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA


IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Survey on Perak and Selangor 3 messages

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

Kepimpinan transformasi dalam kalangan kepimpinan JKKK Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS INFLUENCING THE SUCCESS OF ICT TELECENTRE PROJECTS IN RURAL COMMUNITIES IN MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) SEBAGAI PEMANGKIN PEMBINAAN NILAI-NILAI PROAKTIF, KREATIF, INOVATIF DAN CEMERLANG KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH UNIT PENGUATKUASAAN DI PEJABAT TANAH

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

CURRICULUM VITAE SALIM BIN HASSAN. Warganegara (Citizenship) Malaysia (Malaysian) Pensyarah Kanan (Senior Lecture)

ASPEK PERANCANGAN BANDAR YANG MEMPENGARUHI REBRANDING BANDARAYA ALOR SETAR DALAM KONTEKS PELANCONGAN

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF MANAGEMENT PERSONNEL ON THE INTRODUCTION OF HOME OFFICE SYSTEM IN THEIR ORGANISATIONS GUNA SEELAN RETHINAM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

PELAKSANAAN TATACARA PELANTIKAN PELELONG BERLESEN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR NURUL ASMAA BINTI MAAKUL

JURNAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS KUANTITATIF

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

THE SCENARIO OF TRAINING OFFERED BY PUBLIC TRAINING INSTITUTIONS IN 2016

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

Transcription:

Volume: 1 Issues: 2 [December, 2016] pp.01-09] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal homepage: www.ijgc.com KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH. EFFECTIVENESS OF KAMPUNG DEVELOPMENT AND SAFETY COMMITTEE (JKKK) DI KUBANG PASU DISTRICT, KEDAH. Zainal Md Zan 1 Mohd Fitri Abdul Rahman 2 1,2 Senior Lecturer, School of Government, UUM College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia Accepted date: 9 November 2016 Published date: 31 December 2016 To cite this document: Zan, Z. M., & Rahman, M. F. A. (2016). Keberkesanan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (Jkkk) Di Daerah Kubang Pasu, Kedah. International Journal of Law, Government and Communication, 1(2), 1-9. Abstract: Village Development and Security Committee (JKKK) plays a fundamental role in Malaysia s development. It became an agent of transformation of rural communities and responsible for socio-economic mobilizations at the grassroots level. However, the effectiveness of JKKK in development is often debated. This paper presents the findings of a study conducted in Kubang Pasu, Kedah to measure the effectiveness of JKKK. 259 respondents from among the JKKK in Kubang Pasu District were involved. The results showed that the JKKK in Kubang Pasu play its role effectively. Three of the most critical challenges faced by the JKKK have been identified which are: budget in management, dissension society due to political affiliation and low interest youth in organized activities. Keywords: Rural development, Village Development and Security Committee (JKKK) Abstrak: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan negara. Ia menjadi agen transformasi komuniti luar bandar yang bertanggungjawab mengerakkan sosioekonomi penduduk di peringkat akar umbi. Keberkesanan agen pembangunan yang sangat rapat dengan komuniti ini seringkali diperdebatkan. Kertas ini membentangkan dapatan kajian yang dilakukan di Daerah Kubang Pasu, Kedah terhadap seramai 259 orang responden yang terdiri daripada JKKK di Daerah Kubang Pasu bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan peranan JKKK. Hasil analisis 1

kajian mendapati JKKK di Daerah Kubang Pasu memainkan peranannya dengan berkesan. Selain itu juga, kajian dapat mengenalpasti tiga cabaran yang paling kritikal yang dihadapi oleh JKKK di Daerah Kubang Pasu iaitu masalah kos-kos pengurusan kampung, pepecahan masyarakat akibat fahaman politik dan minat belia yang rendah dalam aktiviti yang dianjurkan. Kata Kunci: Pembangunan Luar Bandar, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) 1.0 Pengenalan Kesejahteraan masyarakat merupakan matlamat utama dalam proses pembangunan negara yang memerlukan tumpuan dalam pelbagai dimensi seperti perubahan terhadap struktur masyarakat, sikap dan institusi serta turut melibatkan pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan dan ketidakadilan dalam masyarakat. Ianya juga melibatkan proses menyusun dan mengorientasikan semula sistem ekonomi dan sosial, peningkatan pendapatan, peningkatan pengeluaran, perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, adat resam dan kepercayaan (Todaro, 1977; Rozali Hashim, 2005). Kejayaan sesuatu pembangunan yang dirancang juga bergantung kepada peranan komuniti sebagai pendokong kemakmuran dan kemajuan sesuatu kawasan. Komuniti haruslah terlibat secara langsung seiring dengan kosep kelestariannya iaitu pelaksanaan urus tadbir yang baik, akauntabiliti, penyertaan dan disentralisasi kuasa, kebolehramalan, dan ketulusan (Rogers et al., 2008). Melalui penglibatan secara langsung ini, pelbagai faedah dihasilkan malahan berupaya mempengaruhi hala tuju sesuatu pembangunan sesuai dengan keperluan, keinginan dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dalam hal ini, pemimpin peringkat bawahan memainkan peranan penting dalam mengepalai dan menggerakkan penglibatan masyarakat luar bandar dalam perancangan dan pembangunan. Dalam sesebuah komuniti, kepimpinan yang berkesan penting agar dapat memastikan kejayaan dalam pelaksanaan program pembangunan luar bandar yang dirangka oleh kerajaan. Kepimpinan luar bandar juga berperanan sebagai perantara di antara kerajaan dan masyarakat berkaitan agenda pembangunan negara. Namun, akhir-akhir ini kepimpinan luar bandar dilihat semakin kurang memberangsangkan dan kehilangan pemimpin yang berpotensi dan berkaliber. Hal ini disebabkan oleh penghijrahan generasi muda yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi ke bandar. Kekurangan generasi yang berpontensi dan berkaliber menjadi masalah yang serius kerana modal insan yang cemerlang dan kepimpinan yang baik adalah aset penting yang berperanan dalam pembangunan kawasan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan (Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar, 2010). 2.0 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan sebagai satu bentuk saluran untuk menyalurkan projek pembangunan fizikal dan mental kepada komuniti luar bandar (Anuar Long, 2000). JKKK merupakan agen pentadbiran dan pembangunan di peringkat bawahan dan paling hampir dengan penduduk kampung. Hubungan yang rapat dan dekat ini membolehkan JKKK memahami denyut nadi dan 2

segala kehendak serta keperluan masyarakat. JKKK juga membolehkan wujudnya ruang dan peluang kepada rakyat bersama-sama melibatkan diri dalam proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan setempat (Yusof Abdullah, 2003). JKKK juga tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan. Selain itu, JKKK juga bertanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Badan ini juga berperana sebagai mata dan telinga pihak kerajaan di peringkat kampung dalam usaha mendengar, memerhati serta menerima segala bentuk aduan rakyat mengenai segala masalah atau konflik yang berlaku di dalam kawasan komuniti tersebut. Namun demikian, pelbagai isu berkaitan kepimpinan, fungsi dan peranan JKKK menjadi cabaran kepada institusi tersebut melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat. Antara kelemahan dan masalah yang seringkali dihadapi oleh JKKK ialah soal politik kepartian yang mendasari kepimpinan JKKK (Anuar Long, 2000), taraf pendidikan ahli JKKK yang rendah (Bahagian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar, 1978) sistem penyampaian maklumat yang digunapakai oleh JKKK di sesetengah tempat yang kurang berkesan (Norazrin Sabrun, 2011), kurangnya penglibatan masyarakat setempat terutamanya golongan belia dalam aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK dan kurang memahami peranan masing-masing dalam meningkatkan sosioekonomi komuniti luar bandar kerana kurang pengetahuan dan pertindihan tugas (Anuar Long, 2000). 3.0 Keberkesanan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK): Kajian Kes Daerah Kubang Pasu, Kedah Menerusi kajian ini, populasi yang dikaji adalah ahli-ahli JKKK di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Seramai 259 orang daripada ahli JKKK di Daerah Kubang Pasu, Kedah terlibat dan dipilih secara rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memilih skor yang tinggi dan hampir kesemua aspek yang dikaji adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu secara keseluruhannya, JKKK di Daerah Kubang Pasu telah memainkan peranannya dengan berkesan dalam memenuhi agenda tranformasi komuniti luar bandar. Bagi aspek cabaran-cabaran yang dihadapi terdapat tiga cabaran yang paling mendapat skor tertinggi iaitu cabaran mengenai masalah kos-kos pengurusan kampung, pepecahan masyarakat akibat fahaman politik dan minat belia yang rendah dalam aktiviti yang JKKK laksanakan. 3.1 Kesedaran Peranan JKKK dalam Membangunkan Kawasan Kajian Tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh JKKK dalam membangunkan kawasan pentadbiran mereka diukur melalui tahap kesedaran dan kefahaman JKKK dalam memainkan peranannya sebagai pemimpin di peringkat kampung. Kajian mendapati kekerapan responden seperti di bawah berdasarkan kenyataan-kenyataan berikut: i. Sebanyak 64.1 peratus (166 orang) responden dengan nilai min 4.6 bersetuju bahawa JKKK bertanggungjawab menjaga keselamatan kampung. ii. sebanyak 61.4 peratus (159orang) responden dengan nilai min 4.6 sangat setuju dengan kenyataan JKKK menjadi penghubung antara komuniti dengan kerajaan menunjukkan iii. Sebanyak 47.9 peratus (107orang) responden dengan nilai min yang diperolehi adalah 4.3 bahawa JKKK bertanggungjawab membangunkan ekonomi penduduk kampung. 3

iv. Sebanyak 47.9 peratus (124 orang) responden dengan nilai min 4.4 responden setuju bahawa JKKK perlu merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung. v. 46.3 peratus (120 orang) responden dengan nilai min 4.4 sangat bersetuju bahawa JKKK bertindak menyelaras program-program yang dilaksanakan di kampungkampung. Jadual 1 menunjukkan tahap kesedaran responden terhadap peranan JKKK dalam membangunkan kawasan kajian. tahap tersebut dibahagi kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Secara keseluruhannya tahap kesedaran responden terhadap peranan JKKK dalam membangunkan kawasan kajian adalah tinggi. Ini dapat dilihat dengan peratusan tertinggi responden adalah pada tahap tinggi iaitu 95.4 peratus (247 responden). Jadual 1: Tahap Kesedaran JKKK dalam Membangunkan Kawasan Kajian Perkara Bilangan Subjek (Responden) Peratusan Min Kesedaran JKKK dalam Membangunkan Kawasan Kajian Rendah Sederhana Tinggi 1 11 247 0.4 4.2 95.4 3.0 Sumber: Kajian Lapangan, 2013. 3.2 Kemahiran dan Kebolehan responden dalam mentadbir kawasan kajian Selain itu, kemahiran dan kebolehan JKKK dalam melaksanakan tugasnya sebagai JKKK diukur melaui lima soalan yang diutarakan seperti berikut: i. Bagi kenyataan Saya tahu mengunakan teknologi Komputer dalam tugasan harian, sebahagian besar responden setuju dengan 43 peratus (112 orang) responden dengan nilai min 3.7. ii. Bagi kenyataan Saya selalu mengunakan internet untuk tugasan harian, kekerapan tertinggi responden adalah bagi jawapan setuju dengan 32 peratus (83 orang) responden dengan nilai min 3.3 iii. Bagi kenyataan Saya menguasai bahasa inggeris dengan baik, kekerapan sebahagian besar responden adalah tidak pasti iaitu sebanyak 39.8 peratus (103 orang) responden dengan nilai min 2.8. iv. Bagi kenyataan saya peka terhadap isu-isu semasa, kekerapan responden bagi jawapan setuju adalah sebanyak 51.4 peratus (133 orang) responden dengan nilai min 4.1. v. Bagi kenyataan Saya boleh berucap dengan baik di depan orang ramai mendapati jawapan setuju iaitu sebanyak 44.4 peratus (115 responden) dengan nilai min 3.8. 4

Jadual 2: Tahap Kemahiran dan Kebolehan Responden Mentadbir Kawasan Kajian Perkara Bilangan Subjek (Responden) Peratusan Min Kemahiran dan Kebolehan Responden Mentadbir Kawasan Kajian Rendah Sederhana Tinggi 10 137 112 3.9 52.9 43.2 Sumber: Kajian Lapangan, 2013. Jadual 2 menunjukkan tahap kemahiran dan kebolehan dalam mentadbir kawasan kajian. Tahap tersebut dibahagi kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Secara keseluruhannya tahap kemahiran dan kebolehan responden dalam mentadbir kawasan kajian adalah sederhana. Ini dapat dilihat dengan peratusan tahap sederhana adalah paling tertinggi iaitu 52.9 peratus (137 responden) dan min keseluruhan yang diperolehi adalah 2.4. 2.4 3.3 Keberkesanan JKKK di Kawasan Kajian Selain itu terdapat tujuh belas soalan dikemukakan bagi menilai kesan kepimpinan JKKK ke atas kawasan pentadbiran mereka sama ada JKKK berjaya atau pun tidak mentadbir kawasan mereka dengan melakukan pembaharuan. i. Item pertama JKKK kampung ini berjaya meningkatkan pendidikan anak-anak kampung menunjukkan sebanyak 30.1 peratus (78 orang) responden sangat setuju iaitu dan nilai min yang diperolehi adalah 4.1. ii. Item kedua JKKK kampung ini sering mengendalikan latihan-latihan kepada masyarakat menunjukkan sebanyak 45.2 peratus (78 orang) responden adalah setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 3.7. iii. Item ketiga JKKK kampung ini sering melaksanakan program-program pertanian yang dirancang menunjukkan sebanyak 41.7 peratus (108 orang) responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 3.8. iv. Item keempat JKKK kampung ini sering bermesyuarat berkaitan pembangunan kampung menunjukkan iaitu sebanyak 50.2 peratus (130 orang) responden sangat setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.4. v. Item kelima JKKK selalu di rujuk oleh penduduk di kampung ini menunjukkan. iaitu sebanyak 47.5 peratus (123 orang) daripada responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.3. vi. Item keenam JKKK kampung ini mendapat kerjasama penuh daripada masyarakat menunjukkan sebanyak 45.2 peratus (117 orang) responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.3. vii. Item ketujuh JKKK kampung ini berjaya mengurangkan masalah kemiskinan di kampung ini menunjukkan sebanyak 48.6 peratus (126 orang) responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.1. viii. Item kelapan JKKK kampung ini sentiasa mempunyai idea-idea baru menunjukkan. Jawapan tertinggi daripada responden adalah setuju iaitu sebanyak 50.2 peratus (130 orang) dan nilai min yang diperolehi adalah 4.1. ix. Item kesembilan JKKK kampung ini sering menyampaikan maklumat daripada kerajaan kepada penduduk menunjukkan sebanyak 47.9 peratus (124 orang) responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.4. 5

x. Item kesepuluh JKKK kampung ini berjaya menjaga keselamatan kampung menunjukkan sebanyak 53.3 peratus (138 orang) responden adalah setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.3. xi. Item kesebelas JKKK kampung ini berjaya memastikan kemudahan infrastruktur yang baik menunjukkan sebanyak 55.2 peratus (143 orang) responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.2. xii. Item kedua belas JKKK kampung ini berjaya memastikan kemudahan jalan raya yang baik menunjukkan sebanyak 49 peratus (127 orang) setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.2. xiii. Item ketiga belas JKKK Berjaya memastikan kemudahan bekalan air yang memuaskan menunjukkan sebanyak 47.9 peratus (124 orang) setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.2. xiv. Item empat belas Agensi kerajaan selalu datang ke kampung ini bekerjasama dengan JKKK melaksanakan program-program menunjukkan sebanyak 45.6 peratus (118 orang) responden setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.9. xv. Item kelima belas Keputusan JKKK sering mendapat bantahan daripada penduduk menunjukkan sebanyak 25.9 peratus (67 orang) tidak setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 2.6. xvi. Item keenam belas Secara umumnya JKKK kampung ini berkesan memainkan peranannya menunjukkan. Jawapan tertinggi daripada responden adalah setuju iaitu sebanyak 54.4 peratus (141 orang) dan nilai min yang diperolehi adalah 4.2. xvii. Item ketujuh belas Secara keseluruhannya, JKKK kampung ini berjaya membangunkan kampung menunjukkan sebanyak 51.7 peratus (134 orang) responden adalah setuju dan nilai min yang diperolehi adalah 4.2. Jadual 3 merupakan tahap keberkesanan JKKK di kawasan kajian. Tahap tersebut dibahagi kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Secara keseluruhannya tahap sikap responden dalam kepimpinan JKKK adalah tinggi. Ini dapat dilihat dengan peratusan tahap tinggi adalah paling tertinggi iaitu 81.1 peratus (210 responden) dan min keseluruhan yang diperolehi adalah 2.8. Jadual 3: Tahap Keberkesanan JKKK di Kawasan Kajian Perkara Bilangan Subjek (Responden) Peratusan Min Keberkesanan JKKK di Kawasan Kajian Rendah Sederhana Tinggi 4 45 210 1.5 17.4 81.1 2.8 Sumber:Kajian Lapangan, 2013. 4.0 Cabaran JKKK Kawasan Kajian dalam Pembangunan Komuniti Luar Bandar 6

Dalam JKKK memainkan peranannya, pelbagai isu dan masalah dihadapi. Kajian mendapati beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh JKKK seperti ditunjukkan dalam Carta 1. Terdapat sembilan cabaran yang dikemukakan oleh responden berdasarkan kawasan masing-masing. Dapatan mendapati, cabaran yang paling kritikal dengan peratusan yang besar yang dihadapi oleh responden adalah masalah kos-kos pengurusan kampung. Selain itu terdapat cabarancabaran lain yang kritikal seperti perpecahan masyarakat akibat fahaman politik, minat belia yang rendah terhadap aktiviti yang dilaksanakan, penerimaan penduduk terhadap JKKK yang lemah, masalah kekangan masa, tahap pengetahuan JKKK yang rendah, ahli JKKK yang tidak peka terhadap dasar-dasar kerajaan, masalah kerjasama di antara ahli dan aspek komunikasi JKKK yang lemah. Minat belia yang rendah dalam aktiviti yang dilaksanakan Masalah kerjasama di antara ahli JKKK Ahli JKKK tidak peka terhadap dasar kerajaan 6.6% 7.4% 11.9% Masalah kos-kos pengurusan kampung 21% Masalah kekangan masa Aspek komunikasi JKKK yang lemah Tahap pengetahuan JKKK yang rendah Penerimaan penduduk terhadap JKKK yang lemah Perpecahan masyarakat akibat fahaman politik 9.8% 6.2% 9.6% 11.3% 16% 0 10 20 30 Sumber: Kajian Lapangan, 2013. Carta 1: Cabaran-cabaran yang Dihadapi JKKK 5.0 Rumusan Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa JKKK dapat menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagai institusi yang paling hampir dengan masyarakat. Kesedaran yang tinggi responden menunjukkan bahawa mereka tahu akan tanggungjawab yang dipikul. Namun demikian, dapatan menunjukkan tahap kemahiran dan kebolehan responden sebahagian besarnya pada tahap sederhana dan tinggi. Akhir sekali kajian mendapati pelbagai cabarancabaran masakini yang dihadapi oleh JKKK dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Cabarancabaran ini sudah pastinya memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan program pembangunan di peringkat lokal. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan JKKK masakini dalam membangunkan kawasan kajian. Ia juga diharapkan dan dapat membantu pihak JKKK khususnya dalam menjalankan tanggunjawab mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam pembangunan komuniti luar bandar. Bibliografi 7

Anuar Long. (2000). Kebekesanan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sebagai Pemangkin Pembangunan Komuniti Kajian Kes: di Mukim Derang Kota Setar, Kedah. Projek Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial yang tidak di terbitkan, Sekolah Pengurusan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Aronson, E. (2001). Integrating Leadership Styles And Ethical Perspectives.Canadian Journal of Administrative Sciences, 18, 244-256. Azlizan Talib, & Hamzah Jusoh. (2012). Penyertaan Komuniti dalam Bidang Keusahawanan Luar Bandar. Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kertas kerja yang di bentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), 4-6 Jun di Ipoh, Perak. Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. (2011). Permekasaan JKKK/JKKKP. Diakses pada 23 Januari, 2013, daripada Fiedler, F.E. (1967). A Theory Of Leadership Effectiveness. New York: Mc-Graw Hill. Ibrahim Ngah. (2009). Ke arah pembentukan komuniti lestari. Dalam.Yahaya Ibrahim (Pnyt.). Komuniti, pembangunan & transformasi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut Kemajuan Desa (INFRA). (1996). Gerakan Desa Wawasan: Ke Arah Transformasi Kedua Luar Bandar. Institut Kemajuan Desa (INFRA): Kementerian Pembanbangunan Luar Bandar. Kamarudin Ngah. (1991). Pengenalan penyertaan awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kanungo, R. N. (2001). Ethical Values of Transactional and Transformational Leaders. Canadian Journal of Administrative Sciences, 18: 257-265. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. (2010). Buku Majlis Pelancaran Pelan Induk program Pembangunan Luar Bandar. Putrajaya: Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. (2010). Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar. Putrajaya: Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. (2010). Garis Panduan Tatacara Kerja JKKK. Kuala Lumpur. Kerlinger, F.N. (1973). Foundations Of Behavioral Research. New York: Mc Graw Hall Book Company. Bahagian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar (1978). Seminar Nilaian Gerak Pembangunan. Kuala Lumpur. Maimunah Ismail. (1999). Pengembangan Implikasi Ke Atas Pembangunan Masyarakat (Edisi Ke -2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis Daerah Kubang Pasu dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah. (2009). Draf Rancangan Tempatan Daerah Kubang Pasu 2020. Kedah Darul Aman. Malaysia. (2003). Jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan. Cawangan Dokumentasi Parlimen Malaysia. Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Noraniza Yusoff. (2006). Impak Pembangunan Komuniti di Daerah Kubang Pasu dan Pendang. Projek Ilmiah Sarjana Muda Pengurusan Awam yang tidak di terbitkan, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia. Norazian Husin. (2001). Peranan dan Penglibatan Agensi Kerajaan dalam Pembangunan Komuniti Luar Bandar. Projek Ilmiah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial yang tidak diterbitkan, Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Norazrin Sabrun. (2011). Peranan Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Pembangunan Komuniti Luar Bandar Kajian Kes: Kampung Selat Layang-Layang Kiri, 8

Perak. Projek Ilmiah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan yang tidak diterbitkan, Kolej Undang-undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Nurul Natasha Mat Jusoh. (20120. Keberkesanan Perkhidmatan Perbandaran: Kajian Majlis Daerah Setiu, Terengganu. Sarjana Muda Pengurusan Awam Yang Tidak Diterbitkan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Pejabat Daerah dan Tanah Marang, Terengganu. (2013). Senarai Fungsi & Tugas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Diakses pada 21 Mac, 2013, daripada Penolong Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (2011). Temubual. Jabatan Kerajaan Tempatan Putrajaya. Oktober 2011. Razali Mat Zain. (1990). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Rogers, P.P., Jalal, K. F., & Boyd, J. A. (2008). An Introduction To Sustainable Development. New Delhi: Prentice hall Of India. Rozali Hashim. (2005). Pengurusan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suriati Yusof. (2006). Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Terhadap Pembangunan Luar Bandar. Projek Ilmiah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pengurusan Pembangunan dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia. Yusof Abdullah, Noor Rahamah Abu Bakar, Junaenah Sulehan, Abd Hair Awang & Ong P Uay Liu. (2011). Komunikasi dan Pembangunan Komuniti Peringkat Desa: Berkongsi Pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia. Jurnal Melayu, 6, 227-237. Yusof Abdullah. (2003). Keberkesanan Fungsi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Pembangunan Luar Bandar: Satu Kajian Kes. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. 9