FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KERJAYA DALAM BIDANG OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.


Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PENDAPAT PELATIH TERHADAP KURSUS YANG DITAWARKAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA JOHOR MOHD SYAIFUL AKMAL BIN MOHD NAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS: SATU KAJIAN DI KEM BATALION 9 PGA KUALA TERENGGANU

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Salmiah binti Mohd Salleh, Noor Afziha binti Ngarisan dan Ramlah binti Mohd Noor Kolej Komuniti Hulu Langat.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS INFLUENCING THE SUCCESS OF ICT TELECENTRE PROJECTS IN RURAL COMMUNITIES IN MALAYSIA

Pengenalan ABSTRAK. Kata kunci: kesediaan, kakitangan, penempatan semula, UiTM Kampus Raub. Definisi

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

FACTOR INFLUENCING AFTER HOURS ATTENDANCES IN THE MOSQUE ROAD POLYLCLINIC AND EMERGENCY DEPARTMENT, SARAWAK GENERAL HOSPITAL, KUCHING

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

CMT421 E-Business Strategy, Architecture & Design [Strategy, Seni Bina & Reka Bentuk E-Perniagaan]

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

PERBEZAAN ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF BARAT

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Institusi Perbidanan di Selangor,

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KERJAYA DALAM BIDANG OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG MELAKA Penulis 1 Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Anwar Jaafar (anwarjaafar_aj@yahoo.com) Penulis 2 Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Nur Farhani Mohd Ramli (farhani_nur@yahoo.com) Penulis 3 Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Rosnita Hussin (nitahussin@gmail.com) ABSTRAK Industri pelancongan Malaysia telah memperlihatkan potensinya dalam menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara dari segi pendapatan dan guna tenaga. Pembangunan pesat sektor ini telah meningkatkan peluang pekerjaan kepada lepasan sijil, diploma dan ijazah terutamanya kepada graduangraduan yang mengikuti pendidikan secara formal dalam bidang pelancongan dan perhotelan, sama ada pendidikan profesional ataupun vokasional. Usaha bersungguh-sungguh kerajaan serta pihak swasta dalam membangunkan sektor pelancongan negara telah membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam pelbagai sub-sektor pelancongan terutamanya dalam perhotelan. Peluang-peluang ini sudah pastinya memerlukan tenaga kerja yang ramai khususnya dalam bidang Operasi Perhotelan bagi mencapai pertumbuhan pesat yang mampan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-9), 2005-2010. Tujuan kajian adalah untuk mengumpul data dan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kerjaya dalam sektor perhotelan. Populasi kajian melibatkan 90 orang pelajar daripada 120 orang pelajar alumni Sijil Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka yang telah menamatkan pembelajaran bermula dari sesi Mac 2016 sehinga Julai 2017. Merujuk kepada Kusluvan & Kusluvan (2000), pengkaji dapat menentukan arah dan persepsi pelajar terhadap kerjaya dalam industri perhotelan amat terkesan dengan keadaan kerja berat serta memerlukan pengorbanan masa yang panjang dimana ianya dialami oleh pekerja dan sedikit sebanyak mempengaruhi persepsi pelajar sebelum mereka menceburi bidang ini. Berdasarkan kepada data yang dikumpul, analisa akan dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0 untuk mendapatkan keputusan peratus dan min. Kajian ini lebih memberi tumpuan kepada tiga faktor utama iaitu faktor bebanan dan tekanan kerja, status sosial dan gaji dan insentif. Kajian ini mendapati faktor beban dan tekanan kerja menunjukkan peratusan paling tinggi berbanding dengan faktor- faktor yang lain. Kajian ini dapat mewujudkan pemikiran yang positif di kalangan pelajar di samping dapat menarik minat pelajar untuk bekerja dalam industri perhotelan. KATA KUNCI : Faktor Persepsi pelajar, Bebanan dan tekanan kerja,status sosial,gaji dan insentif.

1. PENGENALAN Industri hospitaliti telah memberi sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara (NTP). Sektor hospitaliti negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 billion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014 (Berita Harian, 17 Oktober 2015). Namun begitu, terdapat kekurangan minat kemasukan graduan Hospitaliti menceburi kerjaya bidang ini. Pelajar mempunyai tanggapan yang negatif dan sudah tidak berminat untuk memilih pekerjaan di dalam industri hotel (Mohd Salehuddin et. Al, 2010). Pandangan yang lemah terhadap pekerjaan di dalam bidang hospitaliti menyumbang kepada kesukaran pihak industri ini untuk mendapatkan dan mengekalkan graduan hospitaliti dan pelancongan yang diperlukan (Kusluvan & Kusluvan, 2000). Hal ini akan menyebabkan kekurangan pekerja di dalam sektor ini walaupun saban tahun terdapat ribuan graduan yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS ((Hadi Nordin et. Al, 2013). Walaupun industri ini berkembang dengan pesat, namun fenomena kekurangan tenaga buruh semakin ketara dalam industri perkhidmatan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia (Downe et. Al, 2010). Kekangan mendapat pekerja di industri menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk membuka ruang kemasukan pekerja asing yang kini memenuhi sektor perkhidmatan terutama industri perhotelan dan perkhidmatan makanan dan minuman. Kemasukan pekerja asing ke dalam industri hospitaliti dan pelancongan bukanlah perkara baru. Malah kebanyakan negara maju menggunakan pekerja asing bagi mengisi keperluan pekerja di industri ini. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa bilangan pekerja asing adalah 105 juta di seluruh dunia, dan bahagian mereka dalam industri pelancongan terutamanya sektor hotel dan restoran sedang berkembang dengan pesat (Joppe, 2012). Tidak hairanlah isu berkaitan dengan pengurusan sumber manusia telah dikenalpasti sebagai yang paling merisaukan bagi kedua dua pengurus peringkat industri perhotelan dan eksekutif korporat (Enz, 2009). Oleh kerana pembangunan industri pelancongan yang begitu pesat dewasa ini, memerlukan jumlah tenaga kerja yang besar bagi menyokong sektor-sektor perkhidmatan seperti perhotelan, restoran dan sebagainya. Sektor ini memerlukan pekerja mahir dan mempunyai tahap pendidikan yang formal bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Bagi melatih tenaga kerja mahir dalam bidang hospitaliti ini, pelbagai institusi pengajian tinggi, politeknik dan kolej komuniti menawarkan program-program seperti pengurusan pelancongan dan hospitaliti, seni kulinari dan pengurusan acara yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat. Graduan yang menamatkan pengajian dalam bidang ini dijangka akan menyumbangkan kepakaran mereka dalam sektor perhotelan, restoran, penerbangan dan juga agensi pelancongan. Sebaliknya, berdasarkan kajian literasi, kebanyakan graduan bidang hospitaliti kurang berminat untuk memasuki pasaran kerja di sektor-sektor seperti perhotelan yang memerlukan tenaga kerja yang intensif. Kesannya, industri hospitaliti telah mengalami masalah kekurangan pekerja mahir yang meruncing. Maka dengan ulasan ini, ternyata amat penting sekali untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pekerjaan dalam industri hospitaliti serta attributes yang boleh menarik minat mereka untuk menceburi sektor ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi/pandangan pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka terhadap kesanggupan mereka menceburi industri hospitaliti sebagai kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka di Kolej Komuniti.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 18) Dalam mencapai kemajuan didalam industri perlancongan negara memerlukan pekerjay yang berkemahiran dalam bidang hospitaliti. Namun demikian merujuk kepada data analisis statistik, kadar kebolehpasaran Kolej Komuniti Bukit Beruang pada tahun 2016 hingga 2017 menunjukan hanya 30% sahaja yang pelajar yang bekerja didalam industri perhotelan manakala 70% yang lain bekerja di luar bidang. Walaupun peningkatan dalam penawaran program bidang hospitaliti, masih terdapat masalah dalam mengambil dan mengekalkan pekerja berkemahiran serta mempunyai motivasi dan semangat yang tekad untuk bekerja (Mohd Salehuddin Mohd Zahari, 2004). Kebergantungan kepada pekerja asing adalah di antara penyebab penambahan graduan hospitaliti yang menganggur yang akhirnya hanya akan merugikan negara pada amnya dan pihak berkepentingan khususnya (Rozila Ahmad & Noor Azimin Zainol, 2011). Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, di masa hadapan penawaran program ini yang tidak memberi keuntungan kepada graduan dan terus menyebabkan wang kerajaan dibazirkan. 1.2 PENYATAAN MASALAH Terdapat berberapa faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kerjaya dalam bidang hospitaliti. Antaranya adalah industri ini tidak menarik, banyak menggunakan fizikal, waktu kerja yang terlalu lama, gaji yang rendah yang ditawarkan serta industri hospitaliti ini bercanggah dengan agama dan menyumbangkan kepada kepada keruntuhan moral. Masalah kekurangan pekerja di selesaikan dengan menggunakan pekerja asing untuk mengisi pekerjaan yang tidak di isi oleh pekerja tempatan (Gross, 2001). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk untuk mengenalpasti apakah persepsi pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya mereka. Kajian ini akan menumpukan kepada pelajar alumni sesi Mac 2016 sehingga Julai 2017 Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini di jalankan bertujuan untuk: i. Mengenalpasti persepsi pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Kuantan terhadap bidang hospitaliti ii. Mengenalpasti faktor yang dapat menarik minat pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka untuk menceburkan diri dalam bidang hospitaliti

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Menurut (Hadi Nordin et. al, 2013), hasil kajian ini akan dapat membantu industri dan institusi pendidikan untuk memahami apakah faktor-faktor yang di perlukan oleh pelajar dalam bidang hospitaliti dalam keputusan kerjaya di masa hadapan. Pengenalpastian faktor-faktor yang diperolehi akan membantu pihak berkepentingan seperti majikan untuk mengurangkan masalah pengangguran atau halangan yang dihadapi dalam mendapatkan pekerja terlatih. Penyelidik juga berharap agar tanggapan negatif oleh pelajar terhadap kerjaya ini diperhalusi. Kajian ini juga akan dapat memberi laluan kepada lebih banyak kajian mengenai isu-isu dalam bidang hospitaliti berdasarkan permintaan dan keperluan pelajar hospitaliti dapat di fahami dan di kendalikan penawaran mengikut kemampuan industri. Hasilan daripada kajian ini boleh memberi kebaikan kepada pihak berkepentingan dalam menghulur bantuan dalam menjadikan industri hospitaliti lebih menarik dan dapat meningkatkan kemasukan pelajar hospitaliti ke dalam industry perhotelan. Kemasukan pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka ke dalam industri akan memberi manfaat kepada industri dengan penawaran servis dan produk hospitaliti dengan menggunakan pekerja berkemahiran yang terdiri daripada pelajar dari bidang hospitaliti yang terlatih. Seterusnya akan meningkatkan industri hospitaliti di Malaysia ke arah yang lebih maju dan menambahkan pendapatan negara 2.0 KAJIAN LITERATUR Dewasa ini, industri hospitaliti semakin pesat membangun seiring dengan perkembangan ekonomi dunia. Menurut Mohd Rizal & Rusli (2005), industri hospitaliti adalah salah satu industri yang tertua di dunia. Industri hospitaliti telah mula wujud sejak tamadun Babylon dari tahun 2067 hingga tahun 2025 sebelum Masihi. Sejak daripada itu, ianya telah berkembang dengan pesatnya. Pada masa itu manusia sebagai pengembara, pedagang, ahli politik dan juga ahli perniagaan yang memerlukan tempat rehat, tempat tinggal dan juga bekalan makanan dan minuman dalam perjalanan mereka. Akta-akta yang berkaitan dengan hospitaliti telah diwartakan umpamanya Kod Hammurabi yang telah menyatakan undang-undang penginapan kepada pedagang dari serata pelosok yang telah melakukan aktiviti pertukaran barang dagangan. Bagi negara kita pula, industri hospitaliti bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana ramai pedagang asing datang untuk melakukan urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan Melaka. Pada masa itu ada di kalangan penduduk tempatan yang telah menawarkan bekalan makanan, tempat rehat dan rumah tumpangan. Di Malaysia, industri hospitaliti sedang rancak berkembang dengan adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang paling pesat berlaku pada tahun 1990an di mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak di Malaysia antaranya Sheraton, Marriot, Ritz Carlton, Regent dan sebagainya. Oleh sebab itu, menurut Mohd Fadil & Jasmine Zea (2010) kerajaan telah mengiktiraf sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negara dan berhasrat untuk menjadikan industri ini sebagai salah satu industri terpenting negara dan yang terbesar di rantau ini.

Menurut Mohd Fadil & Jasmine Zea (2010), industri pelancongan merupakan salah satu industri terpenting yang menyumbangkan kepada pendapatan tukaran asing kedua terbesar kepada negara di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan di dalam sektor-sektor seperti perhotelan dan perkhidmatan makanan. Statistik terkini yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Negeri Melaka mencatatkan ketibaan pelancong melebihi 130.28 juta dalam tempoh antara 1999 dan 2016, dengan pelancong domestik menjadi kumpulan teramai yang mengunjungi negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, jumlah ketibaan pelancong yang dicatatkan Melaka dalam tempoh ini menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus setiap tahun, dengan purata bermalam di negeri ini selama 2.16 malam (Sinar Harian 20 Ogos 2017). Sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. Industri hospitaliti juga merangkumi sektor-sektor perkhidmatan yang menyokong pertumbuhan industri pelancongan seperti restoran, perniaagaan katering, perjudian, taman tema, hiburan, sukan dan rekreasi dan sebagainya. Berdasarkan kepada fakta ini, industri hospitaliti amat memerlukan jumlah tenaga kerja yang besar bagi melancarkan lagi pengurusan operasi dan menjamin tahap perkhidmatan yang diberikan kepada para pelancong. Walaupun industri ini berkembang dengan pesat, namun fenomena kekurangan tenaga buruh semakin ketara dalam industri perkhidmatan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia (Downe et. al, 2012). Kemelut ini jika berlarutan akan menjejaskan perkembangan industri hospitaliti di Malaysia dengan masalah kekurangan pekerja berkemahiran di industri hospitaliti. Industri hospitaliti tidak lagi mempunyai daya tarikan dan imej yang tinggi dan menyebabkan kepada keengganan golongan muda untuk memilih kerjaya di industri ini serta kekosongan pekerjaan di isi oleh buruh asing untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja (Marchante & Pagan, 2005). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap bidang hospitaliti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kusluvan and Kusluvan (2000), terdapat 11 faktor yang mempengaruhi persepsi negatif pelajar terhadap pekerjaan di dalam bidang ini. Namun begitu, hanya 3 faktor sahaja yang difokuskan terlebih dahulu memandangkan kekangan masa untuk penyelidik. Disamping itu juga, 3 faktor ini dilihat lebih relevan untuk dikaitkan dengan persoalan kajian. 3 faktor yang difokuskan adalah bebanan dan tekanan kerja, status social serta gaji dan insentif. Menurut kajian daripada Mohd Fadil & Jasmine Zea (2010), beban tugas bekerja di bahagian perkhidmatan makanan, pengemasan bilik dan juga bahagian kaunter hadapan adalah amat tinggi kerana sentiasa berurusan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai gelagat dan karenah. Contohnya, bekerja di bahagian pengemasan bilik memerlukan setiap pekerja untuk membersihkan beberapa buah bilik yang telah ditetapkan pada setiap hari mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Bagi bahagian perkhidmatan makanan pula, beban kerja lebih tertumpu kepada bahagian restoran dan bankuet kerana pekerja yang terlibat adalah daripada pekerja di bahagian perkhidmatan makanan.

Tambahnya lagi, sektor ini menjadi tidak menarik untuk diterima oleh pelajar kerana dalam aspek status sosial, ataupun tanggapan umum masyarakat terhadap kedudukan individu dalam organisasi hospitaliti di pandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat umumnya beranggapan bahawa untuk menjadi pelayan restoran contohnya, tidak memerlukan kelulusan akademik yang tinggi. Sedangkan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam bidang hospitaliti memerlukan setiap orang bermula dari bawah biarpun mempunyai kelayakan yang setaraf kerana bidang ini sememangnya menitikberatkan tentang kemahiran yang perlu ada dan dipelajari oleh setiap pekerja. Menurut kajian yang dijalankan oleh Hadi Nordin (2013), hal ini terjadi kerana pelajar dalam bidang hospitaliti itu sendiri yang beranggapan kerjaya dalam bidang ini tidak memerlukan kemahiran dan kelayakan yang tinggi. Oleh kerana tidak memerlukan kemahiran dan kelayakan yang tinggi membuatkan kerjaya ini dipandang oleh masyarakat (stigma masyarakat). Kusluvan & Kusluvan (2000) mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi negatif pelajar terhadap kerjaya dalam bidang hospitaliti boleh berlaku selepas pelajar menjalani latihan industri. Hal ini kerana, mereka menyifatkan kerjaya dalam bidang hospitaliti ini hanya menawarkan pemberian gaji dan insentif yang rendah. Persepsi yang negatif ini akan memberi impak kepada pelajar itu sendiri, bidang hospitaliti, kerajaan dan pendidik yang ada di dalam bidang hospitaliti industri. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mohd Fadil & Jasmine Zea (2010), gaji dan faedah yang dipraktiskan oleh industri adalah agak rendah dan tidak kompetitif. Gaji yang dibayar adalah tidak setimpal dengan beban kerja dan masa bekerja yang lebih panjang. Mereka juga berpendapat graduan yang menamatkan program program dalam bidang hospitaliti sukar untuk mendapat gaji yang kompetitif dan taraf jawatan yang bersesuaian kerana terpaksa bersaing dengan pekerja lain yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dan mempunyai lebihn pengalaman bekerja daripada mereka. Umumnya, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam yang kerana mempunyai majoriti penduduknya yang beragama Islam. Menurut Mohd Fadil & Jasmine (2010) mengaitkan industri pelancongan besar-besaran (mass tourism) yang merangkumi sektor hospitaliti adalah bercirikan budaya hedonistic, menggalakkan perlakuan bebas sesama bukan muhrim, mementingkan kebendaan dan kemewahan semata-mata di samping kurangnya pemahaman silang budaya dan komunikasi di antara hos komuniti. Tambahnya lagi, ciri-ciri ini adalah jelas berbeza dengan apa yang sepatutnya diamalkan oleh industri hospitaliti mengikut kerangka kerja yang digariskan oleh doktrin Islam. Masalah kekurangan pekerja diselesaikan dengan menggunakan pekerja asing untuk mengisi pekerjaan yang tidak di isi oleh pekerja tempatan (Gross, 2001). Untuk menarik dan mengekalkan pekerja memerlukan pemahaman terhadap atitud dan persepsi mereka terhadap ini (Richarson, 2009, 2008). Kajian oleh Richardson & Butler (2012), meyatakan dengan jelas bahawa industri tidak menyediakan pelajar apa yang mereka fikir relevan apabila membuat keputusan mengenai kerjaya di masa depan. Majikan perlu memahami golongan pelajar dan bakal graduan bagaimana untuk menarik mereka agar mempunyai kepercayaan terhadap kerjaya hospitaliti. Persepsi negatif terhadap kerjaya industri hospitaliti perlu diubah kepada tanggapan positif agar pelajar perlu berfikiran lebih terbuka supaya golongan ini dapat berpeluang untuk menyumbang dalam pembangunan industri hospitaliti.

3.0 METHODOLOGI KAJIAN Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik. Menurut Sabitha Marican (2005), soal selidik dipilih kerana ia adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran maklumbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah disebabkan ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Populasi kajian melibatkan 120 orang pelajar alumni Sijil Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka yang telah menamatkan pembelajaran bermula dari sesi Mac 2016 sehinga Julai 2017. Ini adalah kerana pemilihan pelajar alumni adalah lebih berketrampilan untuk menjawab soalan dengan lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Saiz sampel yang dipilih bagi mewakili populasi adalah seramai 92 responden sebagaimana yang dicadangkan dalam Jadual Krecie dan Morgan (1970) dalam Chua (2014). Data yang dikumpul akan dianalisa untuk mendapatkan keputusan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. 3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan Jadual 1: Analisa Kebolehpercayaan Item Soalan Analisa Soalan Bil. Item Soalan Nilai Alpha Cronbach Bebanan Dan Tekanan Kerja 10.734 Status Sosial 6.828 Gaji Dan Insentif 9.857 Persepsi Pelajar 6.607 Soal selidik akhir terdiri daripada 31 soalan dengan darjah persetujuan berdasarkan Skala Likert lima markah yang mempunyai pilihan 1 hingga 5, masing-masing: Sangat tidak setuju, Tidak setuju, Tidak pasti, Setuju dan Sangat setuju. Bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahahan soal selidik yang dibina, sebanyak 10 borang soal selidik diedarkan sebelum kajian kepada 10 orang pelajar Sijil Operasi Perhotelan semester 5 yang sedang menjalani sesi latihan industri untuk memastikan item soalan yang dibangunkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi atau sebaliknya. Data dianalisa menggunakan ujian Alpha Cronbach untuk menguji kebolehpercayaan instrumen. Menurut Arsaytamby dan Arumugam (2013) nilai Cronbach Alpha digunakan untuk mengukur konsistensi dalaman dan menilai sejauh mana sesuatu item adalah tekal. Menurut Mohd Majid Konting (1990), sekiranya nilai alpha melebihi 0.60 maka borang soal selidik itu boleh digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklum balas sebenar. Oleh itu, hasil analisis menunjukkan kebolehpercayaan item soalan yang dibina boleh digunakan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 di atas. 3.2 Instrumen Kajian Soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian A mengandungi soalan berkaitan demografi responden manakala bahagian B mengandungi soalan berkaitan faktor berkenaan bebanan dan tekanan kerja, di bahagian C pula soalan berkenaan status sosial, seterusnya bahagian D soalan berkaitan factor gaji dan insentif dan di bahagian terakhir iaitu bahagian E mengandungi soalan berkaitan persepsi pelajar terhadap industri hospitaliti. Item kajian dibina berdasarkan ubahsuai daripada instrumen yang telah digunakan dalam kajian lepas oleh penyelidik lain seperti Tengku Noor Azura Binti Tuan Pa dan Mohd Fadzly Bin Shuraimi (2016). Data yang telah dikumpulkan hasil daripada soal selidik ini telah direkodkan dan dianalisa secara peratus, skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS versi 23.0.

Pengkaji mengkelaskan skor min yang diperolehi melalui analisis deskriptif ditafsirkan kepada tiga tahap kecenderungan Landell (1997) seperti dalam Jadual 2 di atas. 4. Analisis dan Keputusan Jadual 2: Skor Min INTEPRETASI TAHAP JULAT RENDAH 1.00 hingga 2.33 SEDERHANA 2.34 hingga 3.67 TINGGI 3.68 hingga 5.00 Sumber: Adaptasi daripada Landell, K (1997) 4.1 Keputusan Analisis Faktor Yang Mempengaruhi Persepsi PelajarTerhadap Kerjaya Dalam Bidang Operasi Perhotelan. Analisis ini telah mencapai tujuannya untuk menjawab persoalan kajian berkenaan: 4.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Industri Hospitaliti Jadual 3: Persepsi Pelajar Terhadap Industri Hospitaliti D Persepsi Pelajar Terhadap Industri Hospitaliti Min Interpretasi Tahap D1 D2 D3 D4 D5 D6 Sektor hospitaliti menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi kepada rakyat Malaysia Sektor hospitaliti hanya sesuai untuk golongan lelaki sahaja disebabkan bebadan tugas yang berat dan lasak. Industri hospitaliti sangat terhad kepada kaum wanita yang beragama islam terutama sekali pada hotel bertaraf 5 bintang. Bidang hospitaliti tidak dapat menjamin masa depan terutama sekali kepada lepasan sijil. Bidang hospitaliti memberi ruang dan peluang kepada lepasan sijil kolej komuniti untuk terus berkembang maju di dalam kerjaya hospitaliti. Pelajar lepasan sijil tidak setanding dengan pelajar lepasan Universiti dan IPTA. 2.91 Sederhana 2.35 Sederhana 2.65 Sederhana 2.86 Sederhana 3.26 Sederhana 3.67 Tinggi Jumlah Min 2.95 Sederhana Jadual 3 menunjukkan skor min bagi persepsi pelajar terhadap industri hospitaliti. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap industri hospitaliti adalah berkecenderungan sederhana dengan nilai purata jumlah min ialah 2.95. Item D6 (Pelajar lepasan sijil tidak setanding dengan pelajar lepasan Universiti dan IPTA) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 3.67, pada tahap berkecenderungan tinggi. Manakala skor min yang terendah ialah item D2 (Sektor hospitaliti hanya sesuai untuk golongan lelaki sahaja disebabkan bebadan tugas yang berat dan lasak) dengan nilai skor min 2.35.

4.1.2 Tahap bebanan dan tekanan kerja National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 18) Jadual 4: Bebanan Dan Tekanan Kerja A Rakan Sebaya Min Interpretasi Tahap A1 Kerjaya dalam industri hospitaliti akan memberikan bebanan kerja yang tinggi kepada anda. 3.18 Sederhana A2 Bebanan tugas di Jabatan Food and Beverage, Jabatan Housekeeping dan Jabatan Front Office adalah seperti yang dijangka seperti yang dipelajari di kolej. 3.50 Sederhana A3 Kesebokan dan bebanan tugas yang tidak putus akan menjadikan anda tetekan dengan tugas. 3.77 Tinggi A4 A5 Bebanan tugas yang tidak putus ditambahkan dengan kekurangan pekerja dijabatan anda membuatkan ada tertekan. Penyelia yang selalu marah dan mendesak mnyebabkan anda tertekan dan tidak berminat untuk bekerja. 3.93 Tinggi 3.71 Tinggi A6 A7 Pekerja senior yang sering membuli dan memberikan arahan membuatkan anda tertekan. 3.86 Tinggi Tekanan dan bebanan kerja yang tinggi boleh meningkatkan kemahiran pada pekerja. 3.84 Tinggi A8 A9 Tekanan dan bebanan kerja yang tinggi juga boleh menjadikan pekerja lebih bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kadar segera. Pada pandangan anda,adakah waktu bekerja shift bersesuaian dengan anda. 3.00 Sederhana 3.31 Sederhana A10 Tekanan di tempat kerja juga boleh mendorong seseorang mencari peluang pekerjaan di tempat lain. 3.44 Sederhana Jumlah Min 3.55 Sederhana Jadual 4 menunjukkan skor min bagi factor bebanan dan tekanan kerja yang mempengaruhi kurangnya minat pelajar terhadap kerjaya dalam bidang Operasi Perhotelan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bebanan dan tekanan kerja adalah berkecenderungan sederhana dengan nilai purata keseluruhan ialah 3.55. Item A4 (Bebanan tugas yang tidak putus ditambahkan dengan kekurangan pekerja dijabatan anda membuatkan ada tertekan) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 3.93, pada tahap berkecenderungan tinggi. Manakala skor min yang terendah ialah item A8 (Tekanan dan bebanan kerja yang tinggi juga boleh menjadikan pekerja lebih bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kadar segera) dengan nilai skor min 3.00.

4.1.3 Status Sosial Jadual 5: Status Sosial B Status Sosial Min Interpretasi Tahap B1 B2 B3 B4 B5 B6 Kerjaya dalam bidang hospitaliti kurang menjadi pilihan bagi warga negara Malaysia Kerjaya dalam bidang hospitaliti membataskan penglibatan bagi yang beragama Islam disebabkan oleh budaya pemakaian dan penyediaan hidangan tidak halal. Kerjaya dalam bidang hospitaliti dipandang rendah oleh masyarakat kerana tidak memerlukan kemahiran yang tinggi Kerjaya dalam bidang hospitaliti tidak begitu popular berbanding dengan bidang kerjaya yang lain. Etika pemakaian pekerja dalam bidang hospitaliti sememangnya menitikberatkan kekemasan namun kurang besesuaian bagi yang beragama Islam. Waktu bekerja shift hanya sesuai untuk golongan yang belum berkahwin dan kurang komitmen terhadap perkara lain. 3.17 Sederhana 3.92 Tinggi 3.53 Sederhana 3.18 Sederhana 3.95 Tinggi 3.70 Tinggi Jumlah Min 3.57 Sederhana Jadual 5 menunjukkan skor min bagi status sosial yang mempengaruhi minat pelajar terhadap kerjaya dalam bidang Operasi Perhotelan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan status sosial adalah berkecenderungan sederhana dengan nilai purata keseluruhan ialah 3.57. Item B5 (Etika pemakaian pekerja dalam bidang hospitaliti sememangnya menitikberatkan kekemasan namun kurang besesuaian bagi yang beragama Islam) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 3.95, pada tahap berkecenderungan tinggi. Manakala skor min yang terendah ialah item B1 (Kerjaya dalam bidang hospitaliti kurang menjadi pilihan bagi warga negara Malaysia) dengan nilai skor min 3.17.

4.1.4 Gaji & Insentif Jadual 6: Gaji & Insentif C Gaji & Insentif Min Interpretasi Tahap C1 Gaji yang ditawarkan oleh hotel sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. 3.30 Sederhana C2 Gaji yang ditawarkan oleh pihak hotel adalah berdasarkan ketetapan dari Kementerian Sumber Manusia iaitu gaji minimum sebanyak RM1000.00 3.45 Sederhana C3 Gaji yang ditawarkan oleh hotel sesuai dengan tugas yang bakal disandang. 4.46 Tinggi C4 C5 Anda berpuas hati dengan kenaikan gaji tahunan yang diterima seiring dengan penambahan beban tugas dan tangungjawab yang sentiasa bertambah berat. Industri hospitaliti sekarang lebih menghargai pekerja dalam menjaga kebajikan pekerja dengan memberikan berbagai insentif seperti bonus pada setiap tahun. 3.66 Sederhana 4.18 Tinggi C6 C7 C8 C9 Pihak hotel akan membuat bayaran tambahan jika anda melakukan kerja lebih masa. 3.45 Sederhana Pembayaran tambahan yang diberikan setimpal dengan pengorbanan masa dan tenaga anda. 3.76 Tinggi Insentif yang diberikan seperti kadar cuti tahunan, kadar cuti sakit dan kadar cuti bersalin mencukupi dan memuaskan hati anda. 3.90 Tinggi Pengurusan hotel sentiasa memberikan ganjaran kepada pekerja yang berdedikasi dengan menganugerahkan 'employee of the month' dan 'employee of the year' bagi menaikan motivasi pekerja. 3.94 Tinggi Jumlah Min 3.78 Tinggi Jadual 6 menunjukkan skor min yang tinggi bagi faktor gaji dan insentif dan ianya memberi respon yang positif serta kurang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap bidang perhotelan. Ini kerana berdasarkan jumlah keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan faktor gaji dan insentif berada pada tahap yang tinggi dengan nilai purata keseluruhan ialah 3.78.

5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 18) Persepsi pelajar terhadap industri hospitaliti merupakan faktor yang mendapat jumlah min terendah iaitu 2.95. Melalui item yang dikaji seperti yang terdapat pada item D6 (Pelajar lepasan sijil tidak standing dengan pelajar lepasan university dan IPTA) menunjukan jumlah min yang tertinggi berbanding factorfaktor lain yang dinilai. Seperti yang dinyatakan kebolehan dan keyakinan diri pelajar memainkan peranan penting dalam memastikan tahap penerimaan pelajar dalam pembelajaran, ini boleh dikaitkan seperti mana yang dinyatakan oleh Sandhu, G.S (2003) iaitu sebagai pelajar keyakinan diri amat penting bagi menunjukkan kemampuan diri kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. turut menyatakan perkara yang penting dalam menentukan kecemerlangan individu ialah sikap diri dan kemampuan diri yang lahir daripada kemahiran yang diperoleh dan dipelajari. Terdapat beberapa isu penting yang boleh dikaitkan dengan dapatan kajian awalan ini. Pertama, pelajar jurusan sijil operasi perhotelan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka mempunyai persepsi yang berbeza-beza mengenai pekerjaan dalam bidang hospitaliti. Seperti yang dijangkakan, faktor seperti pemberian gaji dan insentif yang kurang menarik menjadi faktor dapatan yang paling tinggi yang mempengaruhi persepsi pelajar iaitu dengan jumlah min 3.78 berkencederungan tinggi yang mempengaruhi pelajar untuk berkecimpung dalam bidang perhotelan. Namun begitu kajian oleh (Richardson & Butler, 2012b) dapatan beliau menyatakan dengan jelas bahawa industri tidak menyediakan pelajar apa yang mereka fikir relevan apabila membuat keputusan mengenai kerjaya mereka di masa depan. Majikan perlu memahami golongan graduan dan bagaimana untuk menarik graduan agar mereka mempunyai kepercayaan terhadap kerjaya hospitaliti. Faktor kedua tertinggi adalah status sosial dengan jumlah min 3.57 iaitu berkencederungan sederhana. Dapatan kajian ini selari dengan item B5 (Etika pemakaian pekerja dalam bidang hospitaliti sememangnya menitikberatkan kekemasan namun kurang besesuaian bagi yang beragama Islam) salah satu faktor yang dinyatakan kepada pelajar yang menarik untuk dikupas di sini ialah bekerja dalam sektor hospitaliti adalah bercanggah dengan agama dan menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral islam. Persoalan ini perlu diterokai dengan lebih mendalam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam terdiri dari kaum Melayu Bumiputera. Persoalan ini perlu diterokai dengan lebih mendalam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam terdiri dari kaum Melayu Bumiputera. Umumnya, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam kerana mempunyai majoriti penduduknya yang beragama Islam (Din, 1989). Oleh yang demikian, konflik yang terhasil melalui pertembungan di antara keperluan sekular pelancongan dan doktrin Islam memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi mengenal pasti permasalahan yang timbul dari segi pengurusan sumber manusia di dalam industri ini. Selain itu, faktor yang ketiga ialah bebanan dan tekanan kerja iaitu jumlah min yang dicatatkan 3.55 adalah berkencederungan sedehana. Faktor ini adalah merupakan diantara faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kerjaya di dalam bidang operasi perhotelan untuk berkecimpung didalam bidang. Kesanggupan dan ketahanan graduan dalam menanggani cabaran ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada komitmen dan kesetiaan mereka untuk berada lebih lama di dalam industri.

6. RUMUSAN DAN CADANGAN Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati wujud pengaruh daripada empat faktor yang dikaji iaitu bebanan dan tekanan kerja, status sosial, gaji dan insentif serta persepsi pelajar terhadap industri hospitaliti. Persepsi negatif terhadap kerjaya industri hospitaliti perlu diubah kepada tanggapan positif agar graduan perlu berfikiran lebih terbuka supaya golongan ini dapat berpeluang untuk menyumbang dalam pembanggunan industri hospitaliti.

RUJUKAN [1] Utusan Malaysia. (20 Jun 2006). RM1 Bilion Giatkan Industri Pelancongan. [2] Kusluvan S, &. K. (2000). Perception and attitudes of undergraduates tourism student working in the tourism industry in Turkey.Tourism Management 21. International Journal of Tourism & Hospitality Review (IJTHR), 251-269. [3] Bernama. (2015, Oktober 17). SEKTOR PELANCONGAN BERI SUMBANGAN KETARA KEPADA EKONOMI NEGARA-NAJIB. Retrieved from http://www.beritaharianonline.com [4] Mohd Fadil Mohd Yusof, J. Z. (2010). Kerjaya Dalam Sektor Hospitaliti : Sikap dan Persepsi Pelajar IPT. 50-54. [5] Chua, Y. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan : Ujian Regresi, Analisis Faktor dan Analisis SEM. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. [6] Jeanette N.Cleveland, J. W. (September 26,2007). Work and Family Issues in the Hospitality Industry:Perspective of Entrants, Managers,and Spouse, 275-293. [7] John W. O'Neill, K. D. (2011, January 23). International Journal of Hospitality Management. Retrieved from ScienceDirect Web Site:www.elsevier.com/locate/ijhosman [8] Karasek, R. T. (1990). Healty Work:Stress, Productivity, and the Reconstructionof Working Life. New York: Basic Books. [9] International Journal of Tourism & Hospitality Review (IJTHR), 251-269. [10] Tourism Concern Research Report. (2013). The Impact of All-Inclusive Hotels on Working Conditions and Labour Rights, 10-11. [11] Tourism Concern Research Report. (2014). The Impacts of All-Inclusive Hotels on Working Conditions and Labour Rights, 10-11. [12] Tourism Concern Research Report (2013). THE IMPACT OF ALL INCLUSIVE HOTELS ON WORKING CONDITIONS AND LABOUR RIGHTS, 10-11. [13] Abdullah al-hadi Muhamed, Rorzumah Baharudin, Rumaya Johari, Mansor Talib, Tan Jo-

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS 1. Anwar Jaafar berasal dari Pulau Langkawi, Kedah. Mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Hotel dan Restoran dari Kuala Lumpur Metropolitan Universiti. Juga mempunyai Diploma Pengurusan Hotel dari Universiti Tun Abdul Razak, Selangor. Mempunyai pengalaman didalam industri perhotelan sebagai Pegawai Sumber Manusia selama 3 tahun dan berpengalaman sebagai pensyarah dalam bidang perhotelan selama lebih 6 tahun di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. 2. Nur Farhani Binti Mohd Ramli berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara. Juga mempunyai Diploma Seni Kulinari dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara. Mempunyai pengalaman didalam Teknologi Makanan (R&D) selama 5 tahun di Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd. dan berpengalaman sebagai pensyarah dalam bidang Seni Kulinari selama lebih 6 tahun di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. 3. Rosnita binti Hussin berasal dari Negeri Melaka. Mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara. Mempunyai pengalaman didalam industri Perkhidmatan Makanan sebagai South (Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor) Area Manager Baskin Robbins Malaysia selama 2 tahun dan berpengalaman sebagai pensyarah dalam bidang Hotel dan Katering selama 12 tahun di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.