Tujuh Pencabulan Terbesar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Dalam Laporan Persempadanan Semula

Similar documents
NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEMS (GIS) MAPPING APPROACH IN THE STUDY OF IMPACT ON 2016 REDISTRICT IN THE PARLIAMENTARY OF SERDANG AND HULU LANGAT

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGELASAN SPA DAN PUSAT REFLEKSOLOGI

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Sistem Bakeri Interaktif

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

APPLYING FOR: SITE AGENT / CLERK OF WORK /SENIOR SITE SUPERVISOR. Jalai Wak, 96510, Pakan, Julau, Sarawak.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 4, (page ), 2018

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

-2SD +2SD -3SD -2SD -3SD -2SD

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

PERISYTIHARAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2011 DECLARATION OF NON-SMOKING AREA 2011

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

Earthwork Activities in Private Housing Industry

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

laporan ketua audit negara tahun 2014 jabatan audit negara malaysia

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Abdul Fadhil Bin Abdul Latif v Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SARAWAK JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi: Isu dan Penyelesaian

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

PENGAMBILAN SKIM STRATA DAN TANAH BAWAH TANAH

As long as you love me:

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

BARU PNMB DI KOTA KINABALU, SABAH

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

LIST OF HOSPITALS & HOSTEL CLINICAL PLACEMENT

APPENDIX D DIRECTORY OF PARTICIPATING CENTRES. Blood and Marrow Transplant Services MOH

Pemindaan Perkara 9 Perlembagaan Jepun dalam Pentadbiran Shinzo Abe

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Transcription:

Kenyataan Media 3 April 2018 Tujuh Pencabulan Terbesar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Dalam Laporan Persempadanan Semula Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) mengecam tindakan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan Ahli-ahli Parlimen yang menyokong usul persempadanan semula kerana meluluskan dan mewartakan laporan kajian persempadanan semula secara tergesa-gesa minggu lepas. BERSIH2.0 berpendapat bahawa pembentangan, kelulusan, dan pewartaan laporan kajian persempadanan semula adalah tidak mematuhi prosedur kerana SPR masih belum menyelesaikan siasatan tempatan kedua di Selangor. Isu ini kini dicabar di Mahkamah Shah Alam oleh 107 plaintif yang mewakili lebih 10,000 pengundi. Di samping itu, laporan persempadanan semula mengandungi syor yang akan menjejaskan lagi integriti sistem pilihan raya kita. BERSIH 2.0 dengan ini ingin mengetengahkan 7 isu-isu berikut: (1) Mengekalkan dan menambahrosak pembahagian tidak sekata Dalam menjalankan persempadanan semula di bawah Artikel 113 (2) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah diwajibkan untuk mengurangkan pembahagian tidak sekata dan memastikan bahawa jumlah pengundi di Kawasan Pilihan Raya adalah "lebih kurang sama" sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 2 (c), Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. SPR telah gagal dalam perkara ini dengan mengekalkan dan memburukkan lagi pembahagian tidak sekata secara tidak sah melalui proses persempadanan semula. Kecuali negeri Perlis, Terengganu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, nisbah antara Kawasan Parlimen terkecil dan terbesar di negeri-negeri lain adalah melebihi 2 kali ganda. Nisbah ini juga menjadi lebih teruk selepas proses persempadanan semula di beberapa negeri Selangor (dari 3.94 hingga 4.05), Johor (dari 3.05 ke 3.17), Kedah (dari 2.53 to 2.70), dan Melaka (dari 2.17 hingga 2.50) dan ini menunjukkan penghinaan SPR terhadap Perlembagaan Persekutuan. (rujuk Lampiran 1) SPR juga telah memburukkan lagi pembahagian tidak sekata dengan mewujudkan Kawasankawasan Pilihan Raya yang bersaiz terlalu besar ( super-sized ). Selepas persempadanan semula, sepuluh Kawasan Parlimen terbesar mempunyai saiz yang terdiri daripada 108,156 hingga 150,439 pengundi, jauh melebihi purata negeri (rujuk Lampiran 2). Kawasan-kawasan Pilihan Raya ini diwujudkan dengan memadatkan pengundi-pengundi yang kebanyakannya mengundi pembangkang semasa pilihan raya yang lepas.

(2) Menidakkan demokrasi dengan memenangkan pihak yang kalah Impak pembahagian tidak sekata bukan sahaja pelanggaran prinsip "satu orang, satu undi" di seluruh negara, tetapi ia juga melemahkan demokrasi dengan mengangkat pihak yang kalah jika pembahagian tidak sekata dikaitkan dengan prestasi pilihan raya. Apabila pilihan dan mandat pengundi dalam menentukan wakil rakyat/parlimen dan kerajaan terjejas, legitimasi dan kesahihan seluruh sistem politik akan terpersoal, lalu melemahkan kestabilan politik dan ekonomi. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013, gabungan Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 47% undi popular tetapi ini adalah bersamaan dengan 60% Kawasan-kawasan Pilihan Raya. Perkara ini berlaku kerana pembahagian tidak sekata, dan Kawasan-kawasan Pilihan Raya yang dimenangi oleh BN adalah jauh lebih kecil daripada Kawasan-kawasan Pilihan Raya yang dimenangi oleh pihak pembangkang, Pakatan Rakyat. Berdasarkan jumlah pengundi yang digunakan dalam proses persempadanan semula di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, Kawasan-kawasan Pilihan Raya yang dimenangi oleh BN pada tahun 2013 mempunyai purata 48,228 pengundi, manakala Kawasan-kawasan Pilihan Raya yang dimenangi oleh pembangkang mempunyai purata hampir dua kali ganda, iaitu 79,436. Ini bermakna BN boleh kembali berkuasa tanpa undi majoriti. Memandangkan 112 Kawasan Pilihan Raya terkecil merangkumi hanya 33% daripada jumlah pengundi, majoriti mudah (simple majority) parlimen secara teorinya boleh tercapai dengan hanya 16.5% undi popular. Angka ini mungkin lebih rendah dalam pertembungan pelbagai penjuru ( multicornered ). (Rujuk Lampiran 3) (3) Gerrymandering bersifat partisan BERSIH 2.0 juga telah mengesan percubaan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya di Kawasan-kawasan Pilihan Raya yang marginal, dengan memindahkan daerah-daerah mengundi berdasarkan pola pengundian. Sebagai contoh di Melaka, lima daerah mengundi yang mempunyai sokongan kuat terhadap pembangkang telah dipindahkan dari P137 Bukit Katil (sebuah Kawasan Pilihan Raya marginal) ke P138 Kota Melaka (Kawasan Pilihan Raya kuat pembangkang). Simulasi semula keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan pola pengundian yang sama dan dengan yang sempadan baru, menunjukkan bahawa P137 Bukit Katil akan beralih dari sebuah Kawasan Pilihan Raya pembangkang menjadi Kawasan Pilihan Raya kerajaan. (rujuk Lampiran 4) Kejadian gerrymandering yang sama, terutamanya yang melibatkan pemadatan penyokong pembangkang ke kawasan-kawasan pilihan raya yang besar, juga ditemui di beberapa negeri lain seperti Perak, Selangor, dan Johor. Analisa awal menunjukkan bahawa ini akan memberi kesan yang besar terhadap beberapa kawasan parlimen marginal di seluruh negara. (4) Gerrymandering Berdasarkan Etnik Dalam satu wawancara dengan New Straits Time pada 29 Mac 2018, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menyatakan bahawa etnik adalah salah satu kriteria yang dipertimbangkan semasa persempadanan semula.

BERSIH 2.0 mengecam dan menolak pemanipulasian bangsa dan etnik dalam sistem pilihan raya kita dan penjejasan hubungan tempatan. Tindakan SPR dan Tan Sri Hashim yang mengabaikan syarat-syarat untuk persempadanan semula yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutua adalah menyalahi undang-undang, mendiskriminasi, dan tidak bermoral. Dalam menganalisis laporan akhir persempadanan semula, SPR sememangnya telah menjalankan pemindahan pengundi berdasarkan etnik. Ini telah menghasilkan 15 Kawasankawasan Pilihan Raya yang sebelum ini adalah bersifat majmuk ( mixed constituensies ); tetapi dengan persempadanan semula, mereka diubah menjadi 8 kawasan dominan Melayu dan 7 kawasan dominan Cina. (rujuk Lampiran 5) (5) Pengecualian 59% kawasan-kawasan parlimen daripada persempadanan termasuk seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Pahang SPR menyatakan bahawa persempadanan semula dilakukan berdasarkan demografi dan perubahan penduduk dari masa ke masa disebabkan oleh pembangunan. Tetapi pada masa yang sama, SPR telah gagal mengesyorkan sebarang perubahan (sama ada tiada perubahan langsung dalam Syor 1 atau semua perubahan yang disyorkan ditarik balik dalam syor terakhir) bagi negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang (untuk Kawasan-kawasan Pilihan Raya Negeri dan Parlimen) dan Pahang (untuk Kawasan-kawasan Parlimen). Pengecualian Pulau Pinang dan Pahang jelas tidak adil dari segi prinsip perlembagaan "pembahagian lebih kurang sama". Dalam laporan akhir, SPR menyatakan bahawa jumlah pengundi di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 31.6%, iaitu dari 659,155 pengundi sejak persempadanan semula pada tahun 2003 kepada 867,748 pengundi pada tahun 2015. Begitu juga jumlah pengundi di Pahang meningkat sebanyak 33.5% iaitu dari 554,321 pengundi pada tahun 2003 kepada 740,023 pada tahun 2015. Penetapan sempadan yang sama telah mengekalkan pembahagian tidak sekata yang teruk di Pahang dan Kawasan-kawasan Pilihan Raya Negeri di Pulau Pinang, dengan nisbah terbesar-kepada-terkecil adalah 2.93 di Pahang dan 3.27 kali ganda di Pulau Pinang. Secara keseluruhannya, 96 daripada 164 Kawasan-kawasan Parlimen yang sepatutnya dikaji semula (tidak termasuk Putrajaya dan Labuan) masih mempunyai sempadan yang sama seperti asal. Pengecualian Kawasan-kawasan Pilihan Raya ini berlaku walaupun 20 daripadanya adalah >33.33% lebih kecil (piawaian perlembagaan 1962) daripada purata negeri, dan 7 daripadanya adalah >33.33% lebih besar daripada purata negeri. (Rujuk Lampiran 6) Kesannya, hak pengundi-pengundi di negeri-negeri ini untuk mempunyai perwakilan dan hubungan tempatan yang lebih baik telah diabaikan. Memandangkan persempadanan semula hanya boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 8 tahun, pengundi di Pulau Pinang dan Pahang terpaksa menggunakan sempadan Kawasan-kawasan Pilihan Raya yang lama (berdasarkan persempadanan semula tahun 2003) selama 23 tahun kerana kegagalan dan ketidakcekapan SPR. (6) Proses Siasatan Tempatan Palsu dan Pengitaran Semula Syor Pertama 10 kawasan Parlimen di Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah menggunapakai Syor 1 yang telah digugurkan selepas pusingan pertama siasatan tempatan.

Ini bermakna SPR telah bersetuju dengan pembantah bahawa Syor Pertama mereka telah dirancang dengan teruk; akan tetapi, badan yang sama telah mengambil semula syor-syor yang dibuangnya. Yang paling mengejutkan, perubahannya tidak berdasarkan sebarang bantahan yang kukuh. (rujuk Lampiran 7) (7) Kegagalan PM Membentangkan Laporan Syor Persempadanan Semula untuk Sabah Berhubungan dengan negeri Sabah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meminda Perlembagaan Negeri pada tahun 2016 untuk menambah 13 kawasan DUN baru. Laporan persempadanan semula telah diselesaikan dan diserahkan kepada Perdana Menteri pada 21 Februari 2017, tetapi beliau memilih untuk tidak membentangkan laporan tersebut di Parlimen tanpa sebarang penjelasan. Syor Kedua untuk Sabah menunjukkan pembahagian tidak sekata yang teruk dan hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa cadangan akhir mungkin memburukkan lagi pembahagian kedua-dua parlimen dan negeri. namun Perdana Menteri tidak mempunyai hak untuk melambatkan pembentangan laporan tersebut. Ini juga merupakan pembaziran sumber awam kerana SPR telah menjalankan dua pusingan paparan awam, siasatan tempatan dan penyediaan laporan akhir. Pengundi mesti kalahkan pemanipulasian pilihan raya dengan mengundi Oleh itu, BERSIH 2.0 dengan tegas menolak keseluruhan proses persempadanan semula dan laporan akhir yang dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sahaja mengabaikan proses dan prosedur perlembagaan, tetapi juga telah mengutarakan syor yang melanggar prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam perlembagaan. Adalah jelas bahawa Perdana Menteri, Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya, Badan Kehakiman dan Polis kesemuanya terlibat dalam memastikan bahawa persempadanan semula diluluskan dengan tergesa-gesa dan dengan apa jua cara, untuk mempengaruhi dan mencuri pilihan raya umum akan datang. BERSIH 2.0 menggesa semua pengundi untuk menolak pemanipulasian pilihan raya dengan keluar mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Walaupun kita mungkin tidak dapat menghentikan persempadanan semula daripada diluluskan, jumlah pengundi yang tinggi pada PRU ini akan dapat mengurangkan kesan penipuan dan manipulasi pilihan raya. Satukan Tenaga Keluar Mengundi, Kalahkan Pencuri! Dikeluarkan oleh, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

Lampiran 1 Perbandingan antara Kawasan-kawasan Persekutuan yang terkecil dan terbesar dari segi bilangan pengundi di setiap Negeri Negeri Sebelum Persempadanan Semula Selepas Persempadanan Semula Terkecil Terbesar Nisbah Terkecil Terbesar Nisbah Perlis 42,293 50,751 1.20 42,293 50,751 1.20 Kedah 37,645 95,131 2.53 37,645 101,829 2.70 Kelantan 41,894 101,318 2.42 41,894 101,318 2.42 Terengganu 67,739 98,352 1.45 67,739 98,352 1.45 Penang 50,324 84,755 1.68 50,324 84,755 1.68 Perak 28,078 100,807 3.59 28,078 96,437 3.43 Pahang 27,892 81,647 2.93 27,892 81,647 2.93 Selangor 37,126 146,317 3.94 37,126 150,439 4.05 Kuala Lumpur 53,037 91,312 1.72 55,896 81,290 1.45 Negeri Sembilan 45,719 103,615 2.27 45,719 99,752 2.18 Melaka 47,972 104,234 2.17 47,972 120,071 2.50 Johor 37,568 114,625 3.05 37,568 119,175 3.17 Lampiran 2 Sepuluh kawasan terbesar Persekutuan di Malaysia selepas persempadanan semula Sebelum No. Persempadanan Semula 1. P106 Petaling Jaya Utara Bil. Pengundi Selepas Persempadanan Semula Bil. Pengundi Beza Purata Negeri 84,456 P106 Damansara 150,439 +65,983 94,469 2. P102 Serdang 139,013 P102 Bangi 146,168 +7,155 94,469 3. P110 Klang 98,285 P110 Klang 136,222 +37,937 94,469 4. P105 Petaling Jaya 78,404 P105 Petaling Jaya 129,363 +50,959 94,469 Selatan 5. P104 Kelana Jaya 101,603 P104 Subang 128,330 +26,727 94,469 6. P098 Gombak 124,596 P098 Gombak 124,983 +387 94,469 7. P111 Kota Raja 110,082 P111 Kota Raja 121,126 +11,044 94,469 8. P138 Kota Melaka 93,761 P138 Kota Melaka 120,071 +26,310 76,108 9. P162 Gelang Patah 114,625 P162 Iskandar Puteri 119,175 +4,550 63,428 10. P159 Pasir Gudang 108,156 P159 Pasir Gudang 108,156 0 63,428

Lampiran 3 Seperti tajuk (Kredit: Dr Wong Chin Huat dan Engage) Latest Electorate Size for the 133 Parliamentary Constituencies won by the Ruling Coalition (Barisan Nasional) and the 89 Parliamentary Constituencies won by the Opposition (Pakatan Rakyat) in 13 th General Elections, 2013. In the most extreme of cases, a simple parliamentary majority could theoretically be won with just 16.5% of the popular vote, i.e. by obtaining 50%+1 votes for each of the 112 smallest constituency.

Lampiran 4 Pemadatan pengundi pembangkang dengan memindahkan daerah pengundian berdasarkan pola pengundian. Ilustrasi: Lima daerah pengundian dengan sokongan pembangkang yang kuat telah dipindahkan dari P137 Bukit Katil (kawasan marginal) dan dipadatkan ke P138 Kota Melaka (kubu pembangkang) Results before redelineation (GE13) P137 Bukit Katil Results after redelineation (simulation) BN 40,720 BN 34,232 PR 46,167 PR 32,990 Majoriti -5,447 Majoriti +1,242 Transfer of Polling District with strong opposition support Malim Jaya 5,000 Taman Asean 5,169 Taman Melaka Baru 3,875 Batu Berendam 3,408 Taman Merdeka 5,948 Total 23,400 Results before redelineation (GE13) P138 Kota Melaka Results after redelineation (simulation) BN 28,775 BN 35,518 PR 49,521 PR 63,999 Majoriti -20,746 Majoriti -28,481

Lampiran 5 Pemindahan pengundi berasaskan etnik, mewujudkan kawasan dominan Melayu yang baru KAWASAN Melayu Cina India Lainlain Before 67.5% 22.9% 9.3% 0.3% P59 BUKIT GANTANG After 72.4% 18.9% 8.4% 0.3% Changes +4.9% -4.0% -0.9% -0.0% Before 54.0% 32.9% 11.8% 1.3% P74 LUMUT After 72.0% 15.0% 11.4% 1.6% Changes +18.0% -18.0% -0.3% +0.3% Before 54.1% 32.8% 10.9% 2.2% P101 HULU LANGAT After 65.0% 22.1% 10.4% 2.5% Changes +10.9% -10.8% -0.5% +0.4% Before 47.5% 38.5% 11.8% 2.2% P107 SUBANG After 65.3% 21.6% 10.7% 2.3% Changes +17.8% -16.9% -1.1% +0.2% Before 54.6% 30.9% 13.7% 0.8% P109 KAPAR After 70.7% 14.8% 13.6% 0.9% Changes +16.1% -16.1% -0.1% +0.1% Before 57.0% 21.8% 18.8% 2.4% P121 LEMBAH PANTAI After 62.1% 18.9% 16.3% 2.7% Changes +5.1% -2.9% -2.5% +0.3% Before 53.8% 36.5% 8.3% 1.4% P124 BANDAR TUN RAZAK After 61.1% 29.1% 8.3% 1.5% Changes +7.3% -7.4% -0.1% +0.1% Before 55.0% 38.6% 5.6% 0.8% P137 BUKIT KATIL After 62.4% 31.1% 5.7% 0.8% Changes +7.4% -7.4% +0.1% -0.0% Pemindahan pengundi berasaskan etnik, mewujudkan kawasan dominan Cina yang baru CONSTITUENCY Melayu Cina India Others Before 34.2% 50.7% 14.9% 0.2% P68 BERUAS After 26.3% 59.3% 14.1% 0.4% Changes -7.9% +8.6% -0.9% +0.1% Before 39.2% 44.2% 15.2% 1.4% P103 PUCHONG After 36.8% 52.0% 10.0% 1.1% Changes -2.4% +7.8% -5.1% -0.0% Before 37.1% 43.0% 17.9% 2.0% P104 KELANA JAYA After 26.6% 56.5% 15.2% 1.7% Changes -10.5% +13.5% -2.7% -0.1% Before 33.6% 45.0% 19.7% 1.8% P110 KLANG After 26.4% 55.3% 17.1% 1.2% Changes -7.1% +10.3% -2.6% -0.3% Before 33.4% 53.4% 11.1% 2.2% P117 SEGAMBUT After 27.5% 58.9% 11.8% 1.8% Changes -5.8% +5.5% +0.7% -0.2%

Lampiran 6 Bilangan Kawasan Parlimen Termasuk Yang Mengekalkan Batas Sempadan Yang Sama State N % Deviation from State Average N, <66.67% N, >133.33% Perlis 3 100.00% 0 0 Kedah 10 66.67% 2 1 Kelantan 7 50.00% 1 1 Terengganu 6 75.00% 0 0 Penang 13 100.00% 0 0 Perak 13 54.17% 5 0 Pahang 14 100.00% 2 1 Selangor 5 22.73% 2 0 Kuala Lumpur 1 9.09% 0 0 Negeri Sembilan 6 75.00% 1 0 Malacca 3 50.00% 1 0 Johor 15 57.69% 6 4 Total 96 58.54% 20 7 Lampiran 7 Cadangan 1 yang dikitar semula di 14 kerusi Parlimen Kedah Selangor Kuala Lumpur Boundary Change Pattern N % N % N % Status Quo -> 1st Proposal -> Status Quo -> 1st Proposal 9 40.91% 1 9.09% Status Quo -> 1st Proposal -> 2nd Proposal -> 1st Proposal 2 13.33% 1 4.55% Total 2 13.33% 10 45.46% 1 9.09%