PERSATUAN EE LAN SHENG HUEN: KAJIAN DARI SEGI PENGURUSAN ORGANISASI KESENlAN

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU


IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH. Noor Fazrina Binti Hamzar (28907)

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH SEHINGGA TAHUN 1957

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Earthwork Activities in Private Housing Industry

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

KAJIAN STBATEGI PENGIKLANAN BANDAR RAYA PERANGINAN MIRI. Martina Anak Gani

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH LENBAGA KEBUDAYAAN SABAH (LKS) DALAM MEMPROMOSIKAN DAN MEMPERKEMBANGKAN TARIAN TRADISIONAL SUMAZAU DI MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

Non Investment Properties Appendix B

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Faculty of Engineering

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

Sistem Bakeri Interaktif

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

PERISYTIHARAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2011 DECLARATION OF NON-SMOKING AREA 2011

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[6 BEST PLACES TO VISIT IN MALAYSIA]

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

KAJIAN SENI KRAFTANGAN TEMBAGA TERENGGANU RAJA NORAHAFIZA BINTI RAJA MOHSIN

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

PELUASAN BANDARAYA METROPOLITAN JAKARTA DAN IMPAKNYA TERHADAP GUNA TANAH DAN CORAK PEKERJAAN PENDUDUK PINGGIRAN: KES BANDAR BARU BUMI SERPONG DAMAI

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Transcription:

PERSATUAN EE LAN SHENG HUEN: KAJIAN DARI SEGI PENGURUSAN ORGANISASI KESENlAN Tam Liew Chin (33207) Sarjana Muda Sen i Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2014

!'usat KJddml' Maklomal Akadtmjk f'mve~m 1\1\1...W!;tA SAIVW. I( P, IOHOI'IAf "AICL UMQT AICAOE l'lt l:: 11 1111111 11 11 11 111 1 1000275209 PERSATUAN EE LAN SHENG HUEN: KAJJAN DARI SEGJ PENGURUSAN ORGANISASI KESENIAN TAM LIEW CHIN (33207) Projek ini merupakan salah satu keperiuan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNTYERSlTI MALAYSlA SARAWAK 2014

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: Please tick (~) Final YeaI' Pl'Ojec t Report Masters PhD IT] D D DECLARATION OF ORIGINAL WORK TIlis declaration is made on the... 23....day of....i\pw... 2014. Student's Declaration: TAM LIEW CHIN, 33207, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS I... (please INDICATE S11JDENTS NAME, JVlATRI C NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled...kji.~!h:ij.~.~~k~.~~.~.~qjfi!~jii.;.~pn'i..qar.!.~~~!.i.'~.n.q~~.i}~ni/.... ORGANISASI KESENIAN.. I k. I h. d fr h d ' k -- --------------------- -.. 1$ my ongma wor ave not cople _om any ot er stu cots wor Or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person. 23 April 2014 Tam Lie", Chin (33207) Date submitted Name of the student (Matric No.) Supervisor's Declaration: I......Pr. J.I!s!r~.J!.t~mL... (SUPERVISOR'S NAME) hereby certifies that the work entitled... P.~R;;."'WM'.~~.~M'.SJ~~N'~. ffjl~~.:.~..p.(\rl.~~qi.p.~n~.l}gp.s.~.~ Q~~c\NJS.AS.U~!';S.~.~~... (TITLE) was prepared by tbe above named student, and was submitted to the "FACULTY"' as a * partiallfttli fulfillment for the conferment of...bachelorde.... Al!P.l.lllD.ARTSwnRaONOVRS.(ARl'SMANAGEMENl). (PLEASE lnd1cate THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is th e said student's work Received for examination by: Dr. Indra Utama Date: 23 April 2014 (Name of the supervisor)

J declare that ProjectfThesis is classified as (please tick ('-i)): CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* o RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* IIlOPEN ACCESS Validation of ProjectJThesis I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said ProjectfThesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and righ ts as follows: This ProjectfThesis is the sale legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). TIle Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the con lent for the Local Content Database. The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Projectrrhesis for academic exchange hetween Higher Learning Institute. No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Projectffhesis once it hecomes the sole property of UNIMAS. This ProjectfThesis or any material, data and information related to it shau not be dist.ributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission. Student signature ~I ~ Supervisor signature: -...~~5~~~ (23 April 2014 ) (2A c"e'" Current Address: 132, JALAN LEGENDA 34 LEGENDA HEIGHTS, 0800 SUNGAI PETANI, KEDAH 1i!>\~'O> ~ ~~S\ ~ Notes: * If the Projectffhesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir (PTA) yang bei1ajuk PERSATUAN EE LAN SHENG HUEN: KAJlAN DARl S EGI PENGURUSAN ORGANISAST KESENTAN ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ada sesetengah maklumat yang telah saya petik dalam buku ruj ukan mahupun petikan maklumat dan sumber lain sepel1i internet. Saya telah mengo lah mak lumat tersebut dan say a juga telah nyatak an sumbem ya..'.' J _. " ':...;,., ". 4.,,. (TAM LIEW CH ) ii

PENGHARGAAN Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerana telah memberi kekuatan kepada pengkaj i di dalam menyelesaikan lesis ini. Sesungguhnya membuat lesis bukanlah merupakan pekerjaan yang mudah. Banyak cabaran yang ditemui, salah satunya ketika berhadapan dengan supervisor. Setinggi-tinggi penghargaan ingin ditunjukkan kepada penyelia Dr lndra Utama yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam proses pembuatan tesis dari awal hinggalah siap sepenuhnya. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar tentang cara mengembangkan bahasa, metodologi, struktur penulisan dan cara analisa data. Tanpa bantuan dan bimbingan itu, pengkaji berkemungkin an besar menghadapi masalah dalam menulis kajian ini. Jutaan terima kasih disampaikan kepada keluarga lerutamanya ibu bapa, iai tu Tam Chooi Leng dan Lim Cheng Lan at as pengorbanan dalam memberi galakan, nasi hat, sokongan dan bantuan kewangan selama pengkaji belajar. Ibu bapa sentiasa memberi galakan ketika pengkaji berasa hampir berputus asa. Mereka sentiasa menelefon dan bertanya khabar supaya pengkaji tidak berasa tekanan. Mereka turut membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat daripada Persatuan Ee Lan Sheng Huen. Tanpa galakan dan bantuan terutamanya dalam bentuk kewangan, pengkaji tidak mungkin berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan sekejas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong dajam melengkapkan penyelidikan ini. Ketika pengkaji menghadapi masalah dengan bahasa, rakan sekelas telah banyak memberi bantuan dengan menjadi penterjemah. Rakan sekelas turut berkongsi maklumat sepanjang proses dalam menyiapkan kajian ini. Pengkaji juga mgm ban yak terima kasih kepada rakan-rakan terutamanya rakan serumah. Ketika pengkaji melakukan penyelidikan, mereka sudi menyediakan makanan iii

supaya tid ak mengalami kelaparan. Dalanl pada itu, mereka turul menghiburkan apabila pengkaji menghadapi tekanan. Akhir sekali, ucapan lerima kasih kepada informan yang lelah sudi meluangkan mas a emas bagi menemubual dan menjawab beberapa soalan berkenaan topik kajian. Pengkaji banyak mendapal dorongan dari orang-orang yang berada di sekitar kebidupan pengkaji dalam menyempurna kajian. Terima b sih alas segala. Tam Liew Chin (33207) iv

ABSTRAK Tesis ini mengkaji tentang pengurusan organisasi kesenian Persatuan Ee Lan Sheng Huen ya ng selalu melaksanakan kegiatan acara persembahan sempena perayaan Pesta Hantu Lapar. Lokasi kajian adalah di kawasan Sungai Petani, Ked ah. Penyelidikan ini bertujuan untuk membahas sistem penguiusan secara akademik berkaitan pengurusan orgamsasl Persatuan Ee Lan Sheng Huen dan pe.ngulusan acam Pesta Hantu Lapar. v

SENARAI GAMBAR SENARAI PETA PETA 1 : Peta Negeri Kedah 3 PETA2 : Peta Sungai Petani... 4 SENARAI GAMBAR: GAMBAR I : Organisasi Persatuan Ee Lan Sheng Huen.. 10 GAMBAR2 : Tiga Jenis Puak Puu.............. 12 GAM BAR 3 : Cal1a Organisasi Persatuan Ee Lan Sheng Huen.. 14 GAM BAR4 : Persembahan Opera Teochew......... 19 GAMBAR5 : Persembahan Wayang Kulit Cina... 2 1 GAMBA R6 : Persembahan Pentas... 22 GAMBAR 7 : Tempat Perumahan Persatuan Ee Lan ShengHuen. 63 GAMBAR8 : Tapak Persembahan Pentas.............. 64 GAMBAR9 : Persediaan di Tapak Persembahan Pentas... 65 vi

GAMBAR 10 : Aktiviti Pesta Hantu Lapar........... 66 GAMBAR II : Tentatif aktiviti Perayaan Pesta Hantu Lapar...67 GAMBAR 12 : Dennaan daripada masyarakat........... 68 GAMBAR 13 : Cruta Orgrulisasi Persatuan Ee Lan Sheng Huen... 69 vii

!'usat Khldmat Maklumal Akadtmik IJNIV[RSm MALAYSIA SAJtAW-"< lsi KAND UNGAN PENGESAHAN.... PERAKUAN II PENGHARGAAN...................... Ill- IV ABSTRAK.......... SENARAI GAMBAR........ v VI-Vll BABIPENGENALAN LO Pengenalan.... Ll Latar Belakang Kajian.......... 1-25 J2 Objektif Kajian.... 25-27 Hipotesis.... 27-28 1.4 Skop Kaj ian.... 28 1.5 Pennasalahan Kaj ian.............. 28-29 1. 6 Kepentingan Kaj ian..... 29-30 1.7 Kesimpulan............. 30 BAB II SOROTAN KESUSAST ERAAN 20 Pengenalan..... 3 1 2. 1 Bacaan Berkaitan O bjek Kajian.......... 32-38 2.2 Bacaan Berkaitan Kerangka TeOli.... 38-45 2.3 Kesimpulan....... 45-46 viii

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan.... 47-48 3.1 Lokasi Kaj ian.... 48-49 3.2 Pembacaan.... 49-5 2 3.3 Penyelidikan Lapangan....... 52-54 3.4 Menganalisa Data.......... 55 3.5 Memberi Cadangan............. 55 3.6 lnstrumen Kaj ian....... 56-57 3.7 Kesimpulan....... 57 BAB IV ANALISA DATA DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan.......... 58 4.1 Analisa data dan dapatan kajian.... 58-70 4.2 Kesimpulan.... 70 BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan... " 71 5.1 Rumusan........ 71-72 5.2 Cadangan............... 73-74 5.3 Kesimpulan.... 74-75 ix

BIBLIOGRAFI... """""...,,........ SE ARAI I FORMA.... 76 77 78 79 x

BABI PENGENALAN 1.0 Pengeoalao Topik kajian ini lebih menjurus kepada pennasalahan pengurusan organisasi kesenian. Dalam hal ini adalah organisasi Persatuan Ee Lan Sheng Hu en sebagai lembaga yang selalu melaksanakan kegiatan kesenian sempena perayaan Pesta Hantu Lapar di Sungai Petani, Kedah. Dalam pada itu, pada Bab I dijelaskan perkara-perkara yang merujuk kepada latar belakang kajian, objektif kajian, hipotesis, pennasalahan kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. 1.1 Lata.. Belakang Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi umum berkaitan pengurusan organisasi Persatuan Ee Lan Sheng Huen di Sungai Petani, Negeri Kedah. Kedah merupakan sebuah negeri Melayu yang menyandang penghonnatan sebagai negeri yang tertua di Malaysia. Berbanding dengan negeri-negeri yang masih wujud, Kedah adalah negeri yang tel1ua di Asia Tenggara. I Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan berkeluasan 9,425 kilometer persegi 2 yang bersempadan dengan Negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Negeri Kedah juga bersempadan dengan negeri Perak di Selatan dan Pulau Pinang ke arah Barat Daya. Dari segi kedudukan, Negeri Kedah terletak di garis lintang 6 0 5' ke sebelah Utara dan 100 ' 26' ke sebelah Timur dengan kawasan yang memanjang sejauh lebih kurang 123.4 kilometer. 3 Negeri Kedah merupakan 1 htto;/lwww.memon. kedah,com/page pengenalan.pljp?o-2&ldstoplc=46&.dskandungan=1.97&mtopll-=s 2 http;lim).wrklpedia.org/wiki/kadeh 3 http://www.memocikedi3h,cornjpage pengens-lan php?p::o:2&lds.to plr-=46&ldskandu ngan-=197&mtopjp:s 1

sebuah tanah besar yang mempunya! rupa bumi yang rata. Tanah yang begitu rata ini digunakan untuk menanam padi. Negeri Kedah dibahagi kepada 12 daerah (lihat Peta I pada halaman 3), iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik, Baling, Kual a Muda, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi. Daerah Ku ala Muda terletak di bahagian selatan Negeri Kedah meliputi kawasan seluas 360 batu persegi dari seluruh keluasan Negeri Kedah. Daerah ini terdiri daripada 16 buah mukim, iaitu Bujang, Gtmm, Bukit Mertajam, Haji Kudung, Kota, Kuala, Pakula, Merbok, Semeling, Rantau Panj ang, Sidam Kiri, Simp~r, Teloi Kiri, Sungai Pasir dan Sungai Petani. Daerah ini merupakan sebuah daerah yang penting dalam negeri Kedah kerana adanya Sungai Petani. Adapun wilayah penyelidikan ini tertumpu di Sungai Petani kerana lembaga Persatuan Ee Lan Sheng Huen bertempat di Sungai petani dan lokasi lembaga ini dekat dengan tempat pengkaji. Sungai Petani merupakan sebuah bandar kedua terbesar selepas Alor Setar di Negeri Kedah. Terletak di garis lintang 5 0 39 '0 " ke sebejah Utara dan 100 0 30' 0" ke sebejah Timur 4 Jarak Sungai Petani dengan AJor Setar kira-kija 70 kilometer berdekatan dengan Butterworth yang terletak di Pulau Pinang. Sungai Petani bakaj menjadi status bandaraya pada tahun 2015 kerana bandar pembangunan pesat serta perindustrian yang utama dalam Negeri Ked ah kerana Sungai Petani berdekatan dengan Pulau Pi nang yang merupakan bandaraya kedua utama di Malaysia. Penduduk di Sungai Petani terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India dengan jumlah kesejuruhannya meneapai 171,676 orang mengikut Banei tahun 2010 5 Setiap tahun penduduk Sungai Petani bertambah kerana daerah ini berdekatan dengan bandar Jain seperti PuJau Pinang yang menjadi daerah industri. Sungai Petani mempunyai ramai penduduk kerana berd ekatan dengan bandar perindustrian terbesar di Utara iaitu Seberang Perai, Pulau.:; http://www.maplaodja.cqnl/mdlaysla/kedah/sungai-petanifsunl!aj oetani-gom!:le eaoh.htm! 5hltp;IfwW\V,!,l3tistU::S.gov.my/portal/download Population!files/Ropyla» oo/q4 ladval PBT negen IP @T Kedah pdf 2

Pinang. Dalam pada itu, ramai orang yang bekerja di Pulau Pinang bertempat tinggal di Sungai Petani kerana harga sewa rumah di Pulau Pinang lebih mahal dari di Sungai Petani. Dengan pertambahan jumlah penduduk ini, Sungai Petani berkembang menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar yang semakin besar sej ak tahun 1990. I Peta 1 Peta Negeri Kedah 6 (Foto Dokumentasi: http://ms.wikipedia.org/wiki/fail Daerah di Kedah. jpeg) Dengan perkembangan penduduk di Sungai Petani, sektor perumahan turut berkembang pesat. Perumahan taman (lihat Peta 2 dalam halaman 4) seperti Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah dan Taman Berlian merupakan taman yang awal dirancang di Sungai Petani. Baberapa bandar yang baru turut dibina demi perkembangan penduduk di Sungai Petani. Antara bandar yang dimajukan ialah Bandar Arnan 6 Peta diambil dari: hltp:llm;,lvlklpedla.org/wl ki /Ke dah 3

Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park, Legenda Heights dan Cinta Sayang Resort. Kini, Sungai Petani merupakan kawasan perumahan yang terbesar di Negeri Kedah. - --.- - -,-,.,- ;:, o --- -. -- -- - -- - - ---..- Gwnttw,_ ' - '-...-...,:~ -- -- -. ~ -._. -~.~ =- _...- ---, 0... -...-.."... -- r. t.."...".:-...,..,'tiii_ ---..- - --,-..- -... _. -... - _ _...,,", -, -- - _, -_... =.-- --. -- --...'-...... ~.-- Peta 2 Peta Sungai Petani' (Foto Dokumentasi: http://dict.space.4goo.net/cityil00945) 7 Peta diambil dari : http '/Idlctspace4ooQ,nel/cityl100945 4

l'uullq.jdmal Maklu,u' Akad~mi\( UNlVEllSm MALAYSIA SARAWAK Malaysia mempakan sebuah negara yang terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Meskipun demikian, penyelidik memberi tumpuan kepada penduduk bertempat tinggal di Sungai Petani yang kebanya kan terdiri darip ada bangs a Melayu, Cina dan l.ndia. Penduduk yang berbilang kaum tersebut telah menjadikan kebudaya an di Sungai Petani lebih berwam a-wami. Pelbagai j enis perayaan di sambut oleh p enduduk yang berbilang kaum di Sungai Petani sepanjang tahun. Bagi masyarakat Melayu yan g beragama Islam menyambut perayaan Hari Raya Aid ilfitr i, Hari Raya Aidiladha dan Maulidul Ras ul Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Satu bulan sebelum perayaan, umat Islam berpuasa bermula dari subuh hingga ke maghrib seti ap hari. Ramadhan ini dijalankan selama satu bulan. Perayaan Hari Raya adalah tand a berakhir sebulan puasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Aidiladh a dinamakan dengan Hari Raya Haj i yang disambutkan pada hari ke-io bulan Zulhijj ah. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka pergi beribadat Haji di Mekah. Pada pagi hari perayaan ini, umat Islam di Sunga i Petani pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang dan ibadat korban tumt dijalankan. Maulidul Rasul pula diadakan pad a bulan Rabiulawal. Perayaan ini disambutkan dengan memperingati perjuangan Nabi Muhanunad s.a.w. Pad a waktu perayaan ini turut diadakall acara perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanj i. Perayaan dalam masyarakat Cina di Sunga; Petan; boleh dikatakan sangat berpelbagai. Antara perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina ialah Tahun Bam Cina, Chap Goh Meh, Hari Keputeraan Guan Yin, Hari Cheng Beng, Hari Wesak, Bulan Hantu Lapar, Perayaall Kuih Bulan dan Tanglung, Keputeraan Tuhan Sembi Ian Maharaja dan Musim Sejuk. Di Sungai Petani, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina yang berlanjutan selama 15 hari hingga ke hari Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina meru pakan perayaan yang berkaitan dengan seekor makhlnk ganas yang bernama "N ian" membuat hurn-hara di China sej ak beribu-ribu dahulu. Pemberian bungkusan "angpow" juga mempakan satu kebudayaan 5

Cina sej ak dahulu. Perayaan ini diakhiri dengan Chap Goh Mei yang disambut dengan mengadakan upaeara sembahyang. Tokong Cina di Sungai Petani selalu mengadakan upaeara sembahyang seeara besar-besaran bagi penganutnya terutarnanya perayaan Pesta Hantu Lapar dan perayaan Keputeraan Tuhan Sembi Ian Maharaja. Perayaan Pesta Hantu Lapar merupakan perayaan yang disarnbut oleh masyarakat Buddha berkurun dahulu. Dalam kajendar lunar, perayaan Pesta Hantu Lapar jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7. Upaeara bersembahyang dan penyedekahan makanan kepada hantu serta upaeara pemujaan roh nenek moyang selalu di adakan. Persembahan pentas seperti opera Teochew, wayang kulit Cina dan persembahan Getai di anjurkan bersama oleh penganjur Tokong Cina. Perayaan Kuih Bulan dan Tanglung turut disambut pad a hari ke-15 pada bulan ke-8 daja m kalendar lunar. Perayaan ini berkaitan dengan legend a Chang Er dan Jade Rabbit. Pada musim perayaan ini, aktiviti pertandingan dan pameran tanglung diadakan di Sungai Petani. Perayaan Keputeraan Sembilan MaJwraja dikenali sebagai Kow Wong Yeh (dalam bajlasa Teow Chew) disarnbut pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cin a. Penganut kepereayaan Taoist berkumpul di kuil untuk menyambut perayaan ini 8 Keputeraan Sembilan Maharaja merupakan anak kepada 'Thien Hou' Ratu Syurga dan merupakan kult bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang dikenali sebagai 'lieu Hwang Yeh'. Keputeraan Sembil an Maharaja dipereayai tinggal di syurga di baw ah pemerintahan 'Thien Hou' atau Rat u Syurga yang menjaga buku kehiclup an dan kematian. Perayaan Keputeraan Tuhan Sembilan Maharaja merupakan perayaan yang disambut seeara besarbesaran oleh masyarakat Cina di Sungai Petani. Perayaan ini berlangsung selama sembilan hari. Pada musim perayaan, penganut bervegetarian dan mengadakan upaeara pemujaan! htlp://pe ray aa n, b@vepages.com/f erayaansembllanmaharajadewa.htm 6

Tuhan Sembilan Maharaja. Pengums Tokong Cina tumt mengupah persembahan pentas pada masa ilu. Perayaan Musim Sejuk diadakan pada tanggal 22 December setiap tahun. Pada musim perayaan ini, masyarakat Cina makan soup "tang yuan" atau berbola pulut manis. Mengikut ad at istiadat masyarakat Cina, ahli keluarga kaum Cina makan so up "tang yuan" bersama yang menandakan keluarga sempurna dan bahagia. Kaum Cina juga mempercayai bahawa pada masa ini seseorang akan menjadi satu tahun lebih tua. Bagi masyarakat India di Sungai Petani, sarnbutan Hari Deepava Ji, Thaipusam dan Pongal selalu dijalal1.kan. Hari Deepavali dikenali sebagai pesta cahaya yang di sambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil. Perayaan ini menandakan simbol kebaikan menumpaskan kuasa kejahatan. Perayaan Thaipusam pula mempakan perayaan yang disambut oleh penganut Hindu bagi menghonnati dewa Hindu. Perayaan ini dijatuhkan pad a bulan "Thai" atau bulan ke-i dalam kalenda.! TamiL Pada hari Thaipusam, selain daripada penga.!lut Hindu, kaum lain tumt menunaikan nazar agar permohonan hajat kepada Dewa Mwugan dikabulkan. Acara ini diadakan sebagai tanda kesyukuran. Pesta Pongal mempakan salah satu perayaan yang dirayakan oleh rnasyaratkat Hindu. Pongal juga dimaksud mas a menuai. Perayaan ini menandakan tiba masa untuk menuai tanarnan pada masa lalu. Disebabkan terdapat pelbagai perayaan disambut di Sungai Petani oleh penduduk ya ng berbilang bangsa, kajian memberi tumpuan terhadap perayaan masyarakat Cina. Majoriti daripada penduduk yang bettempat tinggal di Sungai Petani ialah masyarakat Cina. Orang Cina mempakan bangsa yang kedua terbesar selepas orang Melayu di Sungai Petani. Mengikut Banci tahun 2010, terdapat 51,070 orang bangsa Cina daripada jwnlah keseluruhal1l1ya 9 Oleh itu, kajian ini berkaitan dengan masyaj'akat Cina di Sungai Petani, 9http://www,stah51iq.goV,!lw!portgl/dQwnIQad PQQylatjon/files!PQPul,;njpn/04IadlJdl PST nef!erl/p BT Kedah pdf 7

Kedah. Salah satu sebab yang mendorong pengkaj i melakukan penyelidikan terhadap perayaan masyarakat Cina ialah pengkaji juga berbangsa Cina. Pengkaji lebih memahami tradisi dan budaya warisan Cina berbanding dengan budaya kaum lai n. Tradisi dan budaya warisan Cina merupakan satu corak kehidupan masyarakat Cina yang diwarisi secara turun-temurun. Warisan budaya dikekalkan kerana mempunyai id entiti tersendiri. Oleh itu, pelbagai perayaan diraikan oleh masyarakat Cin a sepanjang tahun bagi mengekalkan tradisi dan budaya warisan Cina. Kebanyakan perayaan tradisional Cina adalah melalui kisah-kisah pada zaman dahulu. Dengan itu, masyarakat Cin a di Sungai Petani sering mengadakan upacara-upacara semasa perayaan dengan persembahan acara kesenian. Selain daripada perayaan yang disebut pada halaman 6, terdapat lagi kegiatan dan upacara bersembahyang yang diadakan setiap bulan. Menurut tanggapan kaum Cina bahawa wujudnya sebuah duni a roh, adat resam masyarakat Cina adalah sangat ban yak dan diwarisi secara turun-temurun. Oleh yang demikian, terjadilah banyak jenis perayaan Cina. Salah satunya adalah perayaan Pesta Hantu LapaL Pesta Hantu Lapar dijalankan selama sebulan pad a bul an ke-tujuh dalam kalendar lunar. Perayaan ini dijadikan sebagai salah satu warisan budaya Cina ke China. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, pada bulan ke-tujuh pintu neraka dibuka dan roh orang mati dan yang belum lahir dilepas Ulltuk bersiar-siar selama 30 hari. Orang Cina mempercayai bahawa jika roh ini diabaikan, mereka akan melakukan perbuatan-perbuatan kerosakan. Oleh itu, upacara bersembahyang dan penyedekahan makanan kepada hantu sej1a upacara pemujaan ro h nenek moyang diadakan pada bulan itu. Pad a ketika yang sama, persembahan pentas seperti opera Teochew, wayang kulit Cina dan persembahan konsert dianjurkan sama ada di tokong Cina ataupun di tempat yang terbuka. Persembahan pentas ini dij alankan sepanjang perayaan supaya roh-roh dapat dilayan. 8

Untuk melaksanakan kegiatan kesenian, beberapa pertubuhan kaum Cina ditubuhkan di Sungai Petani. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan mengekalkan tradisi budaya Cina. Kegiatan-kegiatan kesenian dianjurkan dan diw-us oleh pertubuhan itu. Kegiatan kesenian di adakan pad a musim perayaan Cina seperti TallUn Baru Cina, Chap Goh Meh, Hari Keputeraan Guan Yin, Hari Cheng Beng, Hari Wesak, Bulan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan dan Tanglung, Keputeraan Tuhan Sembilan Maharaja dan Musim Sejuk. Oleh itu, terdapatl ah pertubuhan-pertubuhan kaum Cina di Sungai Petani bagi menguruskan kegiatan kesenian. Antara pertubuhan-pertubuhan ini ialah Pertubuhan Penganut-Penganut San Shan Guo Wang, Pertubuhan Penganut Huat Szu Kong, Pertubuhan Penganut Agama Buddha Duo Mu Gong, Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor, Persatuan Buddhist Kedah Tengah, Persatuaan Ee Lan Sheng Huen, Pertubuhan Pengikut Tokong Hock Teik Soo, Chee Siew Kok Moral Upli fting Society, Pertubuhan Peganut Tow Boo Keong Pekan Lama Sungai Petani, PersatUall Penganut Tokong Seah Ong Kong Pasar, Pertubuhan Penganut Ajaran Chui Leal] Nall1 Mo Kwan Si Yin Pu Sat, Pertubuhan Penganut Yuen Shuai Gong. Penyelidikan ini tertumpu kepada Persatuan Ee Lan Sheng Hu en kerana lembaga ini selalu melaksanakan kegiatan kesenian sempena perayaan Pesta Hantu Lapar. Pengkaji tertarik dengan tradisi dan budaya warisan kaum Cina yang dikekalkan oleh Persatuan Ee Lan Sheng Huen pada musim perayaan Pesta Hantu Lapar. Dalam pada itu, pengkaji ingin lebih memahami pengurusan organisasi persatuan ini dan memijih Persatuan Ee Lan Sheng Huen sebagai kaj ian penyelidikan kerana lembaga ini dekat dengan tempat pengkaj i (lihat Gambar 1 pada halaman 10). Persatuan Ee Lan Sheng Huen adalah salah satu pertubuhan daripada sekumpulan kaum Cina yang terdapat di Sungai Petani. Lembaga ini ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah didaftar atas usaha pengerusi persatuan, iaitu Tan Beng Hock. Disebabkan taman ini merupakan taman yang baru di Sungai Petani, maka Persatu an Ee Lan Sheng Huen baru 9

berumur en am tahun sehinggalah sekarang. Lembaga ini turut membeli sebuah rumah sebagai satu tempat untuk ahli-ahlinya. Tempat ini dijadikan sebagai pejabat perhubungan, tempat bermesyuarat dan juga tempat yang menganjurkan aktiyiti. Gambar I Organisasi Persatuan Ee Lan Sheng Huen 10 (Foto Dokumentasi: http://mykampung. si nchew.com. my/nod e/lo? 54 3) Persatuan Ee Lan Sheng Huen merupakan sebuah organisasi yang bukan keuntungan. Oleh yang demikian, anggota dalam lembaga ini merupakan sukarelawan. Anggota Persatuan Ee Lan Sheng Huen terdiri daripada satu kumpulan penduduk yang memberi kerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiyiti. Semua anggota menggemblengkan tenaga demi mencapai matlamat persatuan. Matlamat Persatuan Ee Lan Sheng Huen ditubuhkan untuk memulihara identiti kebudayaan kaum Buddha dan untuk menyembahkan roh atau hantu. Manakala objektifuya ialah mengeratkan tali perhubungan penduduk di Taman ini untuk menjalankan kerja amal secara beramai-ramai. Dalam 10 Gambar diambil dari: hll p: l/mykampung.sinche\\,.cpl1l.l11vlllqde '2075 U 10

mengurus sebuah kegiatan kesenian, dipercayai dapat meningkatkan persahabatan antara Jlran-Jlran. Melalui kegiatan kesenianjuga dapat membentukkan satu keluarga besar. Setiap tahun, persatuan ini menganjurkan upacara-upacara menyembahkan dewa-dewi. Kegiatan kesenian utama yang dianjurkan lembaga Persatuan Ee Lan Sheng Huen adalah perayaan Pesta Hantu Lapar pada bulan ke-7 dalam kalendar lunar. Penyelidikan ini fokus kepada perayaan Pesta Hantu Lapar yang dilaksanakan pada bulan ke-7 dalam kalendar lunar sejak tahun 2008. Sempena perayaan ini, upacara menyembah if.elfiatau Seng Ong Kong atau dikenali Dewa Kuil. Selain daripada upacara pemujaan, persembahan pent as diuruskan oleh Persatuan Ee Lan Sheng Huen. Melalui kegiatan kesenian ini, masyarakat dapat rn engenali seni budaya rnasyarakat Cina terutarnanya berkaitan dengan perayaan Pesta Hantu Lapar. Masyarakat mempunyai peluang untuk menyertai kegiatan dan lebih memahami kebudayaan yang diwari si sejak dahulu. Pada masa yang sarna, melalui kegiatan kesenian dapat meningkatkan semangat kesalehan masyarakat dan juga mengekalkan tradisi budaya Cina. Masyarakat turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang berbentuk drama teater iai tu opera Cina dan wayang kulit Cina atau persembahan konsert. Persembahan pentas selalu diadakan di kawasan yang terbuka di mana sebuah pentas mudah alir yang hanya didirikan pada musim perayaan Pesta Hantu Lapar. Persembahan pentas diadakan pada waktu malam. Pentas yang di gunakan untuk persembahan itu disewa dan diurus oleh persatuan tersebut. Persernbahan pentas seperti Opera Teochew, Wayang Kulit C ina dan nyanylan diupah oleh Persatuan Ee Lan Sheng Hu en dari lu ar Sungai Petani. Oleh itu, ahli jawatankuasa Persatuan Ee Lan Sheng Huen melaksanakan tugas dengan mengurus aktiviti kesenian. 11