PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Earthwork Activities in Private Housing Industry

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

TATACARA PERMOHONAN Application procedure


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor 2 Pusat Penyelidikan Politik dan Keselamatan (POSH)

Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DETERMINANT OF UTHM ACADEMIC STAFF S PREFERENCE ON CHOOSING HOSPITALS. MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN ADZNAM

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Sistem Bakeri Interaktif

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS INFLUENCING THE SUCCESS OF ICT TELECENTRE PROJECTS IN RURAL COMMUNITIES IN MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Ke Arah Pemupukan Pemikiran Aras Tinggi: Penggabungan Topik Pengajaran Fizik dan Kepentingan Kerja Berpasukan Para Pelajar. Muhammad Abd Hadi Bunyamin

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

PENGARUH PULAU HABA BANDAR TERHADAP KESELESAAN TERMA DALAMAN BANGUNAN UNTUK PEKERJA DI PULAU PINANG NUR AILI HANIM HANAFIAH

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS: SATU KAJIAN DI KEM BATALION 9 PGA KUALA TERENGGANU

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEMS (GIS) MAPPING APPROACH IN THE STUDY OF IMPACT ON 2016 REDISTRICT IN THE PARLIAMENTARY OF SERDANG AND HULU LANGAT

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Cabaran Pembangunan dalam Konteks Kepimpinan: Kes Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

e Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17)

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PENJANAAN EKONOMI PENGALAMAN DALAM SEKTOR KESIHATAN: KAJIAN KES BANDAR BARU BANGI

Sistem Tagal: Pengurusan Biosfera Tradisional dalam Industri Pelancongan

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Survey on Perak and Selangor 3 messages

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN PERUNDINGAN BERPRINSIP GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) UTM MOHD IRWAN BIN ABD RAHMAN

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR SHAHIDA BINTI ROSLI MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

DETERMINATION OF LEAD CONTENT IN WHITENING CREAM USING LASER INDUCED BREAKDOWN SPECTROSCOPY ANALYSIS WAN NORSYUHADA BT WAN MOHD SHUKRI

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Transcription:

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA Mohamad Shaharudin Samsurijan 1, Radin Firdaus Radin Badarudin 2, Paramjit Singh Jamir Singh 3, Azahan Awang 4, Kumarashwaran Vadevelu 5 & Mohammad Benny Alexandri 6 1,2 Bahagian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang 3 Bahagian Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang 4 Program Pengurusan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan 5 Faculty of Humanities and Sosial Sciences, Prince of Songkla University, Thailand 6 Faculty of Social and Political Sciences, Universitas Padjadjaran, Indonesia 1 msdin@usm.my, 2 radin@usm.my, 3 paramjit@usm.my, 4 azahan@ukm.edu.my, 5 kumarashwaran@yahoo.com, 6 mohammad.benny@unpad.ac.id ABSTRAK Bandar merupakan sebuah habitat tumpuan penduduk mendapatkan serta mencari kualiti kehidupan yang baik. Pengaruh pembangunan yang pesat di bandar sebenarnya telah memberi kesan langsung kepada penduduk kampung bandar untuk terus beradaptasi dengan persekitaran pembangunan bandar yang semakin kompleks. Kajian ini menghujahkan bahawa keupayaan penduduk kampung bandar menikmati kualiti kehidupan sosial yang baik terjelma keutuhan penyertaan sosial sesama penduduk. Kajian mendapati sungguhpun penduduk kampung bandar secara majoritinya adalah kaum melayu, kepelbagaian etnik yang wujud di persekitaran kawasan kampung bandar telah membentuk hubungan yang utuh dan akrab. Hasil kajian mendapati penilaian persepsi responden kampung bandar dari bandar Kangar, Alor Setar dan George Town terhadap penyertaan sosial adalah seimbang. Manakala analisis perkaitan persepsi antara responden dari ketiga-tiga bandar turut menunjukkan wujud hubungan signifikan pada aras p<0.05, serta kiraan skor wajaran dalam skala peratus terhadap petunjuk penyertaan sosial bagi responden mengikut bandar berada di tahap kualiti hidup tinggi. Kata kunci: pembangunan bandar, kampung bandar, penyertaan sosial, kualiti hidup PENGENALAN Kualiti kehidupan sosial penduduk bandar boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan tidak hanya menekankan aspek material dalam kehidupan sahaja seperti taraf hidup, tahap pengetahuan dan pemilikan fizikal, tetapi turut juga melibatkan aspek lain yang lebih jelas seperti kemudahan infrastruktur sosial, jaminan kebebasan bergerak (jaminan keselamatan) serta kekuatan dan kemesraan 178

hubungan sosial yang baik di samping berpeluang untuk berekreasi (Abdul Ghani 2008; Michalos & Robinson 2011; Schalock 2008). Azahan Awang (2007) dalam kajian beliau turut merungkaikan komponen akses bandar menerusi petunjuk penyertaan sosial penduduk di bandar pertengahan mencapai status kualiti hidup. Kajian yang dilakukan oleh Foo (2000) mendapati kepentingan hubungan sosial menerusi hubungan kejiranan yang wujud, organisasi sosial setempat dan faktor budaya sebagai sebahagian dari elemen penting dalam proses penilaian kualiti hidup penduduk di bandar Singapura. Manakala Cummins (2005) menghujahkan bahawa aspek keselamatan sebagai petunjuk asas dalam merungkai tahap kesejahteraan penduduk dalam sesebuah persekitaran. Beliau turut menegaskan bahawa petunjuk keselamatan antara cerminan utama kesejahteraan keseluruhan penduduk. Manakala Stradling et al. (2007), Yanliu dan Bruno (2012) serta Ye Liu et al (2012) pula melihat aspek hubungan sosial penduduk kampung bandar sebagai antara komponen penting dalam mempertimbangkan sebarang bentuk pembangunan dalam persekitaran bandar. Irina et al. (2008) dalam makalahnya melihat petunjuk penglibatan masyarakat antara petunjuk yang bersifat kolektif. Contohnya kekuatan hubungan sosial di sekitar kejiranan, kekerapan melakukan aktiviti secara bersama serta peranan organisasi setempat adalah aktiviti yang sangat membina keutuhan hubungan sosial penduduk dan bersifat kolektif. Bagi Yuting Liu et al. (2010) melihat petunjuk keselamatan mempunyai hubungan yang kuat dengan hubungan sosial penduduk kampung bandar di kebanyakan kampung bandar di China seperti Guangzhou dan Shenzhen. Manakala aspek pengangkutan dan komunikasi penyumbang kepada kekuatan hubungan keselamatan dan sosial penduduk di kampung bandar di beberapa kawasan kampung bandar di China. Selaras dengan hujah Cummins (2000, 2005), Irina et al (2008), Azahan Awang et al. (2008, 2009), Yuting Liu (2010) serta beberapa penyelidik lain yang menegaskan bahawa penyertaan sosial ini merupakan antara petunjuk asas dalam penilaian kualiti kehidupan sosial penduduk serta bersifat kolektif, kajian ini tertarik untuk merungkai secara emprikal petunjuk tersebut dalam menilai keupayaan penduduk kampung bandar mencapai status kualiti hidup. Petunjuk penyertaan sosial dilihat amat bersesuaian dengan penduduk kampung bandar berikutan kedudukannya dalam persekitaran bandar, selain memberi gambaran jelas terhadap keupayaan dan ketersediaan sosial penduduk kampung bandar dalam persekitaran bandar. KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 509 ketua isi rumah daripada kalangan penduduk kampung bandar telah dipilih sebagai responden. Penduduk kampung bandar merupakan sebahagian daripada penduduk bandar, tinggal di kawasan kampung yang terkepung atau dikelilingi 179

oleh persekitaran pembangunan bandar. Penumpuan skop kawasan kajian adalah kawasan kampung bandar (kampung tradisional atau kampung yang telah wujud sebelum persekitarannya menjadi bandar) dan terletak dalam sempadan bandar di tiga bandar utama wilayah utara Malaysia yang diiktiraf sebagai ibu negeri iaitu bandar Kangar, Perlis; bandaraya Alor Setar, Kedah; dan bandaraya George Town, Pulau Pinang. Skop lokasi kajian hanya tertumpu kepada 21 buah kawasan kampung bandar tradisional yang dikenalpasti (tidak termasuk kampung tersusun, kawasan penempatan semula, penempatan sementara dan kawasan kampung baru) terdapat di sekitar bandar Kangar, Alor Setar dan George Town serta berada dalam lingkungan sempadan bandar. Memandangkan kedudukan rumah-rumah yang terdapat di kawasan kajian rata-ratanya berselerak dan berpusat, kajian ini telah memberikan kod nombor siri yang berturutan bagi setiap rumah yang terdapat di kawasan kajian mengikut kampung-kampung yang terdapat dalam bandar yang sama, dan teknik ini turut digunakan di kawasan kajian di bandar berikutnya. Kod nombor siri membolehkan kaedah nombor rawak dapat digunakan serta memastikan setiap ketua isi rumah yang terdapat di setiap rumah dalam kawasan kampung bandar mempunyai peratusan yang sama untuk dipilih sebagai responden. Menurut Neuman (2007) dan Abd. Rahim Md. Nor (2009) kaedah penggunaan nombor rawak dalam sesuatu kajian boleh mengelakkan bias serta mampu memberi gambaran suasana atau fenomena yang lebih tepat dalam kajian. HASIL KAJIAN Hasil kajian memaparkan keputusan analisis petunjuk penyertaan sosial penduduk kampung bandar yang melibatkan penilaian persepsi responden kampung bandar dari bandar Kangar, Alor Setar dan George Town terhadap penyertaan sosial; analisis perkaitan persepsi antara responden dari ketiga-tiga bandar; serta kiraan skor wajaran dalam skala peratus terhadap petunjuk penyertaan sosial bagi responden mengikut bandar. Penilaian responden terhadap penyertaan sosial Aspek penyertaan sosial salah satu petunjuk penting dalam proses penilaian status kualiti hidup. Status penyertaan sosial yang baik mampu memberi gambaran jelas tentang kekuatan karakter sosial penduduk kampung bandar untuk beradaptasi dalam persekitaran bandar yang sentiasa berubah-ubah. Menurut Mohd Yusof et al. (2011) keakraban dan keutuhan penduduk kampung bandar di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam boleh diterjemahkan menerusi kekerapan aktiviti yang dijalankan bersama dan keterlibatan dalam aktiviti berpersatuan di peringkat kampung. Kedua-dua situasi ini mencerminkan keutuhan. Beliau turut melihat hubungan persaudaraan serta kepelbagaian etnik yang wujud di kalangan penduduk di kawasan kampung bandar turut mendorong keaktifan aktiviti 180

dilakukan secara bersama. Manakala Mohd Shaharudin (2011, 2012) pula melihat peranan aktif yang dimainkan oleh pengerusi JKKK di Kampung Berjaya dan Mempelam turut mendorong penyertaan sosial penduduk semakin ramai. Sehubungan dengan itu kajian ini melihat tiga (3) aspek penilaian terhadap penyertaan sosial responden kampung bandar di bandar Kangar, Alor Setar dan George Towna adalah penting. Pertama penilaian terhadap kekuatan hubungan kejiranan; kedua penilaian terhadap keaktifan menjalankan aktiviti secara bersama; dan ketiga penilaian terhadap peranan struktur organisasi kampung bandar. Analisis secara statistik terhadap penilaian responden di bandar Kangar, Alor Setar dan George Town turut dilakukan bagi melihat perkaitan penilaian yang wujud di antara responden dari ketiga-tiga bandar tersebut. i. Keutuhan hubungan kejiranan adalah keutamaan Penduduk Majoriti responden mempunyai semangat kejiranan yang kuat dan akrab. Hasil kajian mendapati seramai 89.6% responden kampung bandar mengakui bahawa hubungan kejiranan di persekitaran kawasan kampung bandar adalah kuat dan akrab. Responden di bandar Kangar adalah yang paling ramai menyatakan hubungan kejiranan di kampung mereka adalah kuat dan akrab (91.9%). Diikuti responden di bandar Alor Setar (89.5%) dan George Town (87.1%). Majoriti responden di kejiranan kawasan kampung bandar mempunyai pertalian persaudaraan, selain telah hidup berjiran dengan kaum lain sejak sekian lama. Hubungan kejiranan dan kekeluargaan adalah keutamaan penduduk. Hasil kajian mendapati penilaian yang seimbang diberikan responden terhadap hubungan kejiranan lebih mesra berbanding hubungan kekeluargaan. Seramai 51.6% responden di bandar Kangar melihat hubungan kejiranan lebih mesra berbanding hubungan kekeluargaan. Manakala responden di bandar George Town pula memberikan penilaian yang seimbang terhadap kekuatan hubungan kejiranan dan kekeluargaan iaitu masing-masing seramai 50% bersetuju dan 50% tidak bersetuju. Di bandar Alor Setar pula menyaksikan hanya seramai 44.4% responden yang melihat hubungan kejiranan lebih mesra berbanding dengan hubungan kekeluargaan. Ujian statistik khi kuasa dua yang dijalankan mendapati terdapat perkaitan yang signifikan penilaian responden dari ketiga-tiga bandar terhadap hubungan kejiranan yang lebih mesra berbanding hubungan kekeluargaan pada aras p<0.05 (p=0.035) dan nilai x 2 =13.538. Hasil analisis ini menunjukkan penilaian responden terhadap kekuatan hubungan kejiranan dan kekeluargaan dipengaruhi persekitaran bandar yang berbeza. Penilaian responden dari bandar Kangar, Alor Setar dan George Town terhadap kekuatan hubungan kejiranan dan kekeluargaan sebenarnya adalah seimbang. Majoriti responden dari kampung yang sama mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan dan hidup dalam kejiranan yang sama. 181

Jadual 2: Perkaitan persepsi penduduk kampung bandar antara bandar Kangar, bandaraya Alor Setar dan bandaraya George Town terhadap pengangkutan Bil Penilaian Persepsi Penduduk Kampung Bandar i Penilaian terhadap kekuatan hubungan kejiranan 1 Mempunyai hubungan kejiranan yang kuat dan akrab 2 Hubungan kejiranan lebih mesra berbanding hubungan kekeluargaan ii Penilaian terhadap kebebasan dan kerelaan menjalankan aktiviti secara bersama 3 Penduduk kampung bandar aktif menjalankan aktiviti secara bersama 4 Penduduk kampung tidak pernah dihalang untuk berpolitik atau berpersatuan Bandar Kangar, Perlis (%) Bandaraya Alor Setar, Kedah (%) Bandaraya George Town, Pulau Pinang (%) Keputusan Ujian Khi Kuasa Dua (x 2 ) STS TS S SS STS TS S SS STS TS S SS Nilai x 2 Sig. 0.5 7.5 61.3 30.6 0.7 9.8 54.9 34.6 1.8 11.2 55.9 31.2 Tiada** 11.3 37.1 41.4 10.2 8.5 47.1 39.2 5.2 17.6 32.4 42.9 7.1 13.538 0.035* 3.8 32.8 47.3 16.1 2.0 40.5 50.3 7.2 5.3 34.7 50.6 9.4 10.836 0.094 4.8 3.2 68.3 23.7 2.6 3.9 65.4 28.1 5.3 9.4 64.1 21.2 10.567 0.103 bersambung......sambungan 182

iii Penilaian terhadap peranan struktur organisasi kampung bandar 5 Struktur organisasi kampung ini adalah penting 11.8 32.8 48.4 7.0 15.0 48.4 32.0 4.6 13.5 36.5 45.3 4.7 13.207 0.040* STS- Sangat Tidak setuju; TS- Tidak Setuju; S- Setuju; SS- Sangat Setuju; *Signifikan p<0.05 **Ujian Khi Kuasa Dua tidak dapat dijalankan kerana terdapat nilai kekerapan jangkaan kurang dari 5 dalam sel jadual kontegensi 183

ii. Kebanyakan aktiviti di kampung bandar dijalankan secara bersama Majoriti responden mempunyai kebebasan dan kerelaan yang tinggi menjalankan sebarang aktiviti secara bersama. Hasil kajian mendapati seramai 63.4% responden di bandar Kangar sering menjalankan aktiviti secara bersama seperti kenduri-kendara dan program masyarakat setempat. Diikuti responden di bandar George Town dan Alor Setar masing-masing seramai 60% dan 57.5%. Ujian statistik khi kuasa dua yang dijalankan mendapati tidak terdapat perkaitan yang signifikan penilaian responden dari bandar Kangar, Alor Setar dan George Town terhadap keaktifan menjalankan aktiviti secara bersama pada aras p<0.05 (p=0.094) dan nilai x 2 =10.836. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa penilaian responden dari ketiga-tiga bandar sebenarnya tidak dipengaruhi oleh persekitaran bandar yang berbeza. Responden di ketiga-tiga bandar mempunyai kebebasan dan kerelaan yang tinggi dalam menjalankan sebarang aktiviti secara bersama. Majoriti responden bebas untuk aktif dalam sebarang aktiviti berpersatuan dan politik. Jadual 1 menunjukkan seramai lebih daripada 85% responden dari ketiga-tiga bandar memberikan penilaian yang tinggi terhadap kebebasan untuk bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan dan politik. Ujian statistik khi kuasa dua menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan penilaian responden dari ketiga-tiga bandar terhadap kebebasan responden untuk berpersatuan dan berpolitik pada aras p<0.05 (p=0.103) dan nilai x 2 =10.567. Hasil analisis ini menunjukkan penilaian responden terhadap kebebasan berpersatuan dan berpolitik tidak dipengaruhi oleh persekitaran bandar yang berbeza. Penilaian responden secara keseluruhannya dilihat seimbang terhadap kebebasan untuk berpersatuan dan berpolitik. iii. Struktur organisasi kampung bandar penting dalam menyatu-padukan masyarakat kampung bandar Struktur organisasi kampung berperanan sebagai perantara antara penduduk kampung bandar. Struktur organisasi di setiap kawasan kampung bandar di bandar Kangar dan George Town diketuai oleh ketua kampung yang juga pengerusi JKKK. Di kawasan kampung bandar di sekitar Bandar Alor Setar pula diketuai oleh pengerusi MKK atau JKKK. Semua jawatan tersebut dilantik oleh kerajaan negeri yang memerintah. Jadual 2 menunjukkan sebahagian daripada responden di bandar Kangar dan George Town menyatakan struktur organisasi di kawasan kampung bandar adalah penting kepada penduduk kampung bandar yang masing-masing seramai 55.4% dan 50%. Manakala responden di bandar Alor Setar pula adalah paling sedikit (36.6%) melihat peranan struktur organisasi kampung penting dan dapat membantu penduduk. Ujian secara statistik khi kuasa dua yang dilakukan mendapati terdapat perkaitan yang signifikan penilaian responden dari bandar Kangar, Alor Setar dan George Town terhadap kepentingan struktur organisasi kampung pada aras p<0.05 (p=0.040) dan nilai x 2 =13.207. Hasil analisis ini menunjukkan persekitaran kampung bandar yang berbeza turut mempengaruhi penilaian responden terhadap kepentingan struktur oeganisasi. Hasil kajian mendedahkan bahawa 184

pertimbangan responden terhadap kepentingan struktur organisasi kampung di bandar Kangar dan George Town adalah lebih seimbang berbanding dengan penilaian responden di bandar Alor Setar. Skor wajaran penyertaan sosial penduduk kampung bandar Skor wajaran penyertaan sosial memberikan gambaran sebenar penilaian terhadap tahap penyertaan sosial penduduk kampung bandar merangkumi tiga penilaian yang telah dibuat penduduk kampung bandar iaitu penilaian terhadap kekuatan hubungan kejiranan, kekerapan melakukan aktiviti bersama serta kepentingan organisasi kampung bandar. Jadual 3 menunjukkan secara keseluruhanya penyertaan sosial penduduk kampung bandar berada dalam tahap kualiti hidup tinggi iaitu sebanyak 73.8%. Responden kampung bandar di bandar Kangar mempunyai tahap penyertaan sosial yang paling tinggi iaitu sebanyak 74.5%, diikuti oleh responden di bandar Alor Setar dan George Town yang masingmasing sebanyak 73.5% dan 72.8%. Peratusan skor wajaran yang diperoleh menunjukkan aspek penyertaan sosial penduduk kampung bandar dari ketiga-tiga bandar berada di tahap kualiti hidup tinggi. Jadual 3: Skor wajaran sub petunjuk penyertaan sosial dan peratusan skor keseluruhan Bil Sub Petunjuk Penyertaan sosial Wajaran Skor Wajaran (Min) Keseluruhan Kangar Alor Setar George Town 1* Hubungan keluarga wujud kelompok masyarakat yang berbeza 2 Hubungan kejiranan lebih mesra berbanding hubungan keluarga 3 Anda mempunyai semangat kejiranan yang tinggi 4 Sangat mengenali jiran yang tinggal bersebelahan 5 Hubungan kejiranan menjadi keutamaan 6 Hubungan jiran dan keluarga sama penting 7 Amalan gotong-royong dan majlis kenduri kerap diadakan 8 Kerap menghadiri majlis bersama penduduk 4.00 2.81 2.77 2.86 2.79 4.00 2.44 2.51 2.41 2.39 4.00 3.14 3.16 3.22 3.05 4.00 3.24 3.27 3.24 3.20 4.00 3.22 3.22 3.26 3.18 4.00 3.34 3.32 3.33 3.37 4.00 3.09 3.05 3.16 3.06 4.00 2.92 3.00 2.97 2.79 9 Sering ziarah menziarahi jiran 4.00 3.05 3.10 3.03 3.02 10 Hubungan jiran yang baik menyebabkan anda selesa tinggal di sini 4.00 3.23 3.24 3.28 3.16 11 Kegiatan berpersatuan di sini aktif 4.00 2.73 2.81 2.61 2.76 185

12 Penghulu kampung kerap melawat kampung ini 13 Peranan ketua kampung/ JKKP/ MKK sangat aktif 14 Penduduk di sini tidak pernah dihalang untuk berpolitik 15 Ketua kampung/ JKKP/MKK mudah ditemui 16 Ketua kampung/ JKKP/MKK mudah berbincang 4.00 2.30 2.51 2.09 2.26 4.00 2.78 2.86 2.66 2.81 4.00 3.10 3.11 3.19 3.01 4.00 2.86 2.91 2.77 2.90 4.00 2.87 2.90 2.86 2.85 Jumlah Wajaran 64.00 47.12 47.74 46.96 46.60 Skor Wajaran (Min) 4.00 2.95 2.98 2.94 2.91 Skor Wajaran Min Minimum 1.00 Skor Wajaran Min Maximum 4.00 Peratusan Skor 100% 73.8% 74.5% 73.5% 72.8% *sub petunjuk yang telah di transform dan dikodkan semula selari dengan skor yang diberi PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kesepaduan dan keutuhan hubungan yang wujud di kalangan responden kampung bandar ditunjangi oleh kekuatan hubungan kejiranan, kebebasan dan kerelaan melakukan aktiviti secara bersama serta peranan yang dimainkan struktur organisisi di sekitar kawasan kampung bandar. Kesepaduan dan keutuhan ini telah menterjemahkan keberkesanan fungsi penyertaan sosial responden dalam persekitaran kampung bandar serta berupaya untuk terus kekal dan menyerap tekanan pembangunan yang berlaku di sekitarnya. Skor wajaran petunjuk penyertaan sosial responden kampung bandar berada di tahap kualiti hidup tinggi dengan perbezaan skor sekitar 0.7%-1.7% sahaja. Penghargaan Kajian ini telah dibiayai oleh Geran Jangka Pendek Universiti Sains Malaysia 304/PSOSIAL/6313214. Rujukan Abd. Rahim Md Nor. 2009. Statistical Method in Research. Petaling Jaya: Prentice Hall. Abdul Ghani Salleh. 2008. Neighboorhood factors in private low-cost housing in Malaysia. Habitat International 32: 485-493. Azahan Awang. 2007. Kualiti Hidup dalam Konteks Persekitaran, Akses dan Kesediaan Diri Masyarakat Bandar di Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azahan Awang, Abdul Hadi Harman Shah & Kadarudin Aiyub. 2008. Penilaian makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia. Akademika 72: 45-68. 186

Azahan Awang, Jamaluddin Md Jahi, Lukman Z. Mohamad, Kadarudin Aiyub & Kadir Arifin. 2009. The quality of life Malaysia s intermediate city: urban dwellers perspective. European Journal of Social Sciences 9 (1): 161-167. Cummins, A.R. 2005. Caregivers as managers of subjective wellbeing: a homeostatic perspective. Journal of Applied Research in Intellectual Disabilities 18 (4): 335 344. Cummins, A.R. 2000. Objective and subjective quality of life: an interactive model. Social Indicator Research 52: 55-72 Foo, T.S. 2000. Subjective assessment of urban quality of life in Singapore (1997-1998). Habitat International 24 (1): 31-49. Irina G. Malkina-Pykh & Yuri A. Pykh. 2008. Quality-of-life indicators at different scales: theoretical background. Journal of Ecological Indicators 8: 854 862. Michalos, A.C. & Robinson, S.R. 2011. The good life: Eighth century to third century BCE. Dlm. K.C. Land, A.C. Michalos, & M.J. Sirgy (pnyt.). Handbook Of Social Indicators And Quality- Of-Life Research, hlm. 96-135. New York: Springer. Mohamad Shaharudin Samsurijan, Mohd Yusof Hussain, Azima Abd. Manaf, Rosniza Aznie C.R., Novel, L. & Mohd Fuad, M.J. 2012. Isu keselamatan dalam kesejahteraan komuniti kampung dalam bandar di bandaraya Alor Setar Kedah. Geografia Online Malaysian Journal Of Society And Space 8 (8): 112-120. Mohamad Shaharudin Samsurijan. 2011. Urban Village di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar: kajian ke atas Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam. Tesis Sarjana. Program Penilaian Impak Sosial dan Sekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak & Abd. Hair Awang. 2011. Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat kampung bandar : kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. Geografia Online Malaysian Journal Of Society And Space 7 (3): 36 44. Neuman, W.L. 2007. Basic of Social Research Method: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston: Pearson Education Inc. Schalock, R.L. 2008. The conceptualization and measurement of quality of life: implication for program planning and evaluation in the field of intellectual disabilities. Journal of Evaluation and Program Planning 31: 181-190. Stradling, S., Carreno, M., Rye, T. & Noble, A. 2007. Passenger perceptions and the ideal urban bus journey experience. Transportations Policy 14 (4):283 292. Yanliu Lin & Bruno De Meulder. 2012. A conceptual framework for the strategic urban project approach for the sustainable redevelopment of villages in the city in Guangzhou. Habitat International 36: 380-387. Ye Liu, Zhigang Li & Werner Breitung. 2012. The social network of new-generation migrants in China s urbanized villages: a study case of Guangzhao. Journal Of Habitat International 36:192-200. Yuting Liu, Shenjing He, Fulong Wu, Chris Webster. 2010. Urban village under China Rapid Urbanization: Unregulated Assets and Transitional Neighbourhood. Journal of Habitat International 34: 135-144. 187

PROSIDING PERSIDANGAN PROSIDING PERSIDANGAN Penyunting: Nooriah Yusof Asyirah Abd. Rahim Anisah Lee Abdullah