Liputan Media Utusan Borneo MAJLIS PELANCARAN PREMIS BARU PNMB DI KOTA KINABALU, SABAH 2 November 2011
New Sabah Times New Sabah Times 2
Harian Ekspres 3
Utusan Borneo Utusan Malaysia 4
Utusan Borneo Harian Ekspres 5
Harian Ekspres New Sabah Times 6
The Borneo Post 7
8 The Borneo Post
Daily Expres 9
10 New Sabah Times
Daily Express 11
12 See Hua Daily News
Overseas Chinese Daily News 13
bernama.com PNBM Labur Kira-kira RM3 Juta Untuk Naik Taraf Cawangan Sabah KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) -- Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) melabur kira-kira RM3 juta bagi menaik taraf cawangannya di Sabah, sekali gus meningkatkan kemampuannya untuk memenuhi pasaran dan permintaan dalam industri percetakan. Pengarah Urusan PNMB Izham Yusoff berkata kedai PNBM di Inanam, dekat sini, telah dinaik taraf menjadi cawangan PNMB dan dipindahkan ke lokasi baru di Lot 7, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) timur yang berdekatan dengan pekan Telipok. Beliau berkata usaha menaik taraf itu bertujuan mengaplikasikan teknologi baru yang digunakan oleh kebanyakan pelanggan di semenanjung untuk sama-sama dikongsikan bersama pelanggan di Sabah. Cawangan ini merupakan hadiah istimewa kepada semua pelanggan setia dan juga alternatif terbaik kepada pelanggan baru kerana kami menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan terkini untuk manfaat semua, katanya ketika berucap pada majlis perasmian premis baru PNMB di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Rabu. Majlis itu disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak. Turut hadir Pengerusi PNMB Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan. Izham berkata latar belakang penubuhan cawangan itu berbeza dengan cawangan PNMB lain di seluruh negara kerana cawangan Kota Kinabalu adalah hasil daripada kaji selidik mendalam yang diadakan khas untuk memenuhi pasaran di sekitar Sabah. Beliau juga yakin cawangan Kota Kinabalu boleh menjadi hab industri percetakan bagi kawasan Borneo Utara termasuk Brunei dan Labuan pada masa akan datang. Izham berkata PNBM kini giat melalui satu proses transformasi bagi memastikan ia kekal relevan dan berdaya saing di pasaran. Kami bukan sekadar menawarkan perkhidmatan percetakan kepada agensi dan jabatan kerajaan sahaja, malah sedang mengorak langkah untuk menembusi pasaran swasta, katanya. - BERNAMA 14
sskeruak.blogspot.com Belanjawan Sabah Dibentangkan 18 Nov KOTA KINABALU: Belanjawan 2012 negeri Sabah akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 18 Nov ini. Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sesi perbahasan belanjawan itu akan berlangsung selama empat hari bermula 21 Nov. Salleh menurunkan tanda tangan pada plak sebagai simbol perasmian premis baru PNMB cawangan Sabah di KKIP, sambil diperhatikan oleh Izham. Setakat ini pihak kami belum dimaklumkan sama ada terdapat rang undang-undang yang akan dibawa ke sidang DUN tetapi biasanya ada. Begitu juga dengan usul, saya belum menerima apa-apa usul yang dikemukakan oleh mana-mana ahli dewan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan premis baru Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Taman Perindustrian Kota Kinabalu hari ini. Mengenai ura-ura Parti Maju Sabah (SAPP) untuk menghantar permohonan bagi membolehkan usul Amanah Saham Sabah (SAS) dibawa ke persidangan itu, Salleh berkata semua anggota Dewan berhak berbuat demikian. Kita tidak melarang mana-mana pihak sama ada daripada SAPP, DAP atau anggota kumpulan penyokong kerajaan, kerana mengikut peraturan tetap sedia ada, mereka mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk mengemukakan usul. Bagaimanapun, Speakar juga mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk meneliti usul tersebut dan sudah tentulah saya akan meneliti apa juga usul yang dikemukakan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya, kata beliau. 15
www.newsabahtimes.com.my Sabah Menuju Landasan Tepat KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said berkata, Sabah kini menuju ke landasan yang tepat hasil daripada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman. Katanya, ini jelas dengan laporan Ketua Audit Negara yang telah memuji usaha kerajaan negeri dalam mengukuhkan kedudukan ekonominya. Pujian harus diberikan kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Haji Aman) yang membolehkan keadaan ekonomi negeri ini berada pada tahap yang terbaik, katanya kepada pemberita selepas merasmikan premis baru Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu(KKIP) dekat sini, kelmarin. Beliau berkata, ini terbukti apabila Sabah pada masa ini mempunyai rizab kewangan sekitar RM2.5 bilion yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia hasil kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan Kita juga dapat melihat pembangunan kerajaan amat jelas halatujunya yang telah banyak membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah, katanya. Namun begitu, katanya, kesannya ianya sudah tentu mengambil masa, kerana ia perlu dikaji dari segi perkhidmatan dan kewangan. Sehubungan itu, beliau berharap agensi dan kementerian (Persekutuan) lain akan dapat mengikut jejak Kementerian Pelajaran itu demi kebaikan semua. Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Salleh berkata, potensi untuk PNMB di Sabah sememangnya amat cerah dalam industri percetakan. Sehubungan itu, beliau berharap PNMB akan terus mempelopori percetakan ini demi memberi pilihan terbaik kepada semua pelanggan di negeri ini. Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi PNMB, Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hasan dan Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff. Menurutnya, keadaan tersebut membawa kestabilan politik dan mengwujudkan suasana yang sesuai untuk pelabur datang ke negeri ini, sekaligus membantu memacu ekonomi negeri. Dalam pada itu, beliau berkata keputusan menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri mengenai pengurusan projek pembangunan pendidikan menunjukkan Kerajaan Persekutuan amat sensitif terhadap kehendak rakyat di negeri ini. Beliau yang menyambut baik keputusan itu, berkata, ia sekaligus menolak dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengambi kira permintaan rakyat Sabah. TANDATANGAN... Salleh menandatangani plak di majlis itu. 16
mstar.com.my Rabu November 2, 2011 Belanjawan Sabah Dibentangkan 18 November KOTA KINABALU: Belanjawan 2012 negeri Sabah akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 18 November ini. Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sesi perbahasan belanjawan itu akan berlangsung selama empat hari bermula 21 November. Setakat ini pihak kami belum dimaklumkan sama ada terdapat rang undang-undang yang akan dibawa ke sidang DUN tetapi biasanya ada. Begitu juga dengan usul, saya belum menerima apa-apa usul yang dikemukakan oleh mana-mana ahli dewan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan premis baru Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Taman Perindustrian Kota Kinabalu pada Rabu. Mengenai ura-ura Parti Maju Sabah (SAPP) untuk menghantar permohonan bagi membolehkan usul Amanah Saham Sabah (SAS) dibawa ke persidangan itu, Salleh berkata semua anggota Dewan berhak berbuat demikian. Kita tidak melarang mana-mana pihak sama ada daripada SAPP, DAP atau anggota kumpulan penyokong kerajaan, kerana mengikut peraturan tetap sedia ada, mereka mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk mengemukakan usul. Bagaimanapun, Speakar juga mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk meneliti usul tersebut dan sudah tentulah saya akan meneliti apa juga usul yang dikemukakan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya, kata beliau. -BERNAMA 17
sabahkini.net Bukti Kerajaan Dengar Suara Rakyat KEPUTUSAN menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah mengenai pengurusan projek pembangunan pendidikan menunjukkan kerajaan Persekutuan amat sensitif dengan kehendak masyarkat negeri ini. Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menyambut baik keputusan itu berkata ia sekaligus menolak dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan Persekutuan tidak mengambil kira permintaan rakyat Sabah. Namun semua sudah tentu mengambil masa (memberi kesan) kerana ia perlu dikaji daripada segi peraturan perkhidmatan dan kewangan. Diharap agensi dan kementerian lain (Persekutan) juga dapat ikut jejak Kementerian Pelajaran itu demi kebaikan semua, katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di sini Rabu. Mengenai laporan Ketua Audit Negara yang memuji usaha kerajaan Sabah mengukuhkan kedudukan ekonominya, Salleh berkata pujian harus diberi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang membolehkan keadaan ekonomi negeri berada di tahap yang lebih baik. Terdahulu, dalam ucapannya, Salleh berharap PNMB terus mempelopori industri percetakan dalam memenuhi keperluan terbaik kepada semua pelanggan. Katanya, usaha membuka bangunan baharu dan pada masa sama menaikkan taraf kepada cawangan Kota Kinabalu, menunjukkan kesungguhan pihak pengurusan PNMB meningkatkan imejnya, kualiti produk dan mutu perkhidmatan dalam memenangi hati para pelanggan. Selain percetakan am dan digital, PNMB kini menawarkan cetakan data boleh ubah, cetakan keselamatan, pengimejan dokumen, bekalan kertas A4 dan portal undang-undang, katanya. (BERNAMA) Beliau berkata ini terbukti apabila negeri Sabah kini mempunyai simpanan kewangan sekitar RM2.5 bilion hasil kerjasama dan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Persekutuan. Salleh berkata keadaan tersebut membawa kepada kestabilan politik dan mewujudkan suasana sesuai untuk pelabur datang ke negeri ini, sekaligus membantu memacu ekonomi negeri. 18
umno-online.com Sabah State Budget For 2012 To Be Tabled On Nov 18 KOTA KINABALU, Nov 2 The Sabah state budget for 2012 is expected to be tabled during the Sabah State Legislative Assembly in Likas near here on Nov 18. Sabah State Legislative Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak said debate on the budget would start on Nov 21. So far the Dewan has not been informed if there are any bills to be tabled during the assembly but normally there will be. There will also be resolutions but we have not received any so far, he told reporters after opening the Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) in Taman Perindustrian Kota Kinabalu here today. As for claims that Sabah Progressive Party (SAPP) will submit an application to enable the proposed Amanah Saham Sabah (SAS) to be brought to the assembly, Salleh said all state assemblymen including those from the government and opposition have the right to submit their resolutions. We do not stop SAPP, DAP or backbenchers to submit resolutions according to the standing order. However, as the speaker, I will study them before making any decision, he said. mstar.com.my Sabah State Budget For 2012 To Be Tabled On Nov 18 KOTA KINABALU, Nov 2 (Bernama) -- The Sabah state budget for 2012 is expected to be tabled during the Sabah State Legislative Assembly in Likas near here on Nov 18. Sabah State Legislative Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak said debate on the budget would start on Nov 21. So far the Dewan has not been informed if there are any bills to be tabled during the assembly...but normally there will be. There will also be resolutions but we have not received any so far, he told reporters after opening the Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) in Taman Perindustrian Kota Kinabalu here today. As for claims that Sabah Progressive Party (SAPP) will submit an application to enable the proposed Amanah Saham Sabah (SAS) to be brought to the assembly, Salleh said all state assemblymen including those from the government and opposition have the right to submit their resolutions. We do not stop SAPP, DAP or backbenchers to submit resolutions according to the standing order. However, as the speaker, I will study them before making any decision, he said. --BERNAMA 19
www.theborneopost.com PNMB spends RM3 mln to upgrade Sabah branch KOTA KINABALU: Percetakan Nasional Malaysia Bhd (PNMB) has invested about RM3 million to upgrade its Sabah branch, enabling it to offer the latest technology to meet the needs of the local market. The branch, formerly the PNMB shop in Inanam near here, has been relocated to Lot 7, Kota Kinabalu Industrial Park near the Telipok township, and offered new technology already enjoyed by customers in the peninsula, said the national printer s managing director Izham Yusoff. The branch is our gift to our loyal customers and the best alternative to new customers as we provide the latest technology, he said in his speech at the launch of the new premises yesterday by State Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak.Also present was PNMB chairman Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan. Izham said unlike other branches in the country, the new branch was the result of a thorough study on the needs of the Sabah market. He also expressed confidence that it would in future form the hub of the printing industry in the state, Brunei and Labuan. He added that the national printer was in the midst of a transformation process to ensure its relevance and competitiveness in the market. We are offering printing services not just to government departments and agencies but are also looking to penetrate the private sector market, he said. Bernama sg.news.yahoo.com PNMB Spends Rm3 Mln To Upgrade Sabah Branch KOTA KINABALU, Nov 2 (Bernama) -- Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) has invested about RM3 million to upgrade its Sabah branch, enabling it to offer the latest technology to meet the needs of the local market. The branch, formerly the PNMB shop in Inanam near here, has been relocated to Lot 7, Kota Kinabalu Industrial Park near the Telipok township, and offers new technology already enjoyed by customers in the peninsula, said the national printer s managing director Izham Yusoff. The branch is our gift to our loyal customers and the best alternative to new customers as we provide the latest technology, he said in his speech at the launch of the new premises today by State Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak. Also present was PNMB chairman Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan. Izham said unlike other branches in the country, the new branch was the result of a thorough study on the needs of the Sabah market. He also expressed confidence that it would in future form the hub of the printing industry in the state, Brunei and Labuan. He added that the national printer was in the midst of a transformation process to ensure its relevance and competitiveness in the market. We are offering printing services not just to government departments and agencies but are also looking to penetrate the private sector market, he said. -- BERNAMA 20