Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Similar documents
TERMS AND CONDITIONS Chinese New Year Spend and Redeem Campaign

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website and ATM

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Tactical Campaign for CPL via Website, ATM and Clicks

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

TERMS AND CONDITION 2017 Credit Card Acquisition Cash Back Campaign

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran Tunai CIMB Bank Berhad

Kempen CIMB Islamic Q2 18 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen CIMB Mastercard Philips Coffee Maker & Flight Tickets Giveaway Overseas and Online Spend Terma-Terma dan Syarat-Syarat

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMS & CONDITIONS MAYBANK ONLINE APPLICATION CAMPAIGN II FOR BALANCE TRANSFER/EZYCASH/EZYPAY PLUS

Deposit Dragon Campaign ( Campaign )

KEMPEN 5X UNIRINGGIT FOR YOUR SPEND KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT. Preferred Current Account Cash Reward RM88 (November & December 2017)

a) The Principal and / or Supplementary Card account has become delinquent;

TERMA DAN SYARAT. Kempen Mohon, Belanja dan Dapat Ganjaran

Current/Savings Account Standing Instruction Campaign. Terms & Conditions

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

TERMS AND CONDITIONS RHB DEBIT CARD CAMPAIGN

RM10,000 RM99, % 3.50% 3.50% RM100,000 RM499, % 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%

CIMB Swipe and Drive Campaign Terms and Conditions

SPEND AND WIN SAMSUNG GALAXY S8 KFH DEBIT CARD-i CAMPAIGN ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS ( Terms and Conditions ).

CIMB Bank Kempen Q3 17 Mail Order Telephone Order ( MOTO ) Terma-terma dan Syarat-syarat

kecuali dimaklumkan sebaliknya.

TERMS AND CONDITIONS OF #SenangBiz CAMPAIGN. TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN #SenangBiz

TERMS AND CONDITIONS OF AL-AWFAR-SSPN

2. Kempen ini terdapat di semua cawangan CIMB Bank seluruh Malaysia.

Terma dan Syarat Kempen Rujukan Memperkenalkan Ahli Baru Privilege Banking dan Wealth Banking

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money via RHB Now and Get Cash Back RHB Western Union

New SME Current Account Bundle Campaign. Campaign Date: 4 April September By: SME/Commercial Deposits

2. This Campaign is applicable for all RHB Credit and Debit Cards, except RHB Platinum Business Cards. ( Eligible Cardmember )

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T

KEMPEN YEAR END EXTRAVAGANZA UOBM TERMA & SYARAT

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT WATCH CAMPAIGN

Effective 1 st APRIL 2018 / Berkuatkuasa pada 1 APRIL 2018

Mewah Kad Visa Infinite UOBM Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Send More Money through Western Union at RHB and Get Cash Back

Business Day means a day on which Bursa Malaysia is open for trading. Hari Bekerja bermaksud hari dimana Bursa Malaysia dibuka untuk dagangan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

Terma dan Syarat Kempen Kad-i Bank Islam Visa (Debit/Kredit) PIN dan Pandu Lebih Jauh

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMS AND CONDITION Tactical Usage Campaign 2018 FIFA World Cup Russia

Terms & Conditions: TRUE Debit MasterCard Campaign Page 1

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran F.I.R.S.T CIMB

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

Save And Win Everyday Campaign Terms and Conditions

AmBank Debit Card - Win Cash 2 Campaign Terms and Conditions

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT

Alliance Bank Loan & Credit Card Repayment Campaign Terms and Conditions

TERMA & SYARAT. Kempen UT & FD Investment Bundles RHB Bank

Apply Now for Mutual Gold - PB Visa Platinum Credit Card & Take Your Choice Home Campaign. Terms and Conditions

ADDITIONAL TERMS AND CONDITIONS JomPAY Nationwide Campaign

TERMS AND CONDITIONS

Morgan Air Fryer with Mutual Gold PB Visa Platinum Credit Card Campaign. Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS RHB DEPOSIT GOLD CAMPAIGN

Question : In SunActiv, which module you can track your steps & get rewarded? Answer : ( ) Search & Book ( ) Activ ( ) Health Info ( ) Marketplace

Terma & Syarat. Kempen Akaun Semasa/Simpanan AmBank-I Love Savings!

Spend with PB-Samsung Pay & Be Rewarded ( Campaign ) Terms and Conditions

Hari bermaksud Isnin hingga Jumaat dan bila mana pejabat Bank yang berdaftar dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

Terms and Conditions

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Ganjaran CIMB F.I.R.S.T (1hb Februari hb April 2018)

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

TERMS AND CONDITIONS FOR

MAYBANK PERSONAL LOAN/MAYBANK ISLAMIC PERSONAL FINANCING-i CAMPAIGN 2017 TERMS AND CONDITIONS

TERMS AND CONDITIONS

AmBank #JoyFortuneLove Campaign. Terms and Conditions

AmBank Win a Porsche Campaign. Terms and Conditions

Terms and Conditions AmOnline Win a Mini Cooper Campaign

Terms and conditions AmBank (M) Berhad and AmBank Islamic Berhad: Investment Bundle Campaign Campaign Period: 1 October 2018 to 31 December 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Kod Promosi Grab CIMB F.I.R.S.T

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

TERMS AND CONDITION RHB Year End Mass Usage Campaign

Terms & Conditions Eligibility Contest Period Contest Mechanism

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

TERMS AND CONDITIONS RHB Grow Your Wealth Campaign

Terma & Syarat Kempen Deposit AmBank Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu Boleh Dimenangi dengan AmBank!

Terms and Conditions CASA EASY Cash Back Campaign

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

2. Promosi ini hanya dibuka kepada Kad UOBM Lady s yang dikeluarkan di Malaysia.

BIASISWA FAIR & LOVELY 2018 TERMA-TERMA DAN SYARAT- SYARAT

Kad Debit MasterCard AmBank dan Kad Debit MasterCard TRUE by AmBank Kempen Penebusan Hadiah Segera di MYDIN

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

ANTARA DAN AKAN MENJUAL HARTANAH TERSEBUT DI BAWAH SECARA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (NO. PTT.4/369/34/2017)

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN [0701AUC ] Dalam Perkara Seksyen 257 Dan 263 Kanun Tanah Negara 1965

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. WA /2017

PROCLAMATION OF SALE ORDER OF SALE AT INSTANCE OF CHARGEE (PTP12/43/16)

SYARAT DAN PANDUAN MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC) 2017

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN DIATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN (PTP 12/142/16)

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO. BA /2017

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

Transcription:

Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard Terma-Terma dan Syarat-Syarat 1. Kempen Perbelanjaan Luar Negeri dan Dalam Talian Spend and Get Travel Luggage CIMB Bank Mastercard ( Kempen ) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ). Tempoh Kempen 2. Kempen akan berlangsung dari 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos 2017, termasuk keduadua tarikh ( Tempoh Kempen ). 3. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu mencukupi yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh penamatan Tempoh Kempen. Kelayakan 4. Kempen ini adalah terbuka kepada pemegang kad kredit utama CIMB Bank terpilih (i) yang memegang satu kad kredit Mastercard yang dikeluarkan oleh CIMB Bank di Malaysia dan (ii) yang menerima khidmat pesanan ringkas ( SMS ) pada nombor telefon mudah alih pemegang kad yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank dan/atau kiriman langsung elektronik ( EDM ) pada alamat emel pemegang kad yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank dan/atau kiriman terus ( Kiriman ) ke alamat surat-menyurat pemegang kad yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank, dari CIMB Bank berkenaan dengan Kempen ini sebagai jemputan untuk menyertai Kempen ini ( Peserta Yang Layak ). Akaun kad kredit MasterCard CIMB Bank Peserta Yang Layak dirujuk sebagai Akaun Kad Kredit Yang Layak. 5. Dalam SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman dari CIMB Bank, Peserta Yang Layak juga akan diberitahu, antara lain, yang berikutnya:- i) Syarat perbelanjaan terkumpul minimum ( Syarat Perbelanjaan ) yang diperlukan oleh Peserta Yang Layak ke atas Akaun Kad Kredit Yang Layak mereka semasa Tempoh Kempen bagi melayakkan diri untuk hadiah ( Hadiah ); ii) Hadiah yang akan diterima oleh Peserta Yang Layak sekiranya mereka memenuhi Syarat Perbelanjaan minimum mereka semasa Tempoh Kempen; dan iii) Tempat di mana Peserta Yang Layak boleh memperolehi terma-terma dan syarat-syarat Kempen. 6. Kategori orang yang berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:- i) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sambilan CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan ahliahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adikberadik); dan/atau ii) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank dan Mastercard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of 1

Kriteria Penyertaan Delaware yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( Mastercard ) dan subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan Mastercard masing-masing). 7. Syarat Perbelanjaan bagi Kempen ini akan berdasarkan kepada transaksi perbelanjaan terkumpul yang menggunakan kad kredit Mastercard CIMB Bank dan dilakukan melalui mana-mana cara yang berikut:- i) Transaksi mata wang asing melalui saluran runcit dan/atau dalam talian ( Perbelanjaan Luar Negari ); dan/atau ii) Transaksi mata wang tempatan melalui saluran dalam talian sahaja ( Perbelanjaan Dalam Talian ) secara kolektif dikenali sebagai ( Transaksi Yang Layak ). 8. Bagi tujuan Kempen ini, saluran runcit hendaklah bermaksud jumlah transaksi runcit dan/atau dalam stor manakala saluran dalam talian hendaklah bermaksud jumlah transaksi yang dilaksanakan melalui laman web. 9. Transaksi Yang Layak mesti ditanggung untuk kegunaan peribadi dan tidak akan termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Bagi mengelakkan keraguan transaksi-transaksi yang berikut juga dikecualikan secara nyata di sini dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Yang Layak:- i) Transaksi yang dilakukan pada Kad Kredit Visa CIMB, Kad Perniagaan Platinum CIMB Bank dan Kad Fuel Tanker CIMB; ii) Transaksi Tunai Kuasi (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); iii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan pembayaran ansuran yang dibekalkan oleh CIMB Bank; iv) Perkhidmatan arahan tetap/ pembayaran automatik; v) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj penipuan atau apa-apa fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau selainnya; vi) Transaksi untuk pembayaran yang dibuat ke atas premium insurans dan/atau sumbangan takaful dalam apa jua sekalipun; vii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai/pindahan dana; dan viii) Transaksi perbelanjaan runcit yang kemudiannya dibatalkan, belum dipos, tidak sah, dibayar balik, dipertikaikan, transaksi tanpa kebenaran atau penipuan. Perbelanjaan Luar Negari akan ditukarkan ke Ringgit Malaysia (RM) bagi tujuan pengiraan jumlah perbelanjaan dan akan berdasarkan kadar pertukaran semasa CIMB Bank. Sekiranya kos Perbelanjaan Luar Negari telah ditukarkan ke Ringgit Malaysia pada masa jualan melalui Pertukaran Mata Wang Dinamik ( Dynamic Currency Conversion, DCC), transaksi bentuk ini akan dikategorikan sebagai transaksi mata wang tempatan dan bukannya Perbelanjaan Luar Negari dan tidak akan layak untuk pengiraan transaksi. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi akan dianggap sebagai Perbelanjaan Luar Negari sekiranya kod mata wang di mana 2

transaksi dilakukan adalah dalam mana-mana mata wang asing melainkan Ringgit Malaysia. Apa-apa penentuan oleh CIMB Bank berkenaan dengan apa yang merupakan Perbelanjaan Luar Negari, Perbelanjaan Dalam Talian dan/atau Transaksi Yang Layak adalah konklusif dan tidak akan dicabar dalam mana-mana cara sekalipun, melainkan kesilapan yang nyata. 10. Peserta Yang Layak mesti memenuhi Syarat Perbelanjaan minimum dengan Akaun Kad Kredit Yang Layak mereka seperti yang dinyatakan dalam SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman yang dihantar kepada mereka bagi melayakkan diri untuk Hadiah seperti yang dinyatakan dalam SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman. 11. Hadiah dan cara di mana Peserta Yang Layak boleh melayakkan diri untuk Hadiah adalah seperti yang berikut:- Hadiah 20 Barry Smith Trolley Bag 20 Barry Smith Trolley Bag PLUS Barry Smith Backpack Kriteria Kelayakan Memenuhi Syarat Perbelanjaan minimum dalam Tempoh Kempen dengan melakukan mana-mana satu (1) Transaksi Yang Layak yang berikut:- Perbelanjaan Dalam Talian sahaja; atau Campuran Perbelanjaan Dalam Talian dan Perbelanjaan Luar Negeri. Memenuhi Syarat Perbelanjaan minimum dalam Tempoh Kempen dengan melakukan Transaksi Yang Layak yang berikut:- Perbelanjaan Luar Negeri sahaja. 12. Transaksi Yang Layak akan dikira berdasarkan jumlah perbelanjaan terkumpul Peserta Yang Layak (utama dan tambahan). Sekiranya Peserta Yang Layak mempunyai pelbagai Akaun Kad Kredit Yang Layak, transaksi perbelanjaan runcit yang layak yang dilakukan ke atas Akaun Kad Kredit Yang Layak oleh pemegang kad utama dan/atau tambahan akan digabungkan dan tidak dilihat secara individu untuk memenuhi Syarat Perbelanjaan dalam Tempoh Kempen. Contoh: Peserta Yang Layak A mempunyai 1 kad kredit Mastercard CIMB Bank utama, dan 2 kad kredit Mastercard CIMB Bank tambahan. Semua Transaksi Yang Layak yang dilakukan ke mana-mana Akaun Kad Kredit Yang Layak akan digabungkan dan tidak dilihat secara individu untuk memenuhi Syarat Perbelanjaan dalam Tempoh Kempen. 13. Semua Transaksi Yang Layak akan dikesan secara automatik oleh CIMB Bank bagi tujuan untuk memenuhi Syarat Perbelanjaan Peserta Yang Layak seperti yang dinyatakan dalam SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman. Pengesanan Transaksi Yang Layak adalah berdasarkan kepada tarikh dan/atau masa (waktu Malaysia) transaksi seperti yang dirakam dalam rekod transaksi CIMB Bank semasa Tempoh Kempen. 14. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan/atau kesilapan dan/atau kelewatan dalam penghantaran bukti Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan/atau pengeposan Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dalam Akaun Kad Kredit Yang Layak Peserta Yang Layak oleh Mastercard, tempat 3

peniaga dan/atau mana-mana pihak lain melainkan ianya adalah disebabkan oleh keingkaran sengaja atau kecuaian melampau CIMB Bank. 15. Ia hendaklah menjadi tanggungjawab tunggal Peserta Yang Layak untuk memastikan nombor telefon mudah alih dan/atau alamat emel dan/atau alamat surat-menyurat mereka ( Butiran Perhubungan ) yang dibekalkan kepada CIMB Bank adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB Bank sekiranya terdapat apa-apa perubahan dibuat oleh mereka. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak bagi apa-apa kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kehilangan berbangkit yang timbul daripadanya) yang dialami atau ditanggung sekiranya Butiran Perhubungan yang dikekalkan dalam rekod CIMB Bank adalah bukan terkini atau tidak betul. 16. Peserta Yang Layak yang memenuhi Syarat Perbelanjaan dan terma-terma dan syarat-syarat Kempen ini akan layak untuk menerima Hadiah yang dinyatakan dalam SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman yang dihantar kepada mereka. Hadiah dan Proses Pemilihan Pemenang 17. Peserta Yang Layak yang layak untuk menerima Hadiah yang dinyatakan dalam SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman beliau akan menerima Hadiah dalam dua belas (12) minggu dari penamatan Tempoh Kempen, dan Hadiah akan dikurierkan ke alamat surat-menyurat Peserta Yang Layak di Malaysia yang dikekalkan dengan CIMB Bank. 18. Peserta Yang Layak hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan nombor telefon dan/atau alamat emel dan/atau alamat surat-menyurat mereka yang dibekalkan adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB Bank. Pemberitahuan dan penghantaran Hadiah oleh CIMB Bank akan berdasarkan nombor telefon dan alamat surat-menyurat Peserta Yang Layak di Malaysia yang dikekalkan dengan CIMB Bank. Penghantaran Hadiah hanya sah kepada alamat surat-menyurat yang berada dalam Malaysia, dan tidak akan sah untuk alamat surat-menyurat yang berada di luar Malaysia. Peserta Yang Layak dengan alamat surat-menyurat yang berada di luar Malaysia akan diperlukan untuk membekalkan alamat surat-menyurat yang berada dalam Malaysia, atau mengutip Hadiah dari satu cawangan CIMB Bank. Bagi Peserta Yang Layak yang tidak mempunyai alamat surat-menyurat di Malaysia, Peserta Yang Layak yang layak untuk Hadiah mesti menghubungi pegawai Khidmat Pelanggan CIMB pada nombor telefon 03-6204 7788 untuk memberitahu pihak Bank sama ada pengutipan Hadiah dari satu cawangan CIMB Bank atau penghantaran Hadiah ke alamat surat-menyurat di Malaysia yang diberikan. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak bagi apa-apa kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kehilangan berbangkit yang timbul daripadanya) yang dialami atau bagi apa-apa kegagalan untuk memenuhi penghantaran Hadiah sekiranya nombor telefon dan/atau alamat surat-menyurat Peserta Yang Layak dalam rekod CIMB Bank adalah bukan terkini atau tidak betul. 19. Hadiah akan dihantar kepada Peserta Yang Layak yang merupakan pemegang kad utama. Hadiah tidak boleh ditukarmilik kepada mana-mana pihak dan atau pemegang kad tambahan. 4

20. Pada masa penerimaan Hadiah, akaun kad kredit Peserta Yang Layak MESTI TIDAK berdelinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan, jika tidak Peserta Yang Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menerima Hadiah. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 21. Dengan menyertai Kempen, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju bahawa apa-apa dan semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB Bank berkenaan dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad dan konklusif. 22. Imej Hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa kolateral pemasaran dan/atau pengiklanan adalah bagi tujuan visual sahaja dan warna mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar yang diterima. Peserta Yang Layak tidak dibenarkan untuk memilih atau menukar warna atau model Hadiah. 23. CIMB Bank menyimpan hak untuk menggantikan Hadiah dengan apa-apa item yang mempunyai kos sama atau setara pada bila-bila masa setelah memberi Peserta Yang Layak notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. 24. CIMB Bank tidak akan melayan apa-apa jua aduan berkenaan dengan Hadiah. Apaapa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Hadiah harus dirujuk kepada pengeluar produk. CIMB Bank mengecualikan apa-apa waranti kepada quantiti, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan berkenaan dengan Hadiah. Hadiah tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak akan di bawah apa-apa keadaan kemasukan apa-apa Hadiah dalam Kempen ini akan ditafsirkan sebagai suatu pengesahan atau cadangan Hadiah oleh CIMB Bank. Liabiliti CIMB Bank berkenaan dengan Hadiah hanya untuk menanggung harga pembelian yang sama. 25. CIMB Bank hendaklah berhak untuk meminda, mengubahsuai, menggugur atau menambah ( Pindaan ) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini ataupun mana-mana bahagiannya dan/atau menggantikan Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan hadiah yang mempunyai nilai setara dan/atau melanjutkan, mengubahsuaikan, memendekkan, menghentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Tiada pampasan tunai atau dalam sebarang bentuk akan diberi kepada Peserta Yang Layak untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak sebagai kesan secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pengubahsuaian, pengguguran, penambahan atau perubahan Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dan/atau pelanjutan, pengubahsuaian, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran CIMB Bank. 26. Pemberitahuan kepada Peserta Yang Layak berkenaan dengan Pindaan akan dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui mel biasa ke alamat terakhir yang diketahui Peserta Yang Layak atau dengan mengeposkan satu notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank di mana peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh dibekalkan dalam notis tersebut atau boleh 5

dibekal kepada Peserta Yang Layak atas permintaan atau dengan melaksanakan iklan berkenaan dengan Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB Bank, atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau apa-apa kaedah notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Yang Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB Bank dalam pemberitahuan. 27. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak dalam apa cara sekalipun sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa kewajipannya yang ditetapkan di sini di mana ketidakupayaan tersebut adalah disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh apa-apa bencana alam ( Act of God ), pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, kegagalan teknikal atau sistem termasuk yang timbul daripada apa-apa kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan oleh Peserta Yang Layak SMS dan/atau EDM dan/atau Kiriman atau apa-apa yang berada di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 28. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (di mana ianya boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 25 akan dibaca bersama dengan Terma-Terma dan Syarat- Syarat pemegang kad semasa dan akan mengatasi mana-mana terma-terma, syaratsyarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi tidak selaras yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi yang mengiklankan Kempen. 29. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma- Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Yang Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat pemegang kad akan mengawal operasi kad kredit Mastercard Peserta Yang Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini akan mengatasi yang lain. 30. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon, faksimile dan e-mel yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor-nombor telefon, faksimile dan e-mel lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Peserta Yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputera-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788 / Faks: 603 2619 3248/ E-mel: cru@cimb.com. 6