KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG PENGLIBATAN AHLI PRAKTIKUM MS 11 DAN MS 13 PENASIHAT PROGRAM PUAN ZAINON BINTI CHE MUDA TEMA TAKE A STEP FORWARD, YOU SAFE THE WORLD
KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kebenaran daripada pihak pengurusan taman rekreasi Gunung Ledang untuk menjalankan projek pembersihan kawasan dan penanaman pokok di sekitar kawasan taman rekreasi Gunung Ledang serta bantuan kewangan daripada pihak Kolej Matrikulasi Johor. 2.0 PENGENALAN Lestarikan Bumi Hijau merupakan satu program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk membudayakan sikap cinta akan alam semula jadi dalam kalangan diri pelajar. Sikap ini haruslah dipupuk dalam diri kalangan pelajar mulai sekarang kerana pelajar merupakan golongan yang akan mentadbir Negara pada masa akan datang. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai tumbuh-tumbuhan yang dipelihara oleh pihak pengurusan akibat kepupusan spesies ini. Program ini dianjurkan dengan kerjasama ahli Praktikum MS 11 dan MS 13. 3.0 MISI Menjadikan program ini sebagai wadah untuk memupuk sikap cinta akan alam semula jadi dalam kalangan diri para pelajar. 1
4.0 VISI Melahirkan individu yang cemerlang bukan dari segi akademik sahaja malah sahsiah juga. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan diri pelajar mengenai alam semula jadi. 5.2 Mewujudkan budaya cinta akan alam semula jadi dalam kalangan diri pelajar. 5.3 Menambahkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah Gunung Ledang dalam kalangan pelajar. 5.4 Mendedahkan spesies tumbuh-tumbuhan yang dipelihara oleh pihak pengurusan Gunung Ledang dalam kalangan pelajar. 6.0 TEMA 7.0 PENGLIBATAN Praktikum MS 11 dan MS 13 Kolej Matrikulasi Johor 84900 Tangkak, Johor. 8.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 2 Januari 2014 Masa : 8.00 pagi 2.30 petang 2
9.0 TEMPAT PROGRAM Taman rekreasi Gunung Ledang 10.0 PENGLIBATAN AHLI Ahli yang terlibat: 10.1 Praktikum MS 11 = 17orang 10.2 Praktikum MS 13 = 25 orang 10.3 Guru pengiring = 2 orang 11.0 STRUKTUR ORGANISASI Sila rujuk Lampiran A 12.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran B 13.0 PERINCIAN AKTIVITI 13.1 PEMBERSIHAN KAWASAN TAMAN REKREASI Satu kumpulan akan ditugaskan untuk membersihkan sampah-sarap di sekitar kawasan taman rekreasi Gunung Ledang termasuklah di sekitar air terjun yang berhampiran. Kawasan ini didapati sentiasa kotor akibat daripada kunjungan orang ramai meskipun teleh pun dibersihkan oleh pihak tertentu. Plastik sampah serta alatan pembersihan akan dibekalkan kepada kumpulan ini. 3
13.2 PENANAMAN POKOK Satu kumpulan akan ditugaskan untuk menanam anak pokok bunga di sekitar kawasan masuk ke taman rekreasi bagi menambahkan keceriaan kawasan tersebut. Di samping itu, kumpulan ini juga ditugaskan untuk membersihkan persekitaran kawasan tanaman tersebut dengan mencabut lalang serta rumput. 14.0 ANGGARAN BELANJAWAN Sila rujuk Lampiran C 15.0 PENUTUP Menjadi harapan pihak kami agar program khidmat masyarakat ini mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan rekreasi Gunung Ledang serta pengetua Kolej Matrikulasi Johor. Semoga program Lestarikan Bumi Hijau dapat dijalankan dengan lancar serta dapat mencapai objektif yang telah digariskan. Di samping itu, diharapkan juga program khidmat masyarakat ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar pada masa akan datang. 4
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM LESTARIKAN BUMI HIJAU PENGERUSI: Tuan Haji Sasman bin Yasir PENASIHAT PROGRAM : Puan Zainon binti Che Muda KETUA PROGRAM: Rabiatul Adawiyah binti Ahmad TIMBALAN KETUA PROGRAM: Muhammad Ali bin Azmi SETIAUSAHA: Husna binti Ali BENDAHARI: Dauniza binti Abuda AJK PERALATAN: Rignesh A/L Thinagaran (K) Mysara binti Sulaiman AJK MAKANAN: Fakhrul Asyraf bin Muhammad (K) Najwa Aida binti Jusof AJK PENGANGKUTAN: Lee Yan Siew (K) Izzati binti Ibrahim AJK CENDERAMATA : Azleen binti Nordin (K) Nur Asyiqin binti Alias 5
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM 7.45 PAGI : Kumpul di dataran dewan besar 8.00 PAGI : Kedatangan di ambil dan barang-barang di bawa masuk ke dalam bas 8.30 PAGI : Bas mula bertolak ke taman rekreasi program 9.00 PAGI : -Pengenalan mengenai Gunung Ledang oleh pegawai bertugas - Melawat disekitar tempat pameran 9.30 PAGI : Kerja mula dilakukan mengikut pengagihan tugas. 12.30 T/HARI : Melawat sekitar air terjun serta makan tengah hari 1.30 PETANG : Penutup 2.30 PETANG : Bertolak pulang ke kolej 6
LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN NO PERKARA BIL HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1 PLASTIK SAMPAH 3 5.00 15.00 2 MAKANAN & MINUMAN 44 5.00 220.00 3 CENDERAMATA 1 30.00 30.00 4 ANAK POKOK 30 6.00 180.00 TOTAL 445.00 7