ISTIADAT PELARI OBOR UNISEL 2.0 UNISEL INGIN LAHIRKAN ATLET BERTARAF OLIMPIK BULETIN KONVOKESYEN DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERSAMA

Similar documents
Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PERLAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 DI INSTITUT LATIHAN AWAM HELMI BIN HJ. HARON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM


EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Survey on Perak and Selangor 3 messages

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

PERANAN PESURUHJAYA BANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES : NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

Yang Berbahagia Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan; Dekan dekan, Pengarah pengarah dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

e-buletin UTMSPACE EDISI 33 / 2015

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Menteri Mentor YB Datuk Johari bersama pelajarpelajar baharu dan pemimpin Pelajar

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Functional Assessment Report Laporan Penilaian Fungsian

Wahid Omar 9 Sept Zulqaedah 1434 H Bertemu mesra, berkongsi rasa, mencambah minda #

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

KERTAS KERJA SABATA RUN 2017

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) JABATAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

HEROES TRAINING ACADEMY

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Written by Administrator Thursday, 28 November :37 - Last Updated Wednesday, 17 May :23

Terms & Conditions TRUE Savers BonusLink Campaign

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

BARU PNMB DI KOTA KINABALU, SABAH

Warkah Pengarah... Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sistem Bakeri Interaktif

Earthwork Activities in Private Housing Industry

3 bulan / 3 months 6 bulan / 6 months 9 bulan / 9 months 12 bulan / 12 months

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

2.3. For joint customer of Libshara-i, only the primary account holder will qualify to participate.

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

TOTAL HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (THIS)

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

World Day for Safety and Health at Work

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

1) URUSAN PERMIT PEMBINAAN: CABARAN DAN HARAPAN. oleh: Puan Mahani Mohd Yassin

AMALAN INOVASI DALAM KALANGAN PETANI CINA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

THE SCENARIO OF TRAINING OFFERED BY PUBLIC TRAINING INSTITUTIONS IN 2016

FACTORS THAT INFLUENCE THE SUCCESS OF ENTREPRENEURS: THE CASE OF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) PROGRAM

Transcription:

EDISI OKTOBER 2017 NASKHAH PERCUMA www.unisel.edu.my ISSN: 2289-523X EDISI KHAS KONVOKESYEN BULETIN Peneraju Transformasi UNISEL MENJADI PILIHAN TIGA SAUDARA DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERSAMA PELARI OBOR KUALA LUMPUR 2017 DI UNISEL ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-12 HARI TERBUKA UNISEL 2.0 UNISEL INGIN LAHIRKAN ATLET BERTARAF OLIMPIK EDISI OKTOBER 2017 1

dari meja editor Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Buletin UNISEL edisi Oktober 2017 (Edisi Khas Konvokesyen) ini telah dipermudahkan penghasilan dan penerbitannya. Ikhlas dari saya, terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang penghasilan Buletin ini, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala bentuk pertolongan tersebut. Sidang pembaca sekalian, Jika pada bulan Mei lepas, kita semua telah berjaya mengharungi Hari Terbuka UNISEL yang pertama kalinya diadakan secara besar - besaran, tetapi kali ini saya amat berbesar hati ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga UNISEL kerana sekali lagi kita berjaya menyahut cabaran untuk menjayakan Hari Terbuka UNISEL 2.0 yang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos di UNISEL kampus Shah Alam. Pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan lebih padat telah direncanakan oleh pihak Pejabat Komunikasi Korporat dengan bantuan Pejabat Pemasaran & Kemasukan dalam memastikan setiap pengisisan memberi makna yang tersendiri buat pengunjung yang hadir. Apa yang lebih menarik, pihak universiti kali ini mengambil pendekatan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Hijrah Selangor berserta rakan media seperti Kumpulan Media Karangkraf dan Communication Corporation Sdn. Bhd. Ucapan terima kasih juga buat pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan Polis Diraja Malaysia yang banyak membantu mempermudahkan urusan sepanjang program berlangsung. Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Dato Hussamuddin Hj. Yaacub, penerima Ijazah Kehormat Komunikasi sempena Istiadat Konvoskeyen UNISEL kali ke-12. Sempena Istiadat Konvokesyen ini juga, saya dan seluruh warga universiti juga ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada graduan-graduan yang bergraduat pada 4 sehingga 6 November 2017. Sesungguhnya anda semua merupakan graduan terbaik pernah UNISEL lahirkan dan semoga anda mampu memberikan yang terbaik buat masyarakat, agama, bangsa dan negara. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh warga UNISEL yang telah bertungkus lumus dalam memastikan Buletin UNISEL edisi Oktober 2017 (Edisi Khas Konvokesyen) berjaya diterbitkan. Diharapkan UNISEL akan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dan dapat bersaing dengan universiti-universiti yang seangkatan dengannya. Sekian, HASRIL ABU HASSAN Pengarah Komunikasi Korporat sidang editorial Buletin UNISEL mengalu-alukan sebarang penulisan rencana, cadangan atau komentar yang membina. Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pejabat Komunikasi Korporat Tingkat 5, Bangunan Satelit Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7 40000 Shah Alam SELANGOR. Tel Email Website : +603-55223420 : corporate@unisel.edu.my : www.unisel.edu.my Universiti Selangor 2 BU L E T I N unisel penaung: Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman (Presiden & Naib Canselor) ketua editor: Hasril Abu Hassan (Pengarah Komunikasi Korporat) wa r tawa n : Pejabat Komunikasi Korporat fotografi: Pejabat Komunikasi Korporat pembantu editorial: l editor: Nik Nabilah Nik Aziman (Penolong Pengurus Komunikasi Korporat) l l l Hasni Mohd Noor Rafikah Saini Aiman Mudzafar Mohamad Khairi Fatin Batrisyia Mohamed Ariffin

4 10 19 KANDUNGAN 2 Dari Meja Editor 3 Isi Kandungan 11 4 DTYM Raja Muda Selangor Bersama Pelari Obor Kuala Lumpur 2017 di UNISEL. 5 Temubual Eklusif Bersama Presiden & Naib Canselor Sempena Istiadat Konvokesyen 2017 6 - Kenapa UNISEL Menjadi Pilihan 3 Saudara ini? - Hospital Pakar Al-Islam Jalin MOU Bersama UNISEL 7 Graduan UNISEL Pilihan Utama DEMC 8 UNISEL Perjuangkan Hak Asasi Manusia Menerusi MOU Bersama SUHAKAM 9 Ingin Lahirkan Atlet Bertaraf Olimpik 10 Pensyarah UNISEL Rangkul Pingat Emas Di IIDEX2017 11 Majlis Penyerahan Bas Baharu UNISEL 12-13 Sekitar Kemeriahan Hari Keluarga UNISEL 2017 14-15 Program Bina Insan Eratkan Hubungan Antara Kakitangan UNISEL 16 - Perasmian Hari Terbuka UNISEL 2.0 - Santai@UNISEL siri 5 17 - Larian GeMS-UNISEL - Majlis Pelancaran ICT Boot Camp 18 - Konsert The Stage Media Hiburan - Konsert Amal GeMS 19 - Sembang Santai Bersama Lando Zawawi - Drumline Battle 20 - Street Soccer - Bola Jaring 16 21 - Selangor Job Fair - Kenapa Kami Pilih UNISEL? 22 Pendaftaran Pelajar Kemasukan Julai dan September Luar Biasa 23 Majlis Wanita Prihatin UNISEL 24 Belia UNISEL Prihatin Golongan Kurang Upaya 25 Mahasiswa UNISEL Pelopori Aktiviti Sukarelawan 26 Majlis Pelantikan Pro-Canselor Universiti Selangor 27 Pelan Strategik Pacu Transformasi Negeri Selangor - Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah 28 Pensyarah UNISEL Terokai Microorganisma Baharu Royal Belum 29 Skim Dermasiswa Pilihan Pelajar Cemerlang SPM 30 UNISEL di Hati Anak Sabah 31 Dianggarkan 2283 Graduan Bergraduat Sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-12 25 EDISI OKTOBER 2017 3

DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERSAMA PELARI OBOR KUALA LUMPUR 2017 DI UNISEL. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Alhaj sempena Larian Obor Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini telah disambut meriah beserta sorakan gemuruh oleh warga Universiti Selangor (UNISEL). Ini juga merupakan lawatan kali pertama oleh D.Y.T.M Raja Muda Selangor ke UNISEL. UNISEL pada tahun ini telah terpilih untuk menjadi salah satu daripada lokasi bagi Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bagi Negeri Selangor. Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam pada itu sempat beramah mesra pada satu sesi khas penyerahan cenderamata kepada D.Y.T.M Raja Muda Selangor yang berlangsung di Lobi UNISEL Kampus Shah Alam. Majlis penyerahan cenderamata khas itu turut disaksikan oleh beberapa wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan serta pengurusan tertinggi UNISEL. Seramai 100 orang pelajar dan kakitangan serta beberapa pelari yang terpilih telah menyertai larian obor bersama D.Y.T.M Raja Muda Selangor, Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dato' Setia Aubry Rahim Mennesson bermula di perkarangan kampus UNISEL Shah Alam ke check point terakhir di UiTM Shah Alam 4 BULETIN unisel

UNISEL TERUS UNGGUL ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-12 IRINGI KEJAYAAN UNISEL Oleh : Nik Nabilah Nik Aziman elbagai kejayaan telah Pdipacu oleh Universiti Selangor (UNISEL) baik dari segi akademik mahupun pengurusan pentadbiran. Fokus utamanya adalah untuk menjadi hub pendidikan terunggul bukan sahaja di Malaysia malahan membawa misi serantau. Ikuti temubual ekslusif bersama Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL mengenai hala tuju transformasi universiti serta Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke-12 yang akan berlangsung pada 4 sehingga 6 November 2017 ini bertempat di UNISEL kampus Bestari Jaya. Selaku Presiden dan Naib Canselor yang ke-7, bolehkah Prof. ceritakan serba sedikit pendekatan yang telah diambil setelah dua tahun menerajui UNISEL. Syukur Almhandullilah kerana saya diberikan rahmat-nya untuk terus menerajui universiti. Dalam pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah PISYB khususnya YAB Dato Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali kerana masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk berbakti kepada universiti ini. Umum mengetahui bahawa UNISEL merupakan sebuah universiti yang unik kerana statusnya selaku universiti pertama milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan negeri termaju dan terkaya di Malaysia. Sepanjang dua tahun menerajui universiti ini, pelbagai pendekatan baharu telah diambil dalam memastikan UNISEL terus unggul sebagai hub pendidikan utama khususnya negeri Selangor. Kali pertama saya melangkah ke sini, saya tekad untuk melakukan perubahan yang drastik. Saya percaya bahawa teras dalam usaha tranformasi ialah bergerak dengan lebih pantas. Sering kali saya nyatakan bahawa proses transformasi yang sedang dilakukan ini bukannya untuk berlaku esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, sebaliknya perubahan ini perlu dilakukan sekarang. Bagi saya, pendekatan seperti inilah yang harus dibawa bukan sahaja oleh pengurusan malahan seluruh warga universiti. Saya memperkenalkan tagline baharu universiti iaitu, Peneraju Transformasi adalah untuk membuktikan kepada msayarakat bahawa kita mampu bergerak seiring dengan universiti terkemuka yang lain. Walaupun UNISEL masih kerdil dari segi usia, tetapi segala kejayaan yang telah dicapai sepanjang 18 tahun penubuhannya telah membuktikan UNISEL mampu bergerak dengan lebih pantas dalam melahirkan graduan yang mampu berdaya saing buat negara. Peneraju Transformasi merupakan tagline baharu UNISEL dan apa yang dapat dilihat, banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang dua tahun Prof. menerajui UNISEL. Sekali lagi saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana saya telah dikurniakan satu pasukan yang amat komited dalam melaksanakan pelbagai perubahan di universiti. Pokok pangkalnya, apa yang paling penting adalah semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga universiti tidak kira pengurusan tertinggi, pensyarah mahupun pentadbir. Mereka semua banyak menyokong segala perubahan yang mana bagi saya satu perkara paling penting bagi sesebuah organisasi sekiranya mahu terus maju kehadapan. Pelbagai proses penambahbaikan telah kita rencanakan dan ada juga yang telah sepenuhnya siap. Jika anda ke kampus Bestari Jaya mahupun Shah Alam, tiada lagi bayangan UNISEL yang dahulu akan Selari dengan tagline universiti iaitu Peneraju Trasnformasi, bagi saya satu-satunya perkara yang abadi di dunia adalah perubahan. Jika kita mampu untuk menerajui perubahan, saya percaya kita mampu untuk terus maju terkehadapan. Jikalau kita tidak mampu menjadi the best player, kita mesti boleh untuk jadi the first player. tetapi fasa transformasi secara besar-besaran sedang giat diperhebatkan. Apa yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah perubahan drastik di Perpustakaan kampus Bestari Jaya dari segi kelengakapan dan kemudahan fasilitinya. Perpustakaan yang bekeluasan 136,600 kaki persegi ini merupakan antara perpustakaan universiti terbesar di Malaysia dan beberapa pembaharuan sedang giat dijalankan disana antaranya pemasangan gazebo dan ruang arkib demi menyediakan kemudahan serta fasiliti terbaik bukan sahaja kepada para pelajar malahan pengunjung luar. Tambahan lagi, UNISEL juga memperhebatkan proses transformasi secara besar-besaran dengan memberikan wajah baharu kepada kesemua fakulti. Kebanyakan fakulti sudah bertukar warna supaya lebih ceria dari sebelum ini. Bilik kuliah dan bilik pensyarah juga diberi sentuhan berbeza agar ianya mempunyai daya penarik dan lebih keselesaan kepada pelajar dan pensyarah. Tidak cukup dengan itu, Jabatan Seni Visual juga bakal mendapat bangunan baharu yang juga sedang giat diubah suai daripada Pusat Pelajar sebelum ini. Bangunan yang berkeluasan 1220 kaki persegi itu akan menjadi sebuah fakulti yang bakal dihiasi dengan dewan kuliah, makmal fotografi, studio melukis dan juga galeri yang akan menempatkan hasil karya seni dengan PROF. DATO DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN Presiden dan Naib Canselor kelengkapan terkini. Boleh Prof. kongsikan sedikit maklumat mengenai Istiadat Konvokenyen UNISEL kali ke-12 yang bakal berlangsung pada 4 sehingga 6 November ini. Dianggarkan seramai 2535 orang graduan bakal menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) kali ke-12 yang berlangsung di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 255 orang pelajar program Tahun Asas, 974 orang graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, 1266 orang graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 18 orang graduan peringkat Sarjana dan 22 orang graduan peringkat Kedoktoran. Konvokesyen pada kali ini dibahagikan kepada lima sidang bermula dengan sidang pertama pada 4hb November 2017 (Sabtu) yang akan disempurnakan oleh Y.A.D. Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Bin Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL diiringi oleh Pro Canselor UNISEL, Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anuar Bin Haji Masduki dan Y.A.D. Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail bin Adam. Turut hadir pada Istiadat Konvokesyen kali ini ialah Dato Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Dalam pada itu, UNISEL juga menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Komunikasi kepada Dato Hussamuddin Hj. Yaacub, yang merupakan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Pemilihan beliau selaku penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah ini adalah tepat sekali dengan segala pencapaian beliau yang berjaya mempelopori industri penerbitan dan percetakan terkemuka di Malaysia. Sedikit pesanan dan nasihat kepada graduan yang bakal bergraduat. Selaku ketua keluarga, tiada apa yang mahu saya lihat selain daripada kejayaan bakal graduan kita. Tamat pengajian dan menerima segulung ijazah tidak bermaksud fasa menimba ilmu itu akan terhenti setakat itu sahaja. Saya menyeru kepada kesemua bakal graduan agar sentiasa menerokai ilmu dan terus belajar kerana ilmu itu amat luas dan tidak ternilai harganya. Kongsikan segala ilmu dan kemahiran yang anda ada agar anda mampu memberikan sesuatu kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Sumber : Sinar Harian EDISI OKTOBER 2017 5

KENAPA UNISEL MENJADI PILIHAN 3 SAUDARA INI? Perjalanan dari Ampang ke Bestari Jaya telah membuka satu lembaran baharu kepada Nur Syania Mohd Saiful bersama adik kembarnya Nur Syavia Mohd Saiful serta sepupunya Siti Nur Ain Azira Subki. Ketiga-tiganya hadir dengan satu matlamat yang sama, iaitu untuk mendaftar menjadi sebahagian daripada pelajar Universiti Selangor (UNISEL). Mereka tiba dalam lingkungan jam 11 pagi bersama ibu bapa masing-masing, mendaftar diri dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Ditanya memgapa mereka memilih UNISEL sebagai pilihan utama, Nur Syania berkata mereka memilih UNISEL kerana yakin dengan segala pengiktirafan yang dimiliki oleh UNISEL. "Ayah saya mencadangkan kepada kami untuk melanjutkan pengajian di UNISEL kerana yakin akan kemampuan UNISEL terutama sekali dari segi tenaga pengajar, pengiktirafan serta kecemerlangan akademik." Syania turut menjelaskan sebab utama mengapa mereka bertiga bersetuju memilih UNISEL adalah kerana baginya tiada perbezaan ketara dari segi yuran malahan UNISEL setanding dengan IPTA lain di luar sana. "Ibu saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta di Kelana Jaya. Walaupun ibu mengajar di situ tetapi ibu lebih yakin dengan kemampuan UNISEL kerana di sini telah lahir ramai graduan yang lebih berkualiti dari segi akademik dan kemahiran insaniah. Oleh itu, kami bertiga bersetuju memilih UNISEL dan yakin kami mampu menjadi pelajar terbaik di sini. InshaAllah." Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Julai akan dilanjutkan bermula 10 Julai sehingga 21 Julai 2017. Pelajar yang berminat anda boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam / Bestari Jaya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681 HOSPITAL PAKAR AL- ISLAM JALIN MOU BERSAMA UNISEL Buka peluang pelajar sains kesihatan jalani latihan klinikal Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Universiti Selangor (UNISEL) dan Hospital Pakar Al-Islam telah diadakan baru-baru ini bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perjanjian Persefahaman ini merupakan satu peluang berharga yang diberikan oleh Hospital Pakar Al-Islam kepada para pelajar daripada program Sains Kesihatan untuk menjalani latihan klinikal di hospital tersebut. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Tuan Hj Shamsul Azhar Mohd Yusoff, Pendaftar yang mewakili UNISEL manakala di pihak Hospital Pakar Al-Islam pula diwakili oleh Dr Ishak Mas'ud, Pengarah Hospital disaksikan oleh Dr Suhaimi Abdul Halim, Pengarah Perubatan. 6 BULETIN unisel

GRADUAN UNISEL PILIHAN UTAMA DEMC Kebolehpasaran graduan merupakan agenda utama Universiti Selangor (UNISEL) dalam mencapai objektif melahirkan pelajar peneraju masa hadapan. Graduan daripada UNISEL secara umum terkenal dengan identitinya yang tersendiri malah mereka dikatakan mampu bersaing dengan graduan dari universiti awam. Perkara ini turut diakui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dato Dr Omar Abd Hamid ketika ditemui semasa Majlis Mendatangani Perjanjian Persefahaman diantara pihak UNISEL dan DEMC. Menurut beliau, kebanyakan pelajar UNISEL yang menjalani latihan praktikal di hospital tersebut sangat komited dan bersungguh-sungguh sehingga ada diantara mereka diserap terus bekerja di sana. "Satu pujian buat UNISEL kerana berjaya melahirkan graduan yang sungguh komited. Terima kasih juga kepada pengurusan tertinggi UNISEL yang hadir pada hari ini. Diharap agar kerjasama di antara UNISEL dan DEMC dapat diteruskan. Saya juga mengalu-alukan kedatangan pelajar UNISEL untuk menjalani latihan praktikal di sini." Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Prof. Dr. Mohd Noor Nawawi, Pendaftar, Haji Shamsul Azhar Mohd Yusoff serta beberapa kakitangan UNISEL. Pelajar yang berminat boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam / Bestari Jaya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681 EDISI OKTOBER 2017 7

UNISEL PERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA MENERUSI MOU BERSAMA SUHAKAM Isu hak asasi manusia bukanlah satu perkara yang baharu di negara kita. Kerjasama yang akan dibina oleh Universiti Selangor (UNISEL) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) adalah bagi membantu kedua-dua belah pihak terutama sekali dari segi penyelidikan serta penganjuran program berkenaan hak asasi manusia, ujar Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara UNISEL dan SUHAKAM yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Tingkat 5, UNISEL Kampus Shah Alam. SUHAKAM merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai hak-hak asasi manusia dan melihat kepada kelebihan dan peluang kerjasama ini, UNISEL bercadang untuk memperkenalkan kursus tentang hak asasi manusia sebagai salah satu subjek di dalam sukatan pelajaran yang mana akan memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai kepentingan hak asasi tersebut, ujar beliau lagi. Memorandum Persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman yang mewakili UNISEL manakala bagi pihak SUHAKAM pula telah diwakili oleh En. Jerald Joseph, Naib Pengerusi SUHAKAM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi UNISEL serta beberapa kakitangan daripada SUHAKAM. Bahagian Hal Ehwal Akademik UNISEL menerusi Pusat Pembangunan dan Pengajian Asasi (CDFS) akan mengetuai jalinan kerjasama ini dalam usaha untuk memperkenalkan kursus dan matapelajaran serta beberapa cadangan seperti menubuhkan persatuan yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Diharap kerjasama ini dapat memberi kesan yang positif dan membantu kedua-dua belah pihak untuk memberi pendekatan kepada masyarakat dalam membudayakan kepentingan hak asasi manusia. 8 BULETIN unisel

INGIN LAHIRKAN ATLET BERTARAF OLIMPIK, UNISEL SEDIAKAN KEMUDAHAN SUKAN Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti Jom Berbasikal serta kemudahan Outdoor Gymnasium merupakan antara inisiatif yang telah diambil oleh Pusat Sukan Universiti Selangor (IPIS) untuk mewujudkan satu budaya bersukan dalam kalangan pelajar. Demikian itu, satu Majlis Perasmian Outdoor Gymnasium UNISEL 2017 telah diadakan di Per-karangan Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya. Projek dibawah kendalian Dr. Mohd Norazwan A. Bakar selaku Pengarah IPIS itu turut mendapat galakan sepenuhnya daripada Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL yang hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Pembukaan outdoor gymnasium ini merupakan langkah penting untuk melahirkan satu budaya sihat dalam kalangan warga universiti. Outdoor Gymnasium" ini mempunyai 8 stesen yang mempunyai fungsi yang berbeza dimana ia dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar dan staf. Pembukaan outdoor gymnasium pertama di UNISEL ini merupakan satu titik permulaan dalam rangka untuk melahirkan atlet bertaraf Olimpik. Kita telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Selangor baru-baru ini dan kata sepakat juga telah dicapai untuk menjadikan UNISEL sebagai salah sebuah pusat untuk melahirkan atlet yang cemerlang dalam kegiatan sukan dan akademik, ucap Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman. Lapan stesen tersebut adalah Sky Walker, Leg Press, Chin Up Bar, Torso Swing, Chest Press Station, Lat Pulldown Station, Elliptical Work Station dan Twist Stepper. Kelapan-lapan stesen ini mempunyai fungsi yang berbeza dan terbuka kepada seluruh warga UNISEL. Apa yang lebih menarik, UNISEL juga mendapat sokongan daripada YB Tuan Amiruddin Shari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dalam usaha untuk melahirkan atlet kayak bertaraf dunia. Pelbagai cadangan telah dipertimbangkan dalam rangka kerja untuk menceriakan lagi persekitaran kampus seperti projek mengindah tasik UNISEL untuk kegunaan aktiviti latihan kayak serta cadangan laluan trek berbasikal di sekitar kampus. Dalam pada itu, Presiden dan Naib Canselor UNISEL juga sempat meluangkan masa melawat tapak outdoor gymnasium yang terletak di dua lokasi iaitu di IPIS dan Perkarangan Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya. Beliau juga turut sama menyertai Program Berbasikal bersama beberapa kakitangan universiti mengelilingi kawasan kampus. Program Berbasikal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga universiti. EDISI OKTOBER 2017 9

PENSYARAH UNISEL RANGKUL PINGAT EMAS DI IIDEX2017 Sepasukan pensyarah dan pelajar Universiti Selangor (UNISEL) semalam telah mengharumkan nama universiti dengan memenangi pingat emas dalam pertandingan bertaraf antarabangsa di Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2017) yang telah berlangsung di di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Program yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) itu menerima jumlah penyertaan seramai 735 peserta. Apa yang lebih membanggakan, kumpulan penyelidik dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran dan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi UNISEL yang diketuai oleh Puan Nahdatul Akma Ahmad telah berjaya merangkul pingat emas menerusi persembahkan hasil penyelidikan yang bertajuk MyParcel: A Web-Based and Mobile Application System for Parcel Acceptance and Delivery. Projek penyelidikan ini telah mendapat pembiayaan daripada Geran Penyelidikan Bestari UNISEL 2017, yang mana pembangunan sistem dan aplikasi mudah alih MyParcel dibangunkan khusus bagi membantu melancarkan proses pengurusan bungkusan pos pelajar dan staf di Pejabat Kediaman Kolej, UNISEL Bestari Jaya. Sistem dan aplikasi yang dibangunkan ini telah siap sepenuhnya dan akan digunapakai di UNISEL Kampus Bestari Jaya tidak lama lagi. Semoga lebih banyak lagi projek penyelidikan UNISEL dapat diketengahkan di masa hadapan. Tahniah diucapkan. 10 BULETIN unisel

MAJLIS PENYERAHAN BAS BAHARU UNISEL Satu majlis penyerahan bas baharu telah diadakan di Lobi Bangunan Satelit, UNISEL Kampus Shah Alam baru-baru ini. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Majlis penyerahan ini diadakan adalah untuk menyatakan kesungguhan UNISEL dalam meneraju trasnformasi pendidikan dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada seluruh warga universiti. Untuk mendapatkan bas baharu ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana proses pengurusannya mengambil masa lebih daripada enam bulan. Harapan saya agar bas baharu ini dapat memudahkan urusan semua warga universiti, ucap beliau. Selesai sesi perasmian bas, Presiden dan Naib Canselor serta beberapa kakitangan UNISEL yang lain menaiki bas bagi menyempurnakan gimik penyerahan dan berjalan di sekitar Shah Alam bagi merasai keadaan serta persekitaran bas baharu. EDISI OKTOBER 2017 11

SEKITAR KEMERIAHAN HARI KELUARGA UNISEL 2017 Pada 28 dan 29 Julai 2017 yang lepas telah berlangsungnya Hari Keluarga UNISEL 2017. Penganjuran Hari Keluarga pada tahun ini telah diadakan di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Kemeriahan program turut dirasai dengan kehadiran melebihi 1400 orang termasuk kakitangan universiti yang membawa ahli keluarga masing-masing. Kehadiran ahli keluarga menjadikan program ini bertambah menarik dan ceria. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sepanjang dua hari program berlangsung antaranya pertandingan memancing, acara sukaneka, pertandingan menyanyi dan cabutan bertuah. Dengan adanya program seperti ini diharap agar ianya dapat mengekalkan ukhuwah dan menjalinkan hubungan positif dalam kalangan kakitangan universiti disamping melahirkan warga yang sihat dan cergas. Terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga universiti yang begitu komited dan sporting dalam memeriahkan lagi suasana Hari Keluarga UNISEL 2017. InshaAllah, kita jumpa lagi pada tahun hadapan. 12 BULETIN unisel

EDISI OKTOBER 2017 13

PROGRAM BINA INSAN ERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAKITANGAN UNISEL Selaras dengan hasrat Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor yang ingin menjadikan Universiti Selangor sebagai sebuah organisasi yang melahirkan kakitangan yang mempunyai semangat motivasi yang tinggi, Pejabat Presiden dan Naib Canselor dengan kerjasama Pusat Islam UNISEL dan Institut Kepimpinan dan Latihan UNISEL (ILKU) telah mengadakan Program Bina Insan KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 14 BULETIN unisel

Staf Universiti Selangor 2017. Bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya, seramai lebih 400 orang staf termasuk pensyarah dan pentadbir telah mengikuti kursus tersebut yang telah dibahagikan mengikut kumpulan. Program Bina Insan Kumpulan Pertama telah berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos 2017, Kumpulan 2 pada 10 hingga 13 Ogos 2017, Kumpulan 3 pada 17 hingga 20 Ogos 2017, Kumpulan 4 pada 7 hingga 10 September 2017, Kumpulan 5 pada 14 hingga 17 September 217 manakala Kumpulan 6 pada 19 hingga 22 Oktober 2017. Program ini bakal melibatkan kesemua staf pentadbiran dan akademik dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak sembilan kumpulan. Antara intipati program meliputi pembelajaran berasaskan tujuh nilai teras UNISEL iaitu integriti, inovasi, akauntabiliti, kualiti, kecemerlangan, kebolehcapaian dan kesepakatan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara kakitangan disamping meningkatkan perkembangan rohani dan jasmani menerusi aktiviti berkumpulan seterusnya membantu kemahiran komunikasi agar dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif dan dinamik. KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 EDISI OKTOBER 2017 15

PERASMIAN HARI TERBUKA UNISEL 2.0 SANTAI@UNISEL SIRI 5 16 BULETIN unisel

LARIAN GeMS UNISEL MAJLIS PELANCARAN ICT BOOT CAMP EDISI OKTOBER 2017 17

KONSERT THE STAGE MEDIA HIBURAN Jika pada penganjuran Hari Terbuka lepas kita telah mengadakan Konsert The Stage kerjasama dengan Media Hiburan, pada kali ini di atas permintaan ramai pihak penganjur sekali lagi telah menjemput Media Hiburan untuk bekerjasama menganjurkan Konsert The Stage Media Hiburan sempena Hari Terbuka UNISEL 2.0. Selebriti yang dijemput pada kali ini juga bukan calang-calang antaranya Elyana, Irfan Haris, Wany Hasrita, Floor 88, Putera Band, Dayang Nurfaizah dan yang paling dinantikan adalah papa rock tanah air iaitu Datuk Ramli Sarip. Kehadiran lebih 2000 pengunjung memeriahkan lagi konsert yang turut menerapkan unsur-unsur kekeluargaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama yang lain. KONSERT AMAL GeMS Konsert Amal GeMS pula telah menampilkan Ustaz Akhil Hayy, Haqiem Rusli, Amira Othman dan Aiman Tino dengan pengisian yang lebih islamik. Antara perkara yang dibincangkan selain persembahan nyanyian adalah isu berkaitan gejala sosial melibatkan anak-anak muda pada masa kini. Program ini menuntut para penonton berfikir kembali adakah segala tindakan mereka selama ini bertentangan dengan nilai-nilai sosial yang seharusnya dipraktiskan. 18 BULETIN unisel

SEMBANG SANTAI BERSAMA LANDO ZAWAWI UNISEL pada penganjuran kali ini cuba membawa kelainan menerusi program Sembang Santai bersama Lando Zawawi sebagai panel dan Dr. Hamdan Dato Mohd Salleh selaku moderator program. Lando Zawawi amat dikenali sebagai aktivis kepada pengguna jalan raya. Jika dilihat personaliti beliau di laman sosial, Lando membawa watak antagonis namun begitu sebagai aktivis beliau banyak membantu masyarakat awam menerusi tindakan beliau dan menerusi slot ini, beliau berkongsi pengalaman serta pandangan beliau dalam membantu masyarakat sekitar. DRUMLINE BATTLE Keunikan serta kerjasama berpasukan antara elemen penting yang ingin diterapkan oleh pihak penganjur Hari Terbuka UNISEL 2.0 menerusi penganjuran kejohanan drumline yang melibatkan lapan buah sekolah seluruh Malaysia. Menariknya, penyertaan yang diterima bukan sahaja daripada sekolah sekitar Lembah Klang dan Selangor tetapi juga penyertaan daripada negeri Terengganu dan Kelantan. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas Kuala Lumpur yang muncul juara keseluruhan pertandingan. EDISI OKTOBER 2017 19

STREET SOCCER Street Soccer merupakan salah satu acara yang mendapat sambutan yang amat meriah terutama sekali sekolah disekitar Shah Alam. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 17 tahun dan kategori terbuka. 20 pasukan telah berentap untuk membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM2000 beserta medal dan sijil penyertaan. BOLA JARING Kejohanan Mini Bola Jaring turut berlangsung dengan tujuan untuk memupuk semangat kerjasama kumpulan selain menyokong usaha melahirkan masyarakat yang aktif bersukan. Dua kategori yang dipertandingkan adalah kategori terbuka wanita dan kategori bawah 17 yang menyaksikan penyertaan beberapa buah sekolah sekitar Selangor. 20 BULETIN unisel

SELANGOR JOB FAIR Selangor Job Fair merupakan salah satu usaha yang diambil oleh pihak universiti dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi Selangor dalam usaha murni untuk membuka ruang dan peluang kepada graduan untuk mencari peluang pekerjaan. Dianggarkan lebih daripada 1000 orang graduan hadir untuk mencuba nasib. Selangor Job Fair turut membuka peluang kepada masyarakat luar yang masih mencari pekerjaan yang sesuai. Tambahan lagi, pengunjung berpeluang memperoleh maklumat terperinci mengenai sesebuah syarikat. KENAPA KAMI PILIH UNISEL? Slot yang berlangsung pada hari kedua program ini merupakan pentas untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL untuk berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman mereka sebagai mahasiswa UNISEL kepada pengunjung yang hadir. Panel yang dijemput adalah Mohamad Iskandar Zulkarnaian Lukman Lee yang juga merupakan Presiden MPP UNISEL Kampus Shah Alam, Nurul Aini Muhamad Mustaffa, Naib Presiden 2 MPP UNISEL Kampus Betsari dan moderator program adalah Man Raja Lawak. EDISI OKTOBER 2017 21

PENDAFTARAN PELAJAR KEMASUKAN JULAI DAN SEPTEMBER LUAR BIASA Meriah! Itulah suasana yang dapat digambarkan sekitar Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNIS- EL) pengambilan Julai 2017 dan juga pengambilan Septermber 2017. Pendaftaran pelajar bagi pengambilan Julai 2017 telah berlangsung pada 8 Julai 2017 manakala bagi pengambilan September 2017 pula pada 23 September 2017 dan kedua-duanya telah berlangsung di Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya. Rata-rata pelajar yang hadir memberikan reaksi positif mengenai UNISEL. Hari Terbuka UNISEL yang telah diadakan baru-baru ini juga merupakan faktor utama mengapa mereka memilih UNISEL. Beberapa pelajar yang sempat ditemuramah menjelaskan bahawa kemerlangan UNISEL yang merupakan dari segi akademik dan kokurikulum telah memupuk kepercayaan ibu bapa mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat tertinggi di UNISEL. Dengan reputasi baik universiti dibawah pimpinan Prof Dato' Dr. Muhammad Redzuan Othman selaku Presiden & Naib Canselor baharu Universiti telah membawa aras baharu kepada kebangkitan semula kepercayaan ibu bapa serta pelajar. Dengan pelbagai projek transformasi universiti yang sedang giat dijalankan ini dapat memberi keselesaan kepada para pelajar. 22 BULETIN unisel

Majlis Wanita Prihatin UNISEL MAWAR dinaungi oleh Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor manakala Y.Bhg. Datin Suraya Abdul Wahab merupakan Yang Di Pertua MAWAR. Pada itu pada 21 September 2017 yang lepas, satu Majlis Perjumpaan Khas Penerangan MAWAR oleh Y.Bhg Presiden dan Naib Canselor telah berlangsung di Dewan Pro Canselor UNISEL Kampus Shah Alam. Sambutan baik yang diberikan semasa program tersebut mendedahkan kakitangan yang hadir tentang objektif dan matlamat penubuhan MAWAR seterusnya bersama-sama meningkatkan kesejahteraan wanita UNISEL. Penubuhan Majlis Wanita Prihatin UNISEL (MAWAR) adalah untuk menjadi sebuah badan yang prihatin terhadap kebajikan dan mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan akademik mahupun pentadbiran yang bertugas di Universiti Selangor (UNISEL). Matlamat utama penubuhan MAWAR termasuklah untuk menjadi badan perunding perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan ahliahlinya dalam usaha memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan universiti. MAWAR juga bermatlamat untuk memberi bantuan kepada golongan anak yatim, fakir miskin, golongan kurang upaya serta mahasiswa dan mahasiswi UNISEL yang memerlukan bantuan. EDISI OKTOBER 2017 23

BELIA UNISEL PRIHATIN GOLONGAN KURANG UPAYA Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini telah menganjurkan satu program Program Cakna Insan Autistik dan Disleksia UNISEL 2017 yang bertujuan untuk melahirkan belia dan masyarakat yang prihatin terhadap golongan kanak-kanak istimewa. Program ini merupakan anjuran mahasiswa yang mengambil kursus Khidmat Masyarakat (MPU3452) yang diketuai oleh Puan Siti Rahayu Hassan. Satu forum bertajuk "Membentuk Generasi OKU yang Cemerlang" turut diadakan. Antara panel yang hadir adalah Dr. Rina Abdul Shukor, Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Puan Ainizal, Pengarah Gening World Solution dan Khairul Anwar Korai yang merupakan bekas pelajar UNISEL yang menghidap penyakit dyslexia. Dr Hamdan Dato Mohd Salleh, Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi turut hadir selaku moderator bagi membincangkan isuisu berkenaan golongan kurang upaya disamping memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk mendalami dan menanam sikap hormat serta sayang kepada golongan istimewa ini. Turut diadakan adalah aktiviti permainan seperti tutorial menggunakan bahan grafik, puppet show dan teka-teki bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat dalam membudayakan golongan kanakkanak kurang upaya. 24 BULETIN unisel

MAHASISWA UNISEL PELOPORI AKTIVITI SUKARELAWAN Dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat global, Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Global Peace Malaysia (GPM). Majlis ini merupakan satu titik permulaan bagi keduadua belah pihak dalam menerajui aktiviti sukarelawan terutama sekali penglibatan para mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan. "Penglibatan mahasiswa dalam program sukarelawan ini amat dititikberatkan agar sifat kepimpinan itu dapat dipupuk dalam kalangan para mahasiswa. Selain itu, mahasiswa juga diberi ruang dan peluang untuk melawat dan melihat dunia luar menerusi lawatan-lawatan bantuan kemanusiaan antaranya ke Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Thailand," ujar Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Program di bawah kelolaan Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) ini turut mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI). Pada tahun 2017, UNISEL telah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada MBI dan sebanyak RM250 ribu telah disalurkan bagi pembangunan aktiviti sukarelawan. Sokongan mantap daripada Kerajaan Negeri Selangor dan pengurusan universiti merupakan tunjang utama dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti di UNISEL. Turut berlangsung adalah Majlis Pelancaran Sukarelawan Antarabangsa, Buku Prosedur Kegiatan Pelajar 2017 dan Ceramah Sukarelawan yang telah disampaikan oleh Tn. Haji Ahmad Azam bin Ab. Rahman, Timbalan Setiausaha Agung, UNION of NGO's of Islamic World (UNW). Untuk makluman, seramai 500 mahasiswa telah mengikuti temuduga bagi Program Sukarelawan Antarabangsa ini. Sambutan baik yang telah diterima ini membuktikan UNISEL mampu untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pemimpin masa hadapan. EDISI OKTOBER 2017 25

MAJLIS PELANTIKAN PRO-CANSELOR UNIVERSITI SELANGOR Sekalung tahniah buat Y.A.D. Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail bin Adam di atas pelantikan sebagai Pro-Canselor Universiti Selangor (UNISEL). Majlis watikah pelantikan tersebut telah diadakan di Bangunan Perpustakaan Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. Majlis bermula sekitar jam 2.30 petang berlangsung secara sederhana menyaksikan Y.A.D. Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail bin Adam telah menerima watikah pelantikan Pro-Canselor yang disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Bin Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL dan disaksikan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor. Watikah pelantikan ini berkuatkuasa pada 2017 dan berakhir pada tahun 2020. Ini merupakan pelantikan kali ketiga buat Y.A.D. Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail bin Adam sebagai Pro-Canselor UNISEL. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL, Ahli Lembaga Pengarah PIYSB serta Pengurusan Tertinggi UNISEL. Dalam pada itu, Dato' Menteri Besar Selangor diiringi Presiden dan Naib Canselor sempat melawat tapak baik pulih infrastruktur yang terdapat di sekitar UNISEL Kampus Bestari Jaya. 26 BULETIN unisel

PELAN STRATEGIK PACU TRANSFORMASI NEGERI SELANGOR - PROF. DR. MOHD FAIZ ABDULLAH Pelan pengurusan strategik yang baik merupakan salah satu strategi yang telah digunapakai oleh beberapa agensi di Negeri Selangor dalam memacu tranformasi eskonomi serta pengurusan organisasi. Ini dapat dilihat di beberapa agensi seperti UPEN, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Invest Selangor dan juga Universiti Selangor (UNISEL). Sempena Majlis Syarahan Umum Darul Ehsan Universiti Selangor 2017, Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Dekan Selangor Business School telah berkongsi hasil kajian yang menyaksikan proses perubahan di negeri Selangor berkembang pesat dengan peningkatan saban tahun dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Sejajar dengan pembangunan pesat Negeri Selangor, UNISEL terus bergerak seiring dengan pelbagai proses transformasi antaranya rasionalisasi fakulti dan proses penjimatan yang mana telah berhasil menstabilkan kedudukan kewangan universiti disamping pelbagai program yang membentuk sahsiah kakitangan. Majlis yang berlangsung di Auditorium Dato' Seri Harun Idris, Bangunan Baharu PKNS itu dihadiri oleh Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Turut hadir Y.B Dato' Noordin bin Sulaiman, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Pengurusan Tertinggi UNISEL, kakitangan Universiti, wakil daripada Menteri Besar Incorporated serta rakanrakan media. EDISI OKTOBER 2017 27

PENSYARAH UNISEL TEROKAI MICROORGANISMA BAHARU ROYAL BELUM Enam orang pensyarah termasuk dua orang pelajar pelajar pascasiswazah Universiti Selangor (UNISEL) telah mengikuti Ekspedisi Hutan Royal Belum yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 25 sehingga 27 September 2017. Menurut Prof. Dr. Mohd Kushairi bin Mohd Rajuddin selaku ketua ekspedisi, tujuan utama eskpedisi tersebut adalah untuk mengambil sampel tanah bagi tujuan analisis kimia dan mengkaji potensinya sebagai bahan tambahan dalam formulasi media mikroalge. Tujuan keduanya adalah mencari mikroorganisma baharu yang mungkin terdapat di dalam sampel tanah bagi kajian mikrobiome dan potensinya dalam bidang farmasuetikal dan nutraseutikal. Projek ini merupakan projek penyelidikan antarabangsa yang melibatkan kerjasama beberapa IPTA dan beberapa universiti di Jepun di bawah projek COSMOS-SATREPS. Dana yang telah diterima ini digunakan oleh institusi terlibat untuk membuat penyelidikan masing-masing di bidang tertentu. Hasil penyelidikan untuk manfaat kepada masyarakat tempatan dan juga global. Hutan Royal Belum merupakan hutan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia melebihi 130 juta tahun. Oleh itu, kita ingin mengkaji sampel tanahnya yang masih belum atau kurang penyelidikan dijalankan di Malaysia. Di sini kita akan mengambil sampel tanah di beberapa kawasan sekitar Hutan Hukan Royal Belum dan sampel tersebut dibawa pulang ke makmal LAMBO- UNISEL untuk dikaji, menurut Prof. Dr. Mohd Kushairi bin Mohd Rajuddin lagi. Projek di Hutan Royal Belum ini merupakan projek pertama dan kesemua yang terlibat merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta pelajar pascasiswazah yang mengambil kursus Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains. Apa yang lebih menarik, kesemua pensyarah yang terlibat merupakan pensyarah muda universiti. Ditanya mengenai pembabitan pensyarah muda dan juga pelajar dalam projek ini, beliau berpendapat saintis muda harus diberi peluang untuk bersama menyertai program penyelidikan agar mereka dapat menimba pengalaman selain legasi penyelidikan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. 28 BULETIN unisel

SKIM DERMASISWA PILIHAN PELAJAR CEMERLANG SPM "Penawaran Skim Dermasiswa adalah sebab utama mengapa saya memilih UNISEL", ujar Najmuddin Alias yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Menurut Najmuddin yang mendapat 9A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memilih UNISEL kerana tertarik dengan program yang ditawarkan. Bagi Raja Rajeswari a/p Selvam pula, beliau memilih UNISEL kerana mendapat respon positif daripada kenalan yang pernah melanjutkan pengajian di sini. Raja Rajeswari yang berasal dari Cheras juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2016 dan menyambung pengajian dalam jurusan Tahun Asas Teknologi Maklumat. Mereka berdua ditemui semasa Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu sempena Minggu Tekad Siswa Sesi September 2017 yang telah berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor serta dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi universiti. Skim Dermasiswa UNISEL merupakan salah satu inisiatif UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian Tahun Asas di UNISEL. Skim ini menawarkan pengajian percuma bagi program Tahun Asas TESL, Tahun Asas Teknologi Maklumat, Tahun Asas Pengurusan, Tahun Asas Sains. EDISI OKTOBER 2017 29

UNISEL DI HATI ANAK SABAH "Saya selesa belajar di Universiti Selangor (UNISEL) kerana komitmen yang diberikan oleh tenaga pengajar adalah sangat tinggi. Tambahan lagi, dari segi pengurusan, kakitangan pentadbiran universiti banyak membantu mempermudahkan urusan pelajar", ujar Puan Junaidah Samudin, guru di salah sebuah sekolah di Tawau dan juga merupakan pelajar UNISEL. Puan Junaidah Samsudin dan rakannya, juga seorang guru di Tawau, Puan Rosnah Jamba berpendapat UNISEL adalah sebuah institusi yang terbaik. Setelah membuat beberapa perbandingan mengenai bidang yang diambil, tertanya belajar di UNISEL sangat berbaloi. Kedua-dua orang guru tersebut merupakan pemegang Sarjana Pendidikan Pengurusan Disiplin pada 2011 dan sekarang sedang melanjutkan pengajian ke peringat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di UNISEL. Mereka ditemui semasa program Sri Bombalai Berselawat - Kasih Allah Tidak Terduga yang telah berlangsung di Masjid Baburrahmah, Kg. Sri Bombalai Tawau, Sabah. Program tersebut merupakan program kemasyarakatan anjuran UNISEL dengan kerjasama Institut Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGK Tawau). Turut hadir pada program tersebut adalah Dr. Najamuddin Bachora yang merupakan Timbalan Pengarah IPGK Tawau. Beliau juga sempat ditemuramah semasa program berlangsung berasa kagum dengan kerjasama yang terjalin di antara IPGK Tawau dengan UNISEL dan berhasrat agar dapat bekerjasama lagi kelak. Program seperti ini sangat bermanfaat yang baik dalam usaha membentuk sahsiah diri bukan sahaja kepada guru pelatih malahan juga masyarakat setempat. Saya juga amat menyokong usaha sebahagian kakitangan akademik untuk meneruskan pengajian ke peringkat pascasiswazah di UNISEL kerana saya percaya kursus yang ditawarkan telah berjaya melahirkan graduan yang mantap dari segi pengurusan pendidikan, ujar beliau lagi. 30 BULETIN unisel

SERAMAI 2283 GRADUAN BERGRADUAT SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-12 Seramai 2283 orang graduan layak menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) kali ke-12 yang berlangsung di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 977 orang graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, 1266 orang graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 18 orang graduan peringkat Sarjana dan 22 orang graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat gilang-gemilang ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 4hb sehingga 6hb November 2017. Konvokesyen pada kali ini dibahagikan kepada lima sidang bermula dengan sidang pertama pada 4hb November 2017 (Sabtu) yang disempurnakan oleh Y.A.D. Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Bin Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL diiringi oleh Pro Canselor UNISEL, Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anuar Bin Haji Masduki dan Y.A.D. Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail bin Adam. Turut hadir pada Istiadat Konvokesyen kali ini ialah Dato Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor serta Presiden dan Naib Canselor, UNISEL, Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman. Selain itu, lebih daripada 300 jemputan kenamaan daripada pelbagai portfolio hadir pada sidang pertama Istiadat berlangsung, antaranya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri serta Parlimen di Selangor, Ketua jabatan diperingkat Kerajaan Negeri Selangor, wakil dari IPTA/ IPTS di Malaysia dan negara seberang serta ramai lagi. Sebanyak empat orang graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti, 36 graduan pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program dan empat orang graduan menerima Anugerah Exco Pendidikan disamping tiga anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan. Anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Canselor diterima oleh Norazly bin Nordin, Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak), Anugerah Pengerusi diterima oleh Preyadarsni a/p Thiagarajan, Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) serta Anugerah Naib Canselor diterima oleh Lim Bao Man, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Dengan Statistik. Setiap kategori anugerah diberikan adalah bukti keperihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini. Dalam pada itu, UNISEL juga menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Komunikasi kepada Dato Hussamuddin Hj. Yaacub, yang merupakan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Beliau merupakan graduan lulusan Ekonomi daripada Universti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1978. Pemilihan beliau selaku penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah ini adalah tepat sekali dengan segala pencapaian beliau yang berjaya mempelopori industri penerbitan dan percetakan terkemuka di Malaysia. Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke- 12 ini juga turut dimeriahkan dengan penganjuran Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). FESKONISEL ini berlangsung selama empat hari bermula 3 Nov 2017 sehingga 6 Nov 2017 dengan pelbagai aktiviti, antaranya jualan pelbagai produk, karnival mini, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen derma darah, forum dhuha, UNISEL Noctural Run, persembahan artis, soopa doopa, pertandingan futsal, ping pong dan badminton, persembahan pelajar serta banyak lagi. EDISI OKTOBER 2017 31

PROGRAM ASAS DIPLOMA IJAZAH SARJANA MUDA SARJANA DOKTOR FALSAFAH Daripada: Pengurusan dan Warga Universiti Selangor Kejayaan anda, Kebanggaan Kami. 32 BULETIN unisel www.unisel.edu.my