Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban. Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768)

Similar documents
FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ


IMPROVEMENT OF ACCURACY LEVEL OF AUTOMOTIVE FRONT FENDER SHIELD ASSEMBLY USING PROCESS FAILURE MODE AND EFFECT ANALYSIS AND CONTROL PLAN TECHNIQUES

Earthwork Activities in Private Housing Industry

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

THE IMPACT OF THE FACEBOOK WEBSITE QUALITY ON USER S PERCEIVED ATTITUDE, INTENTION AND LOYALTY AMONG STUDENTS OF UTM TAMER ADEL SALEH ALAJRAMI

Pencapaian Program Pemindahan Ilmu Tatacara Menyelamat Sewaktu Banjir Dan Kaedah Pemulihan Dalam Kalangan Komuniti Kuala Krai, Kelantan, Malaysia

Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

Mohd Aqmin Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia. Hazrul Izuan Shahiri Universiti Kebangsaan Malaysia

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

MOVING SHIP DETECTION FOR UNMANNED AERIAL VEHICLE USING ATOM PROCESSOR FOR CAMERA VISION MUHD FIRDAUS MUHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

Survey on Perak and Selangor 3 messages

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Bakeri Interaktif

A. MAKLUMAT PROJEK PROJECT INFORMATION

The impact of waste disposal management on the water quality of rivers in Malaysia: Lessons from Pajam waste disposal sites, Negeri Sembilan

ADOPTION OF ELECTRONIC SCHEDULING TO REDUCE WAITING TIME IN THE HOSPITALS SITI KHAIRUNNISA BINTI BASRI

PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR. Samruhaizad Samion & Azahan Awang

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor

RELIABILITY OF SAFETY PERFORMANCE INDICATOR: COMPLIANCE AND EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN CONSTRUCTION SITE RAMES KUMAR SHANMUGAM

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN SEKTOR KESIHATAN AWAM: KAJIAN DEMAM DENGGI DI BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG

THE ASSESSMENT OF BUILDING DEFECTS MAINTENANCE IN HOSPITAL BUILDING NORDIYANA BINTI AB.LLAH

IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG

Faculty of Engineering

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN (PSS): ANALISIS APLIKASI BAGI SEKTOR-SEKTOR TERPILIH

Binaan ringkas pengecas kapasitor bervoltan tinggi buatan sendiri bagi. sistem plasma fokus.

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet

Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

POTENSI KEPERLUAN PERUNDANGAN KHAS YANG BERKAITAN HAK PEMILIKAN TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK MRT MOHD HANIFF BIN HASSAN

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE DEVELOPMENT OF SMALL AND MEDIUM SIZED CONSTRUCTION FIRMS IN NIGERIA USING ABSORPTIVE CAPACITY BILAU ABDULQUADRI ADE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURANGAN RISIKO BENCANA BERBASIS KOMUNITI:

HOSPITAL BED MANAGEMENT SYSTEM SYUKRIYAH BINTI MD.AZAM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Abstrak. Abstract

SAFETY AND HEALTH IN THE USE OF CHEMICALS AT WORK

Kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak Dalam Kalangan Pemain Lelaki Berumur 14 Dan 15 Tahun. Abstrak

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMUDAHSAMPAIAN M EM PENGARUHI NILAI HARTA TANAH NURULLIZA BINTI SALLEH

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

PERANAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI SEMBILAN DALAM MEMPROMOSIKAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN LANDSKAP. KAJIAN KES : DI TAMAN REKREASI TASIK DARULAMAN, JITRA, KEDAH NURHAFEZAWANI BINTI SENAPI

JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SENI DAN MUZIK

Pola dan Proses Pemilikan Tanah oleh Orang-orang Pulau di Kawasan Darat Mersing: Kajian Kes di Kampung Sri Bahagia

KEBERKESANAN PELAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MALAYSIA: KAJIAN KES MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP), PULAU PINANG. Oleh ZAINAL MD ZAN

TALIAN BEKALAN ELEKTRIK DAN KESANNYA KE ATAS MASYARAKAT DAN NILAI HARTA TANAH

MADYA HERAWATI BTE AHMAD. Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

Pengenalan kepada Pengurusan Sumber Manusia

PENGARUH PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP PENYERTAAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BANDAR DI WILAYAH UTARA MALAYSIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

EQUITY CROWDFUNDING IN MALAYSIA: AN IMPLEMENTATION OF SETTING VALUATIONS ALVIN HONG PHING YEAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

APLIKASI SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN DALAM MENENTUKAN KESESUAIAN PERLETAKAN GUNA TANAH INDUSTRI KAMARUDDIN BIN SHAMSUDDIN

FAKTOR-FAKTOR PERLAKUAN PENGGUNA YANG MEMPENGARUHI PEMBELI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN HARTA TANAH KEDIAMAN KES KAJIAN : DAERAH MELAKA TENGAH

MAYBANK PRODUCTS UMBRELLA CAMPAIGN 2016 TERMS & CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

KANDUNGAN KANDUNGAN. 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latar Belakang Masalah Masalah pengajaran dan

Diaspora Komuniti Cina Seberang Laut ke Selangor di Tanah Melayu,

Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai: Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PROSPEK DAN CABARAN BAGI MENGEKALKAN STATUS TANAH RIZAB MELAYU PADA ABAD KE-21 NURNABIHAH BINTI ZULKAPAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

PERANAN JURUUKUR TANAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MOHD AIMAN BIN MOHD KAMAROL BAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Analisis Metabolisma Bandar Menggunakan Teknik Material Flow Analysis (MFA) di Seremban Sharif Shofirun Bin Sharif Ali (P85768) Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia sshofirun@uum.edu.my Penyataan Masalah: Kadar permintaan terhadap keperluan tenaga terutama sekali dari tahun 1980 sehingga 2014 telah meningkat dengan ketara seiring dengan perkembangan dan pembangunan bandar di Malaysia. Sektor perindustrian, komersial dan perumahan merupakan sektor pengguna tenaga utama di Malaysia yang menggunakan hampir separuh daripada jumlah penawaran sumber tenaga negara. Tenaga elektrik merupakan salah satu agen penggerak utama perkembangan ekonomi negara yang mana tenaga ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar sebanyak lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015. Namun begitu, peningkatan permintaan tenaga elektrik serta penggunaannya yang tinggi dan tidak efisyen terutama di dalam sektor kediaman bandar telah menyumbang kepada ketidakstabilan sistem ekologi bandar. Gangguan terhadap persekitaran bandar seperti peningkatan pelepasan gas karbon dioksida dan sisa pepejal yang berpunca dari aktiviti manusia disebabkan oleh proses metabolisma yang tidak sistematik dan tidak efisyen. Justeru itu, penyelidikan mengenai proses input dan output tenaga serta aliran tenaga di bandar adalah wajar dilaksanakan bagi mendapatkan kefahaman yang mendalam dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat serta lestari. Objektif: Kajian ini mengaplikasi konsep metabolisma bandar (MB) di Bandar Seremban sebagai kawasan tapak kajian dan beberapa objektif kajian telah dicadangkan iaitu: 1) untuk menentukan tren penawaran, permintaan dan penggunaan tenaga elektrik dari tahun 2010 hingga 2016 di Bandar Seremban; 2) untuk menentukan dimensi baru di dalam metabolisma bandar di Bandar Seremban; dan 3) untuk menghasilkan cadangan penunjuk metabolisma bandar untuk bandar berdaya huni dalam konteks penggunaan tenaga elektrik. Metodologi: Penyelidikan secara kuantitatif akan dijalankan untuk mengenalpasti tren dan aliran penggunaan tenaga elektrik menerusi kaedah Material Flow Analysis (MFA) dan soal selidik. Kajian metabolisma ini adalah wajar dan signifikan untuk dijalankan kerana ia akan membuka perspektif baharu kepada kajian metabolisma bandar di Malaysia yang dipengaruhi oleh aktiviti manusia yang kompleks dan rumit. Poster Theme B 1

Kepentingan Sumber Air untuk Dayahuni Bandar: Kajian Kes di Bandaraya Ipoh Salina Binti Nor Azam (P80744) dan Ahmad Fariz Mohamed Email: fariz@ukm.edu.my Air adalah nadi untuk semua hidupan di dunia. Malah, kewujudan sesuatu tamadun manusia bermula dengan kawasan yang terdapat punca air terutamanya di kawasan berhampiran sungai. Bagi Bandaraya Ipoh, perbandaran bermula dengan dua penempatan di sepanjang Sungai Kinta. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2010 penduduk Ipoh adalah seramai 657,892 dan Ipoh akan menerima pertambahan sebanyak 0.16 juta penduduk menjelang tahun 2020 seperti unjuran dalam Rancangan Struktur Negeri Perak 2020. Dengan itu, adalah penting untuk kita membekalkan air yang secukupnya bagi memenuhi permintaan pada masa akan datang. Pernyataan Masalah: Pembangunan dan pertambahan penduduk di bandaraya Ipoh dijangka meningkat berdasarkan unjuran penduduk yang dinyatakan di dalam Rancangan Struktur Negeri Perak 2020. Oleh itu, Kerajaan Negeri mestilah bersedia untuk memastikan bekalan air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk dan perindustrian pada masa akan datang. Objektif: Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meneliti kepentingan Sungai Kinta sebagai sumber air dalam mempengaruhi dayahuni Bandaraya Ipoh bagi tempoh masa antara tahun 2015 2030. Seterusnya, strategi pengurusan pembekalan air mentah akan dirangka dalam mengekalkan dayahuni Bandaraya Ipoh. Metodologi: Dua kaedah penyelidikan akan dilakukan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Dua bentuk penyelidikan utama akan dilakukan iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan iaitu melalui borang kaji selidik. Kajian akan memfokuskan kepada Bandaraya Ipoh merangkumi kawasan kediaman di Kanthan, Chemor, Klebang, Meru Raya, Tanjung Rambutan, Tasek, Jelapang, Bercham, Silibin, Tambun, Pusat Bandaraya, Gunung Rapat, Menglembu, Lahat, Station 18 dan Simpang Pulai. Sampel rawak akan digunakan bagi mewakili populasi untuk tujuan kaji selidik. Kesimpulan: Kajian ini dijangka dapat membantu dalam merangka strategi bagi meningkatkan keupayaan Sungai Kinta untuk menampung keperluan penduduk dan pengurusan sistem bekalan air yang lebih berkesan dalam mengekalkan dayahuni Bandaraya Ipoh. Poster Theme B 2

Environmental Management System (EMS) for Palm Oil Industry in Malaysia: Changing from Polluted to Sustainable Industry Oseghale Sunday Dalton (P80745) and Ahmad Fariz Mohamed Email: dalton_oseghale@yahoo.com Problem Statement: Palm oil industry generates large amounts of waste which has high impacts on the environment and these generated wastes have low regulatory monitoring in Malaysia. The environmental management system (EMS) is potentially effective in the reduction of the environmental impact of waste generation from palm oil processing to final products. Objective: This research study the trend of palm Oil waste generation and its environmental impacts, the status of EMS practices in oil palm industry and the environmental practices in Malaysia Palm Oil industry to determine the key factors influencing and driving changes in palm Oil waste management. The study has the prime objective of creating a functional model of EMS for sustainable palm oil industry in line with Malaysia environmental legislations, regulations and global policies. Methodology: This research involves literature survey which reviews the technology and policy parameters associated to EMS in oil palm industry in Malaysia; primary data collection from the stakeholders and the Malaysia Palm Oil Board on EMS practices using questionnaire and finally, analysis of the results to determine the effectiveness and the driving factors of EMS in oil palm industry in Malaysia. Results: The results will be used to develop a model that can be used to enhance EMS sustainability in Malaysia palm Oil industry. The model could also be applied in other countries for global environmental sustainability. Conclusion: In conclusion, EMS has the potentials of improving waste management in oil palm industry and creating a sustainable environment around the oil palm rich countries. Poster Theme B 3

Pendekatan Eko Bio Sosial dalam Pengawalan dan Pengurusan Denggi: Satu Kajian Kualitatif Rozita Hod (P56803) Email: Pernyataan Masalah: Denggi merupakan salah satu masalah kesihatan awam di rantau Asia Tenggara dan negara negara beriklim tropika. Malaysia mengalami peningkatan kes denggi yang semakin meningkat saban tahun. Jumlah kes yang melonjak dan bilangan kematian yang dilaporkan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pihak bertanggungjawab dan masyarakat setempat. Walaupun perundangan dan garis panduan yang jelas dalam menangani wabak denggi ini telah lama wujud dan dibangunkan, namun mengapakah kes demam denggi terus meningkat setiap tahun? Objektif: Kajian ini bertujuan untuk menilai polisi kesihatan sediada dan strategi ke arah pengawalan dan pencegahan denggi yang terdapat di Malaysia. Selain daripada itu, kajian ini menguji pendekatan eko bio sosial dalam usaha menangani wabak denggi di Malaysia. Metodologi: Temu bual mendalam telah dijalankan ke atas sepuluh orang responden yang berusia antara 36 hingga 58 tahun. Mereka dipilih berdasarkan peranan dalam pengurusan denggi di Malaysia. Peranan peranan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu: i) Penggubal polisi; ii) pengurusan menengah; dan iii) pelaksana di peringkat akar umbi. Setiap sesi temu bual meneroka secara terperinci tentang faktor faktor ekologi, biologi dan sosial. Setiap sesi temu bual diadakan dlam tempoh 45 minit hingga satu jam. Responden yang telah ditemu bual adalah seramai sepuluh orang lelaki dan dua wanita. Soalan berbentuk terbuka telah diajukan kepada responden untuk mendapatkan reaksi mereka terhadap isu isu berkaitan denggi. Temubual telah dirakamkan setelah mendapat kebenaran dari responden. Sebaik saja ketepuan data telah dicapai, maka temubual ditamatkan. Hasil rakaman suara telah ditranskrip dan analisa kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan perisian Atlas ti. Software. Hasil: Sebanyak tiga tema utama telah diperolehi daripada analisa kualitatif dan telah dikenalpasti menyumbang secara signifikan terhadap pengurusan denggi secara berterusan. Tema tema tersebut adalah: i) Pelaksanaan polisi yang memuaskan; ii) koordinasi antara agensi; dan iii) komitmen dari pemimpin politik dan ketua masyarakat. Kesimpulan: Data tempatan menunjukkan bahawa kawasan yang tidak memiliki komponen seperti yang diperolehi dari kajian ini menjadi kawasan panas berikutan peningkatan kes kes denggi. Oleh yang demikian, adalah penting bagi pihak masyarakat bersama sama dengan pelbagai agensi kerajaan yang lain memberi penumpuan yang lebih ke atas domain yang didapati penting dalam memerangi wabak denggi ini. Poster Theme B 4

Pengurusan Bencana Banjir di Lembangan Sungai Pahang: Kajian Kes di Temerloh Chamhuri Siwar, Nurul Ashikin Binti Alias (P83836), Nor Diana Mohd Idris dan Mohd Khairi Ismail Email: Pernyataan Masalah: Bencana banjir merupakan peristiwa yang kerap berlaku di Malaysia terutamanya pada musim monsun Timur Laut (Nov Mac). Objektif: Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis strategi pengurusan bencana banjir di Pahang terhadap kesiapsiagaan dan kemudahterancaman penduduk tempatan di sekitar Lembangan Sungai Pahang terutamanya di daerah Temerloh. Di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertanggungjawab penuh dalam menguruskan sistem pengurusan bencana kebangsaan. Organisasi ini memberikan mekanisma pengurusan berkesan bagi bencana banjir yang berlaku di Malaysia. Metodologi: Data kajian ini diperolehi melalui sumber sekunder dan primer. Data sekunder diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala, data primer pula dikumpul melalui bancian ke atas 202 responden terjejas akibat bencana banjir dengan menggunakan set borang soal selidik melalui temuduga secara bersemuka yang telah dijalankan pada Jun 2015. Hasil: Keputusan kajian ini menunjukkan kejadian banjir ini menyebabkan lebih dari 30% penduduk Temerloh yang tidak menerima amaran awal banjir di mana lebih dari separuh adalah dari kawasan luar bandar. Seramai 78% penduduk telah berpindah ke pusat pusat pemindahan yang disediakan di sekitar Temerloh. Berlaku penurunan purata pendapatan petani sebanyak 31.2% di Temerloh akibat dari kemusnahan hasil tanaman dan aktiviti perniagaan kecil, menyebabkan peningkatan peratusan miskin tegar sebanyak 6.5%. Kesimpulan: Kemudahterancaman komuniti setempat adalah disebabkan tidak menerima amaran banjir, ketiadaan pemilikan tanah, perumahan yang tidak stabil dan ancaman keselamatan makanan, ditambahkan pula oleh bilangan ketua isirumah wanita. Adalah penting untuk melihat keberkesanan strategi pengurusan bencana banjir di Temerloh, Pahang bagi mengurangkan impak ke atas penduduk tempatan. Poster Theme B 5

Penilaian Terhadap Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembinaan Tapak Pelupusan Baru Terhadap Kelestarian di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Noor Aniza Hassan (P81782) Email: Pernyataan Masalah: Pengurusan sisa pepejal merupakan isu utama di Malaysia terutama di kawasan bandar. Isu pengurusan sisa pepejal menjadi semakin rumit apabila tapak pelupusan sedia ada tidak lagi mampu menampung janaan sisa pepejal. Tanah yang terhad menjadi permasalahan utama dalam membuka tapak pelupusan baru. Tapak pelupusan sedia ada juga tidak lagi sesuai digunakan disebabkan kebanyakan tapak pelupusan tersebut telah melebihi jangka hayat yang dibenarkan. Terdapat 296 tapak pelupusan di Malaysia, hanya 165 tapak masih beroperasi, 131 telah ditutup dan hanya 8 sahaja tapak pelupusan yang beroperasi secara sanitari. Skop kajian yang dijalankan meliputi kawasan kajian di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan sahaja. Kawasan kajian ini dipilih kerana sehingga kini tiada kajian yang seumpamanya dijalankan di kawasan tersebut. Jangka hayat tapak pelupusan sedia ada juga telah kian meruncing dan tapak baru perlu dibuka. Namun begitu, sebelum pembukaan tapak baru banyak isu yang perlu dititikberatkan terutama daripada segi kelestarian. Objektif: Oleh itu, objektif utama adalah untuk mengenalpasti hubungkait antara pengurusan sisa pepejal dan pembangunan tapak pelupusan baru di Kuala Pilah. Objektif kedua adalah untuk mengenalpasti impak alam sekitar, sosial dan ekonomi tapak pelupusan kepada pihak berkepentingan. Metodologi: Kaedah kajian yang digunapakai di dalam kajian ini adalah berdasarkan teori kajian kepustakaan yang diperolehi daripada laporan jabatan yang terlibat, temubual dan juga borang soal selidik. Fokus dalam kajian ini akan dibahagikan kepada dua pecahan iaitu dari segi pengurusan sisa pepejal di Kuala Pilah dan bagaimana pengurusan tapak pelupusan di Kuala Pilah. Kedua dua isu ini akan dikaji bagi mengetahui hubungkait diantara bagaimana pengurusan sisa pepejal dan pengurusan tapak pelupusan mempengaruhi pembangunan tapak pelupusan baru di Kuala Pilah. Kesimpulan: Dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak berkepentingan dalam menguruskan sisa pepejal dan tapak pelupusan dengan lebih lestari. Kajian ini juga membantu pihak berkepentingan dalam mencapai objektif dalam Local Agenda 21 hasil daripada analisa data yang diperolehi semasa kajian. Poster Theme B 6

Faktor faktor yang Memacu Sikap Masyarakat Terhadap Teknik Penyemburan Kabut dalam Mencegah Denggi di Lembah Klang Noor Sharizad Rusly a (P79480), Ahmad Firdhaus Arham a dan Latifah Amin b a b Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Email: dazirahs@yahoo.com.sg Pernyataan Masalah: Denggi adalah penyakit endemik bawaan nyamuk yang semakin serius. Difahamkan lebih kurang 55% daripada jumlah populasi dunia adalah berisiko untuk mendapat penyakit ini dengan jumlah kes melebihi 100 juta setiap tahun. Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi isu berkaitan denggi kerana kedudukan geografi beriklim tropika. Masih tiada lagi rawatan yang tertentu bagi merawat penyakit denggi ini dan penghasilan vaksin bagi menentang penyakit ini masih di peringkat kajian. Memandangkan denggi ini disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi yang dikenali DEN 1, 2, 3 dan 4, maka cara yang utama untuk mencegah penyebaran penyakit ini adalah dengan menghapuskan vektor atau pembawa penyakit ini iaitu nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Justeru, terdapat pelbagai teknik dan cara yang telah dikenalpasti bagi menghapuskan vektor ini. Objektif: Artikel ini menilai dan mengenalpasti faktor faktor yang memacu sikap masyarakat Malaysia di Lembah Klang terhadap teknik penyemburan kabut untuk mencegah penyebaran penyakit denggi. Metodologi: Kaji selidik ini telah dijalankan ke atas 126 responden di Lembah Klang mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Proses pengedaran soal selidik dilakukan secara bersua muka. Hasil: Terdapat lima faktor yang telah dikenalpasti bagi memacu sikap masyarakat terhadap aplikasi pencegahan denggi: faedah yang dilihat (5.21); risiko yang dilihat (4.77); galakan (4.04); tingkah laku berniat (5.87); dan impak terhadap teknologi (4.47). Kesemua faktor ini menunjukkan nilai skor min di sekitar julat sederhana dan tinggi. Kesimpulan: Berdasarkan hasil kajian tersebut dapat dirumuskan di sini bahawa masyarakat Malaysia mempunyai sikap yang positif dan kesedaran yang tinggi dalam teknik penyemburan kabut dalam menghapuskan nyamuk Aedes dan secara tidak langsung mengurangkan penyebaran denggi. Poster Theme B 7