KERTAS KERJA SABATA RUN 2017 1. Pengenalan Program Program SABATA RUN 2017 10km Kota Kinabalu. 2. Tujuan Mengutip dana melalui yuran penyertaan bagi membiayai aktiviti promosi kesihatan penyakit Tibi dan skim elaun pengangkutan kepada pesakit Tibi yang sedang menerima rawatan dan tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk hadir mendapatkan rawatan setiap hari di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan. 3. Latar belakang Program ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh SABATA. Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa SABATA mencadang mengadakan program ini bagi mengutip dana dalam program Fund Raising. Mengikut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sebanyak 4500 kes penyakit Tibi dilaporkan pada tahun 2016 yang mana 30% daripada kes tersebut merupakan golongan pesakit yang tidak berkemampuan dari segi kewangan. Pesakit Tibi akan menerima rawatan harian selama antara 6 bulan hingga 9 bulan dan perlu hadir ke klinik untuk memakan ubat Tibi. Pesakit juga perlu hadir ke temu janji rawatan susulan untuk menilai progres dan keberkesanan rawatan di hospital berdekatan. Statistik juga menunjukkan jumlah kes yang engkar rawatan atau defaulters iaitu antara 10% - 15% daripada kes Tibi 2016. Faktor utama penyebab engkar rawatan ialah pesakit tidak mempunyai kewangan untuk pergi dan balik mendapatkan rawatan. Kumpulan pesakit ini berpotensi untuk tidak sembuh dan menjadi kebal kepada ubat anti Tibi atau multidrugs resistance. Isu ini merupakan cabaran utama dalam menangani penularan penyakit Tibi di negeri Sabah SABATA bertanggungjawab memberikan bantuan kewangan ini kepada pesakit yang dinamakan Skim Elaun Pengangkutan atau Transport Allowences Scheme (TAS). SABATA menerima peruntukan dari Kementerian Kesihatan namun jumlahnya tidak mencukupi. Tahap kesedaran orang awam terhadap penyakit Tibi masih lagi rendah dan perlu diadakan banyak program promosi kesihatan bagi meningkatkan tahap kesedaran. Aktiviti promosi kesihatan penyakit Tibi memerlukan kewangan yang banyak dan dengan itu SABATA mengambil inisiatif mengadakan program SABATA RUN 2017. SABATA menyedari tanggunjawab membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah terutama Unit Kawalan Penyakit Tibi menjadi keutamaan objektif penubuhan SABATA. 4. Objektif Objektif perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:- 4.1. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal 4.2. Manggalakkan amalan cara hidup mesyarakat sihat di negeri Sabah. 4.3. Memupuk semangat kesukanan di kalangan masyarakat negeri Sabah. 4.4. Mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli SABATA seluruh negeri Sabah. 4.5. Memperkenal peranan SABATA kepada masyarakat dengan lebih dekat. 4.6. Meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit Tibi.
5. Komponen Program 5.1. Cadangan tarikh pelaksanaan program ialah 30 Julai 2017 (Ahad) 5.2. Cadangan tempat ialah WISMA SABATA Jalan Kebajikan Kota Kinabalu. 5.3. Laluan larian Rujuk lampiran A 5.3. Kumpulan sasar adalah seperti berikut:- Kategori A: L / P (45 tahun dan ke atas) Kategori B: L / P (18 tahun 44 tahun) Kategori C: L/P (17 tahun dan ke bawah) 5.4. Bilangan peserta Bilangan kumpulan sasar ialah 500 orang 5.5. Yuran penyertaan Kategori A: L / P (45 tahun dan ke atas) Kategori B: L / P (18 tahun 44 tahun) Kategori C: L/P (17 tahun dan ke bawah) 10km 10km 10km RM80.00 RM80.00 RM50.00 6. KAEDAH PELAKSANAAN Program yang dijalankan adalah terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut 6.1. Pertandingan bagi kategori A yang melayakkan hadiah berupa wang tunai, medal dan sijil penyertaan untuk tempat pertama hingga tempat ke 20. 6.2. Pertandingan bagi kategori B yang melayakkan hadiah berupa wang tunai, medal dan sijil penyertaan untuk tempat pertama hingga ke 15. 6.3. Pertandingan bagi kategori C yang melayakkan hadiah berupa wang tunai, medal dan sijil penyertaan untuk tempat pertama hingga ke 20. 6.4. Semua peserta yang berjaya menamatkan larian ke garisan penamat akan diberikan medal dan sijil penyertaan. 7. Tentatif Program Tarikh : 30 Julai 2017 Masa : 5.30 pagi-1.00ptg Tempat :WISMA SABATA, Jalan Kebajikan Kota Kinabalu. Aturcara Tentatif 05:30 pagi : Ketibaan peserta : Pendaftaran peserta 05:00 Pagi : Ketibaan AJK Penganjur dan Ahli Majlis Tertinggi SABATA 05:00 Pagi : Ketibaan YB/Ybhg. (Perasmi) 06:15 pagi : Ucapan perasmian (YB/Ybhg. Perasmi) 06:25 pagi : Majlis pelepasan peserta kategori pertandingan 06:30 pagi : Jamuan ringan 11:00 pagi : Peserta menamatkan larian 12:00 t/hari : Majlis penyampaian hadiah 01:00 petang : Bersurai
8. Anggaran Perbelanjaan Bil Perkara Jum Unit Jumlah (RM) 1. Penyewaan pentas, kanopi, kipas dan lampu (unit) 1 500.00 2. Penyewaan sistem PA & LCD (unit) 1 300.00 3 Banner saiz 3 x 8 (unit) 3 450.00 4. Backdrop 5 x 15 (unit) 1 300.00 5. Streamer 3 x5 (unit) 5 250.00 6. Sijil (keping) 1,000 600.00 7. Pingat (unit) 1,000 8,000.00 8. 9. 10. Hadiah Pemenang Kategori A (Pertama hingga ke-20) Hadiah Pemenang Kategori B (Pertama hingga ke-20) Hadiah Pemenang Kategori C (Pertama hingga ke-20) 20 2,120.00 20 2,120.00 20 1,570.00 11. Perkhidmatan Perubatan Kecemasan 1 200.00 12. Perkhidmatan Juruacara 1 200.00 13. Insuran berkelompok (Public liability) 1,000 2,650.00 14. Air minuman 500mls : 1,200 600.00 15. Jamuan ringan (orang) 30 300.00 16. Borang penyertaan 500 100.00 17. Baju Kameja T (souvenirs) @RM18.00 500 9,000.00 18. Hadiah cabutan tiket bertuah @50.00 30 1,500.00 JUMLAH 30,760.00 9. Sumber kewangan Bil Perkara Jum Unit Jumlah (RM) 1. Peruntukan sendiri oleh SABATA 1 2,000.00 2. Sumbangan kewangan tajaan 1 20,000.00 3. Kutipan bayaran yuran peserta Kategori A & B @RM80.00 4. Kutipan bayaran yuran peserta Kategori C @RM40.00 300 24,000.00 200 8,000.00 JUMLAH 54,000.00
9. FAEDAH Melalui penganjuran program ini, para peserta akan dapat menyertai satu program larian yang menyihatkan tubuh badan serta merapatkan tali kekeluargaan dengan menyertai program yang dibuka untuk penyertaan semua kumpulan umur dan etnik. 10. KESIMPULAN SABATA mengharapkan agar objektif penganjuran program ini tercapai dan dapat membantu pesakit Tibi mendapatkan rawatan melalui pemberian elaun tambang ke klinik rawatan Tibi yang berdekatan. LALUAN LARIAN 10 KM
LANTIKAN AJK PELAKSANA Ahli mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju perlantikan AJK seperti berikut: 01. Datuk K.J. Joseph : Penasihat 1 02. Henry Mogindol : Penasihat 2 03. Puan Venitha Lojuti : Pengerusi Penganjur 04. Stepfonie Chan : Tim. Pengerusi 05. Julius Raymond : Setiausaha 06. Dina Marius : Pen. Setiausaha 07. Tuan Hj. Masdah Enti : Bendahari 08. Ailin Sua : Urusetia Pejabat 09. Jamila Bosiman : AJK 10. Petrus Manggas : AJK Meeting: 10KM SABATA RUN 2017 COMMITTEE
Registration of participants Arrival of Guest of Honor YB. Datuk Johnny Mositun, Deputy Speaker of Sabah Legislative
Members of Radio Amateurs Club involved in running the event Warm up prior to running
Getting ready to be flagged off Flagged off By Guest Of Honor and SABATA s President accompanied bydeputy president and IPP.
Competitors 3km from starting line Competitors 3km from starting line
Competitors reaching at 1st Check Point Competitors having fun approaching 1st check point
Strong contender from the women A category International participants in group B category
The last participants escorted by Radio Amateur member Tagging for winner
Tagging for winner for Men Category A Registration for winner
Presentation of Mock cheque to champion in women A category Presentation of Mock cheque to 3rd Place in women A category
YB. Datuk Johny Mositun, Timbalan Speaker DUN Sabah presenting mock cheque to 2nd place in category B male. Group photo of all winners in category B (Male)
Group Photo of category B women Presentation of Mock cheque to champion in women B category
Group Photo of category A men Presentation of mock cheque to champion in category A men