LAPORAN AKTIVITI UTM SUMMER SCHOOL: THE 12TH JOINT WORKSHOP ON URBAN DESIGN AND CONSERVATION DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PADA 31 MAC 8 APRIL

Similar documents
HOST : Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia.

Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 21/2017

POTENSI AKTIVITI MEMANCING LAUT DALAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI KUALA ROMPIN ISMAIL BIN HAJI MUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi Pengenalan - Konsep tapak & laman web. - Penyediaan Bahan - Grafik/Image/Photo/PDF/Flash Paper

RPK 332 Urban Design [Rekabentuk Bandar]

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DENGAN KETEGANGAN KERJA GURU BESAR

FACTORS INFLUENCING THE SUCCESSFUL IMPLEMENTATION OF CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN PROGRAM NATASHA AZIM BINTI HAJI HUSSIN


Semua Staff, Doktor, Jururawat Dan semua Kakitangan Hospital dan, Jabatan Ortopedik

Ms Nasah Sohor, 53, was crowned the overall winner of the award, which is the highest accolade awarded to enrolled nurses.

IMPROVEMENT OF DISASTER COORDINATION PREPAREDNESS MODEL FOR SOFT-TARGET ORGANIZATIONS ABUBAKAR MOHAMMED BICHI

7/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

TATACARA PERMOHONAN Application procedure

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

DESIGN OF A SECURE AND EFFICIENT MULTIPLE COINS PLUS MULTIPLE DENOMINATIONS E-CASH SCHEME CHANG YU CHENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION ON MALAYSIA SAFETY AND HEALTH INDUCTION COURSE FOR CONSTRUCTION WORKER ALFRED GOH PUI TECK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EDGE KUALA LUMPUR RAT RACE 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR DAN LEBUHRAYA BARU PANTAI

Presentation by Prof Dr Shahbaz Khan,UNESCO Asia Pacific Director of the Regional Science Bureau

KERTAS KERJA LESTARIKAN BUMI HIJAU TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG TARIKH 2 JANUARI 2014 TEMPAT TAMAN REKREASI GUNUNG LEDANG

KAJIAN REPRESENTASI IMEJ PELANCONGAN DIRAJA DI KUALA KANGSAR, PERAK

PERISYTIHARAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2011 DECLARATION OF NON-SMOKING AREA 2011

PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH BAGI MAKSUD PEMBANGUNAN DI KUALA LUMPUR ARFALIZA BINTI ARRIFIN

KERANGKA PROGRAM KERJAYA BERSTRUKTUR ( STRUCTURED CAREER PROGRAM FRAMEWORK ) PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BRIEFING SESSION. 27 November 2017

Pemohonan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program Laporan: Program Gotong- Royong Mahabbah *Nama Penuh Program

PEMELIHARAAN BANDAR TAIPING SEBAGAI BANDAR WARISAN DAN PELANCONGAN DI NEGERI PERAK

TRACE 2017 TRACING ALUMNI FOR COLLABORATION & ENGAGEMENT & BRIDGES-LINK

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CONTINOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT

TERMS & CONDITIONS STAND A CHANCE TO WIN A 40 SHARP LED TV

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UiTM SHAH ALAM BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN LUAR / EXTERNAL MEMBERSHIP FORM

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR 29 JUN 2018

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGELASAN SPA DAN PUSAT REFLEKSOLOGI

DESIGN AND DEVELOPMENT OF A HAND MASSAGE DEVICE FOR BLOOD DONATION PROCESS MOHD FAHRI BIN ABD GHAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERM!N!NG EMERGENCY EVACUAT!ON A!D FOR FLOOD D!SASTER PREPAREDNESS NURSHAFEENA B!NT! KAMAL UN!VERS!T! TEKNOLOG! MALAYS!A

mybalikpulau A Mapping & Interpretation Heritage Education Program for Young People

Earthwork Activities in Private Housing Industry

A HYBRID BOX-JENKINS AND DECOMPOSITION MODEL FOR DROUGHT FORECASTING IN KUALA TERENGGANU HO MEE CHYONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KM 22, JALAN MATANG KUCHING DI BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLITEKNIK

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Januari 2018

ROAD MAINTENANCE MANAGEMENT IN KANO STATE: CASE STUDY AT KANO METROPOLITAN MURTALA MAHMOUD FAROUQ

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

LATAR BELAKANG BACKGROUND. Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu

Untuk kerja-kerja pelancaran 'U Beam' dan kerja-kerja yang berkaitan dengan MRT

KERTAS KERJA SABATA RUN 2017

NOTICE OF PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018

APPLYING FOR: SITE AGENT / CLERK OF WORK /SENIOR SITE SUPERVISOR. Jalai Wak, 96510, Pakan, Julau, Sarawak.

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PUSAT KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN LAMIN DANA MUKAH, SARAWAK.

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK ZALISSA BINTI ZAINI

Faculty of Engineering

PEMANTAPAN PROSES MENENTUKAN PAMPASAN MENCUKUPI DALAM PENGAMBILAN TANAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN MAZLAN BIN ISMAIL

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) - STAFF TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

DEBIT CARD USAGE CAMPAIGN II ( Campaign ) TERMS AND CONDITIONS Organizer and Eligibility

PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKYAT 14 OKTOBER 2014 (SELASA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Mulai 16 FEBRUARI 2018 hingga 15 MAC 2018

KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) LAPORAN KEMAJUAN BERKALA / PERIODIC PROGRESS REPORT

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR WATERSHED CONSERVATION AT HULU LANGAT, MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN AKHIR PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) Kajian Pelan Potensi. di Negeri Selangor DISEDIAKAN UNTUK; DISEDIAKAN OLEH;

JADUAL PERKHIDMATAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2018/2019

Survey on Perak and Selangor 3 messages

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERUNTUKAN PELABURAN HARTA TANAH DARI PERSPEKTIF PELABUR.

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode April 2018

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TUNGGAKAN CUKAI TANAH DI DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Maret 2018

Distribusi Simpanan Bank Umum Periode Februari 2018

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

L i s t o f P r o j e c t s

OVERLAPPED AND SHADOWED TREE CROWN SEGMENTATION BASED ON HSI COLOR MODEL AND WATERSHED ALGORITHM

PASARAN HARTA TANAH KEDIAMAN BERDASARKAN IMPLIKASI PENENTUAN HARGA RUMAH OLEH PEMAJU. KAJIAN KES NUSAJAYA ZARINATUL AIN BT AKHIRUDIN

EVALUATION OF DIFFERENT TECHNIQUES FOR GENERATING LANDSLIDE SUSCEPTIBILITY MAP JAVAD MIRNAZARI

Sistem Bakeri Interaktif

PENGARUH SIMBOLISME SENI BINA PADA MASJID. KAJIAN KES MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

EFFECT OF AGGREGATE GRADATION ON POROUS ASPHALT PROPERTIES FARAHIYAH BINTI ABDUL RAHMAN

Kesan Pembandaran terhadap Pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ELEMEN SEMIOTIK DALAM SENI PERSEMBAHAN RODAT TERENGGANU FAIZ SYAHMI BIN MOHD

F e a t u r e d P r o j e c t s

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MODELING OF SALT WATER INTRUSIONS INTO LANGAT RIVER ESTUARY, MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS: MASALAH DAN CADANGAN

THE CHALLENGES AND SUCCESS FACTORS IN TOURISM ENTREPRENEURSHIP: CASE STUDY OF ENTREPRENEURS AT JONKER STREET, MALACCA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober RPK 231- Prinsip-Prinsip Perancangan

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia

BENGKEL 4th INDUSTRIAL REVOLUTION :wi-:?

AEROTECH VI CONFERENCE 2016 Innovation in Aerospace Engineering & Technology

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016 PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI SEMBILAN JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

MEDIA SOSIAL INTERAKTIF ALUMNI FTSM

PEMBANGUNAN TEBINGAN SUNGAI SARAWAK SEBAGAI CERMINAN KEPADA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ETNIK DI NEGERI SARAWAK

CRITERIA FOR URBAN SPRAWL/ LAND USE EXPANSION (KRITERIA SERAKAN BANDAR/ SERAKAN GUNA TANAH)

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (BUMT) JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. - Syarat dan Kelayakan - Borang Permohonan

Menteri Mentor YB Datuk Johari bersama pelajarpelajar baharu dan pemimpin Pelajar

J\ Impacts of disturbance o~ fish communities in Sungat Pur, Terengganu I Annie Nums anak B1lly.

KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (KKTM, KPM, MJII DAN IKM) Jadual Pendaftaran dan Konvokesyen adalah seperti berikut:

AMALAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN HARTA TANAH WAN SYAHIRA BINTI WAN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PENJANA KUIZ MUDAH ALIH

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

A Intake Januari 2016 (Pelajar Baru / serta individu yang belum /ingin ambil kursus ini

Transcription:

LAPORAN AKTIVITI UTM SUMMER SCHOOL: THE 12TH JOINT WORKSHOP ON URBAN DESIGN AND CONSERVATION DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PADA 31 MAC 8 APRIL 2017 Rajah 1: Gambar kenangan peserta The 12 th JWUDC di KL City Gallery, Kuala Lumpur. JOHOR BAHRU - Pada 31 Mac sehingga 8 April 2017 lalu, sebuah program bengkel antarabangsa bertemakan rekabentuk dan pemeliharaan bandar telah dianjurkan oleh Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW). Bengkel antarabangsa yang kini telah menjadi sebagai sebahagian program UTM Summer School (atau UTM MyTree) dikenali sebagai The Joint Workshop on Urban Design & Conservation (JWUDC). Siri bengkel antarabangsa ini telah memasuki siri penganjuran kali ke-12 dan ia telah melibatkan penyertaan peserta dari Malaysia (UTM), Mahasarakham University, Thailand (MSU) dan National University of Laos, Laos (NUOL). Tahun 2017, pihak UTM sekali lagi telah menjadi tuan rumah kepada siri penganjuran bengkel ini dengan melibatkan jumlah keseluruhan peserta seramai 40 orang iaitu UTM (18 orang) dari Fakulti Alam Bina, MSU (15 orang) dari Faculty of Architecture, Urban Design and Creative Arts dan NUOL (7 orang) dari Faculty of Archictecture. Daripada jumlah tersebut ia melibatkan pensyarah pengiring daripada UTM (2 orang), MSU (2 orang) dan NUOL (2 orang). Program ini telah diselaraskan oleh Dr. Noor Aimran Samsudin daripada JPBW dan dibantu oleh pelajar pascasiswazah selaku fasilitator UTM.

Bermatlamatkan To examine and explore the roots of Malaysia s historic towns identity para peserta telah diperkenalkan dengan tema bandar-bandar kolonial yang terdapat di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Peserta 12 th JWUDC telah berpeluang menyelusuri bandar, bangunan dan tapak warisan terpilih sebagai tapak kajian bengkel ini. Sepanjang penganjuran UTM Summer School ini berlangsung, beberapa siri perkongsian kuliah oleh tenaga pengajar dari institusi pengajian yang terlibat telah diaturkan sepanjang program. Peserta program telah dibawa menjelajah dan meneroka keunikan warisan budaya dari perspektif alam bina merangkumi disipilin ilmu senibina, rekabentuk bandar dan perancangan bandar. Peserta telah diperkenalkan dan didedahkan dengan usaha-usaha pemeliharaan bandar, senibina, tapak warisan dan budaya landskap di bandar-bandar warisan terpilih di Malaysia. Sepanjang program ini, peserta telah menyelusuri 10 laluan jejak warisan dan pelbagai perkongsian berkenaan sejarah, nilai warisan dan budaya landskap tempatan telah disampaikan melalui siri kuliah yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Satu tugasan secara berkumpulan untuk menggalakkan interaksi antara peserta telah dilaksanakan di kawasan kajian terpilih. Di peringkat akhir program peserta telah membentangkan hasil kajian mereka dan dinilai oleh pensyarah dari universiti yang terlibat. Penganjuran program UTM Summer School dengan format bengkel ini secara umum selari dengan aspirasi Pelan Global UTM (2012-2020) iaitu menjadikan UTM sebagai sebuah universiti ternama dan dikenali di peringkat antarabangsa. Secara umum, ketiga-tiga fakulti juga telah bersetuju untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam bidang pengajian dan penyelidikan khususnya bidang berkaitan selain akan menawarkan platform sedia ada ini kepada institusi pengajian lain yang terdapat di rantau ini. Berikut adalah laporan aktiviti mengikut hari: Ketibaan Peserta ke KLIA2 & Sesi Pendaftaran Jumaat, 31/03/2017 Delegasi MSU & NUOL telah dijemput dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dengan perkhidmatan bas UTM. Peserta UTM telah mengiringi perjalanan peserta antarabangsa ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan mendaftar masuk ke Hotel 1915. Selepas sesi pendaftaran, peserta di bawa melawat ke Chinatown di Jalan Petaling melihat aktiviti Kuala Lumpur pada waktu malam. Hari-1 : Kuala Lumpur Sabtu, 01/04/2017 Aktiviti menyelurusi Jejak Warisan KL bermula pada waktu pagi dengan berkumpul di perkarangan Dataran DBKL. Aktiviti pada hari tersebut turut disertai oleh pelajar-pelajar program UTM SPACE (subjek SBEP 4731, Pemeliharaan dan Regenerasi Bandar) di bawah seliaan Dr. Noor Aimran Samsudin. Sejarah perkembangan bandar dan ekonomi awal Kuala Lumpur telah dikongsikan untuk memberi gambaran awal berkenaan sumbangan pihak kolonial British di awal tempoh pemerintahan mereka. Aktiviti diteruskan dengan menyelusuri laluan Jejak Warisan KL di Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Medan Pasar, Pasar Seni dan sekitar Jalan Sultan. Peserta dibawa melawat KL City Gallery untuk mendapatkan perincian sejarah Kuala Lumpur dalam bentuk pameran model bangunan berskala. Sesi petang, peserta di bawa bersiar sekitar pusat bandaraya dengan menaiki perkhidmatan bas pengatara percuma Go KL City dari Pasar Seni ke Bukit Bintang. Seterusnya mereka berjalan kaki melalui laluan pejalan kaki bertingkat DBKL ke KLCC.

Rajah 2: Jejak Warisan KL bermula dari Dataran Merdeka sehingga ke KLCC dengan berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam. Hari Ke-2 : Dari Kuala Lumpur ke Ipoh Ahad, 02/04/2017 Selepas mendaftar keluar hotel, peserta dibawa ke Muzium Negara untuk mendapatkan perincian mengenai pembangunan identiti nasional dan bangsa Malaysia secara umum. Selesai lawatan tersebut, peserta dibawa melawat di perkarangan Masjid Negara melihat keindahan seni bina masjid tersebut sebelum bertolak ke Ipoh. Peserta telah mendaftar masuk di Hotel Pi, Ipoh dan memulakan aktiviti menyelurusi Jejak Warisan Ipoh sebelum menikmati makan malam mereka di sekitar medan selera Gerbang Malam, Ipoh. Sejarah mengenai perkembangan bandaraya Ipoh dan aktiviti perlombongan bijih timah disampaikan di perkarangan bangunan Stesyen Keretapi Ipoh. Rajah 3: Sekitar Jejak Warisan Ipoh yang meliputi kawasan Old Town dan New Town Ipoh. Jejak warisan bermula dengan penyampaian kuliah di dataran hadapan Stesyen Keretapi Ipoh.

Hari Ke-3 : Lawatan ke Taiping dan Kuala Kangsar Isnin, 03/04/2017 Peserta di bawa ke Taiping dari Ipoh awal pagi untuk menikmati suasana pemandangan Taman Tasik Taiping. Jejak Warisan Taiping bermula dengan melalui laluan siar kaki di tepi tasik sebelum memasuki kawasan bandar Taiping. Barisan pokok hujan-hujan berusia ratusan tahun antara menjadi tumpuan peserta merakamkan gambar kenangan. Aktiviti tersebut berakhir di Dataran Warisan Taiping yang terletak di hadapan bangunan warisan Pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Selama. Sebagai perbandingan antara konsep bandar-bandar kolonial, Bandar DiRaja Perak iaitu Kuala Kangsar telah dipilih sebagai laluan program kali ini. Bandar tradisional Melayu ini menampilkan keunikan dan keaslian warisan tersendiri. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Diraja Ubudiah, Istana Kenangan dan sekitar Bukit Chandan. Rajah 4: Para peserta turut berpeluang melawati Taiping dan Bandar DiRaja Kuala Kangsar

Hari Ke-4 : Bertolak ke Bandaraya Melaka dari Ipoh Selasa, 04/04/2017 Sebuah sesi taklimat berkenaan usaha-usaha pemeliharaan bandar dan bangunan warisan di sekitar Ipoh telah diaturkan dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Turut hadir meraikan delegasi ini ke MBI adalah Pengarah Perancang Bandaraya MBI, Encik Zulqarnain Mohamad yang telah berkongsikan maklumat berkenaan sejarah Ipoh. Manakala Pegawai Perancang Bandar (Bandar Warisan), Encik Mohd. Tajuddin Mohd. Tahir turut berkongsikan pengalaman MBI merancang laluan Jejak Warisan Ipoh di sekitar Old Town Ipoh. Sesi taklimat berakhir dengan jamuan ringkas dan sesi bergambar bersama Pengarah sebelum bertolak ke Bandaraya Melaka. Di Melaka, peserta mendaftar masuk ke Hotel Hallmark Leisure yang terltak di pusat zon pemeliharaan utama. Jejak Warisan Melaka bermula di sekitar St. Paul Hill-A.Famosa-Dataran Belanda/ Stadhuys. Selepas itu, peserta diraikan dalam jamuan makan malam istimewa di Restoran Api-api Steamboat. Rajah 5: Sekitar sesi taklimat oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Taklimat berkenaan turut dihadiri oleh Pengarah Perancang Bandaraya MBI iaitu Encik Zulqarnain Mohamad. Hari Ke-5 : Bandaraya Melaka (Samb.) Rabu, 05/04/2017 Jejak Warisan Melaka diteruskan di sekitar Jalan Hang Jebat dan Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) melihat kepelbagaian jenis rumah kedai tradisional dan townhouse. Beberapa buah muzium turut dilawati di sekitar Melaka oleh peserta seperti Muzium Negeri dan Muzium Senibina. Pada sebelah malam, jejak warisan diteruskan dengan menyelurusi sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise. Peserta turut mula mengadakan perbincangan untuk tugasan berkumpulan yang telah ditetapkan. Rajah 6: Jejak Warisan Melaka di Tapak Warisan Dunia UNESCO Bandaraya Melaka.

Rajah 7: Gambar kenangan di Muzium Negeri Melaka yang merupakan replika istana Kesultanan Melayu Melaka. Hari Ke-6 : Bandaraya Melaka (Samb.) Khamis, 06/04/2017 Rumah no. 8 di Heeren Street juga turut dilawati untuk melihat secara terperinci seni bina rumahrumah kedai di kawasan tersebut. Penerangan telah disampaikan oleh En. Colin Goh, ahli NGO dari Badan Warisan Malaysia. Peserta sepanjang hari menyiapkan tugasan berkumpulan mereka dan dibantu oleh pelajar-pelajar UTM. Pengumpulan data dilakukan pada sebelah pagi dan petang manakala perbincangan diadakan pada waktu malam. Mereka turut berkesempatan melawat ke pasar malam di Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali Jonker Street. Rajah 8: Para peserta melibatkan pelajar dari ketiga-tiga universiti sedang berbincang dan menyiapkan tugasan berkumpulan sambil dibantu oleh barisan pensyarah.

Hari Ke-7 : Bertolak pulang ke UTM JB Jumaat, 07/04/2017 Hari terakhir di Melaka, peserta telah melawat ke Villa Sentosa di Kampung Morten selepas pembentangan akhir di hotel. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan membentangkan penemuan serta cadangan yang telah dikenalpasti di ketiga-tiga bandar-bandar kolonial iaitu KL, Ipoh dan Melaka. Penilaian telah dibuat oleh barisan pensyarah yang turut serta secara terperinci. Isu-isu seperti kepentingan memelihara keaslian identiti bandar-bandar warisan antara yang dibincangkan pada sesi tersebut. Peserta juga dilihat mampu mengemukakan idea bagaimana suatu rekabentuk bandar (urban form) dan senibina tertentu yang bercirikan identiti tempatan dapat dipromosikan sekaligus memenuhi tema dan objektif tugasan tersebut diadakan. Selesai pembentangan, peserta pulang ke UTM. Sebuah majlis ringkas penutup dan penyerahan sijil kepada semua peserta telah diadakan di Restoran Makjah, Rumah Alumni UTM. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Mayda Dr. Mohammad Rafee Majid (Timbalan Dekan Akademik FAB) dan Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid (bekas pensyarah JPBW yang juga pengasas bengkel The JWUDC).

ATURCARA PROGRAM Ketibaan Peserta ke KL dan Daftar Masuk Jumaat, 31/03/2017 Bertolak ke KL/ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Pendaftaran & mendaftar masuk ke Hotel 1915, KL Taklimat program Aktiviti suai kenal (Ice-breaking) Kuliah@KL 1: Budaya & Adat Resam di Malaysia Makan malam & Rehat Hari Pertama: Kuala Lumpur Sabtu, 1/04/2017 07:00 Sarapan pagi 08:00 Jejak Warisan KL 1: Lama & Baru Masjid Jamek-Dataran Merdeka-KL City Galery-Pasar Seni 09.00 Kuliah@KL 2: Sejarah & Rupa Bandar KL semasa Zaman Kolonial Kuliah@KL 3: Usaha Pemeliharaan Bandar di KL 13:00 Rehat & Makan tengahari 14:00 Jejak Warisan KL 2: Pusat Bandar-Daerah Perniagaan Moden & Baru Bukit Bintang-KLCC 19:00 Makan malam Jejak Warisan KL 3: Pusat Perniagaan Lama KL Jalan Tunku Abdul Rahman (pasar malam KL) 23:00 Rehat Hari ke-2: Kuala Lumpur (Samb.) - Ipoh, Perak Ahad, 02/04/2016 07:00 Sarapan 08:00 Jejak Warisan KL 3: Asas Pembentukan Negara Muzium Negara-Masjid Negara 12:00 Daftar keluar & berlepas ke Ipoh, Perak Makan tengahari 15:00 Tiba di Ipoh & daftar masuk ke Hotel Pi, Ipoh. Kuliah@Ipoh 1: Peranan British dalam Pembangunan Bandar Ipoh Jejak Warisan IPH 1: Kereta api, Bijih Timah & Perkembangan Bandar Ipoh 19:00 Makan malam & melawat ke Kinta Riverfront 22:00 Rehat

Hari ke-3: Ipoh, Perak (Samb.) Isnin, 03/04/2016 07:00 Sarapan 08:00 Bertolak ke Taiping (Heritage City of Perak) 09:30 Jejak Warisan IPH 2: Rumah kedai tradisional & aktiviti jalanan di Taiping 12:00 Makan tengahari 13:00 Bertolak ke Kuala Kangsar (Royal City of Perak) 14:00 Jejak Warisan IPH 3: Bandar Diraja Kuala Kangsar 19:00 Makan malam & melawat ke Gerbang Malam (Pasar malam Ipoh) 22:00 Rehat Hari ke-4: Ipoh, Perak (Samb.) Melaka Selasa, 04/04/2016 08:00 Daftar keluar & Sarapan 09:00 Taklimat MBI 12:00 Makan tengahari & berlepas ke Tapak Warisan Dunia UNESCO Bandaraya Melaka 17:00 Daftar masuk ke *Hotel Balik Pulau, Melaka Jejak Warisan MLK 1: Kota Melaka Kuliah@Melaka 1: Pengenalan Sejarah Bandaraya Melaka 19:00 Makan malam-jamuan 21:00 Taklimat tugasan berkumpulan di Dutch Square (Bangunan Stadhuys) 22:00 Rehat Hari ke-5: Melaka (Samb.) Rabu, 05/04/2016 07:00 Sarapan 08:00 Jejak Warisan MLK 2: Rumah Kedai Tradisional Melaka Melawat ke No.8 Heeren Street/Muzium Senibina/ Muzium Sejarah & Etnografi /Muzium Negeri Kuliah@Melaka 2: Aktiviti Jalanan Tradisional Bandar 12:00 Makan tengahari 14:00 Pengumpulan data/ Pemerhatian di tapak/ Soal selidik 19:00 Makan malam 21:00 Jejak Warisan MLK 3: Menyelusuri Sungai Melaka & down town di Melaka 22:00 Perbincangan kumpulan Rehat

Hari ke-6: Melaka (Samb.) Khamis, 06/04/2016 07:00 Sarapan 08:00 Pengumpulan data/ Pemerhatian di tapak/ Soal selidik 12:00 Makan tengahari 14:00 Pengumpulan data/ Pemerhatian di tapak/ Soal selidik (Samb.) 19:00 Makan malam 20:00 Pengumpulan data/ Pemerhatian di tapak/ Soal selidik (Samb.) 22:00 Perbincangan kumpulan Rehat Hari ke-7: Melaka (Samb.) UTM JB Jumaat, 07/04/2016 07:00 Daftar keluar & Sarapan 08:00 Melawat ke Kg. Tradisional Melayu (Kg. Morten)-Villa Sentosa 09:00 Pembentangan akhir di Villa Sentosa 13:00 Berlepas ke UTM JB 17:00 Daftar masuk ke Scholar s Inn UTM 20:00 Majlis penutup & Jamuan di Restoran Makjah Hari ke-8: Tamat Sabtu, 08/04/2016 Daftar keluar dari Scholar s Inn UTM Program tamat

SENARAI KURSUS/KULIAH/JEJAK WARISAN Senarai Kuliah 1. Kuliah@KL 1: Budaya & Adat Resam di Malaysia 2. Kuliah@KL 2: Sejarah & Rupa Bandar KL semasa Zaman Kolonial 3. Kuliah@KL 3: Usaha Pemeliharaan Bandar di KL 4. Kuliah@Ipoh 1: Peranan British dalam Pembangunan Bandar Ipoh 5. Kuliah@Melaka 1: Pengenalan Sejarah Bandaraya Melaka 6. Kuliah@Melaka 2: Aktiviti Jalan Tradisional di Bandaraya Melaka 7. Kuliah@Melaka 3: Usaha Pemeliharaan Bandar di Bandaraya Melaka Senarai Jejak Warisan 1. Jejak Warisan KL 1: KL Lama & Baru 2. Jejak Warisan KL 2: Pusat Bandar-Daerah Perniagaan Moden & Baru 3. Jejak Warisan KL 3: Pusat Perniagaan Lama KL 4. Jejak Warisan KL 4: Asas Pembentukan Negara 5. Jejak Warisan IPH 1: Kereta api, Bijih Timah & Perkembangan Bandar Ipoh 6. Jejak Warisan TPG 1: Rumah Kedai Tradisional & aktiviti jalanan di Taiping 7. Jejak Warisan KK 1: Bandar Diraja Kuala Kangsar 8. Jejak Warisan MLK 1: Kota Melaka 9. Jejak Warisan MLK 2: Rumah Kedai Tradisional Melaka & aktiviti jalanan di Melaka 10.Jejak Warisan MLK 3: Menyelusuri Sungai Melaka & down town di Melaka SENARAI PENGHARGAAN Agensi-agensi/ Individu 1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)-Jabatan Perancangan Bandar 3. PLANMalaysia@Perak 4. UTM International 5. Fakulti Alam Bina UTM 6. Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah UTM 7. Pejabat TNCAA UTM 8. Individu/ Orang perseorangan: a) Pengarah Perancang Bandaraya, MBI- En. Zulqarnain Mohamad b) Pegawai Perancang Bandaraya, MBI-En. Mohd. Tajuddin Mohd. Tahir.